
Jawapan:
بسم اللـه والحمد للـه والصلاة والسلام على رسول اللـه سيدنا ومولانا محمد بن عبد اللـه الذي لا نبي بعده ومن تبعه ومن والاه فـي كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم اللـه، أما بعد
Insya Allah 'Azzawajalla pihak Darul Ansar telah memutuskan dalam perbincangannya bersetuju untuk membuat beberapa rakaman ilmiyah dalam bentuk MP3 dan sebagainya dengan izin Allah 'Azzawajalla untuk memberikan perkongsian ilmu. Sesungguhnya saya Al-Haqir Ilallah, tiadalah daya upaya serta kelebihan dengan ilmu ini hanya setakat berkongsi ilmu sahaja. Semoga Allah 'Azzawajalla memandu kita dalam petunjuk-Nya.
Sanad ialah suatu sandaran dengan rantaian salsilah suatu hadith, wirid, ilmu dan sebagainya yang sampai kepada Rasulullah SAW atau sahabat-sahabat atau pengarang kitab atau alim ulama'. Keadah alim ulama' dahulu mengambil sanad ini adalah dengan bertalaqqi dengan syeikh atau guru tersebut sebagai suatu tanda syeikh tersebut menerima seseorang individu itu sebagai salah seorang daripada murid-murid syeikh tersebut, maka diijazahkan sanad al-Khossah.
Jadi, sebagai adab dan menjaga kemurnian serta ketinggian sanad ini, saya Al-Haqir Ilallah menyarankan kepada tuan agar mengambilnya dengan bertalaqqi atau bertemu dengan saya Al-Haqir Ilallah sebagai suatu tanda menjaga adab-adab sanad yang dipelihara oleh alim ulama' salafussoleh sehingga hari ini. Semoga Allah 'Azzawajalla mempermudahkan tuan dalam urusan sanad ini kerana Allah 'Azzawajalla akan membantu mereka yang berada dalam urusan agama-Nya. Wallahu A'lam
0 ulasan:
Post a Comment