IKLAN DARUL ANSAR

IKLAN DARUL ANSAR

IJAZAH PENGAJIAN TALAQQI AL-QURAN

IJAZAH PENGAJIAN TALAQQI AL-QURAN

TAMRIN RUHIYAH DARUL ANSAR 2014

TAMRIN RUHIYAH DARUL ANSAR 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2013

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2013

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

PENASIHAT EKSEKUTIF / SYEIKH AL-ANSAR MALAYSIA

SOHIBUL FADHILAH SYEIKHUNA
USTAZ MUHD. RAJAB AKMAL BIN AB. HALIM AL-IDRISI
Khalifah Tariqat Al Muhammadiyah Al Idrisiyah
Maulana Sayyid Muhammad bin Idris Al Idrisi Al Hasani
Penasihat Eksekutif / Musyriful ‘Am Darul Ansar Malaysia.

Sohibul Fadhilah al Ustaz al Syeikh Haji Muhammad Rajab Akmal bin al ‘Allamah al Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Maidin bin Haji Che’ Mat bin Haji Che’ Lah bin Haji ‘Ain bin Haji Awwal al Idrisi al Ahmadi, dilahirkan pada 26 April 1984 bersamaan 26 Rejab 1404 Hijriyah pada hari Khamis di Hospital Lundu Sarawak dan dibesarkan di Melaka. Anak kelahiran Sarawak ini mendapat pendidikan awal daripada kedua orang tuanya iaitu ayahandanya al Fadhil al ‘Allamah al Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Maidin dan ibundanya al Fadhilah Ustazah Hajjah Zaleha binti al ‘Allamah al Imam Haji Mohd Nor al Ahmadi.

Keluarga disebelah ayahanda al Fadhil berasal berketurunan Melayu-Bengkalis, Indonesia dan disebelah bondanya pula berketurunan Tembusai-Mendailing. Al Fadhil telah mendapat pendidikan dibeberapa buah sekolah, iaitu di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam secara formal dan mendapat didikan dan pelajaran agama di Madarah Pasir Gembur, Tg. Bidara, di sanalah al Fadhil mendapat pengajian al Quran daripada seorang guru al Quran iaitu Haji Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Mamat’, di Masjid al Jawahir Pengkalan Balak dengan datuk saudaranya iaitu Haji Uthman bin Haji Md. Ali, Sekolah Rendah Agama Kampung Londang, Masjid Tanah, Sekolah Rendah Agama Pengkalan Balak, Sekolah Randah Agama Kampung Gelam dan mendapat pendidikan menengah di Madrasah Annuriah Addiniah Sungai Udang Melaka yang dahulunya lebih dikenali sebagai Pondok Muallim Tuan Guru Haji Abdul Wahid. Kemudian al Fadhil menyambung pengajian di Kuliyyah Addirasat al Islamiyyah Wad Dakwah (APiD) Seri Manjung Perak dan Al Majma' Al Ilmi Al Ali Liddirasat Al Islamiyah Wal Arabiyah (MINDA) Kedah Darul Aman kemudian melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Universiti Al Azhar Mesir di dalam Fakulti Syariah Wal Qanun pengkhususan Syariah Islamiah dan bertalaqqi dengan Mursyid Tariqah al Muhammadiyyah al Idrisiyyah al Ahmadiyyah as Syaziliyyah sedunia dan juga Imam Besar di al Jami’ al Idrisi, Omdurman Sudan iaitu al Imam Maulana Sayyid Muhammad al Syarif bin Idris al Idrisi al Hasani.

Sebenarnya al Fadhil berasal dari keluarga yang ramai mejadi alim ulama iaitu ayahanda al Fadhil sendiri al Allamah al Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Maidin, datuknya sebelah ibunya al Marhum al ‘Arif al ‘Allamah Tuan Guru Haji Mohd Nor al Ahmadi, ulama tasawwuf dan guru Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah dan moyang saudara di sebelah ayahandanya al Marhum Tuan Guru al Imam Haji Jauhar bin Md. Sin yang masyhur dengan pangilan ‘Tok Keling’, dan maqamnya di Masjid Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka. Seorang ulama’ besar yang ada hubung kait dengan keluarga al Fadhil disebelah ibu dan bapanya iaitu al ‘Allamah Sheikh Haji Abdullah Basmeih, ulama yang masyhur dengan kitab ‘al-Muqaddam’ dan ‘Tafsir Pimpinan ar-Rahman’.

Al Fadhil telah berguru dengan ramai ulama yang muktabar dari Malaysia, Mesir, Sudan, Syiria, Makkah Al Mukarramah, Indonesia dan sebagainya di antaranya adalah:

1.     Al-Fadhil al-‘Allamah al-Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Maidin.
Beliau merupakan ayahanda al Fadhil, beliau dilahirkan di Singapura, kemudian dibesarkan di Telok Kemang dan Pengkalan Balak. Beliau mendapat pendidikan daripada Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak dan Sekolah Rendah Agama Pengkalan Balak, kemudian meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Agama Sultan Muhammad Batu Berendam kemudian ke Kolej Islam Klang, kemudian ke Maktab Pengajian Islam Bangi Selangor dan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, beliau juga mendapat pengajian daripada tokoh-tokoh ulama tertentu diantaranya datuk saudaranya Tuan Guru Haji Jauhar Md Sin, ayahanda mertuanya Haji Mohd Nor Ismail Londang dan lain-lainnya. Nama ‘Abdul Halim’ yang diberikan kepadanya merupakan nama yang diberi khusus oleh seorang ulama Singapura kerana ayahandanya Haji Maidin bin Haji Che Mat merupakan pengikut ulama tersebut.

2.   Puan Hajjah Zaleha binti Haji Mohd Nor.
Beliau ialah ibunda al Fadhil yang mengasuh al Fadhil dengan ilmu-ilmu agama dan al Quran yang dipelajarinya daripada kedua orang tuanya iaitu Haji Mohd Nor bin Haji Ismail al Ahmadi dan Hajjah Enchah binti Haji Abbas.

3.   Tuan Guru Haji Mohd Nor bin Haji Ismail Londang.
Beliau merupakan datuk kepada al-Fadhil disebelah ibundanya, beliau mengajar Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah menerusi sanad Tuan Guru Mufti Haji Hassan bin Haji Abu Bakar, Tuan Guru Haji Abdul Wahid bin Uthman, Tuan Guru Haji Sulaiman Rembau dan Tuan Haji Husin Ramuan China di rumahnya, al Fadhil selalu mendengar ceramah dan pengajian yang disampaikan, walaupun al Fadhil ketika itu masih kecil. Beliau juga pengarang beberapa buah kitab yang membicarakan ilmu tasawwuf, tauhid, feqah, haji, nazam dan sebagainya. Beliau juga merupakan imam di Masjid Kampung Londang, Masjid Tanah, pernah berkhidmat di Pejabat Qadhi Jasin dan pernah menjadi Nazir sekolah-sekolah agama, beliau juga merupakan seorang ahli perubatan Islam. Al Fadhil merupakan cucu kesayangan datuknya. Al Fadhil juga diamanahkan menjaga kitab-kitab lama milik al Marhum datuknya yang masih dalam simpanan al Fadhil.

4.  Puan Hajjah Enchah binti Haji Abbas.
Beliau merupakan nenda al Fadhil, al Fadhil belajar ilmu al Quran dengannya di madrasah milik datuknya disebelah rumah. Nenda juga mengajar kepada al Fadhil akan beberapa ilmu perubatan. Ayahanda kepada nendanya iaitu Haji Abbas bin Haji Abdullah adalah merupakan murid kepada Syeikh Muhammad Said al Linggi, khalifah Tariqah Ahmadiyah Asia Tenggara suatu ketika dahulu. Kemudian wafat di Makkah al Mukarramah.

5.   Tuan Sheikh Muhammad Salim Basmeih
Beliau telah menghadiah dan mengijazahkan Tafsir Pimpinan Ar Rahman karya kekandanya Sheikh Abdullah Basmeih kepada al Fadhil. Beliau merupakan seorang peniaga yang warak dan ‘alim serta jujur.

6.   Puan Hajjah Hawa binti Haji Jauhar.
Beliau merupakan salah seorang guru al Quran yang telah mengajar al Fadhil di Madrasah milik ayahandanya Haji Jauhar di Kampung Pengkalan Balak.

7.   Tuan Guru Haji Jaliluddin bin Haji Abdul Wahid.
Beliau merupakan antara gurunya yang sangat ‘alim dan warak, beliau telah belajar segala ilmu daripada ayahnya iaitu Tuan Guru Haji Abdul Wahid bin Uthman termasuklah ilmu tasawwuf dan sebagainya, perwatakan beliau yang begitu lemah lembut dan adakalanya begitu tegas pendiriannya, ketika berjalan beliau sering menundukkan kepalanya ke bumi. Beliau telah mengajar al Fadhil akan ilmu tafsir, feqah dan sebagainya. Tuan guru ini juga merupakan ulama lepasan Universiti Baghdad Iraq, beliau pernah belajar dengan Dato’ Muhammad Daud bin Daud al Iraqi, al Fadhil Ustaz Haji Hasan Syukri dan sebagainya, beliau juga mendapat pengajian di India. Beliau juga mengajar khusus beberapa ilmu mujarabah yang telah diajar olah ayahnya kepada al Fadhil, setelah al Fadhil mahir dalam bahasa arab. Beliau juga merupakan pemegang amanah Madrasah Annuriah Addiniah dan juga sebagai nazir madrasah ini.

8.   Tuan Guru Haji Uthman bin Haji Abdul Wahid.
Beliau merupakan salah seorang anak Tuan Guru Haji Abdul Wahid, beliau telah belajar di Madrasah Annuriah dan meneruskan pengajiannya di Universiti Ulum dan Universiti Jamaliah, India. Beliau telah belajar dengan beberapa ulama-ulama terkemuka antaranya Maulana Syeikh Abdul Bari, Maulana Sayyid Abul Hasan an Nadwi al Hasani dan sebagainya. Beliau telah mengajar al Fadhil banyak ilmu antaranya ilmu lughah, tasawwuf, feqah, tajwid, al Quran dan sebagainya. Beliau telah mengijazahkan kepada al Fadhil beberapa ijazah antaranya Zikir Tariqat Ahmadiyah, Sohih Bukhari, Sohih Muslim, Kitab Hikam, Kaifiyyat Zikir Tahlil dan sebagainya. Beliau juga mengijazah al Fadhil beberapa ilmu khusus yang tidak diajarkan kepada murid-murid yang lain. Al Fadhil merupakan murid kesayangan gurunya itu, beliau sering mempelawa al Fadhil bersama mendirikan solat hajat secara khusus dengan beberapa murid yang tertentu.

9.   Ustaz Haji Jamiluddin bin Haji Abdul Wahid.
Beliau merupakan guru yang mengajar ilmu Fiqh dan tasawwuf kitab Kasyful Asrar kepada al Fadhil, beliau juga merupakan salah seorang anak kepada al Mu’allim Tuan Guru Haji Abdul Wahid, beliau mendapat pengajian di Universiti Ulum, India dan Universiti al Azhar Mesir, beliau pernah dididik oleh Maulana Sayyid Abul Hasan an Nadwi al Hasani, kini beliau mencurahkan ilmunya di sekolah peninggalan ayahnya iaitu Madrasah Annuriah Addiniah.

10.Ustaz Haji Mohd Fadhlullah bin Haji Abdul Wahid.
Beliau merupakan guru yang mengajar ilmu Fiqh dan Tauhid kepada al Fadhil, beliau juga merupakan salah seorang anak kepada al Mu’allim Tuan Guru Haji Abdul Wahid, beliau mendapat pengajian di Universiti al Azhar Mesir, beliau pernah mencurahkan ilmunya di sekolah peninggalan ayahnya iaitu Madrasah Annuriah Addiniah. Kini beliau berkhidmat sebagai penyelia di Annuriah Lil Banat Paya Rumput Sungai Udang atau lebih dikenali dengan PAYASUM dan juga beliau merupakan seorang imam di Masjid Paya Rumput Sungai Udang.

11. Tuan Guru Haji Jauhar bin Md. Sin.
Beliau merupakan moyang saudara al Fadhil, al Fadhil pernah belajar al Quran daripadanya di madrasahnya dan beberapa ilmu yang disampaikannya di Masjid Pengkalan Balak seperti ilmu tasawwuf, feqah, tauhid, sirah dan sebagainya, beliau merupakan murid Tuan Guru Tok Kenali Kelantan dan beliau wafat pada tahun 1998 dikuburkan di perkarangan Masjid al Jawahir Pengkalan Balak.

12. Tuan Guru Haji Mohd Farid bin Sajiman.
Beliau merupakan guru yang mengajar ilmu tasawwuf dan ilmu Mujarrabah kepada al Fadhil, beliau juga merupakan salah seorang anak murid dan sahabat rapat kepada al Mu’allim Tuan Guru Haji Abdul Wahid, beliau mendapat pengajian di Madrasah al Junaid al Islamiyah Singapura beliau pernah mencurahkan ilmunya di sekolah peninggalan gurunya iaitu Madrasah Annuriah Addiniah.

13. Tuan Haji Ahmad Pasir Gembur
Beliau merupakan salah seoang guru al Fadhil yang terawal mengajarnya dalam ilmu al Quran, al Fadhil belajar al Quran daripadanya pada usia 6 tahun, dan beliau masih hidup, menetap di Pasir Gembur Tanjung Bidara dan berusia lebih daripada 80 tahun.

14. Tuan Guru Haji Uthman bin Haji Md. Ali.
Beliau merupakan datuk saudara al Fadhil, beliau telah mengajar al Fadhil akan ilmu al Quran di Masjid al Jawahir Kampung Pengkalan Balak ketika al Fadhil berumur 9 tahun.
15.  Ustaz Syeikh Haji Abdul Rahim bin Haji Bahari al-Makki.
Gurunya ini banyak mencurah dan mengajar pelbagai ilmu kepada al Fadhil, antaranya Tafsir an Nasafi, Ilmu Nahwu, Ilmu Saraf, Ilmu Qawa’id, Ilmu Hadith, llmu Tauhid, Feqah dan sebagainya. Gurunya ini antara yang begitu rapat dengan al Fadhil dan gurunya ini juga pernah mencalonkan al-Fadhil sebagai ‘pelajar cemerlang’ di Madrasah Annuriah Addiniah.

16. Tuan Haji Muhaimin Tanjung Bidara.
Beliau merupakan guru yang mengajar ilmu fiqah dan tasawwuf kepada al Fadhil, beliau juga merupakan salah seorang anak murid kepada Tuan Guru Haji Abdul Karim, pengasas Ma’ahad Ehya al-Karim.

17. Ustazah Hajah Hendun.
Beliau telah mengajar al Fadhil akan ilmu Fardhu ‘Ain di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, beliau merupakan sabahat ayahanda al Fadhil.

18. Ustazah Zainab binti Haji Maidin.
Beliau adalah ibu saudara al Fadhil yang merupakan adinda kepada ayahanda al Fadhil. Beliau telah banyak mengajar al Fadhil akan ilmu feqah, tajwid, al Quran dan sebagainya.

19. Ustaz Haji Omar bin Baba.
Beliau merupakan salah seorang guru al Fadhil yang telah mengajar di Madrasah Annuriah Addiniah, beliau juga merupakan mantan pesuruhjaya PAS negeri Melaka.

20.            Ustaz Haji Mohd Noor bin Haji Omar.
Beliau telah mengajar al Fadhil di Madrasah Annuriah Addiniah, beliau juga telah banyak mentarbiah al Fadhil dalam pengajian tarbiah dan harakiyah.

21. Ustaz Suprialdi al Indunisi
Beliau telah mengajar al Fadhil akan ilmu lughah al ‘Arabiyah di Madrasah Annuriah Addiniah Sungai Udang Melaka.

22.            Ustaz Zahari bin Ismail al Kelantani
Beliau telah mengajar al Fadhil akan ilmu Sirah, Tarikh al Islami dan sebagainya di Madrasah Annuriah Addiniah Sungai Udang Melaka.

23.Tuan Guru Haji Aman bin Bachik
Beliau merupakan salah satu daripada guru yang telah mengajar al Fadhil di beberapa buah masjid dan surau seperti di Masjid Paya Rumput Sungai Udang, Surau Haji Abdul Rahman Bukit Darat dan sebagainya. Beliau telah mengajar ilmu feqah, tasawwuf dan sebagainya kepada al Fadhil. Beliau juga merupakan menantu al Mu’allim Tuan Guru Haji Abdul Wahid dan pemegang amanah Madrasah Annuriah Lil Banat, Paya Rumput dan sekarang lebih dikenali PAYASUM.

24.            Ustaz Nordin bin Hj. Mohd Dahan.
Beliau adalah salah seorang guru al Fadhil yang telah mengajar al Fadhil di Madrasah Annuriah Addiniah Sungai Udang Melaka. Beliau telah mengajar al Fadhil akan ilmu akhlak, nahwu, saraf dan sebagainya.

25.Al-Khatib Tuan Guru Haji Husin Ujong Pasir.
Beliau adalah salah satu daripada guru-guru al Fadhil, beliau telah mengijazahkan al Fadhil akan kaifiyyat bacaan Surah Yaasiin, Dalail al Khairat, Hizbul Bahri, Hizbul Nasri dan sebagainya daripada Tuan Guru Haji Ahmad bin Kassim Paya Rumput.

26.            Ustaz Zakaria al Fathani.
Beliau adalah salah seorang guru al Fadhil yang mengajar al Fadhil akan ilmu akhlak, tafsir dan sebagainya di Madrasah Annuriah Addiniah.

27.Ustaz Abdul Karim bin Semmard
Beliau merupakan guru al Fadhil yang telah mengajar ilmu Tarikh Islami, Sirah an Nabawiyyah, Bahasa Arab, ‘Arudh, Nahwu, Khat Arabi dan sebagainya di Madrasah Annuriah Addiniah.

28.            Ustaz al Syeikh Haruzi bin Haji Hamzah.
Gurunya ini ialah seorang ulama lulusan Majma’ al Ilmi al ‘ali Syiria dan lulusan al Azhar, beliau digelar oleh pelajar-pelajar di Syiria dengan ‘Tok Mufti’ kerana kealiman yang ada padanya. Beliau pernah menghadiri dan mendengar pengajian kitab al Hikam Ibn ‘Athoillah as-Sakandari yang diajarkan al Fadhil di Madrasah an Nur al Islamiyyah Rambai Jaya Bukit Rambai.

29. Syeikh Haji Abdul Hamid bin Hasan as-Syami.
Gurunya ini pernah berkata secara berseloroh : “Walaupun Syeikh Muhammad Rajab ini bertaraf al-Musnid sekalipun, ana belum dapat melihat gahnya sehinggalah dia bernikah” (gurunya mengiktiraf al-Fadhil di antara ulama yang bertaraf al-Musnid di waktu itu al Fadhil belum lagi bernikah).

30.            Al-Fadhil Ustaz Haji Ibrahim bin Haji Husin.
Beliau adalah salah seorang guru al Fadhil, beliau telah mengajar al Fadhil ilmu feqah di Surau al Mu’allim Madrasah Annuriah Addiniah, beliau merupakan mantan setiausaha agung Dewan Ulama PAS Negeri Melaka.

31. Prof. Dr. KH Abuya Syeikh Tengku MuhibbuddinWali.
Gurunya ini telah mengijazahkan beberapa ijazah kepada al Fadhil termasuk ijazah Tariqah Naqsyabandiyah. Beliau merupakan ulama’ yang berasal daripada Acheh Indonesia, beliau juga merupakan mantan pensyarah dan professor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Beliau juga mengarang kitab dan mensyarahkan kitab al Hikam Ibnu ‘Athoillah As-Sakandari.

32.Ustaz KH Bukhari bin Abdul Hamid.
Beliau telah mengajar al Fadhil akan ilmu feqah, tauhid, tafsir, nahwu dan saraf di Madrasah Annuriah Addiniah, beliau berasal daripada Acheh Indonesia.

33. Tuan Guru al-Muhaddith Haji Sulaiman bin Haji Abu Karim.
Beliau adalah guru al Fadhil yang telah mengajar ilmu feqah, bahasa arab, ilmu mujarabah, ilmu persilatan dan sebagainya. Beliau juga merupakan mantan tenaga pengajar di Madrasah Annuriah Addiniah, beliau juga mengijazahkan al Fadhil akan sanad beberapa kitab seperti al Hikam Ibnu Atho’illah, Sohih Bukhari, Sohih Muslim dan sebagainya. Al Fadhil juga telah diijazahkan Tariqat al Muhammadiyah al Syaziliyah oleh gurunya tersebut. Semasa al Fadhil belajar di Madrasah Annuriah, Haji Sulaiman telah meminta agar al Fadhil mengajar sahabat-sahabatnya yang kurang cerdik, sekaligus al Fadhil telah diiktiraf akan keilmuannya oleh beliau sewaktu umurnya 13 tahun.

34.            Ustaz Haji Salleh bin Haji Yusof.
Beliau juga merupakan salah satu daripada guru-guru al Fadhil yang mengajar di Madrasah Annuriah Addiniah, beliau mengajar al Fadhil akan ilmu feqah dan sebagainya. Beliau juga merupakan Mudir Madrasah Annuriah Addiniah dan juga mantan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka.

35. Dato’ Syeikh Haji Mohd Murtadha bin Haji Ahmad.
Beliau merupakan salah seorang guru tasawwuf yang mengajar ilmu tareqat, beliau merupakan Khalifah Tareqat Ahmadiyah Rasyidiyah Dandarawiyah bagi Asia Tenggara. Beliau mengajar al Fadhil dan ikhwan tareqat di Masjid Kampung Air Limau, Masjid Tanah, beliau merupakan cucu Syeikh Haji Muhammad Said al Linggi, beliau juga merupakan mantan mufti kerajaan Negeri Sembilan.

36.Tan Sri Dato’ (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria.
Beliau mengajar al Fadhil ilmu tasawwuf menggunakan kitab Penawar Bagi Hati karangan as Syeikh Abdul Qadir al Mandili al Makki di Masjid al Hidayah Daerah Manjung, Perak. Beliau merupakan Mufti Negeri Perak.


37. Ustaz Syeikh Fuzi bin Haji Zakaria.
Beliau adalah guru yang mengajar al Fadhil di Akademi Pengajian Islam dan Dakwah, Seri Manjung, Perak. Beliau mengajar al Fadhil ilmu feqah, bahasa arab dan sebagainya. Beliau telah belajar di Universiti al Azhar Mesir dan banyak bertalaqqi dengan ulama’-ulama’ mesir.

38.Ustaz Syeikh Haji Md. Tormizi bin Mat Aroff.
Beliau merupakan mantan Rektor Akademi Pengajian Islam & Dakwah Perak, beliau mengajar al Fadhil akan ilmu tauhid, feqah dan sebagainya, beliau telah mengijazahkan al Fadhil akan ijazah al Ma’tsurat Imam Hasan al Banna, Salawat-salawat dan zikir-zikir tertentu, beliau juga telah mengajar al Fadhil akan ilmu perubatan Islam. Beliau telah menerima tarbiyah langsung dari al Ikhwan al Muslimun Mesir. Beliau juga sering meminta al Fadhil menggantikan beliau di masjid-masjid atau surau-surau untuk mengajar masyarakat, al Fadhil sering diberi perhatian oleh gurunya itu kerana telah melihat bakat dan kelebihan yang diberi oleh Allah kepada diri al Fadhil.

39.Ustaz Saufi al Azhari
Beliau merupakan pensyarah di Akademi Pengajian Islam & Dakwah Perak, beliau telaha mengajar al Fadhil akan ilmu Feqah Mazhab al Syafie. Sangat berhikmah dalam pengajian dan pengajaran beliau kepada murid-muridnya. Beliau juga merupakan lulusan Universiti al Azhar, Mesir.

40.            Ustaz Baharuddin al-Azhari.
Beliau merupakan guru al Fadhil yang telah mengajar al Fadhil ilmu feqah dalam usul al Fiqh, Qawa’id al Fiqhiyah dan sebagainya di Akademi Pengajian Islam & Dakwah. Beliau sering meminta al Fadhil mengajar untuk menggantikan dirinya di sekolah agama rakyat di sekitar daerah Manjung.

41.Ustaz Haji Edy Amin al Azhari.
Beliau telah mengajar al Fadhil akan ilmu Tarikh at-Tasyri’, ilmu tauhid, tafsir dan sebagainya di Akademi Pengajian Islam & Dakwah.

42.            Tuan Guru Haji Ibrahim Alor Setar.
Beliau merupakan guru al-Fadhil yang telah mengajar beberapa ilmu seperti ilmu tasawwuf, tauhid, feqah di Madrasah al Qiyam, Batu Hampar Perak (madrasah Ustaz Haji Sidek Noor), beliau juga mengijazahkan al Fadhil beberapa sanad dan ijazah Tariqat an Naqsyabandiyah al Mujaddidiyah al Ahmadiyah.
43.            Syeikh Haji Sha’ari bin Ishak.
Beliau merupakan guru yang mengajar bahasa arab, nahwu, saraf, arudh, feqah dan sebagainya kepada al Fadhil di Madrasah al Hidayah dan Majma’ al ‘Ilmi al ‘Aliy Sg. Petani, Kedah. Beliau juga merupakan Mudir dan pengasas Madrasah al Hidayah, juga Rektor Majma’ al ‘Ilmi al ‘Aliy Kedah.

44.            Syeikh Anuar bin Md. Isa.
Beliau juga merupakan guru yang mengajar feqah, mantiq dan sebagainya kepada al Fadhil di Majma’ al ‘Ilmi al ‘Aliy. Beliau juga merupakan pendaftar Majma’ al ‘Ilmi al ‘Aliy Kedah.

45.            Tuan Guru Ustaz Haji Sidek Noor.
Beliau telah mengajar al Fadhil akan ilmu tasawwuf, tauhid dan feqah di Madrasah ad Dakwah al Islamiyah, Manjung dan Ma’ahad Tahfiz al Quran al Qiam, Batu Hampar, Perak. Beliau juga merupakan khalifah kepada Tuan Guru Haji Ibrahim Alor Setar, Mursyid Tariqat an Naqsyabandiyah al Mujaddidiyah.

46.            Tuan Guru Hj Abdullah bin Hj Abdul Rahman Lubok Tapah.
Beliau merupakan ulama’ besar Kelantan, beliau mengajar al Fadhil akan ilmu tasawwuf, feqah, tauhid, lughah dan sebagainya. Beliau juga merupakan mudir Pondok Lubok Tapah, Pasir Mas, Kelantan. Beliau telah mengijazahkan banyak ilmu, kitab dan sanad kepada al Fadhil antaranya kitab Penawar Bagi Hati, Sanad Sohih Bukhari, Muslim dan sebagainya.

47.            Tuan Guru Dato’ Haji Hasyim Pasir Tumbuh.
Beliau merupakan ulama’ besar Kelantan yang berasal dari negeri Kedah, beliau merupakan Mudir Madrasah al Bakriyah atau lebih dikenali Pondok Pasir Tumbuh, beliau telah mengijazahkan kepada al Fadhil beberapa kaedah perubatan Islam, amalan-amalan tariqat, sanad kitab, hadith, tafsir dan sebagainya. Beliau juga merupakan syeikh dalam Tariqat Naqsybandiyah.

48.            Tuan Guru Haji Salleh Sik.
Beliau merupakan salah seorang guru-guru al Fadhil ketika al Fadhil bermusafir mencari ilmu. Beliau merupakan ulama’ besar negeri Kedah pernah belajar di Masjid al Haram Makkah al Mukarramah, beliau talah mengajar kepada al Fadhil akan ilmu tauhid dan sebagainya.

49.            Tuan Guru Datuk Haji Salleh Penanti al-Makki.
Beliau merupakan ulama’ besar Pulau Pinang, beliau kini menetap di Makkah al Mukarramah dengan mencurahkan ilmu kepada para pencinta ilmu di tanah suci. Beliau telah mengijazahkan al Fadhil akan beberapa ilmu hadith dan sanadnya seperti Hadith Musalsal Bil Awwaliyah, Mushofahah dan sebagainya.

50.            Al-Arif Billah Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani.
Beliau merupakan guru mursyid al Fadhil dalam Tariqah al Muhammadiyyah al Idrisiyyah al Ahmadiyyah as Syaziliyyah, beliau telah mengijazahkan seluruh sanad-sanad ijazah, riwayat ilmu tasawwuf, hadith dan sebagainya. Al Fadhil merupakan anak murid kesayangannya, dan beliau selalu menghubungi al-Fadhil untuk bertanyakan khabar. Al Fadhil juga merupakan wakil dan khalifahnya dalam Tariqat al Muhammadiyyah al Idrisiyyah. Beliau telah menganugerahkan gelaran “al Idrisi al Ahmadi” dengan dipakaikan serban, selendang sufi, tasbih kepada al Fadhil. Beliau menetap di Omdurman Sudan, beliau juga merupakan Imam besar Jami’ul Idrisi, Omdurman, Sudan.

51. Sayyid Ahmad bin Idris al-Idrisi al-Hasani.
Beliau adalah Sayyid Ahmad bin Sayyid Idris bin Sayyid Muhammad as Syarif bin Sayyid ‘Abdul ‘Ali bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Idris, cicit kepada pengasas tareqat Ahmadiyah, beliau juga merupakan kekanda Sayyid Muhammad ibn Idris al Idrisi, beliau telah mengijazahkan tariqat Ahmadiyah kepada al Fadhil dan menganugerahkan gelaran “al Idrisi al Ahmadi” dengan dipakaikan serban, selendang sufi dan tasbih kepada al-Fadhil di Madrasah An-Nur Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai Melaka pada Majli Haul Sayyid Ahmad ibn Idris al Hasani al Maghribi bulan Rajab tahun 2005.

52.Sayyid Musthafa bin Idris al-Idrisi al-Hasani.
Beliau adalah Sayyid Musthafa bin Sayyid Idris bin Sayyid Muhammad as-Syarif bin Sayyid ‘Abdul ‘Ali bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Idris, cicit kepada pengasas tareqat Ahmadiyah, beliau juga merupakan kekanda Sayyid Muhammad ibn Idris al-Idrisi, beliau telah mengijazahkan tariqat Ahmadiyah kepada al Fadhil dan menganugerahkan al Fadhil dengan dipakaikan serban, selendang sufi dan tasbih kepada al Fadhil di Sudan.

53. Sayyid Ahmad Idris ibn al-Hasan al-Idrisi al-Hasani.
Beliau adalah Sayyid Ahmad Idris bin Sayyid al Hasan bin Sayyid Muhammad as Syarif bin Sayyid ‘Abdul ‘Ali bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Idris, cicit kepada pengasas tareqat Ahmadiyah, beliau lebih dikenali dengan Syeikh Ibnu Idris dan juga merupakan sepupu Sayyid Muhammad ibn Idris al Idrisi, beliau telah mengijazahkan tariqat Ahmadiyah kepada al Fadhil.

54.            Sayyid Musthafa bin Ahmad as-syarif al-Idrisi al-Hasani.
Beliau adalah Sayyid Musthafa bin Sayyid Ahmad as Syarif bin Sayyid Muhammad as-Syarif bin Sayyid ‘Abdul ‘Ali bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Idris, cicit kepada pengasas tareqat Ahmadiyah, beliau juga merupakan kekanda ipar dan sepupu Sayyid Muhammad ibn Idris al Idrisi, beliau telah mengijazahkan tariqat Ahmadiyah kepada al Fadhil dan menganugerahkan gelaran “al Ahmadi” dengan dipakaikan serban, selendang sufi dan tasbih kepada al Fadhil di Aswan, Mesir.

55. Sayyid Idris bin Musthafa al-Idrisi al-Hasani.
Beliau adalah Sayyid Idris bin Sayyid Musthafa bin bin Sayyid Ahmad as Syarif Sayyid Muhammad as Syarif bin Sayyid ‘Abdul ‘Ali bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Idris, cicit kepada pengasas tareqat Ahmadiyah, beliau juga merupakan anak saudara Sayyid Muhammad ibn Idris al Idrisi, beliau telah mengijazahkan tariqat Ahmadiyah kepada al Fadhil dan dipakaikan serban, selendang sufi dan tasbih kepada al Fadhil di Aswan dan Kaherah, Mesir.

56.Sayyid al Syarif Ma’mun bin ‘Abdul Qadir al Idrisi al Hasani.
Beliau telah mengijazahkan Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah kepada al Fadhil. Beliau menjadi syeikh tariqat ini di Masjid Sayyiduna al Husin, Masjid Sayyidah Nafisah dan sebagainya. Beliau merupakan ayahanda kepada Sayyid Majdi al Idrisi al Hasani. Setelah kewafatan beliau, kepimpinan tariqat ini diambil oleh Sayyid Majdi al Idrisi al Hasani.

57. Syeikhul Asyraf Sayyid Majdi bin Ma’mun al-Idrisi al-Hasani.
Beliau adalah Sayyid Majdi bin Sayyid Ma’mun bin Sayyid ‘Abdul Qadir bin Sayyid Ma’mun bin Sayyid ‘Abdul ‘Ali bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Idris, cicit kepada pengasas tareqat Ahmadiyah, beliau juga merupakan saudara Sayyid Muhammad ibn Idris al Idrisi, beliau telah mengijazahkan tariqat Ahmadiyah kepada al Fadhil dan beliau merupakan syeikh tariqat Ahmadiyah di Masjid al Husin, Kaherah. Beliau juga digelar dengan Syeikhul Asyraf.

58.Sayyid Mahmud al-Idrisi al-Hasani.
Beliau adalah salah seorang guru al Fadhil yang berketurunan Sayyid Ahmad bin Idris al Hasani al Maghribi, cicit kepada pengasas tareqat Ahmadiyah, beliau juga merupakan anak saudara Sayyid Muhammad ibn Idris al Idrisi, beliau telah mengijazahkan tariqat Ahmadiyah kepada al-Fadhil di Kaherah dan Aswan, Mesir.

59.Sayyid Dr. Ibrahim bin Ahmad al Idrisi al Hasani.
Beliau adalah anak sulung kepada Maulana Sayyid Ahmad bin Idris al Idrisi al Hasani, al Fadhil pernah diijazahkan amalan tariqat Ahmadiyah, amalan bulan Ramadhan, amalan Zulhijjah dan sebagainya daripada beliau kepada al Fadhil.

60.            Al ‘Allamah Syeikh Uthman bin Muhammad al Ahmadi al Sudani.
Beliau adalah mantan mufti di Sudan dan juga merupakan salah seorang khalifah Tariqat al Idrisiyah di Sudan yang dilantik oleh Maulana Sayyid Ahmad bin Idris al Idrisi al Hasani. Beliau telah mengijazahkan beberapa doa tertentu untuk penjagaan dan mengijazahkan seluruh karangan Syeikh Muhammad ‘Uthman al Mirghani al Husaini kepada al Fadhil.

61. Sayyid Syeikh Abdul Ghani bin Soleh al-Ja'afari al-Husaini.
Gurunya ini merupakan ulama’ besar tasawwuf di Mesir dan merupakan pewaris dan Mursyid Tariqat Ja’afriyah al Ahmadiyah al Muhammadiyah sedunia, al Fadhil telah menerima tariqah ini daripadanya ketika belajar di al Azhar Mesir.

62.            Sayyidi Syeikh Muhammad Uthman al Mirghani al Husaini.
Beliau adalah salah seorang daripada guru-guru sufi yang telah mendidik dan mentarbiyah al Fadhil, al Fadhil telah mengambil bai’ah tabarruk daripada beliau yang juga merupakan Mursyid Tariqat al Mirghaniyah al Khatmiyah sedunia. Beliau juga merupakan cicit Syeikh Muhammad Uthman bin Abu Bakar al Mirghani al Husani pengasas tariqat ini yang juga merupakan murid al Imam Sayyid Ahmad bin Idris al Hasani. Beliau juga adalah sahabat akrab Maulana Sayyidi Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani.

63.Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn ‘Alawi al-Maliki al-Hasani al-Makki.
Beliau merupakan salah seorang guru al Fadhil di Makkah al Mukarramah, beliau juga merupakan ulama’ yang bertaraf al Muhaddith, beliau telah mengijazahkan al Fadhil ijazah hadith Musalsal, kitab wirid seperti ‘Min Syawariq al-Anwar’ dan sebagainya.

64.            Sayyid ‘Abbas ibn ‘Alawi al-Maliki al-Hasani al-Makki.
Beliau merupakan ulama besar Makkah, beliau merupakan adinda kepada Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki, beliau sangat pakar dalam bidang sya’ir. Beliau telah mengijzahkan al-Fadhil akan hadith Musalsal dan Tariqat ‘Alawiyyah.

65.Prof Dr. Syeikh Ahmad Umar Hasyim al Azhari.
Beliau merupakan mantan Rektor Universiti al Azhar, beliau mencurahkan ilmunya kepada pecinta-pecinta ilmu di Jami’ al Azhar. Beliau mengajar al Fadhil dalam ilmu feqah dan hadith di Jami’ al Azhar.

66.            Prof Dr. Syeikh Ali Juma'ah al Syafie Mufti Mesir.
Beliau merupakan mufti Mesir, beliau mengajar al Fadhil akan kitab al Hikam di Jami’ al Azhar pada selepas subuh, beliau juga mengajar al Fadhil di Masjid Sultan Hasan dalam ilmu feqah dan kelebihan zikir-zikir. Beliau merupakan salah seorang daripada murid al Musnid Dunia Syeikh Muhammad Yasin al Fadani al Makki.

67.Dr. Syeikh Jamaluddin Ibrahim ad-Dusuqi.
Beliau merupakan guru al Fadhil dan Ulama Fiqh Syafie di Universiti Al Azhar. Beliau seorang yang buta penglihatannya tetapi Allah menggantikan dengan hati yang terang benderang, beliau mengajar al Fadhil akan kitab feqah dalam mazhab Syafie.

68.            Prof. Dr. as-Sayyid Hafiz Khalil as-Sakhawi.
Beliau merupakan guru al Fadhil dan juga Professor dalam Fiqh Perbandingan Mazhab di Universiti al Azhar. Beliau mengajar al Fadhil dalam Fiqh al Muqarran.

69.            Prof. Dr. Muhammad Abdul Fattah al-Benhawi.
Beliau merupakan Dekan Fakulti Syariah Islamiah Universit al Azhar, beliau mengajar al Fadhil dalam ilmu fiqh di Universiti al Azhar.

70.            Prof. Dr. Kailani Muhammad al-Mahdi.
Beliau merupakan guru al Fadhil yang mengajar feqah dan juga merupakan seorang Professor dalam ilmu Fiqh di Universiti al Azhar.

71. Prof. Dr. Abdul Rahman bin Abdul Hamid al-Barr.
Beliau merupakan guru al Fadhil yang mengajar ilmu hadith dan tafsir di al Azhar beliau juga merupakan Professor dalam Hadith di Universiti al Azhar.

72.Prof. Dr. Ibrahim Abdul Qadir Muhammad
Beliau merupakan guru al Fadhil yang mengajar Usul al Fiqh di Universiti al Azhar, beliau juga merupakan Professor dalam Usul al Fiqh Universiti al Azhar.

73. Prof. Dr. Ahmad Muhammad Shirah.
Beliau merupakan guru al Fadhil yang mengajar ilmu Tafsir di Universiti al Azhar dan beliau juga merupakan Professor dalam Tafsir di Universiti al Azhar.

74.            Prof. Dr. Alawi Amin as-Sayyid Khalil.
Beliau merupakan guru al Fadhil yang mengajar ilmu feqah dan cabangnya seperti Usul Fiqh, Qawaid Fiqhiyah dan sebagai. Beliau juga merupakan Professor dalam ilmu Qawaid Fiqhiyah di Universiti al Azhar.

75. Prof. Dr. as-Sayyid Muhammad ad-Dib.
Beliau merupakan guru al Fadhil yang mengajar bahasa arab dan kesusteraan di Universiti al Azhar, beliau juga merupakan seorang Professor dalam bidang Kesusteraan & Bahasa Arab di Universiti al Azhar.
76.Prof. Dr. Abdus Salam al-Iskandarani.
Beliau merupakan ulama al Azhar yang menetap di Iskandariyah, beliau telah mengajar al Fadhil akan ilmu feqah di Masjid Iskandariyah, Mesir.

77. Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaily.
Beliau merupakan ulama besar Syiria, beliau merupakan pensyarah dan professor di Universiti Dimasyqi, Syiria. Beliau telah mengijzahkan al Fadhil akan kitab tafsir dan fiqh semasa di Mesir dan di Malaysia. Beliau juga telah dianugerahkan ‘Tokoh Ma’al Hijrah’ daripada Malaysia pada 1430 hijriyah bersamaan pada tahun 2008.

78.Prof. Dr. as-Syeikh al-Muhaddith Umar Abdullah Kamil.
Beliau merupakan guru al Fadhil yang telah banyak mengajar al Fadhil akan ilmu feqah, tauhid, hadith, tasawwuf dan sebagainya beliau juga merupakan Syeikh Hadith dan Ulama Besar dari Universiti al Azhar. Beliau telah mengizahkan seluruh karyanya kepada al Fadhil termasuk ijazah Tariqat Naqsyabandiyah Khalidiyah, Tariqat Siddiqiyah, Tariqat Zahabiyah dan sebagainya.

79.Sayyid Syeikh Abu al Zahra’ Uwais al Husaini
Beliau adalah salah satu guru sufi yang telah mendidik dan mentarbiyah al Fadhil. Beliau telah mengijazahkan Tariqat an Naqsyabandiyah al Khalidiyah, al Zahabiyah al Siddiqiyah, al Qadiriyah dan sebagainya.

80.            Syeikh al Qari ‘Abdul Halim al Hafiz al Ahmadi.
Beliau merupakan salah seorang khalifah Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah yang dilantik oleh Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani, beliau telah mengajar al Quran al Karim kepada al Fadhil semasa al Fadhil bermusafir ke Sudan.

81. Sayyid Muhammad bin Ibrahim al-Kittani al-Husaini.
(Syeikh Hadith) Gurunya ini telah mengajar al-Fadhil di Iskandariyah dibeberapa masjid di sana, al Fadhil telah diijazahkan sanad hadith Sohih Bukhari, Sohih Muslim, al Muwa’atho’, Sunan Abu Daud, Sunan Tarmizi dan sebagainya. Al Fadhil juga menerima ijazah Tariqah al Kittaniyah daripada syeikh tersebut.

82.            Syeikh Sayyid Muhammad Abu Bakar al-Sya’sya’ie al-Husaini.
Gurunya ini merupakan ulama’ tasawwuf yang menetap di Syubra Khemah, Mesir. Al Fadhil telah diijazahkan Tariqat Syaziliyah Hushofiyah di Majlis Maulid di markaz tariqah ini di Syubra Khemah.

83.Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki
(Syeikh Hadith) Gurunya ini telah banyak mengijazahkan sanad-sanad ilmu; hadith, feqah dan sebagainya. al Fadhil telah menerima ijazah amalan-amalan Tariqat Syaziliyyah terutamanya Hizib al-Habr, Hizb an-Nasr dan lain-lainnya.

84.            Syeikh KH Ahmad Fahmi bin Zamzam an Nadwi al Banjari al Maliki.
Beliau telahg mengijazahkan al Fadhil akan beberapa sanad kitab seperti al-Hikam, al-Ehya Ulumuddin dan sebagainya, beliau juga mengijazahkan al Fadhil beberapa Hizib dan wirid, seperti Hizib Bahar, Hizib Nawawi, Tariqah Syazliyah Qadiriyah dan beberapa sanad musalsal hadith. Beliau juga telah menerima didikan daripada Maulana Sayyid Abul Hasan an Nadwi al Hasani.

85.Syeikh Ahmad Jumhuri al-Banjari al-Makki.
Beliau merupakan ulama besar Makkah, beliau telah mengijzahkan al Fadhil akan wirid, zikir dan sebagainya seperti Qasidah, Burdah, Ratib al Haddad, Asma’ al-Husna dan doanya serta kaifiyyat membacanya di Makkah al Mukarramah.

86.            Syeikh Sayyid Yusuf bin Bakhur al-Hasani.
Gurunya ini telah mengijazahkan kepada al Fadhil beberapa sanad ilmu, hadith dan ijazah Tariqat Syaziliyah Darqawiyah di Mesir.

87.Sayyidi Shaykh Adnan al-Kabbani.
Gurunya ini telah mengijazahkan kepada al Fadhil akan ijazah Tariqat Naqsyabandiyah Haqqaniyah Aliyyah, yang sanadnya berkait dengan Maulana Sayyid Shaykh Mohd Nazim al Haqqani al Hasani al Husaini. Al Fadhil pernah mengambil bai’ah tabarruk daripadanya.

88.            Sayyid al Amir al Hasan Ridha ibn Idris al Sanusi al Hasani.
Al Fadhil pernah mengambil ijazah Tariqah al Sanusiyah secara tabarruk dengan beliau. Nenda beliau Sayyid Idris al Sanusi merupakan Raja terakhir kerajaan Libya yang digulingkan secara zalim oleh Muammar Ghadafi. Bahkan al Marhum Syeikh Umar al Mukhtar iaitu seorang mujahid Libya pernah mendapat didikan dan tarbiyah Sufiyah Sanusiyah daripada moyang beliau iaitu Sayyid al Mahdi al Sanusi dan nenda saudara beliau iaitu Sayyid Ahmad al Syarif al Sanusi.

al Fadhil telah berguru lebih daripada seratus orang guru terdiri daripada ulama’ yang muktabar dan al Fadhil telah menerima lebih daripada 50 ijazah daripada guru-gurunya. al Fadhil juga pernah berkhidmat sebagai pendidik di Sekolah Rendah Kebangsaan (Arab) Batang Tiga Timur, Melaka dan mantan Pegawai Hal Ehwal Islam di Universiti Teknikal Malaysia Melaka. al Fadhil juga telah banyak mencurahkan ilmunya diserata tanah air, antara tempat yang pernah dan masih al Fadhil mencurahkan ilmunya ialah di Madrasah An Nur Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai Melaka, di Madrasah al Falah Tg. Bidara Melaka, di Masjid as-Syuhada’ Bukit Terendak Melaka, di Madrasah Kg Lapan Bachang Melaka, di Madrasah al Raudhah Taman Tg. Minyak Utama Melaka, di Madrasah Kg. Bukit Terendak Melaka, di Madrasah al-Amin Taman Rambai Utama Melaka, di Madrasah Haji Abdul Rahman Bukit Darat Melaka, di Telekom Malaysia Melaka, di Madrasah al Hidayah Lubok Cina Negeri Sembilan, di Surau Kampung Ulu Semin Lubok Cina Negeri Sembilan, di Surau Felda Raja Alias Tiga Jempol Negeri Sembilan, di Masjid Daerah Jempol Negeri Sembilan, di Masjid Darul Hidayah Hulu Langat Selangor, di Darul Ansar Pulau Gadong, di Darul Ansar Seremban Jaya, di Madrasah Nur at Taufiq, Taman Saujana Indah Bukit Katil Melaka, di Taman Seri Tanjung, di Kampung Tanjung Kling dan sebagainya.

Di atas usaha al Fadhil sebagai pendakwah dan ulama muda pada masa ini, al Fadhil telah memperkenalkan perubatan Islam kepada masyarakat selain daripada memberi bantuan kepada yang memerlukannya. Setelah al Fadhil pulang daripada Mesir pada tahun 2005, usaha dakwah dan perubatan Islam ini begitu giat dan diperhebatkan gerakannya. Di atas usaha itu, al Fadhil telah berusaha menubuhkan dan mengasaskan Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia pada tahun 2009 yang sebelum itu hanya dikenali dengan Pusat Rawatan Islam Darul Ansar kini dikenali dengan nama Akademi Rawatan Islam Darul Ansar. Al Fadhil telah dilantik sebagai Musyriful ‘Am (Penasihat Eksekutif) dalam Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia.

Itulah sebahagian daripada guru-guru dan sejarah al Fadhil yang dapat kami catatkan, Insya Allah keluaran yang akan datang kami nyatakan biografi al Fadhil yang lebih lengkap dan sempurna. Semoga Allah memberi kesihatan dan kekuatan kepada al Fadhil dalam menyebarkan dakwahnya. Amin.



Pengurusan Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia.
2009 – 2011

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR