Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Tuesday, September 21, 2010

AIR DOA NURUSSYIFA


Air Nurussyifa' ini telah dikeluarkan oleh Darulansar bermula pada tahun 2007 lagi. Khasiat air doa ini telah didoakan dengan doa' khusus yang dibaca oleh al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab al Idrisi dan dibaca juga dengan 30 juzuk al Quran, Ruqyah riwayat Imam Ahmad, selawat Tibbiyah, Selawat Taziyah, dan 14 Selawat Sayyid Ahmad bin Idris al Hasani RA dan sebagainya denga doa-doa serta hizib-hizib tertentu. Air doa ini juga telah diekstrak dengan air doa yang dibaca khusus oleh Maulana Sayyid Ahmad al Idrisi al Hasani ketika beliau datang menziarahi ikhwan Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah di Darulansar Pulau Gadong pada Julai 2010. Air doa ini boleh didapati di kedai Koperasi Darul Ansar Pulau Gadong yang dibuka pada setiap hari atau hubungi terus mendapat air ini ditalian:
013-6111706 (Ustazah Norazura)

Wednesday, September 15, 2010

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA

JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA

Sukacitanya dimaklumkan bahawa tuan guru kita, Fadhilatus-Syeikh Ustaz Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al Idrisi al Ahmadi dan Fadilatus-Syeikh Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin menjemput seluruh warga Darul Ansar dan sekalian pengunjung blog Darul Ansar ke MAJLIS RUMAH TERBUKA mereka pada 17 September 2010 (Hari Jumaat)di kediaman mereka beralamat: NO. 2 & 4, JALAN SERI TANJUNG 5, TAMAN SERI TANJUNG, 76400, TG. KLING, MELAKA. Bermula selepas Asar (pukul 5 petang – 11.00 malam). YB/ Dato’/ Datuk/ Datin/ Tuan Guru/ Tuan Syeikh/ Ustaz/ Ustazah/ Tuan Haji/ Puan Hajah/ Encik/ Cik dijemput bagi memeriahkan majlis tersebut semoga diberkati Allah SWT.

Sekian, terima kasih.

Boleh terus hubungi:

Syeikh Muhammad Rajab: 012-6417300

Friday, September 10, 2010

MENANGGUH AKTIVITI DARUL ANSAR SEMPENA EIDUL FITRI



Sukacitanya pihak pengurusan Akademi Rawatan Islam Darul Ansar Pulau Gadong mengagguhkan aktiviti rawatan, perubatan dan kelas pengajian bermula 8 September 2010 (hari rabu) hingga 18 September 2010 (hari ahad). Bagi saudara/saudari yang ingin mendapatkan khidmat rawatan dan sebagainya sila buat temujanji di talian:

013-6111706

atau hubungi terus al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab di talian:
012-6417300.

Salam Eidul Fitri dan maaf zahir batin.

KELUARGA AL IDRISI







Mereka ini adalah guru-guru al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal al Idrisi iaitu Maulana Sayyid Musthafa bin ahmad al Syarif al Idrisi al Hasani RA (yang tua) dan anakandanya iaitu Sayyid al Syarif Idris bin Musthafa al Idrisi al Hasani



GAMBAR KETIKA MEMBERI TAZKIRAH TERAKHIR RAMADHAN 1432H











al Fadhil Syeikh Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al Idrisi ketika menyampaikan tazkirah di Surau An Nur pada malam 30 Ramadhan (gambar diambil oleh Sdr. Nasrol Ali; setiausaha Darul Ansar Melaka). Alhamdulillah, jemaah Surau An Nur tak susut, istiqamah. Al Fadhil Syeikh mengajar kitab al Hikam Ibnu 'Athaillah as Sakandari di Surau ini setiap minggu iaitu pada hari Rabu malam khamis selepas solat Maghrib. Mudah-mudahan tarbiyah al Fadhil Syeikh terhadap ikhwannya di berkati Allah SWT. di Surau An Nur Taman Rambai Jaya ini telah dihadiri oleh al 'Arif Billah Maulana Sayyid Ahmad al Idrisi al Hasani RA, salah seorang syeikh mursyid Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah sedunia. Maulana Sayyid Ahmad al Idrisi pernah hadir ke Surau ini dan memberikan bai'ah Tariqat sebanyak dua kali.

Thursday, September 9, 2010

DARUL ANSAR BERCUTI

Assalamualaikum WBT...
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>Sukacitanya dimaklumkan bahawa Akademi Rawatan Islam Darul Ansar Pulau Gadong bercuti mulai pada 8 September 2010 (Hari Rabu) hingga 19 September 2010 (Hari Ahad).
<:AtomicElement>Untuk mereka yang ingin mendapatkan rawatan sila hubungi 013-6111706.
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>Sekian, terima kasih.
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>Assalamualaikum WBT dan Salam Eidul Fitri al Mubarak.

MAULANA SAYYID MUSTHAFA BIN IDRIS AL IDRISI AL HASANI ra

Beliau ialah al 'Arif Billah Maulana Sayyid Musthafa bin Idris al Idrisi al Hasani RA, beliau merupakan adinda kepada Maulana Sayyid Ahmad al Idrisi al Hasani RA dan kekanda kepada Maulana Sayyid Muhammad al Idrisi al Hasani RA. Beliau merupakan salah seorang daripada guru kepada al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal al Idrisi al Ahmadi. Beliau juga merupakan salah seorang daripada mursyid Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah di dunia Islam ini. Beliau menetap di Omdurman, Sudan. Semoga Allah SWT merahmatinya dan memanjangkan usianya dalam mengembangkan ajaran Islam di dunia ini. Amin



PERUTUSAN RAMADHAN OLEH PUAN HJH. ZAKIAH BT HJ. HASSAN (Pengerusi HELWA Darul Ansar Malaysia)

Alhamdulillah segala pujian kepada Allah SWT tuhan yang mengatur dan mentadbir sekalian alam. Salawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarganya, para sahabatnya, para ulama dan mereka yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik sehingga hari kiamat.

Saya mengucapakan jutaan terima kasih kepada http://darulansarmalaysia.blogspot.com kerana memberi peluang kepada saya untuk mengucapkan salam lebaran Eidul Fitri 1432 kepada seluruh umat Islam di dunia ini. Pertamanya, saya mewakili kaum ibu dan hawa dalam Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia mengucapkan Salam Lebaran Eidul Fitri al Mubarak Maaf Zahir dan Batin kepada Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia terutamanya tuan guru kita, Fadhilatul-Syeikh Ustaz Haji Muhammad Rajab Akmal bin Haji Abdul Halim al Idrisi sekalu al Musyrif al ‘Am / Penasihat Darul Ansar dan beliaulah yang banyak memberikan buah fikiran demi untuk membangunkan Darul Ansar sehingga ke hari ini, Tuan YDP Ustaz Haliman bin Haji Sidek, Tuan YDP Tuan Haji Abdul Halim@Noordin bin Omar, Puan Pendaftar merangkap Bendahari Agung Ustazah Norazura bin Ibrahim, Setiausaha Agung Tuan Haji Sulaiman bin Omar, Timbalan S/U Agung En. Rosle bin Kamarudin, Ketua Penerangan En. Abdul Rahman bin Abdullah dan seluruh ahli-ahli Majlis Syura Darul Ansar yang tidak dapat saya sebutkan satu persatu. Juga tidak lupa kepada AJK HELWA Darul Ansar dan ahli-ahli HELWA Darul Ansar.

Semoga lebaran kali ini memberikan pengertian yang cukup bermakna buat diri kita dan semoga amalan dalam Ramadhan yang telah berlalu ini terima oleh Allah SWT sebagai suatu amalan dan pembenteng yang ampuh dihadapan Allah SWT daripada diseksa oleh api neraka jahannam. Amin.

Salam Lebaran dan Salam Hormat,
PUAN ZAKIAH BINTI HJ HASSAN.
Pengerusi Hal Ehwal Wanita (HELWA) Darul Ansar Malaysia.

Tuesday, September 7, 2010

SELAMAT MENYAMBUT EIDUL FITRI 1432H DARIPADA USTAZAH NORAZURA IBRAHIM




PERUTUSAN EIDUL FITRI 1432H OLEH TUAN YDP DARUL ANSAR


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَمَنْ تَبِعَهُمْ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ، أَمَّا بَعْدُ



Alhamdulillah, segala pujian ditinggikan kepada Allah ‘Azza Wajalla. Salawat dan salam buat junjungan kekasih yang sentiasa dirindui Sayyiduna wa Maulana Muhammad SAW, kepada ahli keluarganya, para sahabatnya, para ulama dan auliya’ yang mengikuti jejak langkahnya mereka yang baik sehingga hari kiamat. Amin.

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Eidul Fitri kepada seluruh ikhwan Darul Ansar, semoga kita menyambutnya dengan penuh sederhana dan mengikuti sunnah Rasulullah SAW. Sambutan Eidul Fitri yang bakal kita sambut ini hendaklah kita rasakan suatu kemenangan bagi orang-orang yang beriman. Sambutan kemenangan ini adalah daripada cebisan daripada sirah Nabi SAW dalam peperangan al Ahzab (bersekutu kerana orang musyrikin mekah, orang yahudi serta munafik bersepakat hendak mengalahkan orang-orang Islam) atau al Khandaq (parit). Ini kerana kemenangan orang-orang Islam dalam peperangan tersebut yang bermula dari bulan Ramadhan hingga berlanjutan ke hujung bulan Syawal dan membuahkan hasil dengan kemenangan kaum muslimin daripada Allah SWT.

Lafaz takbir raya yang kita ucapkan setiap tahun ini merupakan lafaz syukur dan takzim kepada Allah yang sebenarnya telah diucapkan oleh Rasulullah SAW dan sahabat dalam peristiwa Fathul Makkah (Pembukaan Kota Mekah) dengan selamat dan tidak menumpahkan darah. Jika kita hayati akan lafaz tersebut membuktikan kekuasaan Allah SWT memumbangkan pakatan musyrikin dalam perang al Ahzab.

Jadi seharusnya sebagai seorang muslim yang tulen kepada Allah SWT menghadirkan perasaan berjaya kerana menundukkan memerangi keinginan nafsu syahwat selama 30 hari dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Pada kesempatan ini saya selaku Yang Dipertua Darul Ansar menyusun sepuluh jari untuk memohon kemaafan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat, khususnya kepada tuan guru kita, al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al Idrisi sekalu al Musyriful ‘Am / Penasihat Eksekutif Darul Ansar, sepanjang saya menjalankan tanggungjawab YDP ini melakukan kesilapan dan kesalahan dalam mentadbir Darul Ansar, para Ahli Majlis Syura Darul Ansar, para ahli Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia, para ahli saham dan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka, Ahli Lembaga Pengarah Akademi Rawatan Islam Darul Ansar, pemegang saham Darul Ansar Trading And Marketing, seluruh ikhwan Darul Ansar.


Al Faqir Ilallah al Qawi
Ustaz Haliman bin Haji Sidek
Yang Dipertua
Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia 2009/2011

PERUTUSAN EIDUL FITRI 1432 HIJRIYAH OLEH TUAN SYEIKH MUHAMMAD RAJAB AL IDRISI


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَمَنْ تَبِعَهُمْ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ، أَمَّا بَعْدُ

Alhamdulillah, segala pujian ditinggikan kepada Allah ‘Azza Wajalla. Salawat dan salam buat junjungan kekasih yang sentiasa dirindui Sayyiduna wa Maulana Muhammad SAW, kepada ahli keluarganya, para sahabatnya, para ulama dan auliya’ yang mengikuti jejak langkahnya mereka yang baik sehingga hari kiamat. Amin.

Kita bersyukur kepada Allah SWT kerana telah hampir kepada kita untuk menyambut Eidul Fitri 1432 Hijriyah. Semoga perayaan yang kita bakal sambut ini benar-benar yang dikehendaki oleh Baginda Nabi SAW iaitu suatu perayaan kemenangan bagi orang-orang yang beriman kerana berjaya menempuhi ujian dalam bulan Ramadhan. Ini bermakna mereka yang gagal dalam ujian Ramadhan dalam erti kata; tidak berpuasa dengan sengaja, melakukan maksiat, mendedahkan aurat walaupun berpuasa, bermain judi dan sebagainya adalah tidak layak menyambut Eidul Fitri ini kerana tiada kemenangan yang sebenar bagi mereka. Sambut Eidul Fitri bagi mereka ini hanyalah adat semata-mata, sedang bagi mereka yang beriman mereka wajib menyambutnya dengan sambutan yang dikehendaki syariat seperti yang telah disabdakan oleh Baginda Nabi SAW yang berbunyi:

زَيِّنُ عِيْدُكُمْ بِالتَّهْلِيْلِ وَالتَّحْمِيْدِ وَالتَّكْبِيْرِ وَالتَّسْبِيْحِ وَصَدَقَةٍ وَزِيَارَةِ بَيْنَكُمْ

“Hiasilah perayaan kalian dengan Tahlil, Tahmid, Takbir, Tasbih, bersedekah dan berziarah diantara satu dengan yang lain.”

Maka seharuslah sebagai orang-orang yang beriman menyambutnya dengan yang dikehandaki oleh Islam dengan memperbanyakkan Takbir raya bermula pada selepas berbuka puasa malam terakhir ramdhan sehingga sebelum khutbah raya Eidul Fitri, menziarahi sahabat handai, teman-teman, jiran tetangga dan sebagai dengan saling bermaaf-maafan membuang perkara-perkara yang keruh dan mengambil yang jernih serta merapatkan hubungan silaturrahim. Di antara perkara lain yang dianjurkan Islam adalah memperbanyakkan sedekah sama ada bersedekah kepada kanak-kanak, orang dewasa atau warga emas kerana telah disabda junjungan Besar Nabi SAW yang berbunyi:

لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَرْحَمْ صَغِيْرَنَا وَلَمْ يَكْرَمْ كَبِيْرَنَا

“Bukan dikalangan umatku, mereka yang tidak mengasihi orang muda dan mereka yang tidak menghormati orang tua.”

Marilah kali ini kita menyambut Eidul Fitri dengan penuh sederhana dan mengikut sunnah Baginda Nabi SAW.

Pada kesempatan ini saya selaku Penasihat Eksekutif / al Musyrif al 'Am Darul Ansar menyusun sepuluh jari untuk memohon ampun dan maaf kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat di seluruh alam ini, khususnya kepada kedua ibu bapa saya yang penuh berjasa iaitu Sohibul Fadhilah al ‘Allamah Ustaz Haji ‘Abdul Halim bin Haji Maidin dan al Fadhilah Ustazah Hajah Zaleha binti Haji Mohd Nor al Ahmadi, para masyaeikh saya terutamanya al ‘Arif Billah Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani RA, Maulana Sayyid Ahmad bin Idris al Idrisi al Hasani RA dan Maulana Sayyid Musthafa bin Idris al Idrisi al Hasani RA, para ahli Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia, para ahli dan pemegang saham dan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka, Ahli Lembaga Pengarah Akademi Rawatan Islam Darul Ansar, pemegang saham Darul Ansar Trading And Marketing, seluruh ikhwan Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah dan Khulafa’ al Shoghirin al Ahmadiyah al Idrisiyah serta seluruh Warga Darul Ansar.

Semoga Eidul Fitri kali ini memberikan keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT. Amin.


Al Faqir Ilallah al Qawi
Haji Muhammad Rajab Akmal bin Haji Abdul Halim al Idrisi al Ahmadi,
Al Musyrif al ‘Am Darul Ansar,
Khalifah Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah.

Sunday, September 5, 2010

SURAT IJAZAH TARIQAT AHMADIYAH IDRISIYAH

Surat Ijazah Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah dan perlantikan sebagai Khalifah Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah daripada al 'Arif Billah Maulana Sayyid Ahmad bin Idris al Idrisi al Hasani RA kepada SF. Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al Idrisi al Ahmadi.


Surat perlantikan sebagai Khalifah Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah daripada al 'Arif Billah Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani RA kepada Sohibul Fadhilah Ustaz Syeikh Muhammad Rajab al Idrisi.

Surat Ijazah Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah daripada al 'Arif Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani RA kepada al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal al Idrisi al Ahmadi.

MAJLIS SYURA DARUL ANSAR 2009/2011


Thursday, September 2, 2010

TOK GURU NIK AZIZ

Tokoh ulama' yang berpengaruh di dunia, idola mujahid moden...beliau adalah YAB Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz bin Hj. Nik Mat, Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim. Semoga Allah sentiasa membantunya dalam membawa dan mengembangkan Islam dibawah pemerintahannya. Amin

PERUTUSAN SYAWAL OLEH PUAN PENDAFTAR DARUL ANSAR





Assalamualaikum WBT.....


Buat Serikandi Darul Ansar

Hari Lebaran menjelang tiba. Pastinya kaum ibulah yang paling sibuk untuk menyiapkan segala kelengkapan.Bermula dengan kelengkapan diri sendiri, keluarga, rumah dan segalanya-galanya agar kelihatan sempurna pada pandangan mata.Tanpa kaum ibu, pasti hari lebaran tiada serinya.

Namun begitu, marilah kita renungi buat seketika. Ada kalanya dalam kesibukan menyiapkan segala kelengkapan, kita sering alpa mengapa kita menyambut hari raya. Buat kaum ibu yang penuh dengan jasa, Eidulfitri merupakan hari kemenangan buat umat Islam yang berpuasa sepanjang Ramadhan. Seperti yang kita sedia maklum, Ramadhan adalah bulan yang mengajar kita bagaimana untuk menahan diri daripada segala perkara yang Allah larang, termasuklah larangan membazir.

Bagaimana kita ingin katakan kita berjaya mengharungi Ramadhan sedangkan menjelang hari raya kitalah golongan yang paling banyak membazir. Segala kelengkapan mahu diganti serba serbi baru malahan pakaian yang disediakan seolah-olah kita mahu berjalan sepanjang Syawal. Adakah bermakna hari raya itu apabila kita terpaksa pening kepala membayar hutang perabot selepas Syawal..dan apalah makna puasa itu apabila kita membeli pakaian yang mahal tetapi tidak menutup aurat. Adakah kita termasuk dalam golongan orang yang berjaya?

Tentu hari raya ini lebih bermakna jika kita sambut secara sederhana. Bukankah sederhana itu penuh dengan kemanisan. Sambutlah kedatangan Syawal ini sesuai dengan amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan. Semoga segala pengorbanan yang dilakukan oleh kaum ibu sepanjang Ramadhan mendapat keberkatan daripada Allah.

Sempena Syawal yang menjelang tiba, saya ingin memohon sejuta kemaafan di atas segala salah silap yang tidak disedari kepada seluruh serikandi Darul Ansar. Jutaan terima kasih juga diucapkan di atas pengorbanan serikandi sekalian kerana memberi sokongan kepada suami dalam perjuangan menyelamatkan akidah umat Islam hari ini dalam Darul Ansar. Tanpa serikandi sekalian, sudah tentu Darul Ansar tidak dapat berdiri teguh hingga ke hari ini. Moga Allah kekalkan kita dalam kebaikan.

Salam lebaran,

Puan Azura,
Pendaftar merangkap Bendahari Darul Ansar

MAULANA SAYYID IDRIS BIN MUHAMMAD AL IDRISI AL HASANI ra

Gambar ini adalah wajah ayahanda tuan guru kita al 'Arif Billah Maulana Sayyid Ahmad bin Idris al Idrisi al Hasani RA, al 'Arif Billah Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi dan al 'Arif Billah Maulana Sayyid Musthafa bin Idris al Idrisi al Hasani RA iaitu al Imam al Qutub Maulana Sayyid al Syarif Idris bin Muhammad al Syarif al Idrisi al Hasani RA. Beliau merupakan Mursyid Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah, selepas kewafatannya, beliau telah mengamanahkan kepimpinan tariqat ini kepada anak-anaknya yang merupakan guru-guru kepada al Fadhil al 'Allamah Ustaz Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al Idrisi al Ahmadi. Semoga Allah SWT merahmati dan meredhai mereka. Amin.

KAUM HAWA DARUL ANSAR DALAM SINAR HARIAN

Kelihatan kaum muslimat Darul Ansar menyediakan hidangan pada program Hari Keluarga Darul Ansar. Turut kelihatan Ustazah Norazura binti Ibrahim.


RIJALUL ANSAR....Sinar Harian

Kumpulan Qasidah Rijalul Ansar yang diketuai oleh Tuan Haji Mohd Zazmie bin Mohd Zain (Pembaca berita Melaka.fm) ketika ditemubual oleh akhbar Sinar Harian. Semoga ahli Rijalul Ansar selalu mendapat pertolongan dan bantuan serta keberkatan daripada Allah SWT selalu. Amin.

SINAR HARIAN....Bersih kubur lama

Keratan akhbar dalam Sinar Harian. Program Darul Ansar membersihkan kubur lama di Kuala Linggi, Melaka. Terdapat pusat suluk Tariqat al Naqsyabandiyah yang dipimpin oleh Tuan Guru Haji Yunus atau lebih masyhur dengan panggilan Mat Qari dikalangan anak-anak muridnya dan masyarakat sekitar.


SEKOLAH MENGANDUNG

Keratan akhbar Sinar Harian yang menemuramah Sohibul Fadhilah Syeikh Muhammad Rajab Akmal al Idrisi mengenai sekolah mengandung yang ura-ura nak dilaksanakan oleh KM Melaka pada bulan september ini... Last-last tangguh... Tak tahulah apa puncanya...Apa-apa pun hanya satu cara sahaja untuk mencegah dan mengelak berlakunya kes buang bayi, mengandung luar nikah, zina dan sebagainya iaitu KEMBALI KEPADA PERATURAN DAN HUKUM ALLAH YANG JELAS LAGI TEPAT DALAM AL QURAN....


Sebenarnya apa yang telah berlaku di negara kita adalah suatu balasan Allah SWT kepada golongan yang mendakwa ISLAM tapi masih menentang dan menolak Hukum Allah yang mencipta ISLAM itu sendiri....pelik bukan??? Apa yang berlaku ini sebenarnya Allah SWT ingin menunjukkan kepada manusia, bahawa begitu bodoh dan hinanya undang-undang yang dicipta manusia itu sendiri. Semoga Allah SWT memberi hidayah dan petunjuk kepada pemimpin-pemimpin negeri dan negara kita. Kita ini hidup tak lama, esok lusa kita mati...kelak nanti dipersoal oleh Allah SWT...Sama-samalah kita fikirkan.....

Wednesday, September 1, 2010

BEKAM.....
















BEKAM.
















BEKAM...











Antara peserta-peserta kursus bekam sunnah yang menerima sijil penyertaan daripada Sohibul Fadhilah Ustaz Hj. Muhammad Rajab Akmal al Idrisi, sekalu pengajar utama dan al Musyrif al 'Am Darul Ansar Malaysia di Akademi Rawatan Islam Darul Ansar Pulau Gadong, Melaka.




BEKAM










Antara peserta kursus bekam yang menerima sijil penyertaan di dalam kursus bekam yang dianjurkan Darul Ansar. Insya Allah, mereka akan menerima Ijazah Sanad al Hijamah pada Majlis Konvokesyen Pengijazahan Perubatan Islam Kali Ke-2 nanti.




فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR