Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Friday, March 29, 2013

Tuan Guru Syeikh Muhammad bin Abdullah kembali ke Rahmatullah


Ketua Dewan Ulama PAS Kedah, Tuan Guru Syeikh Hj. Muhammad bin Tuan Guru Hj. Abdullah (gambar) telah kembali ke Rahmatullah pada 25 Mac 2013. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar setelah dimasukkan ke wad hospital berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, berkata Allahyarham yang berusia 72 tahun memang diketahui mengidap masalah jantung sebelum ini. Beliau yang sempat menziarahi Allahyarham pada minggu lepas, berkata ketika ziarah itu, Allahyarham masih dalam keadaan baik dan sihat, biarpun mengadu tangan sebelah kanannya agak sukar untuk diangkat.

Bagaimanapun, Allahyarham dikejarkan ke hospital semalam, dan ditempatkan di wad kecemasan bahagian kritikal sebelum menghembuskan nafas terakhir.Mahfuz turut berada di hospital ketika itu, biarpun Allahyarham sudah berada dalam keadaan tidak sedar. Jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Pondok Makarimul Akhlak, di Langgar sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam berdekatan.

Sementara itu, Mahfuz merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan meminta mereka untuk bersabar dengan ujian tersebut. Sambil menyifatkan kehilangan allahyarham sebagai satu kehilangan yang besar kepada sebuah gerakan Islam,dan juga PAS Kedah, Mahfuz mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat Allah Taala.

"Sesungguhnya PAS Kedah kehilangan seorang tokoh ulama yang begitu berilmu.  Kehilangannya seperti hilangnya sebutir permata ilmu yang begitu berharga," kata beliau kepada Harakahdaily.

Allahyarham pernah menjadi Adun Langgar sekitar tahun 90-an, selain pernah menjadi Yang DiPertua PAS Pokok Sena.

“Kami pernah bertemu semasa Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Kedah beberapa tahun yang lepas, beliau begitu ramah melayan tetamu luar, pada waktu itu saya mewakili Dewan Ulama’ Negeri Melaka dalam Muktamar tersebut. Semoga Allah merahmati, mengampuni dan meletakkan beliau dikalangan mereka yang soleh.” Kata Syeikh Muhammad Rajab Al-Idrisi.

Kehilangan beliau adalah merupakan suatu kehilangan yang besar dalam gerakan Islam khususnya di Malaysia. Semoga Allah SWT menerima segala amalan dan jihad yang dilakukan Al-Marhum.. Al-Fatihah….

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR