Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Tuesday, August 31, 2010

HUKUM PUASA






Alhamdulillah, segala pujian dan kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah SWT kerana kita semua telah berada dalam bulan yang mulia dan penuh dengan keberkatan daripada Allah SWT.

Saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan kepada seluruh kaum Muslimin dan khususnya ikhwan Darul Ansar, semoga antum berada dalam perlindungan dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT. Sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pengurusan http://darulansarmalaysia.blogspot.com/ kerana memberikan kepada saya peluang untuk menulis beberapa artikal. Dan Alhamdulillah saya telah sedaya upaya saya untuk menulis beberapa panduan kita dalam Ramadhan Kareem ini.

Sebelum kita membicarakan panjang lebar berkaitan puasa ini, marilah sama-sama kita melihat pengertian dan pentakrifan puasa yang dikehendaki oleh Allah SWT. Dari segi lughah (bahasanya) puasa membawa erti: Menahan diri dari sesuatu. Sedangkan menurut syarak membawa erti: Menahan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermual terbit fajar sehingga terbenam matahari dengan dimulakan niat berpuasa untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Seperti yang telah difirmankan oleh Allah SWT yang berbunyi:


“Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan keatas kalian berpuasa, sepertimana golongan yang telah diwajibkan keatas mereka yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kalian beroleh taqwa.”


Dalam Firman-Nya yang lain berbunyi:



Maksudnya: “Bulan Ramadhan yang diturnkan pada al Quran yang menjadi petunjuk kepada manusia, dan keterangan penjelasan daripada petunjuk serta pembeza di antara haq (kebenaran) dan batil (kesesatan).”


Juga telah diperjelaskan oleh Baginda Rasulullah SAW yang berbunyi:


عَنْ إِبْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلََّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلَ اللهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةَ، وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةَ، وَالْحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ

Maksudnya: “Daripada Sayyiduna ِ’Abdullah bin ‘Umar RA berkata: Sesungguhnya Baginda Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Islam itu terbina di atas lima asas; bersyahadah bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad SAW itu utusan Allah, mendirikan solat, membayar zakat, mengerjakan haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.”

Berdasarkan hujjah diatas bahawa benarlah terdapat suatu perintah dan tuntutan daripada Allah SWT terhadap kita sebagai seorang Muslim untuk melaksanakan kewajipan berpuasa. Maka bagi mereka yang mengingkari akan kewajipan berpuasa boleh menyebabkan mereka menjadi murtad dan kufur kepada Allah SWT kerana menentang dan menolak hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.


HIKMAH KEWAJIPAN DAN KELEBIHAN BERPUASA.

1. Seluruh ummat Islam berpuasa serentak pada 1 Ramadhan, cuma perkiraan waktu sahaja yang menyebabkan perbezaannya akan tetapi secara hakikatnya seluruh ummat Islam yang berada di tujuh langit dan tujuh bumi sama ada manusia, jin, malaikat dan makhluk-makhluk Allah SWT yang lain-lainnya berpuasa seperti yang telah disyariatkan oleh Allah SWT.
2. Setiap dari kalangan manusia yang beriman sama ada kaya dan miskin, berhadapan dengan ujian yang sama iaitu berpuasa dengan menahan diri daripada lapar dan dahaga.
3. Mendatangkan kesihatan pada diri seseorang itu, agar bertambah sihat dan kuat untuk menjalani ibadat-ibadat yang lain.
4. Menjadikan manusia itu taat dan ikhlas kepada Allah SWT.
5. Orang-orang yang berpuasa sangat dicintai oleh Allah SWT, diselamatkan daripada api neraka dan disucikan daripada dosa.
6. Bulan Ramadhan bulan yang diberkati kerana didalamnya diturunkan al Quran.
7. Bulan yang terdapat kelebihan 1000 bulan iaitu Lailatul Qadar, malam yang diterima segala do’a daripada Allah SWT dan lain-lainnya.


SYARAT-SYARAT SAH PUASA

1. Mesti seorang itu Islam (walaupun begitu ada segelintir daripada masyarakat asing yang turut berpuasa seperti kita akan tetapi perbuatan mereka itu tidak dijanjikan apa-apa balasan yang baik daripada Allah SWT, semoga Allah SWT memberikan kepada mereka hidayah).
2. Aqil; berakal dan mumaiyyiz iaitu dapat membezakan di antara yang baik dan buruk.
3. Suci daripada haid dan nifas serta wiladah.
4. Bulan Ramadhan; tidak sah puasa wajib apabila dilakukan selain dalam bulan Ramadhan sahaja.


SYARAT-SYARAT WAJIB PUASA

1. Islam; puasa tidak wajib kepada non muslim.
2. Baligh; telah cukup umur iaitu telah berihtilam (mimpi sehingga keluar air mani) bagi lelaki, dan keluar darah haid bagi perempuan.
3. Aqil; berakal waras dalam berfikir dan orang gila tidak wajib dan tidak sah untuk berpuasa.
4. Sihat; mereka yang sakit atau uzur yang akan bertambah sakit jika meneruskan puasa atau orang yang terlalu tua tidak diwajibkan puasa tetapi dikenakan fidyah dengan 1 cupak beras digantikan dengan sehari puasa yang ditinggalkan.
5. Bermukim; bagi mereka yang bermusafir dengan tujuan yang baik tidak diwajibkan berpuasa tetapi wajib diqadha’kan selepas bulan Ramadhan.
6. Suci; bersih daripada haid, nifas dan wiladah serta junub bagi wanita. Suci daripada keadaan junub atau hadas besar bagi lelaki.
RUKUN-RUKUN PUASA

1. Orang yang berpuasa.
2. Berniat; diwajibkan berniat puasa di dalam hati pada setiap malam sebelum terbit fajar (masuk subuh).
3. Menahan diri daripada perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa bermula terbit fajar (azan subuh) sehingga terbenam matahari (azan maghrib).


PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MEMBATALKAN PUASA

1. Makan atau minum dengan sengaja, meskipun dengan sedikit sahaja (dimaafkan sekiranya tidak sengaja sama ada kuantiti makanan atau minuman itu banyak atau sedikit).
2. Memasukkan sesuatu benda dengan keadaan sengaja ke dalam rongga badan yang terbuka seperti telinga atau hidung.
3. Muntah dengan sengaja.
4. Keluar haid dan nifas.
5. Gila.
6. Murtad.
7. Mengeluarkan air mani dengan sengaja.
8. Bersetubuh diwaktu siang hari.


No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR