Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Thursday, September 2, 2010

PERUTUSAN SYAWAL OLEH PUAN PENDAFTAR DARUL ANSAR





Assalamualaikum WBT.....


Buat Serikandi Darul Ansar

Hari Lebaran menjelang tiba. Pastinya kaum ibulah yang paling sibuk untuk menyiapkan segala kelengkapan.Bermula dengan kelengkapan diri sendiri, keluarga, rumah dan segalanya-galanya agar kelihatan sempurna pada pandangan mata.Tanpa kaum ibu, pasti hari lebaran tiada serinya.

Namun begitu, marilah kita renungi buat seketika. Ada kalanya dalam kesibukan menyiapkan segala kelengkapan, kita sering alpa mengapa kita menyambut hari raya. Buat kaum ibu yang penuh dengan jasa, Eidulfitri merupakan hari kemenangan buat umat Islam yang berpuasa sepanjang Ramadhan. Seperti yang kita sedia maklum, Ramadhan adalah bulan yang mengajar kita bagaimana untuk menahan diri daripada segala perkara yang Allah larang, termasuklah larangan membazir.

Bagaimana kita ingin katakan kita berjaya mengharungi Ramadhan sedangkan menjelang hari raya kitalah golongan yang paling banyak membazir. Segala kelengkapan mahu diganti serba serbi baru malahan pakaian yang disediakan seolah-olah kita mahu berjalan sepanjang Syawal. Adakah bermakna hari raya itu apabila kita terpaksa pening kepala membayar hutang perabot selepas Syawal..dan apalah makna puasa itu apabila kita membeli pakaian yang mahal tetapi tidak menutup aurat. Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang berjaya?

Tentu hari raya ini lebih bermakna jika kita sambut secara sederhana. Bukankah sederhana itu penuh dengan kemanisan. Sambutlah kedatangan Syawal ini sesuai dengan amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan. Semoga segala pengorbanan yang dilakukan oleh kaum ibu sepanjang Ramadhan mendapat keberkatan daripada Allah.

Sempena Syawal yang menjelang tiba, saya ingin memohon sejuta kemaafan di atas segala salah silap yang tidak disedari kepada seluruh serikandi Darul Ansar. Jutaan terima kasih juga diucapkan di atas pengorbanan serikandi sekalian kerana memberi sokongan kepada suami dalam perjuangan menyelamatkan akidah umat Islam hari ini dalam Darul Ansar. Tanpa serikandi sekalian, sudah tentu Darul Ansar tidak dapat berdiri teguh hingga ke hari ini. Moga Allah kekalkan kita dalam kebaikan.

Salam lebaran,

Puan Azura,
Pendaftar merangkap Bendahari Darul Ansar

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR