Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Friday, April 9, 2010

HIZIB AN-NASHR

Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuhu..

Hizib an-Nashr bagi Imam Abdullah bin 'Alawi al-Haddad al-Husaini RA.

بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيمِ
Teks Arab Dan Terjemahan Hizb An-Nashr
Hujjatul Islam Wabarakatul ’Anam Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad

بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيمِ
( إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا مُبِينَا.
Sungguh kami bukakan kemenangan bagimu dengan kemenangan yang seluas - luasnya,

لِيَغْفِرَ لَكَ اللهُ مَا تَقَدَّ مَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ .
Agar Allah memberikan limpahan pengampunan untukmu dari dosa - dosamu yang terdahulu dan yang akan datang,

وَ يُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَ يَهْدِ يَكَ صِرَ اطًا مُسْتَقِيمًا .
Dan menyempurnakan kenikmatan Allah SWT, untukmu wahai Muhammad dan memberimu jalan yang sebenar – benarnya,

وَ يَنْصُرَ كَ اللهُ نَصْرً ا عَزِ يزً ا )
Dan Dia Allah akan memberikan pertolongan kepadamu dengan pertolongan yang dasyat.

( وَكَانَ عِنْدَ اللهِ وَجِيْهًا )
Dan sungguh engkau itu disisi Allah, dan milik Allah -lah segala kewibawaan.

( وَجِيْهًا فىِ الدُّ نْيَا وَاْلأَ خِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّ بِيْنَ )
Kewibawaan di dunia dan di akhirat dan kewibawaan yang ada pada hamba - hamba yang dekat kepada Allah.

( َوجَّهْتُ وَجْهِىَ لِلَّذِى فَطَرَ السَّمَوَتِ وَاْلأَرْضَ )
kuhadapkan jiwa hatiku kepada yang menciptakan langit dan bumi.

بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيمِ
Dengan Nama Allah yang maha melimpahkan kasih sayang kepada seluruh makhluknya, dan kasih sayang kepada hambanya yang beriman.

( نَصْرٌ مِّنَ اللهِ وَفَتْحٌ قَرِيْبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْ مِنِيْنَ .
Pertolongan dari Allah segera datang dan kemenangan sudah dekat waktunya,
Dan beri kabar kepada orang - orang yang beriman,

يَأَ يُّهَا الَّذِ يْنَ ءَامَنُوْا كُوْنُوا أَنْصَارَ اللهِ
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kalian orang - orang yang menolong agama Allah,

كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَ ارِيِّنَ مَنْ أَنْصَارِى إِلَى اللهِ
Sebagaimana berkata Isa bin Maryam (as) kepada kaumnya yaitu kaum Hawari, Siapa yang menolong aku kejalan Allah,

قَالَ الْحَوَ ارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَار للهِ )
maka berkatalah kaum Hawari “kamilah yang akan menolong agama Allah”.

( الله لآ اِلَهَ اِلاَّهُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ
Allah, tiada Tuhan selain Dia, Maha Hidup dan Maha berdiri sendiri dan Maha menegakkan

لاَ تَاْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ
Tiadalah Allah SWT itu lupa dan tiadalah Allah SWT itu tidur

لَهُ مَافِى السَّمَوَاتِ وَمَافِى اْلاَرْضِ
Miliknyalah apa - apa yang ada dilangit dan apa-apa yang ada di bumi

مَنْ ذَاالَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ اِلاَّ بِإِذْنِهِ
Siapa yang memiliki kekuatan memberi pertolongan di sisi Allah kecuali dengan izin –Nya

يَعْلَمُ مَا بَيْنَ اَيْدِ يْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ
Dialah Allah yang Maha tau apa - apa yang ada didepan mereka dan apa - apa yang dibelakang mereka (yang akan datang dan yang telah lalu)

وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ اِلاَّبِمَا شَاءَ
Tiadalah seseorang itu bisa merangkul dan memahami segala sesuatu dari ilmu - ilmu Allah terkecuali dengan kehendak Allah

وَسِعَ كُرْ سِيُّهُ السَّمَوَ اتِ وَاْلاَ رْضَ
Seluas kursinya Allah itu seluas langit dan bumi

وَلاَ يَؤُدُهُ حِفْظُهُمَاوَهُوَ اْلعَلِيُّ اْلعَلِيُّ اْلعَظِيْمُ )
Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيمِ
Dengan Nama Allah yang maha melimpahkan kasih sayang kepada seluruh makhluknya dan kasih sayang kepada hambanya yang beriman

( لَوْاَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَاَيْتَهُ
Kalau sekiranya kami menurunkan Al Qur’an ini kepada sebuah gunung

خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللهِ
pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah

وِتِلْكَ اْلاَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُوْنَ.
Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

هُوَاللهُ الَّذِيْ لاَاِلَهَ اِلاَّ هُوَعَالِمُ اْلغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ
Dialah Allah Yang Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata

هُوَالرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

هُوَاللهُ الَّذِيْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَاْلمَلِكُ اْلقُدُّوْسُ السَّلاَمُ اْلمُؤْمِنُ اْلمُهَيْمِنُ اْلعَزِيْزُاْمجَبَارُ اْلمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللهِ عَمَّايُشْرِ كُوْنَ
Dialah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

هُوَاللهُ اْمخَالِقُ اْلبَارِئُ اْلمُصَوِّرُلَهُ اْلاَسْمَاءُ اْمحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَافِى السَّمَوَاتِ وِاْلاَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيْزُاْمحَكِيْمِ )
Dialah Allah Yang Maha Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk rupa, Yang mempunyai Nama–Nama yang paling baik, Bertasbih kepada–Nya apa yang ada di langit dan di bumi, Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

اُعِيْذُ نَفْسِيْ بِاللهِ تَعَا لَى مِنْ كُلِّ مَايَسْمَعُ بِاُذُنَيْنِ
Aku memperlindungkan diriku dengan Allah ta’ala, Dari semua yang mendengar dengan dua telinga (yaitu manusia, jin dll)

وَيُبْصِرُبِعَيْنَيْنِ وَيَمْشِيْ بِرِجْلَيْنِ وَيَبْطِشُ بِيَدَيْنِ وَيَتَكَّمُ بِشَفَتَيْنِ,
Dan melihat dengan kedua mata, dan berjalan dengan dua kaki dan yang membela diri dan menyerang dengan kedua tangan, dan berbicara dengan dua bibirnya

حَصَّنْتُ نَفْسِيْ بِاللهِ الْخَالِقِ اْلاَ كْبَرِ
Aku memperlindungkan diriku dengan Allah Yang Maha pencipta, Yang Maha agung

مِنْ شَرِّمَااَخَافُ وَاَحْذَرُ . مِنَ الجِنِّ وَاْلاِنْسِ . وَاَنْ يَحْضُرُوْنِ .
Dari semua keburukan-keburukan yang aku risaukan dan aku takutkan, Dari kaum jin dan kaum manusia, Dan dari kedatangan jin dan manusia musuh - musuh kami.

عَزَّجَارُهُ وَجَلَّ ثَنَاؤُهُو
Dialah Allah selalu membela hamba - hambanya yang dekat kepada – Nya,
Dan Allah itu Maha memuliakan orang - orang yang memuji –Nya

وَتَقَدَّ سَتْ اَسْمَاؤُ هُ وَ
Dan Maha Agung dan suci nama-nama Allah

لاَاِلَهَ غَيْرُهُ اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَجْعَلُكَ فِى نُحُوْرِاَعْدَاِئِي
Tiada Tuhan Selain–Nya, Wahai Allah aku jadikan Kau mencengkram semua leher musuh - musuhku

وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ وَتَحَيُّلِهِمْ وَمَكْرِهِمْ وَمَكَا ئِدِهِمْ
Dan aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan mereka,
Dan dari semua fitnah - fitnah mereka, dan dari tipu daya mereka,
Dan apa yang mereka rencanakan untuk mencelakakanku.

اَطْفِئْ نَارَمَنْ اَرَادَ.بِي عَدَاوَةً مِنَ الْجِنِّ وَاْلاِنْسِ
Padamkan api kemarahan mereka yang memusuhi aku dari kaum jin dan manusia

يَاحَافِظُ يَاحَفِيْظُ
Wahai yang Maha Menjaga, wahai yang Maha menguasai segala penjagaan

يَاكَافِى يَامُحِيْطُ
Wahai yang Maha mencukupi, wahai yang maha melindungi

سُبْحَانَكَ يَارَبِّ.
Maha Suci Engkau wahai Rabb, Yang Memiliki alam semesta

مَااَعْظَمَ شَاْنَكَ وَاَعَزَّسُلْطَانَكَ.
Betapa Agung Penciptaan–Mu dan betapa Dahsyatnya Kerajaan–Mu

تَحَصَّنْتُ بِاللهِ وَبِأْسْمَاءِ اللهِ وَبِاَيَاتِ اللهِ وَمَلاَ ئِكَةِ اللهِ وَاَنْبِيَاءِ اللهِ وَرُسُلِ اللهِ وَالصَّالِحِيْنَ مِنْ عِبَ دِاللهِ
Aku menjadikan Allah sebagai bentengku, dengan nama-nama Allah sebagai bentengku, dengan ayat-ayat Allah sebagai bentengku dan malaikat - malaikat Allah sebagai bentengku, dan nabi - nabi Allah sebagai bentengku, dan para Rasul Allah sebagai bentengku, dan sholihin sebagai bentengku

حَصَّنْتُ نَفْسِيْ بِلاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَاَلِهِ وَسَلَّم )
Aku membentengi diriku dengan Laaillahaillahu muhammadarrasulullah saw,

اَللَّهُمَّ اُحْرُسْنِيْ بِعَيْنِكَ الَّتِىْ لاَتَنَامُ ,
Wahai Allah jagalah diriku dengan penglihatan -Mu yang tidak pernah tertidur

وَاكْنُفْنِيْ بِكَنَفِكَ الَّذِ يْ لاَيُرَامُ,
Dan lindungilah aku dengan perlindungan -Mu yang tiada pernah terfikirkan kehebatan dan kesempurnaannya

وَارْحَمْنِيْ بِقُدْرَتِكَ عَلَيَّ فَلاَ اَهْلِكُ وَاَنْتَ ثِقَتِيْ وَرَجَائِيْ
Dan sayangilah aku dengan ketentuan - ketentuan –Mu atasku hingga tiadalah aku celaka selama aku berharap kepada -Mu dan berpegang teguh kepada –Mu

يَاغِيَاثَ اْلمُسْتَغِيْثِيْنَ ( ثلاثا )
Wahai yang Maha mendengar semua yang memohon pertolongan 3x

يَادَرَكَ الْهَا لِكِيْنَ ( ثلاثا )
Wahai Yang Maha Menjawab semua orang - orang dalam kesulitan 3x

اِكْفِنِيْ شَرَّكُلِّ طَارِقٍ يَطْرُقُ بِلَيْلٍ اَوْنَهَارٍ,
cukupkanlah segala kejahatan semua orang-orang yang akan datang menuju kepadaku diwaktu siang ataupun malam

اِلاَّطَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ
Terkecuali mereka yang datang dengan kebaikan

اِنَّكَ عَلَي كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Sungguh Engkau berkuasa atas segala sesuatu

بِسْمِ اللهِ اَرْ قِيْ نَفْسِيْ مِنْ كُلِّ مَا يُؤْذِيْ وَ مِنْ كُلِّ حَاسِدٍ ,
Dengan nama Allah aku menjadikannya sebagai pelindung diriku dari semua yang menggangguku dan dari semua yang hasad dan iri kepadaku

اللهُ شِفَا ئِيْ ,
Allah yang menyembuhkan aku dari segala apa yang mereka lakukan

بِسْمِ اللهِ رُقِيْتُ
Dengan nama Allah, aku menjadikannya azimat pelindung

اَللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ . اَذْهِبِ الْبَأسَ اِشْفِ اَنْتَ الشَّافِى وَعَافِ اَنْتَ اْلمُعَافِيْ , لاَشِفَاءَاِلاَّشِفَاؤُكَ , شِفَاءًلاَيُغَادِرُ سَقَمًا وَلاَاَلَمًا
wahai Allah singkirkanlah segala musibah dan berilah kesembuhan dan Engkaulah yang Maha memberi kesembuhan dan berilah afiah dan Engkaulah yang memiliki afiah dan tiada kesembuhan kecuali kesembuhan yang datang dari-Mu, kesembuhan yang tidak membawa penyakit lagi sesudahnya dan tidak membawa kepedihan sesudahnya

يَاكَافِي يَاوَافِي يَاحَمِيْدُ يَامَجِيْدُ .
Wahai yang Maha mencukupi, Wahai yang Maha melimpahkan, Wahai yang Maha terpuji, wahai yang Maha mulia

اِرْفَعْ عَنِّيْ كُلَّ تَعَبٍ شَدِ يْدٍ ,
Singkirkan dariku segala kelelahan dan kepenatan yang dahsyat

وَاكْفِنِيْ مِنَ الْحَدِّ وَالْحَدِ يْدِ وَالْمَرَضِ الشَّدِيْدٍ , وَاْلجَيْشِ الْعَدِ يْدِ
Jagalah aku dari pada serangan-serangan besi dan pedang dan penyakit yang dahsyat, dan pasukan musuh yang banyak

وَاجْعَلْ لِيْ نُوْرًامِنْ نُوْرِ كَ وَعِزًّامِنْ عِزِّكَ وَنَصْرًامِنْ نَصْرِكَ
Jadikan aku cahaya dari cahaya -Mu, dan pertolongan dari pertolongan -Mu , dan perlindungan dari perlindungan -Mu

وَبَهَاءً مِنْ بَهَاءِكَ
Dan keagungan kewibawaan dari kewibawaan–Mu

وَعَطَاءً مِنْ عَطَاءِكَ وَحِرَاسَةً مِنْ حِرَاسَتِكَ
Dan pemberian dari pemberian-Mu, dan penjagaan dari penjagaan–Mu

وَتَأْ يِيْدِا مِنْ تَأْ يِيْدِكَ . يَاذَا الْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ
Dan bimbingan dari bimbinganMu, Wahai Yang Maha agung keagunganNya dan Mulia ,

وَالْمَوَا هِبِ الْعِظَامِ .
Yang Maha memiliki limpahan-limpahan anugerah yang agung.

اَسْاَ لُكَ اَنْ تَكْفِيَنِي مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِيْ شَرٍّ ,
Agar Kau jauhkan aku dari segala kejahatan.

اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ الْخَا لِقُ اْلاَكْبَرُ .
Sungguh Engkaulah yang Maha Pencipta dan Maha besar

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّدٍ وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ وَ
Salam dan salawat tercurahkan pada Sayyiduna Muhammad SAW, dan keluarganya, sahabatnya salam dengan sebaik-baiknya salam, Salawat dan salam yang membawa kebaikan, dan keberkatan padanya.

الْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ اْلعَا لَمِيْنَ ظَاهِرًا وَبَا طِنًا وَعَلَى كُلِّ حَالٍ .
Segala puji bagi Allah Rabbul ’Alamin, Zahir dan bathin atas segala kejadian.

Wednesday, April 7, 2010

KURSUS BEKAM SUNNAH

KURSUS SEHARI
BEKAM SUNNAH PERINGKAT PERSIJILAN.

Salamullahi 'Alaikum..

Makluman kepada tuan / puan yang dikasihi Allah SWT, bahawa Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia dengan kerjasama Pusat Rawatan Islam Darul Ansar Pulau Gadong mengadakan kursus sehari bekam sunnah. kepada yang berminat boleh menghubungi: 013-6111706.

Kursus ini dijalankan pada 24 April 2010 hari sabtu, jam 9.00 pagi bertempat di: PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR PULAU GADONG. sijil penyertaan dan sijil berbekam akan dikeluarkan bagi yang berminat dan layak. Yuran hanya RM 50.00 sahaja. Sekian. Wassalam..

Friday, April 2, 2010

LAMAN TAZKIRAH

LAMAN TAZKIRAH
Oleh: Tuan Syeikh Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al-Idrisi
(Diambil daripada intipati pengajaran beliau di Surau An-Nur, Taman Rambai Jaya, Bkt. Rambai, Melaka dan telah direkodkan didalam darulansar@yahoo.com)

Bahawa Allah SWT telah berfirman yang bermaksud:

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam keadaan kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh iaitu mereka berpesan-pesan dengan penuh kebenaran dan berpesan-pesan penuh kesabaran."

Didalam surah diatas iaitu Surah al-'Ashr, menerangkan kepada kita akan pengertian masa. Sehingga Allah 'Azza Wajalla menyatakan sumpah-Nya terhadap kepentingan masa dalam kehidupan kita. Sebab itulah kita lihat ada pepatah yang menyebut "Masa itu emas" mengapa dan kenapakah masyarakat melayu mengumpamakan waktu atau masa itu senilai dengan emas? Tidak lain dan tidak bukan hanya menggambarkan bahawa waktu sangat tinggi nilainya dan harganya. Begitu juga telah dinyatakan oleh pepatah arab yang bermaksud: "Waktu itu seperti pedang". Waktu atau masa yang digambarkan oleh orang-orang arab itu seperti pedang, mengapa dan kenapa? Tidak lain dan tidak bukan juga ianya bermaksud mereka yang membuang masa adalah mereka yang telah dipancung oleh masa dan masa yang yang terbuang itu tidak sekali-kali akan kembali dan memberi peluang untuk mengubah takdir yang telah berlalu.
Itulah gambaran masa dalam bentuk bidalan-bidalan, yang kita ingin bicarakan pada waktu ini, mengapa dan kenapa Allah 'Azza Wajalla bersumpah dengan masa? Padahal kita apabila dikehendaki bersumpah hendaklah kita bersumpah dengan Nama Allah Azza Wajalla, seperti yang telah disebut oleh junjungan besar Nabi SAW yang bermaksud:
"Barangsiapa yang hendak bersumpah, hendaklah ia bersumpah dengan Nama Allah, atau ia diam."
Didalam hadith ini, bahawa Baginda SAW mengkehendaki kita mesti bersumpah dengan Nama Allah sahaja, dilarang sama sekali dan berdosa mereka yang bersumpah dengan nama bintang, nama hari, nama pokok, nama wali, nama Nabi, nama ibu bapa dan sebagainya. Jika ia tidak mahu bersumpah, hendaklah ia diam daripada kata-kata.
Akan tetapi setelah kita melihat Allah 'Azza Wajalla sendiri yang bersumpah akan sesuatu, itu menandakan kepada kita perkara itu amatlah berat disisi Allah Azza Wajalla, begitulah juga halnya apabila Allah 'Azza Wajalla bersumpah dengan Masa. Sesungguhnya Allah 'Azza Wajalla amat menitik beratkan kepada kita tentang masa.
Kemudian Allah Azza Wajalla menyatakan lagi: "Sesunguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugaian." Ayat ini juga menerangkan bahawa penyataan Allah 'Azza Wajalla kepada kita mengenai manusia itu benar-benar dalam kerugian, sehingga Allah 'Azza Wajalla meletakkan ada 'Huruf Taukid' iaitu ayat pembenar. Seolah-olah memang benar-benar manusia itu dalam golongan yang rugi. Jadi manusia mestilah keluar daripada kelompok golongan yang rugi ini. Tetapi bagaimana mahu keluar daripada kelompok ini? Caranya ialah seperti yang telah dinyatakan oleh Allah Azza Wajalla: "Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh." Itulah cara untuk keluar daripada kelompok golongan yang sentiasa rugi. Iaitu yang pertama mestilah menyatakan keimanan kepada Allah 'Azza Wajalla, kepada Malaikat, kepada Rasul, kepada Kitab, kepada Hari Kiamat, kepada Qadha' dan Qadar. Perlulah diketahui bahawa Iman itu bukanlah ertinya percaya. Iman itu merupakan suatu penyataan membenarkan keesaan Allah Azza Wajalla dan kerasulan Nabi Muhammad SAW didalam hati, kemudian diucapkan di lidah dan beramal dengan rukunnya.
Yang kedua mestilah beramal soleh iaitu melakukan segala ketaatan dan kebajikan semata-mata kerana Allah 'Azza Wajalla dan meninggalkan serta menjauhi segala kemungkaran dan maksiat kepada Allah 'Azza Wajalla.
Yang Ketiga mestilah berpesan-pesan kebenaran, janganlah sekali-kali menyembunyikan kebenaran walaupun berhadapan dengan pemimpin dan pemerintah yang zalim, kerana Baginda SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Berkatalah benar walau ianya pahit." Walaupun kita terpaksa menerima hukuman perjara dan pancung sekalipun, hendaklah kita menzahirkan kebenaran. Kepada siapa yang kita hendak mendapat keredhaan? Kepada Allah Azza Wajalla atau kepada makhluk? Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada ketaatan kepada Makhluk dalam melakukan maksiat kepada al-Khaliq"
Yang Keempatnya mestilah berpesan-pesan dengan penuh kesabaran, janganlah sekali-kali kita berputus asa dalam menyampaikan dakwah dan kebenaran kepada ummah kerana kesabaran itu indah dan nikmat seperti yang difirman Allah Azza Wajalla: "Maka sabar itu indah" Hanya yang menjalani kesabaran sahaja akan merasakan kemanisan dan kenikmatannya, seperti yang disebut oleh Ahli Hukama': "Barangsiapa yang tidak merasai, tidak akan mengetahui." Kita lihat dalam surah al-Fatihah, yang kita membacanya dalam kehidupan kita yang bermaksud: "Tunjukilah kami jalan yang lurus, iaitu jalan orang yang telah Engkau sempurnakan nikmat kepada mereka (iaitu jalan para nabi, para wali, orang soleh, alim ulama, para syuhada." Kita perhatikan jalan mereka ini, tidak seorang pun dikalangan mereka menempuhnya dengan mudah, kesemuanya mereka itu beriman, beramal solah, dakwah dengan kebenaran, dan dakwah dengan kesabaran. Walaupun terpaksa menjadikan nyawa sebagai ganti. Maka Allah Azza Wajalla membayarnya dengan nilai JANNAH.

Thursday, April 1, 2010

JADUAL PENGAJIAN SF. SYEIKH MUHAMMAD RAJAB AL-IDRISI (Bulan April 2010)

Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuhu...

JADUAL PENGAJIAN SF. Tuan Guru Syeikh Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al-Idrisi.

Tarikh: 1 April 2010 (Khamis)
Tempat: Madrasah al-Falah, Tg. Bidara, Masjid Tanah, Melaka.
Waktu: Selepas Solat Maghrib.
Kitab: At-Tanwir Ibnu 'Atho'illah.

Tarikh: 1 April 2010 (Khamis).
Tempat: Dewan Kuliah Darul Ansar, Pulau Gadong, Melaka.
Waktu: Selepas Isyak:
Majlis: Zikir Tareqat Ahmadiyah Idrisiyah.

Tarikh: 2 April 2010 (Jumaat).
Tempat: Masjid As-Syuhada' Bukit Terendak, Sg. Udang, Melaka.
Waktu: Selepas Solat Maghrib.
Majlis: Pengajian Kitab Hikam Ibnu 'Athoillah.

Tarikh: 2 April 2010 (Jumaat).
Tempat: Rumah Sdr. Rosle Kamaruddin (Timb. S/U Agung Darul Ansar)
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Usrah.

Tarikh: 3 April 2010 (Sabtu).
Tempat: Surau al-Hidayah, Rumah Rakyat Lubok Cina, NSDK.
Waktu: Selepas Solat Maghrib.
Majlis: Zikir Tareqat Ahmadiyah.

Tarikh: 3 April 2010 (Sabtu).
Tempat: Darul Ansar, Pulau Gadong Melaka.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Rawatan Islam.

Tarikh: 4 April 2010 (Ahad).
Tempat: Pusat Tarbiyaah Klebang Besar, Melaka.
Waktu: Jam 9.00 pagi.
Majlis: Pengajian Dhuha Kitab Fiqh al-Minhaji.

Tarikh: 4 April 2010 (Ahad).
Tempat: Surau al-Amin, Tmn. Rambai Utama, Bkt. Rambai, Melaka.
Waktu: Selepas solat Maghrib.
Majlis: Pengajian Hadith Musnad Imam Syafie.

Tarikh: 4 April 2010 (Ahad).
Tempat: Darul Ansar, Pulau Gadong.
Waktu: Jam 9.30 malam.
Majlis: Pengajian Kaedah Perubatan Dan Rawatan Menurut Islam.

Tarikh: 5 April 2010 (Isnin).
Tempat: Surau Darul Hidayah, Dusun Tua Ulu Langat, Selangor.
Waktu: Selepas Solat Maghrib.
Majlis: Kitab Hadith Akhir Zaman.

Tarikh: 6 April 2010 (Selasa).
Tempat: Surau Taman Tg. Minyak Utama, Tg. Minyak, Melaka.
Waktu: Selepas Solat Maghrib.
Majlis: Pengajian Fiqh al-Minhaji.

Tarikh: 6 April 2010 (Selasa).
Tempat: Darul Ansar, Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Pengajian Tafsir Imam Ibnu Katsir.

Tarikh: 7 April 2010 (Rabu).
Tempat: Surau An-Nur, Tmn. Rambai Jaya, Bkt. Rambai, Melaka.
Waktu: Selepas Maghrib
Majlis: Pengajian Kitab al-Hikam Ibnu Atoillah.

Tarikh: 7 April 2010 (Rabu).
Tempat: Darul Ansar, Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Pengajian Tajwid Dan Qiraat Imam Hafsh al-Kufi.

Tarikh: 8 April 2010 (Khamis).
Tempat: Kg. Tg. Kling (Depan Balai Polis Tg. Kling).
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Tajwid Al-Quran & Qira'at Imam Hasfh al-Kufi.

Tarikh: 8 April 2010 (Khamis).
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Zikir Tareqat Ahmadiyyah.

Tarikh: 9 April 2010 (Jumaat).
Tempat: Masjid Syuhada' Bukit Terendak, Sg. Udang, Melaka.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Hikam Ibnu Athoillah.

Tarikh: 9 April 2010 (Jumaat).
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Rawatan Islam.

Tarikh: 10 April 2010 (Sabtu)
Tempat: Surau al-Hidayah Rumah Rakyat Lubok Cina, NSDK.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian At-Tanwir Imam Ibnu 'Atho'illah.

Tarikh: 10 April 2010 (Sabtu).
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Rawatan Islam.

Tarikh: 11 April 2010 (Ahad)
Tempat: Pusat Tarbiyah Klebang Besar, Melaka.
Waktu: Jam 9.00 pagi.
Majlis: Kuliah Dhuha Kitab Fiqh al-Minhaji.

Tarikh: 11 April 2010 (Ahad)
Tempat: Surau al-Amin, Tmn Rambai Utama, Bkt Rambai, Melaka.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Hadith Musnad Imam Syafie.

Tarikh: 11 April 2010 (Ahad)
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Jam 9.30 malam.
Majlis: Pengajian Perubatan Islam.

Tarikh: 12 April 2010 (Isnin)
Tempat: Darul Ansar Seremban.
Waktu: 9.30 malam.
Majlis: Pengajian Perubatan Islam.

Tarikh: 13 April 2010 (Selasa)
Tempat: Surau Taman Tg. Minyak Utama, Tg. Minyak, Melaka.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Fiqh al-Minhaji.

Tarikh: 13 April 2010 (Selasa)
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Pengajian Tafsir Imam Ibnu Katsir.

Tarikh: 14 April 2010 (Rabu)
Tempat: Surau An-Nur, Tmn Rambai Jaya, Bkt Rambai, Melaka.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Hikam Ibnu 'Athoillah.

Tarikh: 14 April 2010 (Rabu)
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Pengajian Tajwid al-Quran dan Qiraat Imam Hafsh al-Kufi.

Tarikh: 15 April 2010 (Khamis)
Tempat: Madrasah al-Falah Tg. Bidara, Melaka.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian at-Tanwir Imam Ibnu 'Athoillah.

Tarikh: 15 April 2010 (Khamis)
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Zikir Tareqat Ahmadiyah.

Tarikh: 16 April 2010 (Jumaat)
Tempat: Surau Taman Paya Emas, Paya Rumput, Melaka.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Hikam Athoillah.

Tarikh: 16 April 2010 (Jumaat)
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Rawatan Islam.

Tarikh: 17 April 2010 (Sabtu)
Tempat: Surau FELDA Raja Alias 3, Jempol, NSDK.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Hadith Riwayat Sayyid Muhammad bin Idris al-Idrisi.

Tarikh: 18 April 2010 (Ahad)
Tempat: Masjid Daerah Jempol, NSDK.
Waktu: Selepas Subuh.
Majlis: Pengajian Hadith Akhir Zaman.

Tarikh: 18 April 2010 (Ahad)
Tempat: Surau Al-Amin Taman Rambai Utama, Bkt Rambai, Melaka.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Hadith Musnad Imam Syafie.

Tarikh: 18 April 2010 (Ahad)
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Jam 9.30 malam.
Majlis: Pengajian Perubatan Islam.

Tarikh: 19 April 2010 (Isnin)
Tempat: Surau Darul Hidayah, Dusun Tua, Ulu Langat, Selangor.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Hadith Akhir Zaman.

Tarikh: 20 April 2010 (Selasa)
Tempat: Surau Tmn Tg. Minyak Utama, Tg. Minyak, Melaka.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Fiqh al-Minhaji.

Tarikh: 20 April 2010 (Selasa)
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Pengajian Tafsir Ibnu Katsir.

Tarikh: 21 April 2010 (Rabu)
Tempat: Surau An-Nur, Tmn Rambai Jaya, Bkt Rambai, Melaka.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Hikam Ibnu 'Atho'illah.

Tarikh: 21 April 2010 (Rabu)
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Pengajian Tajwid & Qiraat Imam Hafsh al-Kufi

Tarikh: 22 April 2010 (Khamis)
Tempat: Kg. Tg. Kling (Depan Balai Polis Tg. Kling)
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Tajwid Al-Quran.

Tarikh: 22 April 2010 (Khamis)
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Zikir Tareqat Ahmadiyyah.

Tarikh: 23 April 2010 (Jumaat)
Tempat: Surau Taman Paya Emas, Paya Rumput, Melaka.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Hikam Ibnu 'Athoillah.

Tarikh: 23 April 2010 (Jumaat)
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Rawatan Islam.

Tarikh: 24 April 2010 (Sabtu)
Tempat: Surau al-Hidayah, Rumah Rakyat, Lubok Cina, NSDK.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian at-Tanwir Ibnu Atho'illah.

Tarikh: 24 April 2010 (Sabtu)
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Rawatan Islam.

Tarikh: 25 April 2010 (Ahad)
Tempat: Surau al-Amin Tmn Rambai Utama, Bkt Rambai, Melaka.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Hadith Musnad Imam Syafie.

Tarikh: 25 April 2010 (Ahad)
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Jam 9.30 malam.
Majlis: Pengajian Perubatan Islam.

Tarikh: 26 April 2010 (Isnin)
Tempat: Darul Ansar Seremban.
Waktu: Jam 9.30 malam.
Majlis: Pengajian Perubatan Islam.

Tarikh: 27 April 2010 (Selasa)
Tempat: Suaru Taman Tg. Minyak Utama, Tg. Minyak, Melaka.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Fiqh al-Minhaji.

Tarikh: 27 April 2010 (Selasa)
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Pengajian Tafsir Ibnu Katsir.

Tarikh: 28 April 2010 (Rabu)
Tempat: Surau An-Nur Tmn Rambai Jaya, Bkt Rambai, Melaka.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Hikam Ibnu 'Athoillah.

Tarikh: 28 April 2010 (Rabu)
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Pengajian Tajwid dan Qiraat Imam Hafsh al-Kufi.

Tarikh: 29 April 2010 (Khamis)
Tempat: Surau al-Falah, Tg. Bidara, Melaka.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian at-Tanwir Ibnu 'Athoillah.

Tarikh: 29 April 2010 (Khamis)
Tempat: Darul Ansar Pulau Gadong.
Waktu: Selepas Isyak.
Majlis: Zikir Tareqat Ahmadiyah.

Tarikh: 30 April 2010 (Jumaat)
Tempat: Masjid Syuhada' Bkt Terendak, Sg. Udang, Melaka.
Waktu: Selepas Maghrib.
Majlis: Pengajian Hikam Ibnu 'Athoillah.


Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

USRAH MINGGUAN



Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuhu...

Usrah Pada Hari Jumaat Malam Sabtu.
Tempat: Taman Pahlawan, Bukit Terendak Sungai Udang, Melaka (Rumah Sdr. Rosle T.S/U Agung Darul Ansar)
Hari: Jumaat malam sabtu selepas solat isyak.
Tarikh: 2 April 2010.
Waktu: Jam 9.30 malam.
Ahli-ahli Darulansar dijemput hadir. Sila hubungi beliau untuk arah tunjuk di talian: 013-5210362. Beliau merupakan Mu'allij yang diiktiraf oleh Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia. Untuk rawatan boleh hubungi beliau ditalian diatas. Wassalam.

Pusat Pengajian & Tahfiz Al-Quran Darul Ansar


Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuhu..

Pusat Pengajian Dan Tahfiz Al-Quran Darul Ansar merupakan sebuah pusat pengajian al-Quran untuk kanak-kanak dan orang dewasa dibawah pengurusan Muassasah Darul Ansar dan dinaungi oleh Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia. Sebuah cetusan idea SF. Tuan Guru Syeikh Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al-Idrisi al-Ahmadi, beliau merupakan pengasas dan penaung Persatuan ini, juga merupakan Ketua Lembaga Pengarah Pusat Pengajian Dan Tahfiz Al-Quran Darul Ansar. Untuk segala maklumat sila klik laman blog ini keterangan yang lebih lanjut. http://tahfizdarulansar.blogspot.com

Sekian.

MAJLIS ZIKIR TARIQAT AHMADIYAH IDRISIYAH

Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuhu...

MAJLIS ZIKIR TARIQAT AL-MUHAMMADIYYAH AL-IDRISIYYAH AL-AHMADIYYAH AS-SYAZILIYYAH
Oleh: SF. Tuan Guru Syeikh Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al-Idrisi al-Ahmadi
(Khalifah Tariqat Kepada Sayyid Muhammad bin Idris al-Idrisi al-Hasani dan Sayyid Ahmad bin Idris al-Idrisi al-Hasani, cicit Imam al-Qutub Sayyid Ahmad bin Idris al-Hasani al-Maghribi)


Tempat: Dewan Kuliah Darul Ansar, Pulau Gadong, Melaka.
Hari: Setiap hari Khamis malam jumaat.
Waktu: Selepas Isyak.

Tempat: Surau al-Hidayah, Rumah Rakyat Lubok Cina, NSDK.
Hari: Setiap hari Sabtu minggu pertama (awal bulan).
Waktu: Selepas Maghrib.


Muslimin dan muslimat dijempu hadir.

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR