Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Monday, January 17, 2011

ABAD BERGURU Oleh: Tuan Hj. Abdul Nasir bin Hj. Yusoff Al Ansari


ADAB BERGURU
Oleh:
Tuan Hj. Abd Nasir bin Hj. Yusoff Al Ansari


Ada sebuah kisah yang berlaku pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid di mana baginda, semasa menunaikan ibadat haji sempat berkunjung ke Madinah untuk berjumpa dan berguru dengan Imam Malik. Khalifah telah mengutuskan pembantu untuk memberitahu Imam Malik yang baginda ingin berguru tentang kitab Muwatta’ yang tersohor itu. Sebaliknya Imam Malik dengan tegas menyuruh pembantu khalifah memaklumkan baginda yang pelajar sepatutnya mendatangi ilmu, bukan ilmu yang mendatangi pelajar. Akhirnya khalifah akur dan datang sendiri ke rumah Imam Malik untuk belajar. Di tempat belajar itu hanya terdapat sebuah kerusi dan lagi sekali dengan tegas Imam Malik memberitahu yang kerusi itu hanya untuk guru manakala semua murid diminta duduk bersama di lantai, tanpa mengira pangkat dan darjat murid.

Terdapat beberapa pengajaran dari kisah benar di atas. Cuma yang saya ingin tumpukan ialah betapa HEBATnya personaliti Khalifah Harun al-Rasyid yang sangat memuliakan seorang guru. Mungkin ada yang mengatakan, guru dalam kisah itu ialah seorang yang bertaraf Imam Mazhab tersohor, bukan guru zaman sekarang. Saya pula ingin mengatakan yang kitapun bukan bertaraf seorang khalifah (sultan). Persoalannya selagi ada guru dan murid, adab-adab berguru perlu kita ikuti dan pelihara.

Diriwayatkan oleh Imam At Thabrani, bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Pelajarilah ilmu, pelajarilah ilmu dengan ketenangan dan sikap hormat serta bertawadhu’ kepada orang yang mengajarimu.” Ilmu tidak akan diperolehi secara sempurna kecuali dengan adanya sifat tawadhu’ murid terhadap gurunya, karena keredaan guru terhadap murid akan membantu proses penyerapan ilmu. Sikap tawadhu’ murid kepada guru sebenarnya akan memperkasakan murid itu sendiri. Kenapa kita disaran untuk berselawat kepada Rasulullah s.a.w sedangkan hakikatnya baginda tidak memerlukan selawat orang lain untuk mendapat rahmati dan kasih sayang Allah. Orang yang berselawat itulah sebenarnya yang mendapat faedah dan ganjaran dari Allah. Kelakuan kita di dunia ini ibarat cermin yang memantul kembali apa yang kita lakukan. Jika kita memuliakan seseorang, sebenarnya diri kita, insyaalah, akan dimuliakan. Begitu juga jika kita menjatuhkan maruah seseorang, sebenarnya diri kita sendiri yang penuh dengan karat kehinaan dan jika diizin Allah akan dihina kemudian hari. Zaman sekarang, tidak ramai yang dapat mencontohi ulama terdahulu, justeru tidak hairanlah adanya murid yang sampai hati mencela guru sendiri, sehinggakan ada yang sanggup memutuskan tali silaturrahim (bacalah kitab yang menerangkan hukum orang-orang yang memutuskan tali silaturrahim)

Imam Al Ghazali pernah menerangkan, ”Hak guru lebih besar daripada hak ibu bapa. Ibu bapa merupakan sebab kehadiran manusia di dunia ini, sedangkan guru bermanfaat bagi manusia untuk mengarungi kehidupan kekal di akhirat nanti.” Beliau selanjutnya menerangkan dalam adab mempelajari ilmu sebagai murid, ada dua bahagian iaitu, pertama; adab dirinya sebagai murid dan kedua; adab murid terhadap guru. Di bawah ini saya senaraikan hanya beberapa adab sahaja, untuk menjimatkan ruang dan ianya seperti berikut:

Adab untuk dirinya sebagai murid:

1. Membersihkan hati daripada sifat-sifat keji seperti riak, sombong, takabbur, hasad dengki dan sebagainya.
2. Memberi tumpuan sepenuhnya ke arah menuntut ilmu.
3. Merendahkan diri dan tidak menganggapkan dirinya lebih besar daripada ilmu yang diajarkan oleh guru. Sabda Rasulullah s.a.w: “ Bukan daripada akhlak orang mukmin perbuatan menghina diri kerana meminta sesuatu melainkan di dalam menuntut ilmu.“
4. Tujuan menuntut ilmu itu hendaklah semata-mata kerana Allah Ta’ala.

Adab dirinya terhadap guru:

1. Jangan menyangkal perkataan guru itu dengan merujuk kepada ajaran orang lain.
2. Jangan memberi isyarat yang dirinya terlebih tahu daripada guru. Itu menunjukkan sikap kurang adab lagi kurang berkat.
3. Jangan membanyakkan pertanyaan jika didapati guru tidak suka membicarakannya.
4. Jangan buruk sangka dengan guru atau mengesyaki guru melakukan perbuatan yang pada zahirnya nampak tidak betul sedangkan gurunya terlebih tahu, seperti kisah Nabi Musa dengan Nabi Khaidir.
Oleh kerana saya juga sebagai murid, ada juga perkara-perkara yang diutarakan di atas terkena batang hidung saya sendiri. Namun kebenaran perlu ditegakkan. Insyaalah ianya boleh dijadikan iktibar buat ikhwan semua. Maaf sekiranya emosi ikhwan terganggu.

3 comments:

  1. salam tuan,

    ingin bertanya... ambo d kelantan.. adakah sebarang khalifah ataupun akan ada lawatan dari khalifah atau mursyid tuan ke kelantan nanti... ambo teringin juga ingin berkenalan dengan Tariqat Muhammadiah al-Idrisiyyah al-Ahmadiah as-Syaziliah

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum WBT..

    Tuan Kasturi Puteh, Insya Allah di dalam perancangan kami. diharap saudara sentiasa melihat perkembangan laman darul ansar ini.

    ReplyDelete
  3. terima kasih... insyaAllah ambo tunggu

    ReplyDelete

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR