Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Monday, August 22, 2011

كنز السعادة لسيدي أحمد بن إدريس الحسني

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا ومولانا محمد وآل محمد في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله اما بعد:

دباوه إين مروفاكن عمالن كنز السعادة لسيدي أحمد بن إدريس الحسني دإجازهكن اوليه صاحب الفضيلة شيخنا الأستاذ محمد رجب أكمل بن عبد الحليم الإدريسي درفد الإمام العارف بالله مولانا السيد محمد بن إدريس الإدريسي الحسني درفد الإمام مولانا السيد إدريس بن محمد الشريف الإدريسي الحسني درفد الإمام مولانا السيد محمد الشريف بن عبد العال الإدريسي الحسني درفد الإمام القطب مولانا السيد عبد العال بن احمد الإدريسي الحسني درفد الإمام العارفين والقطب المحققيقن السيد أحمد بن إدريس الحسني المغربي الفاسي صاحب الطريقة والأخزاب.

اينله عمالن كنز السعادة

الأول ان تقراء فاتحة الأوراد: اللهم إني أقدم إليك بين يدي كل نفس ولمحة وطرفة يطرف بها اهل السماوات والأرض وكل شيء هو في علمك كائن او قد كان اقدم إليك بين يدي ذالك كله.

ثم تقراء: سورة الإخلاص (ثلاثا)

ثم تقراء: اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا ومولانا محمد وعلى آل سيدنا ومولانا محمد في كل لمحة زنفس عدد ما وسعه علم الله (ثلاثا)

ثم تقراء: لا إله إلا الله محمد رسول الله في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله (عشرا او مائة او ثلاث مائة او اَلْفَيْن)

ثم تقراء: لا إله إلا الله (مائة)

ثم تقراء: الله الله الله (مائة)

ثم تقراء: هو هو هو (مائة)

ثم تقراء: يا عظيم (مائة)

ثم تقراء: الصلاة العظيمية (ثلاثا)

ثم تقراء: يا حي يا قيوم (مائة)

ثم تقراء: يالطيف (مائة)

ثم تقراء: يا كريم يا رحيم (مائة)

ثم تقراء: الإستغفار الكبير (ثلاثا)

ثم تقراء: سورة الإخلاص (ثلاثا)

ثم تقراء كفارة المجلس: سبحانك اللهم وبحمدك اشهد ان لا اله إلا انت استغفرك واتوب إليك عملت سوءا وظلمت نفسي فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا انت (ثلاثا)

ثم تقراء سورة الفاتحة لهدية إلى رسول الله صلى الله عليه وسلم واله الكرام واصحابه العظام

ثم إلى مشايخنا الصوفية لأهل السلسلة الطريقة المحمدية الإدريسية الاحمدية الشاذلية

ثم إلى انفسنا واهلنا وإخواننا وابائنا وامهاتنا وجميع المسلمين والمسلمات الأحياء منهم والأموات

ثم تدعو إلى الله عزوجل

Friday, August 19, 2011

SEMARAK RAMADAN @ DARUL ANSAR

MAJLIS BADAR AL KUBRA

PADA AHAD 21 RAMADAN 1432H

BERSAMA 21 OGOS 2011

DI DARUL ANSAR, PULAU GADONG, MELAKA




I. IFTAR JAMA'IE

II. SOLAT MAGHRIB, ISYAK & TARAWIH

III. TAUSIYAH BADAR AL KUBRA, FATH AL MAKKAH & NUZUL AL QURAN

IV. KANZUS SAADAH

V. TAHLIL

VI. PENGIJAZAHAN AL QURAN AL KARIM SANAD MAKKAH




MUSLIMIN & MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR



Monday, August 8, 2011

Kemusykilan

Alhamdulillah, hari ini sudah lapan hari kita menjalani ibadah puasa. Terasa begitu pantas masa berlalu. Betapa indahnya Ramadan yang muncul sekali dalam setahun ini. Jika pada siang hari kita berlapar dahaga di samping melaksanakan kewajipan harian, tiba malamnya kita hiasi pula dengan pelbagai bentuk ibadah yang diharap dapat menghampirkan kita kepada Allah SWT. Antaranya ialah mendirikan solat tarawih. Kebiasaannya surau ataupun masjid menjadi tumpuan umat Islam untuk bersolat jemaah. Tidak kira peringkat usia memang inilah saatnya kita melipat gandakan ibadah. Justeru sebagai panduan kita bersama, diperturunkan di bawah ini petikan kemusykilan dan penyelesaian berkaitan solat witir yang sering kita iringkan sebaik selesai solat tarawih:



SOALAN:



Setiap menjelang Ramadan kita akan bertemu semula dengan solat sunat Tarawih dan Witir tetapi sehingga sekarang saya masih keliru dengan keperluan mengerjakan solat sunat Witir. Sesetengah orang mengatakan kita perlu melakukannya selepas solat Tarawih secara berjemaah di surau atau masjid manakala yang lain pula mengatakan kita tidak perlu bersolat sunat Witir selepas Tarawih di surau atau masjid, sebaliknya kita boleh melakukannya di rumah saja. Saya harap mendapat sedikit penjelasan mengenai perkara ini.



JAWAPAN:



Antara sembahyang sunat yang sangat dituntut kita mengerjakannya ialah sembahyang sunat Witir. Rasulullah SAW pernah bersabda kepada Anas bin Malik yang bermaksud: “Wahai Anas! Hendaklah kamu melakukan tiga perkara ini sepanjang hidupmu; yang pertama sembahyang sunat Duha, keduanya ialah sembahyang sunat Witir sebelum kamu tidur dan ketiganya berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis.” Inilah tiga perkara yang dipesan oleh Rasulullah kepada sahabatnya, Anas bin Malik. Pada prinsipnya sembahyang sunat Witir ini adalah dijadikan sebagai sembahyang yang terakhir pada waktu malam. Maknanya, kalau seseorang ingin berqiyamullail dan melakukan pelbagai solat seperti sembahyang sunat Tasbih, sunat Mutlak dan sunat Tahajud, maka akhirnya hendaklah ditutup atau disudahi dengan sembahyang sunat Witir. Ini berasaskan hadis sahih yang bermaksud: “Jadikanlah akhir sembahyang kamu pada waktu malam itu dengan Witir.” Berbalik kepada persoalan yang ditimbulkan, biasanya sejajar dengan kebiasaan dalam Ramadan, selepas kita melakukan sembahyang Tarawih, ia akan diikuti pula dengan sembahyang sunat Witir tiga rakaat. Ini sudah menjadi amalan sejak zaman Rasulullah SAW lagi. Sehubungan itu, seperkara yang patut disebutkan juga di sini ialah sembahyang sunat Witir sebenarnya adalah antara sembahyang yang tidak disunatkan kita berjemaah. Tetapi jika dilakukan secara berjamaah hukumnya harus. Ertinya, kita sembahyang sendiri, kecuali dalam bulan Ramadan apabila sunat Witir dituntut dilakukan secara berjemaah.. Inilah yang kita lakukan setiap Ramadan. Berbalik kepada persoalan yang ditimbulkan, bagi pendapat saya, oleh kerana sunat Witir ini disunatkan kita berjemaah khusus pada Ramadan ini maka adalah baik sekiranya bersembahyang Tarawih disudahi dengan sunat Witir secara berjemaah di surau atau di masjid itu. Kemudian, apabila kita bangun pada waktu sahur untuk mengerjakan qiamullail, bersembahyang tahajud atau melakukan apa-apa ibadat yang lain maka tidak perlu lagi kita menunaikan solat sunat Witir itu. Sebaliknya, memadailah dengan sekali Witir yang sudah ditunaikan itu. Ini berpandukan hadis Rasulullah yang bermaksud: “Tidak ada dua Witir dalam satu malam” (riwayat Ahniad dan Abu Daud). Ini bermakna kalau kita sudah sembahyang Witir berjemaah selepas sembahyang tarawih di surau atau masjid tadi maka selepas kita bangun pula pada waktu sahur dan melakukan pelbagai ibadat sunat yang lain maka tidak boleh lagi kita tutupkan ibadat kita itu dengan sembahyang Witir bagi kali yang kedua. Cukuplah selepas kita melakukan Witir bagi kali yang pertama tadi. Sebabnya memang ada hadis bahawa Rasulullah SAW pernah bersembahyang iaitu selepas sembahyang Isyak baginda bersembahyang Witir, kemudian apabila baginda bangun bertahajud pula, baginda tidak lagi mengerjakan sembahyang sunat Witir. Dengan penerangan ini, diharapkan tidak lagi menimbulkan kekeliruan kepada saudara yang bertanya. Bagaimanapun, terpulanglah kepada setiap individu — kalau seorang itu merasakan bahawa dia hendak menjadikan Witir ini sebagai penutup sembahyang maka selepas dia sembahyang Tarawih tidaklah perlu dia sembahyang Witir tetapi apabila dia bangun tengah malam dan mengerjakan sunat Tahajud dan sebagainya maka bolehlah dia mengerjakan sunat Witir kemudiannya. Tetapi sekiranya dia sudah mengerjakan sunat Witir selepas Tarawih tadi, maka tidak perlulah dia mengerjakan Witir sekali lagi. Khusus bagi bulan Ramadan ini, adalah lebih afdal seseorang itu sembahyang Witir berjemaah bersama imam selepas Tarawih. Kemudian kalau bangun tengah malam nanti, bolehlah dia mengerjakan sembahyang yang lain tanpa perlu sembahyang Witir lagi. Sebagaimana yang disebutkan awal tadi, sembahyang sunat Witir hanya disunatkan kita berjemaah pada Ramadan saja dan kita mendapat fadilat berjemaah daripadanya Sedangkan pada bulan lain, kita tidak disunatkan sembahyang Witir berjemaah. Seperkara yang tidak kurang penting ialah janganlah seseorang itu melakukan dua kali Witir. Kalau seseorang melakukan dua kali Witir, Witir yang kedua tidak dianggap Witir lagi, Ia mungkin jatuh sebagai sunat Mutlak. Sekiranya dia lakukan juga dua kali Witir dalam satu malam maka dia sudah melakukan bida’ah dalam agama.


Saturday, August 6, 2011

KAU RAMADAN



Ku ajar mata ini untuk membataskan lihat
Ku ajar mulut ini untuk menjaga kalimat
Ku arahkan telinga mendengar hanya yang indah
Ku arahkan lidah untuk berzikrullah

Ku pimpin tangan ini untuk mendakap Al Quran
Ku pimpim jari ini untuk menyelak helaian
Ku gerakkan bibirku membaca kalimah Tuhan
Ku kosongkan hati dari kekalutan

Kau Ramadan hadir dalam kesyahduan
Kau Ramadan tiba bawa keberkatan
Kau Ramadan sebenarnya amat mengasyikkan
Kau Ramadan bulan kamu mensyukuri

Dapatkahku lalui taman Ramadan mewangi
Mampukahku mengisi segala yang dihajati
Tersentuh rasa hati andai Ramadan ini
Mungkin Ramadan yang terakhir kali


Zazmie Zain Al Mandili Al Ansari

RAMADAN YANG DIRINDUI DAN DINANTI

Pensyariatan puasa pada bulan Ramadan adalah sabit dengan firman Allah SWT dalam surah Al Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa"


Ia dilanjutkan lagi pada ayat ke 185 yang bermaksud :

"(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan(menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.........."


Justeru antara hikmah yang terdapat di dalam pensyariatan puasa ialah :


1. Puasa merupakan satu bentuk ibadah di mana ibadah pula merupakan salah satu bentuk amalan kesyukuran hamba terhadap Tuhannya.

2. Puasa mengajar manusia supaya melaksanakan ibadah dengan penuh amanah, tekun dan tidak mengharapkan sebarang ganjaran selain daripaa Allah SWT sahaja.

3. Puasa mengendurkan sifat kebinatangan yang terdapat pada diri manusia yang menjurus kepada makan, minum dan hubungan seks.

4. Puasa boleh mengekalkan kesihatan tubuh badan seseorang memandangkan perut adalah sumber segala penyakit manakala menahan diri dari makan dan minum adalah sumber segala penawar.

5. Puasa menanamkan sikap prihatin dan kasihan belas terhadap saudara seIslam yang berada di dalam serba kekurangan dan kesempitan.


Sementara itu jika ditinjau pula pada kelebihan puasa kita akan bertemu antaranya dengan maksud hadis riwayat Abdullah Amru RA yang bermaksud :

"Puasa dan Al Quran memberi syafaat kepada hamba Allah pada hari kiamat kelak. Puasa berkata : "Wahai Tuhan, aku menegahnya dari mengambil makanan dan menahan syahwat di siang hari, syafaatkanlah aku padanya. Al Quran pula menyatakan :'Aku yang menegahnya dari tidur pada malam hari, kerana itu syafaatkanlah aku padanya, lalu keduanya diberi kebenaran untuk memberi syafaat kepada hamba Allah itu"


Demikianlah antara hikmah dan kelebihan puasa yang sedang kita laksanakan ini. Ayuh kita laksanakan dengan penuh keihklasan dan ketaqwaan. Mudah-mudahan kita akan menemui 'kelebihan' yang dijanjikan Allah SWT itu, InsyaALLAH.

NAFAS RAMADAN

Alhamdulillah, Ramadan datang lagi. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi di atas limpah izinNya kita diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadan pada tahun ini. Betapa tidak kerana pada saat menjelang Ramadan yang sedang kita lalui ini, sudah berapa ramai yang telah dijemput kembali untuk bertemu yang Maha Pencipta. Ada di antara mereka yang kemungkinan dari kalangan keluarga kita. Pun mungkin terdiri daripada sahabat handai atau jiran tetangga. Mereka terlebih dahulu dipanggil Ilahi untuk berpindah ke alam baharu yang kekal abadi di saat saudara seIslam lain sedang bersiap sedia untuk melangkah masuk ke bulan yang di dalamnya sarat keberkatan dan maghfirah Allah SWT.

Ayuhlah pada nafas Ramadan yang sekian kalinya kita nikmati ini, kita sama-sama berusaha mencari redha Ilahi dengan melaksanakan ibadah puasa dengan sebaiknya di samping melakukan ibadah-ibadah lain demi menambah nilai puasa yang kita lalui. Mudah-mudahan nafas Ramadan kali ini akan lebih bermakna bagi kita sebagai hamba yang benar-benar patuh kepada Allah SWT.









فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR