Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Tuesday, August 31, 2010

Kemerdekaan Jiwa Lambang Kebebasan Sebenar

Kemerdekaan jiwa lambang kebebasan sebenar

Oleh Noor Shakirah Mat Akhir
Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

KEMERDEKAAN tidak boleh dilihat dalam konteks kebebasan sesebuah negara daripada kuasa asing semata-mata. Erti kemerdekaan adalah luas merangkumi semua aspek kehidupan, termasuk kebebasan jiwa.

Individu merdeka ialah individu yang bebas daripada faktor yang membelenggu dan mengawalnya tanpa kerelaan. Namun, kemerdekaan sebenar bukan juga bermakna kebebasan mutlak tanpa batasan dan peraturan.

Kehidupan merdeka ialah apabila kita hidup berpandukan peraturan yang diikuti dengan rela dan kerelaan terhasil daripada jiwa merdeka. Kerelaan adalah faktor utama yang menyumbang kepada kepatuhan kita terhadap sesuatu peraturan.

Kerelaan terhasil daripada persetujuan antara dua pihak atau lebih. Kerelaan juga boleh terhasil daripada perasaan cinta dan sayang. Seterusnya, ini akan membangkitkan semangat untuk berjuang dan berkorban.

Dalam konteks kemerdekaan sesebuah negara, jika faktor itu wujud dalam jiwa seseorang akan menghasilkan satu tindakan, peranan, perasaan tanggungjawab yang positif kepada sebuah negara.


Bagaimana untuk mendapatkan jiwa yang merdeka?

Proses penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs) untuk melahirkan jiwa yang suci lagi seimbang amat perlu. Ini bertepatan dengan misi perutusan Rasulullah SAW kepada umat manusia. Seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dialah yang mengutuskan daripada kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyin seorang rasul (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah kebijaksanaan. Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Jumu‘ah ayat 2)

Rasulullah SAW diutuskan untuk memerdekakan manusia daripada kesesatan dan mengajak kepada keimanan tauhid serta membebaskan manusia daripada kejahilan. Pembebasan manusia daripada kejahilan juga adalah misi utama perutusan Rasulullah SAW.

Bertepatan juga dengan misi itu, wahyu pertama diterima Rasulullah SAW adalah seruan menuntut ilmu yang berpaksikan nama Allah. Untuk mencapai semua itu penyucian jiwa adalah antara asasnya.

Dalam kemelut gejala sosial melanda negara masa kini, aspek penyucian jiwa perlu ditekankan selaras maksud akhlak sebagai keadaan jiwa yang daripadanya lahir tingkah laku tanpa perlu berfikir. Proses penyucian jiwa perlu dilaksanakan pada semua peringkat secara berterusan supaya terhasil akhlak mulia (mahmudah).

Manusia pada hakikatnya terbina daripada empat unsur psikologi utama iaitu dinamakan sifat ketuhanan, marah atau bengis, sifat kesyaitanan dan sifat kebinatangan serta hawa nafsu.

Sifat ketuhanan ialah sifat positif yang mendorong manusia kepada kebaikan, manakala tiga yang lainnya perlu dikawal dan disalurkan dengan betul kerana ketiga-tiganya sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan.

Sifat kesyaitanan itu sentiasa menghasut unsur marah dan hawa nafsu supaya mengalahkan akal, supaya dengan itu ia akan menguasai ketiga-tiganya. Konflik ini tidak putus, sentiasa dialami manusia, tetapi hanya boleh ditenteramkan oleh iman, ilmu dan amal salih.

Oleh itu, jiwa merdeka dalam erti kata sebenar adalah jiwa yang suci, seimbang dan terhasil daripadanya akhlak mulia. Umat Islam yang mempunyai jiwa merdeka sudah tentu akan bersatu di bawah bumbung keimanan tauhid.

Kesatuan yang dibina berasaskan tauhid sudah tentu utuh dan akan terus bertahan jika keimanan itu tidak dicemari pelbagai unsur yang boleh menjejaskan kesempurnaannya. Keimanan ini akan menimbulkan rasa kerelaan untuk patuh kepada undang-undang yang ditetapkan Allah.

Aspek nilai dalam menentukan sesuatu tingkah laku itu mulia atau sebaliknya juga berasaskan kepada undang-undang ini. Seterusnya ia menjadi pengawal kepada semua tindak tanduk. Namun, bukan dalam konteks mengongkong, malah dalam kebebasan terkawal berasaskan kepada kerelaan dan kepatuhan.

Jiwa yang seimbang melahirkan perlakuan mulia. Dalam Islam, keimanan memotivasikan sesuatu pekerjaan individu. Apabila seseorang itu mempunyai motivasi, maka dia mempunyai keinginan kuat untuk bertindak ke arah mencapai matlamat.

Oleh itu, tanpa dorongan iman, perlakuan manusia tidak akan seimbang mengikut timbangan perundangan Islam. Matlamat setiap perlakuan individu menurut Islam adalah untuk mencari keredaan Allah.

Sebuah negara merdeka dengan rakyat bersatu kukuh dan cintakan negaranya sudah tentu akan bertahan dan terus maju. Inilah yang diharapkan berlaku kepada negara kita Malaysia selepas 50 tahun mengharungi alam kemerdekaan.

Sambutan kemerdekaan ke-53 ini seharusnya menyedarkan kita untuk menilai diri sejauh manakah kita menghayati makna kemerdekaan dalam konteks yang menyeluruh. Jiwa yang suci, keimanan, ilmu, amal salih, kerelaan dan akhlak mulia adalah antara perkara asas perlu dinilai, dibaiki dan dilestarikan jika kemerdekaan sebenar ingin direalisasikan. Semua aspek ini bermula daripada jiwa dan kemerdekaan dalam erti kata sebenar adalah kemerdekaan jiwa.

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR