Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Tuesday, August 31, 2010

JOM BURU LAILATUL QADAR................

Ya Allah berkatilah kami pada bulan Ramadhan dan sampaikan kami pada Lailatul Qadar

PALESTIN KAU TETAP DIHATI KAMI...........

"Ya Allah, bantulah saudara kami golongan mujahidin dan yang lemah di bumi Palestin"

INDAHNYA HIDUP............

"Hiasilah Hidupmu Dengan Selalu Membaca al Quran al Karim"

Lailatul Qadr: Malam misteri yang dirindui kedatangannya

Lailatul Qadr: Malam misteri yang dirindui kedatangannya
Ustaz Zainudin Hashim
HarakahDaily.net

Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.

Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.

Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.

Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.

Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr - atau diterjemahkan sebagai malam takdir.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!" (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.
Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: "Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan" (Surah al-Qadr, ayat 3) .


Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr

Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.


Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut

Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.

Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkan Islam.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: "Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih."
Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.


Hikmah dirahsiakan kehadirannya

Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka'ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu'awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. "Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27."

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. "Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan."

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.


Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.

Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.

Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.

Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.


Fokus umat pada malam tersebut

Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:

Menghayati malam tersebut dengan ibadah

Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama' cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.

Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!


Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat

Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.

Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.


Fadilat Lailatul Qadr

Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba'diyah Isya'. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?

Berkata tokoh hadis, Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan):
"Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :'Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu' - [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318].

Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya : "Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah: bersolat Isya' berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.

Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :"Barangsiapa yang bersolat Isya' berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami' Saghir - 6341).

Dan tujuannya ialah: Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya', adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi: "Barangsiapa yang solat Isya' berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya' dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama - 6342)." Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah.

AMALAN KHUSUS IKHWAN AHMADIYAH IDRISIYAH DALAM 10 RAMADHAN TERAKHIR

Amalan Khusus yang diajar oleh al 'Arif Billah Maulana Sayyid Ahmad bin Idris al Idrisi al Hasani RA dalam bulan Ramadhan terutamanya 10 Ramadhan yang terakhir, menurut Sayyid Ibrahim bin Ahmad al Idrisi al Hasani, bahawa Maulana Sayyid Ahmad al Idrisi al Hasani menyarankan agar ikhwan membacanya selepas solat tarawih sebelum mendirikan solat sunat Witir iaitu:


Sebanyak tiga kali, kemudian membaca doa ini:




Juga sebanyak tiga kali, kemudian membaca doa ini:



Sebanyak tiga kali, kemudian berdo'a dengan apa-apa do'a yang ma'tsur dan khusus.

Kemudian membaca al Quran al Karim, terutamanya diwaktu malam ganjil 10 malam yang terakhir.

Semoga apa yang dilakukan ini mempermudahkan untuk kita memperolehi Lailatul Qadar. Insya Allah. Amin.


AMALAN BULAN RAMADHAN DARIPADA MAULANA

Assalamualaikum WBT.
Ini merupakan email yang dikirim oleh Sayyid Ibrahim bin Ahmad al Idrisi al Hasani kepada tuan guru kita, Syeikh Muhammad Rajab Akmal al Idrisi al Ahmadi mengenai amalan-amalan khusus dalam bulan Ramadhan terutamanya 10 Ramadhan yang terakhir.

--- On Wed, 25/8/10, IBRAHIM ALIDRISI wrote:
From: IBRAHIM ALIDRISI Subject: السلام اليكم ورمضان كريم
To: ibnuhalim_darulansar@yahoo.comDate: Wednesday, 25 August, 2010, 12:07 PM


الاخ الفاضل الخليفه محمد رجب بن عبد الحليم الاحمدى الادريسى نفع الله بد الطريقه خاصه والمسلمين عامهنحيطكم علما اننى سالت مولانا السيد عن ازكار شهر رمضان فقال انه يمكنكم ان تقولوابعد التراويح وقبل الشفع والوتر

اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا-3مرات
ربنا امنا بما انزلت واتبعنا الرسول فاكتبنا مع الشاهدين-3مرات
ربنا لاتزغ قلوبنا بعد اذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمه انك انت الوهاب-3مرات
ثم بعد زلك تدعو بما تشاءثم التركيز على اقامه الليل والتنفل وقراءة القران خصوصا فى الايام الفرديه من العشر
with love
ibrahim alidrisi

SYEIKH MURTADHA BIN SYEIKH AHMAD AL LINGGI

Beliau ialah Sohibus Samahah Dato' Syeikh Mohd Murtadha bin Hj. Ahmad, merupakan mantan Mufti kerajaan Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan Khalifah Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah al Rasyidiyah al Dandarawiyah. Beliau mentalqinkan Tariqat al Ahmadiyah ini kepada al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al Idrisi ketika berusia 16 tahun di Masjid Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka. Semoga Allah melanjutkan usianya dan diberikan kepada kekuatan untuk meneruskan perjuangan Islam ini. Amin.

SAYYID IBNU IDRIS BIN HASAN AL IDRISI

Beliau adalah Maulana Sayyid Ahmad Idris bin al Hasan al Idrisi al Hasani juga dikenali dengan Syeikh Ibnu Idris, beliau adalah salah seorang daripada syeikh dalam Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah, beliau juga merupakan antara keturunan al Imam Sayyid Ahmad bin Idris al Hasani al Maghribi RA dan juga sepupu kepada Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani RA, beliau telah mengijazahkan al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal al Idrisi akan Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah. Beliau telah melantik YBhg. Dato' Syeikh Mohd Murtadha bin Syeikh Ahmad sebagai khalifahnya di Asia Tenggara. Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati usaha dan jihad mereka. Amin.

SYEIKH MUHAMMAD TOIYYIB AL HUSAINI, SYEIKHUL AZHAR

Beliau adalah al Imam al Akbar, al syeikh al Azhar, Prof. Dr. Muhammad Thoiyyib al Husaini. Beliau dilahirkan pada 1946 di Wilayah Qina Mesir. Beliau merupakan Ahlu Bait Nabi SAW melalui Sayyiduna al Husein bin 'Ali RA. Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Usuluddin pengkhususan Aqidah dan Falsafah pada 1969 di Universiti al Azhar, kemudian melanjutkan pengajian Ijazah Sarjananya dan memperoleh pada 1971 dan Ijazah Kedoktoran pada 1977. al Imam pernah dilantik menjadi Mufti Mesir pada 2002 sebelum Prof. Dr. Syeikhuna 'Ali Jum'ah al Syafi'e. Kemudian al Imam dilantik sebagai Rektor al Azhar pada 2003 menggantikan Prof. Dr. Syeikhuna Ahmad 'Umar Hasyim. al Imam juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi dalam Majlis Sufi A'la Mesir dan al Imam juga merupakan Syeikh Tariqat al Ahmadiyah al Khalwatiyah, yang menggantikan ayahandanya yang merupakan pengasas kepada tariqat tersebut. Semoga Allah sentiasa memberi bantuan dan pertolongan kepada al Imam dalam menjalankan kerja-kerja Islam. Amin.

UNIVERSITI AL AZHAR


Universiti al Azhar Mesir ialah sebuah institusi pengajian tinggi Islam yang begitu berjasa mendidik masyarkat dan ulama diseluruh dunia, disinilah al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal al Idrisi, Maulana Sayyid ahmad bin Idris al Idrisi al Hasani RA, Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani RA, Ustaz Syeikh Muhammad Fuad al Maliki, Dato' Syeikh Hj. Mohd Murtadha bin Hj. Ahmad dan lain-lainnya daripada ulama-ulama dan khalifah-khalifah Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah menerima pendidikan dan ilmu daripada ulama-ulama al Azhari. Semoga Allah SWT merahmati seluruh ulama' di dunia ini amin.

SAYYID IDRIS BIN MUSTHAFA AL IDRISI

Sayyid Idris bin Musthafa al Syarif al Idrisi al Hasani merupakan salah seorang daripada guru al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal al Idrisi al Ahmadi, al Fadhil Syeikh telah menerima beberapa ijazah kitab-kitab dan tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah daripada beliau di Aswan dan di Masjid Sayyiduna al Husein, Kaherah, Mesir. Beliau merupakan anak saudara Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani RA.

PROF. DR. SYEIKH 'UMAR 'ABDULLAH KAMIL

Beliau adalah Prof. Dr. Syeikh 'Umar 'Abdullah Kamil, ulama kelahiran Makkah al Mukarramah, beliau merupakan salah seorang daripada guru-guru al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal al Idrisi, beliau telah mengijazahkan al Fadhil Syeikh akan amalan Tariqat al Naqsyabandiyah al Kholidiyah, Sunan Sittah, hadith-hadith, kitab-kitab dan sebagainya. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati kedua-dua guru kita ini. Amin

SYEIKH ABDUL GHANI AL JA'AFARI DAN SYEIKH SOLEH AL JA'AFARI ra

Sayyidi Syeikh Abdul Ghani al Ja'afari al Husaini, merupakan salah seorang guru al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal al Idrisi, beliau telah mengijazahkan Tariqat al Ja'afariyah al Ahmadiyah al Muhammadiyah kepada al Fadhil Syeikh ketika belajar di Universiti al Azhar Mesir yang diterima daripada ayahandanya al Imam Sayyidi Syeikh Soleh al Ja'afari al Husaini RA, Tariqat ini merupakan cabang Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah dan beliau juga merupakan sahabat Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani RA.

Maulana Sayyidi Syeikh Soleh al Ja'afari RA, merupakan guru kepada Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani RA. Sayyidi Syeikh telah menerima Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah daripada nenda Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi iaitu Maulana Sayyid Muhammad as Syarif bin 'Abdul 'Aali al Idrisi al Hasani RA dan Syeikh Soleh al Ja'afari RA juga telah mengambil tariqat ini daripada ayahanda Maulana iaitu Maulana Sayyid Idris bin Muhammad as Syarif al Idrisi al Hasani RA. Sayyidi Syeikh Soleh al Ja'afari al Husaini merupakan Imam besar dan guru di Masjid al Azhar juga merupakan pendiri Tariqat al Ja'afariyah al Ahmadiyah al Muhammadiyah. Semoga Allah SWT meletakkannya beserta para Anbia AS dan Aulia RA di dalam syurga yang paling tinggi. Amin.


SYEIKH MUHAMMAD AMIN KUTBI ra

Sayyidi Syeikh Muhammad Amin Kutbi al Makki RA, beliau merupakan salah seorang daripada guru Maulana Sayyid Ahmad bin Idris al Idrisi al Hasani RA, beliau telah mengijazahkan sanad-sanad hadith dan kitab kepada al Fadhil Syeikh yang diantaranya bersandarkan sanad daripada gurunya Syeikh Muhammad Amin Kutbi al Makki RA antaranya kitab Bulughul Maram dan sebagainya. Semoga Allah SWT meletakkannya ke dalam Syurga beserta dengan para Nabi dan Rasul serta orang-orang Soleh. Amin.

SAYYID ALI AL MIRGHANI ALHUSAINI ra

Gambar Maulana al Qutub Sayyid 'Ali al Mirghani al Husaini RA
(Mursyid Tariqat al Ahmadiyah al Mirghaniyah al Khatmiyah)
Wafat pada 1968 Masehi.Beliau merupakan guru kepada Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani RA di Sudan, beliau dianggap antara wali qutub pada zamannya. Semoga Allah SWT meletakkannya ke dalam syurga yang paling tinggi bersama dengan Hadrat Nabi Muhammad SAW. Amin

MAJLIS AHMADIYAH KHATMIYAH MIRGHANIYAH

Sayyid Ahmad bin Muhammad Uthman al Mirghani al Husaini bersama Sayyid 'Abdullah al Mahjub al Mirghani al Husaini ketika Majlis Haul Sayyid Ja'afar al Mirghani al Husaini RA.





Khalifah Tariqat al Khatmiyah al Mirghaniyah Syeikh 'Abdul Qadir bin Ahmad membaca Manaqib Sayyid Ja'afar al Mirghani al Husaini RA.


Majlis zikir Tariqat al Mirghaniyah al Khatmiyah cabang Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah, pernah rancangan Jejak Rasul TV3 menyiarkan rencana majlis al Khatmiyah ini seuatu ketika dahulu.



SAYYID MUHAMMAD 'UTHMAN BIN 'ALI AL MIRGAHANI AL HUSAINI ra


Maulana Sayyid Syeikh Muhammad 'Uthman bin 'Ali al Mirghani al Husaini RA, beliau merupakan salah seorang guru al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal al Idrisi, beliau menerima mandat untuk menyambung kepimpinan Tariqat al Ahmadiyah al Mirganiyah al Khatmiyah daripada ayahandanya Maulana Sayyid 'Ali al Mirghani al Husaini selepas kewafatan pada 1968. Sayyid Muhammad bin 'Ali al Mirghani telah mengijazahkan Tariqat al Mirghaniyah al Khatmiyah kepada al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab al Idrisi dan beliau juga merupakan sahabat Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani RA, yang merupakan mursyid Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah. Tariqat al Mirghaniyah al Khatmiyah ini merupakan cabang daripada Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah kerana al Imam Sayyid Ahmad bin Idris al Hasani al Maghribi RA telah mengutuskan Sayyid Muhammad bin 'Uthman al Mirghani RA (nenda Sayyid Muhammad Uthman bin 'Ali al Mirghani) sebagai khalifahnya di Sudan untuk menyebarkan Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah di sana, sehinggalah beliau mencapai kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT dan mendirikan Tariqat al Ahmadiyah al Mirghaniyah al Khatmiyah.

GAMBAR SAYYID MUHAMMAD BIN ALI AS SANUSI, MURID DAN KHALIFAH AL IMAM SAYYID AHMAD BIN IDRIS AL HASANI AL MAGHRIBI ra.

بسم الله الرحمن الرحيم
من أحمد بن إدريس إلى جملة إخواننا المكرمين وأحبابنا المحترمين، السلام عليكم ورحمة الله وبركاته،

والذي أعرّفكم به أيها الأخوان الحذر الحذر ثم الحذر من محاربة الله ورسوله وهي أذية أوليائه، وقد قال الله عز وجل، من آذى لي ولياً فقد آذنته بالحرب، وفي الحديث الآخر، من آذى لي ولياً فقد بارزني بالمحاربة، وهذا الرجل أخينا السيد محمد إبن السنوسي من أكابر أولياء الله ولو يعلم الناس منزلته وعلو مرتبته لتكاسروا الأعناق على بابه والناس جاهلون .... ويؤذونه بالكلام فإياكم إياكم ثم إياكم من أذيته والدخول في عرضه والتعرض عليه، فإن من آذاه يؤخذ من حيث لا يشعر ويُخاف عليه من سوء الخاتمة والعياذ بالله، لهذا أحذركموالسلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Surat yang dikirim oleh al Imam Sayyid Ahmad bin Idris al Hasani al Maghribi RA kepada Sayyid Muhammad bin 'Ali as Sanusi al Hasani, yang menyatakan kedudukan dan maqam Sayyid Muhammad as Sanusi sebagai Wali Allah disisi Allah SWT.


Tebal

Gambar Sayyid Muhammad bin 'Ali as Sanusi al Hasani RA, murid dan khalifah terawal al Imam Sayyid Ahmad bin Idris al Hasani al Maghribi RA.

TUAN GURU SYEIKH AHMAD JAMHURI AL BANJARI


TUAN GURU SYEIKH HAJI AHMAD JAMHURI JAHARIS NURUDDIN AL BANJARI
Beliau merupakan antara guru kepada al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal al Idrisi al Ahmadi, beliau telah mengijazahkan kepada al Fadhil Syeikh dengan beberapa ijazah antaranya ijazah Ratib al Haddad, Hizib an-Nawawi, Qasidah Burdah, Qasidah Asma al Husna dan lain-lainnya ketika menziarahi beliau di Tanah Suci Makkah al Mukarramah. Tuan Guru Syeikh Ahmad Jamhuri telah diilahirkan pada tahun 1940 di Kota Banjarmasin.(Indonesia) Pernah mengaji dan belajar di Pondok Pesantren Darussalam Martapura. Beliau telah mendirikan rumahtangga pada tahun 1960. Tahun 1963 pergi menunaikan ibadah Haji dan terus bermustautin di Tanah Suci Makkah al Mukarramah sehingga sekarang. Antara lain guru-guru yang terkenal yang sempat al Fadhil Tuan Guru Syeikh belajar Di Masjidul Haram:-
(1) Syeikh Hassan Masysyath
(2) Syeikh Muhammad al ‘Arabiy
(3) Sayyid ‘Alawi al Maliki al Hasani
(4) Syeikh Sayyid Amin Kutbi
(5) Sayyid Ismail Zain al Yamani al Makkiy.
(6) Dan lain-lainnya.
Antara lain penulisan yang telah dihasilkan oleh al Fadhil Tuan Guru Syeikh Haji Ahmad Jamhuri:-
(1) Siapakah Yang Mewarisi Syurga Dan Yang Memasuki Api Neraka
(من يرث الجنة و من يدخل النار )(2) Hukum Ketawa Dan Senyum
(فتح الملك العلام بأحكام الضحك والابتسام )(3) Kasidah Seharum Wangi Pujian Atas Nabi Sebaik Makhluk Ilahi
(نفحات عنبرية في مدح خير البرية)(4) Kewajipan Muslim Terhadap al Quran al Karim (اداب المسلم مع القران الكريم )
(5) Dan lain-lainnya.

DOA MANDI JANABAH


Doa mandi Janabah Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah, sangat digalakkan bagi ikhwan untuk mengamalkannya pada setiap kali mandi

GAMBAR AL MALIK SAYYID MUHAMMAD IDRIS AS SANUSI AL HASANI ra

Raja kerajaan Libya yang terakhir; al Malik al Amir Sayyid as Syarif Muhammad Idris bin Muhammad al Mahdi as Sanusi al Hasani RA (1889-1983), raja terakhir kerajaan Libya yang digulingkan oleh Muammar Ghaddafi, beliau wafat di Mesir. Beliau merupakan guru kepada Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani RA. Beliau telah mengijazahkan seluruh ijiazah dan sanad tariqat, kitab dan sebagainya kepada Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani RA dan beliau pula telah mengijazahkan kepada tuan guru kita Sohibul Fadhilah Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al Idrisi al Ahmadi.

GAMBAR MAULANA SAYYID MUHAMMAD BIN IDRIS AL IDRISI AL HASANI, MURSYID TARIQAT AL AHMADIYAH AL IDRISIYAH SEDUNIA


Syeikh al Islam, al Imam al Qutub, Maulana Sayyid as Syarif Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani RA, beliau merupakan mursyid Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah sedunia dan beliau telah mengijazahkan seluruh ijiazahnya kepada al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab al Idrisi dan melantiknya sebagai khalifahnya di Malaysia. al Fadhil Syeikh telah menerima sanad hadith Sohih Bukhari dan Muslim serta Musnad as Syafie daripada Maulana Sayyid Muhammad bin Idris al Idrisi al Hasani RA daripada Raja Libya al Malik al Amir Sayyid as Syarif Muhammad Idris bin Muhammad al Mahdi as Sanusi al Hasani RA hingga sanadnya kepada al Imam Sayyid Ahmad bin Idris al Hasani al Maghribi RA.

Kemerdekaan Jiwa Lambang Kebebasan Sebenar

Kemerdekaan jiwa lambang kebebasan sebenar

Oleh Noor Shakirah Mat Akhir
Pensyarah Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

KEMERDEKAAN tidak boleh dilihat dalam konteks kebebasan sesebuah negara daripada kuasa asing semata-mata. Erti kemerdekaan adalah luas merangkumi semua aspek kehidupan, termasuk kebebasan jiwa.

Individu merdeka ialah individu yang bebas daripada faktor yang membelenggu dan mengawalnya tanpa kerelaan. Namun, kemerdekaan sebenar bukan juga bermakna kebebasan mutlak tanpa batasan dan peraturan.

Kehidupan merdeka ialah apabila kita hidup berpandukan peraturan yang diikuti dengan rela dan kerelaan terhasil daripada jiwa merdeka. Kerelaan adalah faktor utama yang menyumbang kepada kepatuhan kita terhadap sesuatu peraturan.

Kerelaan terhasil daripada persetujuan antara dua pihak atau lebih. Kerelaan juga boleh terhasil daripada perasaan cinta dan sayang. Seterusnya, ini akan membangkitkan semangat untuk berjuang dan berkorban.

Dalam konteks kemerdekaan sesebuah negara, jika faktor itu wujud dalam jiwa seseorang akan menghasilkan satu tindakan, peranan, perasaan tanggungjawab yang positif kepada sebuah negara.


Bagaimana untuk mendapatkan jiwa yang merdeka?

Proses penyucian jiwa (tazkiyah al-nafs) untuk melahirkan jiwa yang suci lagi seimbang amat perlu. Ini bertepatan dengan misi perutusan Rasulullah SAW kepada umat manusia. Seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dialah yang mengutuskan daripada kalangan orang-orang (Arab) yang ummiyin seorang rasul (Nabi Muhammad) dari bangsa mereka sendiri yang membacakan kepada mereka ayat Allah dan membersihkan mereka, serta mengajarkan mereka kitab Allah (al-Quran) dan hikmah kebijaksanaan. Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) adalah dalam kesesatan yang nyata.” (Surah al-Jumu‘ah ayat 2)

Rasulullah SAW diutuskan untuk memerdekakan manusia daripada kesesatan dan mengajak kepada keimanan tauhid serta membebaskan manusia daripada kejahilan. Pembebasan manusia daripada kejahilan juga adalah misi utama perutusan Rasulullah SAW.

Bertepatan juga dengan misi itu, wahyu pertama diterima Rasulullah SAW adalah seruan menuntut ilmu yang berpaksikan nama Allah. Untuk mencapai semua itu penyucian jiwa adalah antara asasnya.

Dalam kemelut gejala sosial melanda negara masa kini, aspek penyucian jiwa perlu ditekankan selaras maksud akhlak sebagai keadaan jiwa yang daripadanya lahir tingkah laku tanpa perlu berfikir. Proses penyucian jiwa perlu dilaksanakan pada semua peringkat secara berterusan supaya terhasil akhlak mulia (mahmudah).

Manusia pada hakikatnya terbina daripada empat unsur psikologi utama iaitu dinamakan sifat ketuhanan, marah atau bengis, sifat kesyaitanan dan sifat kebinatangan serta hawa nafsu.

Sifat ketuhanan ialah sifat positif yang mendorong manusia kepada kebaikan, manakala tiga yang lainnya perlu dikawal dan disalurkan dengan betul kerana ketiga-tiganya sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan.

Sifat kesyaitanan itu sentiasa menghasut unsur marah dan hawa nafsu supaya mengalahkan akal, supaya dengan itu ia akan menguasai ketiga-tiganya. Konflik ini tidak putus, sentiasa dialami manusia, tetapi hanya boleh ditenteramkan oleh iman, ilmu dan amal salih.

Oleh itu, jiwa merdeka dalam erti kata sebenar adalah jiwa yang suci, seimbang dan terhasil daripadanya akhlak mulia. Umat Islam yang mempunyai jiwa merdeka sudah tentu akan bersatu di bawah bumbung keimanan tauhid.

Kesatuan yang dibina berasaskan tauhid sudah tentu utuh dan akan terus bertahan jika keimanan itu tidak dicemari pelbagai unsur yang boleh menjejaskan kesempurnaannya. Keimanan ini akan menimbulkan rasa kerelaan untuk patuh kepada undang-undang yang ditetapkan Allah.

Aspek nilai dalam menentukan sesuatu tingkah laku itu mulia atau sebaliknya juga berasaskan kepada undang-undang ini. Seterusnya ia menjadi pengawal kepada semua tindak tanduk. Namun, bukan dalam konteks mengongkong, malah dalam kebebasan terkawal berasaskan kepada kerelaan dan kepatuhan.

Jiwa yang seimbang melahirkan perlakuan mulia. Dalam Islam, keimanan memotivasikan sesuatu pekerjaan individu. Apabila seseorang itu mempunyai motivasi, maka dia mempunyai keinginan kuat untuk bertindak ke arah mencapai matlamat.

Oleh itu, tanpa dorongan iman, perlakuan manusia tidak akan seimbang mengikut timbangan perundangan Islam. Matlamat setiap perlakuan individu menurut Islam adalah untuk mencari keredaan Allah.

Sebuah negara merdeka dengan rakyat bersatu kukuh dan cintakan negaranya sudah tentu akan bertahan dan terus maju. Inilah yang diharapkan berlaku kepada negara kita Malaysia selepas 50 tahun mengharungi alam kemerdekaan.

Sambutan kemerdekaan ke-53 ini seharusnya menyedarkan kita untuk menilai diri sejauh manakah kita menghayati makna kemerdekaan dalam konteks yang menyeluruh. Jiwa yang suci, keimanan, ilmu, amal salih, kerelaan dan akhlak mulia adalah antara perkara asas perlu dinilai, dibaiki dan dilestarikan jika kemerdekaan sebenar ingin direalisasikan. Semua aspek ini bermula daripada jiwa dan kemerdekaan dalam erti kata sebenar adalah kemerdekaan jiwa.

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 53

SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KEMERDEKAAN YANG KE-53


Daripada:

Tuan Penasihat Eksekutif, Tuan Yang Dipertua, Tuan Timbalan Yang Dipertua, Puan Pendaftar, Tuan Setiusaha Agung, Tuan Timbalan Setiuasaha Agung, Puan Pendahari, Puan Pengerusi HELWA, Ahli-ahli Majlis Syura dan seluruh Ahli Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia.

"Semoga Allah SWT selalu memberkati kemerdekaan ini dan memancarkan lagi sinaran iman didalam hati kita seperti yang disabdakan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud: Mencintai negara merupakan sebahagian daripada iman."

10 ALASAN WANITA ENGGAN BERJILBAB & BERCADAR

10 ALASAN WANITA ENGGAN BERJILBAB & BERCADAR
oleh: www.al-idrisiyyah.com

1. Jilbab tidak menarik. Jawabnya seorang wanita muslimah harus sudi menerima kebenaran agama Islam, dan tidak mempermasalahkan senang atau tidak senang. Sebab rasa senangnya itu diukur dengan barometer hawa nafsu yang menguasai dirinya.

2. Takut durhaka kepada orang tuanya yang melarangnya berpakaian jilbab. Jawabnya adalah Rasulullah SAW telah mengatakan agar tidak mematuhi seorang makhluk dalam durhaka kepada-Nya.

3. Tidak bisa membeli pakaian yang banyak memerlukan kain. Jawabannya, orang yang mengatakan alasan seperti itu adalah karena (pertama) ia benar-benar sangat miskin sehingga tidak mampu membeli pakaian Islami. Atau (kedua) karena dia Cuma alasan saja, sebab ia lebih menyukai pakaian yang bugil sehingga tampak lekuk tubuhnya atau paha mulusnya bisa kelihatan orang.

4. Karena merasa gerah dan panas. Jawabannya, wanita muslimah di Arab yang udaranya lebih panas saja mampu mengenakan pakaian Islami, mengapa di negara lainnya tidak? Dan orang yang merasa gerah dan panas mengenakan pakaian Islami, mereka tidak menyadari tentang panasnya api neraka bagi orang yang membuka aurat. Syetan telah telah menggelincirkan, sehingga mereka terasa bebas dari panasnya dunia, tetapi mengantarkannya kepada panas api neraka.

5. Takut tidak istiqamah. Mereka melihat contoh wanita muslimah yang kurang baik ‘Buat apa mengenakan jilbab sementara, Cuma pertama saja rajin, nanti juga dilepas’. Jawabannya adalah mereka mengambil sample (contoh) yang tidak cocok, bukan wanita yang ideal (yang istiqamah) menjalankannya. Ia mengatakan hanya untuk menyelamatkan dirinya. Dan ia tidak mau mengenakan jilbab karena takut tidak istiqamah. Kalau saja semua orang berfikir demikian, tentunya mereka akan meninggalkan agama secara keseluruhan. Orang tidak akan shalat sama sekali karena takut tidak istiqamah, begitu pula puasa dan ibadah lainnya.

6. Takut tidak laku kawin, jadi selama ia belum menikah, maka ia tidak mengenakan jilbab. Jawabannya, adalah ucapan itu sebenarnya tidak sebenarnya. Justru berakibat buruk pada dirinya sendiri. Sesungguhnya perkawinan adalah nikmat dari Allah yang diberikan kepada siapa saja yang dikehendaki. Sebagian besar orang audah meyakini bahwa jodoh di tangan Tuhan. Betapa banyak gadis yang berjlbab dan menutup aurat dalam berbusana tetapi lebih cepat mendapatkan jodoh dibandingkan mereka yang berpakaian seksi. Karena wanita yang menyukai pakaian seksi akan dijadikan permainan bagi laki-laki iseng. Gadis-gadis berpakaian seksi dipandang sebagai gadis murahan. Sesungguhnya suami-suami yang menyukai wanita-wanita yang berpakaian ‘berani’, setengah bugil atau beneran, membuka aurat dan bermaksiat kepada Allah adalah bukan tipe suami yang baik, yang shalih dan berjiwa besar. Ia tidak punya rasa cemburu sama sekali terhadap larangan-larangan Allah dan tidak dapat memberikan pertolongan kepada isterinya kelak. Jadi jika wanita yang menyukai pakaian seksi atau melepaskan jilbab dengan tujuan mendapatkan jodoh yang baik, maka hal itu sungguh merupakan suatu kebodohan.

7. Menampakkan anugerah tubuh yang indah atau ingin menghargai kenikmatan yang diberikan Allah kepadanya. Jawabnya menghargai atau bersyukur itu dengan porsi yang benar. Bersyukur itu dengan mengahrgai perintah-Nya, yakni menjaga aurat, bukan dengan mengobralnya.

8. Belum mendapat hidayah, jilbab itu ibadah. Jika Allah memberi hidayah, pasti kami akan mengenakannya. Jawabnya, Allah menciptakan segala sesuatu itu ada sebab-sebabnya. Misalnya orang yang sakit jika ingin sembuh hendaknya menempuh sebab-sebab bagi kesembuhannya. Adapun sebab yang harus ditempuh adalah berikhtiar dan berobat. Sebab orang kenyang karena makan, dsb. Maka demikian pula orang yang ingin mendapatkan hidayah itu harus menempuh sebab-sebab datangnya hidayah yakni dengan mematuhi perintah-Nya mengenakan jilbab.

9. Belum waktunya. Sebagian ada yang berkata bahwa mengenakan jilbab itu harus tepat waktunya, misalnya karena masih anak-anak atau masih remaja. Ada yang akan mengenakannya jika sudah tua. Atau jika sudah menunaikan ibadah haji. Jawabnya adalah alasan mengulur-ulur waktu itu hanyalah sebagai sekedar dalil pembenaran saja. Itu sama artinya dengan orang yang menunda-nunda shalat, menunggu sampai ia berusia tua. Apakah kita tahu kapan kita akan meninggal dunia? Sedangkan mati itu tidak mengenal usia, tua maupun muda.

10. Tidak mau dianggap sebagai orang yang mengikuti golongan tertentu. Jawabannya, bahwa anggapan ini karena dangkalnya pemahaman terhadap Islam atau karena dibuat-buat untuk menutupi diri agar tidak dituduh melanggar syari’at. Sesungguhnya di dalam Islam itu hanya ada dua golongan, yaitu golongan Hizbullah, golongan yang senantiasa menaati perintah Allah dan golongan Hizbus Syaithan, yakni golongan yang melanggar perintah Allah.

PENJELASAN HUKUM TEMBAKAU DALAM KITAB

PENJELASAN HUKUM TEMBAKAU DALAM KITAB:

BUGHYATUL MUSTARSYIDIN[1]
Sebuah kitab yang merupakan ringkasan Fatwa-fatwa beberapa Imam, Ulama Muta-akhirin serta faidah-faidah penting dari kitab-kitab 6 Ulama Mujtahid. Karangan Sayid Abdur Rahman bin Muhammad bin Husain bin Umar Ba ’Alawi (Mufti Hadhramaut)

(Pemasalahan): Tembakau yang dikenal sebagai perbuatan yang keji karena dapat menghilangkan keadaan (kesehatan atau kesadaran) dan harta. Orang yang memakan, menghirup atau mengisapnya bukanlah termasuk orang yang memiliki rasa malu (muru’ah).

Sesungguhnya telah berfatwa para Imam Ahli Shufi seperti Al-Quthub Tuan Abdullah bin Alwi al-Haddad dan al-’Allamah Ahmad al-Hadwan, sebagaimana telah disebutkan oleh Al-Quthub Ahmad bin Umar bin Sumaith dari kedua Imam tersebut atau selainnya yang serupa pendapatnya. Bahkan tercelanya diungkapkan lagi oleh al-Habib al-Imam Husain bin Syekh bin Abu Bakar bin Salim yang berkata: ’dikhawatirkan orang yang tidak bertaubat dari menghisap tembakau sebelum matinya akan mati dalam keadaan Su-ul Khatimah, wal ’Iyaadzu billaahi ta’aala’[2]

Dan telah melengkapi uraian di dalamnya, nukilan al-’Allamah Abdullah Baswedan dalam kitab Faidhul Asraar dan Syarh Khutbah. Dan menyebutkan pula beberapa pengarang kitab mengenai keharamannya, seperti al-Qolyubi dan Ibnu ’Allan, yang meriwayatkan hadits di dalamnya.

Dan berkata al-Hasawi dalam Tatsbitul Fu-ad min Kalaami al-Haddad: ‘Saya berkata: Saya melihat dalam kitab Tafsir al-Muqni’ul Kabiir, bersabda Nabi Saw: “Wahai Abu Hurairah akan datang beberapa kaum di akhir zaman yang mengekalkan menghisap rokok (pohon tembakau ini) dan mereka berkata: kami sekalian termasuk sebagian umat Muhammad SAW, dan padahal mereka bukanlah termasuk daripada umatku dan aku tidak mengakui mereka sebagai umat, tetapi mereka itu merupakan sebagian umat yang liar. Berkata Abu Hurairah: “Aku bertanya kepada Nabi SAW dari apakah tumbuhnya?”. Rasulullah menjawab: “Sesungguhnya tembakau itu tumbuh dari kencing iblis. Apakah tetap iman di hati seseorang yang menghisap kencing setan? maka di laknat orang yang menanamnya, yang memindahkannya, dan yang menjual belikannya. Telah bersabda nabi SAW Allah akan memasukan mereka kedalam api neraka Bahwasanya pohon tembakau itu pohon yang keji.”

Dan saya melihat tulisan al-’Allamah Ahmad bin Hasan al-Haddad dalam Tatsbitul Fu-ad, ‘Saya mendengar sebagian Muhibbin (para Awliya Pencinta Allah) berkata: “Dahulu ada orang yang mengisap Tutun[3] (tembakau) secara sembunyi dan ia termasuk orang yang mengasihi para Ulama keluarga al-Haddad, ketika ia mati aku melihatnya dan aku bertanya: ‘Apa yang Allah perbuat denganmu?’ Mereka berkata: ‘Telah memberikan syafa’at kepadaku seorang Ulama yang terdahulu kecuali masalah tembakau, sesungguhnya tembakau itu menyakitiku’. Dan aku melihat di dalam kuburnya terdapat lubang dan mengeluarkan asap yang menyakitinya’. Dan Muhibbin itu berkata: ‘Sesungguhnya syafa’at Awliya itu terhalang oleh perbuatan mengisap tembakau (merokok). Saya melihat orang-orang yang (dikenal) shalih tetapi ia mengisap tembakau, maka aku melihat sesudah matinya berkata: ‘Sesungguhnya orang yang menghirup tembakau itu mendapatkan separuh dosa peminum (arak), maka hindarilah dari orang yang mengisap tembakau itu’. Dan berkata seorang Wali yang Mukasyafah[4] Asy-Syarif Abdul Aziz ad-Dabbagh[5]: ‘Telah sepakat orang-orang Ahli Dewan para Wali atas keharaman Tutun ini, dst.’

_________________________________________________________
[1] Hal. 163-164 Daarul Fikr
[2] Kita mohon perlindungan kepada Allah.
[3] Pada masa dahulu rokok dikenal dengan ‘Tutun’ (bahasa Turki).
[4] Tersingkap tirai keghaiban.
[5] Wafat 1717 M. Beliau adalah sendiri Tarekat Khidhiriyyah, yang generasi setelahnya melahirkan Tarekat-tarekat Muta-akhirin lainnya, seperti Sanusiyyah, Idrisiyyah, Mirghaniyyah, Rasyidiyyah, Dandarawiyyah, Ja’fariyyah, dsb. Kitab beliau yang masyhur (al-Ibriiz) ditulis oleh muridnya sendiri (Abdullah bin Mubarak), karena beliau tidak dapat membaca dan menulis (Ummy). Istilah Dewan para Wali ini beliau jelaskan pula dalam kitabnya tersebut.

TAQWA, Tangga Pencapaian Akhir Puasa

TAQWA, Tangga Pencapaian Akhir Puasa
Percikan Nasehat Asy-Syekh Al-Akbar di bulan Ramadhan
Khalifah Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah di Indonesia.

Ramadhan merupakan bulan suci yang menyucikan, meluruhkan berbagai kekotoran jasad dan jiwa. Sejuta keutamaannya membuat orang merasa rugi jika menyia-nyiakan keberadaannya.

Ramadhan dengan berbagai kelebihannya menjadi berharga karena ‘perintah’. Berpuasa menjadi tidak bernilai jika di satu sisi kita ‘mengejar’ keutamaan Ramadhan, namun di sisi lain kita meninggalkan aturan yang telah ditetapkan-Nya.

Seringkali terjadi jika seseorang berpergian jauh (musafir) atau sakit, ia merasa kurang enak (sreg) jika berbuka. Atau merasa kurang afdhal (utama) jika berbuka. Atau merasa berat jika ia mesti membayarnya di lain waktu. Ia merasa rugi jika ‘kehilangan’ puasa ramadhan-nya, tapi ia tidak merasakan kasih sayang Allah telah lenyap dari jiwanya. Ia lebih mengutamakan karunia ramadhan daripada yang menciptakan ramadhan (Allah SwT).

Ramadhan mesti diisi dengan ketundukan dan ketaatan, dan tidak mesti dengan puasa. Apalah arti puasa yang tidak menyambut sifat Rahim Allah kepadanya dengan meninggalkan rukhshah (keringanan) yang Allah berikan kepadanya.

Allah SwT berfirman:

‘Allah menghendaki kemudahan untukmu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu’. (Q.S. Al-Baqarah: 185)

Rasulullah Saw bersabda:
“Sebaik-baik umatku adalah apabila pergi jauh (musafir) dia berbuka puasa dan shalat Qashar”. (HR. Thabrani)
“Sesungguhnya Allah mencintai jika kemurahan-kemurahan-Nya diambil sebagaimana Dia mencintai jika fardhu-fardhu-Nya dikerjakan. Sesungguhnya Allah mengutusku untuk menyampaikan agama yang lurus lagi mudah, yakni agama Ibrahim As”. (HR. Ibnu ‘Asakir)
“Kerjakanlah yang fardhu, terimalah keringanan (kemurahan-Nya), biarkanlah orang-orang, maka sungguh kamu dipelihara dari gangguan mereka”. (HR. Al-Khathib)

Tujuan puasa adalah meraih nilai-nilai ketaqwaan, bukan semata-mata mencari-cari keutamaan Ramadhan dengan meninggalkan kewajibannya sebagai seorang muslim. Bukanlah dengan adanya ramadhan kita membabi buta menggapai gelimang cahayanya, tapi kita tinggalkan esensi kehambaan kita kepada Allah.

Apabila kewajiban suami istri mesti ditinggalkan dengan alasan mengejar keutamaan Ramadhan, berarti ia belum mengerti nilai ketakwaan sesungguhnya. Misalnya, seorang istri yang menolak ajakan suaminya di bulan Ramadhan karena alasan ingin mengkhatamkan Al-Quran adalah adalah sikap yang amat keliru.

Universitas Ramadhan adalah pelatihan individu dan sosial menuju martabat ketakwaan, yakni membentuk SDM yang bersikap Sami’na wa Atho’na, turut perintah dengan apa yang diperintahkan Allah dan menjauhi apa yang dilarangnya. Jika Ramadhan ini tidak membentuk sikap ketaqwaan, maka gagallah usaha dan jerih payah perjuangan ramadhan yang dilakukannya.

Konsep ketaqwaan sebagai halte terakhir ramadhan bukanlah hanya dilakukan dalam 1 bulan, namun perjalanannya berkelanjutan. Konsep ketaqwaan adalah konsep harian bukanlah bulan ramadhan saja. Firman Allah SwT: ‘Ayyaamam ma’duudaat’, pada hari-hari yang ditentukan (bukan bulan-bulan yang ditentukan).

Buah ramadhan adalah kesabaran. Namun kesabaran itu tidak bernilai jika tidak didasari nilai ketaqwaan. Banyak umat lain selain Islam menyodorkan doktrin kesabaran, namun kesabarannya tiada arti di sisi Allah karena tidak didasari sikap ‘turut perintah’ terhadap konsep keselamatan.

Rasa lapar juga merupakan bagian penderitaan para Nabi dan Shalihin terdahulu yang manfaatnya teramat besar bagi madrasah pembenahan jiwa. Namun keadaan lapar itu juga tidak bearti di sisi Allah jika tidak berpijak pada sikap ‘turut perintah’. Sikap ini menjadi acuan semua ibadah kepada Allah.

Karena sikap turut perintah-lah yang menyebabkan kita menghadap ke kiblat setiap hari. Sikap inilah yang menyebabkan kita mau mencium hajar aswad, mengelilingi bangunan batu (Ka’bah), berlari-lari (Sa’i), melaparkan diri (berpuasa), dan sebagainya.

Saat seseorang kembali ke fitrah (titik nol), dikhawatirkan ia akan kembali lagi ke koordninat minus jiwa karena ia belum mengenal nilai-nilai ketaqwaan, yakni turut perintah. Jika kita mampu berbuat di bulan Ramadhan, mengapa di bulan lainnya tidak?

“Betapa banyak orang yang berpuasa yang tidak maraih apa-apa melainkan rasa lapar dan dahaga”, Nabi Saw mengingatkan. Karena ia tidak mampu mempersembahkan nilai ketaqwaan sesudah fitrahnya.

MENGAMBIL BAI'AH TARIQAT AL AHMADIYAH AL IDRISIYAH







Ikhwan muslimin dan muslimat yang baru dan lama ketika mengambil bai'ah daripada al Fadhil Syeikh Muhammad Rajab Akmal al Idrisi al Ahmadi.



Sohibul Fadhilah Syeikh Muhammad Rajab al Idrisi ketika menyampaikan ceramahnya. (Ustaz Mohd Yusof bin Afandi al Ahmadi bersebelahan al Fadhil Syeikh)
Antara suasana Majlis Tariqat al Ahmadiyah al Idrisiyah yang berlangsung di Darul Ansar Melaka

GAMBAR PROGRAM TARIQAT AHMADIYAH IDRISIYAH

Sohibul Fadhilah al Ustaz al Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al Idrisi al Ahmadi ketika menyampaikan ceramahnya mengenai Badar al Kubra pada 29 Ogos 2010 di Darul Ansar Pulau Gadong.

RISALAH AL 'ALIYYAH

Tariqat Dan Tasawwuf - Risalah Aliyah TARIQAT DAN TASAWWUF

TARIQAT atau Tariqah merupakan intipati pelajaran Ilmu Tasawwuf yang mana dengannya seseorang itu dapat menyucikan dirinya dari segala sifat-sifat yang keji dan menggantikannya dengan sifat-sifat Akhlaq yang terpuji.

Ia juga merupakan batin bagi Syari’at yang mana dengannya seseorang itu dapat memahami hakikat amalan-amalan soleh di dalam Agama Islam. Ilmu Tariqat juga merupakan suatu jalan yang khusus untuk menuju Ma’rifat dan Haqiqat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ia termasuk dalam Ilmu Mukasyafah dan merupakan Ilmu Batin, Ilmu Keruhanian dan Ilmu Mengenal Diri. Ilmu Keruhanian ini adalah bersumber dari Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang diwahyukan kepada Hadhrat Jibrail ‘Alaihissalam dan diwahyukan kepada sekelian Nabi dan Rasul khususnya Para Ulul ‘Azmi dan yang paling khusus dan sempurna adalah kepada Hadhrat Baginda Nabi Besar, Penghulu Sekelian Makhluk, Pemimpin dan Penutup Sekelian Nabi dan Rasul, Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wa Alihi Wa Ashabihi Wasallam. Kemudian ilmu ini dikurniakan secara khusus oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam kepada dua orang Sahabatnya yang unggul iaitu Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma. Melalui mereka berdualah berkembangnya sekelian Silsilah Tariqat yang muktabar di atas muka bumi sehingga ke hari ini. Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam juga mengurniakan Ilmu Keruhanian yang khas kepada Hadhrat Salman Al-Farisi Radhiyallahu ‘Anhu. Di zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, seorang Tabi’in yang bernama Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu juga telah menerima limpahan Ilmu Keruhanian dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam meskipun dia berada dalam jarak yang jauh dan tidak pernah sampai ke Mekah dan Madinah bertemu Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, sedangkan beliau hidup pada suatu zaman yang sama dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Pada tahun 657 Masihi Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘Alaih telah membangunkan suatu jalan Tariqat yang mencapai ketinggian yang terkenal dengan Nisbat Uwaisiyah yang mana seseorang itu boleh menerima limpahan Keruhanian dari Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan sekelian Para Masyaikh Akabirin meskipun pada jarak dan masa yang jauh.

Di dalam kitab ‘Awariful Ma’arif ada dinyatakan bahawa di zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, Hadhrat Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq dan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni Abi Talib Radhiyallahu ‘Anhuma telah menghidupkan perhimpunan jemaah-jemaah di mana upacara Bai’ah dilakukan dan majlis-majlis zikir pun diadakan. Tariqat menurut pengertian bahasa bererti jalan, aliran, cara, garis, kedudukan tokoh terkemuka, keyakinan, mazhab, sistem kepercayaan dan agama.

Berasaskan tiga huruf iaitu huruf Ta, Ra dan Qaf. Ada Masyaikh yang menyatakan bahawa huruf Ta bererti Taubat, Ra bererti Redha dan Qaf bererti Qana’ah. Lafaz jamak bagi Tariqat ialah Taraiq atau Turuq yang bererti tenunan dari bulu yang berukuran 4 hingga 8 hasta dan dipertautkan sehelai demi sehelai. Tariqat juga bererti garisan pada sesuatu seperti garis-garis yang terdapat pada telur dan menurut Al-Laits Rahmatullah ‘alaih, Tariqat ialah tiap garis di atas tanah, atau pada jenis-jenis pakaian. Allah Subhanahu Wa Ta’ala menyebut lafaz Tariqat sebanyak 9 kali pada 5 Surah di dalam Al-Quran seperti berikut:

1. Surah An-Nisa ayat 168 – Sesungguhnya orang-orang yang kafir dan melakukan kezaliman, Allah sekali-kali tidak akan mengampuni (dosa) mereka dan tidak (pula) akan menunjukkan jalan kepada mereka. Ayat ini menerangkan bahawa Allah hanya akan menunjukkan jalanNya kepada mereka yang tidak kufur dan tidak melakukan kezaliman.

2. Surah An-Nisa ayat 169 – Kecuali jalan ke Neraka Jahannam; mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Ayat ini menerangkan bahawa jalan yang dipilih oleh orang-orang kafir itu hanya akan membawa mereka kekal di dalam Neraka Jahannam.

3. Surah Taha ayat 63 – Mereka berkata: "Sesungguhnya dua orang ini adalah benar-benar ahli sihir yang hendak mengusir kamu dari negeri kamu dengan sihirnya dan hendak melenyapkan kedudukan kamu yang utama. Maksudnya, ahli-ahli sihir Firaun itu menganggap bahawa kedatangan Hadhrat Nabi Musa ‘Alaihissalam dan Hadhrat Nabi Harun ‘Alaihissalam ke Mesir itu ialah hendak menggantikan Firaun dan orang-orangnya sebagai Penguasa di Mesir. Sebahagian Ahli Tafsir mengartikan Tariqah di sini dengan keyakinan (Agama).

4. Surah Taha ayat 77 – Dan Sesungguhnya telah Kami wahyukan kepada Musa: "Pergilah kamu dengan hamba-hamba-Ku (Bani Israil) di malam hari, Maka buatlah untuk mereka jalan yang kering dilaut itu, kamu tak usah khawatir akan tersusul dan tidak usah takut (akan tenggelam)". Membuat jalan yang kering di dalam laut itu ialah dengan memukul laut itu dengan tongkat. Lihat ayat 63 Surah Asy-Syu'ara.

5. Surah Taha ayat 104 – Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan, ketika berkata orang yang paling lurus jalannya di antara mereka: "Kamu tidak berdiam (di dunia), melainkan hanyalah sehari saja". Yang dimaksudkan dengan lurus jalannya, ialah orang yang agak lurus fikirannya atau amalannya diantara orang-orang yang berdosa itu. Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan ketika berkata orang yang paling lurus jalan Tariqatnya di antara mereka: “Kamu tidak berdiam di Dunia melainkan hanyalah sehari sahaja.”

6. Surah Al-Ahqaf ayat 30 – Mereka berkata: "Hai kaum kami, Sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan Kitab-Kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus. Yakni mereka berkata: “Hai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab Al-Quran yang telah diturunkan sesudah Musa yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya, lagi memimpin kepada kebenaran dan kepada jalan Tariqat yang lurus.”

7. Surah Al-Mukminun ayat 17 – Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan di atas kamu tujuh buah jalan (tujuh buah langit); dan Kami tidaklah lengah terhadap ciptaan (kami). Yakni sesungguhnya Allah telah menciptakan di atas kita tujuh buah jalan-jalan Tariqat (tujuh buah lapisan langit) dan Allah tidaklah lengah dan lalai terhadap sekelian ciptaanNya.

8. Surah Al-Jin ayat 11 – Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang Salih dan di antara kami ada pula yang tidak demikian halnya, adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. Yakni di antara kami ada orang-orang yang Salih dan di antara kami ada pula yang tidak demikian halnya, adalah kami menempuh jalan Tariqat yang berbeza-beza.

9. Surah Al-Jin ayat 16 – Dan bahwasanya, jikalau mereka tetap berjalan lurus di atas jalan itu (Agama Islam), benar-benar Kami akan memberi minum kepada mereka air yang segar (rezeki yang banyak).

Tariqat menurut istilah di kalangan ‘Ulama Tasawwuf bererti:

1) Jalan kepada Allah dengan mengamalkan Ilmu Tauhid, Feqah dan Tasawwuf.
2) Cara atau kaifiat mengerjakan sesuatu amalan untuk mencapai sesuatu tujuan.

Drs. Imron Aba menyatakan menyatakan dalam bukunya Di Sekitar Permasalahan Tariqat Naqshbandiyah bahawa:

“Pengertian Tariqat sebagaimana yang berkembang di kalangan ‘Ulama Ahli Tasawwuf iaitu jalan atau petunjuk dalam melaksanakan sesuatu ibadah sesuai dengan ajaran yang dibawa oleh Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan yang dicontohkan baginda SAW serta dikerjakan oleh Para Sahabatnya, Tabi’in, Tabi’it Tabi’in dan terus turun temurun sampai kepada Guru-Guru, ‘Ulama-‘Ulama secara bersambung dan berantai hingga pada masa kita ini.”

Istilah Tariqat ini muncul pada kurun ketiga Hijrah, walaubagaimanapun pengamalan Tariqat di zaman Nabi dan Para Sahabat masyhur dengan nama As-Sunnah iaitu menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam secara Zahir dan Batin. Tariqat bertujuan menghidupkan kembali jalan-jalan untuk menuruti segala Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dengan sebaik mungkin.

Menurut Prof. Dr. H. Abu Bakar Acheh Rahmatullah ‘alaih dalam karangannya yang berjudul Tarekat Dalam Tasawwuf menyatakan bahawa, “Pada awal mulanya Islam tidak mengenal ilmu atau gerakan Batin yang pada waktu ini biasa dinamakan Mistik. Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam membawa Al-Quran yang mengajarkan bahawa Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu pembuat undang-undang dan Hakim dalam memberi perintah Amar yang harus dikerjakan oleh manusia dan mengadakan larangan-larangan Nahi yang harus dijauhkan oleh hambaNya.

Maka oleh kerana itu barang siapa mengerjakan perintah itu diberi ganjaran dan barang siapa yang melakukan pelanggaran atas perintahNya, dia akan dihukum dengan siksaan.” Seterusnya beliau menulis bahawa perasaan Mistik ini sudah terdapat dalam kalangan Ummat Islam sejak abad ke 2 Hijrah dan antara sifat-sifat dari aliran Mistik ini yang tampak ketara ialah kehendak untuk mengasingkan diri dari Dunia ini, kegiatan mengucapkan kata-kata dan lafaz-lafaz yang tertentu mengenai puji-pujian, penyerahan diri yang tidak terbatas yakni bertawakkal kepada Tuhan sehingga tidak acuh lagi kepada Dunia bahkan kadang-kadang tidak acuh lagi kepada dirinya sendiri sehinggakan dia lupa kepada makanan, pakaian dan kadang-kadang terhadap kewajipan duniawi. Seseorang Mistik yang sesungguh-sungguhnya hanya meletakkan seluruh hidupnya kepada Tuhan. Mereka juga berjalan mengembara dari satu daerah ke daerah yang lain dengan pakaian compang-camping kerana ingin merendahkan diri dalam segala hal terhadap Tuhan. Mereka acapkali bertapa bersepi diri dengan memakai pakain dari kulit-kulit berbulu seperti bulu kambing yang disebut Suf, maka mereka pun diberikan gelaran Sufi bagi menunjukkan kehidupan Mistik mereka.

Ada aliran-aliran yang berikhtiar untuk mendekatkan diri kepada Tuhan, mencari daya upaya untuk mendapatkan suatu keadaan Fana, lenyap dari segala perasaan keduniaan dengan maksud untuk berdamping dengan Tuhan menerusi amalan Muraqabah dan Musyahadah, bersatu dalam kasih sayang dengan Penciptanya. Maka oleh kerana itu mereka mencari jalan-jalan yang memberikan kepadanya kekuatan Ghaib dan ada juga yang mencari jalan dengan melatih fikirannya terus menerus mengingat Tuhan atau dengan jalan berpuasa atau berjaga malam atau dengan jalan mendengar nyanyian atau muzik atau dengan jalan mengambil nafas dalam asap kemenyan atau minuman-minuman yang menlenyapkan akalnya atau salah satu jalan yang lain sehingga mereka mencapai kepuasa jiwa menurut kehendaknya. Bermula dari kurun ketiga Hijrah Ummat Islam itu terdiri dari golongan ‘Ulama, Asfiya, Umara dan ‘Awam. Para ‘Ulama adalah pewaris Nabi dan mereka bertanggungjawab memelihara Syari’at Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Para Asfiya adalah Para Sufi yang menjadi pewaris Ma’rifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan bertanggungjawab memelihara Haqiqat. Umara adalah golongan pemimpin yang memimpin sesebuah negara Islam.

Golongan ‘Awam pula adalah rakyat biasa yang beragama Islam. Para Asfiya adalah ‘Ulama yang mengutamakan Tasawwuf dalam setiap hal dan keadaan kerana Allah kasih kepada orang yang sentiasa bertaubat dan sentiasa mensucikan diri. Mereka mula membentuk serta menyusun sistem dan sukatan pelajaran bagi orang-orang yang cenderung untuk tunduk dan patuh mengamalkan Agama Islam sepertimana Para ‘Ulama Mujatahidin telah menyusun sistem perundangan Syari’at. Agama Islam adalah agama sempurna yang menyeluruh dan meliputi seluruh bidang kehidupan manusia dan untuk menghayatinya memerlukan kesepaduan ilmu-ilmu Syari’at, Tariqat, Ma’rifat dan Haqiqat barulah seseorang itu akan mencapai kedudukan yang sempurna di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Kesepaduan Ilmu itu adalah seperti berikut:

1) SYARI‘AT – Ilmu Zahir iaitu pengetahuan tentang perintah-perintah dan larangan-larangan Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta hukum ahkam. Pengetahuannya dapat di perolehi menerusi Ilmu Feqah yang telah disusun oleh Para ‘Ulama Mujtahidin seperti Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafi’i dan Imam Ahmad Hambali Rahimahumullah yang merupakan Para Imam Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Ilmu Syari’at adalah ilmu tentang usul agama berdasarkan Al-Quran, Al-Hadits, Ijma’ dan Qiyas. Pengamalan ilmu ini adalah bersifat zahir dan perlu dilengkapi dengan Ilmu Batin Syari’at.

2) TARIQAT – Ilmu Batin Syari’at dan ianya adalah menghayati perlaksanaan Syari’at dengan sebaik mungkin kerana menerusi pengamalan yang betul akan melahirkan Akhlak Muhammadiyah iaitu tatakrama dan tingkahlaku yang baik serta adab kesopanan terhadap Tuhan dan sesama makhluk. Pengetahuan tentangnya dapat diperolehi menerusi Ilmu Tasawwuf dan mengamalkannya setelah mengambil Bai’ah dengan Guru Mursyid menerusi jalan Tariqat yang muktabar seperti Idrisiyah, Naqshbandiyah, Qadiriyah, Suhrawardiyah, Syaziliyah atau Chistiyah dan sebaginya.

3) MA’RIFAT – Ilmu Batin iaitu pengetahuan tentang Zat Allah Yang Esa, Sifat-SifatNya, Tindakan dan PerbuatanNya, Nama-NamaNya serta Hikmah-HikmahNya. Ilmu ini dapat diperolehi menerusi Ilmu Tauhid beserta pengamalan Syari’at Zahir dan Batin yakni Tariqat kerana Ilmu Ma’rifat itu bersifat Batin maka ianya memerlukan amalan Batin.

4) HAQIQAT – Ilmu Batin bagi Ma’rifat dan sebagai perumpamaan:

“Syari’at itu bagaikan pohon, Tariqat bagaikan cabang, Ma’rifat bagaikan daun dan Haqiqat bagaikan buah.”

Ilmu Haqiqat ialah mencapai keyakinan tentang hakikat Zat dan KeesaanNya, hakikat Sifat-SifatNya dan hakikat Af’alNya beserta HikmahNya. Ilmu inilah yang akan memberikan kita hasil pengertian sebenar akan hakikat beragama.TASAWWUF ialah menyucikan Batin dengan cahaya Ma’rifat dan Tauhid kepada Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang mana dengannya akan terhasillah akhlak kehambaan yang sempurna menuruti Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Sumber perkataan Tasawwuf telah lama diperdebatkan dan telah masyhurlah di dalam kebanyakan kitab-kitab Tasawwuf yang menjelaskan bahawa perkataan Tasawwuf itu berasal dari perkataan Saf yang bererti suci dan tulus sepertimana Hadhrat Bisyr Ibni Al-Harits Rahmatullah ‘alaih ada mengatakan bahawa, “Sufi adalah orang yang hatinya tulus (Safa) terhadap Tuhan.” Para Sufi adalah orang-orang yang mengamalkan Tasawwuf dan mereka dinamakan sebagai Para Sufi kerana kemurnian dan kebersihan hati serta akhlak mereka yang baik.

Mereka adalah orang-orang yang tulus hatinya terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mendapat Rahmat yang khusus dariNya. Perkataan Saf merupakan Masdar bermakna suci dan perkataan Tasawwuf adalah kata terbitan pada timbangan wazan Tafa”ul memberikan pengertian Takalluf yang bermakna penyucian yakni melakukan suatu amal perbuatan serta tindakan untuk menyucikan sesuatu. Ada juga yang mengatakan ia berasal dari perkataan Saf Al-Awwal yang bererti ahli barisan yang pertama di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana besarnya keinginan dan kecenderungan hati mereka terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan segala rahsia diri mereka hanya ada di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Mereka juga sentiasa berusaha mendapatkan saf yang pertama di dalam Solat berjemaah.

Para Masyaikh menta’birkannya dengan berbagai perumpamaan seperti orang yang sentiasa bersegera ke arah kebaikan dan kebajikan serta sentiasa bersedia berjihad dan berada di barisan yang hadapan. Para Sufi yang benar sentiasa berusaha meletakkan diri mereka dalam perhatian Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan mereka amat cenderung untuk mencari Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta mereka tahu bahawa Rahmat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang khas ada terdapat di dalam melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan menuruti tindakan yang telah disunnahkan oleh Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Mereka adalah orang-orang yang berada di saf yang awal.

Ada yang mengatakan bahawa ia berasal dari Ashab As-Suffah iaitu sifat-sifat Para Sufi itu menyamai sifat-sifat orang-orang yang tinggal di serambi masjid iaitu Suffah yang hidup di zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Mereka adalah Para Sahabat Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mulia. Mereka redha kepada Allah dan Allah juga redha kepada mereka. Mereka adalah orang-orang yang faqir terhadap Allah Subhanahu Wa Ta’ala serta hidup mereka hanya bergantung penuh denganNya menerusi doa munajat, sabar dan tawakkal. Para Sahabat Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang menjadi Ahli Suffah amat tinggi darjat mereka di sisi Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana mereka sentiasa memenuhkan masa mereka dengan zikir dan ibadah. Mereka juga gemar berpuasa. Di sebabkan hidup mereka yang sebatang kara, mereka lebih senang tinggal di serambi masjid kerana dekat untuk mereka bertemu dengan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika Solat dan menghadiri majlis Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Antara mereka yang masyhur adalah Hadhrat Bilal Ibni Rabah, Hadhrat Salman Al-Farisi, Hadhrat Abu Hurairah, Hadhrat Khabbab Ibni Al-Arat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in. Para Sufi yang mulia sentiasa menjadikan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in sebagai panduan dalam kehidupan mereka kerana Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang mafhumnya bahawa, “Persamaan yang ada pada diri Para Sahabat adalah ibarat bintang-bintang, barangsiapa mengikuti mereka nescaya akan dipimpin ke jalan yang lurus.”Ada juga yang mengatakan bahawa perkataan Tasawwuf itu berasal dari Suf iaitu bulu kambing dan ini merupakan pendapat yang masyhur.

Para Sufi di zaman awal Islam sering dikaitkan dengan perkataan ini kerana mereka gemar memakai baju jubah yang diperbuat dari kain wool iaitu bulu kambing biri-biri. Adapun jubah bulu kambing itu digemari di kalangan kaum Sufi kerana ia amat berguna untuk memanaskan badan mereka ketika musim sejuk dan boleh di jadikan hamparan untuk mereka tidur dan boleh pula di jadikan sejadah untuk bersolat. Walaubagaimanapun ada sebilangan Masyaikh yang memakai jubah yang diperbuat dari bulu kambing untuk menampilkan tahap kedudukan Ruhaniah masing-masing.

Di dalam kitab Sirrul Asrar ada dinyatakan bahawa bagi tingkatan permulaan atau Mubtadi, bulu kambing biri-biri Suf Al-Ghanam digunakan; bagi tingkatan menengah atau Mutawassit bulu kambing Suf Al-Ma’zi dan bagi tingkatan atas iaitu Muntahi adalah bulu kambing Suf Al-Mar’az iaitu bulu yang paling halus. Begitulah juga dengan tingkatan batin seseorang itu tergantung kepada martabat ketinggian keadaan kerohaniannya. Perkataan Tasawwuf itu terdiri dari empat huruf iaitu Ta, Sad, Waw dan Fa.

Menurut Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih, huruf Ta itu adalah dari kata At-Taubah dan Taubat itu terbahagi kepada dua iaitu Taubat Zahir dan Taubat Batin. Taubat Zahir adalah manusia kembali dengan seluruh badannya yang zahir dari dosa dan sifat tercela kepada ketaatan, dari keingkaran kepada penyerahan menerusi penyucian hati. Apabila seseorang itu telah berhasil menukarkan segala sifat yang buruk dalam dirinya kepada sifat yang terpuji, maka sempurnalah dia menempuh maqam Ta. Huruf Sad diambil dari As-Saffa yang ertinya bersih. Bersih terbahagi kepada dua iaitu bersih Qalb dan bersih Sirr.

Bersih Qalb ertinya membersihkan hati dari kekotoran Sifat Basyariah iaitu sifat-sifat manusiawi seperti syahwat yang didorong oleh hati, banyak makan dan minum, banyak tidur dan banyak berbicara, menyenangi benda dunia seperti usaha yang berlebihan, bersetubuh yang berlebihan dan mencintai anak-anak dan kaum keluarga secara berlebihan. Untuk membersihkan hati dari sifat-sifat seperti ini hanya dapat terhasil dengan tetap melaksanakan zikir yang telah ditalqinkan oleh Guru Mursyid. Bila hati telah dibersihkan maka akan terukirlah di dalam hati gambaran ghaib dari kebaikan mahupun keburukan sepertimana sabdaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mafhumnya:

“Orang ‘Alim itu mengukir dan orang ‘Arif membersihkannya.”

Adapun bersih Sirr ialah menjauhi segala sesuatu selain Allah dan mencintai Allah dengan terus menerus melaksanakan Asma Tauhid dengan lidah rahsia di dalam rahsia dirinya. Apabila seseorang itu berhasil mencapai sifat yang sedemikian maka sempurnalah baginya maqam Sad. Adapun huruf Waw diambil dari lafaz Al-Wilayah dan ianya merupakan tertib dalam menjalani penyucian hati yang mana seseorang itu akan mencapai maqam kewalian.

Sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Al-Quran pada Surah Yunus ayat 62 yang bermaksud:

"Ingatlah, sesungguhnya Para Wali Allah itu tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati, mereka mendapat khabar gembira dalam kehidupan di Dunia dan dalam kehidupan di Akhirat."

Natijah dari Al-Wilayah atau Kewalian ini yang mana seseorang itu akan berakhlak dengan akhlak Allah Tabaraka Wa Ta’ala sepertimana sabdaan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:

“Takhallaqu Bi Akhlaqillahi Ta’ala,”

Yang bermaksud:

"Berakhlaklah kamu dengan akhlak Allah Subhanahu Wa Ta’ala."

Seseorang itu hanya dapat mencapai sifat-sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala apabila dia telah menghilangkan sifat-sifat Basyariah dalam dirinya sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala di dalam Hadits Qudsi:

“Apabila Aku mencintai seorang hamba maka Aku akan menjadi pendengarannya dan penglihatannya dan lidahnya dan tangannya dan kakinya. Maka denganKu dia mendengar dan denganKu dia melihat dan denganKu dia bicara dan denganKu dia marah dan denganKu dia berjalan.”

Maka hendaklah kita membersihkan diri dari selain Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana firman Allah dalam Surah Al-Isra ayat 81 yang bermaksud:

"Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Yakni katakanlah! Bahawa telah datang yang Haq dan telah lenyaplah yang Batil, sesungguhnya yang Batil itu pasti lenyap."

Apabila seseorang itu berjaya mencapai ke tingkatan kewalian ini maka dia telah berhasil mencapai maqam Waw. Huruf Fa diambil dari perkataan Al-Fana yang ertinya peleburan diri pada Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Apabila seseorang Salik telah meleburkan sifat Basyariah kemanusiawiannya maka akan tinggal sifat Ahadiyah dalam dirinya. Sifat Ahadiyah adalah sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala yang tidak akan rosak dan hilang. Maka kekallah seseorang hamba itu dalam keadaan fana bersama Tuhan Maha Pemelihara yang kekal dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan kekallah hati yang fana bersama dengan rahsia yang kekal dan perumpamaannya sepertimana firman Allah Subhanahu Wa Ta’ala dalam Surah Al-Qasas ayat 88 yang bermaksud, Janganlah kamu sembah di samping (menyembah) Allah, Tuhan apapun yang lain. tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. tiap-tiap sesuatu pasti binasa, kecuali Allah, bagi-Nyalah segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan.

Ayat ini ditakwilkan dengan keredhaan terhadap apa yang dapat menghadapkan diri kita kepadaNya dari amalan yang soleh demi mengharapkan WajahNya dan KeredhaanNya. Maka kekallah orang yang diredhai bersama dengan yang meredhai. Dengan mengerjakan amalan yang soleh akan hiduplah hakikat insan dalam diri seseorang. Apabila telah sempurnanya Fana, akan terhasillah Baqa yang ertinya abadi di Alam Qurbah. Itulah merupakan maqam Para Nabi dan Para Wali di Alam Lahut. Seseorang yang telah mencapai fana, dia perlu menempuh Al-Faqru yakni kefakiran dan setelah dia berhasil menempuh maqam Faqir di mana pergantungannya pada Allah telah sempurna maka kekallah Sufi dengan Al-Haq Subhanahu Wa Ta’ala abadi selamanya.

Yang dimaksudkan dengan faqir di sini bukanlah faqir terhadap harta benda, tetapi faqir terhadap Rahmat dan Kurnia Allah Subhanahu Wa Ta’ala.Sabda Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam, “Al-Faqru Fakhri”Yang bermaksud, “Kefakiran itu adalah kebanggaanku.” Sebilangan Para Masyaikh menyatakan bahawa Ilmu Tasawwuf ini telah disemai di zaman Hadhrat Adam ‘Alaihissalam, dijadikan permata di zaman Hadhrat Nuh ‘Alaihissalam, bercambah di zaman Hadhrat Ibrahim ‘Alaihissalam, berkembang di zaman Hadhrat Musa ‘Alaihissalam, mencapai kematangan di zaman Hadhrat ‘Isa ‘Alaihissalam dan menghasilkan benih-benih suci di zaman Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Permulaan Tasawwuf adalah Iman yang terdiri dari enam rukun iaitu meyakini:

1. Kewujudan dan Keesaan Allah
2. Para Malaikat
3. Kitab-kitab yang telah diturunkan oleh Allah Subhanahu Wa Ta’ala
4. Para Rasul
5. Hari Akhirat
6. Taqdir yang baik dan buruk adalah datang dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

Penghujung perjalanan Tasawwuf adalah pada mengucapkan keenam-enam rukun Iman tersebut dan membenarkannya di dalam hati. Iman untuk golongan umum adalah menerusi ‘Ilmu yang mana ianya merupakan turutan dari keenam-enam rukun tersebut. Mereka perlu mendapatkan ilmu dari Para ‘Ulama dan Para Imam. Mereka tidak begitu memahami mengapa mereka wajib percaya pada rukun-rukun keimanan dan tidak begitu memahami tentang perjalanan untuk mencapai kejayaan hakiki. Adapun Iman bagi golongan yang khusus, mereka mendapati bahawa amalan Syari’at dan Tariqat adalah selaras dan mereka yang tidak mencapai kesempurnaan Syari’at tidak akan mencapai kesempurnaan Haqiqat.

Menurut Para Masyaikh, perjalanan Tasawwuf seseorang Murid yang Salik tidak dapat tidak perlu menempuhi empat tingkatan iaitu Syari’at, Tariqat, Ma’rifat dan Haqiqat. Pada tahap Syari’at, seseorang Murid perlu memerhatikan perlaksanaan Syara’ dan amalan-amalan dalam Islam. Dia perlu sentiasa ingat pada Syeikhnya dan mematikan dirinya dalam diri Syeikhnya menerusi Muraqabah, menjadikan Syeikhnya sebagai perisai dari sebarang sangkaan yang bersifat Syaitaniyah. Murid perlu menganggap Ruhani Syeikhnya sebagai pembimbing Ruhani dirinya. Ini merupakan tahap Fana Fi Syeikh yakni mematikan dirinya dalam diri Syeikhnya.

Setelah sempurna perjalanan Syari’atnya, maka Murid mula menjalani Tariqat yang mana dia mula memperolehi keupayaan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala untuk menjalani perjalanan Tasawwuf. Pada tahap ini dia akan mengenepikan segala sesuatu yang bertentangan dengan Agama dan mula menyerapkan segala amalan ibadah yang Zahir ke dalam Batinnya. Tanpa kesungguhan, kelebihan dan kekuatan dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala, seseorang Murid itu sukar untuk mencapai pada tahap ini.

Syeikh hendaklah membimbing para Muridnya kepada petunjuk Para Masyaikh yang terdahulu, sehingga dalam setiap hal dan keadaan Murid hanya bertawajjuh kepada Para Masyaikh. Ini merupakan tahap Fana Fi Masyaikh yakni mematikan dirinya dalam diri Para Masyaikh. Seterusnya pada tahap Ma’rifat, yang mana Murid telah mencapai pengetahuan-pengetahuan yang luar biasa tentang keimanan dan tahap keruhaniannya mencapai sifat-sifat Kemalaikatan. Dengan bimbingan Syeikh, Murid akan dibimbing ke Hadhrat Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mana dia akan sentiasa bertawajjuh kepada Ruhani Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam setiap hal dan keadaan.

Ini merupakan tahap Fana Fi Rasul yakni mematikan dirinya dalam diri Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Pada tahap yang terakhir seseorang Murid itu akan mencapai tahap Haqiqat, yakni tahap kebenaran yang sempurna, yang mana Murid tersebut sentiasa bersama dengan Yang Haq, yang mana dia hanya melihat Yang Haq dalam setiap hal dan keadaan. Ini merupakan tahap Fana Fillah yakni mematikan dirinya dalam diri Allah Subhanahu Wa Ta’ala iaitu dengan menyaksikan segala penzahiran AsmaNya, AwsafNya dan Af’alNya.

Ada sebilangan Masyaikh yang menetapkan sebelas tingkatan dalam perjalanan Tasawwuf seperti berikut:

1. Muwafiqat - Murid mula memusuhi segala musuh Allah iaitu Syaitan, Dunia, Hawa dan Nafsu. Dirinya mula mengasihi Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

2. Mail - Murid mula cenderung terhadap Allah dan melenyapkan segala sesuatu selain Allah pada permukaan hatinya.

3. Muwanisat - Murid mula meninggalkan segala sesuatu dan mula mencari Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

4. Mawaddat - Murid menyibukkan dirinya dengan penyerahan, tangisan, cinta dan pengharapan di dalam hatinya.

5. Hawa - Murid memelihara hatinya dengan penuh kesungguhan dengan bermujahadah meninggalkan perkara dosa dan hatinya menjadi lembut.

6. Khullat - Murid menjadikan seluruh anggotanya dalam ketaatan mengingati Allah Ta’ala dan melenyapkan segala ingatannya terhadap yang lain.

7. Ulfat - Murid mula mengenepikan dirinya dari segala sifat-sifat yang tercela dan menggantikannya dengan sifat-sifat yang mulia.

8. Syaghaf - Murid dengan kesungguhan yang ada dalam dirinya telah berupaya menyingkap tabir hijab dan menganggap bahawa membongkarkan rahsia cintanya terhadap Allah Ta’ala sebagai suatu perkara yang boleh menimbulkan Syirik, lalu mereka memelihara segala rahsia tersebut dengan penguasaan Wajd yakni penerimaan penghasilan segala faedah yang bersifat Batin.

9. Taym - Murid menjadikan dirinya sebagai hamba cinta dan menggabungkan dirinya dalam Tajrid dan Tafrid. Tajrid bererti mengasingkan diri dari khalayak, manakala Tafrid bererti berkhalwat dalam diri.

10. Walsh - Murid memelihara cermin hatinya di hadapan keagungan Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan menjadi mabuk cinta denganNya.

11. ‘Ishiq - Murid sentiasa menyibukkan lidahnya dengan Zikirullah, hatinya dengan memikiri tentang Allah Ta’ala dan Ruhnya menikmati Musyahadah melihat tanda-tanda Kebesaran Allah Ta’ala sehingga dia merasakan dirinya senri tidak wujud.


Dari perkataan Tasawwuf itu terbitlah pula istilah Sufi yang diberikan kepada seseorang yang telah mencapai kesempurnaan Batin dan Ruhaniah. Safa adalah suci dan merupakan maqam kewalian dengan bukti dan riwayat manakala Tasawwuf adalah menuruti jalan penyucian tanpa sebarang alasan. Terdapat tiga golongan yang terbit menerusi Tasawwuf iaitu Sufi, Mutasawwif dan Mustaswif:

1. Sufi adalah seorang yang mematikan dirinya dan hidup di sisi Al-Haq. Dia telah melepaskan dirinya dari sifat-sifat manusiawi dan telah benar-benar mencapai sifat-sifat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

2. Mutasawwif adalah seorang yang berusaha untuk mencapai ke tingkatan Sufi dengan melakukan berbagai kegiatan mujahadah dalam mencari rahsia hakikat dirinya dan hakikat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

3. Mustaswif pula adalah seorang yang mendakwa diri sebagai Sufi dan Mutasawwif demi mendapatkan wang dan harta benda serta kuasa dan faedah-faedah duniawi.

Mereka langsung tidak tahu tentang golongan Sufi dan Mutasawwif tetapi mendakwa diri mereka sedemikian. Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala memelihara kita dari termasuk ke dalam golongan Mustaswif ini dan menjadikan kita dalam golongan Sufi dan Mutasawwif; Amin. Adapun menurut Hadhrat Khwajah Abu Yazid Bistami Rahmatullah ‘alaih, perbezaan pendapat tentang perkara yang suci adalah merupakan suatu Rahmat melainkan jika ianya membawa jauh dari pengertian Tauhid.

Menurut Hadhrat Syeikh Abul Hassan An-Nuri Rahmatullah ‘alaih, sepertimana yang telah dinyatakan oleh Hadhrat Khwajah ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Rahmatullah ‘alaih di dalam kitabnya Kashful Mahjub bahawa golongan Para Sufi itu terbahagi kepada dua belas golongan yang mana dua darinya adalah menyesatkan dan sepuluh darinya adalah diterima sebagai petunjuk. Setiap satu dari sepuluh golongan Para Sufi itu mempunyai sistem dan doktrin yang benar lagi kukuh samada menerusi Mujahadah mahupun Musyahadah. Meskipun Tariqat mereka berbeza antara satu sama lain dalam bentuk pengamalan yang khusus dan disiplin, namun mereka bersependapat dalam perkara-perkara Usul Syari’at dan Tauhid. Sepuluh golongan Tariqat yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

1. MUHASIBIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abu ‘Abdullah Harits Bin Asad Al-Muhasibi Rahmatullah ‘alaih yang terkenal pada zamannya sebagai Maqbul An-Nafas Wa Maqtul An-Nafs. Beliau seorang yang ‘Alim dalam Ilmu Kalam, Fiqah dan Tasawwuf. Antara kekhususan doktrinnya ialah beliau tidak menetapkan Ridha pada Maqamat sebaliknya meletakkannya dalam Ahwal. Beliau adalah orang pertama yang berpegang dengan pendapat ini dan seterusnya dipegang oleh Para Sufi di Khurasan. Para Sufi di Iraq berpendapat yang sebaliknya, bahawa Ridha adalah salah satu dari Maqamat dan ianya merupakan kesempurnaan dalam Tawakkal.

2. QASSARIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abu Salih Hamdun Bin Ahmad Bin ‘Umara Al-Qassar Rahmatullah ‘alaih. Beliau memperkenalkan sebuah doktrin yang menzahirkan Malamat yakni celaan yang bersifat teguran dan berkhidmat dengan penuh hormat terhadap Para Sufi.

3. TAIFURIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Bin Surushan Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih. Beliau memperkenalkan doktrin Ghalabah dan Sukr. Ghalabah bererti mencapai Jazbah manakala Sukr pula bererti mabuk dalam percintaan dengan Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Hadhrat Abu Yazid Rahmatullah ‘alaih dan para pengikutnya meletakkan Sukr pada kedudukan yang tinggi mengatasi Sahwu iaitu sifat lupa.

4. JUNAIDIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abul Qasim Al-Junaid Bin Muhammad Al-Baghdadi Rahmatullah ‘alaih. Beliau merupakan ketua Para ‘Ulama di Baghdad pada zamannya dan beliau memperkenalkan doktrin Sahwu yang bertentangan dengan Sukr yang ditampilkan oleh golongan Taifuriyah di Khurasan. Di samping itu menggesa para pengikutnya sentiasa melakukan Muraqabah Batin.

5. NURIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abul Hassan Ahmad Bin Muhammad Nuri Rahmatullah ‘alaih. Prinsip utama dalam doktrinnya adalah mengetengahkan Tasawwuf yakni penyucian jiwa adalah lebih utama dari Faqir yang bererti kemiskinan. Beliau mewajibkan jalan Suhbat bagi Para Sufi dan menuruti Itsar Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in.

6. SAHLIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Sahl Bin ‘Abdullah Al-Tustari Rahmatullah ‘alaih. Doktrinnya memperkenalkan konsep Mujahadah yang bersungguh-sungguh. Maksud utama dari mujahadah yang keras ini adalah untuk melawan segala kehendak Hawa dan Nafsu yang dikategorikan sebagai tahap jiwa yang rendah.

7. HAKIMIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abu ‘Abdullah Muhammad Bin ‘Ali Al-Hakim At-Tirmizi Rahmatullah ‘alaih, seorang ‘Alim yang mengetahui segala Ilmu Usul dan Furu’. Doktrinnya adalah berasaskan Wilayat iaitu Kewalian dan beliau telah menjelaskan hakikat sebenar Kewalian serta darjah-darjah kedudukan Para Wali dalam tingkatan-tingkatan yang tertentu. Beliau menegaskan bahawa prinsip asas Tasawwuf dan Ilmu Ketuhanan adalah berdasarkan Kewalian.

8. KHARRAZIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abu Sa’id Kharraz Rahmatullah ‘alaih yang telah menulis banyak karya-karya berkenaan Tasawwuf dan telah mencapai suatu kedudukan yang tinggi dalam meninggalkan urusan Duniawi. Beliau merupakan orang yang pertama menjelaskan tentang keadaan Fana dan Baqa. Menurut beliau, Fana adalah mematikan diri dalam kesedaran ‘Ubudiyat dan Baqa adalah kekal dalam menghayati dan memikiri tentang Ilahiyat Ketuhanan.

9. KHAFIFIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abu ‘Abdullah Muhammad Bin Khafif Al-Shirazi Rahmatullah ‘alaih. Doktinnya mengetengahkan konsep Ghaibah dan Hudhur yang pada zahirnya nampak berlawanan antara satu sama lain. Adapun yang beliau maksudkan dengan Hudhur ialah kehadiran hati sebagai bukti keyakinan dalam diri seseorang Sufi. Ghaibah bererti ghaib iaitu tidak hadir yang mana pada hatinya ghaib segala sesuatu kecuali kehadiran Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

10. SAYYARIYAH - Mereka adalah pengikut Hadhrat Abul ‘Abbas As-Sayyari Rahmatullah ‘alaih. Beliau adalah seorang Imam di Merv dan ‘Alim dalam berbagai bidang ilmu dan bersuhbah dengan Hadhrat Abu Bakar Al-Wasiti Rahmatullah ‘alaih. Doktrin ajaran beliau mengetengahkan konsep Jama’ yang bererti penyatuan dan Tafriqah yang bererti penjauhan.Kesemua sepuluh golongan Tariqat yang tersebut di atas adalah benar-benar menuruti jalan Tasawwuf berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Tariqat Tasawwuf mereka dianggap sebagai Tariqat Tasawwuf yang awal dan asal bagi sekelian jalan Tariqat yang wujud sehingga kini. Kesemua jalan Tariqat yang muktabar di sisi Ahlus Sunnah Wal Jama’ah sehingga ke hari ini adalah berpandukan kepada doktrin dan sistem yang telah diperkenalkan oleh mereka.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala merahmati mereka sekeliannya dan melimpahkan kepada kita dengan Faidhz limpahan keruhanian yang telah Allah Subhanahu Wa Ta’ala limpahkan kepada mereka, berkekalan sehingga ke Hari Qiyamat. Amin. Adapun dua golongan Tariqat yang sesat menurut Hadhrat Syeikh Abul Hassan An-Nuri Rahmatullah ‘alaih adalah seperti berikut:

1. HULULIYAH - Mereka adalah para pengikut Abu Hulman Ad-Damsyiqi. Beliau telah memperkenalkan doktrin Hulul, Imtizaj dan Naskh Arwah yang kesemuanya berlawanan dengan doktrin yang terdapat di dalam Syari’at Islam.

2. FARISIYAH - Mereka adalah pengikut Faris yang mendakwa mereka menuruti ajaran Hadhrat Hussain Bin Mansur Al-Hallaj Rahmatullah ‘alaih. Namun golongan Hallajiyah iaitu mereka yang menuruti ajaran sebenar Hadhrat Hussain Bin Mansur Al-Hallaj Rahmatullah ‘alaih telah mencela tindakan Faris sedangkan kedua-dua golongan Hallajiyah dan Farisiyah tersebut telah mengenepikan perundangan Syari’at, maka telah wujud satu lagi golongan yang sesat iaitu golongan Ibahatiyah iaitu golongan yang menganggap segala sesuatu itu adalah dibenarkan dan mereka kesemuanya adalah sesat.

Hadhrat Qutubul Aqtab Ghauts Ats-Tsaqilain Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih telah menyatakan dalam kitabnya Sirrul Asrar pada Fasal yang ke 23 berkenaan dengan Ahli Tasawwuf. Menurut beliau, Ahli Tasawwuf itu ada terbahagi kepada 12 golongan. Golongan yang pertama adalah:

1. AS-SUNNIYUN - Mereka adalah orang yang perkataan dan perbuatan mereka sesuai dengan Syari’at dan Tariqat secara menyeluruh. Mereka adalah Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Sebahagian dari mereka akan masuk Syurga tanpa Hisab dan tanpa siksa sama sekali. Sebahagian lagi akan masuk Syurga dengan Hisab yang ringan dan mendapat sedikit siksaan dengan dimasukkan ke Neraka Jahannam, dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam Syurga. Mereka tidak abadi dalam Neraka Jahannam seperti abadinya orang-orang Kafir dan Munafiq.

2. AL-HALAWIYAH - Mereka adalah golongan yang berpendapat bahawa melihat tubuh wanita cantik dan lelaki yang tampan itu adalah halal. Mereka berpendapat bahawa menari, memeluk dan mencium adalah dibolehkan oleh Agam. Golongan ini adalah jelas Kufur.

3. AL-HALIYAH - Mereka adalah golongan yang berpendapat bahawa menari dan bertepuk tangan adalah halal.Syeikhnya disebut sebagai Halah yang bererti seorang yang sudah tidak diatur oleh Syara’ dan ini adalah merupakan suatu Bida’ah yang tidak ada dalam Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

4. AL-AULIYAIYAH - Mereka adalah golongan yang berpendapat bahawa seseorang hamba jika sudah sampai ke peringkat Kewalian, maka jatuhlah darinya tuntutan-tuntutan Syara’ dan mereka beranggapan bahawa Wali lebih unggul dari Nabi kerana Ilmu Nabi melalui perantaraan Malaikat Jibril ‘Alaihissalam, sedangkan ilmu Para Wali adalah tanpa perantaraan. Ini adalah suatu takwil yang salah. Mereka rosak kerana beri’tiqad seperti itu dan termasuk kepada kekufuran.

5. ATS-TSAMARANIYAH - Mereka adalah golongan yang berpendapat bahawa Suhbah adalah bersifat Qadim sehingga mereka menggugurkan tuntutan suruhan Al-Amar dan larangan An-Nahi. Mereka menghalalkan tabuhan dan gendang serta menganggap halal di antara mereka kalangan para wanita. Mereka pun termasuk Kufur dan boleh dihukumkan dengan hukuman bunuh.

6. AL-HUBBIYAH - Mereka adalah golongan yang berpendapat bahawa seseorang hamba yang telah mencapai darjat Mahabbah, maka dia lepas dari aturan Syari’at dan tidak mahu menutup aurat.

7. AL-HURIYAH - Mereka adalah golongan yang bersependapat dengan golongan Al-Hubbiyah tetapi mereka ada lebihnya iaitu mengaku bahawa mereka bersetubuh dengan Bidadari dan apabila mereka sedar, mereka mandi. Ini pun golongan yang bohong dan rosak.

8. AL-IBAHIYAH - Mereka adalah golongan yang meninggalkan Amar Ma’ruf dan Nahi Munkar, menghalalkan yang haram dan membolehkan bergaul dengan wanita.

9. AL-MUTAKASILAH - Mereka adalah golongan yang malas dan tidak mahu berusaha. Pekerjaannya meminta-minta dan mengaku bahawa mereka sudah meninggalkan Dunia pada zahirnya, padahal mereka mengejar-ngejar Dunia pada batinnya. Mereka pun termasuk golongan hancur.

10. AL-MUTAJAHILAH - Mereka adalah golongan yang sengaja memakai pakaian orang-orang Fasiq.

11. AL-WAFIQIYAH - Mereka adalah golongan yang berpendapat bahawa tidak ada yang tahu kepada Allah kecuali Allah sehingga mereka meninggalkan upaya mencari Ma’rifat. Mereka pun hancur kerana bodoh.

12. AL-ILHAMIYAH - Mereka adalah golongan yang meninggalkan Ilmu, bahkan melarang belajar. Mereka mengikuti Para Hukama dan mengatakan bahawa Al-Quran adalah penghalang.

Mereka mengatakan bahawa Syair-syair adalah Quran bagi Ahli Tariqah sehinggakan mereka meninggalkan Al-Quran dan mempelajari Syair, mengajarkan Syair-syair kepada anak-anak mereka dan meninggalkan Awrad Zikir. Mereka pun termasuk golongan hancur. Dalam diri mereka terdapat kebatilan.Sehingga ke hari ini, terdapat begitu banyak golongan yang sesat lagi menyesatkan. Ada di antaranya yang sesat disebabkan ‘Aqidah mereka yang begitu jauh menyimpang dari landasan ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah. Ada juga yang dikategorikan sesat kerana wujudnya amalan Bida’ah yang bertentangan dengan amalan Sunnah Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.

Sebagai Ummat Islam, kita perlu berhati-hati agar jangan sampai dakyah golongan ini merosakkan Aqidah seluruh Ummat Islam. Golongan yang sesat ini tidak mahu menggunakan hati mereka untuk mencapai Haqiqat Ma’rifat, bahkan menggunakan Agama Islam sebagai jalan untuk mereka meraih kekuasaan, pangkat, kepentingan diri dan kemasyhuran. Selain dari yang telah dinyatakan di atas, terdapat lagi beberapa golongan yang sesat menurut pengetahuan hamba iaitu:

1. SYI’AH RAWAFIDHZIYAH - Golongan ini diasaskan oleh ‘Abdullah Bin Saba seorang pendita Yahudi yang berpura-pura memeluk Agama Islam dan menyokong kepimpinan Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni Abi Talib Karramallahu Wajhahu serta menyebarkan khurafat kepada Ummat Islam pada zaman itu tentang sifat-sifat Ketuhanan yang ada pada Hadhrat Sayyidina ‘Ali Ibni Abi Talib Karramallahu Wajhahu.

2. MU’TAZILAH QADARIYAH - Golongan ini mengatakan bahawa manusia sebagai hamba Allah, berkuasa dan berkeupayaan untuk menjadikan atau mengadakan sesuatu perbuatan dari dirinya sendiri secara Ikhtiyari yakni perbuatan yang diusahakan menurut pilihannya sendiri.

3. JABBARIYAH – Golongan Jabbariyah mengatakan bahawa manusia sebagai hamba Allah, tiada baginya sebarang pilihan usaha dan ikhtiyar. Mereka menganggap bahawa segala perbuatan mereka adalah dengan keadaan terpaksa dan tergagah semata-mata, yakni hanya Allah yang berkuasa menjadikan segala-galanya dan manusia sama sekali tiada upaya sekalipun untuk berikhtiyar.

4. QADIANI AHMADIYAH - Golongan ini diasaskan oleh Mirza Ghulam Ahmad Qadiani yang telah mendakwa bahawa dirinya adalah Imam Mahdi, Nabi ‘Isa ‘Alaihissalam dan juga telah mendakwa bahawa dirinya adalah Nabi yang terakhir. Mereka ini adalah sesat lagi menyesatkan umat manusia dengan dakyah yang amat menyesatkan bagi Ummat Islam. Golongan ini telah dibiayai oleh kerajaan British sebagai propaganda untuk merosakkan ‘Aqidah Ummat Islam di India.

Menurut Hadits mafhumnya, Ummat Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan terbahagi kepada 73 golongan, kesemuanya akan masuk Neraka kecuali satu golongan. Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum telah bertanya siapakah golongan yang satu itu? Maka Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bahawa mereka adalah golongan yang mengamalkan kehidupan Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum ‘Ajma’in dalam hidup mereka. Dalam Hadits yang lain ada dinyatakan bahawa Ummat ini tidak akan tersesat selagi mana mereka berpegang teguh dengan Al-Quran dan As-Sunnah. Semua Tariqat yang muktabar adalah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah serta mengamalkan kehidupan Hadhrat Baginda Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim ‘Ajma’in.

Ahlus Sunnah Wal Jama’ah mengatakan bahawa, “Para Sahabat Ridhwanullah ‘Alaihim Ajma’in adalah Ahli Jazbah iaitu ahli tarikan Batin, kerana kekuatan mereka menemani Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.” Tarikan Batin tersebut menyebar kepada Para Masyaikh Tariqat dan bercabang lagi pada Silsilah yang banyak sehingga semakin melemah dan terputus pada kebanyakan Ummat, yang tinggal adalah orang-orang yang meniru-niru sebagai Syeikh tanpa sebarang makna yang dalam, dan tersebarlah kepada ahli-ahli Bida’ah sehingga menjadi beberapa cabang. Adapun Ahli Fiqih dan Ahli Irsyad pada zaman ini sangat sedikit. Ada dua kaedah untuk membezakannya iaitu pada Zahir dan pada Batin.

Zahirnya memegang teguh pada aturan Syari’at dalam perintah mahupun larangan Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Batinnya mengikuti jalur Suluk dengan pandangan hati yang jelas bahawa yang sedang diikuti adalah Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam. Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam merupakan perantara antara dirinya dengan Hadhrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Dan antara dirinya dengan Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam adalah Ruh Ruhani Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang mempunyai Jasmani pada tempatnya dan Ruhani pada tempatnya.Antara Tariqat yang muktabar di sisi Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dari abad ke 2 Hijriyah sehingga ke abad 15 Hijriyah (21 Masihi) ini adalah amat banyak bertebaran di seluruh muka bumi sebagai pecahan dari jalan Tariqat yang utama. Untuk hamba menyenaraikan kesemuanya adalah di luar batas kemampuan hamba. Dr. H. Syeikh Jalaludin telah menyenaraikan 41 jalan Tariqat yang muktabar. Walaupun demikian, hamba akan senaraikan beberapa nama jalan Tariqat beserta nama pendirinya yang menurut penelitian hamba sepertimana yang telah digariskan oleh Para Akabirin Syari’at dan Tariqat adalah muktabar seperti berikut:


NAMA TARIQAT NAMA PENDIRI TARIQAT

1. SUNNIYUN Hadhrat Imamul Ummah Rahmatan Lil ‘Alamin Nabi Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam

2. UWAISIYAH Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘alaih

3. QARANIYAH Hadhrat Uwais Al-Qarani Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘alaih

4. SIDDIQIYAH Hadhrat Imam Ja’afar Sadiq Radhiyallahu ‘Anhu Wa Rahmatullah ‘alaih

5. TAIFURIYAH Hadhrat Abu Yazid Taifur Bin ‘Isa Bin Surushan Al-Bistami Rahmatullah ‘alaih

6. KHWAJAHGANIYAH Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Ghujduwani Rahmatullah ‘alaih

7. MUHASIBIYAH Hadhrat Abu ‘Abdullah Harits Bin Asad Al-Muhasibi Rahmatullah ‘alaih

8. QASSARIYAH Hadhrat Abu Salih Hamdun Bin Ahmad Bin ‘Umara Al-Qassar Rahmatullah ‘alaih

9. HAMDUNIYAH Hadhrat Abu Salih Hamdun Bin Ahmad Bin ‘Umara Al-Qassar Rahmatullah ‘alaih

10. BUKHARIYAH Hadhrat Sayyid Jalal Makhdum Jahanian Bukhari Rahmatullah ‘alaih

11. JUNAIDIYAH Hadhrat Abul Qasim Al-Junaid Bin Muhammad Al-Baghdadi Rahmatullah ‘alaih

12. NURIYAH Hadhrat Abul Hassan Ahmad Bin Muhammad Nuri Rahmatullah ‘alaih

13. SAHLIYAH Hadhrat Sahl Bin ‘Abdullah Al-Tustari Rahmatullah ‘alaih

14. HAKIMIYAH Hadhrat Abu ‘Abdullah Muhammad Bin ‘Ali Al-Hakim At-Tirmizi Rahmatullah ‘alaih

15. KHARRAZIYAH Hadhrat Abu Sa’id Kharraz Rahmatullah ‘alaih

16. KHAFIFIYAH Hadhrat Abu ‘Abdullah Muhammad Bin Khafif Al-Shirazi Rahmatullah ‘alaih

17. SAYYARIYAH Hadhrat Abul ‘Abbas As-Sayyari Rahmatullah ‘alaih

18. ZAIDIYAH Hadhrat ‘Abdul Wahid Bin Zaid Rahmatullah ‘alaih

19. ‘IYADHZIYAH Hadhrat Fudhzail Bin ‘Iyadhz Rahmatullah ‘alaih

20. ADHAMIYAH Hadhrat Ibrahim Bin Adham Rahmatullah ‘alaih

21. HUBAIRIYAH Hadhrat Abu Hubairah Al-Basri Rahmatullah ‘alaih

22. ‘AJAMIYAH Hadhrat Habib Al-‘Ajami Rahmatullah ‘alaih

23. KARKHIYAH Hadhrat Ma’aruf Karkhi Rahmatullah ‘alaih

24. SAQATIYAH Hadhrat Sari As-Saqati Rahmatullah ‘alaih

25. GAZRUNIYAH Hadhrat Abu Ishaq Gazruni Rahmatullah ‘alaih

26. TUSIYAH Hadhrat ‘Alauddin At-Tusi Rahmatullah ‘alaih

27. FIRDAUSIYAH Hadhrat Najmuddin Kubra Firdausi Rahmatullah ‘alaih

28. QADIRIYAH Hadhrat Syeikh ‘Abdul Qadir Al-Jailani Rahmatullah ‘alaih

29. SUHRAWARDIYAH Hadhrat Najibuddin As-Suhrawardi Rahmatullah ‘alaih

30. NAQSHBANDIYAH Hadhrat Shah Bahauddin Naqshband Al-Bukhari Al-Uwaisi Rahmatullah ‘alaih

31. CHISHTIYAH Hadhrat Mu’inuddin Chishti Rahmatullah ‘alaih

32. KHADHZRAWIYAH Hadhrat Ahmad Khadhzrawi Rahmatullah ‘alaih

33. WASIWIYAH Hadhrat Ahmad Wasi Rahmatullah ‘alaih

34. SYATTARIYAH Hadhrat ‘Abdullah Syattar Rahmatullah ‘alaih

35. GHAZALIYAH Hadhrat Abu Hamid Muhammad Al-Ghazali Rahmatullah ‘alaih

36. ZAHIDIYAH Hadhrat Badruddin Zahid Rahmatullah ‘alaih

37. ANSARIYAH Hadhrat ‘Abdullah Ansari Rahmatullah ‘alaih

38. SAFAWIYAH Hadhrat Syeikh Safiuddin Rahmatullah ‘alaih

39. ‘AIDRUSIYAH Hadhrat Sayyid ‘Abdullah Bin Abu Bakar Al-Makki Al-‘Aidrusi Rahmatullah ‘alaih

40. MADARIYAH Hadhrat Badi’uddin Madar Rahmatullah ‘alaih

41. RIFA’IYAH Hadhrat Syeikh Ahmad Ar-Rifa’i Rahmatullah ‘alaih

42. SYADZILIYAH Hadhrat Syeikh Nuruddin Abu Hassan ‘Ali bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Jabbar bin Hormuz Asy-Syadzili Rahmatullah ‘alaih

43. MAWLAWIYAH Hadhrat Syeikh Maulana Jalalluddin Muhammad Ar-Rumi Rahmatullah ‘alaih

44. RUMIYAH Hadhrat Syeikh Maulana Jalalluddin Muhammad Ar-Rumi Rahmatullah ‘alaih

45. TIJANIYAH Hadhrat Syeikh Sayyid Abu ‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Mukhtar bin Ahmad Syarif At-Tijani Rahmatullah ‘alaih

46. SANUSIYAH Hadhrat Syeikh Sayyid Muhammad bin ‘Ali As-Sanusi Rahmatullah ‘alaih

47. AHRARIYAH Hadhrat Khwajah ‘Ubaidullah Ahrar Rahmatullah ‘alaih

48. MUJADDIDIYAH Hadhrat Mujaddid Alf Tsani Syeikh Ahmad Faruqi Sirhindi Rahmatullah ‘alaih

49. MA’SUMIYAH Hadhrat ‘Urwatil Wutsqa Khwajah Muhammad Ma’sum Rahmatullah ‘alaih

50. MAZHARIYAH Hadhrat Khwajah Mirza Mazhar Jan Janan Syahid Rahmatullah ‘alaih

51. KHALIDIYAH Hadhrat Syeikh Dhziauddin Khalid ‘Utsmani Kurdi Al-Baghdadi Rahmatullah ‘alaih

52. DHZIAIYAH Hadhrat Syeikh Dhziauddin Khalid ‘Utsmani Kurdi Al-Baghdadi Rahmatullah ‘alaih

53. NIZAMIYAH Hadhrat Nizamuddin Auliya Rahmatullah ‘alaih

54. SABIRIYAH Hadhrat ‘Alauddin ‘Ali Sabir Kalyari Rahmatullah ‘alaih

55. IMDADIYAH Hadhrat Haji Imdadullah Muhajir Makki Rahmatullah ‘alaih

56. HUJWIRIYAH Hadhrat ‘Ali Bin ‘Utsman Al-Hujwiri Al-Jullabi Rahmatullah ‘alaih

57. IDRISIYAH Hadhrat Sayyid Syeikh Ahmad Bin Idris Al Hasani Al Maghribi Al-Fasi Rahmatullah ‘alaih

58. BA ‘ALAWIYAH Hadhrat Syeikh Muhammad Bin ‘Ali Ba ‘Alawi Al-Ja’afari Rahmatullah ‘alaih

59. HADDADIYAH Hadhrat Syeikh Abdullah Ba ‘Alawi Haddad Al-Hamdani Rahmatullah ‘alaih

60. SAMMANIYAH Hadhrat Syeikh Muhammad Samman Rahmatullah ‘alaih

61. HAQQANIYAH Hadhrat Maulana Syeikh Nazim ‘Adil Al-Qubrusi Al-Haqqani Quddisallahu Sirrahu

62. DARQAWIYAH Hadhrat Syeikh Ahmad Ad-Darqawi Rahmatullah ‘alaih

63. AHMADIYAH Hadhrat Syeikh Ahmad Al-Badawi Rahmatullah ‘alaih.


Adapun sesungguhnya Syaitan tidak akan dapat menjelma menjadi Hadhrat Baginda Muhammad Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam secara Ruhani mahupun Jasmani dan ini merupakan isyarat pada orang-orang Salikin agar dalam perjalanan mereka tidak dalam keadaan buta.

Hamba yang dhoif ini berkata, berlandaskan ayat-ayat Al-Quran dan takrifan menurut bahasa dan istilah, dapatlah dibuatkan kesimpulan bahawa, “Tariqat adalah suatu jalan atau cara untuk mendekatkan diri serta menuju kepada kehadiran ZatNya dengan melaksanakan segala amalan Syari‘at Islam, Iman dan Ihsan dalam Feqah, Tauhid dan Tasawwuf berdasarkan Al-Quran, Al-Hadits dan As-Sunnah.Wujudnya banyak Tariqat kerana terdapat banyak pendiri Tariqatnya.
Tariqat yang benar hendaklah berpegang kepada ‘Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama’ah dan menghindarkan perkara yang bida’ah lagi sesat. Di bawah ini, hamba senaraikan nama-nama aliran Tariqat yang benar yang dapat dikenal pasti kewujudannya sehingga ke hari ini:

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR