Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Thursday, August 12, 2010

TAZKIRAH RAMADHAN 1431H


Oleh: SF Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al-Idrisi
Khalifah Tariqah Muhammadiyah Idrisiyah Ahmadiyah Malaysia
Musyriful ‘Am Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia
Merangkap CEO Akademi Rawatan Islam Darul Ansar
Kelebihan Bulan Ramadhan


اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَصْحَابِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَزْوَاجِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى أَنْصَارِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ذُرِّيَّةِ سَيِّدِنَا وَمَوْلاَنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى مَنْ تَبِعَهُمْ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ فِيْ كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا وَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ، أَمَّا بَعْدُ...

Bulan Ramadhan yang mulia ini merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaannya. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaan dan kelebihannya yang dikurniakan oleh Allah iaitu bulan Rejab dan bulan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah SWT sepanjang Ramadhan yang mulia ini, di sini saya datangkan beberapa buah hadith yang menceritakan mengenai kelebihan dan keistimewaannya.

1. Sayyiduna Abu Hurairah RA menyatakan: Telah bersabda Baginda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila telah tibanya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.”

-Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Nasai'e, Imam Ahmad dan Imam Baihaqi-

2. Daripada Sayyiduna Abu Hurairah RA daripada Baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosa-dosanya yang telah berlalu.”

-Diriwayat oleh Imam Nasai'e, Imam Ibnu Majah, Imam Ibnu Hibban dan Imam Baihaqi-

3. Bahawasanya Sayyiduna Abu Hurairah RA telah berkata: “Aku telah mendengar bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh dengan keimanan dan keikhlasan, maka diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu.”

-Hadith riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam Nasai'e, Imam Malik, Imam Ahmad dan Imam Baihaqi-

4. Daripada Sayyiduna Abu Hurairah RA telah berkata: Bahawa Baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: “Solat yang difardhukan kepada solat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan (iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan: Syirik kepada Allah SWT, meninggalkan sunnah dan perjanjian (bai’ah). Telah berkata Sayyiduna Abu Hurairah RA: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik kepada Allah SWT telah kami ketahuinya, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda SAW telah bersabda: Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (Islam).”

-Hadith diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Imam Al-Hakim, dan Imam Baihaqi-.

5. Daripada Sayyiduna Abu Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Sayyiduna Abu Hurairah RA berkata: “Baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Setiap amalan anak Adam AS adalah untuk dirinya melainkan puasa maka ia adalah untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu dengan isteri) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata: Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana nyawa Nabi Muhammad SAW ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah SWT pada hari kiamat nanti daripada bau haruman kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya.

-Hadith riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Nasai'e, Imam Ahmad, Imam Ibn Khuzaimah, Imam Ibn Hibban dan Imam Baihaqi-

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR