Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Friday, November 25, 2011

AMALAN BULAN MUHARRAM & SELAMAT MENYAMBUT 1433 HIJRIYAH

Amalan Awal Muharram dan sepanjang bulannya. Ini merupakan sebuah amalan khusus dalam bulan Muharram yang diijazahkan oleh SF. Syeikh Muhammad Rajab Akmal Al Idrisi daripada Al Arif Billah Maulana Sayyid muhammad bin Idris Al Idrisi Al Hasani RA. Beliau mengajar sebuah kaedah doa dan zikir untuk menolak bala dan beliau pernah menyatakan: “Sesungguhnya kalimah zikir ini tersangat ampuh dan mujarab untuk menolak segala bahaya dan musibah serta kaifiyyatnya adalah membacanya selepas Solat Subuh dimulakan dengan membaca Surah Al Fatihah sebanyak 16 kali, kemudian membaca Surah Al Quraisy sebanyak 27 kali dan membaca zikir-zikir dibawah ini, mudah-mudahan Allah SWT memelihra daripada bahaya malapetaka”.

Tuesday, November 15, 2011

KURSUS PENGUBATAN ISLAM SIRI-7 Tajuk: "Kelebihan Zikir-Zikir Sebagai Suatu Benteng Yang Ampuh"

Assalamu’alaikum WBT

KURSUS PENGUBATAN ISLAM SIRI-7
"Kelebihan Zikir-Zikir Sebagai Suatu Benteng Yang Ampuh"

Disyarahkan oleh:
AL FADHIL USTAZ MUHAMMAD RAJAB AKMAL AL-IDRISI
Syeikh Tariqat Al-Muhammadiyah Al-Idrisiyah Al-Ahmadiyah

TEMPAT:
Akademi Rawatan Islam Darul Ansar
AKRAWI DARUL ANSAR PULAU GADONG,
No. 16, Jalan BP 1, Taman Bertam Perdana,
75200, Pulau Gadong, Melaka.

TARIKH & MASA:
4 Disember 2011 (Ahad), Pendaftaran jam 9.00 pagi.

YURAN:
RM 50.00 Sahaja (Buku+Makan+Minum+Sijil)

Penyertaan hanya terhad kepada 30 orang sahaja. Sekiranya berminat sila hubungi: 013-6111706

* Cara mendaftarnya adalah:

1. Hubungi nombor yang tertera diatas untuk pendaftaran kemudian sila bank in yuran pendaftaran ke bank CIMB Islamic No. Akaun: 0415-0000471-10-0 atas nama AKRAWI DARUL ANSAR. Kemudian resit pembayaran (sebagai bukti pembayaran) tersebut hendaklah dibawa pada 4 Disember 2011 di Darul Ansar.

2. Atau boleh membuat bayaran yuran tersebut dengan hadir sendiri ke pejabat Darul Ansar Pulau Gadong sebelum 4 Disember 2011.

Saturday, November 5, 2011

KEBIADAPAN BARAT





PARIS – Bangunan ibu pejabat sebuah syarikat akhbar yang sering menampilkan isu-isu menyindir di Perancis dibakar dan mengalami kerosakan teruk.

Kebakaran itu berlaku selepas akhbar tersebut menyatakan bahawa Nabi Muhammad menjadi editor undangan.

Menurut seorang pegawai polis, kebakaran itu berlaku pada lewat malam kelmarin di akhbar Charlie Hebdo dan puncanya masih tidak diketahui.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

Pengarah akhbar tersebut yang menggunakan nama Charb memberitahu stesen televisyen BFM, banyak kerosakan yang berlaku termasuk maklumat di dalam computer musnah.

Kakitangan akhbar tersebut berkata, mereka menerima banyak ancaman akibat cerita Sharia Hebdo di akhbar tersebut yang merujuk kepada undang-undang Islam. – AP (Dipetik dari Akhbar Kosmo)


Menurut Jurucakap Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) Tuan Hj. Mohd Zazmi bin Mohd Zain (gambar) berkata: “Saya melihat ia sebagai tindakan barat yang bersifat provokasi agama. Ianya memang sikap dan permainan mereka sejak dulu. Di pihak kita, walaupun janji Allah SWT jelas memelihara Agama-Nya seperti mafhum ayat 8 Surah Al Saff – ‘Mereka mahu memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut mereka. Allah tetap akan menyempurnakan cahaya agama-Nya, walaupun dibenci oleh orang-orang kafir’.”

Ujarnya lagi: “Namun umat Islam sejagat perlu lebih insaf dan lebih menyerlah kesepakatan dan kesatuan serta kembali memikul tanggungjawab memperbaiki keadaan yang dirosakkan oleh manusia kerana ini akan mengundang keredhaan dan rahmat Allah SWT yang akhirnya nanti akan menimbulkan sifat gerun dan hormat golongan kuffar kepada Islam.” Ujarnya yang juga merupakan Setiausaha Agung Darulansar.

Wednesday, November 2, 2011

AMALAN PEMBATAL SIHIR




Di atas ini merupakan salah satu daripada amalan 'Pembatal Sihir' yang diijazahkan oleh Al Imam Al ‘Arif Billah Maulana Sayyidi Ahmad bin Idris Al Idrisi Al Hasani yang merupakan keturunan Rasulullah SAW. Beliau juga merupakan Pengerusi Muassasah Sayyid Idris Al Islamiyah Sudan dan salah seorang Syeikh Umum Al Idrisiyah Sedunia. Amalan Pembatal Sihir ini diijazahkan kepada Al Fadhil Ustaz Muhammad Rajab Akmal Al Idrisi yang merupakan salah seorang daripada khalifahnya ketika beliau hadir untuk merasmikan bangunan Akademi Rawatan Islam Darul Ansar Pulau Gadong dan berkenan menamakan dewan kuliah Darul Ansar dengan Dewan Darul Idrisiyyah.


Amalan ini boleh diamalkan, disebar dan disalin semula untuk manfaat muslimin dan muslimat. Dibaca sekali selepas Solat Subuh dan sekali sebelum tidur. TQ

IJAZAH DAN SANAD SALAWAT UMMIY

IJAZAH SELAWAT AL UMMIYAH
(Syeikh Muhammad bin Nasir Al Dar’ie RA)





“Wahai Allah, sampaikanlah selawat, salam dan keberkatan kepada junjungan dan pemimpin kami, Muhammad yang merupakan Nabi lagi Ummiy, ke atas keluarganya dan para sahabatnya.”





Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT dan selawat serta salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, saya Al Faqir Ilallah Al Qawi; Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al Idrisi Al Ahmadi mengijazahkan Selawat Al Ummiyah ini kepada tuan dan puan. Maka saya mengizinkan pula untuk disebarkan dengan apa cara sekalipun seperti yang telah diijazahkan oleh tuan guru saya Al Imam Maulana Sayyid Muhammad bin Idris Al Idrisi Al Hasani daripada ayahandanya Sayyid Idris bin Muhammad Al Syarif Al Idrisi Al Hasani daripada ayahandanya Sayyid Muhammad Al Syarif bin ‘Abdul ‘Aal Al Idrisi Al Hasani daripada ayahandanya Sayyid ‘Abdul ‘Aal bin Ahmad Al Idrisi Al Hasani daripada ayahandanya Al Imam Al ‘Arifin Wal Qutb Al Muhaqqiqin Sayyid Ahmad bin Idris Al Hasani Al Maghribi daripada Abu Al Mawahib Sayyid ‘Abdul Wahhab At Tazi Al Hasani daripada Syeikh Muhammad bin Ziyan daripada empunya Selawat Al Ummiyah ini iaitu Al Qutub Sayyidi Syeikh Muhammad bin Nasir Al Dar’ie Radhiyallahu ‘Anhum. Saya berpesan kepada diri saya dan saudara sekalian agar bertaqwa kepada Allah SWT dan sentiasa berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita semua mendapat syafaat Rasulullah SAW dan guru salsilah ini pada hari kiamat kelak sehingga melayakkan kita mengecapi nikmat Allah SWT dalam syurga. Amin



Diijazahkan oleh:
Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim Al Idrisi
Pensyarah
AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR PULAU GADONG.

Ditulis pada:
1 Zulhijjah 1432H bersamaan 28 Oktober 2011. Hari Jumaat.

Tuesday, November 1, 2011

UMRAH TARBAWI RM4,999.00 BERSAMA UST. MUHAMMAD RAJAB AL IDRISI

UMRAH TARBAWI
BULAN MEI
Bersama
Ustaz Hj Muhammad Rajab Akmal bin Hj Abdul Halim Al Idrisi
(Penasihat Darulansar)

ANJURAN:
Koperasi Darul Ansar Berhad (KOANSAR)
No. 16, Jalan BP 1, Taman Bertam Perdana,
75200, Pulau Gadong, Melaka.
No. Tel: +6013-6111706 / +6012-6417300



PENGAJIAN ILMU

Program di Madinah Al Munawwarah pengajian kitab Risalah Al Asas & kitab Risalah Al Qawa’id karya Al Imam Sayyid Ahmad bin Idris Al Hasani Al Maghribi oleh Al ‘Allamah Prof. Dr. Sayyid ‘Abdul Wahhab At Tazi bin Hasan Al Idrisi Al Hasani (Professor di Universiti Islam Madinah) dan pengijazahan.











Program di Tanah Suci Makkah Al Mukarramah pengajian kitab Hadith 40, kitab Adab Al Muslim Ma’al Qur’an Al Karim, Ratib Al Haddad, Qasidah, Selawat oleh Al Mukarram Al ‘Allamah Abuya Syeikh Ahmad Jumhuri Al Banjari Al Makki (Ulama’ besar Tanah Suci Makkah Al Mukarramah) dan pengijazahan.






Program Tausiyah & Tazkirah oleh Al Ustaz Haji Muhammad Rajab Akmal Al Idrisi di Madinah Al Munawwarah dan Makkah Al Mukarramah.











PROGRAM ZIARAH

MADINAH - Masjid Quba’ (Masjid yang pertama dalam Islam), kebun kurma, Jabal Uhud, Maqam Syuhada’ Uhud, Kilang Al Quran, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Pasar Kurma, Maqam Baqi’.

MAKKAH - Jabal Tsur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Mudzalifah, Mina, Jabal Nur, Gua Hirak, Masjid Ja’ranah, Ternakan Unta, Masjid Hudaibiyah, Maqam Ummu Mukminin Maimunah RA, Maqam Al Mu’alla.

Penerbangan Malaysia Airlines terus ke Madinah Al Munawwarah (12H)

HOTEL MADINAH - Mawaddah Sofwah, Mawaddah Nur @ setaraf dengan hotel 3 bintang. Jarak hotel dengan Masijd Nabawi 60m -100m sahaja.

HOTEL MAKKAH - Mawaddah, Qamar, Ufuk Fateh, Ajyad Saraya @ setaraf dengannya. Jarak hotel dengan Masjid Al Haram 120m -300m sahaja.

HANYA RM4990.00 SAHAJA.


Sekiranya berminat sila buat tempahan segera dan dikehendaki membayar RM 500.00 sahaja sebagai deposit di Koperasi Darul Ansar Berhad atau hubungi nombor yang tertera di atas. TQ

KURSUS PENGUBATAN ISLAM SIRI 6

Assalamualaikum WBT

KURSUS PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR SIRI 6
"Rawatan Penyakit-Penyakit Dengan Doa"

PENSYARAH:
Al Fadhil Ustaz Muhammad Rajab Akmal Al Idrisi

TEMPAT:
AKRAWI DARUL ANSAR
Akademi Rawatan Islam Darul Ansar
No. 16, Jalan BP 1, Taman Bertam Perdana,
75200, Pulau Gadong, Melaka.

TARIKH & MASA:
12 November 2011, Hari Sabtu. Pendaftaran: 8.30 pagi – 9 pagi

YURAN:
RM 50.00 (Sijil+Makan+Minum+Buku)

Penyertaan hanya terhad kepada 30 sahaja. Bagi yang berminat sila hubungi @ sms kepada 013-6111706

KHITOBAH SAYYID AHMAD AL IDRISI



UCAPAN SEMPENA IDUL ADHA
Oleh: Al Imam Al ‘Arif Billah Maulana Sayyid Ahmad bin Idris Al Idrisi Al Hasani









إطلالة العيد للإمام العارف بالله تعالـى مولانا السيد أحمد بن إدريس الإدريسي الحسني
شيخ الطريقة الإدريسية الأحمدية الِشاذلية

بسم الله والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

يجىء العيد والمسلمون يذبحون في العراق وفي فلسطين وتهدم مساكنهم وتشرد نساؤهم يجىء العيد والمسلمون في فرقة وشتات وقد أصابهم الوهن وقد سئل الرسول صلوات الله وسلامه عليه عن الوهن فقال ((حب الدنيا وكراهية الموت)) وأصبحواْ كما جاء في الحديث ((توشك أن تتداعى عليكم الأمم كما تتداعى الأكلة على قصعتها قالواْ أمن قلة يا رسول الله؟ قال لا، ولكنكم غثاء كغثاء السيل))

المسلمون اليوم أكثر من مليار وثلاثمائة مليون ولكن أين هم من شلاثمائة وثلاثة عشر رجلا هزمواْ جحافل قريش ولم يتم النصر لهم بكثرة سلاح وعتاد وإنما بثبات العقيدة وقوة الإيمان وكانواْ كما قال الله تعالـى ((فليقاتل في سبيل الله الذين يشرون الحياة الدنيا بالأخرة ومن يقاتل في سبيل الله فيقتل او يغلب فسوف نؤتيه أجرا عظيما)) (النساء: 74)

ولن ينصلح حال المسلمين إلا بالرجوع إلـى أصول دينهم والتمسك بأهدابه، لن ينصلح حالهم إلا بالسير علـى خطى الرسول صلى الله عليه وسلم وخلفائه وأصحابه ولن ينصلح هذه الأمة إلا بما انصلح به حال اولها، والمسلمون في حقيقتهم ((كالجسد الواحد إذا اشتكى منه عضو تداعى له سائر الجسد بالسهر والحمى)) كما جاء في الحديث وفي الحديث آخر ((من لن يهتم بأمر المسلمين فليس منهم)) والإسلام دين شامل فيه صلاح الدنيا والأخرة وقد قال الله تعالـى ((ما فرطنا في الكتاب من شيء)) (الأنعام: 37)

لقد حفظ الإسلام الحقوق لكل كائن حي حتى للحيوانات فقال الرسول عليه الصلاة والسلام ((إذا ذبحتهم فأحسنواْ الذبحة)) وقال صلى الله عليه وسلم ((دخلت امرأة النار لهرة حبستها)) وقال صلى الله عليه وسلم ((دخل رجل الجنة لكلب سقاه)) وقد حفظ الإسلام حقوق الآخرين وقال الرسول عليه الصلاة والسلام ((من اقتطع حق امرئ مسلم بيمينه فقد اوجب الله له النار وحرم عليه الجنة، وقال رجل: وان كان شيئا يسيرا يا رسول الله؟ فقال: وإن كان قضيبا من أراك أي لو كان مسواكا)) (رواه الإمام مسلم) وقال رسو الله صلى الله عليه وسلم ((أتدرون من المفلس؟ قالواْ: المفلس فينا من لا درهم ولا متاع، فقال: المفلس من امتي من يأتي يوم القيامة بصلاة وصيام وحج وزكاة ويأتي وقد شتم هذا وقذف هذا وأكل مال هذا وسفك دم هذا فيأخذ هذا من حسناته وهذا من حسناته فإن فنيت حسناته أخذ من سيئاتهم فطرحت عليه ثم طرح في النار)) (رواه الإمام مسلم)

وقال الرسول عليه الصلاة والسلام ((المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده)) وقال الرسول عليه الصلاة والسلام ((الدين المعاملة)) وسئل الرسول عليه الصلاة والسلام عن امرأة تصوم النهار وتقوم الليل ولكنها تؤذى جيرانها بلسانها فقال ((لا خير فيها هي من اهل النار)) وقال صلى الله عليه وسلم ((المسلم أخو المسلم لا يظلمه ولا يخذله ولا يخونه ولا يحقره كل المسلم على المسلم حرام دمه وماله وعرضه وقال التقوى ها هنا وأشار إلـى صدره)) (رواه الأمام الترمذي)

ولا يكفى أن يستمتع الموسرون في العيد بما لذ وطاب من مأكل وملبس ويدعون الآخرين يتضورون جوعا وعريا أن يوم العيد رباط فرضته الحكمة الإلهية بين الهانئين والبائسين وبين الناعمين والكادحين فهل لهذا الرباط نفاد وتحقيق وجاء في الحديث الرسول عليه الصلاة والسلام ((من كان عنده فضل ظهر فليعد به على من ظهر له ومن كان عنده فضل زاد فليعد به على من لا زاد به))

والناس خلفاء على المال لا ملاك له لأن المال مال الله وقد قال الله سبحانه وتعالـى ((وأنفقواْ مما جعلكم مستخلفين)) (الحديد: 7) فإن العيد فرصة سانحة لمراجعة النفوس ومحاسبتها لتعود إلـى الطريق السوى السليم والله ولي التوفيق.

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR