Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Wednesday, February 29, 2012

JADUAL BULAN MAC 2012



Assalamu'alaikum Warahmatullah Wabarakatuh.

Di atas ini merupakan jadual bulan Mac 2012 bagi majlis pengajian Al-Musnid Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi. Bagi mana-mana orgonisasi atau madrasah atau masjid yang ingin mengundang bagi memenuhi permintaan sila hubungi HQ Darul Ansar iaitu: 013-6111706 atau menghubungi Pegawai Khas bagi Syeikh Rajab iaitu Sdr. Muhammad bin Meli: 017-8014037. Bagi mendapatkan rawatan daripada Syeikh Muhammad Rajab diluar kawasan sila hubungi HQ Darul Ansar (untuk segera).

Tuesday, February 28, 2012

Amalan Pembenteng Saka


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Di atas ini merupakan salah satu do'a yang terdapat dalam Al-Husun Al-Mani'ah Al-Nabawiyyah riwayat Imam Muhammad bin 'Ali Al-Sanusi Al-Hasani daripada Imam Ahmad bin Idris Al-Hasani Al-Maghribi RA didalam kitabnya Al-Ahzab. Do'a pembenteng ini dibaca oleh pesakit yang kebiasaan diganggu oleh jin keturunan atau saka. Amalkan membacanya sebanyak 7 kali selepas solat dan sebelum tidur. Ini adalah ijazah umum yang diijazahkan oleh Al-Musnid Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al-Idrisi kepada pengunjung blog Darul Ansar dan sanadnya seperti berikut:

1. Al-Musnid Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al-Idrisi
2. Al-Muhaddith Al-'Arif Sayyid Muhammad bin Idris Al-Idrisi Al-Hasani
3. Al-Malik Sayyid Muhammad Idris bin Al-Mahdi Al-Sanusi Al-Hasani
4. Sayyid Muhammad Al-Mahdi bin Muhammad Al-Sanusi Al-Hasani
5. Sayyid Muhammad bin 'Ali Al-Sanusi Al-Khattabi Al-Hasani
6. Sayyid Ahmad bin Idris Al-Hasani Al-Maghribi RA.
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tazkirah kita pada hari ini. Sayyiduna 'Ali bin Abu Thalib RA pernah berkata:

انظرواْ ما قال ولا تنظر من قال

Yang bermaksud: "Lihatlah perkataan yang diperkatakan, bukan melihat siapa yanf berkata itu."

Tuesday, February 21, 2012

تذكرة النفسية: محاسبة ديري

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

تذكرة هاري إين اياله محاسبه ديري سفرتي يغ فرنه دسبوت اوليه سيدنا علي كرم الله وجـهه يإيت حاسبواْ قـبل أن تحاسب، يغ برمقـصود محاسبهـله ديري كالين سبلوم هاري يوم الحساب

Monday, February 20, 2012

CERAMAH MAULIDUR RASUL SAW DI KUIM


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

CERAMAH MAULIDUR RASUL
Oleh: Al-Musnid Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi

Tajuk:
"Lau Kana Bainana"

Tempat:
Auditorium
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA,
Kuala Sungai Baru, Melaka.

Tarikh:
22 Februari 2012 (Hari Rabu)

Waktu:
Selepas Isyak.

Anjuran:
Persepsi KUIM, Kuala Sungai Baru, Melaka.

عمرة التربوي


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa program Umrah Tarbawi yang dianjurkan Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) akan diadakan pada 2 Mei 2012. Para peserta yang terlibat untuk program ini diwajibkan menghadiri kursus dan taklimat wajib yang akan diadakan pada 8 April 2012 (Hari Ahad), jam 9 pagi bertempat di Darul Ansar Pulau Gadong, Melaka. Tiada yuran yang dikenakan bagi kursus ini. Bagi mereka yang berminat untk program Umrah Tarbawi ini boleh mendaftar segera, sila hubungi: +6013-6111706 atau +012-6417300 dan sila isikan borang diatas serta diserahkan dengan seberapa segera ke pejabat urusan KOANSAR Pulau Gadong dengan disertakan sekali satu salinan kad pengenalan dan wang deposit RM 500 sahaja. Jazakumullah Khairan Katsiran.

Wassalamu'alaikum.

Thursday, February 16, 2012

TINTA DA'IE - 8


Apakah sekiranya boleh pihak Darul Ansar, membuat rakaman media, MP3 dan sebagainya untuk diuploadkan ke Web bagi kami yang ingin belajar tetapi tidak berkesempatan/berkemampuan untuk menghadiri majlis ilmunya atas kelemahan yang ada? Dan apakah tatkala kami yang mendengarnya dari system audio/multimedia yang sedemikian boleh menisbahkan kefahaman kami kepada tuan, maksud kami sanad. Adakah di perbolehkan?


Jawapan:

بسم اللـه والحمد للـه والصلاة والسلام على رسول اللـه سيدنا ومولانا محمد بن عبد اللـه الذي لا نبي بعده ومن تبعه ومن والاه فـي كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم اللـه، أما بعد

Insya Allah 'Azzawajalla pihak Darul Ansar telah memutuskan dalam perbincangannya bersetuju untuk membuat beberapa rakaman ilmiyah dalam bentuk MP3 dan sebagainya dengan izin Allah 'Azzawajalla untuk memberikan perkongsian ilmu. Sesungguhnya saya Al-Haqir Ilallah, tiadalah daya upaya serta kelebihan dengan ilmu ini hanya setakat berkongsi ilmu sahaja. Semoga Allah 'Azzawajalla memandu kita dalam petunjuk-Nya.

Sanad ialah suatu sandaran dengan rantaian salsilah suatu hadith, wirid, ilmu dan sebagainya yang sampai kepada Rasulullah SAW atau sahabat-sahabat atau pengarang kitab atau alim ulama'. Keadah alim ulama' dahulu mengambil sanad ini adalah dengan bertalaqqi dengan syeikh atau guru tersebut sebagai suatu tanda syeikh tersebut menerima seseorang individu itu sebagai salah seorang daripada murid-murid syeikh tersebut, maka diijazahkan sanad al-Khossah.

Jadi, sebagai adab dan menjaga kemurnian serta ketinggian sanad ini, saya Al-Haqir Ilallah menyarankan kepada tuan agar mengambilnya dengan bertalaqqi atau bertemu dengan saya Al-Haqir Ilallah sebagai suatu tanda menjaga adab-adab sanad yang dipelihara oleh alim ulama' salafussoleh sehingga hari ini. Semoga Allah 'Azzawajalla mempermudahkan tuan dalam urusan sanad ini kerana Allah 'Azzawajalla akan membantu mereka yang berada dalam urusan agama-Nya. Wallahu A'lam

TINTA DA'IE - 7


Assalamualaikum Tuan, saya ingin bertanya ada tak satu kaifiyyat untuk bermimpi dengan Rasulullah SAW? Saya teringin benar untuk bermimpi dengan Rasulullah SAW.

Hamba Allah,
Kelantan.

Jawapan:

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا ومولانا محمد بن عبد الله الذي لا نبي بعده ومن تبعه ومن والاه أما بعد

Dalam sebuah hadith Mulsalsal Bil Ru'yah yang saya ambil ijazah sanad ini daripada guru kami yang mulia iaitu Al-Musnid Sayyid Muhammad bin Idris Al-Idrisi Al-Hasani daripada ayahandanya Sayyid Idris Al-Idrisi Al-Hasani daripada ayahandanya Sayyid Muhammad Al-Syarif Al-Idrisi Al-Hasani daripada Sayyid Muhammad bin 'Abdul Rahman Al-Ahdal Al-Husaini daripada Al-Imam Al-Qutb Sayyid Ahmad bin Idris Al-Hasani Al-Maghribi RA daripada Sayyid Muhammad bin Abu Bakr Al-Syalli daripada Sayyid Muhammad bin 'Ala'uddin Al-Babili daripada Syeikh Salim bin Muhammad Al-Sanhuri daripada Syeikh Muhammad bin 'Abdul Rahman Al-'Alqami daripada Al-Imam Al-Suyuti daripada Syeikh Abu 'Abdullah Muhammad bin Abu Al-Hasan daripada Syeikh Abu Al-Hasan bin Abu Al-Majdi Al-Misri daripada Syeikh Abu Bakar Al-Dimasyqi daripada Al-Hafiz Yusuf bin Khalil Al-Muqaddisi daripada Syeikh Abu Al-Hasan 'Ali bin Abu Mansur Al-Khiyat daripada Syeikh Al-Hasan bin Ahmad Al-Haddad daripada Al-Hafiz Abu Nu'aim Al-Asbahani daripada Syeikh 'Abdullah bin Ja'far daripada Syeikh Yunus bin Habib Al-'Ajli daripada Syeikh Sulaiman bin Daud Al-Thiyalisi daripada Syeikh Abu 'Abdullah Muhammad bin 'Umar Al-'Umari daripada hamba Ibnu 'Umar iaitu Nafi' daripada Sayyiduna 'Abdullah bin 'Umar RA beliau berkata: "Telah datang seorang lelaki kepada 'Abdullah bin 'Umar RA, lalu dia berkata: Wahai ayah 'Abdul Rahman, adakah engkau telah melihat Baginda Rasulullah SAW dengan matamu ini? Beliau menjawab: Ya. Lelaki itu bertanya lagi: Adakah kamu pernah berkata-kata dengannya dengan lidahmu itu? Beliau menjawab: Ya. Lelaki itu bertanya lagi: Adakah kamu telah berba'iah dengannya dengan tangan kananmu itu? Jawabnya: Ya. Berkata lelaki itu: Beruntunglah kamu wahai ayah 'Abdul Rahman. Sayyiduna 'Abdullah bin 'Umar RA berkata kepadanya: Apakah boleh saya mengkhabarkan kepadamu sesuatu yang telah saya dengari daripada Baginda Rasulullah SAW? Saya telah mendengar Baginda Rasulullah SAW bersabda:

طُوْبَى لِمَنْ رَانِي وَآمَنَ بِي طُوْبَى لِمَنْ لَمْ يَرَنِي وَآمَنَ بِي (ثلاثا) فَمَنْ رَانِي اَوْ رَأَى مَنْ رَانِي اَوْ رَأَى مَنْ رَأَى مَنْ رَانِي إلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ دَخَلَ الْجَنَّةِ
"Beruntunglah mereka yang melihatku dan beriman denganku, dan beruntung mereka yang tidak melihatku tetapi beriman denganku (3x), Maka sesiapa yang pernah melihatku atau melihat orang yang pernah melihatku atau melihat orang yang pernah melihat orang yang telah melihatku sehingga hari kiamat kelak akan masuk syurga."

Tuan guru kami yang mulia iaitu Al-'Arif Billah Maulana Sayyid Ahmad bin Idris Al-Idrisi Al-Hasani telah mengajarkan kepada kami sebuah kaifiyyat untuk bermimpi dengan Rasulullah SAW iaitu dengan membaca Selawat Al-'Azimiyyah sebanyak 70 kali iaitu:

اللهم إني أسئلك بنور وجه الله العظيم الذي ملآء اركان عرش الله العظيم وقامت به عوالم الله العظيم أن تصلي على مولانا محمد ذي القدر العظيم وعلى آل نبي الله العظيم بقدر عظمة ذات الله العظيم في كل لمحة ونفس عدد ما في علم الله العظيم صلاة دائمة بدوام الله العظيم تعظيما لحقك يا مولانا يا محمد يا ذا الخلق العظيم وسلم عليه وعلى آله مثل ذالك واجمع بيني وبينه كما جمعت بين الروح والنفس ظاهرا وباطنا يقظة ومناما واجعله يا رب روحا لذاتي من جميع وجوه في دنيا قبل الأخرة يا عظيم

Dan membaca doa ini sebanyak 100 kali dan dilakukan amalan ini dalam keadaan berwudhuk dan diamalkan selama 3 malam berturut-turut:

اللهم إني أسئلك بنور الأنوار الذي هو عينك لا غيرك أن تريني وجه نبيك سيدنا ومولانا محمد صلى الله عليه وآله وسلم كما هو عندك آمين

Manakala berkata syeikh kami yang mulia Al-'Arif Billah Maulana Sayyid Muhammad bin Idris Al-Idrisi Al-Hasani berkata kaifiyyat untuk bertemu dengan Baginda Rasulullah SAW ialah membaca Selawat Al-Ijmai'iyyah yang diterimanya daripada ayahandanya Maulana Sayyid Idris Al-Idrisi Al-Hasani RA daripada Syeikh Abu Al-Qasim Muhammad Al-Hijazi RA daripada Sayyid Ibrahim bin Soleh Al-Rasyid daripada Al-Imam Al-Qutb Sayyid Ahmad bin Idris Al-Hasani daripada Sayyid Abu Al-Mawahib 'Abdul Wahhab Al-Tazi Al-Hasani RA daripada Sayyid 'Abdul 'Aziz Al-Dabbagh Al-Hasani sebanyak 7000 kali selama tiga hari berturut-turut dan Alhamdulillah kami berhasil dengan kaifiyyat tersebut:

اللهم يا رب بجاه سيدنا ومولانا محمد بن عبد الله اْجمع بيني وبين سيدنا ومولانا محمد بن عبد الله صلى الله عليه وسلم في الدنيا قبل الأخرة

TINTA DA'IE - 6


Assalamualaikum Tn Syeikh, mohon diizinkan:

Sekiranya diizinkan boleh kah kami yang tidak berkesempatan dan berkemampuan untuk menadah ilmu dari tuan (dari web darul ansar), kemudian sekiranya ada doa mahupun selawat yang tuan sertakan, maka kami mengambil faedah darinya. Apakah sanadnya itu dikira bersambung dan boleh dinisbatkan kepada tuan. Contohnya : Telah saya diperlihatkan akan kefahaman tentang doa ini (cth : Tinta Daei –Istiqamah) Dari Tuan Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al –Idirisi yang di terima beliau dari … dsbnya)


Jawapan:

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسـلام على سيدنا ومولانا محمـد رسـول الله وعلى آلـه في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله آمين اما بعد

Terima kasih saya ucapkan kepada Allah 'Azzawajalla kerana telah mempertemukan saya dengan masyaeikh kami yang mulia dengan sanad-sanad yang tinggi lagi barakah
. Telah pun kami sebutkan dari dahulu lagi bahawa segala bentuk amalan, zikir, selawat dan sebagainya adalah ijazah Al-'Ammah daripada saya Al-Haqir Ilallah Al-Qawi Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi yang diterima daripada para masyaeikh yang mulia terutamanya Sayyid Muhammad bin Idris Al-Idrisi Al-Hasani RA. Adapun Ijazah Al-Khosshah (Khusus) adalah perlu mengambilnya daripada tangan saya sendiri kerana saya sendiri mengambilnya dengan cara bermunawalah. Wallahu A'lam.

Wednesday, February 15, 2012

Lanjutan TINTA DA'IE

Assalamu'alaikum WBT

Sukacitanya pihak admin blog Darul Ansar memohon kemaaafan diatas kelewatan membalas persoalan yang ditimbulkan dalam email Darul Ansar dalam TINTA DA'IE ini kerana jadual Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi agak padat dan beliau agak kesibukan akan tetapi Insya Allah segala pertanyaan dan persoalan tuan / puan akan dijawab oleh beliau secara berperingkat. Segala kemusykilan agama dan sebagainya tuan dan puan bolehlah diemailkan kepada: darulansar_blog@yahoo.com

Wassalamu'alaikum WBT

Tuesday, February 7, 2012

CERAMAH MAULIDUR RASUL SAW


CERAMAH MAULIDUR RASUL SAW

Oleh:
SF. Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al-Idrisi

Tajuk:
"Menghidupkan Sunnah Rasulullah SAW"

Tempat:
MASJID INAYATUR RAHMAN,
Kg. Batu Laut, Banting,
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh & Waktu:
11 FEBRUARI 2012 (Hari Sabtu)
Solat Maghrib Berjamaah.

Untuk keterangan sila hubungi:

Ustaz Mohd Azam bin Hashim (Nazir Masjid)
017-6050141

Saturday, February 4, 2012

TINTA DA'IE - 5


Soalan:
Assalamu'alaikum, saya ingin bertanya apakah hukum kita menyambut Maulidur Rasul?

Sekian, ingin tahu.


بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا ومولانا محمد بن عبد الله الذي لا نبي بعده ومن تبعه ومن والاه اما بعد
Jawapan:

Hukum menyambut Maulidur Rasul SAW adalah dibolehkan dan disunatkan, mengapa? kerana kami ASWJ bersandarkan beberapa hujjah dan dalil.

Maulid menurut Dr. Syeikh 'Isa bin 'Abdullah Mani' Al-Himyari dalam kitabnya Bulugh Al-Ma'mul Fil Ihtifa' Wal Ihtifal Bi Maulidir Rasul, halaman 13 menyebut: Maulid dalam bahasa arab bermaksud waktu atau tempat kelahiran. manakala dari segi itilah beerti: Majlis perhimpunan orang ramai, bacaan ayat-ayat Al-Quran, meriwayatkan hadith-hadith yang berkaitan tentang kelahiran seseorang nabi di kalangan para anbiya' atau seseorang wali di kalangan para auliya' atau majlis untuk memuji perbuatan dan perkataan mereka.

Perbuatan tersebut merupakan perkara yang disandarkan kepada Firman Allah 'Azzawajalla dalam Surah Al-Haj ayat 32 yang berbunyi:

ذالك ومن يعظم شعائر الله فإنها من تقوى القلوب
"Dan barangsiapa yang memuliakan syiar (tanda-tanda) Allah, maka sesungguhnya ia adalah suatu manifestasi dari hati yang bertaqwa kepada Allah."

Maka menyambut Maulidur Rasul merupakan salah satu daripada syiar Islam dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah 'Azzawajalla serta menambaha kasih kepada Baginda SAW. Firman Allah 'Azzawajalla dalam Surah Hud ayat 120 yang berbunyi:

وكلا نقص عليك من انبآء الرسل ما نثبت به فؤادك
"Dan tiap-tiap berita dari Rasul-Rasul itu, kami khabarkan kepadamu (wahai Muhammad SAW) untuk menguatkan hatimu dengannya."

Faedah menyambut Maulidur Rasul SAW bersandarkan dalil diatas adalah menguatkan hati dan keyakinan kepada Allah 'Azzawajalla ketika dalam duka dan ujian. Bahkan menyambut Maulidur Rasul SAW juga antara perkara yang memuliakan Baginda Nabi SAW dan mendapat pahala, seperti yang difirmankan oleh Allah 'Azzawajalla dalam Surah Al-A'raf ayat 157:

فالذين آمنواْ به وعزروه ونصروه واتبعواْ النور الذي انزل معه اوْلئك هم المفلحون
"Maka mereka yang beriman dengannya (Nabi Muhammad SAW), memuliakannya dan menolongnya serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang berjaya."

Yang demikan itu hendaklah kita bersyukur kepada Allah 'Azzawajalla diatas kelahiran Baginda SAW dan menzahirkan kegembiraan itu sebagaimana Firman Allah 'Azzawajalla dalam Surah Yunus ayat 58:

قل بفضل الله وبرحمته فبذالك فليفرحواْ
"Katakanlah dengan nikmat kurniaan Allah dan rahmat-Nya itu hendaklah mereka bergembira."

Allah berfirman dalam Surah Al-Anbiya' ayat 107:

وما ارسلناك إلا رحمة للعالمين
"Dan tidak Kami utuskan engkau (Wahai Muhammad SAW) melainkan sebagai rahmat bagi sekalian alam."

Tidak ada perkara yang salah dalam menyambut Maulidur Rasul, melainkan menyahut seruan dan perintah Allah 'Azzawajalla dalam Surah Al-Ahzab ayat 56 yang berbunyi:

إن الله وملائكته يصلون على النبي يا ايها الذين امنواْ صلواْ عليه وسلمواْ تسليما
"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman selawatlah ke atasnya dalam sampaikan salam kepadanya."

Terdapat ramai dikalangan ulama' yang menghukum menyambut Maulidur Rasul sebagai suatu yang dibolehkan kerana ianya adalah Ijma' Sukuti dikalangan ulama' ASWJ dari dahulu lagi, cuma ada beberapa segelintir dikalangan umat kini yang berlagak pandai, seolah mereka lebih hebat daripada ulama'ulama sebelum mereka sehingga peringkat mereka men'tabdi'kan (membid'ahkan dengan Bid'ah Dolalah) sambutan yang mulia ini, bahkan ada yang sampai peringkat hampir-hampir men'takfir'kan (mengkafir) mereka yang melakukan sambutan yang mulia ini.

Antara hujjah-hujjah kami selain daripada Al-Quran Al-Karim, maka kami keluarkan petikan perkataan ulama' muktabar seperti Al-Imam Al-Hafiz Jalaluddin Al-Suyuthi yang kami ambil dari kitab Hasyiah I'anah Al-Tholibin karangan Al-'Allamah Syeikh Abu Bakar 'Uthman bin Muhammad Syatto Al-Dimyati Al-Bakri menyebut:

أن اصل عمل المولد الذي هو إجتماع الناس وقراءة تيسر من القرآن ورواية الأخبار الواردة في مبدأ امر النبي صلى الله عليه وسلم وما وقع في مولده من الآيات ثم يمد لهم سماط يأكلونه وينصرفون من غير زيادة على ذالك من البدع الحسنة التي عليها صاحبها لما فيه تعظيم قدر النبي صلى الله عليه وسلم وإظهار الفرح والإستبشار بمولده الشريف
"Amalan asas yang diadakan di dalam majlis Maulidur Rasul iaitu mengadakan perkumpulan orang ramai, bacaan ayat-ayat suci Al-Quran, sirah-sirah Nabi dan kisah-kisah yang berlaku ketika kelahiran Baginda SAW dan setelah itu mereka makan bersama dan bersurai dan tidak lebih daripada itu, merupakan diantara perkara bid'ah hasanah (bid'ah yang baik) yang diberikan pahala kepada orang melakukannya kerana dalam amalan ini terdapat suasana membesarkan Nabi SAW dan melahirkan kegembiraan di atas kelahiran Nabi Muhammad SAW yang mulia."

Al-Imam Abu Shomah RA mengatakan:

ومن احسن ما اتبدع في زمننا ما يعفل كل عام في اليوم الموافق ليوم مولده صلى الله عليه وسلم من الصدقات والمعروف وإظهار الزينة والسرور فإن ذالك مه ما فيه من الإحسان للفقراء معشر بمحبة النبي صلى الله عليه وسلم وتعظيمه في قلب فاعل ذالك وشكر الله تعالى على ما منّ به من ايجاد رسول الله صلى الله عليه وسلم الذي ارسله رحمة للعالمين
"Di antara perkara baik yang dilakukan para setiap tahun pada zaman kami, yang berbetulan dengan hari Maulidur Rasul iaitu dari perbuatan memberikan sedekah, melakukan kebajikan, dan melahirkan kegembiraan dan kesenangan. Dari hal yang demikian, selain dapat melakukan kebaikan kepada fakir miskin, di dalam majlis tersebut, ia juga diisi dengan rasa kasih terhadap Nabi SAW, membesarkannya dan bersyukur kepada Allah di atas kurniaannya yang telah mengutuskan seorang rasul yang diutuskan sebagai rahmat bagi sekalian alam."

Dari pendapat ulama' ASWJ itu jelaslah dapat difahami bahawa bid'ah itu terbahagi kepada dua iaitu Bid'ah Hasanah dan Bid'ah Dolalah. Mengadakan majlis Malid tersebut adalah termasuk dalam Bid'ah Hasanah kerana majlis itu bertujuan membangkitkan perasaan cinta dan kasih terhadap Baginda Rasulullah SAW.

Al-Imam Al-Hafiz Al-Sakhawi mengatakan bahawasanya amalan ini telah diamalkan selepas kurun ke-3 Hijriyah dan terus diamalkan sehingga hari dan Insya Allah sehingga hari kiamat kelak. Antara amalan-amalan yang dibuat pada menyambut Maulidur Rasul SAW adalah:

1. Membaca Al-Quran Al-Karim
2. Membaca hadith-hadith kisah kelahiran dan kemuliaan Nabi SAW
3. Melakukan sedekah kepada fakir, miskin dan sebagainya.
4. Membaca selawat ke atas Junjungan Besar Nabi SAW.
5. Merapatkan hubungan silaturrahim.

Nah! Dimana salahnya wahai golongan wahabi?? Apakah salah kami, adakah kerana memperingati kelahiran Baginda SAW sehingga kami di'tabdi'kan, dalam hal kamu memperingati Muhammad bin 'Abdul Wahhab, kamu mengharuskan pula. Siapakah Muhammad bin 'Abdul Wahhab??Nabikah dia?Adakah dia lebih mulia dari Nabi dan kekasih kami? Mari kita lihat petikan kata seorang jawatankuasa Majlis Ulama' Besar Arab Sa'udi (Ulama' Wahhabi) dalam kitabnya Al-Khutab Al-Minbariyyah Fil Munasabat Al-'Asriyyah yang berbunyi:

"Wahai hamba Allah! Sesungguhnya perkara bid'ah hanyalah merupakan perkara baru di dalam agama yang menukar agama Islam kepada agama lain. Ia adalah suatu belenggu yang hanya membuang waktu dan harta, memenatkan tubuh, menjauhkan diri dari syurga dan menghampirkan diri kepada nereka yang pastinya mengundang kemurkaan Allah. Namun mereka yang sesat tidak memahaminya. Amalan yang mereka lakukan itu menjadikan mereka bertambah jauh daripada Allah dan ijtihad serta penat lelah mereka tidak mendapat balasan dan pahala melainkan mengundang kemurkaan Allah."

Bahkan ada dikalangan wahhabi ini memberi fatwa yang tidak relevan dan tidak berasas langsung seperti yang disebut oleh Abu Bakar Al-Jaza'ir, beliau mengatakan bhawa daging sembelihan yang disediakan untuk makanan orang ramai pada hari sambutan Maulidur Rasul SAW adalah lebih haram daripada daging babi.!! Astaghfirullah Al-'Azim.

Bahkan imam mereka membolehkan perkara menyambut Maulidur Rasul ini, siapa mereka menentang atau menidakkan pendapat imam mereka. Telah disebut oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam kitabnya Iqtidha' Siratil Mustaqim halaman 297 yang berbunyi:

فتعظيم المولد واتخاذه موسما قد يفعله بعض الناس ويكون له فيه اجر عظيم لحسن قصده وتعظيمه لرسول الله صلى الله عليه وسلم
"Membesarkan Maulid Nabi SAW dan menjadikannya sebagai suatu musim perayaan kadang-kadang diadakan sebahagian orang ramai. Mengingatkan maksudnya yang baik dan tujuannya hanya memuliakan Baginda Rasulullah SAW adalah layak (boleh) dalam hal ini merek memperolehi ganjaran pahala yang besar."

Sejarah menceritakan bahawa orang yang pertama yang menyambut Maulidur Rasul SAW secara besar-besaran ini adalah seorang raja yang adil lagi soleh iaitu Al-Malik Sultan Muzaffar Abu Sa'id Al-Kukbari RA. Beliau dikatakan membelanjakan sebanyak 300,000 dinar setiap tahun bagi sambutan tersebut bermula pada 604 Hijriyah yang dihadiri segenap masyarakat dan ulama'. Sekiranya perbuatan raja itu merupakan suatu yang salah dan bid'ah dolalah, maka pasti ada ulama' yang memberi fatwa dan melarangnya akan tetapi hal yang demikian tidak berlaku, kenapa? kerana tidak lain tidak bukan ianya merupakan Ijma' Sukuti.

Al-Imam Al-Hafiz Jalaluddin Al-Suyuthi RA menyebut dalam kitabnya Al-Hawi Lil Fatawa bahawa Al-Imam Baihaqi RA telah meriwayatkan daripada Sayyiduna Anas bin Malik RA berkata bahawa Baginda Rasulullah SAW telah melakukan aqiqah untuk dirinya selepas dilantik menjadi Nabi. Sedangkan, dalam sebuah hadith menyebut bahawa datuknya 'Abdul Muttalib telah melakukan aqiqah pada hari ketujuh keputeraan Baginda SAW. Kemungkinan Baginda SAW melakukan aqiqah untuk kali kedua itu adalah sebagai suatu tanda bersyukur kepada Allah 'Azzawajalla diatas kelahirannya.

Baginda SAW sendiri setiap minggu menyambut Maulidnya begitu juga para sahabat menyambutnya dalam bentuk puasa kepada Allah 'Azzawajalla sebagai tanda bersyukur dengan kelahiran Baginda SAW, seperti yang disebut oleh Al-Imam Muslim RA dalam kitabnya Sohih Muslim daripada Sayyiduna Abu Qatadah Al-Ansari RA berkata bahawa Baginda SAW ditanyai oleh sahabat tentang kelaziman Baginda SAW berpuasa pada hari Isnin. Maka Baginda SAW menjawab:

فيه ولدت وفيه انزل علي
"Padanya (hari isnin) aku dilahirkan dan padanya (hari isnin wahyu pertama) diturunkan kepadaku."

Disebut dalam sebuah riwayat daripada Al-Hafiz Syamsuddin Al-Jazari dan juga disebut dalam Sohih Bukhari oleh Imam Bukhari RA pada Kitab Nikah, jilid 3 halaman 243 serta Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani RA dalam jilid 10 halaman 175 yang berbunyi:

قد رؤي ابو لهب بعد موته في النوم فقيل له ما حالك؟ فقال في النار إلا انه يخفف عني كل ليلة اثنين وامص من بين اصبعي ماء بقدر هذا واشار لراْس اصبعه وان ذالك بإعتاق لثوبة عند ما بشرتني بولادة النبي صلى الله عليه وسلم وبإرضاعها له
"Bahawa seseorang (Sayyiduna 'Abbas RA) bermimpi melihat Abu Lahab selepas kematiannya. Maka ia bertanya tentang keadaannya? Abu Lahab menjawab: Aku berada di dalam nereka tetapi diringankan 'azabku pada setiap malam isnin dan aku meminum air di antara dua jariku sekadar ini (sambil menunjukkan hujung jarinya) yang demikian itu, adalah kerana aku membebaskan Tsuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab) ketika dia mengkhabarkan kepadaku tentang berita gembira mengenai kelahiran Nabi Muhammad SAW dan kerana aku telah menyuruhnya menyusukan Nabi Muhammad SAW."

Jadi, dimana salahnya? Maka kami sependapat dengan Gagasan Ulama ASWJ dan guru kami Al-Muhaddith Sayyid Muhammad bin Idris Al-Idrisi Al-Hasani menyatakan pendirian kami menyambut Maulidur Rasul adalah dibolehkan dan mendapat pahala yang besar disisi Allah. Wallahu A'lam

Thursday, February 2, 2012

TINTA DA'IE - 4


Assalamualaikum Ustaz,


Sy ingin bertanya mengenai penggunaan tangkal (dalam berupa tali yg disimpul dan dipakai di pinggang, serta dibaca ayat Al-Quran pada simpulannya) dalam perubatan. Ada perawat menyatakan boleh asalkan ia bersumber dari Al-quran serta dijaga iqtikadnya. Contohnya ada perawat yg berkata "tidak mengapa gunakan tangkal asalkan kita menyakini yang berkuasa hanyalah Allah swt. Ibarat kita makan panadol bila sakit, yang menyembuhkan bukan panadol, tetapi Allah swt, begitu juga tangkal yg dipakai".


Mohon pencerahan daripada Ustaz. Jazakallah


Hamba Allah



الحمد لله والصــلاة والسلام على رسـول الله سيدنا ومولانا محــمد بن عـبد الله الذي لا نبي بعده ومن تبعه ومن والاه أما بعد



Jawapan:

Menurut beberapa ulama yang mengharuskannya dan ada yang mengharamkan terus, ada pun hal yang demikian itu mereka memiliki hujjah dan dalil yang tersendiri. Didalam kitab Thibb Al-Nabawi karya Ibnu Qayyim menukilkan daripada Al-Marwazi berkata: “Abu ‘Abdullah pernah mendengar bahawa beliau diserang demam (diwaktu kecil) dan dituliskan jampi baginya.” Berkata Al-Marwazi: “Jampi itu juga dibacakan kepada Abu ‘Abdullah dan saya (Al-Marwazi) sendiri mendengarnya.” Al-Marwazi berkata: “Saya mendengar daripada Abu Al-Munzir ‘Amru bin Majma’ menceritakan sebuah hadith kepada kami, katanya: Yunus bin Hibban telah menceritakan kepada kami, katanya: Aku pernah bertanya kepada Abu Ja’afar Muhammad bin ‘Ali tentang hukum memakai tangkal ruqyah. Beliau menjawab: Jika didatangkannya daripada Kitabullah (Al-Quran) atau ucapan Baginda Nabi, sila pakaikannya dan mintalah kesembuhan kepada Allah ‘Azzawajalla setakat yang kamu mampu. Aku (Al-Marwazi) berkata: Jika begitu tuliskan jampi ini untuk mengubati demamnya:


بسم الله الرحـمن الرحيم بسـم الله وبالله ومحـمد رسول الله قلنا يا نار كوني بردا وسلاما على إبـراهيم وارادواْ به كيـدا فجعـلناهم الأخسـرين اللهم رب جبرائيل وميكائيل وإسـرافيل إشـف صاحب هذا الكتاب بحولك وقوتك وجبروتك إله الحق آمين

Imam Ahmad bin Hanbal RA telah meriwayatkan daripada Ummul Mukminin Sayyidatuna ‘Aisyah binti Sayyiduna Abu Bakar RA dan yang lainnya, bahawa para ulama Salafussoleh memberikan keringanan dalam hal itu. Bahkan Al-Harb berkata: “Imam Ahmad bin Hanbal RA sendiri tidak bersikap keterlaluan melarangnya.” Imam Ahmad bin Hanbal berkata: “Sayyiduna ‘Abullah bin Mas’ud RA amat tidak menyukai cara pengubatan seperti itu (memakai tangkal kerana mungkin bimbang akan menjadi syirik kepada Allah ‘Azzawajalla).” Imam Ahmad bin Hanbal RA pernah ditanyai tentang tangkal azimat yang dikalungkan ketika ditimpa musibah, beliau menjawab: “Aku menyangka itu tidak apa-apa (tidak mendatangkan dosa dan tidak memberi kesan kecuali dengan izin Allah).” Manakala Al-Khallal menceritakan bahawa Imam ‘Abddullah bin Imam Ahmad bin Hanbal RA menyampaikan sau riwayat kepada kami, katanya: “Sesungguhnya aku pernah melihat ayahandaku (Imam Ahmad bin Hanbal RA) menulis suatu tangkal azimat untuk orang yang ketakutan dan demam kerana ditimpa musibah.”


Walau bagaimanapun, sebagai perawat Islam seharusnya menjelaskan mengenai ‘aqidah kepada pesakit sebelum memberikan macam-macam azimat kerana bimbang mungkin tergelincir aqidah pesakit kepada Allah ‘Azzawajalla kerana saya pernah behadapan dengan situasi yang begitu, sebagai contohnya dalam satu sesi rawatan dengan pesakit:


Saya: Apa yang puan pakai pada tangan puan itu?

Pesakit: Ooo..ini azimat yang diberi seorang tukang ubat.

Saya: Kalau begitu, saya cadangkan puan menanggalkannya.

Pesakit: Tak mengapa ustaz, saya bergantung kepada Allah ‘Azzawajalla, tangkal ini sebagai ikhtiarnya sahaja.

Saya: Oh begitu, tak pa lah kerana dalam sesi rawatan yang saya jalankan, saya tak mahu pesakit pakai tangkal walaupun sebagai ikhtiar sebab saya juga berikhtiar kepada Allah ‘Azzawajalla dan saya bimbang ada unsur kesyirikan kepada Allah ‘Azzawajalla dan ada jin khadam yang membantu.

Pesakit: Emmm…tak pa lah ustaz, (pesakit itu berdiam diri dalam tempoh yang agak lama dan teragak-agak untuk menaggalkannya)


Kemudian pesakit itu keluar kerana berkeras untuk tidak menanggalkan tangkal azimat tersebut. Cuba kita fikirkan sebentar, tadi pesakit itu berkata tangkal ini sebagai ikhtiarnya sahaja dan beliau tidak bergantung selain Allah ‘Azzawajalla. Jika benar beliau bergantung kepada Allah ‘Azzawajalla, apa yang susah sangat nak buka tangkal azimat sebab kita serahkan sahaja Allah ‘Azzawajalla. Itulah yang kita bimbang takut-takut mendatangkan syirik kepada Allah ‘Azzawajalla.


Saya memuji salah bentuk pengubatan sebagai langkah ikhitiar kepada Allah ‘Azzawajalla, sebuah usaha yang dijalankan oleh salah seorang ikhwan kami Sdr. Mohd Hafiz bin Dato’ Isnin yang menjalankan perniagaan NAQIA dan KOANSAR kerana memperkenalkan produk pengubatan Islam, seperti penulisan Al-Quran pada pinggan putih dengan tinta za’faran, dari segi logiknya ianya juga merupakan tangkal dan azimat akan tetapi ianya diharuskan. Wallahu A’lam.

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR