Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Friday, April 2, 2010

LAMAN TAZKIRAH

LAMAN TAZKIRAH
Oleh: Tuan Syeikh Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al-Idrisi
(Diambil daripada intipati pengajaran beliau di Surau An-Nur, Taman Rambai Jaya, Bkt. Rambai, Melaka dan telah direkodkan didalam darulansar@yahoo.com)

Bahawa Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam keadaan kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh iaitu mereka berpesan-pesan dengan penuh kebenaran dan berpesan-pesan penuh kesabaran."

Didalam surah diatas iaitu Surah al-'Ashr, menerangkan kepada kita akan pengertian masa. Sehingga Allah 'Azza Wajalla menyatakan sumpah-Nya terhadap kepentingan masa dalam kehidupan kita. Sebab itulah kita lihat ada pepatah yang menyebut "Masa itu emas" mengapa dan kenapakah masyarakat melayu mengumpamakan waktu atau masa itu senilai dengan emas? Tidak lain dan tidak bukan hanya menggambarkan bahawa waktu sangat tinggi nilainya dan harganya. Begitu juga telah dinyatakan oleh pepatah arab yang bermaksud: "Waktu itu seperti pedang". Waktu atau masa yang digambarkan oleh orang-orang arab itu seperti pedang, mengapa dan kenapa? Tidak lain dan tidak bukan juga ianya bermaksud mereka yang membuang masa adalah mereka yang telah dipancung oleh masa dan masa yang yang terbuang itu tidak sekali-kali akan kembali dan memberi peluang untuk mengubah takdir yang telah berlalu.
Itulah gambaran masa dalam bentuk bidalan-bidalan, yang kita ingin bicarakan pada waktu ini, mengapa dan kenapa Allah 'Azza Wajalla bersumpah dengan masa? Padahal kita apabila dikehendaki bersumpah hendaklah kita bersumpah dengan Nama Allah Azza Wajalla, seperti yang telah disebut oleh junjungan besar Nabi SAW yang bermaksud:
"Barangsiapa yang hendak bersumpah, hendaklah ia bersumpah dengan Nama Allah, atau ia diam."
Didalam hadith ini, bahawa Baginda SAW mengkehendaki kita mesti bersumpah dengan Nama Allah sahaja, dilarang sama sekali dan berdosa mereka yang bersumpah dengan nama bintang, nama hari, nama pokok, nama wali, nama Nabi, nama ibu bapa dan sebagainya. Jika ia tidak mahu bersumpah, hendaklah ia diam daripada kata-kata.
Akan tetapi setelah kita melihat Allah 'Azza Wajalla sendiri yang bersumpah akan sesuatu, itu menandakan kepada kita perkara itu amatlah berat disisi Allah Azza Wajalla, begitulah juga halnya apabila Allah 'Azza Wajalla bersumpah dengan Masa. Sesungguhnya Allah 'Azza Wajalla amat menitik beratkan kepada kita tentang masa.
Kemudian Allah Azza Wajalla menyatakan lagi: "Sesunguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugaian." Ayat ini juga menerangkan bahawa penyataan Allah 'Azza Wajalla kepada kita mengenai manusia itu benar-benar dalam kerugian, sehingga Allah 'Azza Wajalla meletakkan ada 'Huruf Taukid' iaitu ayat pembenar. Seolah-olah memang benar-benar manusia itu dalam golongan yang rugi. Jadi manusia mestilah keluar daripada kelompok golongan yang rugi ini. Tetapi bagaimana mahu keluar daripada kelompok ini? Caranya ialah seperti yang telah dinyatakan oleh Allah Azza Wajalla: "Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh." Itulah cara untuk keluar daripada kelompok golongan yang sentiasa rugi. Iaitu yang pertama mestilah menyatakan keimanan kepada Allah 'Azza Wajalla, kepada Malaikat, kepada Rasul, kepada Kitab, kepada Hari Kiamat, kepada Qadha' dan Qadar. Perlulah diketahui bahawa Iman itu bukanlah ertinya percaya. Iman itu merupakan suatu penyataan membenarkan keesaan Allah Azza Wajalla dan kerasulan Nabi Muhammad SAW didalam hati, kemudian diucapkan di lidah dan beramal dengan rukunnya.
Yang kedua mestilah beramal soleh iaitu melakukan segala ketaatan dan kebajikan semata-mata kerana Allah 'Azza Wajalla dan meninggalkan serta menjauhi segala kemungkaran dan maksiat kepada Allah 'Azza Wajalla.
Yang Ketiga mestilah berpesan-pesan kebenaran, janganlah sekali-kali menyembunyikan kebenaran walaupun berhadapan dengan pemimpin dan pemerintah yang zalim, kerana Baginda SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Berkatalah benar walau ianya pahit." Walaupun kita terpaksa menerima hukuman perjara dan pancung sekalipun, hendaklah kita menzahirkan kebenaran. Kepada siapa yang kita hendak mendapat keredhaan? Kepada Allah Azza Wajalla atau kepada makhluk? Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada ketaatan kepada Makhluk dalam melakukan maksiat kepada al-Khaliq"
Yang Keempatnya mestilah berpesan-pesan dengan penuh kesabaran, janganlah sekali-kali kita berputus asa dalam menyampaikan dakwah dan kebenaran kepada ummah kerana kesabaran itu indah dan nikmat seperti yang difirman Allah Azza Wajalla: "Maka sabar itu indah" Hanya yang menjalani kesabaran sahaja akan merasakan kemanisan dan kenikmatannya, seperti yang disebut oleh Ahli Hukama': "Barangsiapa yang tidak merasai, tidak akan mengetahui." Kita lihat dalam surah al-Fatihah, yang kita membacanya dalam kehidupan kita yang bermaksud: "Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang yang telah Engkau sempurnakan nikmat kepada mereka (iaitu jalan para nabi, para wali, orang soleh, alim ulama, para syuhada." Kita perhatikan jalan mereka ini, tidak seorang pun dikalangan mereka menempuhnya dengan mudah, kesemuanya mereka itu beriman, beramal solah, dakwah dengan kebenaran, dan dakwah dengan kesabaran. Walaupun terpaksa menjadikan nyawa sebagai ganti. Maka Allah Azza Wajalla membayarnya dengan nilai JANNAH.

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR