Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Tuesday, December 6, 2011

PELANCARAN THIBB AL-IDRISI AL-ANSARI & WAZHIFAH IKHWAN

Assalamu'alaikum WBT.

Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan yang mulia Sayyiduna wa Maulana Muhammad SAW, para sahabatnya, para isterinya, ahli keluarganya, mereka yang bersungguh-sungguh berpegang atas sunnahnya.

Buat guru-guru kami yang mulia Al Imam Sayyid Muhammad bin Idris Al Idrisi Al Hasani, Al Imam Sayyid Musthafa bin Idris Al Idrisi Al Hasani, Al Imam Sayyid Ahmad bin Idris Al Idrisi Al Hasani, Sayyid Ahmad Idris bin Musthafa Al Idrisi Al Hasani, Prof. Dr. Sayyid Abdul Wahhab Al Tazi bin Al Hasan Al Idrisi Al Hasani dan syeikh kami yang penuh berjasa Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al Idrisi serta seluruh Sadah Al Idrisiyah dan Sadah Al Ansariyah yang tidak dapat disebut dalam ruangan ini, doa kami semoga Allah SWT memelihara kalian, dimurahkan rezeki, berkekalan barakah, ditambahkan nur, dijadikan sebagai petunjuk dengan petunjuk Ilahi dan semoga dikuatkan Islam dengan dakwah kalian.

Insya Allah SWT, ingin dimaklumkan bahawa guru kita yang kasihi Penaung Darul Ansar Al Idrisiyah Antarabangsa iaitu Al Imam Sayyid Muhammad bin Idris Al Idrisi Al Hasani, telah memberikan suatu tugasan wazhifah kepada seluruh ikhwan iaitu:

1. Membaca Surah Al Waqi'ah, Surah Yaasiin dan Al Husun Al Mani'ah Al Nabawiyah riwayat Sayyid Muhammad bin 'Ali Al Sanusi Al Khattabi Al Hasani selepas Solat Subuh hingga waktu dhuha.
2. Membaca Al Ruqyah Al Nabawiyah riwayat Imam Ahmad bin Hanbal atau Imam Ibnu Majah selepas Solat Zohor hingga sebelum Asar.

3. Membaca Al Hizbu Al Bahr Imam Abu Al Hasan Al Syazuli Al Hasani dan Selawat Al Adarisah selepas Solat Asar hingga sebelum Maghrib.

4. Membaca Al Hafizhah Al Nabawiyah susunan Sayyid Ahmad bin Idris RA selepas Solat Maghrib hingga sebelum Isyak.

5. Membaca Al Husun Al Mani'ah Al Nabawiyah riwayat Sayyid Ibrahim Al Rasyid RA, Kanzus Sa'adah, Surah Al Sajadah dan Surah Al Mulk selepas Solat Isyak hingga sebelum tidur.

Dan Alhamdulillah, pada hari Konvokesyen Darul Ansar ke-3 yang akan berlangsung pada 17 & 18 Disember 2011 ini akan dilancarkan kitab pengubatan "Thibb Al Idrisi Al Ansari Suatu Kaedah Pengubatan & Rawatan Menurut Islam" yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Syeikh Abdul Halim Al Idrisi Al Ahmadi dan buku akan menjadi rujukan penuh bagi kuliah Diploma Pengubatan & Rawatan Islam Darul Ansar. Kitab ini diterbitkan oleh Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) dijual dengan harga RM 120.00 bagi ahli Darul Ansar dan 150.00 bagi yang bukan ahli Darul Ansar. Kitab ini mengandungi lebih 400 muka surat.

1 comment:

  1. Macam mana nak dapatkan buku berkenaan. Kami jauh di negeri sabah.

    nordinppdbeluran@gmail.com

    ReplyDelete

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR