Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Tuesday, May 22, 2012

KULIAH MAGHRIB

Assalamu'alaikum WBT.

Kuliah Maghrib

Disampaikan oleh:
Al-Musnid Ustaz Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi

 Tempat:
Surau An-Nur, Taman Rambai Jaya, Bkt. Rambai.

Pada:
Setiap hari Rabu selepas Solat Maghrib.

Kitab:
Nashoih Diniyah karya Imam Al-Haddad.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.


 

Tuesday, May 15, 2012

KURSUS PENGUBATAN ISLAM SIRI-2 DI KEDAH

KULIAH PENGUBATAN ISLAM SIRI-2
(Cawangan Negeri Kedah Darulaman)

Assalamu’alaikum WBT

Sukacitanya pihak Darul Ansar Negeri Kedah mengadakan Kursus Pengubatan Siri 2, seperti jadual dibawah berikut:

·         Tarikh & Hari  : 26 Mei 2012 (Hari Sabtu)
·         WAKTU           : 9.00 pagi – 4.30 petang.
·         TEMPAT          : Masjid Muzaffar Shah, Jalan Kolam Air, Sg. Petani, Kedah.
·         PENSYARAH  : Al-Musnid Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi.
·         KITAB              : Thibb Al-Idrisi Al-Ansari; Modul 2 “Rawatan Penyakit Sihir-Sihir & Saka Menurut Syari’at”


Untuk keterangan sila hubungi: Al-Fadhil Ustaz Saiful di talian: 012-5835474.
Penyertaan adalah terhad.

MEMBACA SURAH YAASIIN


الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا ومولانا محمد وعلى آل محمد في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله أم بعد


Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Kita sering memperdebatkan hukum membaca Surah Yaasiin pada malam jumaat. Maka timbullah hujjah-hujjah yang mengatakan itu dan ini serta sebagainya. Kadang-kadang perkara yang diperdebatkan ini hanya membuang masa ulama’ kaum Muslimin untuk diperdebatkan, sedangkan begitu banyak masalah yang jelas seperti hukum Islam, hudud, arak, judi dan sebagainya yang perlu dijalankan hukumannya, kami melihat perkara ini sebagai suatu tindakan untuk menjadi hero sesetengah individu dalam isu ini.

Tidaklah dinafikan bahawa Baginda Rasulullah SAW tidak pernah mengkhususkan membaca Surah Yaasiin pada malam jumaat, akan tetapi perkara ini tidak salah bahkan mendapat pahala yang besar disisi Allah ‘Azzawajalla kerana kita membaca Al-Quran Al-Karim. Tetapi apabila masyarakat kita mengatakan mesti membacanya pada malam jumaat, maka perkara itu yang tidak benar. Sedangkan Baginda Rasulullah SAW memerintahkan kita membaca Surah Al-Kahfi pada hari jumaat, kelebihan adalah dijauhkan daripada fitnah Dajjal, atau kita menghafaz 10 ayat pertama daripada Surah Al-Kahfi atau 10 ayat terakhir daripada Surah Al-Kahfi, begitulah yang disebut oleh guru kami Al-Musnid Ustaz Muhammad Rajab Al-Idrisi.

Bukan hanya Baginda Rasulullah SAW memerintahkan kita membaca Surah Al-Kahfi, bahkan Baginda SAW memerintahkan kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda SAW seperti dalam hadith yang berbunyi:

إذا كان يوم الجمعة وليلة الجمعة فأكثرواْ الصلاة عليَّ

"Apabila tibanya hari jumaat dan malam jumaat, maka hendaklah memperbanyakkan selawat ke atas aku."
Menurut guru kami Al-Musnid Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi menyebutkan bahawa Al-‘Arif Sayyid Muhammad bin Idris Al-Idrisi Al-Hasani dan Al-‘Arif Sayyid Ahmad bin Idris Al-Idrisi Al-Hasani telah meletakkan membaca Surah Al-Waqi’ah, Surah Al-Dukhan dan Surah Yaasiin dalam amalan selepas solat subuh setiap ikhwan Al-Idrisiyah seluruh dunia. (Jqdi, kami membacanya setiap hari, bukan hanya pada malam jumaat sahaja) Kita lihat guru Tariqah yang muktabar ini pun tidak meletakkan pengkhususan membacanya pada malam jumaat ini kerana begitu banyak pemfitnah-pemfitnah yang mengatakan tariqat sufiah adalah sesat dan bid’ah. Bahkan ada individu pemfitnah yang cuba mengatakan Tariqat Ahmadiyah Idrisiyah adalah sesat. Kami menunggu hujjah-hujjah pemfitnah ini dan kami bermohon kepada Allah ‘Azzawajalla memberikan petunjuk kepada kami dan pemfitnah-pemfitnah itu serta semoga Allah ‘Azzawajalla menjadi saksi diatas apa yang diperkatakan.

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR