Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Tuesday, September 7, 2010

PERUTUSAN EIDUL FITRI 1432 HIJRIYAH OLEH TUAN SYEIKH MUHAMMAD RAJAB AL IDRISI


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَمَنْ تَبِعَهُمْ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ، أَمَّا بَعْدُ

Alhamdulillah, segala pujian ditinggikan kepada Allah ‘Azza Wajalla. Salawat dan salam buat junjungan kekasih yang sentiasa dirindui Sayyiduna wa Maulana Muhammad SAW, kepada ahli keluarganya, para sahabatnya, para ulama dan auliya’ yang mengikuti jejak langkahnya mereka yang baik sehingga hari kiamat. Amin.

Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana telah hampir kepada kita untuk menyambut Eidul Fitri 1432 Hijriyah. Semoga perayaan yang kita bakal sambut ini benar-benar yang dikehendaki oleh Baginda Nabi SAW iaitu suatu perayaan kemenangan bagi orang-orang yang beriman kerana berjaya menempuhi ujian dalam bulan Ramadhan. Ini bermakna mereka yang gagal dalam ujian Ramadhan dalam erti kata; tidak berpuasa dengan sengaja, melakukan maksiat, mendedahkan aurat walaupun berpuasa, bermain judi dan sebagainya adalah tidak layak menyambut Eidul Fitri ini kerana tiada kemenangan yang sebenar bagi mereka. Sambut Eidul Fitri bagi mereka ini hanyalah adat semata-mata, sedang bagi mereka yang beriman mereka wajib menyambutnya dengan sambutan yang dikehendaki syariat seperti yang telah disabdakan oleh Baginda Nabi SAW yang berbunyi:

زَيِّنُ عِيْدُكُمْ بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّحْمِيْدِ وَالتَّكْبِيْرِ وَالتَّسْبِيْحِ وَصَدَقَةٍ وَزِيَارَةِ بَيْنَكُمْ

“Hiasilah perayaan kalian dengan Tahlil, Tahmid, Takbir, Tasbih, bersedekah dan berziarah diantara satu dengan yang lain.”

Maka seharuslah sebagai orang-orang yang beriman menyambutnya dengan yang dikehandaki oleh Islam dengan memperbanyakkan Takbir raya bermula pada selepas berbuka puasa malam terakhir ramdhan sehingga sebelum khutbah raya Eidul Fitri, menziarahi sahabat handai, teman-teman, jiran tetangga dan sebagai dengan saling bermaaf-maafan membuang perkara-perkara yang keruh dan mengambil yang jernih serta merapatkan hubungan silaturrahim. Di antara perkara lain yang dianjurkan Islam adalah memperbanyakkan sedekah sama ada bersedekah kepada kanak-kanak, orang dewasa atau warga emas kerana telah disabda junjungan Besar Nabi SAW yang berbunyi:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيْرَنَا وَلَمْ يَكْرَمْ كَبِيْرَنَا

“Bukan dikalangan umatku, mereka yang tidak mengasihi orang muda dan mereka yang tidak menghormati orang tua.”

Marilah kali ini kita menyambut Eidul Fitri dengan penuh sederhana dan mengikut sunnah Baginda Nabi SAW.

Pada kesempatan ini saya selaku Penasihat Eksekutif / al Musyrif al 'Am Darul Ansar menyusun sepuluh jari untuk memohon ampun dan maaf kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat di seluruh alam ini, khususnya kepada kedua ibu bapa saya yang penuh berjasa iaitu Sohibul Fadhilah al ‘Allamah Ustaz Haji ‘Abdul Halim bin Haji Maidin dan al Fadhilah Ustazah Hajah Zaleha binti Haji Mohd Nor al Ahmadi, para masyaeikh saya terutamanya al ‘Arif Billah Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani RA, Maulana Sayyid Ahmad bin Idris al Idrisi al Hasani RA dan Maulana Sayyid Musthafa bin Idris al Idrisi al Hasani RA, para ahli Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia, para ahli dan pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka, Ahli Lembaga Pengarah Akademi Rawatan Islam Darul Ansar, pemegang saham Darul Ansar Trading And Marketing, seluruh ikhwan Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah dan Khulafa’ al Shoghirin al Ahmadiyah al Idrisiyah serta seluruh Warga Darul Ansar.

Semoga Eidul Fitri kali ini memberikan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Amin.


Al Faqir Ilallah al Qawi
Haji Muhammad Rajab Akmal bin Haji Abdul Halim al Idrisi al Ahmadi,
Al Musyrif al ‘Am Darul Ansar,
Khalifah Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah.

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR