Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Wednesday, January 16, 2013

UMRAH TARBAWI - Jun 2013 (Awal Ramadhan)

Assalamu’alaikum WBT.

Sukacitanya pihak KOANSAR telah membuka penyertan program Umrah Tarbawi Bersama Al-Musnid Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi pada 28 Jun 2013 (Umrah Awal Ramadhan – 12 Hari) hanya RM 5,599.00 sahaja.

Hotel penginapan di Madinah Al-Munawwarah bertaraf 3 bintang, 30 meter jarak diantara Hotel dengan Masjid Nabawi. Manakala di Makkah Al-Mukrramah, jarak hotel ke Masjid Al-Haram kira-kira 5 minit sahaja.

Sepanjang program ziarah dan umrah akan dibimbing dan ditarbiyah langsung oleh Syeikh Muhammad Rajab Al-Idrisi dan pengerusi KOANSAR iaitu Tuan Guru Hj. Abdul Halim. Para peserta juga tidak ketinggalan untuk mengikut pengajian yang akan disampaikan oleh Al-‘Allamah Syeikh Ahmad Jamhuri Al-Makkiy di Makkah Al-Mukarramah.

PANDUAN TEMPAHAN PAKEJ UMRAH Anjuran KOANSAR

1.      Bayaran deposit RM 500.00 seorang.

2.      Pembayaran penuh 40 hari sebelum tarikh berlepas, sama ada tunai di pejabat Darul Ansar atau melalui akaun KOANSAR: 04150000989102 di CIMB Islamic.

3.      Passport Antarabangsa yang mempunyai tempoh sahlaku melebihi 6 bulan pada tarikh berlepas serta mempunyai sekurang-kurangnya 4 mukasurat kosong.

4.      Salinan Kad Pengenalan.

5.      Sijil Suntikan Meningitis. Acyw-135

6.      Salinan Sijil Nikah (Bagi wanita yang bermahramkan suami)

7.      Salinan Sijil Kelahiran (Bagi wanita yang bermahramkan bapa / lelaki bawah 19 tahun yang bermahramkan bapa)

8.      Surat akuan (bagi wanita yang pergi tanpa mahram atas 45 tahun). Dokumen sokongan.
·         Salinan Kad Pengenalan suami & Sijil Nikah @
·         Salinan Surat Kelahiran peserta & salinan Kad Pengenalan bapa @
·         Salinan Kad Pengenalan & Surat Kelahiran anak lelaki (Berumur atas 18 tahun) @
·         Salinan Surat Kelahiran peserta & salinan Surat Kelahiran serta salinan Kad Pengenalan adik beradik lelaki (Berumur atas 18 tahun)

9.      Sekeping gambar saiz passport untuk “Name Tag”

10.  Gambar Visa Umrah sebanyak 3 keping, syarat-syarat seperti berikut:
·         Saiz gambar berukuran 6cm X 4cm
·         Saiz wajah berukuran 4cm X 3cm
·         Berlatar belakangkan warna putih.
·         Tidak bersongkok / kopiah (Bagi lelaki)
·         Betudung gelap (Bagi perempuan)


Bagi peserta yang berminat boleh menghubungi terus untuk pendaftaran segera di talian Darul Ansar iaitu:

606-336 1706
013-611 1706

Penyertaan terhad hanya kepada 80 orang peserta sahaja.

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR