Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Saturday, February 4, 2012

TINTA DA'IE - 5


Soalan:
Assalamu'alaikum, saya ingin bertanya apakah hukum kita menyambut Maulidur Rasul?

Sekian, ingin tahu.


بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا ومولانا محمد بن عبد الله الذي لا نبي بعده ومن تبعه ومن والاه اما بعد
Jawapan:

Hukum menyambut Maulidur Rasul SAW adalah dibolehkan dan disunatkan, mengapa? kerana kami ASWJ bersandarkan beberapa hujjah dan dalil.

Maulid menurut Dr. Syeikh 'Isa bin 'Abdullah Mani' Al-Himyari dalam kitabnya Bulugh Al-Ma'mul Fil Ihtifa' Wal Ihtifal Bi Maulidir Rasul, halaman 13 menyebut: Maulid dalam bahasa arab bermaksud waktu atau tempat kelahiran. manakala dari segi itilah beerti: Majlis perhimpunan orang ramai, bacaan ayat-ayat Al-Quran, meriwayatkan hadith-hadith yang berkaitan tentang kelahiran seseorang nabi di kalangan para anbiya' atau seseorang wali di kalangan para auliya' atau majlis untuk memuji perbuatan dan perkataan mereka.

Perbuatan tersebut merupakan perkara yang disandarkan kepada Firman Allah 'Azzawajalla dalam Surah Al-Haj ayat 32 yang berbunyi:

ذالك ومن يعظم شعائر الله فإنها من تقوى القلوب
"Dan barangsiapa yang memuliakan syiar (tanda-tanda) Allah, maka sesungguhnya ia adalah suatu manifestasi dari hati yang bertaqwa kepada Allah."

Maka menyambut Maulidur Rasul merupakan salah satu daripada syiar Islam dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah 'Azzawajalla serta menambaha kasih kepada Baginda SAW. Firman Allah 'Azzawajalla dalam Surah Hud ayat 120 yang berbunyi:

وكلا نقص عليك من انبآء الرسل ما نثبت به فؤادك
"Dan tiap-tiap berita dari Rasul-Rasul itu, kami khabarkan kepadamu (wahai Muhammad SAW) untuk menguatkan hatimu dengannya."

Faedah menyambut Maulidur Rasul SAW bersandarkan dalil diatas adalah menguatkan hati dan keyakinan kepada Allah 'Azzawajalla ketika dalam duka dan ujian. Bahkan menyambut Maulidur Rasul SAW juga antara perkara yang memuliakan Baginda Nabi SAW dan mendapat pahala, seperti yang difirmankan oleh Allah 'Azzawajalla dalam Surah Al-A'raf ayat 157:

فالذين آمنواْ به وعزروه ونصروه واتبعواْ النور الذي انزل معه اوْلئك هم المفلحون
"Maka mereka yang beriman dengannya (Nabi Muhammad SAW), memuliakannya dan menolongnya serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang berjaya."

Yang demikan itu hendaklah kita bersyukur kepada Allah 'Azzawajalla diatas kelahiran Baginda SAW dan menzahirkan kegembiraan itu sebagaimana Firman Allah 'Azzawajalla dalam Surah Yunus ayat 58:

قل بفضل الله وبرحمته فبذالك فليفرحواْ
"Katakanlah dengan nikmat kurniaan Allah dan rahmat-Nya itu hendaklah mereka bergembira."

Allah berfirman dalam Surah Al-Anbiya' ayat 107:

وما ارسلناك إلا رحمة للعالمين
"Dan tidak Kami utuskan engkau (Wahai Muhammad SAW) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam."

Tidak ada perkara yang salah dalam menyambut Maulidur Rasul, melainkan menyahut seruan dan perintah Allah 'Azzawajalla dalam Surah Al-Ahzab ayat 56 yang berbunyi:

إن الله وملائكته يصلون على النبي يا ايها الذين امنواْ صلواْ عليه وسلمواْ تسليما
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman selawatlah ke atasnya dalam sampaikan salam kepadanya."

Terdapat ramai dikalangan ulama' yang menghukum menyambut Maulidur Rasul sebagai suatu yang dibolehkan kerana ianya adalah Ijma' Sukuti dikalangan ulama' ASWJ dari dahulu lagi, cuma ada beberapa segelintir dikalangan umat kini yang berlagak pandai, seolah mereka lebih hebat daripada ulama'ulama sebelum mereka sehingga peringkat mereka men'tabdi'kan (membid'ahkan dengan Bid'ah Dolalah) sambutan yang mulia ini, bahkan ada yang sampai peringkat hampir-hampir men'takfir'kan (mengkafir) mereka yang melakukan sambutan yang mulia ini.

Antara hujjah-hujjah kami selain daripada Al-Quran Al-Karim, maka kami keluarkan petikan perkataan ulama' muktabar seperti Al-Imam Al-Hafiz Jalaluddin Al-Suyuthi yang kami ambil dari kitab Hasyiah I'anah Al-Tholibin karangan Al-'Allamah Syeikh Abu Bakar 'Uthman bin Muhammad Syatto Al-Dimyati Al-Bakri menyebut:

أن اصل عمل المولد الذي هو إجتماع الناس وقراءة تيسر من القرآن ورواية الأخبار الواردة في مبدأ امر النبي صلى الله عليه وسلم وما وقع في مولده من الآيات ثم يمد لهم سماط يأكلونه وينصرفون من غير زيادة على ذالك من البدع الحسنة التي عليها صاحبها لما فيه تعظيم قدر النبي صلى الله عليه وسلم وإظهار الفرح والإستبشار بمولده الشريف
"Amalan asas yang diadakan di dalam majlis Maulidur Rasul iaitu mengadakan perkumpulan orang ramai, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, sirah-sirah Nabi dan kisah-kisah yang berlaku ketika kelahiran Baginda SAW dan setelah itu mereka makan bersama dan bersurai dan tidak lebih daripada itu, merupakan diantara perkara bid'ah hasanah (bid'ah yang baik) yang diberikan pahala kepada orang melakukannya kerana dalam amalan ini terdapat suasana membesarkan Nabi SAW dan melahirkan kegembiraan di atas kelahiran Nabi Muhammad SAW yang mulia."

Al-Imam Abu Shomah RA mengatakan:

ومن احسن ما اتبدع في زمننا ما يعفل كل عام في اليوم الموافق ليوم مولده صلى الله عليه وسلم من الصدقات والمعروف وإظهار الزينة والسرور فإن ذالك مه ما فيه من الإحسان للفقراء معشر بمحبة النبي صلى الله عليه وسلم وتعظيمه في قلب فاعل ذالك وشكر الله تعالى على ما منّ به من ايجاد رسول الله صلى الله عليه وسلم الذي ارسله رحمة للعالمين
"Di antara perkara baik yang dilakukan para setiap tahun pada zaman kami, yang berbetulan dengan hari Maulidur Rasul iaitu dari perbuatan memberikan sedekah, melakukan kebajikan, dan melahirkan kegembiraan dan kesenangan. Dari hal yang demikian, selain dapat melakukan kebaikan kepada fakir miskin, di dalam majlis tersebut, ia juga diisi dengan rasa kasih terhadap Nabi SAW, membesarkannya dan bersyukur kepada Allah di atas kurniaannya yang telah mengutuskan seorang rasul yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekalian alam."

Dari pendapat ulama' ASWJ itu jelaslah dapat difahami bahawa bid'ah itu terbahagi kepada dua iaitu Bid'ah Hasanah dan Bid'ah Dolalah. Mengadakan majlis Malid tersebut adalah termasuk dalam Bid'ah Hasanah kerana majlis itu bertujuan membangkitkan perasaan cinta dan kasih terhadap Baginda Rasulullah SAW.

Al-Imam Al-Hafiz Al-Sakhawi mengatakan bahawasanya amalan ini telah diamalkan selepas kurun ke-3 Hijriyah dan terus diamalkan sehingga hari dan Insya Allah sehingga hari kiamat kelak. Antara amalan-amalan yang dibuat pada menyambut Maulidur Rasul SAW adalah:

1. Membaca Al-Quran Al-Karim
2. Membaca hadith-hadith kisah kelahiran dan kemuliaan Nabi SAW
3. Melakukan sedekah kepada fakir, miskin dan sebagainya.
4. Membaca selawat ke atas Junjungan Besar Nabi SAW.
5. Merapatkan hubungan silaturrahim.

Nah! Dimana salahnya wahai golongan wahabi?? Apakah salah kami, adakah kerana memperingati kelahiran Baginda SAW sehingga kami di'tabdi'kan, dalam hal kamu memperingati Muhammad bin 'Abdul Wahhab, kamu mengharuskan pula. Siapakah Muhammad bin 'Abdul Wahhab??Nabikah dia?Adakah dia lebih mulia dari Nabi dan kekasih kami? Mari kita lihat petikan kata seorang jawatankuasa Majlis Ulama' Besar Arab Sa'udi (Ulama' Wahhabi) dalam kitabnya Al-Khutab Al-Minbariyyah Fil Munasabat Al-'Asriyyah yang berbunyi:

"Wahai hamba Allah! Sesungguhnya perkara bid'ah hanyalah merupakan perkara baru di dalam agama yang menukar agama Islam kepada agama lain. Ia adalah suatu belenggu yang hanya membuang waktu dan harta, memenatkan tubuh, menjauhkan diri dari syurga dan menghampirkan diri kepada nereka yang pastinya mengundang kemurkaan Allah. Namun mereka yang sesat tidak memahaminya. Amalan yang mereka lakukan itu menjadikan mereka bertambah jauh daripada Allah dan ijtihad serta penat lelah mereka tidak mendapat balasan dan pahala melainkan mengundang kemurkaan Allah."

Bahkan ada dikalangan wahhabi ini memberi fatwa yang tidak relevan dan tidak berasas langsung seperti yang disebut oleh Abu Bakar Al-Jaza'ir, beliau mengatakan bhawa daging sembelihan yang disediakan untuk makanan orang ramai pada hari sambutan Maulidur Rasul SAW adalah lebih haram daripada daging babi.!! Astaghfirullah Al-'Azim.

Bahkan imam mereka membolehkan perkara menyambut Maulidur Rasul ini, siapa mereka menentang atau menidakkan pendapat imam mereka. Telah disebut oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya Iqtidha' Siratil Mustaqim halaman 297 yang berbunyi:

فتعظيم المولد واتخاذه موسما قد يفعله بعض الناس ويكون له فيه اجر عظيم لحسن قصده وتعظيمه لرسول الله صلى الله عليه وسلم
"Membesarkan Maulid Nabi SAW dan menjadikannya sebagai suatu musim perayaan kadang-kadang diadakan sebahagian orang ramai. Mengingatkan maksudnya yang baik dan tujuannya hanya memuliakan Baginda Rasulullah SAW adalah layak (boleh) dalam hal ini merek memperolehi ganjaran pahala yang besar."

Sejarah menceritakan bahawa orang yang pertama yang menyambut Maulidur Rasul SAW secara besar-besaran ini adalah seorang raja yang adil lagi soleh iaitu Al-Malik Sultan Muzaffar Abu Sa'id Al-Kukbari RA. Beliau dikatakan membelanjakan sebanyak 300,000 dinar setiap tahun bagi sambutan tersebut bermula pada 604 Hijriyah yang dihadiri segenap masyarakat dan ulama'. Sekiranya perbuatan raja itu merupakan suatu yang salah dan bid'ah dolalah, maka pasti ada ulama' yang memberi fatwa dan melarangnya akan tetapi hal yang demikian tidak berlaku, kenapa? kerana tidak lain tidak bukan ianya merupakan Ijma' Sukuti.

Al-Imam Al-Hafiz Jalaluddin Al-Suyuthi RA menyebut dalam kitabnya Al-Hawi Lil Fatawa bahawa Al-Imam Baihaqi RA telah meriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik RA berkata bahawa Baginda Rasulullah SAW telah melakukan aqiqah untuk dirinya selepas dilantik menjadi Nabi. Sedangkan, dalam sebuah hadith menyebut bahawa datuknya 'Abdul Muttalib telah melakukan aqiqah pada hari ketujuh keputeraan Baginda SAW. Kemungkinan Baginda SAW melakukan aqiqah untuk kali kedua itu adalah sebagai suatu tanda bersyukur kepada Allah 'Azzawajalla diatas kelahirannya.

Baginda SAW sendiri setiap minggu menyambut Maulidnya begitu juga para sahabat menyambutnya dalam bentuk puasa kepada Allah 'Azzawajalla sebagai tanda bersyukur dengan kelahiran Baginda SAW, seperti yang disebut oleh Al-Imam Muslim RA dalam kitabnya Sohih Muslim daripada Sayyiduna Abu Qatadah Al-Ansari RA berkata bahawa Baginda SAW ditanyai oleh sahabat tentang kelaziman Baginda SAW berpuasa pada hari Isnin. Maka Baginda SAW menjawab:

فيه ولدت وفيه انزل علي
"Padanya (hari isnin) aku dilahirkan dan padanya (hari isnin wahyu pertama) diturunkan kepadaku."

Disebut dalam sebuah riwayat daripada Al-Hafiz Syamsuddin Al-Jazari dan juga disebut dalam Sohih Bukhari oleh Imam Bukhari RA pada Kitab Nikah, jilid 3 halaman 243 serta Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani RA dalam jilid 10 halaman 175 yang berbunyi:

قد رؤي ابو لهب بعد موته في النوم فقيل له ما حالك؟ فقال في النار إلا انه يخفف عني كل ليلة اثنين وامص من بين اصبعي ماء بقدر هذا واشار لراْس اصبعه وان ذالك بإعتاق لثوبة عند ما بشرتني بولادة النبي صلى الله عليه وسلم وبإرضاعها له
"Bahawa seseorang (Sayyiduna 'Abbas RA) bermimpi melihat Abu Lahab selepas kematiannya. Maka ia bertanya tentang keadaannya? Abu Lahab menjawab: Aku berada di dalam nereka tetapi diringankan 'azabku pada setiap malam isnin dan aku meminum air di antara dua jariku sekadar ini (sambil menunjukkan hujung jarinya) yang demikian itu, adalah kerana aku membebaskan Tsuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) ketika dia mengkhabarkan kepadaku tentang berita gembira mengenai kelahiran Nabi Muhammad SAW dan kerana aku telah menyuruhnya menyusukan Nabi Muhammad SAW."

Jadi, dimana salahnya? Maka kami sependapat dengan Gagasan Ulama ASWJ dan guru kami Al-Muhaddith Sayyid Muhammad bin Idris Al-Idrisi Al-Hasani menyatakan pendirian kami menyambut Maulidur Rasul adalah dibolehkan dan mendapat pahala yang besar disisi Allah. Wallahu A'lam

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR