Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Wednesday, January 4, 2012

RAYUAN SUMBANGAN






Assalamu’alaikum WBT


Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT tuhan yang mentadbir sekalian alam ini. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ke atas ahli keluarganya, para isterinya yang suci, para sahabatnya yang setia dan mereka yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik sehingga hari kiamat kelak.


Dan Alhamdulillah, rancangan Majlis Pelancaran Pecah Tanah PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR yang sepatutnya dilancarkan pada bulan Disember 2011 lepas ditunda kepada bulan Februari 2012 ini kerana beberapa masalah teknikal. Majlis tersebut yang bakal diadakan di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka ini Insya Allah akan dirasmikan ‘Majlis Pecah Tanah’ oleh: YABhg. Dato’ Seri Mohd Zaharee. Aturcara majlis tersebut akan dimaklumkan kelak.


Dikesempatan ruang yang diberikan oleh PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN ini, pihak PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR merayu sumbangan kaum Muslimin dan Muslimat sekalian dalam bentuk kewangan, bahan-bahan mentah dan sebagainya, dana yang diperlukan adalah sebanyak RM 700,000.00. Segala sumbangan tuan dan puan bolehlah disumbangkan ke dalam akaun CIMB ISLAMIC no. akaun: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR. Bagi tuan dan puan yang membeli Sijil Waqaf Dana Pembangunan Pusat Pengajian Al-Huffaz Darul Ansar boleh dibeli dengan nilai RM 100.00 sahaja.


Rayuan ini bertujuan bagi menyempurnakan proses pembangunan PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR yang masih belum mencukupi lagi dan juga memberi peluang kepada kaum Muslimin dan Muslimat sekalian untuk mengisi tempat dan ruang bagi dan akhirat ini. Seperti yang pernah disebut oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: “Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang bermanfaat atau doa anak yang soleh.”


Inilah peluang yang perlu sama-sama kita rebut bagi merealisasikan cita-cita Baginda Rasulullah SAW, alangkah indahnya hidup kita, dengan sumbangan yang telah disalurkan oleh kita dapat dinikmati oleh anak-anak yang mendalami ilmu agama. Bahkan kita juga mendapat saham akhiratnya. Setakat ini lebih daripada 200 Kitab Al-Quran dan Muqaddam yang telah diwakafkan atas nama PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR dan telah diedarkan kepada tempat-tempat pilihan. Semoga Allah SWT memperluaskan kubur penyumbang dan memanjangkan pahalanya sehingga akhirat nanti.


PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR memiliki cita-cita yang tinggi di ats sebidang tanah yang ingin dibangunkan atas tanah ayahanda Al-Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin dan ibunda Hajah Zaleha binti Mohamad Nor Al-Ahmadi, semoga Allah SWT memanjangkan pahala kepada kedua-dua ayahanda dan ibunda kita ini. PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR yang ingin dibangunkan ini adalah merupakan sebuah institusi pengajian Islam dan beberapa bentuk sistem.


Sistem yang ingin dijalankan ialah menerima pelajar semuda 7 tahun hingga 17 tahun yang akan menerima tarbiyah pendidikan akademik, pengajian diniyah, tahfiz al-Quran, Qiraat, pengajian kitab turath (kitab kuning) secara betalaqqi, menjalani tabiyah ruhiyyah seperti kewajipan mendirikan qiamullail, puasa sunat Isnin dan khamis, bacaan wirid dan bacaan Al-Quran pada setiap hari.


Sistem yang lainnya bakal dianjurkan oleh PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR ialah mengadakan KULLIYYAH TAFAQQUH FIDDIN bagi warga emas 50 tahun ke atas yang menjalani displin pengajian harian dengan pengajian kitab turath dan sebagainya dan Insya Allah mereka yang menginap di tempat yang akan disediakan. Insya Allah PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR ini juga akan mengadakan KULLIYYAH UMUMIYAH yang diadakan secara umum dan bakal diajar ulamak-ulamak tempatan dan ulamak jemputan luar negara.


Demi merealisasikan cita-cita murni ini, kami merayu sumbangan kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat untuk membangunkan sebuah cita-cita dan PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR.


Assalamu’alaikum WBT.

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR