Alhamdulillah, segala pujian ditinggikan hanya kepada Allah SWT. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para ahli keluarganya, para sahabatnya, para ulama’ dan para aulia’ serta mereka yang mengikuti jejak langkah mereka dengan baik sehingga hari kiamat, semoga Allah SWT meredhai mereka. Amin.
Bersyukur kita kehadhrat Allah SWT, pada 29 Ogos 2010 masehi Darul Ansar telah mengadakan zikir penutup Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah secara berjamaah, dihadiri sebahagian ikhwan tariqat. Alhamdulillah, pada majlis tersebut tuan guru kita, al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al Idrisi al Ahmadi telah melantik beberapa ikhwan yang tertentu sebagai Khalifah as Shoghir, mereka itu adalah al Fadhil Ustaz Azlan bin Khorma al Ahmadi (Wakil Syeikh di Sungai Udang dan Bertam Ulu), al Fadhil Ustaz Bahron Nizam bin Khairuddin al Ahmadi (Wakil Syeikh di Bukit Rambai dan Tanjung Minyak), al Fadhil Tuan Hj Sulaiman bin Omar al Ahmadi (Wakil Syeikh di Ayer Keroh dan Bukit Katil), al Fadhil Ustaz Mohd Yusof bin Mohd Afendi al Ahmadi (Wakil Syeikh di Pahang) beliau merupakan salah seorang pensyarah di Kolej IKIP Pahang Darul Makmur, al Fadhil Ustaz Mohd Fadhilah al Ahmadi (Wakil Syeikh di Selangor) pengamal perubatan di Shah Alam Selangor Darul Ehsan.
Majlis tersebut bermula dengan iftar jam’ie kemudian Solat Maghrib yang diimami oleh Sohibul Fadhilah Syeikh Muhammad Rajab al Idrisi kemudian jamuan. Manalaka Solat Isyak dan Tarawih pula diimami oleh al Fadhil Ustaz Azlan al Ahmadi, dilakukan sebanyak 10 rakaat kerana mengikuti apa yang telah diajar oleh al Imam Sayyid Ahmad bin Idris al Hasani al Maghribi RA. Kemudian tazkirah mengenai Nuzul al Quran dan Badar al Kubra disampaikan oleh tuan guru kita, Sohibul Fadhilah Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al Idrisi, dalam majlis tersebut al Fadhil Syeikh telah memberi bai’ah kepada ikhwan sekalian, majlis zikir Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah juga dipimpin oleh beliau. Semoga Allah SWT memberkati majlis yang telah kami lakukan ini. Alhamdulillah.

No comments:
Post a Comment