Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Saturday, June 23, 2012

Amalan-Amalan Pada Malam Nisfu Sya'ban


AMALAN MALAM NISFU SYA’BAN

Amalan ini merupakan sebuah cara untuk menghidupkan Malam Nisfu Sya’ban yang diajar oleh guru kami yang mulia iaitu Al Musnid Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al Idrisi daripada Al-‘Arif Billah Maulana Sayyid Ahmad bin Idris Al-Idrisi Al-Hasani yang disebut bahawa amalan ini diajarkan oleh moyangnya iaitu Al-Imam Al-‘Arifin Sayyid Ahmad bin Idris Al-Hasani Al-Maghribi kepada muridnya yang agung iaitu Al Imam Sayyid Muhammad bin ‘Ali Al Sanusi Al Hasani. Kaedahnya ialah:

1.      Mendirikan Solat Sunat 2 Rakaat; pada rakaat yang pertama membaca Surah Al Fatihah dan Surah Al Kafirun, pada rakaat yang kedua membaca Surah Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas, pada sujud yang terakhir berdoa dalam hati memohon kepada Allah SWT supaya dipanjangkan umur untuk mentaati Allah SWT. Setelah selesai Solat Sunat Hajat tersebut hendaklah membaca Surah Yasin sekali dan berdoa.

2.      Kemudian bangun untuk mendirikan Solat Sunat 2 Rakaat untuk kali kedua; pada rakaat yang pertama membaca Surah Al Fatihah dan Surah Al Kafirun, pada rakaat yang kedua membaca Surah Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas, pada sujud yang terakhir berdoa dalam hati memohon kepada Allah SWT supaya diberikan rezeki yang halal dan harta yang diberkati Allah SWT. Setelah selesai Solat Sunat Hajat tersebut hendaklah membaca Surah Yasin sekali dan berdoa.

3.      Kemudian bangun untuk mendirikan Solat Sunat 2 Rakaat untuk kali ketiga; pada rakaat yang pertama membaca Surah Al Fatihah dan Surah Al Kafirun, pada rakaat yang kedua membaca Surah Al Fatihah dan Surah Al Ikhlas, pada sujud yang terakhir berdoa dalam hati memohon kepada Allah SWT supaya dimatikan dalam keadaan beriman dan Husnul Khatimah. Setelah selesai Solat Sunat Hajat tersebut hendaklah membaca Surah Yasin sekali dan berdoa.

Digalakan membaca Doa Surah Yasin yang warid daripada Sayyid Ahmad bin Idris.

Friday, June 22, 2012

Jemputan Sambutan Nisfu Sya'ban & Hol Sidi Ibrahim Al-Rasyid



ASSALAMU’ALAIKUM WBT


Jemputan Kepada Tuan / Puan ke:

الإحتفال الحولية للسيد إبراهيم الرشيد ونصف شعبان
SAMBUTAN HAUL SAYYID IBRAHIM AL-RASYID
& NISFU SYA’BAN

Pada:
5 Julai 2012 (Hari Khamis Malam Jumaat)
Solat Maghrib Berjamaah.

Aturcara:

1.      Majlis Berbuka Puasa (ikhwan digalakkan berpuasa sunat).
2.      Solat Maghrib Berjamaah, Aurad Al-Idrisiyah & Husun pendek dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Azlan bin Khorma (T.YDP D’Ansar Kebangsaan).
3.      Tausiyah Nisfu Sya’ban.
4.      Bacaan “Manaqib Ringkas Sayyid Ibrahim Al-Rasyid” (Guru Salsilah Ke-2).
5.      Majlis “Pengijazahan 7 Surah Haamiim & Surah Yaasiin”
6.      Solat Hajat & Bacaan Surah Yasin dipimpin oleh Al-Musnid Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi (Syeikh Al-Ansar).
7.      Solat Isyak Berjamaah, Bacaan Husun Mani’ah & Kanzus Saadah dipimpin oleh Al-Musnid Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi (Syeikh Al-Ansar).
8.      Jamuan & Bersurai.


Tempat:

DEWAN DAR AL-IDRISIYAH,
Ibu Pejabat Darul Ansar Kebangsaan,
No. 16, Jalan BP1, Taman Bertam Perdana,
75200, Pulau Gadong, Melaka.
No. Telefon:    +606 - 336 1706
No. H/Phone: +6013-611 1706



* Sumbangan kewangan dan makanan amat-amat dialukan.

Jemputan Kenduri Menyambut Ramadhan


ASSALAMU’ALAIKUM WBT.

JEMPUTAN MAJLIS KENDURI MENYAMBUT RAMADHAN
Peringkat Darul Ansar Kebangsaan

Tempat:
KEDIAMAN SYEIKH AL-ANSARI,
NO. 2 & 4, JALAN SERI TANJUNG 5, TAMAN SERI TANJUNG,
76400, TANJUNG KLING, MELAKA.

Pada:
6 JULAI 2012
(HARI JUMAAT SELEPAS ASAR HINGGA SELEPAS ISYAK)

Muslimin & Muslimat Dijemput Hadir.

Untuk Petunjuk Arah Sila Hubungi:

013-6111706 atau 012-6417300 atau 013-6138837

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR