IKLAN DARUL ANSAR

IKLAN DARUL ANSAR

IJAZAH PENGAJIAN TALAQQI AL-QURAN

IJAZAH PENGAJIAN TALAQQI AL-QURAN

TAMRIN RUHIYAH DARUL ANSAR 2014

TAMRIN RUHIYAH DARUL ANSAR 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2013

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2013

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Monday, January 31, 2011

MINYAK HABBATUSSYIFA'


Assalamualaikum WBT..


Pihak pengurusan D'Ansar telah mengeluarkan produk yang terlaris dipasaran iaitu minyak habbatus Sauda'. Pihak D'Ansar menjenamakan produk tersebut dengan nama Minyak Habbatus Syifa'. Minyak ini telah diruqyahkan dengan ayat-ayat Ruqyah pilihan yang dibaca oleh Al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al Idrisi yang ahli-ahli yang terpilih.


Bagi yang berminat boleh dapatkan di kedai koperasi D'Ansar Pulau Gadong atau di cawangan pusat rawatan. Harga hanya RM 30 sahaja.

Sunday, January 23, 2011

BUAT BAIK DIBALAS BAIK












BUAT BAIK DIBALAS BAIK
Oleh: Tuan Hj Abd Nasir bin Hj Yusoff Al Ansari


Pada mulanya saya memahami ayat dari Surah al Zalzalah di bawah dengan maksud, sesiapa yang melakukan amal kebaikan, akan dibalas oleh Allah dengan kebaikan juga di dunia dan di akhirat nanti.


"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya) dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)."

Namun dari pemerhatian saya di kalangan orang-orang yang suka bersedekah, contohnya, ada juga yang tidak mendapat “balasan” sewajarnya dari Allah. Kehidupan mereka tidak menunjukkan yang mereka mendapat habuan balasan dari kebajikan yang dibuat. Lalu saya berfikir kenapa itu terjadi, sedangkan Allah telah menjanjikan sedemikian? Setelah saya rujuk dengan ustaz, barulah saya dapati bahawa balasan yang dimaksudkan tidak semestinya berlaku di dunia ini. Konsep “buat baik dibalas baik” dalam Islam tidak sama dengan konsep Karma dalam agama Hindu. Dalam Islam tidak semestinya seseorang yang berbuat kebaikan, pasti akan dibalas dengan kebaikan juga terutama di dunia ini. Contohnya ada dari kalangan nabi dan rasul yang ditimpa musibah.

Jadi kenapa perlunya kita melakukan kebaikan, kalau tidak dibalas dengan kebaikan? Jawapannya ialah Allah yang menghendaki sedemikian. Amalan kebajikan tidak sepatutnya diniatkan untuk mendapat balasan kemudian nanti. Soal balasan terserah kepada Allah. Yang pasti kebaikan yang dibuat adalah untuk menunjukkan yang kita ini hamba Allah, yang sentiasa taat dengan perintahnya, yang ingin membuatkan Allah suka pada kita atau dengan kata lain, insyaalah, mendapat rahmat dari Allah. Saya berpendapat seseorang yang mendapat rahmat dari Allah, sangat-sangat beruntung melebihi dari apa yang dicita-citakannya.

Jika ada yang ingin bersedekah, niatkan sahaja perbuatan itu dibuat kerana Allah menyukainya, bukan mengharapkan balasan material di dunia. Jika selepas itu, musibah menimpa, anggapkan saja yang Allah ingin menduga hati kita. Mungkin Allah ingin menduga kesabaran kita atau keikhlasan hati kita semasa berbuat kebaikan itu. Namun satu perkara yang tidak boleh dilupa ialah, sentiasalah berdoa mengharapkan hajat kita dimakbulkan termasuklah hajat material di dunia ini, kerana perkara itu juga sebahagian dari suruhan Allah.



(Nota: Saya mohon komentar dari pembaca, jika tulisan saya tidak tepat dengan ajaran Islam sebenarnya dan saya mohon maaf jika ianya berlaku.)

Thursday, January 20, 2011

PERSPEKTIF ISLAM DAN IMAN


Perspektif Islam dan Iman
Oleh Ust.Syafrudin (Indonesia)



Islam adalah agama yang bersyari’ah (yuridisprudensi, perundang-undangan atau hukum). Kebijaksanaannya bersifat universal, autentik, tidak sulit dan tidak mempersulit. Setiap permasalahan bisa diselesaikan dengan baik.Islam adalah agama yang beradab syari’ah dengan ketetapan pada lima rukun Islam. Setiap muslim berkewajiban menjalankannya dengan syarat-syarat yang sudah ditentukan. Misalnya, dua kalimat syahadat harus dilafadzkan (kecuali bisu/tuna wicara), salat lima waktu wajib ditegakkan dengan segala peraturannya, begitu juga dengan ibadah puasa, zakat, dan haji jika mampu. Selain beradab syari’ah, Islam juga merupakan adab bathiniah yang teralisasi dalam rukun iman yang enam. Meyakini akan eksistensi Allah SWT sebagai Ilah, Rabb, dengan segala sifat-sifatNya.

Meyakini adanya malaikat-malaikat yang bertugas mengawasi makhluk-Nya, begitu juga dengan rasul-rasulNya, kitab-kitabNya, terjadinya akhir dari segala kehidupan (kiamat), dan ketentuan atau ketetapan takdir baik/buruk pada setiap maklukNya. Keyakinan atau keimanan yang tumbuh pada setiap diri muslim akan membentuk kepribadian yang bersikap lurus dan jujur, penuh dedikasi dan tauladan. Rasulullah Muhammad saw adalah sosok manusia tauladan yang penuh dedikasi beradab syariah dan bathiniah. Alam sadar dan bathinnya terbuka dengan lebar sampai menembus cakrawala fatamorgana hingga ke alam gaib (surga dan neraka). Beliau berdialog dan berkata-kata dengan manusia, malaikat dalam tata krama yang penuh dengan kesopanan dan santun. Beliau juga mendapatkan tarbiyah (pelajaran) langsung dari Allah SWT melalui malaikat Jibril as.

Momentum sejarah terbesar beliau diabadikan dalam Al Qur’an, tentang perjalanan isra dan mi’raj dari masjid Al Haram (Mekah) ke masjid Al Aqsa (Palestina) dalam satu malam. Surat Al Isra ayat: 1, Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Mendengar lagi Mengetahui. Singkronisasi antara adab syariah dan bathiniah sangat dibutuhkan oleh setiap muslim dalam rangka mencapai derajat ihsan (terbaik) sehingga nilai keislamannya yang terbaik akan membentuk akhlak lahir yang terbaik pula seperti berbicara, mendengar, atau diamnya. Begitu pula dengan keimanannya yang terbaik, akan menghasilkan akhlak bathin (hati) yang baik, tidak iri, dengki, namimah, sum’ah, berburuksangka, dan lain-lain.

Di dalam Al Qur’an banyak ayat yang menyebutkan kalimat orang-orang beriman dan beramal saleh secara berurutan, “iman dan amal saleh”. Iman merupakan adab bathin sedangkan amal saleh adalah Islam itu sendiri. Seperti ayat “Hai orang-orang yang beriman masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turuti langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu”.(QS 2:208). Hidup di dunia menjadi muslim yang membawa keselamatan diri, keluarga, dan umat Islam. Di alam akhirat pembawa keselamatan, kebahagiaan, dan kedamaian dalam surga Allah SWT. Sebagaimana janji Allah SWT, “Barang siapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.(QS:16:97). Wallahu ‘alam (odg/rz)




Monday, January 17, 2011


RISIKO PENULIS BLOG.
Oleh:
Tuan Hj. Abd Nasir bin Yusoff Al Ansari.

Dalam penulisan blog, kita terdedah pada pelbagai risiko akibat dari tulisan yang kita siarkan. Antaranya ialah tatabahasa yang digunakan, ketepatan maklumat yang diberi dan kesan mesej terhadap pembaca samaada mengguris perasaan atau menyenangkan seseorang. Biasanya tatabahasa tidak diendahkan sangat oleh pembaca kecuali penulis itu terdiri dari orang yang terkenal contohnya, ahli politik terkemuka atau pembesar negara.
Ketepatan maklumat sangat penting kerana ia mempamerkan tahap intelektual penulis itu sendiri. Contohnya, dalam sebuah blog, saya terjumpa penulis menceritakan kisah seorang perserta Kursus Kaedah Khusyuk Solat di sebuah masjid yang dihadirinya. Ustaz pengajar meminta peserta itu baca doa iftitah dan antara ayat yang dibaca ialah “... wa ana minal musyrikin” Kononnya ustaz tegur bacaan perserta itu kerana beri makna yang salah dan diperbetulkan dengan ayat “... wa ana minal muslimin” Saya kehairanan kerana tiada pula saya terjumpa ayat “... wa ana minal muslimin” dalam doa iftitah, yang ada ialah “... wama ana minal musyrikin.”
Kesan perasaan pembaca adalah paling penting. Jika ianya menyentuh keaiban seseorang, penulis itu mungkin berhadapan dengan tindak balas undang-undang. Contohnya penulis yang memfitnah seseorang kerana tujuan tersendiri. Penulis sebegini ramai didapati dalam media yang berunsur politik. Tulisan yang menyenangkan pembaca inilah yang dicari. Ayat “katakanlah kebenarannya walaupun ia pahit...” tidak boleh dijadikan lesen untuk kita menghentam atau merendah keperibadian pembaca, apa lagi “mengajar” pembaca. Sebenar kita tidak perlu mengajar sesiapa kerana pembelajaran akan terjadi sendiri bilamana pembaca menyukai dan menghayati tulisan kita. Zaman “ ... wa cakap lu...” sudah lapuk dan tak perlu diamalkan lagi. Saya cadangkan pembaca yang bercita-cita untuk jadi penulis yang bermanfaat, bolehlah lawat http://www.universitipts.com/ kelolaan Puan Ainon Mohd, orang nombor satu PTS.

ABAD BERGURU Oleh: Tuan Hj. Abdul Nasir bin Hj. Yusoff Al Ansari


ADAB BERGURU
Oleh:
Tuan Hj. Abd Nasir bin Hj. Yusoff Al Ansari


Ada sebuah kisah yang berlaku pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid di mana baginda, semasa menunaikan ibadat haji sempat berkunjung ke Madinah untuk berjumpa dan berguru dengan Imam Malik. Khalifah telah mengutuskan pembantu untuk memberitahu Imam Malik yang baginda ingin berguru tentang kitab Muwatta’ yang tersohor itu. Sebaliknya Imam Malik dengan tegas menyuruh pembantu khalifah memaklumkan baginda yang pelajar sepatutnya mendatangi ilmu, bukan ilmu yang mendatangi pelajar. Akhirnya khalifah akur dan datang sendiri ke rumah Imam Malik untuk belajar. Di tempat belajar itu hanya terdapat sebuah kerusi dan lagi sekali dengan tegas Imam Malik memberitahu yang kerusi itu hanya untuk guru manakala semua murid diminta duduk bersama di lantai, tanpa mengira pangkat dan darjat murid.

Terdapat beberapa pengajaran dari kisah benar di atas. Cuma yang saya ingin tumpukan ialah betapa HEBATnya personaliti Khalifah Harun al-Rasyid yang sangat memuliakan seorang guru. Mungkin ada yang mengatakan, guru dalam kisah itu ialah seorang yang bertaraf Imam Mazhab tersohor, bukan guru zaman sekarang. Saya pula ingin mengatakan yang kitapun bukan bertaraf seorang khalifah (sultan). Persoalannya selagi ada guru dan murid, adab-adab berguru perlu kita ikuti dan pelihara.

Diriwayatkan oleh Imam At Thabrani, bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu dengan ketenangan dan sikap hormat serta bertawadhu’ kepada orang yang mengajarimu.” Ilmu tidak akan diperolehi secara sempurna kecuali dengan adanya sifat tawadhu’ murid terhadap gurunya, karena keredaan guru terhadap murid akan membantu proses penyerapan ilmu. Sikap tawadhu’ murid kepada guru sebenarnya akan memperkasakan murid itu sendiri. Kenapa kita disaran untuk berselawat kepada Rasulullah s.a.w sedangkan hakikatnya baginda tidak memerlukan selawat orang lain untuk mendapat rahmati dan kasih sayang Allah. Orang yang berselawat itulah sebenarnya yang mendapat faedah dan ganjaran dari Allah. Kelakuan kita di dunia ini ibarat cermin yang memantul kembali apa yang kita lakukan. Jika kita memuliakan seseorang, sebenarnya diri kita, insyaalah, akan dimuliakan. Begitu juga jika kita menjatuhkan maruah seseorang, sebenarnya diri kita sendiri yang penuh dengan karat kehinaan dan jika diizin Allah akan dihina kemudian hari. Zaman sekarang, tidak ramai yang dapat mencontohi ulama terdahulu, justeru tidak hairanlah adanya murid yang sampai hati mencela guru sendiri, sehinggakan ada yang sanggup memutuskan tali silaturrahim (bacalah kitab yang menerangkan hukum orang-orang yang memutuskan tali silaturrahim)

Imam Al Ghazali pernah menerangkan, ”Hak guru lebih besar daripada hak ibu bapa. Ibu bapa merupakan sebab kehadiran manusia di dunia ini, sedangkan guru bermanfaat bagi manusia untuk mengarungi kehidupan kekal di akhirat nanti.” Beliau selanjutnya menerangkan dalam adab mempelajari ilmu sebagai murid, ada dua bahagian iaitu, pertama; adab dirinya sebagai murid dan kedua; adab murid terhadap guru. Di bawah ini saya senaraikan hanya beberapa adab sahaja, untuk menjimatkan ruang dan ianya seperti berikut:

Adab untuk dirinya sebagai murid:

1. Membersihkan hati daripada sifat-sifat keji seperti riak, sombong, takabbur, hasad dengki dan sebagainya.
2. Memberi tumpuan sepenuhnya ke arah menuntut ilmu.
3. Merendahkan diri dan tidak menganggapkan dirinya lebih besar daripada ilmu yang diajarkan oleh guru. Sabda Rasulullah s.a.w: “ Bukan daripada akhlak orang mukmin perbuatan menghina diri kerana meminta sesuatu melainkan di dalam menuntut ilmu.“
4. Tujuan menuntut ilmu itu hendaklah semata-mata kerana Allah Ta’ala.

Adab dirinya terhadap guru:

1. Jangan menyangkal perkataan guru itu dengan merujuk kepada ajaran orang lain.
2. Jangan memberi isyarat yang dirinya terlebih tahu daripada guru. Itu menunjukkan sikap kurang adab lagi kurang berkat.
3. Jangan membanyakkan pertanyaan jika didapati guru tidak suka membicarakannya.
4. Jangan buruk sangka dengan guru atau mengesyaki guru melakukan perbuatan yang pada zahirnya nampak tidak betul sedangkan gurunya terlebih tahu, seperti kisah Nabi Musa dengan Nabi Khaidir.
Oleh kerana saya juga sebagai murid, ada juga perkara-perkara yang diutarakan di atas terkena batang hidung saya sendiri. Namun kebenaran perlu ditegakkan. Insyaalah ianya boleh dijadikan iktibar buat ikhwan semua. Maaf sekiranya emosi ikhwan terganggu.

Saturday, January 15, 2011

JADUAL PENGAJIAN TAFAQQUH FIDDIN

Assalamualaikum WBT..

Ini merupakan jadual waktu pengajian yang disampaikan oleh tuan guru kita SF. Syeikhuna Al Ustaz Muhammad Rajab Akmal Al Idrisi. Segala perubahan jadual akan dimaklumkan dengan segara mungkin. Sekian, terima kasih.

JADUAL WAKTU RAWATAN


Assalamualaikum WBT..
Disebabkan beberapa faktor dan diari peribadi Al Fadhil Syeikh Rajab Al Idrisi yang agak kepadatan. Maka berlaku perubahan jadual waktu rawatan dan perubatan di AKRAWI DARUL ANSAR PULAU GADONG. Di atas ini adalah jadual terkini waktu rawatan di AKRAWI DARUL ANSAR PULAU GADONG. Bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat rawatan Islam sila buat temujanji di talian 013-6111706. Sekian, Terima kasih.


Thursday, January 13, 2011

PERANAN SUFI DALAM JIHAD


PERANAN SUFI DALAM JIHAD
Oleh:
HJ. MUHAMMAD RAJAB AKMAL BIN HJ. AB. HALIM AL-IDRISI

Kita seringkali mendengar pelbagai jenis cemuhan dan penghinaan yang dilemparkan terhadap ajaran tasawwuf, bahkan ada golongan yang mengatakan bahawa tasawwuf itu merupakan kesesatan, bukan sekadar itu sahaja bahkan ada yang mengkafirkan ajaran tasawwuf yang mulia ini. Kononnya ajaran Tasawwuf ini bukanlah daripada ajaran Baginda Nabi SAW bahkan direka-reka oleh ulama’ sufi. Ini adalah fitnah terbesar terhadap Baginda Rasulullah SAW. Bahkan golongan yang mendakwa mereka itu salafi-sunnah sebenarnya banyak perkara yang diambil tanpa ditimbang-tara, mereka terus mencerca tanpa mengkaji terlebih dahulu.

Bagi mereka kesufian itu merupakan salah satu doktrin yahudi yang menyelinap masuk ke dalam ajaran Islam. Mereka berpendapat golongan sufi itu hanya mementingkan zikir, wirid, solat sunat, baca Al Quran, iktikaf di Masjid dan sebagainya tanpa mengambil tahu akan masalah masyarakat sekitarnya sehingga menyebabkan musuh-musuh Islam Berjaya melakukan tipudaya terhadap masyarakat Islam, itu adalah dakwaan yang tidak benar dan mereka perlu buktikan fakta mereka. Bukan hanya cakap-cakap sahaja. Buktikan di mana ulama sufi yang tidak berjuang dan berjihad?

Kita lihat kembali sejarah yang pernah berlaku di Libya, sebuah gerakan yang sangat masyhur sehingga menggegar bumi kuffar dan kuncu-kuncunya iaitu Al Harakah Al Sanusiyah yang dipelopori oleh Al Imam Sayyid Muhammad Al Syarif Al Mahdi Al Sanusi Al Hasani RA, beliau merupakan ulama yang tegas, seorang Mursyid Tariqat Al Ahmadiyah Al Sanusiyah, bahkan ada pendapat yang beliau merupakan Mujaddid Islam, kemudian kepimpinannya diserahkan kepada anak iaitu Al Imam Sayyid Ahmad Al Syarif Al Sanusi, mereka telah melahirkan ribuan mujahid sufi yang sanggup menentang penjajah kafir Itali pada ketika itu, nama yang cukup masyhur dalam sejarah Libya ini adalah Syeikh Al Mujahid Al Syahid Umar Al Mukhtar RA. Ini membuktikan kesan-kesan zikir dan wirid itu dapat membangkitkan rohani untuk berjihad Fi Sabilillah. Begitu juga sejarah telah melakarkan seorang Wali Allah yang masyhur yang merupakan cicit Sayyid Ahmad bin Idris Al Hasani pendiri Tariqat Al Ahmadiyah Al Idrisiyah iaitu Sayyid Muhammad bin ‘Ali Al Idrisi Al Hasani Al Yamani telah melancarkan gerakan jihadnya di ‘Asir, Yaman (kini dibawah Saudi). Beliau telah berjaya menubuhkan kerajaan sufi dan menjadi raja yang pertama bagi kerajaan Al Adarisah.

Kemudian kerajaan tersebut diserahkan kepada anakandanya iaitu Sayyid ‘Ali bin Muhammad Al Idrisi Al Hasani, pada ketika itu telah tercetus peperangan di antara kerajaan ‘Asir dengan Britain dengan kerjasama Wahhabi untuk menjatuhkan kerajaan yang mulia itu. Nah! Lihatlah sejarah, siapa yang sebenarnya pengkhianat, munafik dan bermuka-muka? Tergamak mereka menjatuhkan kerajaan Islam dengan bekerjasama dengan Britain Kafir. Di atas sikap mereka yang bermuka-muka itu, dan diatas pertimbangan Sayyid Al Malik ‘Ali Al Idrisi Al Hasani sebagai raja ‘Asir ke-2 serta baginda tidak mahu berlakunya pertumpahan darah sesama muslim, baginda terpaksa menyerahkan ‘Asir kepada Sa’udi pada waktu itu dan kini ‘Asir dibawah jajahan kerajaan Sa’udi.

Bahkan sejarah di Terengganu menceritakan kepada kita, bahawa seorang ulama sufi yang juga mursyid Tariqat Naqsyabandiyah iaitu Sayyid Tokku Paloh juga telah mencetuskan jihad secara tidak langsung, bahkan beliau memberi perlindungan dan didikan kepada Mat Kilau, Tok Gajah, Tok Bahaman, Hj. Abdul Rahman Limbong.

Begitu juga terdapat gerakan jihad di Indonesia yang berjihad menentang pejajahan Belanda Kafir. Begitulah gerakan jihad sufi yang membuktikan sufi tidak menolak dunia, bahkan menggerakkan masyarakat muslim supaya berjihad membela Islam dengan sebenar-benarnya. Kerana itulah suatu proses dalam tasawwuf iaitu 'Takhalli', 'Tahalli' dan 'Tajallli' kepada Allah SWT.

DARUL ANSAR CAWANGAN NEGERI SEMBILAN










Al Fadhil Tuan Hj. Sulaiman bin Omar al Ahmadi selaku Setiausaha Agung D'Ansar Malaysia mewakili Al Fadhil Ustaz Haliman bin Sidek (YDP D'Anasar Malaysia) bagi merasmikan pengajian perubatan Islam D'Ansar di Seremban Jaya.










SF. Syeikhuna Al Ustaz Hj. Muhammad Rajab Al Idrisi sedang menyampaikan kuliah perubatan Islam D'Ansar peringkat Negeri Sembilan. Kira-kira 30 peserta telah terlibat dalam pengambilan tahun ini di Negeri Sembilan. Pengajian dijalankan pada setiap hari isnin, jam 9.30 malam. bertempat di HEALTH Seremban Jaya. Orang kuatnya adalah Ustaz Husaini, beliau merupakan pelajar yang telah diijazahkan oleh Al Fadhil Ustaz.
















Suasana kehadiran peserta penuntut pengajian perubatan Islam D'Ansar bagi sesi 2011 di Seremban Jaya.


















YBhg. Dr. Wan Hasan selaku pengerusi D'Ansar Negeri Sembilan menyampaikan kata aluan dalam pengajian perubatan Islam D'Ansar peringkat negeri.














YBhg. Dr. Mohd Khalil Nordin, mempengerusikan majlis muqaddimah pengajian perubatan Islam D'Ansar pada hari Isnin lepas.

PENGAJIAN PERUBATAN ISLAM D'ANSAR CAWANGAN MELAKA


Persatuan Perubatan Islam Darulansar Malaysia cawangan negeri Melaka telah membuka pengajian perubatan Islam bagi sesi 2011. Pengambilan pelajar untuk kali ketiga ini dijalankan di Akademi Rawatan Islam Darul Ansar Pulau Gadong, Melaka. Seramai 25 orang penuntut baru yang sedang mengikuti pengajian tersebut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Al Fadhil Ustaz Haliman bin Sidek selaku YDP D'Ansar Malaysia. Pengajian perubatan Islam D'Ansar ini diadakan setiap hari ahad jam 9.30 malam bertempat di Akademi Rawatan Islam Darul Ansar Pulau Gadong. Penyertaan pada kali ini disertai penuntut yang memiliki pelbagai displin ilmu termasuklah beberapa pengamal perubatan seperti Al Mu'allij Mustaqim Najib, Dr (H) Haris dan sebagainya.


Al Fadhil Ustaz Muhammad Rajab Akmal Al Idrisi ketika menyampaikan pengajiannya dalam modul pertama.











D'ANSAR CAWANGAN NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM










Bergambar beramai-ramai dengan penuntut perubatan Islam D'Ansar cawangan Johor yang bertempat di Kluang. Al Fadhil Ustaz Muhammad Rajab Al Idrisi mengajar di Johor setiap minggu hari sabtu jam 9 malam-10.30 malam (kecuali minggu ke-3)























Jawatankuasa penaja D'Ansar cawangan Johor bergambar bersama dengan Al Fadhil Syeikh.



















Al Fadhil Syeikh sedang memulakan muqaddimah pengajian perubatan Islam modul 1. Menceritakan hakikat kejadian jin itu sendiri.








Para penuntut D'Ansar sedang khusyuk mendengar penerangan dan penjelasan perubatan Islam daripada Al Fadhil Syeikh.
















Seramai 20 orang penuntut yang telah mendaftarkan diri untuk mengikuti pengajian perubatan Islam peringkat negeri Johor untuk kali ini.

Wednesday, January 12, 2011

MESYUARAT EKSEKUTIF

Majlis mesyuarat eksekutif atau lebih dikenali Majlis Syura yang dihadiri pegawai-pegawai eksekutif D'Ansar Malaysia iaitu Sohibul Fadhilah Syeikhuna Al Ustaz Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim Al Idrisi (Penasihat Eksekutif), Al Fadhil Ustaz Haliman bin Hj. Sidek Al Jawi (YDP D'Anasar Malaysia), Al Fadhil Tuan Hj. Abdul Halim @ Noordin bin Omar Al Kelantani (Timbalan YDP D'Ansar Malaysia), Tuan Hj. Sulaiman bin Omar (Pemangku Setiausaha Agung D'Ansar Malaysia), Al Mu'allij Rosle bin Kamarudin (Timbalan S/U Agung D'Ansar Malaysia), Al Fadhil Ustaz Azlan bin Khorma Al Kelantani, Al Mu'allij Muhammad Nur Faizal bin Jamaludin, dan Al Fadhilah Ustazah Norazura binti Ibrahim manakala Al Mu'allij Abdul Rahman bin Abdullah, Al Mu'allij Iwan Sumarna bin Muljana, Al Mu'allij Ahmad Nizam bin Zabry dan Puan Zakiah binti Hj. Hasan tidak dapat menghadiri menyuarat ini. Mesyuarat ini telah berlangsung di kediaman Tuan Hj. Sulaiman bin Omar Al Ahmadi di Taman Saujana Indah Bukit Katil pada 12 Januari 2011 hari Rabu, semalam.

Mesyuarat telah membincangkan beberapa perkara penting antaranya adalah persiapan mesyuarat agung tahunan yang akan berlangsung pada 23 Januari akan datang kerana terdapat pemilihan baru Majlis Syura D'Ansar Malaysia. Setelah selesai mesyuarat kira-kira pukul 11 malam, YBhg. Tuan Hj. Sulaiman bin Omar telah menjamu ahli majlis mesyuarat pada malam ini dengan Nasi Lemak Sambal Kerang dan air teh. Pihak Majlis Syura D'Ansar Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih di atas layanan yang diberikan.

CENDERAHATI KEPADA SYEIKH



Al Fadhil Tuan Hj. Abdul Halim bin Omar selaku Timbalan YDP Darul Ansar menyampaikan cenderahati berupa sebuah jam yang tertera Ayat Al Kursi kepada SF. Syeikhuna Al Ustaz Hj. Muhammad Rajab Akmal Al Idrisi selaku Penasihat Eksekutif yang mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Syura D'Ansar Malaysia di Akademi Rawatan Islam Darul Ansar Pulau Gadong pada hari Khamis minggu lepas. Al Fadhil Syeikh telah mengucapkan tahniah kepada penuntut D'Ansar yang telah menamatkan pengajian dan dikurniakan ijazah sanad Ruqyah sampai kepada Rasulullah SAW melalui sanad kitab 'Al Zawaid Al Musnad Imam Ahmad bin Hanbal RA'. Hampir 40 Penuntut Akademi Rawatan Islam Darul Ansar yang telah menamatkan pengajiannya di Pulau Gadong dan Seremban Jaya.

FADHILAT AZKAR DAN AURAD (Siri Pertama)


FADHILAT AZKAR DAN AURAD PILIHAN.

Oleh:
Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim Al Idrisi
Penasihat Eksekutif D’Ansar Malaysia.


بسم الله الرحمن الرحيم
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَصْحَابِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَنْصَارِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ذُرِّيَّةِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى مَنْ تَبِعَهُمْ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ، أَمَّا بَعْد

Setelah Baginda Rasulullah SAW mengistiharkan bahawa Baginda SAW seorang Nabi yang telah diutuskan Allah SWT sama seperti Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS, maka masyarakat jahiliyah Quraisy pada ketika itu mengingkari dan menafikan kerasulan Baginda SAW sedangkan pada sebelum itu, Baginda telah digelari oleh musyrikin Makkah dengan gelaran yang sangat mulia iaitu ‘Al Amin’ iaitu ‘Yang Sangat Amanah’.

Pada ketika itu, dihadiri sebahagian besar suku keluarga Baginda SAW termasuklah Abu Lahab bin ‘Abdul Muthalib iaitu bapa saudara Baginda SAW. Kerana dek perasaan marah terhadap pengistiharan tersebut Abu Lahab yang begitu tinggi amarahnya pada waktu itu lantas membalingkan batu kepada Baginda SAW. Sebenarnya bukanlah Abu Lahab tidak meyakini anak saudaranya sebagai Nabi akan tetapi beliau sangat cemburu dan iri hati mengapakah anak saudaranya itu yang bernama Muhammad dipilih sebagai Nabi Pilihan, kenapa tidak dia sendiri yang dipilih oleh Allah SWT sebagai Nabi Pilihan kerana pada waktu itu, dia merupakan salah seorang pemimpin Quraisy yang disegani dan dihormati masyarakat Makkah.

Lantas daripada perbuatan Abu Lahab yang keji itu terhadap Baginda Nabi SAW yang sangat mulia itu, maka Allah SWT menurunkan Wahyu yang mengeji dan menghina serta melaknat Abu Lahab dan juga ieterinya iaitu Ummu Jamil. Iaitu:


Setelah Wahyu itu turunkan dan tersebar luaslah penghinaan Allah SWT terhadap Abu Lahab dan Ummu Jamil sehingga sampai kepada pengetahuan mereka berdua, maka Ummu Jamil dalam keadaan marah mencari Baginda SAW sambil dalam keadaan menjerit-jerit seperti orang gila di khalyak orang ramai berhampiran dengan Ka’abah yang mulia, sambil berkata: “Si Muhammad itu telah mengutuk moyang kita dan agama kita serta suruhannya itu telah mengkhianati kita!” Sambil pada tangannya ada sebiji batu yang ingin dilontarkan kepada Baginda SAW yang mulia itu.

Pada ketika itu juga Baginda SAW sedang duduk dekat dengan Ka’abah yang mulia bersama dengan Sayyiduna Abu Bakar Al Siddiq RA. Apabila Sayyiduna Abu Bakar Al Siddiq RA melihat Ummu Jamil semakin hampir dengan mereka berdua, lalu Sayyiduna Abu Bakar RA bekata kepada Rasulullah SAW: “Wahai Nabi Allah, dia (Ummu Jamil) telah hampir ke sini, saya bimbang dia akan nampakmu wahai Rasulallah.” Maka Baginda Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya dia tidak akan dapat melihat aku.”

Kemudian Baginda SAW berdo’a dengan membaca sepotong ayat Al Quran seperti yang diwahyukan oleh Allah SWT dalam Surah Al Israa’ ayat 45 yang berbunyi:


Apabila si Ummu Jamil itu tiba dihadapan Sayyiduna Abu Bakar RA, dia langsung tidak dapat melihat Baginda Rasulullah SAW. Pada hal Baginda SAW yang sangat mulia itu berada bersebelahan dengan Sayyiduna Abu Bakar Al Siddiq RA pada waktu tersebut. Lalu Ummu Jamil berkata: “Wahai Abu Bakar, sesungguhnya aku telah dimaklumkan bahawa sahabatmu itu (Nabi Muhammad SAW) telah mengucapkan syair yang buruk (Surah Al Lahab) mengenai aku.” Maka Sayyiduna Abu Bakar RA menjawab: “Tidak, demi Tuhan Ka’abah, beliau tidak berbuat demikian kepada engkau.” Lalu Ummu Jamil dengan bercekak pinggang lalu bertawaf (mengelilingi) Ka’abah sambil berkata: “Sumpahan akan terkenan pada orang yang berkata buruk.” Dia berkata-kata sedemikian seperti orang gila dan sewel menyebabkan kaum Quraisy terpinga-pinga dengan sikap Ummu Jamil.

Do’a diatas telah pun kami riwayatkan daripada guru kami yang mulia iaitu Maulana Sayyid Al Syarif Muhammad bin Idris Al Idrisi Al Hasani RA daripada ayahandanya Al Imam Sayyid Idris Al Idrisi Al Hasani RA daripada ayahandanya Sayyid Muhammad Al Syarif Al Idrisi Al Hasani RA daripada ayahandanya Sayyid ‘Abdul Aal Al Idrisi Al Hasani RA daripada ayahandanya Sayyid Ahmad bin Idris Al Hasani Al Maghribi Al Fasi RA daripada Baginda Rasulullah SAW. Do’a ini telah termaktub didalam kitab ‘Al Ahzab’ yang telah dihimpunkan oleh Sayyid Muhammad bin ‘Ali Al Sanusi Al Hasani RA yang dinamakan sebagai ‘Al Husun Al Mani’ah Al Nabawiyah’.

Maka sangatlah digalakkan membacanya setiap hari selepas solat isyak atau seminggu sekali pada selepas solat Jumaat. Hal ini juga telah diwasiatkan kepada saya oleh Maulana Sayyid Ahmad bin Idris Al Idrisi Al Hasani RA, Sayyid Majdi bin Ma’mun Al Idrisi Al Hasani, Sayyid Musthafa bin Idris Al Idrisi Al Hasani, Sayyid Idris bin Musthafa Al Idrisi Al Hasani dan guru saya yang lain-lain. Maka amalkanlah agar kita memperoleh kelebihan dan manfaatnya seperti yang telah diamalkan oleh Baginda SAW, Sayyid Ahmad bin Idris Al Hasani dan sebagainya.

Bahkan dalam kaedah perubatan sendiri, khasnya ketika ‘memagar rumah’ saya tidak pernah meninggalkan bacaan ini bagi tujuan untuk membentengi dan melindungi kediaman tersebut dan penghuni daripada gangguan jin, syaitan, sihir, kecurian, perbuatan zalim, khianat orang dan sebagainya sebagai langkah ikhtiar dan tawakkal kepada Allah SWT. Kemudian membaca Surah Al Hadid ayat 25 pada batang besi atau tahi besi atau paku dan dipasakkan pada empat penjuru kawasan rumah kediaman tersebut iaitu:


Nasihatkan juga penghuni kediaman tersebut agar selalu melazimi membaca Al Quran dan memperbanyakkan zikrullah.

Monday, January 10, 2011

SUMBANGAN ARTIKEL DIALU-ALUKAN.



Assalamulaikum WBT..

Kepada ikhwan yang berminat menyumbang artikel dalam laman blog D’Ansar ini bolehlah diemailkan kepada darulansar_blog@yahoo.com atau darulansar@yahoo.com

Sekian, terima kasih.

USAHA DAN REZEKI Oleh: Tuan Hj. Abd Nasir bin Hj. Yusoff






Usaha dan Rezeki
Oleh:
TUAN HJ. ABD. NASIR BIN HJ. YUSOFF



Tentu sekali kita pernah menyaksikan orang yang gigih berusaha mendapatkan rezeki yang ia inginkan, namun rezeki itu tidak kunjung datang. Kita juga banyak melihat orang yang tidak berusaha dengan sekuat tenaga untuk mendapatkan rezeki, namun rezeki itu datang kepadanya tanpa disangka-sangka. Allah s.w.t telah menceritakan kepada kita, tentang kejadian Nabi Musa a.s. dengan seorang hamba yang saleh dan diberi ilmu pengetahuan oleh Allah Swt. sebagaimana Firman-Nya:


"Adapun dinding rumah itu adalah kepunyaan dua orang anak muda yang yatim di kota itu, dan di bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedangkan ayahnya seorang yang shaleh, maka Tuhanmu menghendaki agar mereka sampai kepada kedewasaannya, dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat dari Tuhanmu, dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemauanku sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya."(QS. Al-Kahfi: 82).

Kisah dari al-Quran tersebut, maupun kisah-kisah lainnya, memberi penjelasan, bahwa usaha itu bukanlah penyebab datangnya rezeki. Namun kita katakan, bahwa usaha itu merupakan keadaan dan hiasan serta pembungkus yang dapat memberikan nilai tersendiri terhadap rezeki. Jadi rezeki merupakan cakupan keagungan Allah s.w.t yang di dalamnya terdapat hikmah, walaupun kita belum memahaminya. Jadi kita lihat rezeki itu tidak datang dengan adanya usaha kita, dan dia juga tidak hilang dengan penolakan kita.


al-Ghazali pernah berkata: "Barangsiapa yang memperhatikan perjalanan sunnatullah, maka dia akan mengetahui bahwa rezeki itu datang bukanlah disebabkan oleh adanya usaha.

Tanggungjawab terhadap pekerjaan, merupakan keharusan bagi setiap manusia. Namun yang perlu diingat ialah Allah s.w.t mempunyai hak untuk mengatur rezeki bagi setiap manusia. Faktor yang inilah yang menjadi penentu jika dibandingkan dengan usaha yang direalisasikan oleh manusia. Sebagaimana Firman Allah s.w.t:

"Dan di langit terdapat (sebab-sebab) rezekimu (rezeki yang ada di langit seperti turunnya hujan yang dapat menyuburkan tanaman-tanaman yang menjadi sebab rezekimu dan sebagainya) dan terdapat (pula) ada yang dijanjikan kepadamu (ialah takdir Allah terhadap tiap-tiap manusia yang telah ditulis di Lauhul Mahfudz). Maka demi Tuhan langit dan bumi, sesungguhnya yang dijanjikan itu adalah benar-benar (akan terjadi) seperti perkataan yang kamu ucapkan." (QS. Adz-Dzâriyat: 22-23).

Ada ulama berkata: "Sebenarnya, ketentuan rezekimu tidak mewajibkan kamu untuk bekerja sampai melupakan urusan akhiratmu. Sebab kamu tidak akan mendapatkan masalah duniawi, kecuali sesuai dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t"

Hubungan antara rezeki yang telah ditakdirkan dan usaha manusia.

Rezeki terdiri dari dua jenis. Pertama ialah rezeki yang ditentukan (thalib), tanpa syarat, pasti datang kepada kita dan sentiasa mengejar kita walaupun kita lari darinya. Ia tidak akan terlepas dari kita, umpama kematian yang sentiasa mengekori manusia. Rezeki sedemikian adalah ketentuan Ilahi yang tidak mengalami perubahan dan penggantian di dalamnya, sesuai dengan sabda Rasulullah s.a.w. “tiada seorang pun yang meninggal dunia hingga rezekinya sempurna ia dapatkan.” Contoh rezeki ini ialah umur, jodoh, keluarga dan sebagainya.

Kedua ialah rezeki yang kita kena cari (matlub), iaitu rezeki yang memerlukan usaha pencarinya atau dengan kata lain ianya rezeki bersyarat. Apabila kita mencari dan memenuhi segala syarat yang diperlukan, maka rezeki tersebut pasti akan kita perolehi. Saidina Ali a.s. berkata, “carilah rezeki yang telah terjamin dan melimpah yang (hanya) disediakan bagi yang mencarinya.”

Usaha kita untuk sampai pada rezeki tersebut adalah termasuk “juz al-‘illah” (sebahagian dari sebab). Rezeki ini memerlukan kita berusaha dan bekerja sehingga pintu rezeki matlub terbuka. Untuk menerima rezeki matlub, seseorang perlu bekerja di samping berdoa kerana berdoa ialah sebahagian dari usaha. Rezeki ini juga tidak berubah, bertambah atau berkurang dengan sendiri kerana ianya bergantung pada bagaimana pekerjaan rezeki yang dicari itu dipersiapkan.

Seseorang bertanya kepada Rasulullah saw bahwa ia ingin rezekinya bertambah luas, Rasulullah saw bersabda: “Hendaklah engkau senantiasa dalam keadaan suci (thaharah) supaya rezekimu semakin bertambah.” Saidina Ali RA pula berkata, “orang yang niatnya baik maka rezekinya akan bertambah banyak.”

Secara umumnya, terdapat kesesuaian antara persiapan untuk memperoleh rezeki dan ukuran kemampuan makhluk yang menerima rezeki itu. Contoh rezeki ini ialah pendapatan, harta benda, ilmu pengetahuan dan sebagainya.


Kesimpulan

Jenis rezeki pertama ialah rezeki yang pasti datang kepada kita tanpa usaha dan iktiar, malah ianya juga datang walaupun kita menolak atau melarikan diri sekalipun. Ianya tidak boleh berubah kecuali dengan kehendak yang Maha Berkuasa.

Jenis rezeki kedua ialah rezeki yang tersedia menunggu kita untuk dicapai, bergantung kepada usaha gigih yang bertepatan dengan kaedah yang digunakan. Faktor sekeliling juga diambilkira. Penerimaan rezeki ini perlu didokong dengan doa dan tawakkal kita kepada yang Maha Memberi Rezeki.

Allah jua yang menentukan rezeki kita tanpa sebarang syarat sesuai dengan firmannya, "...Kami akan memberi rezeki kepadamu dan kepada mereka." (QS. Al-An'âm :151).

SETAHUN BERSAMA DARUL ANSAR OLEH TUAN HJ. ABD. NASIR BIN HJ YUSOFF



SETAHUN BERSAMA DARUL ANSAR
Oleh:
Al Mu'allij Tuan Hj. Abd. Nasir bin Hj. Yusoff.



Pada malam Isnin, 9 Jan 2011 yang lepas, majlis perasmian Kursus Perubatan Islam Ke-3 yang dikendalikan oleh Akademi Rawatan Islam Darul Ansar, di Pulau Gadong, Melaka telah diadakan. Secara resmi juga, saya dari pengambilan ke-2 yang tamat kursus pada bulan Disember 2010, telah menjadi “murid senior” dengan kedatangan pelajar-pelajar baru itu. Saya gunakan perkataan murid kerana masih banyak lagi yang perlu saya belajar dan amalkan dan masih terasa segan untuk dikenali sebagai muallij, walaupun diploma sudah ada di tangan. Yang pasti objektif saya memasuki Akademi ini tercapai iaitu pertama menjalinkan silaturrahim dengan ikhwan yang lain, kedua mempelajari ilmu agama yang selama ini banyak saya abaikan dan ketiga dapat mengamalkan zikir-zikir yang dipelajari terutamanya selepas solat fardhu. Dan yang paling utama sekali ialah dapat merasai nikmat hidup beragama.


Sama sekali saya tidak menyalahkan ibu bapa, kerana tidak memasukan saya ke sekolah agama dahulu dan saya juga tidak menyalahkan diri sendiri kerana memilih pendidikan sekular dan kerjaya yang tidak memakai gelaran ustaz. Malah saya sangat bersyukur kerana apa yang saya harungi membuatkan saya lebih bersemangat untuk menebus kembali apa yang terlepas sebelum ini, seolah-olah diri ini muda kembali, (muda dari sudut rohani) walaupun badan sudah hampir menjejaki umur pencen.


Keputusan yang saya ambil untuk belajar dengan Darul Ansar yang dipimpin oleh SF. Syeikhuna Al Ustaz Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim Al Idrisi merupakan langkah yang terbaik pernah saya ambil dan kesyukuran yang amat sangat saya hulurkan kepada Tuhan yang mencipta dan mentadbir diri ini. Saya juga amat berterima kasih kepada Al Ustaz kerana mengajar dan membimbing saya dan kawan-kawan yang lain mengenal pelbagai kaedah ilmu perubatan berteraskan syariat Islam.


Walaupun saya agak kekok bersalaman kaedah Islam iaitu dengan memeluk dua kali kiri dan kanan, tapi hormat saya kepada Al Ustaz tidak sekali-kali tercalar. Justeru saya rasa sedih apabila isu anugerah pelajar cemerlang diambil secara serius hingga menjejaskan hubungan yang sebelum ini erat dibina. Namun, saya yakin berdasarkan pengalaman sebelum ini, Al Ustaz memang pemaaf orangnya. Saya doakan semoga kejernihan yang dibina akan kembali menyinar demi memartabatkan lagi Darul Ansar di persada dunia perubatan Islam.


Akhir sekali pesanan buat diri saya sendiri dan juga ikhwan yang lain, khususnya dari intake ke-2, perkukuhkan lagi jiwa kita dengan lebih banyak berzikir dan majlis zikir setiap malam Jumaat di Darul Ansar Pulau Gadong, seberapa daya hendaklah kita hadir kerana di situlah timbulnya semangat keikhwanan antara kita. Ampun maaf jika emosi ikhwan terganggu.

Nasir Yusoff

KEMBARA SEORANG MUALLIJ (Bahagian 2)


KEMBARA SEORANG MU’ALLIJ(2)
Sufi al-Mandili
TUAN HJ. MOHD ZAZMIE BIN MOHD ZAIN AL MANDILI


Sabtu lalu berkesempatan hadir pada permulaan kelas perubatan cawangan Kluang, Johor. Tempatnya di premis milik Tuan Haji Yassin yang terletak di Taman Seri Menanti.

Alhamdulillah hampir dua puluh peserta baharu menyertai pengambilan sulung di cawangan Kluang ini. Saya percaya mereka yang hadir ini datang dari pelbagai latar belakang dan disiplin kerjaya. Mereka hadir demi memperoleh dan mendalami ilmu perubatan berlandaskan penggunaan ayat-ayat suci Al Quran serta doa-doa muktabar yang telah diamalkan sejak berzaman.

Malam itu Sohibul Fadhilah Ustaz Rajab telah memulakan pengajian Modul 1. Antara yang disentuh ialah berkenaan kewajipan untuk beriman dengan perkara ghaib serta mengenali apa yang dikatakan makhluk jin itu.

Saya perhatikan ikhwan yang menelaah kitab begitu berminat dengan biji butir yang diluahkan oleh ustaz. Malah sessi soal jawab di hujung pengajian juga turut mendapat respon yang baik. Satu permulaan yang positif getus hati saya.

Sejenak terbayang kembali situasi yang saya sendiri alami setahun lalu apabila menyertai kuliah sulung. Betapa pantas masa berlalu. Seperti semalam ianya berlaku. Namun saya mengukir senyuman sendiri, jika tidak direbut peluang untuk belajar dahulu, entah bila lagi berkesempatan untuk memenuhinya. Membunga nikmat pengorbanan.

Berkorban waktu, berkorban wang ringgit dan berkorban untuk kehilangan sedikit masa lapang buat merai anak isteri. Saya percaya ramai lagi yang terpaksa berkorban lebih daripada itu. Apalah sangat dengan situasi yang saya terpaksa hadapi. Namun segalanya terbayar setelah berjaya menamatkan pengajian. Semoga mendapat redha Ilahi dan ilmu yang diberkati.

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN DARUL ANSAR 2011




Sunday, January 9, 2011

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERSATUAN PERUBATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA BAGI SESI 2011

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN 2011

Kepada:

Ahli-ahli Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia.


Sukacitanya dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia bagi sesi 2011 akan dijalankan seperti berikut:

Tempat: DEWAN DARUL ANSAR PULAU GADONG, MELAKA.
Tarikh: 23 JANUARI 2010
Waktu: 10 PAGI
Perasmi: Tuan Musyriful ‘Am Darul Ansar Malaysia.


ATURCAYA MAJLIS MAT DARUL ANSAR KE-3.

1) Jam 10 Pagi: Pendaftaran dan sarapan pagi.
2) Jam 10.30 pagi: Majlis Ucapan;

- Ucapan Aluan YDP Darul Ansar Malaysia; Al Fadhil Ustaz Haliman bin Hj. Sidek
- Ucapan Perasmian oleh Musyriful ‘Am Darul Ansar Malaysia; SF. Syeikh Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim Al Idrisi.

3) Jam 11 Pagi: Mesyuarat Agung Tahunan Ke-3 dijalankan:

- Menerima dan mengesahkan Laporan Mesyuarat Agung yang lepas tahun 2010.
- Menerima dan mengesahkan Laporan Majlis Syura sepanjang tahun 2010 (sekiranya ada).
- Menerima dan mengesahkan Laporan Bendahari & Penyata Kewangan bagi tahun 2010.
- Membubarkan Ahli-ahli Majlis Syura bagi sesi 2009/2011.
- Melantik Pengerusi Sementara.
- Memilih Ahli-ahli Majlis Syura bagi sesi 2011/2013
- Membahaskan usul-usul (jika ada)
- Ucapan penangguhan oleh YDP baru Darul Ansar Malaysia.
- Mesyuarat ditangguhkan.

Friday, January 7, 2011

KEMBARA SEORANG MU'ALLIJ (Bhgian 1)

KEMBARA SEORANG MUALLIJ(1)
Oleh : Sufi al-Mandili
TUAN HAJI MOHD ZAZMI BIN MOHD ZAIN.

Perjalanan sebagai seorang muallij atau perawat menggunakan kaedah rawatan Islam menjadi pengalaman baharu bagi penulis. Diijazahkan sebagai muallij pada Disember 2010, setelah setahun berguru dengan Sohibul Fadhilah Sheikh Haji Muhammad Rajab Akmal Halim al Idrisi, menjadikan detik-detik mendatang penuh dengan rasa tanggungjawab terhadap kemaslahatan dan kesejahteraan ummah baik dari segi jasmani, rohani dan lebih-lebih lagi tauhid terhadap Allah SWT.

Minat penulis mendekati kaedah rawatan menurut Islam berputik apabila sempat menadah beberapa kitab kuning berkaitan penyakit dan penawar daripada Ustaz Zakaria Awang al Ahmadi di Pondok Dinniah Ahmadiyyah, Batu 9, Cheras, Selangor sekitar 2004.

Selain itu penulis juga berkesempatan menyertai kursus yang dikendalikan oleh Ustaz Sharhan Shafie At Tobibi. Mulai saat itu penulis diperkenalkan dengan lebih jelas lagi tentang asal usul makhluk jin serta angkara perbuatan jin seperti sihir, saka, histeria dan sebagainya terhadap manusia.

Sehinggalah kesempatan menalaah kitab di bawah bimbingan Ustaz Rajab secara konsisten, sedikit demi sedikit pengetahuan serta pengalaman penulis kian bertambah.

Apapun perjalanan penulis masih terlalu jauh dalam usaha menyelami lebih banyak ilmu berkaitan penyakit gangguan jin dan syaitan serta kaedah menangkis dan mencari penawarnya.

Umum mengetahui bahawa dalam situasi dunia yang semakin ‘bergelora’ dengan pelbagai dugaan dan cabaran ini, fenomena mempercayai rawatan berlandaskan perbomohan juga turut bercambah.

Apa yang membimbangkan ialah apabila ada sebilangan daripadanya dikaitkan dengan pemujaan dan sebagainya yang boleh merosakkan akidah sehingga mengakibatkan syirik terhadap Allah SWT. Na’uzubillah.

Moga usaha penulis yang sekelumit ini setidak-tidaknya dapat menjadi pendorong dan memberi kesedaran mahupun keinsafan bagi insan lain agar tidak terjebak dan terpengaruh sehingga mendekati lantas mengamalkan perkara yang dimurkai Allah SWT,




..ends/

BENARKAH SAFAR BULAN BALA?

BENARKAH SAFAR BULAN BALA?
Ditulis Oleh:
Sohibul Fadhilah Syeikhuna
Haji Muhammad Rajab Akmal bin Haji Abdul Halim al Idrisi
Penasihat Eksekutif Darul Ansar Malaysia


Assalamualaikum WBT..

Bulan Muharram telah pun meninggalkan kita, ini bermakna kita telah mengecapi sebulan nikmat tahun baru Hijriyah. Kini telah menjelma bulan Safar, yang dikatakan oleh para Juhala’ sebagai ‘bulan sial’ atau ‘bulan bala’. Tanggapan negatif masyarakat melayu dan sewaktu dengannya terhadap bulan Safar ini perlulah dikikis dan dibuang jauh didalam pemikiran masyarakat. Tidak ada istilah bulan bala dalam Islam. Iainya merupakan mitos, khurafat dan bid’ah yang perlu diperbetulkan.

Saya cuba mendapatkan kepastian daripada al ‘Alim al ‘Allamah al Imam al Musnid al Muhaddith Maulana Sayyid Muhammad al Syarif bin Idris al Idrisi al Hasani dalam masalah ini, yang kebetulan guru kita ini merupakan INTERNATIONAL ADVISER OF DARUL ANSAR MALAYSIA (Penaung Antarabangsa Darul Ansar Malaysia). Beliau menyatakan: “Tidak ada sekali-kali bulan bala dalam Islam, kerana bala (musibah) itu turun tidak mengikut bulan, ianya datang atas perintah Allah SWT kepada hamba-Nya yang taat sebagai ujian untuk menaikkan maqam menjadi golongan yang Muqarrabin, bala juga sebagai penghapus dosa kepada Allah SWT bagi hamba-Nya yang melakukan dosa maksiat, dan bala juga merupakan pemusnah dan kemurkaan Allah SWT kepada hamba-Nya yang ingkar dan maksiat kepada-Nya kerana tidak mahu bertaubat. Maka atas demikian Allah SWT memberikan bala kepada setiap manusia, sama ada bala itu bersifat, kesusahan, kepayahan, kesenangan, kekayaan atau kemuskinan. Akan tetapi semua itu ada hikmat yang tersirat.” Beliau menambah katanya dalam perbualan telefon dengan menyebut: “Walau bagaimanapun, terdapat zikir dan do’a untuk menolak bala yang diajar oleh Baginda Nabi SAW seperti ‘ALLAHUMMA HAWALAINA WALA ‘ALAINA’ iaitu sebuah do’a untuk menolak kemudharatan hujan (mungkin yang akan menyebabkan banjir, penyakit dan sebagainya). Seperti yang telah saya katakan kepada kamu (penulis) bahawa ‘al Husun al Mani’ah al Nabawiyah’ sangat ampuh untuk menolak bala, penyakit dan sebagainya.” Kata guru kita ini ketika mengakhiri perbualan dengan saya kelmarin.

Saya cuba bawakan kepada saudara/saudari sekalian tentang kisah Baginda Nabi SAW telah diracun oleh seorang wanita yahudi Khaibar setelah Yahudi Laknatullah itu tewas dan kalah teruk dalam peperangan dengan Kaum Muslimin di Kota Khaibar. Seorang wanita yang berdendam atas kekalahan tersebut telah bertanya kepada Ummul Mukminin ‘Aisyah tentang makanan yang disukai oleh Baginda Nabi SAW, maka Ummul Mukminin Sayyidatuna ‘Aisyah RA mengatakan: “Bahawa Baginda Nabi SAW sangat suka makan kambing.” Maka wanita itu bertanya lagi: “Bahagian mana yang disukainya?” Maka ummul Mukminin menjawab: “Bahagian peha.” Maka si wanita yahudi telah telah memanggang peha kambing dan dibubuh pada peha kambing itu akan racun. Kemudian makanan itu dipersembahkan kepada Baginda SAW, maka Baginda SAW menjamah daging kambing tersebut, tiba-tiba daging kambing itu berkata-kata kepada Baginda SAW: “Wahai Rasulullah SAW, saya telah dibubuh racun.” Lantas Baginda SAW memuntahkan daging tersebut akan sedikit racun telah sampai ke jantung Baginda SAW, kemudian Baginda SAW jatuh gering pada bulan Safar dan wafat pada Bulan Rabi'ul Awwal.

Adakah atas sebab itu sahaja kita mengatakan bulan Safar sebagai bulan bala? Kalau itulah jawapannya, maka tidak tepat sama sekali. Kita lihat pada waktu nenek moyang kita yang percaya akan ‘bulan bala’ ini berduyun-duyun untuk mandi membuang sial atau bala di pantai. Ini adalah kepercayaan karut yang diwarisi masyarakat kita dari turun temurun walaupun tidak lagi disebut sebagai ‘mandi safar’ tetapi kini di‘tranformasi’kan kepada ‘Pesta Laut’ atau ‘Pesta Air’ dan sebagainya. Di Bengkalis, Indonesia masih ada lagi upacara kekarutan ini dijalankan. Ini adalah punca daripada masyarakat itu sendiri yang tidak mahu mendalami ilmu agama mengikut acuan yang dikehendaki Allah SWT. Maka para ulama perlulah bersatu untuk menyatupadukan ummat ini, tidak kiralah apa jenis bangsa, suku kaum, warna kulit, tutur bahasa dan kata perlulah bersatu dibawah panji ‘LAA ILAAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH’

Sekian, wassalamualaikum WBT.

Salam hormat dari saya;
Muhammad Rajab Akmal bin Haji Abdul Halim al-Idrisi
Penasihat Eksekutif Darul Ansar Malaysia.

Wednesday, January 5, 2011

PENGAJIAN AL QURAN DI PULAU GADONG

Assalamualaikum WBT..

PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR.
Kelas pengajian al Quran, Tahfiz, KAFA kini dibuka bagi kanak-kanak berumur 5 tahun hingga 14 tahun.
Setiap hari Isnin-Jumaat
2.45 petang-5.30 petang

KELAS PENGAJIAN AL Quran untuk dewasa wanita sahaja.
Pada hari Rabu dan Khamis
10 pagi-11.30 pagi.

Kelas pengajian al Quran untuk dewasa lelaki.
Pada hari Selasa dan Rabu
9.15 malam-10.45 malam.

Sila hubungi 013-6111706 / 012-6417300.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum WBT..

Tuesday, January 4, 2011

BUKU MENANGANI GANGGUAN JIN SYAITAN, SAKA & SIHIR DENGAN KAEDAH ISLAM


Assalamualaikum WBT..

Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli buku ‘Menangani Gangguan Jin Syaitan, Saka & Sihir Dengan Kaedah Islam’ berharga RM 10.00 sahaja karangan SF. Syeikhuna al Ustaz Hj. Muhammad Rajab Akmal al Idrisi, boleh dapatkan di kedai KOOP Darul Ansar Pulau Gadong, D’Ansar Negeri Sembilan, D’Ansar Johor, atau pada mana-mana ahli D’Ansar. Pihak D’Ansar telah menerbitkan lebih 10 karya al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab yang menjadi rujukan ikhwan D’Ansar serta kaum Muslimin antaranya ‘Terjemahan Risalah al Asas Sayyid Ahmad bin Idris al Hasani’, ’40 Hadith Pilihan Riwayat al Imam Muhammad bin Ismail al Bukhari Dengan Sanad al Imam Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani’, ‘Tariqah al Muhammadiyah al Idrisiyah al Syazuliyah’, ‘Hakikat Jin Dan Sihir Serta Perubatannya Menurut Syariat’, ‘Amalan Harian Pesakit’, ‘Risalah al Aurad al Qusyasyiyah’, ‘Al Aurad Al Idrisiyah’ dan sebagainya. Sila hubungi 013-6111706.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum WBT..


BUKU AMALAN IKHWAN D'ANSAR


Assalamualaikum WBT..

Kepada ahli-ahli D’ansar. Buku lengkap amalan harian bagi ikhwan D’ANSAR telah dikeluarkan. Boleh datang beli di Pejabat Urusan D’ansar Pulau Gadong. Harga hanya RM5.00 sahaja. Sila hubungi 013-6111706.

Sekian. Terima kasih.

Assalamualaikum WBT..


Assalamualaikum WBT..

Kepada ahli-ahli D’ansar yang berminat menyumbang segala bentuk artikel yang bermanfaat untuk dimuatkan dalam laman D’ANSAR ini amat dialu-alukan. Sila sumbangkan maklumat anda dan gambar kepada email d’ansar iaitu: darulansar@yahoo.com.

Sekian. Terima kasih.

Assalamualaikum WBT..

SUASANA PENDAFTARAN KURSUS RAWATAN ISLAM




PERASMI MAJLIS KONVO

YB Datuk Hj Ab Rahaman bin Hj Ab Karim ADUN Pantai Kundor memberi ucapan bagi merasmikan MAJLIS KONVOKESYEN PENGIJAZAHAN DIPLOMA PERUBATAN ISLAM KALI KE-2 dan KURSUS RAWATAN ISLAM yang dianjurkan oleh Akademi Rawatan Islam Darul Ansar dan Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia di Dewan JAPERUN DUN Pantai Kundor pada 12 Disember 2010 hari Ahad.


TANGGA BATU: Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia (D’ANSAR) telah mengadakan Majlis Pengijazahan Diploma Pengajian Perubatan Islam kali kedua pada 12/12/2010 hari Ahad yang bertempat di Dewan JAPERUN DUN Pantai Kundor, Kg. Gelam, Melaka. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Datuk Hj. Ab Rahaman bin Hj. Ab Karim ADUN Pantai Kundor. Pada majlis tersebut yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Hj. Mohd Zazmi bin Mohd Zain, turut hadir bersama adalah al Fadhil Ustaz Hj. Johan bin Ibrahim selaku Imam 1 Masjid Kg. Gelam untuk membacakan doa pada majlis tersebut. Sebelum persamian tersebut, ucapan aluan disampaikan al Fadhil Ustaz Haliman bin Hj. Sidek al Jawi sekalu YDP D’ANSAR Malaysia. Di dalam majlis tersebut turut mengadakan kursus rawatan Islam yang disampaikan sepenuhnya oleh Sohibul Fadhilah Syeikhuna al Ustaz Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al Idrisi selaku Penasihat Eksekutif D’ANSAR. Seramai 150 orang peserta yang terlibat dalam kursus tersebut.

Disebelah petangnya Majlis Pengijazahan dijalankan, bacaan Ruqyah an-Nabawiyyah, Husun al Mani’ah an Nabawiyah telah diketuai oleh YBhg. Tuan Hj. Abd Nasir bin Yusoff. Manakala bacaan Ikrar dan bai’ah diketuai oleh YBhg. Tuan Hj. Sulaiman bin Omar dihadapan SF Syeikh Muhammad Rajab Akmal al Idrisi. Ijazah tersebut telah dianugerahkan sepenuhnya oleh SF Syeikh Muhammad Rajab Akmal al Idrisi. Seramai 40 pelajar yang diijazahkan Diploma Perubatan Islam. Anugerah pelajar cemerlang telah dianugerahkan kepada YBhg. Tuan Hj. Sulaiman bin Omar, manakala anugerah pelajar harapan dianugerahkan kepada Ybhg. Tuan Hj. Mohd Lizah bin Hashim dan Ybhg. Ustaz Mohd Khir. Manakala Sdr. Shahrizal bin Ya’acob dianugerah dengan anugerah khas daripada Penasihat Eksekutif dan Ijazah Kehormat Ruqyah Khas dianugerahkan kepada En. Ahmad Nizam bin Zabry (Pengerusi D’ANSAR Melaka), En. Mohd. Ridwan bin Abdullah dan En. Muhammad Nur Faizal bin Jamaludin (Mantan S/U Agung D’ANSAR). Ucapan wakil pelajar disampaikan oleh Ybhg Dr. Wan Hassan (Pengerusi D’ANSAR Negeri Sembilan) dan Ucapan Perasmian Penutup disampaikan oleh Tuan Penasihat Eksekutif. Majlis tersebut tamat kira-kira jam 5 petang.
al Fadhil Syeikhuna Ustaz Muhammad Rajab Akmal al Idrisi sedang memerhatikan persiapan terakhir majlis konvo darul ansar.


AL FATIHAH

Al Fatihah buat pemimpin al Usrah al Dandarawiyah Mesir juga syeikh Tariqat al Ahmadiyah al Dandarawiyah, al Amir al Fadhl bin al 'Abbas bin Muhammad al Sultan al Dandarawi yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari Jumaat lepas. Semoga Allah SWT menghimpunkan beliau dengan Baginda Rasulullah SAW di Syurga kelak.

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR