Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Thursday, February 2, 2012

TINTA DA'IE - 4


Assalamualaikum Ustaz,


Sy ingin bertanya mengenai penggunaan tangkal (dalam berupa tali yg disimpul dan dipakai di pinggang, serta dibaca ayat Al-Quran pada simpulannya) dalam perubatan. Ada perawat menyatakan boleh asalkan ia bersumber dari Al-quran serta dijaga iqtikadnya. Contohnya ada perawat yg berkata "tidak mengapa gunakan tangkal asalkan kita menyakini yang berkuasa hanyalah Allah swt. Ibarat kita makan panadol bila sakit, yang menyembuhkan bukan panadol, tetapi Allah swt, begitu juga tangkal yg dipakai".


Mohon pencerahan daripada Ustaz. Jazakallah


Hamba Allah



الحمد لله والصــلاة والسلام على رسـول الله سيدنا ومولانا محــمد بن عـبد الله الذي لا نبي بعده ومن تبعه ومن والاه أما بعد



Jawapan:

Menurut beberapa ulama yang mengharuskannya dan ada yang mengharamkan terus, ada pun hal yang demikian itu mereka memiliki hujjah dan dalil yang tersendiri. Didalam kitab Thibb Al-Nabawi karya Ibnu Qayyim menukilkan daripada Al-Marwazi berkata: “Abu ‘Abdullah pernah mendengar bahawa beliau diserang demam (diwaktu kecil) dan dituliskan jampi baginya.” Berkata Al-Marwazi: “Jampi itu juga dibacakan kepada Abu ‘Abdullah dan saya (Al-Marwazi) sendiri mendengarnya.” Al-Marwazi berkata: “Saya mendengar daripada Abu Al-Munzir ‘Amru bin Majma’ menceritakan sebuah hadith kepada kami, katanya: Yunus bin Hibban telah menceritakan kepada kami, katanya: Aku pernah bertanya kepada Abu Ja’afar Muhammad bin ‘Ali tentang hukum memakai tangkal ruqyah. Beliau menjawab: Jika didatangkannya daripada Kitabullah (Al-Quran) atau ucapan Baginda Nabi, sila pakaikannya dan mintalah kesembuhan kepada Allah ‘Azzawajalla setakat yang kamu mampu. Aku (Al-Marwazi) berkata: Jika begitu tuliskan jampi ini untuk mengubati demamnya:


بسم الله الرحـمن الرحيم بسـم الله وبالله ومحـمد رسول الله قلنا يا نار كوني بردا وسلاما على إبـراهيم وارادواْ به كيـدا فجعـلناهم الأخسـرين اللهم رب جبرائيل وميكائيل وإسـرافيل إشـف صاحب هذا الكتاب بحولك وقوتك وجبروتك إله الحق آمين

Imam Ahmad bin Hanbal RA telah meriwayatkan daripada Ummul Mukminin Sayyidatuna ‘Aisyah binti Sayyiduna Abu Bakar RA dan yang lainnya, bahawa para ulama Salafussoleh memberikan keringanan dalam hal itu. Bahkan Al-Harb berkata: “Imam Ahmad bin Hanbal RA sendiri tidak bersikap keterlaluan melarangnya.” Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Sayyiduna ‘Abullah bin Mas’ud RA amat tidak menyukai cara pengubatan seperti itu (memakai tangkal kerana mungkin bimbang akan menjadi syirik kepada Allah ‘Azzawajalla).” Imam Ahmad bin Hanbal RA pernah ditanyai tentang tangkal azimat yang dikalungkan ketika ditimpa musibah, beliau menjawab: “Aku menyangka itu tidak apa-apa (tidak mendatangkan dosa dan tidak memberi kesan kecuali dengan izin Allah).” Manakala Al-Khallal menceritakan bahawa Imam ‘Abddullah bin Imam Ahmad bin Hanbal RA menyampaikan sau riwayat kepada kami, katanya: “Sesungguhnya aku pernah melihat ayahandaku (Imam Ahmad bin Hanbal RA) menulis suatu tangkal azimat untuk orang yang ketakutan dan demam kerana ditimpa musibah.”


Walau bagaimanapun, sebagai perawat Islam seharusnya menjelaskan mengenai ‘aqidah kepada pesakit sebelum memberikan macam-macam azimat kerana bimbang mungkin tergelincir aqidah pesakit kepada Allah ‘Azzawajalla kerana saya pernah behadapan dengan situasi yang begitu, sebagai contohnya dalam satu sesi rawatan dengan pesakit:


Saya: Apa yang puan pakai pada tangan puan itu?

Pesakit: Ooo..ini azimat yang diberi seorang tukang ubat.

Saya: Kalau begitu, saya cadangkan puan menanggalkannya.

Pesakit: Tak mengapa ustaz, saya bergantung kepada Allah ‘Azzawajalla, tangkal ini sebagai ikhtiarnya sahaja.

Saya: Oh begitu, tak pa lah kerana dalam sesi rawatan yang saya jalankan, saya tak mahu pesakit pakai tangkal walaupun sebagai ikhtiar sebab saya juga berikhtiar kepada Allah ‘Azzawajalla dan saya bimbang ada unsur kesyirikan kepada Allah ‘Azzawajalla dan ada jin khadam yang membantu.

Pesakit: Emmm…tak pa lah ustaz, (pesakit itu berdiam diri dalam tempoh yang agak lama dan teragak-agak untuk menaggalkannya)


Kemudian pesakit itu keluar kerana berkeras untuk tidak menanggalkan tangkal azimat tersebut. Cuba kita fikirkan sebentar, tadi pesakit itu berkata tangkal ini sebagai ikhtiarnya sahaja dan beliau tidak bergantung selain Allah ‘Azzawajalla. Jika benar beliau bergantung kepada Allah ‘Azzawajalla, apa yang susah sangat nak buka tangkal azimat sebab kita serahkan sahaja Allah ‘Azzawajalla. Itulah yang kita bimbang takut-takut mendatangkan syirik kepada Allah ‘Azzawajalla.


Saya memuji salah bentuk pengubatan sebagai langkah ikhitiar kepada Allah ‘Azzawajalla, sebuah usaha yang dijalankan oleh salah seorang ikhwan kami Sdr. Mohd Hafiz bin Dato’ Isnin yang menjalankan perniagaan NAQIA dan KOANSAR kerana memperkenalkan produk pengubatan Islam, seperti penulisan Al-Quran pada pinggan putih dengan tinta za’faran, dari segi logiknya ianya juga merupakan tangkal dan azimat akan tetapi ianya diharuskan. Wallahu A’lam.

2 comments:

  1. apa tulisan nie yer? mcm2 simbol keluar? maaf maybe laptop sy rosak kot ... admin sila betulkan yer.

    ReplyDelete

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR