Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

INTERNATIONAL ADVISER OF DARUL ANSAR MALAYSIA


AL IMAM AL MUHADDITH AL MUSNID
SAYYID MUHAMMAD BIN IDRIS AL IDRISI AL HASANI
Mursyid Tariqah Al Muhammadiyah Al Idrisiyah Internatioanal.
Imam Al Akbar of Al Jami' Al Idrisi Omdurman Sudan.
International Adviser of Darul Ansar Malaysia.


Beliau adalah Al Imam Al Muhaddith Al Musnid 'Arif Billah Maulana Sayyid Muhammad Al Syarif bin Sayyid Idris bin Sayyid Muhammad Al Syarif bin Sayyid Abdul 'Aal bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Idris bin Sayyid Muhammad bin Sayyid 'Ali bin Sayyid Ahmad bin Sayyid Muhammad bin Sayyid 'Abdullah bin Sayyid Ibrahim bin Sayyid 'Umar bin Sayyid Ahmad bin Sayyid 'Abdul Jabbar bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Yamleh bin Sayyid Al Masyisy bin Sayyid Abu Bakar bin Sayyid 'Ali bin Sayyid Hurmah bin Sayyid 'Isa bin Sayyid Salam bin Sayyid Marwan bin Sayyid Haidarah bin Sayyid Muhammad bin Sayyid Idris Al Asghor bin Sayyid Idris Al Akbar bin Sayyid 'Abdullah Al Kamil bin Sayyid Al Hasan Al Mutsanna bin Sayyiduna Al Hasan bin Sayyiduna 'Ali Karamallahu Wajhah dan Sayyidatuna Fatimah Al Zahra' binti Sayyiduna wa Maulana Muhammad Rasulullah SAW.

Beliau merupakan keturunan Baginda Rasulullah SAW yang ke-32. Juga merupakan cicit Al Imam Al 'Arifin Wal Qutub Al Muhaqqiqin Sayyid Ahmad bin Idris Al Hasani Al Maghribi Al Fasi pengasas Tariqat Al Ahmadiyah Al Idrisiyyah. Tuan guru kita ini dilahirkan di Khartum Omdurman Sudan pada 1930 Masehi, beliau mendapat pendidikan awal dan telah menghafaz Al Quran dan Sunan Sittah daripada ayahandanya Al Imam Sayyid Idris Al Idrisi Al Hasani RA, beliau juga mendapat didikan Al Quran daripada Syeikh Al Qurra' Abi 'Abdullah Abdul Karim Al Azhari RA, beliau juga mendapat pendidikan di Ma'ahad Tsanawi Omdurman Sudan kemudian di Universiti Al Azhar Al Syarif di Kaherah, Mesir. Selain daripada itu, beliau telah mengembara dan bermusafir serta telah mendapat beberapa faedah dan mengambil barakah daripada beberapa ulama di Mesir, Sudan, Makkah dan sebagainya. Beliau pernah mengambil manfaat ilmu daripada Sayyid Muhammad Amin Al Kutubi Al Makki, Sayyid Alawi Al Maliki Al Makki, Sayyid Ahmad Al Syarif Al Idrisi, Sayyid Al Hasan Al Idrisi, Sayyid Al Mirghani Al Husaini, Syeikh Soleh Al Ja'fari Al Husaini, Al Malik Sayyid Muhammad Idris Al Mahdi Al Sanusi dan sebagainya. 

Beliau merupakan Mursyid Tariqah Al Muhammadiyah Al Idrisiyah sedunia, beliau diamanahkan oleh ayahandanya Al Imam Sayyid Idris Al Idrisi Al Hasani untuk menyebarkan tariqat ini. Beliau juga merupakan seorang khatib dan Imam Al Akbar di Masjid Jami' Al Idrisi Omdurman Sudan (didalamnya terdapat Maqam Sayyid Idris Al Idrisi). Beliau sering diundang untuk membentang kertas kerja mengenai tasawwuf, feqah, tauhid, ekonomi Islam dan sebagainya diperingkat Antarabangsa.

Tuan guru kita Maulana Sayyid Muhammad bin Idris Al Idrisi Al Hasani RA ini telah melantik Al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al Idrisi sebagai wakil peribadinya (khalifah) pada Jamadil Awwal 1427 Hijriyah di Masjid Al Husin, Kaherah Mesir di hadapan ikhwan Idrisiyah Kaherah selepas Solat Jumaat dan di Jami' Al Idrisi Omdurman Sudan. Pada tahun 2006, kedudukan Al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al Idrisi sebagai Khalifah Tariqat Al Idrisiyah ini diperkukuhkan oleh Al 'Arif Billah Maulana Sayyid Ahmad bin Idris Al Idrisi Al Hasani di Madrasah An-Nur Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai Melaka, dihadapan ratusan ikhwan Ahmadiyah Idrisiyah. Begitu juga pada Sya'ban 1431 Hijriyah (2010) Al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab diistiharkan lagi sekali sebagai Khalifah Tariqat Al Muhammadiyah Al Idrisiyah Al Ahmadiyah Al Syazuliyah oleh Sayyid Ahmad bin Idris Al Idrisi Al Hasani di Surau Syeikh 'Abdullah Taman Zaitun Senawang, di Madrasah An Nur Taman Rambai Jaya, Madrasah Al Amin Taman Rambai Utama, Madrasah Nur At Taufiq Taman Saujana Indah Bukit Katil Melaka.

Sanad Tariqat Al Muhammadiyah Al Idrisiyah Al Ahmadiyah Al Syazuliyah adalah:

1.   Al Imam Sayyid Muhammad bin Idris Al Idrisi Al Hasani RA
2.   Al Imam Sayyid Idris bin Muhammad Al Syarif Al Idrisi Al Hasani RA
3.   Al Imam Sayyid Muhammad Al Syarif bin 'Abdul 'Aal Al Idrisi Al Hasani RA.
4.   Al Imam Sayyid 'Abdul 'Aal bin Ahmad Al Idrisi Al Hasani RA.
5.   Al Imam Al Qutb Sayyidi Ahmad bin Idris Al Hasani RA
6.   Al Imam Sayyidi Abu Al Qasim Al Wazir Al Ghazi RA
7.   Al Imam Sayyidi 'Ali bin 'Abdullah Al Ghilani RA
8.   Al Imam Sayyidi Ahmad bin Yusuf Al Ghilani Al Rasyidi RA
9.   Al Imam Syeikh Al Syuyukh Sayyidi Ahmad bin Zarruq RA
10. Al Imam Sayyidi Ahmad bin 'Uqbah Al Hadhrami RA
11. Al Imam Sayyidi Yahya bin Ahmad Al Qadiri RA
12. Al Imam Sayyidi 'Ali bin Muhammad bin Wafa Bahr Al Sofa RA
13. Al Imam Sayyidi Muhammad bin Wafa Bahr Al Sofa RA
14. Al Imam Sayyidi Daud bin 'Umar Al Bakhili RA
15. Al Imam Sayyidi Ahmad bin 'Atho'illah Al Sakandari RA
16. Al Imam Al Qutb Sayyidi Abu Al 'Abbas Al Mursi RA
17. Al Imam Al Qutb Sayyid Abu Al Hasan Al Syazuli Al Hasani RA
18. Al Imam Al Qutb Sayyid 'Abdus Salam bin Al Masyisy Al Hasani RA
19. Al Imam Sayyidi 'Abdur Rahman Al Madani RA
20. Al Imam Al Qutb Sayyid Taqiyyudin Al Fuqair RA
21. Al Imam Al Qutb Sayyidi Fakhruddin RA
22. Al Imam Sayyidi Nuruddin Abu Al Hasan 'Ali RA
23. Al Imam Al Qutb Al Wujud Sayyidi Muhammad Tajuddin RA
24. Al Imam Al Qutb Sayyid Muhammad Syamsuddin RA
25. Al Imam Sayyid Zainuddin Al Qazwini
26. Al Imam Al Qutb Sayyidi Syeikh Abu Ishaq Ibrahim Al Basri RA
27. Al Imam Al Qutb Sayyid Abu Al Qasim Ahmad Al Mardani RA
28. Al Imam Al 'Arif Sayyidi Abu Muhammad Sa'id RA
29. Al Imam Al Qutb Al Warith Sayyidi Syeikh Sa'ad RA
30. Al Imam Al Qutb Sayyidi Abu Muhammad Fatah Al Su'ud RA
31. Al Imam Al Qutb Sayyidi Abu 'Abdullah Al Ghazwani RA
32. Al Imam Al Qutb Sayyid Abu Muhammad Jabir bin 'Abdullah RA
33. Sayyiduna Al Hasan bin 'Ali RA
34. Sayyiduna 'Ali bin Abu Thalib RA
35. Sayyiduna Wa Maulana Muhammad Rasulullah SAW.

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR