Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Monday, January 30, 2012

PERINGATAN DARIPADA DARUL ANSAR

Assalamu'alaikum WBT.

Pihak Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) tidak bertanggungjawab diatas mana-mana artikel yang dikeluarkan oleh mana-mana individu yang memberi pandangan dan pendapat yang tidak selari dengan pendirian Darul Ansar ini kerana Darul Ansar beriktiqad dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah (Imam Abu Al-Hasan Al-'Asy'ari dan Imam Abu Musa Al-Maturidi), bermazhab fiqah Imam Muhammad bin Idris Al-Syafi'e dan Al-Syafi'eyah kerana sesuai di Malaysia, doktrin tasawwuf Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid, dan manhaj sufi Sayyidi Ahmad bin Idris.


Pihak Pengurusan Darul Ansar 2011-2013

Wednesday, January 25, 2012

PENGAJIAN DARUL ANSAR DI MASJID BANDAR BARU SENAWANG


Assalamu'alaikum WBT.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah 'Azzawajalla dengan pujian yang selayak-layaknya hanya bagi-Nya Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam buat junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW, ke atas ahli keluarga Baginda Nabi SAW yang mulia, ke atas para isteri Baginda Nabi SAW yang suci lagi solehah, ke atas para sahabat dan hawari Baginda Nabi SAW yang setia, dan yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik lagi sempurna sehingga hari kiamat kelak.

Alhamdulillah, sukacitanya pihak Darul Ansar memaklumkan pengambilan baru bagi cawangan Darul Ansar Senawang dibuka sekarang. Pengajian diajar sepenuhnya oleh SF. Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi. Pengajian tersebut akan dijalankan di Dewan Kuliah, Masjid Bandar Baru Senawang. Dibawah ini dinyatakan maklumat penting bagi yang berminat.

PENGAJIAN DIPLOMA PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR

Tempat:
Dewan Kuliah,
MASJID BANDAR BARU SENAWANG,
Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Waktu:
Hari Isnin (Setiap Minggu Pertama & Ketiga)
Selepas Solat Isyak (Jam 9.30 Malam)

Pendaftaran:
6 Februari 2012 (Hari Isnin)
Jam 9.00 Malam

Penyertaan adalah terhad. Bagi yang berminat sila hubungi segera talian dibawah ini:

1. Tuan Hj. Syarifuddin Salem Al-Ansari: 013-2045467
2. Saudara Azmi Al-Ansari: 012-6833740

Tuesday, January 24, 2012

CERAMAH PENGUBATAN ISLAM MASJID BANDAR BARU SENAWANG



Assalamu'alaikum WBT.

CERAMAH PENGUBATAN ISLAM
"Misteri Alam Jin & Rawatan Alternatif Islam Berlandaskan Al-Quran Dan Sunnah"

Oleh: SF. Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al-Idrisi
Pengasas Pengubatan Islam Darul Ansar

Tempat:
MASJID BANDAR BARU SENAWANG,
Senawang, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tarikh:
4 Februari 2012 (Hari Sabtu)
Selepas Solat Maghrib.

Insya Allah akan diijazahkan Al-Husun Al-Mani'ah Sayyid Ahmad bin Idris RA

Anjuran:
MASJID BANDAR BARU SENAWANG
Dengan Kerjasama
PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

Untuk keterangan sila hubungi:

1. Tuan Hj. Sharifuddin Salem: 013-2045467
2. Sdr. Azmi: 012-6833740

SELURUH MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR.

Monday, January 23, 2012

Pengajian Hadith di Surau Serting Tiga






Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillah, segala pujian yang hanya layak dan mutlak bagi Allah 'Azzawajalla Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ke atas para ahli keluarga Baginda Nabi SAW yang mulia, ke atas para isteri Baginda Nabi SAW yang suci lagi solehah, ke atas para sahabat dan hawari Baginda Nabi SAW yang setia, dan yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik lagi sempurna sehingga hari kiamat kelak. Amma Ba'du..

Alhamdulillah pada 21 Januari 2012 hari sabtu lepas kuliah pengajian hadith yang disampaikan oleh SF. Ustaz Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al-Idrisi bertempat di Surau Serting 3, FELDA Raja Alias 3, Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus. Lebih dari seratus jemaah yang hadir untuk mendapat faedah dan manfaat ilmu yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Rajab. Pengajian disini menggunakan buku yang disusun sendiri oleh SF. Ustaz Muhammad Rajab yang bertajuk "40 HADITH NABI SAW MENGENAI ILMU DARIPADA SOHIH IMAM BUKHARI DENGAN SANAD RIWAYAT AL-IMAM AL-ARIF SAYYID MUHAMMAD BIN IDRIS AL-IDRISI AL-HASANI" Setakat ini telah 32 Hadith yang telah ditamatkan pengajiannya di surau tersebut selama 4 tahun.

Apa yang menarik kuliah pengajian SF. Syeikh Muhammad Rajab adalah setiap kali pengajiaannya beliau akan menyebut sanadnya sampai kepada pengarang sohih bukhari iaitu Imam Bukhari. Juga dimaklumkan kitab ini mungkin dikhatamkan pada tahun ini dengan izin Allah 'Azzawajalla dan syafaat empunya hadith iaitu Baginda Rasullah SAW. Insya Allah 'Azzawajalla pengajian untuk bulan hadapan akan diadakan pada 18 Februari 2012. Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Saturday, January 21, 2012

TINTA DA'IE - 3


Soalan:
Apakah kelebihan kayu kokka? Adakah ianya dapat melindungi diri kita, sebagai contohnya dibuat gelang?
Ingin Tahu, Kedah Darul Aman.

Jawapan:

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا ومولانا محمد بن عبد الله الذي لا نبي بعده ومن تبعه ومن والاه أما بعد

Kayu kokka ini sebenarnya tidak memiliki kelebihan tertentu yang disebut dalam Al-Quran mahupun hadith Baginda Rasulullah SAW seperti pokok zaitun, tin dan sebagainya. Kayu kokka menurut pendapat kami, tidaklah memiliki apa-apa kelebihan kecuali ianya hanyalah herba terpilih bagi negera-negara tertentu di Timur Tengah. Kami sendiri melihat masyaeikh sufi kami seperti Sayyid Muhammad bin Idris Al-Idrisi, Sayyid Ahmad bin Idris Al-Idrisi dan sebagainya tidak menggunakan tasbih kokka dalam wirid dan zikir mereka.

Sebenarnya kayu kokka ini sedikitpun tidak boleh memberi bekas manfaat serta mudharat kepada sesiapapun kerana I'tiqad kita sebagai ASWJ mestilah meyakini hanya Allah 'Azzawajalla sahajalah yang memberi bekas kepada para makhluk-Nya. Dalam sebuah hadith yang kami riwayat daripada guru kami Al-Muhaddith Sayyid Muhammad bin Idris yang sanadnya sampai kepada Imam Ahmad bin Hanbal (Hadith sohih ke 19,885), daripada Hadith 'Imran bin Husin RA berkata: "Bahawasanya Baginda Rasulullah SAW melihat pergelangan tangan seorang lelaki yang memakai gelang yang diperbuat daripada tembaga, maka Baginda Nabi SAW bertanya kepada lelaki tersebut: Apakah benda ini? Maka lelaki itu menjawab: Ianya adalah gelang untuk ubat (merawat gangguan jin), maka Baginda Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya gelang itu tidak memberikan apa-apa manfaat, buangkan gelang itu daripada dirimu, jika sekiranya engkau mati dan gelang itu ada pada dirimu maka engkau tidak akan selamat selama-lamanya."

Jika, dilihat hadith diatas menunjuk azimat gelang yang diperbuat daripada tembaga, mungkin orang akan mengatakan tidak ada kena-mengena dengan kayu kokka akan tetapi hadith tersebut boleh dikiaskan dengan kokka kerana kebanyakan masyarakat menjadikan kokka ini sebagai suatu azimat yang memberi penjagaan dan kesembuhan. Sekiranya bahan kayu kokka itu dilarut untuk dibuat ubat maka itu tidak mengapa kerana diharuskan berubat dengan herba-herba tertentu.

Akan tetapi apabila beri'tiqad sebagai azimat penjagaan maka boleh mendatangkan syikik kepada Allah 'Azzawajalla, seperti halnya yang disebut oleh Baginda Nabi SAW yang berbunyi:

إن الرقى والتمائم والتوالة شرك
"Sesungguhnya jampi serapah, azimat dan pengasih itu adalah syirik."

Penggunaan perkata Al-Tama'im atau Al-Tamimah ini ada merujuk sebagai bentuk tangkal azimat, sama ada bentuk rajah tertentu, tali dengan warna yang tertentu, dan sebagainya termasuklah kokka. Ini kerana ada sesetengah orang mengatakan bahawa kokka dapat melindungi diri kita daripada jin syaitan. Ini adalah salah, kita dianjurkan oleh syariat agar berta'awuz dengan Allah 'Azzawajalla bukannya dengan benda-benda seuatu, hal ini menunjukkan jelas pergantungan selain daripada Allah 'Azzawajalla. Maka, kerana ingin menjaga i'tiqad ASWJ agar tidak bergantung kepada sesuatu daripada Allah 'Azzawajalla maka jauhlah kita memakainya bimbang mendatangkan fitnah kepada diri dan agama kita. Wallahu A'lam.

TINTA DA'IE - 2


Soalan:
Apakah hukum bagi seseorang lelaki memakai inai?
Hamba Allah, Felda Raja Alias Tiga,
Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Jawapan:

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله سيدنا ومولانا محمد بن عبد الله الذي لا نبي بعده ومن تبعه ومن والاه أما بعد

Ada dikalangan ulama' mengatakan hukum memakai inai ini merupakan antara cabang khilafiyah fiqhiyyah kerana ada yang mengatakan hukumnya adalah harus dan ada yang mengatakannya sebagai haram.

1. Ulama' yang mengatakan keharusannya kerana sebagai suatu pengisytiharan bahawa lelaki tersebut telah bernikah dan ada juga yang mengkiaskan keharusan seperti berinai dikepala kerana penyakit di jari-jari.

2. Ulama' yang mengatakan pengharamannya kerana bersandarkan sebuah hadith sohih yang diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari RA yang berbunyi:

لعن رســـول الله صلى الله عليه وســلم المتشبهين من الرجـال بالنســـآء والمتشبـــهات من النسآء بالرجال
"Rasulullah SAW melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki"

Maka, kami sependapat dengan ulama' yang mengatakannya sebagai HARAM berinai bagi lelaki keran hujjah tersebut telah disebut oleh Al-Imam Ibnu Hajar Al-'Asqalani RA dalam Fathul Bari Syarah Sohih Bukhari. Wallahu A'lam.

TINTA DA'IE - 1


Soalan:
Bagaimanakah untuk mendapat kekuatan agar terus dapat istiqamah apa yang diamalkan?
Muslimat, Felda Raja Alias 3,
Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus.

Jawapan:

بســـم الله والحــمد لله والصــــــلاة والســــــلام علــى رســـول الله ســـــيدنا ومــولانا وقدوتنا محــمد بن عبد الله الذي لا نبي بعده ومن تبعه ومن والاه أما بعد

Untuk mendapat kekuatan agar dapat terus istiqamah dalam amalan kepada Allah SWT ialah memperbanyakkan berdo'a kepada Allah 'Azzawajalla supaya dikuatkan keIslaman dan keimanan kepada Allah SWT. Sebagai manusia biasa kita tidak dapat lari darip pasang surutnya Iman kepada Allah SWT kerana dalam sebuah hadith yang disebut oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW yang berbunyi:

الإيمان يزيد وينقص
"Iman itu kadang-kadang bertambah, kadang-kadang berkurangan"

Maka dengan lantaran itu, hendaklah kita perbanyakkan do'a kepada Allah 'Azzawajalla. Dalam sebuah Musalsal Hadith Bil Mahabbah, yang saya riwayatkan daripada beberapa guru saya yang mulia antaranya Al-Muhaddith Sayyid Muhammad bin Idris Al-Idrisi Al-Hasani, Al-Faqih Prof. Dr. 'Umar Abdullah Kamil, Al-Mufti Syeikh Prof. Dr. 'Ali Jum'ah dan sebagainya dengan sanad yang sampai kepada Sayyiduna Mu'az bin Jabal RA daripada Baginda Rasulullah SAW yang berbunyi:

يا معاذ إني أحبك فقل في كل دبر الصلاة اللهم أعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك
"Wahai Mu'az, aku mengasihanimu maka katakanlah pada setiap selepas solat: 'Ya Allah bantulah daku untuk menyebut-Mu, bersyukur kepada-Mu dan sebaik-baik ibadat kepada-Mu."

Perbanyakkan kita membaca do'a ini اللهم اعني على ذكرك وشكرك وحسن عبادتك semoga Allah 'Azzawajalla memberikan kekuatan untuk kita melakukan ketaatan kepada Allah 'Azzawajalla. Wallahu A'lam.

Friday, January 20, 2012

RUANGAN TINTA DA'IE

Assalamu'alaikum WBT

Alhamdulillah, segala pujian yang maha mutlak hanya layak bagi Allah 'Azzawajalla Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam buat junjungan besar Baginda Nabi Muhammad SAW, ke atas ahli keluarga Baginda Nabi SAW yang mulia, ke atas para isteri Baginda Nabi SAW yang suci lagi solehah, ke atas sekalian para sabahat dan hawari Baginda Nabi SAW yang setia dan taat serta yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik lagi sempurna sehingga hari kiamat kelak.

Alhamdulillah, pihak moderator blog Darul Ansar akan mewujudkan satu ruangan bagi menjawab beberapa persoalan dan permasalahan didalam ruangan "TINTA DA'IE". Segala jawapan akan dijawab sepenuhnya oleh SF. TG. Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi. Persoalan terdiri daripada masalah feqah, tauhid, tasawwuf, tareqat, pengubatan dan sebagainya. Segala persoalan tuan/puan bolehlah diemailkan ke alamat: darulansar_blog@yahoo.com

Sekian, Wassalamu'alaikum WBT.

CERAMAH PENGUBATAN ISLAM


Assalamu'alaikum WBT

CERAMAH PENGUBATAN ISLAM

Tajuk:
"Misteri Alam Jin & Rawatan Alternatif Islam Berlandas Al-Quran Dan Sunnah"

Oleh:
SF. TUAN SYEIKH MUHAMMAD RAJAB AKMAL AL-IDRISI
Pengasas Pengubatan Islam Darul Ansar

Tempat:
Surau Al-Hijrah,
Desa Pinggiran Putra
(Berhampiran PICC Putrajaya/Presint 16)

Tarikh:
28 JANUARI 2012 (Hari Sabtu)

Waktu:
Solat Maghrib Berjamaah

Anjuran:
Surau Al-Hijrah
dengan kerjasama
Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan Neg. Selangor.

* Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Untuk keterangan sila hubungi:

Tuan Hj. Salleh Subi Al-Ansari
013-2600193

Sunday, January 15, 2012

Pengajian Darul Ansar Kuantan Akan Dibuka.

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, segala pujian yang maha mutlak hanya layak dipanjatkan kepada Allah 'Azzawajalla Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam buat kekasih yang dirindui junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ke atas ahli keluarga Baginda Nabi SAW yang mulia, ke atas para isteri Baginda Nabi SAW yang solehah lagi suci, ke atas para sahabat dan hawari Baginda Nabi SAW yang setia dan yang mengikuti jejak langkah mereka dengan begitu baik lagi sempurna sehingga hari kiamat kelak.

Insya Allah, pihak Darul Ansar akan mengadakan kursus setahun pengajian kitab 'Thibb Al-Idrisi Al-Ansari' kaedah pengubatan dan rawatan Islam di Kuantan, Pahang akan datang. Bagi warga Kuantan yang berminat, nanti perkembangan dan maklumat tersebut dari masa ke semasa. Tempat dan masa akan diberitahu kelak.

Sekian, terima kasih.

Pengajian Pengubatan Islam Darul Ansar di Temerloh









Assalamu'alaikum WBT.

Alhamdulillah, segala pujian yang maha mutlak hanya layak kepada Allah SWT Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam buat kekasih yang dirindui junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ke atas ahli keluarga Baginda SAW yang mulia, ke atas para isteri Baginda yang solehah lagi suci, ke atas para sahabat dan hawari Baginda SAW yang setia dan yang mengikuti jejak langkah mereka dengan begitu baik lagi sempurna sehingga hari kiamat kelak.

Alhamdulillah dipanjat kepada Allah 'Azzawajalla pada 15 Januari jam 9.30 pagi - 12.30 tengahari pihak penaja Darul Ansar Pahang telah mengadakan kursus pertama pengajian pengubatan dan rawatan Islam anjuran Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan yang bertempat di Pusat Rawatan Islam di Temerloh.

Alhamdulillah, seramai 30 orang peserta telah mandaftar diri bagi pengambilan sesi-4 tersebut. Pengajian yang dijalankan adalah sebualan sekali (untuk jadual boleh rujuk kepada Ustaz Rozi bin Zakaria) selama setahun bermula januari - disember 2012. Bagi peserta yang berminat sila hubungi Ustaz Rozi bin Zakaria di talian: 019-9885781.

Bagi peserta yang berminat, dinyatakan bayaran yang dikenakan adalah:

1. Yuran Masuk: RM3.00 Sahaja.
2. Yuran Keahlian: RM10.00 Sahaja.
3. Yuran Pengajian Bulanan: RM50.00 Sahaja.
4. Kitab 'Thibb Al-Idrisi Al-Ansari': RM120.00 Sahaja.

Jumlah keseluruhannya adalah: RM183.00 sahaja boleh dibayar diwaktu pendaftaran kelak.

Darul Ansar Kajang




















Alhamdulillah, segala pujian yang maha mutlak hanya layak bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam buat kekasih yang dirindui junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ke atas ahli keluarga Baginda SAW yang mulia, ke atas para isteri Baginda SAW yang suci, ke atas para sahabat dan hawari Baginda SAW yang setia dan yang mengikuti jejak langkah mereka dengan beti bail lagi sempurna sehingga hari kiamat kelak.

Alhamdulillah, pengajian pertama bagi pengajian pengubatan dan rawatan Islam sesi-4 yang dianjurkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan dengan kerjasama pihak Surau Al-Muqaddis, Taman Sri Kantan, Kajang, Selangor Darul Ehsan selamat diadakan. Seramai 30 orang peserta yang memiliki pelbagai bentul latarbelakang pengajian dan pendidikan telah menyertai kursus yang diadakan selama setahun bermula pada 14 Januari 2012 hari sabtu.

Majlis tersebut telah dimulai dengan ucapan taklimat Pengerusi Darul Ansar Negeri Selangor iaitu Tuan Hj. Salleh bin Subi Al-Ansari, kemudian ucapan Pengerusi Surau Al-Muqaddis Kajang iaitu Tuan Hj. Abdul Razak bin Jantan dan dibacakan doa oleh Tuan Imam Surau Al-Muqaddis iaitu Al-Fadhil Ustaz Mohd Firdaus.

Pengajian yang diadakan ini bermula jam 2.30 petang - 4.30 petang. Memandangkan tempat pengajian ini diadakan di Surau Al-Muqaddis, Kajang ini luas dan mampu memenuhi lebih 100 orang jemaah dalam satu masa. Maka, sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Darul Ansar Kajang masih menerima kemasukan bagi peserta bagi sesi 2012 ini. Suka dijelaskan yuran dan fee yang dikenakan untuk pengajian ini.

1. Yuran Fee Masuk: RM3 Sahaja.
2. Yuran Pendaftaran: RM10 Sahaja.
3. Yuran Bulanan: RM50
4. Kitab 'Thibb Al-Idrisi Al-Ansari': RM120 Sahaja

Jumalahnya adalah RM183.00 Sahaja, boleh dijelaskan pada hari pengajian yang kedua iaitu pada 28 Januari 2012. Bagi yang berminat untuk menyertainya bolehlah menghubungi:

1. Tuan Hj. Salleh Al-Ansari: 013-2600193.
2. Tuan Hj. Adzemi Al-Ansari: 019-3835287.

Friday, January 13, 2012

Selawat Untuk Permudah Hafaz Al-Quran

Assalamu'alaikum WBT.

Alhamdulillah, segala pujian yang maha tinggi lagi maha layak hanya bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Salawat dan salam buat kekasih junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ke atas para ahli keluarga Baginda SAW yang mulia, ke atas para isteri Baginda SAW yang suci, ke atas para sahabat dan hawari Baginda SAW yang setia dan yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik lagi sempurna sehingga hari kiamat kelak.

Allah SWT telah berfirman yang berbunyi:

إن الله وملائكته يصلون على النبي يأيها الذين أمنواْ صلواْ عليه وسلمواْ تسليما
Ertinya: "Sesungguhnya Allah SWT dan para Malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi, Wahai orang-orang yang beriman selawatlah ke atasnya dan sampaikan salam ke atasnya."

Alhamdulillah, dibawah ini dinyatakan selawat untuk memudahkan menghafaz Al-Quran yang diijazahkan oleh SF. Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al-Idrisi Al-Ahmadi Al-Ansari daripada Al-Faqih Syeikh Dr. Umar 'Abdullah Kamil atau nama penanya Abu Al-Zahra' Uwais bin 'Abdullah Al-Mujtabi'ie Al-Husaini dalam kitabnya yang bernama 'Al-Salawat Al-Madaniyah 'Ala Sohib Al-Thol'ah Al-Bahiyyah' dan selawatnya berbunyi:

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ اَفْضَلِ اِنْسَانٍ صَلاَةً تَهَبُنَا بِهَا حِفْظَ الْقُرْآنِ وَالْعَمَلَ بِالْقُرْآنِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَبَارِكْ وَسَلِّمْ

Amalkan selawat ini sebelum membaca Al-Quran sebanyak 10 kali, Insya Allah SWT dipermudahkan untuk menghafaz Al-Quran.

Thursday, January 12, 2012

MENANGKIS ORANG MINYAK

Assalamu'alaikum WBT..

Alhamdulillah, segala pujian yang maha mutlak yang hanya layak bagi Allah SWT Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam buat kekasih junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ke atas para ahli keluarga Baginda SAW yang mulia, ke atas para isteri Baginda SAW yang suci, ke atas para sahabat dan hawari Baginda SAW yang setia dan yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik dan penuh sempurna sehingga hari kiamat kelak.

Sejak kebelakangan ini kita sering dikejutkan dengan beberapa peristiwa ganjil yang melanda masyarakat kita. Antara perkara yang pelik berlaku sekarang ini adalah 'Gangguan Orang Minyak'. Mereka sering dikaitkan dengan penggunaan ilmu hitam bagi tujuan memperkosa 99 orang anak gadis sunti untuk menajamkan lagi ilmu kebal atau sebagainya bagi 'orang minyak' tersebut.

Ada kemungkinan benar kisah tersebut, adakalanya ianya adalah mitos yang direka oleh orang melayu kita. Ada juga pendapat yang mengatakan, 'orang minyak' itu sebenarnya mereka yang ingin menyamun, dengan adanya minyak pada tubuh 'orang minyak' memudahkannya untuk menyamun dan sukar untuk ditangkap oleh penduduk yang menjadi mangsa kerana tubuhnya menjadi licin disebabkan minyak.

Di sini dinyatakan dua doa yang sangat baik untuk menangkis dan menghindari kecurian dan 'orang minyak' yang diajar oleh guru kami Syeikhuna Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi Hafizahullah Ta'ala yang dinuqil daripada kitab Hizb Al-Saifi yang diterima ijazahnya daripada Syeikh Al-Islam Maulana Sayyid Muhammad bin Idris Al-Idrisi Al-Hasani RA daripada ayahandanya Maulana Sayyid Idris bin Muhammad Al-Syarif Al-Idrisi Al-Hasani RA daripada Sayyidi Syeikh Abu Al-Qasim Muhammad Al-Hijazi RA daripada Sayyid Ibrahim bin Al-Qadhi Soleh Al-Rasyid RA daripada Sayyid Ahmad bin Idris Al-Hasani Al-Maghribi RA daripada Sayyidi Syeikh Muhammad Al-Mujaidiri Al-Syinqiti RA daripada Qutb Al-Jan Sayyidi Syeikh Muhammad Al-Qaqawi RA daripada Amirul Mukminin Sayyiduna 'Ali bin Abu Thalib RA daripada Baginda Rasulullah SAW. Bacalah doa ini sebanyak 40 kali selepas membaca Surah Yasin. Kaedah membaca Surah Yasin ini ada dua kaedah. Yang pertama: Surah Yasin dibaca 40 kali oleh seorang pembaca. Kaedah Kedua: Surah Yasin dibaca sekali oleh 40 jemaah dalam satu masa. Kemudian membaca doa ini:

فَاَنَا عَبْدُكَ فَاجْعَلْنِي يَا رَبِّ عَتِيْقَكَ يَا اِلَهِي وَمَوْلاَيَ خَلِّصْنِي وَاَهْلِي وَإِخْوَانِي كُلَّهُمْ مِنَ الناَّرِ وَمِنْ جَمِيْعِ الْمَضَارِّ وَالْمَضَالِّ وَالْمَصَائِبِ وَالْمَعَايِبِ وَالنَّوَائِبِ وَاللَّوَازِمِ وَالْهُمُوْمِ الَّتِي قَدْ سَاوَرَتْنِي فيها الْغُمُومِ بِمَعَارِيْضِ اَصْنَافِ الْبَلاَءِ وَضُرُوبِ جَهْدِ الْقَضَاءِ

فَاَنَا اَسْأَلُكَ يَا اللهُ الآنَ اَنْ تَدْفَعَ عَنِّي كَيْدَ الْحَاسِدِيْنَ وَظًلْمَ الظَّالِمِيْنَ وَشَرَّ الْمُعَانِدِيْنَ وَاحْمِنِي وَاَهْلِيْ وَاِخْوَانِي كُلَّهُمْ تَحْتَ سُرَادِقَاتِ عِزِّكَ يَا اَكْرَمَ الأَكْرَمِيْنَ وَبَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ اَعْدَآئِي كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ الْمَشْرِقِ وَالْمَغْرِبِ وَاخْطَفْ اَبْصَارَهُمْ عَنِّي بِنُوْرِ قُدْسِكَ وَاضْرِبْ رِقَابَهُمْ بِجَلاَلِ مَجْدِكَ وَاقْطَعْ اَعْنَاقَهُمْ بِسَطَوَاتِ قَهْرِكَ وَاَهْلِكْهُمْ وَدَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا كَمَا دَفَعْتَ كَيْدَ الْحُسَّادِ عَنْ اَنْبِيَآئِكَ وَضَرَبْتَ رِقَابَ الْجَبَابِرَةِ لأَصْفِيَآئِكَ وَخَطَفْتَ اَبْصَارَ الأَعْدَآءِ عَنْ اَوْلِيَآئِكَ وَقَطَعْتَ اَعْنَاقَ الأَكَاسِرَةِ لأَتْقِيَآئِكَ وَاَهْلَكْتَ الْفَرَاعِنَةَ وَدَمِّرْتَ الدَّجَاجِلَةَ لِخَوَاصِّكَ الْمُقَرِّبِيْنَ وَعِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ

Tuesday, January 10, 2012

KULIAH PERTAMA SESI - 4 BAGI NEGERI JOHOR








Assalamu'alaikum WBT.

Alhamdulillah, segala pujian yang maha mutlak hanya layak kepada Allah SWT Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam buat kekasih yang dirindui junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ke atas para ahli keluarga Baginda SAW yang mulia, para isteri Baginda SAW yang suci, para sahabat dan hawari Baginda SAW yang setia dan yang mengikuti jejak langkah mereka dengan begitu baik lagi sempurna sehingga hari kiamat kelak.

Alhamdulillah, pada 10 Januari 2012 yang lalu, kuliah pertama sesi - 4 bagi tahun 2012 telah selamat berjalan di Akademi Rawatan Islam Darul Ansar Cawangan Kluang, Johor Darul Takzim. Pada hari pertama tersebut seramai 15 peserta telah mendaftar dan Insya Allah akan berlaku penambahan pelajar untuk minggu hadapan.

Permulaan sesi pengajian pengubatan Islam Darul Ansar di Kluang ini dimulai dengan ucapan aluan daripada En. Mohd Yasin bin Ibrahim Al-Ansari selaku Pengerusi Perhubungan Darul Ansar Negeri Johor Darul Takzim dan diteruskan pengajian itu oleh Tuan Guru SF. Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al-Idrisi sekalu pengajar dan pensyarah utama Darul Ansar Kebangsaan.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa pengambilan bagi peserta pengajian Darul Ansar Kluang ini masih dibuka kepada umum. Maka bagi mereka yang berminat bolehlah menghubungi urusetia Darul Ansar Kluang di talian dibawah ini:

Al-Mu'allij Mohd Yasin bin Ibrahim Al-Ansari
No. Tel: 019-7158888
AKRAWI DARUL ANSAR Cawangan Kluang.

Monday, January 9, 2012

PENGAJIAN DARUL ANSAR DI TEMERLOH

Assalamu'alaikum WBT

Alhamdulillah, segala pujian yang hanya mutlak dipanjatkan kepada Allah SWT Tuhan yang mentadbir dan mengatur sekalian alam. Salawat dan salam buat kekasih yang dirindui, junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ke atas para ahli keluarga Baginda SAW yang mulia, para isteri Baginda SAW yang suci, para sahabat dan hawari Baginda SAW yang setia dan yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik lagi sempurna sehingga hari kiamat kelak.

Alhamdulillah, sukacitanya pihak Darul Ansar Kebangsaan ingin memaklumkan bahawa satu lagi kuliah pengubatan dan rawatan Islam yang dianjurkan oleh AKRINE Temerloh dengan kerjasama Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan pada 15 Januari 2012 hari Ahad jam 9.30 pagi - 12 tengahari. Kuliah ini seperti biasanya akan diajar dan dibimbing oleh SF. Ustaz Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim Al-Idrisi selaku pensyarah utama dengan menggunakan kitab rujukan utama pengajian pengubatan Islam Darul Ansar iaitu 'Thibb Al-Idrisi Al-Ansari'

Bagi yang berminat untuk menyertainya boleh hubungi terus urusetia Darul Ansar di Temerloh:


En. Rozi (019-9885781)
PUSAT RAWATAN ISLAM
No. 20A, Jalan Sri Semantan 1,
Bangunan LKNP (Atas Seven Eleven),
Simpang Songsang, Temerloh,
Pahang Darul Makmur.

PENGAJIAN DARUL ANSAR DI KAJANG

Alhamdulillah, segala pujian yang maha mutlak hanya dipanjatkan kepada Allah SWT Tuhan yang mentadbir dan mengatur sekalian alam. Selawat dan salam buat kekasih junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ke atas para ahli bait Baginda SAW yang mulia, para isteri Baginda SAW yang suci, para sahabat dan hawari Baginda SAW yang setia dan yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik lagi sempurna sehingga hari kiamat kelak.

Alhamdulillah, pada 14 Januari 2012 (hari sabtu) jam 2.00 petang - 4.00 petang tersebut Insya Allah akan dilancarkan kuliah pertama pengajian pengubatan dan rawatan Islam Darul Ansar bagi sesi 4 (2012) yang diadakan di Darul Ansar Kajang (Penaja Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan Negeri Selangor) yang beralamat: No. 8, Tingkat Atas, Taman Selamat, Batu 14, Jalan Cheras, 43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan.

Seperti biasanya pengajian ini akan dibimbing terus oleh SF. Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi dengan menggunakan kitab 'Thibb Al-Idrisi Al-Ansari' kitab terbitan Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR). Pengajian pengubatan di Darul Ansar Kajang ini akan diadakan sebanyak 2 kali sebulan iaitu pada setiap minggu pertama dan minggu keempat setiap bulan.

Bagi individu yang berminat untuk melibatkan diri dalam pengajian ini boleh terus menghubungi urusetia Darul Ansar Kajang iaitu:

Tuan Hj. Saleh: 013-2600193
Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan Negeri Selangor,
D/A No. 8, Tingkat Atas,
Batu 14, Jalan Cheras,
43000, Kajang, Selangor Darul Ehsan.

KULIAH DARUL ANSAR NEGERI JOHOR SESI-4 (2012)

Assalamu'alaikum WBT..

Alhamdulillah, segala pujian dipanjatkan kepada Allah SWT Tuhan yang mentadbir sekalian alam. Salawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ke atas ahli bait Baginda SAW yang mulia, para isteri Baginda SAW yang suci, para sabahat dan hawari Baginda SAW yang setia dan yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik lagi sempurna sehingga hari kiamat kelak.

Alhamdulillah, pada 10 Januari 2012 (hari selasa) jam 9.00 malam ini Insya Allah SWT akan dilancarkan kuliah pertama pengubatan dan rawatan Islam Darul Ansar bagi sesi kali ke-4 (2012) ini yang diadakan di Akademi Rawatan Islam Darul Ansar Negeri Johor, Taman Seri Menanti, Kluang, Johor Darul Takzim (yang terletak di Jalan Hj. Manan), yang dianjurkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan dan seperti biasa kitab yang digunakan adalah 'Thibb Al-Idrisi Al-Ansari' yang akan diajar sepenuhnya oleh SF. Ustaz Hj. Muhammad Rajab Akmal Al-Idrisi selaku pensyarah utama Darul Ansar.

Menurut maklumat yang telah diterima oleh pihak Darul Ansar Kebangsaan, pengambilan untuk bagi negeri Johor ini telah penuh, akan tetapi bagi mereka yang berminat boleh cuba menghubungi pihak Darul Ansar Johor untuk keterangan lanjut dan pendaftaran pengajian. Bagi yang berminat boleh menghubungi urusetia Darul Ansar Negeri Johor.

En. Mohd Yasin bin Ibrahim: 019-7158888 (Pengerusi)
En. Erwan bin Saidin: 017-9594056 (Setiausaha)

PENGAJIAN DARUL ANSAR N9 MASIH DIBUKA









Assalamu'alaikum WBT.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ke atas keluarganya yang mulia, para isterinya suci, para sahabatnya yang setia dan yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik lagi sempurna sehingga hari kiamat kelak.

Alhamdulillah, kuliah pertama pengajian pengubatan dan rawatan Islam Darul Ansar di Darul Ansar Negeri Sembilan telah bermula pada 9 Januari 2012 jam 9.30 malam tadi, pada hari pertamanya seramai 15 peserta telah hadir dan Insya Allah SWT pada minggu akan datang akan bertambah pendaftaran. Insya Allah SWT semoga pengajian ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Amin

Pengajian pengubatan dan rawatan Islam Darul Ansar ini diajar dan dibimbing terus oleh SF. Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al Idrisi dengan menggunakan kitab Thibb Al-Idrisi Al-Ansari. Bagi mereka yang mendaftar bagi kuliah ini di Negeri Sembilan kerana masih dibuka umum, boleh terus menghubungi pihak HQ Darul Ansar Pusat ditalian: 013-6111706 atau menghubungi Ustaz Husaini bin Husin ditalian: 017-3999122 atau 013-3598318.

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR