Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Saturday, December 17, 2011

MAJLIS KONVOKESYEN DIPLOMA DARUL ANSAR KALI-3


MAJLIS KONVOKESYEN PENGIJAZAHAN

DIPLOMA PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

KALI KE -3


Tempat:

GUNUNG LAMBAK ECO RESORT, KLUANG,

JOHOR DARUL TAKZIM.


Tarikh:

17 & 18 DISEMBER 2011 bersamaan 21 & 22 MUHARRAM 1433


Perasmian Pembukaan Oleh:

AL-FADHIL USTAZ HALIMAN BIN HJ. SIDEK AL-JAWI AL-ANSARI

Yang Dipertua

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN


Perasmian Pelancaran Kitab ‘THIBB AL-IDRISI AL-ANSARI’ Oleh:

YAA. TUAN AHMAD KAMAR BIN JAMALUDIN

Ketua Hakim Mahkamah Negeri Sembilan


Penyampaian Ijazah & Perasmian Penutupan Oleh:

SF. SYEIKH MUHAMMAD RAJAB AKMAL BIN ABDUL HALIM AL-IDRISI

Al-Musyrif Al-‘Am

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

Tuesday, December 6, 2011

KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR SIRI 8


Assalamu’alaikum WBT


Tuan-tuan / puan-puan dipelawa untuk menyertai:


KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR SIRI-8

"Bekam Sunnah Dan Kaifiyyat Pengubatannya


Pensyarah:

USTAZ HJ. MUHAMMAD RAJAB AKMAL BIN HJ. ABDUL HALIM AL-IDRISI


Pembantu Pensyarah:

AL-MU’ALLIJ MOHD JAIS (Lelaki)

AL-MU’ALLIJ MEJAR (B) JAMALUDIN ABU (Lelaki)

PUAN NORAZURA IBRAHIM (Perempuan)

PUAN NORA BINTI BEDU (Perempuan)


TEMPAT:

Akademi Rawatan Islam Darul Ansar

(AKRAWI DARUL ANSAR)

No. 16, Jalan BP1, Taman Bertam Perdana,

75200, Pulau Gadong, Melaka.


TARIKH:

11 Disember 2011 (Hari Ahad)


PENDAFTARAN:

8.30 pagi – 9.00 pagi


YURAN:

RM 60.00 Sahaja

(Buku + Sijil Penyertaan + Sijil Ijazah Sanad Al Hijamah + Makan + Minum)

{Sarapan & Tengahari}

TIDAK TERMASUK PERALATAN SET BERBEKAM.


Penyertaan adalah terhad hanya kepada 30 orang peserta terawal sahaja. Bagi peserta yang sudah memiliki peralatan set berbekam sila bawa sekali pada hari kursus tersebut. Bagi mereka yang tiada boleh membuat tempahan awal. Bagi mereka yang berminat sila hubungi urusetia dengan segera:


1.PUAN NORAZURA BINTI IBRAHIM: 013-6111706

2.EN. MUHAMMAD BIN MELI: 017-8014037

IJAZAH SANAD SELAWAT AL-IBRAHIMIYAH

IJAZAH SANAD SALAWAT AL-IBRAHIMIYAH


Alhamdulillah, segala pujian yang hanya mutlak bagi Allah SWT, selawat dan salam buat Junjungan Besar Nabi SAW, para ahli keluarganya, para isterinya, para sahabatnya dan mereka yang mengikuti jejak langkah dengan berpegang teguh kepada Sunnah Baginda SAW hingga hari kiamat kelak.


Dan Alhamdulillah, dibawah ini merupakan Salawat Al-Ibrahimiyah yang diijazahkan oleh Al Musyriful ‘Am Darul Ansar; Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al Idrisi kepada semua pengunjung laman Darul Ansar (Blog atau FB) dengan Ijazah Al 'Ammah daripada Maulana Sayyid Muhammad bin Idris Al Idrisi daripada Maulana Sayyid Idris Al Idrisi daripada Maulana Sayyid Muhammad Al Syarif Al Idrisi daripada Al Mufti Sayyid Muhammad bin Abdul Rahman Al Ahdal Al Husaini daripada Al Imam Sayyid Ahmad bin Idris Al Hasani daripada Al Mu’ammar Sayyid ‘Abdul Wahhab Al Tazi Al Hasani daripada Syeikh Abu Ishaq daripada Syeikh ‘Abdullah bin Sa’id Al Lahuri daripada Sayyid Qutbuddin bin ‘Ala’uddin Al Nahrawani daripada Syeikh Abu Al Fath Al Thusi daripada Al Mu’ammar Sayyid Yusuf Al Harawi daripada Sayyid Muhammad bin Syaz Bakhat Al Raihani daripada Al Mu’ammar Sayyid Yahya Al Khitlani daripada Sayyid Al ‘Azizi dan Sayyid Muhammad bin Yusuf Al Fabrari, kedua-duanya daripada Amir Al Mukminin Fil Hadith Al Imam Muhammad bin Isma’il Al Bukhari daripada ‘Abdullah bin Salamah daripada Malik daripada ‘Abdullah bin Abu Bakar daripada ayahandanya Abu Bakar daripada ‘Amru bin Sulaim Al Zirqi daripada Abu Sa’id Al Sa’idi daripada Baginda Rasulallah SAW. Selawatnya berbunyi:



Pelancaran Kitab Thibb Al-Idrisi Al-Ansari pada 17 Dis. 2011

Assalamu'alaikum WBT.


Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah SWT, selawat dan salam buat junjungan yang mulia Sayyiduna wa Maulana Muhammad SAW, para sahabatnya, para isterinya, ahli keluarganya dan mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW dengan bersungguh-sungguh hingga hari kiamat kelak.



Dan Alhamdulillah, pada hari Konvokesyen Darul Ansar ke-3 yang akan berlangsung pada 17 & 18 Disember 2011 ini akan dilancarkan kitab pengubatan "Thibb Al Idrisi Al Ansari Suatu Kaedah Pengubatan & Rawatan Menurut Islam" yang dikarang oleh Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Syeikh Abdul Halim Al Idrisi Al Ahmadi dan buku akan menjadi rujukan penuh bagi kuliah Diploma Pengubatan & Rawatan Islam Darul Ansar. Kitab ini diterbitkan oleh Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) dijual dengan harga RM 120.00 bagi ahli Darul Ansar dan 150.00 bagi yang bukan ahli Darul Ansar mengandungi 8 Modul Wajib. Kitab ini mengandungi lebih 400 muka surat.

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR