Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Sunday, July 29, 2012

Kuliah Modul 5 di Melaka


Assalamu’alaikum WBT.

KULLIYYAH TAFAQQUH FIT THIBB
Modul 5: “Kelebihan Ayat-Ayat Al-Quran dan Surah-Surah Pilihan

Pensyarah:
SF. AL-MUSNID SYEIKH MUHAMMAD RAJAB AKMAL AL-IDRISI
Syeikh Al-Ansar

Tempat:
DEWAN KULIAH DAR AL-IDRISIYAH
Taman Bertam Perdana,
Pulau Gadong, Melaka.

Tarikh:
29 JULAI 2012 (HARI AHAD)
Selepas Solat Tarawih

Friday, July 27, 2012

Pengurusan Naqia Melaka dibawah seliaan KOANSAR


Assalamu’alaikum WBT.

Bermula 20 Julai 2012 bahawa Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) telah mengambil alih pentadbiran dan pengurusan Syarikat Naqia Corporation Sdn. Bhd bagi cawangan Negeri Melaka. Bagi mana Pengurus Eksekutif, Stokis, Pengedar dan Ahli Naqia Corporation Sdn Bhd dalam Negeri Melaka bolehlah berurusan dengan KOANSAR untuk produk dan pihak KOANSAR dan NAQIA telah bersetuju untuk menetapkan syarat-syarat baru bagi tujuan produk di talian 013-611 1706 atau 06-336 1706. Sekian, terima kasih.

KOANSAR Management.

KURSUS RAWATAN ISLAM ESOK DI KEDAH


Assalamu’alaikum WBT

KURSUS PENGUBATAN ISLAM SIRI 4
(2 Dalam 1)

Tajuk:
“Kaedah Pagar Kediaman Menurut Syar’iat Islam”
&
“Kursus Kaedah Rawatan Penulisan Pinggan Putih”

Pensyarah:
SYEIKH MUHAMMAD RAJAB AKMAL AL-IDRISI

Tempat:
MASJID MUZAFFAR SHAH DAERAH SG. PETANI,
KEDAH DARUL AMAN.

Tarikh:
28 Julai 2012 (Esok)

Waktu:
9.00 Pagi – 2.00 Petang

Yuran:
RM 130.00

Penyertaan Adalah Terhad!!!

Sila Hubungi:
Ustazah Wan – 012-963 6406
Ustazah Norazura – 013-611 1706

*Sila bawa sekali pinggan seramik putih, jika tiada pihak pengurusan ada menyediakannya hanya RM 5.00 sahaja.

Friday, July 20, 2012

Tazkirah Ramadhan


AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN KAREEM


Assalamu’alaikum

Alhamdulillah, segala pujian kepada Allah SWT. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW ke atas keluarganya, para sahabatnya, dan mereka yang mengikuti perjalanan sunnah dengan baik sehingga hari kiamat.

Pihak Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan dengan ini mengucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan Kareem dan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat seluruh ikhwan Darul Ansar – Idrisiyah dan seluruh kaum Muslimin, semoga beroleh Rahmat Allah, Pengampuan Allah dan dibebaskan daripada Azab Neraka. Insya Allah. Wassalam.

Al-Fatihah kepada Syeikh 'Abdul Ghani Al-Ja'fari


Al-Fatihah kepada Al-‘Arif Billah Maulana Sayyidi Syeikh Abdul Ghani bin Syeikh Soleh Al-Ja’fari Al-Sodiqi Al-Husaini, beliau telah diterima untuk menjadi tetamu undangan istimewa Allah SWT, semoga Allah SWT meletakkan beliau disisi nendanya Sayyiduna Rasulullah SAW didalam Syurga. Amin.

Beliau merupakan peganti atau khalifah kepada ayahandanya Sayyidi Syeikh Soleh Al-Ja’fari dan juga merupakan Syeikh Umum Tariqat Al-Ja’fariyah. SF. Al-Musnid Ustaz Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi pernah mengambil ijazah daripada Al-Marhum Syeikh ‘Abdul Gani Al-Ja’fari, takziah diucapkan kepada keluarga beliau dan seluruh ikhwan Ja’fariyah dan Ahmadiyah. Al-Fatihah….

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR