Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Tuesday, March 6, 2012

AL-FATIHAH..


Tanggal 4 Mac 2012 bersamaan 11 Rabul Akhir 1433 H hari Ahad perginya seorang insan yang banyak berbakti kepada Darul Ansar. Insan yang dimaksudkan adalah Tuan. Hj Sulaiman bin Omar Al Ahmadi. Anak kelahiran Nyalas, Jasin Melaka ini dilahirkan pada 21 Ogos 1947 dan menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 2.15 petang ketika berusia 65 tahun di Hospital Selayang.

Almarhum semasa hayatnya berkhidmat dalam bidang pendidikan dan kali terakhir berkhidmat sebagai Guru Besar di salah sebuah sekolah di Johor. Melalui pengalamannya, almarhum sering memberikan idea-idea yang bernas sepanjang barada dalam Darul Ansar.

Perkenalan dengan Darul Ansar bermula apabila almarhum berminat untuk mengikuti Kelas Pengajian Al Quran bersanad di Darul Ansar pada awal Januari 2010. Bermula dari situ, almarhum bersama isteri tercintanya Hjh Safiah berulang alik setiap pagi dari Bukit Katil ke Pulau Gadong bertalaqqi bersama Musyriful Am Darul Ansar, Ustaz Muhammad Rajab Akmal. Almarhum bersama isterinya begitu sabar dan tekun untuk bertalaqqi Al Quran. Ada kalanya almarhum datang tetapi tidak dapat untuk bertalaqqi lantaran ramai pesakit yang datang ke Darul Ansar untuk mendapatkan rawatan Islam daripada Musyriful Am. Atas sifat sabar dan ketekunannya, akhirnya pada Jun 2010 almarhum bersama isterinya berjaya mengkhatamkan pengajian Al Quran bersanad dengan Musyriful Am.

Semasa almarhum bertalaqqi Al Quran, timbul perasaan minat yang mendalam untuk belajar mengenai Pengubatan Islam dan secara rasminya almarhum mula mengikuti Pengajian Pengubatan Islam dengan Darul Ansar pada 14 April 2010. Semasa almarhum menuntut di Darul Ansar, bakat kepimpinannya terserlah serta sering memberi idea-idea yang bernas untuk mengembangkan Darul Ansar. Atas komitmennya yang tinggi dengan Darul Ansar, pada Jun 2010 almarhum dilantik sebagai Setiausaha Agung Darul Ansar lantaran Setiusaha Agung yang sebelumnya tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Penulis sangat kagum dengan sikap almarhum yang begitu bersemangat mencurahkan khidmat kepada Darul Ansar. Masih segar dalam ingatan penulis bagaimana sikap almarhum semasa mengendalikan Majlis Haul di mana Mursyid Tariqat Al-Idrisiyyah,Ulama Sudan iaitu Al-Arif Billah Maulana As-Sayyid Ahmad bin Idris Al-Idrisi Al-Hasani turun ke Melaka untuk merasmikan Darul Ansar pada 20 Julai 2010. Sebelum majlis haul diadakan, almarhum bersungguh-sungguh membantu Darul Ansar mencari dana bagi memastikan segala pengurusan majlis berjalan lancar. Pada usia menjangkau 63 tahun, sumbangan tenaga dan wang ringgit diberi seikhlas mungkin. Atas kesungguhannya, akhirnya Maulana bersetuju untuk turun merasmikan Surau Nur At-Taufiq di Taman Saujana, Bukit Katil yang merupakan tempat almarhum tinggal.

Perjalanan masa Darul Ansar bersama almarhum dirasakan begitu singkat sekali.Penghujung Disember 2010, almarhum berjaya menamatkan Pengajian Pengubatan Islam Darul Ansar serta dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik bagi sesi 2010. Pada ketika itu juga almarhum bersama rakan baiknya dari Kluang, En.Yasin telah berusaha untuk mengembangkan Darul Ansar sehingga tertubuhnya cawangan Darul Ansar di Kluang,Johor pada awal Januari 2011.

Selepas Darul Ansar mengadakan Mesyuarat Agung pada Februari 2011, almarhum mula menunjukkan tanda-tanda untuk meninggalkan Darul Ansar apabila menyuarakan hasrat untuk meletak jawatan sebagai Setiusaha Agung Darul Ansar. Selepas Majlis Syura bermesyuarat, akhirnya Darul Ansar menerima perletakan jawatan almarhum dengan hati terbuka walaupun rasa berat untuk melepaskannya lantaran kesibukan almarhum untuk menguruskan walimah anak bongsunya pada Mei 2011 dan ditambah lagi dengan keadaan kesihatan almarhum yang kurang memuaskan.

Semenjak almarhum mula meletakkan jawatan, kesihatan almarhum semakin menurun dan almarhum sering keluar masuk hospital.Musyriful Am Darul Ansar bersama ikhwan Darul Ansar saling berusaha melapangkan masa melawat almarhum untuk memberi semangat kepada almarhum agar kesihatannya segera pulih di samping bersama-sama mendoakan kesihatannya.

Banyak kenangan manis penulis dan Musyriful Am bersama almarhum serta isterinya. Penulis begitu hormat kepada almarhum di atas sifat yang ditunjukkan almarhum kepada Musyrifu Am. Dikala umur almarhum menjangkau 70-an, dan boleh dianggap seusia dengan umur nenda Musyriful Am, almarhum begitu rendah diri apabila berhadapan dengan Musyriful Am sehingga mencium tangan Musyriful Am setiap kali habis pengajian. Latar belakang almarhum yang hebat sanggup diketepikan setiap kali berhadapan dengan Musyriful Am.

Penulis bersama Musyriful Am serta almarhum dan isterinya pernah bersama-sama pergi bermusafir melawat ikhwan di Pulau Pangkor. Sepanjang perjalanan yang memakan jarak yang jauh, almarhum begitu komitmen untuk berkhidmat dengan Musyriful Am apabila sedia memandu kereta walaupun pada ketika usia almarhum yang sudah lanjut.

Begitulah sedikit catatan pengalaman penulis tentang almarhum yang boleh dikongsi bersama. Banyak lagi bakti yang telah almarhum curahkan dan moga semua amalannya diterima Allah. Al-Fatihah.

- PENDAFTAR DARUL ANSAR KEBANGSAAN

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR