Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Tuesday, August 31, 2010

RISALAH AL 'ALIYYAH

Tariqat Dan Tasawwuf - Risalah Aliyah TARIQAT DAN TASAWWUF

TARIQAT atau Tariqah merupakan intipati pelajaran Ilmu Tasawwuf yang mana dengannya seseorang itu dapat menyucikan dirinya dari segala sifat-sifat yang keji dan menggantikannya dengan sifat-sifat Akhlaq yang terpuji.

Ia juga merupakan batin bagi Syari’at yang mana dengannya seseorang itu dapat memahami hakikat amalan-amalan soleh di dalam Agama Islam. Ilmu Tariqat juga merupakan suatu jalan yang khusus untuk menuju Ma’rifat dan Haqiqat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ia termasuk dalam Ilmu Mukasyafah dan merupakan Ilmu Batin, Ilmu Keruhanian dan Ilmu Mengenal Diri. Ilmu Keruhanian ini adalah bersumber dari Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang diwahyukan kepada Hadhrat Jibrail ‘Alaihissalam dan diwahyukan kepada sekelian Nabi dan Rasul khususnya Para Ulul ‘Azmi dan yang paling khusus dan sempurna adalah kepada Hadhrat Baginda Nabi Besar, Penghulu Sekelian Makhluk, Pemimpin dan Penutup Sekelian Nabi dan Rasul, Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Alihi Wa Ashabihi Wasallam. Kemudian ilmu ini dikurniakan secara khusus oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada dua orang Sahabatnya yang unggul iaitu Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma. Melalui mereka berdualah berkembangnya sekelian Silsilah Tariqat yang muktabar di atas muka bumi sehingga ke hari ini. Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga mengurniakan Ilmu Keruhanian yang khas kepada Hadhrat Salman Al-Farisi Radhiyallahu ‘Anhu. Di zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seorang Tabi’in yang bernama Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu juga telah menerima limpahan Ilmu Keruhanian dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam meskipun dia berada dalam jarak yang jauh dan tidak pernah sampai ke Mekah dan Madinah bertemu Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, sedangkan beliau hidup pada suatu zaman yang sama dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Pada tahun 657 Masihi Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘Alaih telah membangunkan suatu jalan Tariqat yang mencapai ketinggian yang terkenal dengan Nisbat Uwaisiyah yang mana seseorang itu boleh menerima limpahan Keruhanian dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian Para Masyaikh Akabirin meskipun pada jarak dan masa yang jauh.

Di dalam kitab ‘Awariful Ma’arif ada dinyatakan bahawa di zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma telah menghidupkan perhimpunan jemaah-jemaah di mana upacara Bai’ah dilakukan dan majlis-majlis zikir pun diadakan. Tariqat menurut pengertian bahasa bererti jalan, aliran, cara, garis, kedudukan tokoh terkemuka, keyakinan, mazhab, sistem kepercayaan dan agama.

Berasaskan tiga huruf iaitu huruf Ta, Ra dan Qaf. Ada Masyaikh yang menyatakan bahawa huruf Ta bererti Taubat, Ra bererti Redha dan Qaf bererti Qana’ah. Lafaz jamak bagi Tariqat ialah Taraiq atau Turuq yang bererti tenunan dari bulu yang berukuran 4 hingga 8 hasta dan dipertautkan sehelai demi sehelai. Tariqat juga bererti garisan pada sesuatu seperti garis-garis yang terdapat pada telur dan menurut Al-Laits Rahmatullah ‘alaih, Tariqat ialah tiap garis di atas tanah, atau pada jenis-jenis pakaian. Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyebut lafaz Tariqat sebanyak 9 kali pada 5 Surah di dalam Al-Quran seperti berikut:

1. Surah An-Nisa ayat 168 – Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa) mereka dan tidak (pula) akan menunjukkan jalan kepada mereka. Ayat ini menerangkan bahawa Allah hanya akan menunjukkan jalanNya kepada mereka yang tidak kufur dan tidak melakukan kezaliman.

2. Surah An-Nisa ayat 169 – Kecuali jalan ke Neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Ayat ini menerangkan bahawa jalan yang dipilih oleh orang-orang kafir itu hanya akan membawa mereka kekal di dalam Neraka Jahannam.

3. Surah Taha ayat 63 – Mereka berkata: "Sesungguhnya dua orang ini adalah benar-benar ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari negeri kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan kedudukan kamu yang utama. Maksudnya, ahli-ahli sihir Firaun itu menganggap bahawa kedatangan Hadhrat Nabi Musa ‘Alaihissalam dan Hadhrat Nabi Harun ‘Alaihissalam ke Mesir itu ialah hendak menggantikan Firaun dan orang-orangnya sebagai Penguasa di Mesir. Sebahagian Ahli Tafsir mengartikan Tariqah di sini dengan keyakinan (Agama).

4. Surah Taha ayat 77 – Dan Sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa: "Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israil) di malam hari, Maka buatlah untuk mereka jalan yang kering dilaut itu, kamu tak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)". Membuat jalan yang kering di dalam laut itu ialah dengan memukul laut itu dengan tongkat. Lihat ayat 63 Surah Asy-Syu'ara.

5. Surah Taha ayat 104 – Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan, ketika berkata orang yang paling lurus jalannya di antara mereka: "Kamu tidak berdiam (di dunia), melainkan hanyalah sehari saja". Yang dimaksudkan dengan lurus jalannya, ialah orang yang agak lurus fikirannya atau amalannya diantara orang-orang yang berdosa itu. Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan ketika berkata orang yang paling lurus jalan Tariqatnya di antara mereka: “Kamu tidak berdiam di Dunia melainkan hanyalah sehari sahaja.”

6. Surah Al-Ahqaf ayat 30 – Mereka berkata: "Hai kaum kami, Sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan Kitab-Kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus. Yakni mereka berkata: “Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab Al-Quran yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya, lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan Tariqat yang lurus.”

7. Surah Al-Mukminun ayat 17 – Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan (tujuh buah langit); dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (kami). Yakni sesungguhnya Allah telah menciptakan di atas kita tujuh buah jalan-jalan Tariqat (tujuh buah lapisan langit) dan Allah tidaklah lengah dan lalai terhadap sekelian ciptaanNya.

8. Surah Al-Jin ayat 11 – Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang Salih dan di antara kami ada pula yang tidak demikian halnya, adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. Yakni di antara kami ada orang-orang yang Salih dan di antara kami ada pula yang tidak demikian halnya, adalah kami menempuh jalan Tariqat yang berbeza-beza.

9. Surah Al-Jin ayat 16 – Dan bahwasanya, jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (Agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak).

Tariqat menurut istilah di kalangan ‘Ulama Tasawwuf bererti:

1) Jalan kepada Allah dengan mengamalkan Ilmu Tauhid, Feqah dan Tasawwuf.
2) Cara atau kaifiat mengerjakan sesuatu amalan untuk mencapai sesuatu tujuan.

Drs. Imron Aba menyatakan menyatakan dalam bukunya Di Sekitar Permasalahan Tariqat Naqshbandiyah bahawa:

“Pengertian Tariqat sebagaimana yang berkembang di kalangan ‘Ulama Ahli Tasawwuf iaitu jalan atau petunjuk dalam melaksanakan sesuatu ibadah sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan yang dicontohkan baginda SAW serta dikerjakan oleh Para Sahabatnya, Tabi’in, Tabi’it Tabi’in dan terus turun temurun sampai kepada Guru-Guru, ‘Ulama-‘Ulama secara bersambung dan berantai hingga pada masa kita ini.”

Istilah Tariqat ini muncul pada kurun ketiga Hijrah, walaubagaimanapun pengamalan Tariqat di zaman Nabi dan Para Sahabat masyhur dengan nama As-Sunnah iaitu menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam secara Zahir dan Batin. Tariqat bertujuan menghidupkan kembali jalan-jalan untuk menuruti segala Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan sebaik mungkin.

Menurut Prof. Dr. H. Abu Bakar Acheh Rahmatullah ‘alaih dalam karangannya yang berjudul Tarekat Dalam Tasawwuf menyatakan bahawa, “Pada awal mulanya Islam tidak mengenal ilmu atau gerakan Batin yang pada waktu ini biasa dinamakan Mistik. Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam membawa Al-Quran yang mengajarkan bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu pembuat undang-undang dan Hakim dalam memberi perintah Amar yang harus dikerjakan oleh manusia dan mengadakan larangan-larangan Nahi yang harus dijauhkan oleh hambaNya.

Maka oleh kerana itu barang siapa mengerjakan perintah itu diberi ganjaran dan barang siapa yang melakukan pelanggaran atas perintahNya, dia akan dihukum dengan siksaan.” Seterusnya beliau menulis bahawa perasaan Mistik ini sudah terdapat dalam kalangan Ummat Islam sejak abad ke 2 Hijrah dan antara sifat-sifat dari aliran Mistik ini yang tampak ketara ialah kehendak untuk mengasingkan diri dari Dunia ini, kegiatan mengucapkan kata-kata dan lafaz-lafaz yang tertentu mengenai puji-pujian, penyerahan diri yang tidak terbatas yakni bertawakkal kepada Tuhan sehingga tidak acuh lagi kepada Dunia bahkan kadang-kadang tidak acuh lagi kepada dirinya sendiri sehinggakan dia lupa kepada makanan, pakaian dan kadang-kadang terhadap kewajipan duniawi. Seseorang Mistik yang sesungguh-sungguhnya hanya meletakkan seluruh hidupnya kepada Tuhan. Mereka juga berjalan mengembara dari satu daerah ke daerah yang lain dengan pakaian compang-camping kerana ingin merendahkan diri dalam segala hal terhadap Tuhan. Mereka acapkali bertapa bersepi diri dengan memakai pakain dari kulit-kulit berbulu seperti bulu kambing yang disebut Suf, maka mereka pun diberikan gelaran Sufi bagi menunjukkan kehidupan Mistik mereka.

Ada aliran-aliran yang berikhtiar untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, mencari daya upaya untuk mendapatkan suatu keadaan Fana, lenyap dari segala perasaan keduniaan dengan maksud untuk berdamping dengan Tuhan menerusi amalan Muraqabah dan Musyahadah, bersatu dalam kasih sayang dengan Penciptanya. Maka oleh kerana itu mereka mencari jalan-jalan yang memberikan kepadanya kekuatan Ghaib dan ada juga yang mencari jalan dengan melatih fikirannya terus menerus mengingat Tuhan atau dengan jalan berpuasa atau berjaga malam atau dengan jalan mendengar nyanyian atau muzik atau dengan jalan mengambil nafas dalam asap kemenyan atau minuman-minuman yang menlenyapkan akalnya atau salah satu jalan yang lain sehingga mereka mencapai kepuasa jiwa menurut kehendaknya. Bermula dari kurun ketiga Hijrah Ummat Islam itu terdiri dari golongan ‘Ulama, Asfiya, Umara dan ‘Awam. Para ‘Ulama adalah pewaris Nabi dan mereka bertanggungjawab memelihara Syari’at Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Para Asfiya adalah Para Sufi yang menjadi pewaris Ma’rifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan bertanggungjawab memelihara Haqiqat. Umara adalah golongan pemimpin yang memimpin sesebuah negara Islam.

Golongan ‘Awam pula adalah rakyat biasa yang beragama Islam. Para Asfiya adalah ‘Ulama yang mengutamakan Tasawwuf dalam setiap hal dan keadaan kerana Allah kasih kepada orang yang sentiasa bertaubat dan sentiasa mensucikan diri. Mereka mula membentuk serta menyusun sistem dan sukatan pelajaran bagi orang-orang yang cenderung untuk tunduk dan patuh mengamalkan Agama Islam sepertimana Para ‘Ulama Mujatahidin telah menyusun sistem perundangan Syari’at. Agama Islam adalah agama sempurna yang menyeluruh dan meliputi seluruh bidang kehidupan manusia dan untuk menghayatinya memerlukan kesepaduan ilmu-ilmu Syari’at, Tariqat, Ma’rifat dan Haqiqat barulah seseorang itu akan mencapai kedudukan yang sempurna di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kesepaduan Ilmu itu adalah seperti berikut:

1) SYARI‘AT – Ilmu Zahir iaitu pengetahuan tentang perintah-perintah dan larangan-larangan Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta hukum ahkam. Pengetahuannya dapat di perolehi menerusi Ilmu Feqah yang telah disusun oleh Para ‘Ulama Mujtahidin seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad Hambali Rahimahumullah yang merupakan Para Imam Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Ilmu Syari’at adalah ilmu tentang usul agama berdasarkan Al-Quran, Al-Hadits, Ijma’ dan Qiyas. Pengamalan ilmu ini adalah bersifat zahir dan perlu dilengkapi dengan Ilmu Batin Syari’at.

2) TARIQAT – Ilmu Batin Syari’at dan ianya adalah menghayati perlaksanaan Syari’at dengan sebaik mungkin kerana menerusi pengamalan yang betul akan melahirkan Akhlak Muhammadiyah iaitu tatakrama dan tingkahlaku yang baik serta adab kesopanan terhadap Tuhan dan sesama makhluk. Pengetahuan tentangnya dapat diperolehi menerusi Ilmu Tasawwuf dan mengamalkannya setelah mengambil Bai’ah dengan Guru Mursyid menerusi jalan Tariqat yang muktabar seperti Idrisiyah, Naqshbandiyah, Qadiriyah, Suhrawardiyah, Syaziliyah atau Chistiyah dan sebaginya.

3) MA’RIFAT – Ilmu Batin iaitu pengetahuan tentang Zat Allah Yang Esa, Sifat-SifatNya, Tindakan dan PerbuatanNya, Nama-NamaNya serta Hikmah-HikmahNya. Ilmu ini dapat diperolehi menerusi Ilmu Tauhid beserta pengamalan Syari’at Zahir dan Batin yakni Tariqat kerana Ilmu Ma’rifat itu bersifat Batin maka ianya memerlukan amalan Batin.

4) HAQIQAT – Ilmu Batin bagi Ma’rifat dan sebagai perumpamaan:

“Syari’at itu bagaikan pohon, Tariqat bagaikan cabang, Ma’rifat bagaikan daun dan Haqiqat bagaikan buah.”

Ilmu Haqiqat ialah mencapai keyakinan tentang hakikat Zat dan KeesaanNya, hakikat Sifat-SifatNya dan hakikat Af’alNya beserta HikmahNya. Ilmu inilah yang akan memberikan kita hasil pengertian sebenar akan hakikat beragama.TASAWWUF ialah menyucikan Batin dengan cahaya Ma’rifat dan Tauhid kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang mana dengannya akan terhasillah akhlak kehambaan yang sempurna menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sumber perkataan Tasawwuf telah lama diperdebatkan dan telah masyhurlah di dalam kebanyakan kitab-kitab Tasawwuf yang menjelaskan bahawa perkataan Tasawwuf itu berasal dari perkataan Saf yang bererti suci dan tulus sepertimana Hadhrat Bisyr Ibni Al-Harits Rahmatullah ‘alaih ada mengatakan bahawa, “Sufi adalah orang yang hatinya tulus (Safa) terhadap Tuhan.” Para Sufi adalah orang-orang yang mengamalkan Tasawwuf dan mereka dinamakan sebagai Para Sufi kerana kemurnian dan kebersihan hati serta akhlak mereka yang baik.

Mereka adalah orang-orang yang tulus hatinya terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mendapat Rahmat yang khusus dariNya. Perkataan Saf merupakan Masdar bermakna suci dan perkataan Tasawwuf adalah kata terbitan pada timbangan wazan Tafa”ul memberikan pengertian Takalluf yang bermakna penyucian yakni melakukan suatu amal perbuatan serta tindakan untuk menyucikan sesuatu. Ada juga yang mengatakan ia berasal dari perkataan Saf Al-Awwal yang bererti ahli barisan yang pertama di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana besarnya keinginan dan kecenderungan hati mereka terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan segala rahsia diri mereka hanya ada di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka juga sentiasa berusaha mendapatkan saf yang pertama di dalam Solat berjemaah.

Para Masyaikh menta’birkannya dengan berbagai perumpamaan seperti orang yang sentiasa bersegera ke arah kebaikan dan kebajikan serta sentiasa bersedia berjihad dan berada di barisan yang hadapan. Para Sufi yang benar sentiasa berusaha meletakkan diri mereka dalam perhatian Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mereka amat cenderung untuk mencari Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta mereka tahu bahawa Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang khas ada terdapat di dalam melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan menuruti tindakan yang telah disunnahkan oleh Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Mereka adalah orang-orang yang berada di saf yang awal.

Ada yang mengatakan bahawa ia berasal dari Ashab As-Suffah iaitu sifat-sifat Para Sufi itu menyamai sifat-sifat orang-orang yang tinggal di serambi masjid iaitu Suffah yang hidup di zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Mereka adalah Para Sahabat Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mulia. Mereka redha kepada Allah dan Allah juga redha kepada mereka. Mereka adalah orang-orang yang faqir terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta hidup mereka hanya bergantung penuh denganNya menerusi doa munajat, sabar dan tawakkal. Para Sahabat Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menjadi Ahli Suffah amat tinggi darjat mereka di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana mereka sentiasa memenuhkan masa mereka dengan zikir dan ibadah. Mereka juga gemar berpuasa. Di sebabkan hidup mereka yang sebatang kara, mereka lebih senang tinggal di serambi masjid kerana dekat untuk mereka bertemu dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika Solat dan menghadiri majlis Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Antara mereka yang masyhur adalah Hadhrat Bilal Ibni Rabah, Hadhrat Salman Al-Farisi, Hadhrat Abu Hurairah, Hadhrat Khabbab Ibni Al-Arat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in. Para Sufi yang mulia sentiasa menjadikan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in sebagai panduan dalam kehidupan mereka kerana Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang mafhumnya bahawa, “Persamaan yang ada pada diri Para Sahabat adalah ibarat bintang-bintang, barangsiapa mengikuti mereka nescaya akan dipimpin ke jalan yang lurus.”Ada juga yang mengatakan bahawa perkataan Tasawwuf itu berasal dari Suf iaitu bulu kambing dan ini merupakan pendapat yang masyhur.

Para Sufi di zaman awal Islam sering dikaitkan dengan perkataan ini kerana mereka gemar memakai baju jubah yang diperbuat dari kain wool iaitu bulu kambing biri-biri. Adapun jubah bulu kambing itu digemari di kalangan kaum Sufi kerana ia amat berguna untuk memanaskan badan mereka ketika musim sejuk dan boleh di jadikan hamparan untuk mereka tidur dan boleh pula di jadikan sejadah untuk bersolat. Walaubagaimanapun ada sebilangan Masyaikh yang memakai jubah yang diperbuat dari bulu kambing untuk menampilkan tahap kedudukan Ruhaniah masing-masing.

Di dalam kitab Sirrul Asrar ada dinyatakan bahawa bagi tingkatan permulaan atau Mubtadi, bulu kambing biri-biri Suf Al-Ghanam digunakan; bagi tingkatan menengah atau Mutawassit bulu kambing Suf Al-Ma’zi dan bagi tingkatan atas iaitu Muntahi adalah bulu kambing Suf Al-Mar’az iaitu bulu yang paling halus. Begitulah juga dengan tingkatan batin seseorang itu tergantung kepada martabat ketinggian keadaan kerohaniannya. Perkataan Tasawwuf itu terdiri dari empat huruf iaitu Ta, Sad, Waw dan Fa.

Menurut Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih, huruf Ta itu adalah dari kata At-Taubah dan Taubat itu terbahagi kepada dua iaitu Taubat Zahir dan Taubat Batin. Taubat Zahir adalah manusia kembali dengan seluruh badannya yang zahir dari dosa dan sifat tercela kepada ketaatan, dari keingkaran kepada penyerahan menerusi penyucian hati. Apabila seseorang itu telah berhasil menukarkan segala sifat yang buruk dalam dirinya kepada sifat yang terpuji, maka sempurnalah dia menempuh maqam Ta. Huruf Sad diambil dari As-Saffa yang ertinya bersih. Bersih terbahagi kepada dua iaitu bersih Qalb dan bersih Sirr.

Bersih Qalb ertinya membersihkan hati dari kekotoran Sifat Basyariah iaitu sifat-sifat manusiawi seperti syahwat yang didorong oleh hati, banyak makan dan minum, banyak tidur dan banyak berbicara, menyenangi benda dunia seperti usaha yang berlebihan, bersetubuh yang berlebihan dan mencintai anak-anak dan kaum keluarga secara berlebihan. Untuk membersihkan hati dari sifat-sifat seperti ini hanya dapat terhasil dengan tetap melaksanakan zikir yang telah ditalqinkan oleh Guru Mursyid. Bila hati telah dibersihkan maka akan terukirlah di dalam hati gambaran ghaib dari kebaikan mahupun keburukan sepertimana sabdaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mafhumnya:

“Orang ‘Alim itu mengukir dan orang ‘Arif membersihkannya.”

Adapun bersih Sirr ialah menjauhi segala sesuatu selain Allah dan mencintai Allah dengan terus menerus melaksanakan Asma Tauhid dengan lidah rahsia di dalam rahsia dirinya. Apabila seseorang itu berhasil mencapai sifat yang sedemikian maka sempurnalah baginya maqam Sad. Adapun huruf Waw diambil dari lafaz Al-Wilayah dan ianya merupakan tertib dalam menjalani penyucian hati yang mana seseorang itu akan mencapai maqam kewalian.

Sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Al-Quran pada Surah Yunus ayat 62 yang bermaksud:

"Ingatlah, sesungguhnya Para Wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati, mereka mendapat khabar gembira dalam kehidupan di Dunia dan dalam kehidupan di Akhirat."

Natijah dari Al-Wilayah atau Kewalian ini yang mana seseorang itu akan berakhlak dengan akhlak Allah Tabaraka Wa Ta’ala sepertimana sabdaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

“Takhallaqu Bi Akhlaqillahi Ta’ala,”

Yang bermaksud:

"Berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah Subhanahu Wa Ta’ala."

Seseorang itu hanya dapat mencapai sifat-sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala apabila dia telah menghilangkan sifat-sifat Basyariah dalam dirinya sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Hadits Qudsi:

“Apabila Aku mencintai seorang hamba maka Aku akan menjadi pendengarannya dan penglihatannya dan lidahnya dan tangannya dan kakinya. Maka denganKu dia mendengar dan denganKu dia melihat dan denganKu dia bicara dan denganKu dia marah dan denganKu dia berjalan.”

Maka hendaklah kita membersihkan diri dari selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana firman Allah dalam Surah Al-Isra ayat 81 yang bermaksud:

"Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Yakni katakanlah! Bahawa telah datang yang Haq dan telah lenyaplah yang Batil, sesungguhnya yang Batil itu pasti lenyap."

Apabila seseorang itu berjaya mencapai ke tingkatan kewalian ini maka dia telah berhasil mencapai maqam Waw. Huruf Fa diambil dari perkataan Al-Fana yang ertinya peleburan diri pada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila seseorang Salik telah meleburkan sifat Basyariah kemanusiawiannya maka akan tinggal sifat Ahadiyah dalam dirinya. Sifat Ahadiyah adalah sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang tidak akan rosak dan hilang. Maka kekallah seseorang hamba itu dalam keadaan fana bersama Tuhan Maha Pemelihara yang kekal dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan kekallah hati yang fana bersama dengan rahsia yang kekal dan perumpamaannya sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Al-Qasas ayat 88 yang bermaksud, Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, Tuhan apapun yang lain. tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah, bagi-Nyalah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.

Ayat ini ditakwilkan dengan keredhaan terhadap apa yang dapat menghadapkan diri kita kepadaNya dari amalan yang soleh demi mengharapkan WajahNya dan KeredhaanNya. Maka kekallah orang yang diredhai bersama dengan yang meredhai. Dengan mengerjakan amalan yang soleh akan hiduplah hakikat insan dalam diri seseorang. Apabila telah sempurnanya Fana, akan terhasillah Baqa yang ertinya abadi di Alam Qurbah. Itulah merupakan maqam Para Nabi dan Para Wali di Alam Lahut. Seseorang yang telah mencapai fana, dia perlu menempuh Al-Faqru yakni kefakiran dan setelah dia berhasil menempuh maqam Faqir di mana pergantungannya pada Allah telah sempurna maka kekallah Sufi dengan Al-Haq Subhanahu Wa Ta’ala abadi selamanya.

Yang dimaksudkan dengan faqir di sini bukanlah faqir terhadap harta benda, tetapi faqir terhadap Rahmat dan Kurnia Allah Subhanahu Wa Ta’ala.Sabda Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, “Al-Faqru Fakhri”Yang bermaksud, “Kefakiran itu adalah kebanggaanku.” Sebilangan Para Masyaikh menyatakan bahawa Ilmu Tasawwuf ini telah disemai di zaman Hadhrat Adam ‘Alaihissalam, dijadikan permata di zaman Hadhrat Nuh ‘Alaihissalam, bercambah di zaman Hadhrat Ibrahim ‘Alaihissalam, berkembang di zaman Hadhrat Musa ‘Alaihissalam, mencapai kematangan di zaman Hadhrat ‘Isa ‘Alaihissalam dan menghasilkan benih-benih suci di zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Permulaan Tasawwuf adalah Iman yang terdiri dari enam rukun iaitu meyakini:

1. Kewujudan dan Keesaan Allah
2. Para Malaikat
3. Kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala
4. Para Rasul
5. Hari Akhirat
6. Taqdir yang baik dan buruk adalah datang dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Penghujung perjalanan Tasawwuf adalah pada mengucapkan keenam-enam rukun Iman tersebut dan membenarkannya di dalam hati. Iman untuk golongan umum adalah menerusi ‘Ilmu yang mana ianya merupakan turutan dari keenam-enam rukun tersebut. Mereka perlu mendapatkan ilmu dari Para ‘Ulama dan Para Imam. Mereka tidak begitu memahami mengapa mereka wajib percaya pada rukun-rukun keimanan dan tidak begitu memahami tentang perjalanan untuk mencapai kejayaan hakiki. Adapun Iman bagi golongan yang khusus, mereka mendapati bahawa amalan Syari’at dan Tariqat adalah selaras dan mereka yang tidak mencapai kesempurnaan Syari’at tidak akan mencapai kesempurnaan Haqiqat.

Menurut Para Masyaikh, perjalanan Tasawwuf seseorang Murid yang Salik tidak dapat tidak perlu menempuhi empat tingkatan iaitu Syari’at, Tariqat, Ma’rifat dan Haqiqat. Pada tahap Syari’at, seseorang Murid perlu memerhatikan perlaksanaan Syara’ dan amalan-amalan dalam Islam. Dia perlu sentiasa ingat pada Syeikhnya dan mematikan dirinya dalam diri Syeikhnya menerusi Muraqabah, menjadikan Syeikhnya sebagai perisai dari sebarang sangkaan yang bersifat Syaitaniyah. Murid perlu menganggap Ruhani Syeikhnya sebagai pembimbing Ruhani dirinya. Ini merupakan tahap Fana Fi Syeikh yakni mematikan dirinya dalam diri Syeikhnya.

Setelah sempurna perjalanan Syari’atnya, maka Murid mula menjalani Tariqat yang mana dia mula memperolehi keupayaan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk menjalani perjalanan Tasawwuf. Pada tahap ini dia akan mengenepikan segala sesuatu yang bertentangan dengan Agama dan mula menyerapkan segala amalan ibadah yang Zahir ke dalam Batinnya. Tanpa kesungguhan, kelebihan dan kekuatan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala, seseorang Murid itu sukar untuk mencapai pada tahap ini.

Syeikh hendaklah membimbing para Muridnya kepada petunjuk Para Masyaikh yang terdahulu, sehingga dalam setiap hal dan keadaan Murid hanya bertawajjuh kepada Para Masyaikh. Ini merupakan tahap Fana Fi Masyaikh yakni mematikan dirinya dalam diri Para Masyaikh. Seterusnya pada tahap Ma’rifat, yang mana Murid telah mencapai pengetahuan-pengetahuan yang luar biasa tentang keimanan dan tahap keruhaniannya mencapai sifat-sifat Kemalaikatan. Dengan bimbingan Syeikh, Murid akan dibimbing ke Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana dia akan sentiasa bertawajjuh kepada Ruhani Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam setiap hal dan keadaan.

Ini merupakan tahap Fana Fi Rasul yakni mematikan dirinya dalam diri Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Pada tahap yang terakhir seseorang Murid itu akan mencapai tahap Haqiqat, yakni tahap kebenaran yang sempurna, yang mana Murid tersebut sentiasa bersama dengan Yang Haq, yang mana dia hanya melihat Yang Haq dalam setiap hal dan keadaan. Ini merupakan tahap Fana Fillah yakni mematikan dirinya dalam diri Allah Subhanahu Wa Ta’ala iaitu dengan menyaksikan segala penzahiran AsmaNya, AwsafNya dan Af’alNya.

Ada sebilangan Masyaikh yang menetapkan sebelas tingkatan dalam perjalanan Tasawwuf seperti berikut:

1. Muwafiqat - Murid mula memusuhi segala musuh Allah iaitu Syaitan, Dunia, Hawa dan Nafsu. Dirinya mula mengasihi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

2. Mail - Murid mula cenderung terhadap Allah dan melenyapkan segala sesuatu selain Allah pada permukaan hatinya.

3. Muwanisat - Murid mula meninggalkan segala sesuatu dan mula mencari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

4. Mawaddat - Murid menyibukkan dirinya dengan penyerahan, tangisan, cinta dan pengharapan di dalam hatinya.

5. Hawa - Murid memelihara hatinya dengan penuh kesungguhan dengan bermujahadah meninggalkan perkara dosa dan hatinya menjadi lembut.

6. Khullat - Murid menjadikan seluruh anggotanya dalam ketaatan mengingati Allah Ta’ala dan melenyapkan segala ingatannya terhadap yang lain.

7. Ulfat - Murid mula mengenepikan dirinya dari segala sifat-sifat yang tercela dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang mulia.

8. Syaghaf - Murid dengan kesungguhan yang ada dalam dirinya telah berupaya menyingkap tabir hijab dan menganggap bahawa membongkarkan rahsia cintanya terhadap Allah Ta’ala sebagai suatu perkara yang boleh menimbulkan Syirik, lalu mereka memelihara segala rahsia tersebut dengan penguasaan Wajd yakni penerimaan penghasilan segala faedah yang bersifat Batin.

9. Taym - Murid menjadikan dirinya sebagai hamba cinta dan menggabungkan dirinya dalam Tajrid dan Tafrid. Tajrid bererti mengasingkan diri dari khalayak, manakala Tafrid bererti berkhalwat dalam diri.

10. Walsh - Murid memelihara cermin hatinya di hadapan keagungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan menjadi mabuk cinta denganNya.

11. ‘Ishiq - Murid sentiasa menyibukkan lidahnya dengan Zikirullah, hatinya dengan memikiri tentang Allah Ta’ala dan Ruhnya menikmati Musyahadah melihat tanda-tanda Kebesaran Allah Ta’ala sehingga dia merasakan dirinya senri tidak wujud.


Dari perkataan Tasawwuf itu terbitlah pula istilah Sufi yang diberikan kepada seseorang yang telah mencapai kesempurnaan Batin dan Ruhaniah. Safa adalah suci dan merupakan maqam kewalian dengan bukti dan riwayat manakala Tasawwuf adalah menuruti jalan penyucian tanpa sebarang alasan. Terdapat tiga golongan yang terbit menerusi Tasawwuf iaitu Sufi, Mutasawwif dan Mustaswif:

1. Sufi adalah seorang yang mematikan dirinya dan hidup di sisi Al-Haq. Dia telah melepaskan dirinya dari sifat-sifat manusiawi dan telah benar-benar mencapai sifat-sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

2. Mutasawwif adalah seorang yang berusaha untuk mencapai ke tingkatan Sufi dengan melakukan berbagai kegiatan mujahadah dalam mencari rahsia hakikat dirinya dan hakikat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

3. Mustaswif pula adalah seorang yang mendakwa diri sebagai Sufi dan Mutasawwif demi mendapatkan wang dan harta benda serta kuasa dan faedah-faedah duniawi.

Mereka langsung tidak tahu tentang golongan Sufi dan Mutasawwif tetapi mendakwa diri mereka sedemikian. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memelihara kita dari termasuk ke dalam golongan Mustaswif ini dan menjadikan kita dalam golongan Sufi dan Mutasawwif; Amin. Adapun menurut Hadhrat Khwajah Abu Yazid Bistami Rahmatullah ‘alaih, perbezaan pendapat tentang perkara yang suci adalah merupakan suatu Rahmat melainkan jika ianya membawa jauh dari pengertian Tauhid.

Menurut Hadhrat Syeikh Abul Hassan An-Nuri Rahmatullah ‘alaih, sepertimana yang telah dinyatakan oleh Hadhrat Khwajah ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Rahmatullah ‘alaih di dalam kitabnya Kashful Mahjub bahawa golongan Para Sufi itu terbahagi kepada dua belas golongan yang mana dua darinya adalah menyesatkan dan sepuluh darinya adalah diterima sebagai petunjuk. Setiap satu dari sepuluh golongan Para Sufi itu mempunyai sistem dan doktrin yang benar lagi kukuh samada menerusi Mujahadah mahupun Musyahadah. Meskipun Tariqat mereka berbeza antara satu sama lain dalam bentuk pengamalan yang khusus dan disiplin, namun mereka bersependapat dalam perkara-perkara Usul Syari’at dan Tauhid. Sepuluh golongan Tariqat yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1. MUHASIBIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abu ‘Abdullah Harits Bin Asad Al-Muhasibi Rahmatullah ‘alaih yang terkenal pada zamannya sebagai Maqbul An-Nafas Wa Maqtul An-Nafs. Beliau seorang yang ‘Alim dalam Ilmu Kalam, Fiqah dan Tasawwuf. Antara kekhususan doktrinnya ialah beliau tidak menetapkan Ridha pada Maqamat sebaliknya meletakkannya dalam Ahwal. Beliau adalah orang pertama yang berpegang dengan pendapat ini dan seterusnya dipegang oleh Para Sufi di Khurasan. Para Sufi di Iraq berpendapat yang sebaliknya, bahawa Ridha adalah salah satu dari Maqamat dan ianya merupakan kesempurnaan dalam Tawakkal.

2. QASSARIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abu Salih Hamdun Bin Ahmad Bin ‘Umara Al-Qassar Rahmatullah ‘alaih. Beliau memperkenalkan sebuah doktrin yang menzahirkan Malamat yakni celaan yang bersifat teguran dan berkhidmat dengan penuh hormat terhadap Para Sufi.

3. TAIFURIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Bin Surushan Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih. Beliau memperkenalkan doktrin Ghalabah dan Sukr. Ghalabah bererti mencapai Jazbah manakala Sukr pula bererti mabuk dalam percintaan dengan Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Hadhrat Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih dan para pengikutnya meletakkan Sukr pada kedudukan yang tinggi mengatasi Sahwu iaitu sifat lupa.

4. JUNAIDIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abul Qasim Al-Junaid Bin Muhammad Al-Baghdadi Rahmatullah ‘alaih. Beliau merupakan ketua Para ‘Ulama di Baghdad pada zamannya dan beliau memperkenalkan doktrin Sahwu yang bertentangan dengan Sukr yang ditampilkan oleh golongan Taifuriyah di Khurasan. Di samping itu menggesa para pengikutnya sentiasa melakukan Muraqabah Batin.

5. NURIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abul Hassan Ahmad Bin Muhammad Nuri Rahmatullah ‘alaih. Prinsip utama dalam doktrinnya adalah mengetengahkan Tasawwuf yakni penyucian jiwa adalah lebih utama dari Faqir yang bererti kemiskinan. Beliau mewajibkan jalan Suhbat bagi Para Sufi dan menuruti Itsar Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in.

6. SAHLIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Sahl Bin ‘Abdullah Al-Tustari Rahmatullah ‘alaih. Doktrinnya memperkenalkan konsep Mujahadah yang bersungguh-sungguh. Maksud utama dari mujahadah yang keras ini adalah untuk melawan segala kehendak Hawa dan Nafsu yang dikategorikan sebagai tahap jiwa yang rendah.

7. HAKIMIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abu ‘Abdullah Muhammad Bin ‘Ali Al-Hakim At-Tirmizi Rahmatullah ‘alaih, seorang ‘Alim yang mengetahui segala Ilmu Usul dan Furu’. Doktrinnya adalah berasaskan Wilayat iaitu Kewalian dan beliau telah menjelaskan hakikat sebenar Kewalian serta darjah-darjah kedudukan Para Wali dalam tingkatan-tingkatan yang tertentu. Beliau menegaskan bahawa prinsip asas Tasawwuf dan Ilmu Ketuhanan adalah berdasarkan Kewalian.

8. KHARRAZIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abu Sa’id Kharraz Rahmatullah ‘alaih yang telah menulis banyak karya-karya berkenaan Tasawwuf dan telah mencapai suatu kedudukan yang tinggi dalam meninggalkan urusan Duniawi. Beliau merupakan orang yang pertama menjelaskan tentang keadaan Fana dan Baqa. Menurut beliau, Fana adalah mematikan diri dalam kesedaran ‘Ubudiyat dan Baqa adalah kekal dalam menghayati dan memikiri tentang Ilahiyat Ketuhanan.

9. KHAFIFIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abu ‘Abdullah Muhammad Bin Khafif Al-Shirazi Rahmatullah ‘alaih. Doktinnya mengetengahkan konsep Ghaibah dan Hudhur yang pada zahirnya nampak berlawanan antara satu sama lain. Adapun yang beliau maksudkan dengan Hudhur ialah kehadiran hati sebagai bukti keyakinan dalam diri seseorang Sufi. Ghaibah bererti ghaib iaitu tidak hadir yang mana pada hatinya ghaib segala sesuatu kecuali kehadiran Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

10. SAYYARIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abul ‘Abbas As-Sayyari Rahmatullah ‘alaih. Beliau adalah seorang Imam di Merv dan ‘Alim dalam berbagai bidang ilmu dan bersuhbah dengan Hadhrat Abu Bakar Al-Wasiti Rahmatullah ‘alaih. Doktrin ajaran beliau mengetengahkan konsep Jama’ yang bererti penyatuan dan Tafriqah yang bererti penjauhan.Kesemua sepuluh golongan Tariqat yang tersebut di atas adalah benar-benar menuruti jalan Tasawwuf berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Tariqat Tasawwuf mereka dianggap sebagai Tariqat Tasawwuf yang awal dan asal bagi sekelian jalan Tariqat yang wujud sehingga kini. Kesemua jalan Tariqat yang muktabar di sisi Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sehingga ke hari ini adalah berpandukan kepada doktrin dan sistem yang telah diperkenalkan oleh mereka.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahmati mereka sekeliannya dan melimpahkan kepada kita dengan Faidhz limpahan keruhanian yang telah Allah Subhanahu Wa Ta’ala limpahkan kepada mereka, berkekalan sehingga ke Hari Qiyamat. Amin. Adapun dua golongan Tariqat yang sesat menurut Hadhrat Syeikh Abul Hassan An-Nuri Rahmatullah ‘alaih adalah seperti berikut:

1. HULULIYAH - Mereka adalah para pengikut Abu Hulman Ad-Damsyiqi. Beliau telah memperkenalkan doktrin Hulul, Imtizaj dan Naskh Arwah yang kesemuanya berlawanan dengan doktrin yang terdapat di dalam Syari’at Islam.

2. FARISIYAH - Mereka adalah pengikut Faris yang mendakwa mereka menuruti ajaran Hadhrat Hussain Bin Mansur Al-Hallaj Rahmatullah ‘alaih. Namun golongan Hallajiyah iaitu mereka yang menuruti ajaran sebenar Hadhrat Hussain Bin Mansur Al-Hallaj Rahmatullah ‘alaih telah mencela tindakan Faris sedangkan kedua-dua golongan Hallajiyah dan Farisiyah tersebut telah mengenepikan perundangan Syari’at, maka telah wujud satu lagi golongan yang sesat iaitu golongan Ibahatiyah iaitu golongan yang menganggap segala sesuatu itu adalah dibenarkan dan mereka kesemuanya adalah sesat.

Hadhrat Qutubul Aqtab Ghauts Ats-Tsaqilain Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan dalam kitabnya Sirrul Asrar pada Fasal yang ke 23 berkenaan dengan Ahli Tasawwuf. Menurut beliau, Ahli Tasawwuf itu ada terbahagi kepada 12 golongan. Golongan yang pertama adalah:

1. AS-SUNNIYUN - Mereka adalah orang yang perkataan dan perbuatan mereka sesuai dengan Syari’at dan Tariqat secara menyeluruh. Mereka adalah Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Sebahagian dari mereka akan masuk Syurga tanpa Hisab dan tanpa siksa sama sekali. Sebahagian lagi akan masuk Syurga dengan Hisab yang ringan dan mendapat sedikit siksaan dengan dimasukkan ke Neraka Jahannam, dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam Syurga. Mereka tidak abadi dalam Neraka Jahannam seperti abadinya orang-orang Kafir dan Munafiq.

2. AL-HALAWIYAH - Mereka adalah golongan yang berpendapat bahawa melihat tubuh wanita cantik dan lelaki yang tampan itu adalah halal. Mereka berpendapat bahawa menari, memeluk dan mencium adalah dibolehkan oleh Agam. Golongan ini adalah jelas Kufur.

3. AL-HALIYAH - Mereka adalah golongan yang berpendapat bahawa menari dan bertepuk tangan adalah halal.Syeikhnya disebut sebagai Halah yang bererti seorang yang sudah tidak diatur oleh Syara’ dan ini adalah merupakan suatu Bida’ah yang tidak ada dalam Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

4. AL-AULIYAIYAH - Mereka adalah golongan yang berpendapat bahawa seseorang hamba jika sudah sampai ke peringkat Kewalian, maka jatuhlah darinya tuntutan-tuntutan Syara’ dan mereka beranggapan bahawa Wali lebih unggul dari Nabi kerana Ilmu Nabi melalui perantaraan Malaikat Jibril ‘Alaihissalam, sedangkan ilmu Para Wali adalah tanpa perantaraan. Ini adalah suatu takwil yang salah. Mereka rosak kerana beri’tiqad seperti itu dan termasuk kepada kekufuran.

5. ATS-TSAMARANIYAH - Mereka adalah golongan yang berpendapat bahawa Suhbah adalah bersifat Qadim sehingga mereka menggugurkan tuntutan suruhan Al-Amar dan larangan An-Nahi. Mereka menghalalkan tabuhan dan gendang serta menganggap halal di antara mereka kalangan para wanita. Mereka pun termasuk Kufur dan boleh dihukumkan dengan hukuman bunuh.

6. AL-HUBBIYAH - Mereka adalah golongan yang berpendapat bahawa seseorang hamba yang telah mencapai darjat Mahabbah, maka dia lepas dari aturan Syari’at dan tidak mahu menutup aurat.

7. AL-HURIYAH - Mereka adalah golongan yang bersependapat dengan golongan Al-Hubbiyah tetapi mereka ada lebihnya iaitu mengaku bahawa mereka bersetubuh dengan Bidadari dan apabila mereka sedar, mereka mandi. Ini pun golongan yang bohong dan rosak.

8. AL-IBAHIYAH - Mereka adalah golongan yang meninggalkan Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar, menghalalkan yang haram dan membolehkan bergaul dengan wanita.

9. AL-MUTAKASILAH - Mereka adalah golongan yang malas dan tidak mahu berusaha. Pekerjaannya meminta-minta dan mengaku bahawa mereka sudah meninggalkan Dunia pada zahirnya, padahal mereka mengejar-ngejar Dunia pada batinnya. Mereka pun termasuk golongan hancur.

10. AL-MUTAJAHILAH - Mereka adalah golongan yang sengaja memakai pakaian orang-orang Fasiq.

11. AL-WAFIQIYAH - Mereka adalah golongan yang berpendapat bahawa tidak ada yang tahu kepada Allah kecuali Allah sehingga mereka meninggalkan upaya mencari Ma’rifat. Mereka pun hancur kerana bodoh.

12. AL-ILHAMIYAH - Mereka adalah golongan yang meninggalkan Ilmu, bahkan melarang belajar. Mereka mengikuti Para Hukama dan mengatakan bahawa Al-Quran adalah penghalang.

Mereka mengatakan bahawa Syair-syair adalah Quran bagi Ahli Tariqah sehinggakan mereka meninggalkan Al-Quran dan mempelajari Syair, mengajarkan Syair-syair kepada anak-anak mereka dan meninggalkan Awrad Zikir. Mereka pun termasuk golongan hancur. Dalam diri mereka terdapat kebatilan.Sehingga ke hari ini, terdapat begitu banyak golongan yang sesat lagi menyesatkan. Ada di antaranya yang sesat disebabkan ‘Aqidah mereka yang begitu jauh menyimpang dari landasan ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Ada juga yang dikategorikan sesat kerana wujudnya amalan Bida’ah yang bertentangan dengan amalan Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Sebagai Ummat Islam, kita perlu berhati-hati agar jangan sampai dakyah golongan ini merosakkan Aqidah seluruh Ummat Islam. Golongan yang sesat ini tidak mahu menggunakan hati mereka untuk mencapai Haqiqat Ma’rifat, bahkan menggunakan Agama Islam sebagai jalan untuk mereka meraih kekuasaan, pangkat, kepentingan diri dan kemasyhuran. Selain dari yang telah dinyatakan di atas, terdapat lagi beberapa golongan yang sesat menurut pengetahuan hamba iaitu:

1. SYI’AH RAWAFIDHZIYAH - Golongan ini diasaskan oleh ‘Abdullah Bin Saba seorang pendita Yahudi yang berpura-pura memeluk Agama Islam dan menyokong kepimpinan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni Abi Talib Karramallahu Wajhahu serta menyebarkan khurafat kepada Ummat Islam pada zaman itu tentang sifat-sifat Ketuhanan yang ada pada Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni Abi Talib Karramallahu Wajhahu.

2. MU’TAZILAH QADARIYAH - Golongan ini mengatakan bahawa manusia sebagai hamba Allah, berkuasa dan berkeupayaan untuk menjadikan atau mengadakan sesuatu perbuatan dari dirinya sendiri secara Ikhtiyari yakni perbuatan yang diusahakan menurut pilihannya sendiri.

3. JABBARIYAH – Golongan Jabbariyah mengatakan bahawa manusia sebagai hamba Allah, tiada baginya sebarang pilihan usaha dan ikhtiyar. Mereka menganggap bahawa segala perbuatan mereka adalah dengan keadaan terpaksa dan tergagah semata-mata, yakni hanya Allah yang berkuasa menjadikan segala-galanya dan manusia sama sekali tiada upaya sekalipun untuk berikhtiyar.

4. QADIANI AHMADIYAH - Golongan ini diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani yang telah mendakwa bahawa dirinya adalah Imam Mahdi, Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam dan juga telah mendakwa bahawa dirinya adalah Nabi yang terakhir. Mereka ini adalah sesat lagi menyesatkan umat manusia dengan dakyah yang amat menyesatkan bagi Ummat Islam. Golongan ini telah dibiayai oleh kerajaan British sebagai propaganda untuk merosakkan ‘Aqidah Ummat Islam di India.

Menurut Hadits mafhumnya, Ummat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan terbahagi kepada 73 golongan, kesemuanya akan masuk Neraka kecuali satu golongan. Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum telah bertanya siapakah golongan yang satu itu? Maka Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bahawa mereka adalah golongan yang mengamalkan kehidupan Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum ‘Ajma’in dalam hidup mereka. Dalam Hadits yang lain ada dinyatakan bahawa Ummat ini tidak akan tersesat selagi mana mereka berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Semua Tariqat yang muktabar adalah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta mengamalkan kehidupan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim ‘Ajma’in.

Ahlus Sunnah Wal Jama’ah mengatakan bahawa, “Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in adalah Ahli Jazbah iaitu ahli tarikan Batin, kerana kekuatan mereka menemani Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.” Tarikan Batin tersebut menyebar kepada Para Masyaikh Tariqat dan bercabang lagi pada Silsilah yang banyak sehingga semakin melemah dan terputus pada kebanyakan Ummat, yang tinggal adalah orang-orang yang meniru-niru sebagai Syeikh tanpa sebarang makna yang dalam, dan tersebarlah kepada ahli-ahli Bida’ah sehingga menjadi beberapa cabang. Adapun Ahli Fiqih dan Ahli Irsyad pada zaman ini sangat sedikit. Ada dua kaedah untuk membezakannya iaitu pada Zahir dan pada Batin.

Zahirnya memegang teguh pada aturan Syari’at dalam perintah mahupun larangan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Batinnya mengikuti jalur Suluk dengan pandangan hati yang jelas bahawa yang sedang diikuti adalah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam merupakan perantara antara dirinya dengan Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dan antara dirinya dengan Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah Ruh Ruhani Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mempunyai Jasmani pada tempatnya dan Ruhani pada tempatnya.Antara Tariqat yang muktabar di sisi Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dari abad ke 2 Hijriyah sehingga ke abad 15 Hijriyah (21 Masihi) ini adalah amat banyak bertebaran di seluruh muka bumi sebagai pecahan dari jalan Tariqat yang utama. Untuk hamba menyenaraikan kesemuanya adalah di luar batas kemampuan hamba. Dr. H. Syeikh Jalaludin telah menyenaraikan 41 jalan Tariqat yang muktabar. Walaupun demikian, hamba akan senaraikan beberapa nama jalan Tariqat beserta nama pendirinya yang menurut penelitian hamba sepertimana yang telah digariskan oleh Para Akabirin Syari’at dan Tariqat adalah muktabar seperti berikut:


NAMA TARIQAT NAMA PENDIRI TARIQAT

1. SUNNIYUN Hadhrat Imamul Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

2. UWAISIYAH Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘alaih

3. QARANIYAH Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘alaih

4. SIDDIQIYAH Hadhrat Imam Ja’afar Sadiq Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘alaih

5. TAIFURIYAH Hadhrat Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Bin Surushan Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih

6. KHWAJAHGANIYAH Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih

7. MUHASIBIYAH Hadhrat Abu ‘Abdullah Harits Bin Asad Al-Muhasibi Rahmatullah ‘alaih

8. QASSARIYAH Hadhrat Abu Salih Hamdun Bin Ahmad Bin ‘Umara Al-Qassar Rahmatullah ‘alaih

9. HAMDUNIYAH Hadhrat Abu Salih Hamdun Bin Ahmad Bin ‘Umara Al-Qassar Rahmatullah ‘alaih

10. BUKHARIYAH Hadhrat Sayyid Jalal Makhdum Jahanian Bukhari Rahmatullah ‘alaih

11. JUNAIDIYAH Hadhrat Abul Qasim Al-Junaid Bin Muhammad Al-Baghdadi Rahmatullah ‘alaih

12. NURIYAH Hadhrat Abul Hassan Ahmad Bin Muhammad Nuri Rahmatullah ‘alaih

13. SAHLIYAH Hadhrat Sahl Bin ‘Abdullah Al-Tustari Rahmatullah ‘alaih

14. HAKIMIYAH Hadhrat Abu ‘Abdullah Muhammad Bin ‘Ali Al-Hakim At-Tirmizi Rahmatullah ‘alaih

15. KHARRAZIYAH Hadhrat Abu Sa’id Kharraz Rahmatullah ‘alaih

16. KHAFIFIYAH Hadhrat Abu ‘Abdullah Muhammad Bin Khafif Al-Shirazi Rahmatullah ‘alaih

17. SAYYARIYAH Hadhrat Abul ‘Abbas As-Sayyari Rahmatullah ‘alaih

18. ZAIDIYAH Hadhrat ‘Abdul Wahid Bin Zaid Rahmatullah ‘alaih

19. ‘IYADHZIYAH Hadhrat Fudhzail Bin ‘Iyadhz Rahmatullah ‘alaih

20. ADHAMIYAH Hadhrat Ibrahim Bin Adham Rahmatullah ‘alaih

21. HUBAIRIYAH Hadhrat Abu Hubairah Al-Basri Rahmatullah ‘alaih

22. ‘AJAMIYAH Hadhrat Habib Al-‘Ajami Rahmatullah ‘alaih

23. KARKHIYAH Hadhrat Ma’aruf Karkhi Rahmatullah ‘alaih

24. SAQATIYAH Hadhrat Sari As-Saqati Rahmatullah ‘alaih

25. GAZRUNIYAH Hadhrat Abu Ishaq Gazruni Rahmatullah ‘alaih

26. TUSIYAH Hadhrat ‘Alauddin At-Tusi Rahmatullah ‘alaih

27. FIRDAUSIYAH Hadhrat Najmuddin Kubra Firdausi Rahmatullah ‘alaih

28. QADIRIYAH Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih

29. SUHRAWARDIYAH Hadhrat Najibuddin As-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih

30. NAQSHBANDIYAH Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Al-Bukhari Al-Uwaisi Rahmatullah ‘alaih

31. CHISHTIYAH Hadhrat Mu’inuddin Chishti Rahmatullah ‘alaih

32. KHADHZRAWIYAH Hadhrat Ahmad Khadhzrawi Rahmatullah ‘alaih

33. WASIWIYAH Hadhrat Ahmad Wasi Rahmatullah ‘alaih

34. SYATTARIYAH Hadhrat ‘Abdullah Syattar Rahmatullah ‘alaih

35. GHAZALIYAH Hadhrat Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali Rahmatullah ‘alaih

36. ZAHIDIYAH Hadhrat Badruddin Zahid Rahmatullah ‘alaih

37. ANSARIYAH Hadhrat ‘Abdullah Ansari Rahmatullah ‘alaih

38. SAFAWIYAH Hadhrat Syeikh Safiuddin Rahmatullah ‘alaih

39. ‘AIDRUSIYAH Hadhrat Sayyid ‘Abdullah Bin Abu Bakar Al-Makki Al-‘Aidrusi Rahmatullah ‘alaih

40. MADARIYAH Hadhrat Badi’uddin Madar Rahmatullah ‘alaih

41. RIFA’IYAH Hadhrat Syeikh Ahmad Ar-Rifa’i Rahmatullah ‘alaih

42. SYADZILIYAH Hadhrat Syeikh Nuruddin Abu Hassan ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Jabbar bin Hormuz Asy-Syadzili Rahmatullah ‘alaih

43. MAWLAWIYAH Hadhrat Syeikh Maulana Jalalluddin Muhammad Ar-Rumi Rahmatullah ‘alaih

44. RUMIYAH Hadhrat Syeikh Maulana Jalalluddin Muhammad Ar-Rumi Rahmatullah ‘alaih

45. TIJANIYAH Hadhrat Syeikh Sayyid Abu ‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Mukhtar bin Ahmad Syarif At-Tijani Rahmatullah ‘alaih

46. SANUSIYAH Hadhrat Syeikh Sayyid Muhammad bin ‘Ali As-Sanusi Rahmatullah ‘alaih

47. AHRARIYAH Hadhrat Khwajah ‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah ‘alaih

48. MUJADDIDIYAH Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih

49. MA’SUMIYAH Hadhrat ‘Urwatil Wutsqa Khwajah Muhammad Ma’sum Rahmatullah ‘alaih

50. MAZHARIYAH Hadhrat Khwajah Mirza Mazhar Jan Janan Syahid Rahmatullah ‘alaih

51. KHALIDIYAH Hadhrat Syeikh Dhziauddin Khalid ‘Utsmani Kurdi Al-Baghdadi Rahmatullah ‘alaih

52. DHZIAIYAH Hadhrat Syeikh Dhziauddin Khalid ‘Utsmani Kurdi Al-Baghdadi Rahmatullah ‘alaih

53. NIZAMIYAH Hadhrat Nizamuddin Auliya Rahmatullah ‘alaih

54. SABIRIYAH Hadhrat ‘Alauddin ‘Ali Sabir Kalyari Rahmatullah ‘alaih

55. IMDADIYAH Hadhrat Haji Imdadullah Muhajir Makki Rahmatullah ‘alaih

56. HUJWIRIYAH Hadhrat ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Al-Jullabi Rahmatullah ‘alaih

57. IDRISIYAH Hadhrat Sayyid Syeikh Ahmad Bin Idris Al Hasani Al Maghribi Al-Fasi Rahmatullah ‘alaih

58. BA ‘ALAWIYAH Hadhrat Syeikh Muhammad Bin ‘Ali Ba ‘Alawi Al-Ja’afari Rahmatullah ‘alaih

59. HADDADIYAH Hadhrat Syeikh Abdullah Ba ‘Alawi Haddad Al-Hamdani Rahmatullah ‘alaih

60. SAMMANIYAH Hadhrat Syeikh Muhammad Samman Rahmatullah ‘alaih

61. HAQQANIYAH Hadhrat Maulana Syeikh Nazim ‘Adil Al-Qubrusi Al-Haqqani Quddisallahu Sirrahu

62. DARQAWIYAH Hadhrat Syeikh Ahmad Ad-Darqawi Rahmatullah ‘alaih

63. AHMADIYAH Hadhrat Syeikh Ahmad Al-Badawi Rahmatullah ‘alaih.


Adapun sesungguhnya Syaitan tidak akan dapat menjelma menjadi Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam secara Ruhani mahupun Jasmani dan ini merupakan isyarat pada orang-orang Salikin agar dalam perjalanan mereka tidak dalam keadaan buta.

Hamba yang dhoif ini berkata, berlandaskan ayat-ayat Al-Quran dan takrifan menurut bahasa dan istilah, dapatlah dibuatkan kesimpulan bahawa, “Tariqat adalah suatu jalan atau cara untuk mendekatkan diri serta menuju kepada kehadiran ZatNya dengan melaksanakan segala amalan Syari‘at Islam, Iman dan Ihsan dalam Feqah, Tauhid dan Tasawwuf berdasarkan Al-Quran, Al-Hadits dan As-Sunnah.Wujudnya banyak Tariqat kerana terdapat banyak pendiri Tariqatnya.
Tariqat yang benar hendaklah berpegang kepada ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan menghindarkan perkara yang bida’ah lagi sesat. Di bawah ini, hamba senaraikan nama-nama aliran Tariqat yang benar yang dapat dikenal pasti kewujudannya sehingga ke hari ini:

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR