Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Tuesday, March 30, 2010

KEMUSYKILAN AGAMA BERSAMA SF. TUAN GURU SYEIKH HJ. MUHAMMAD RAJAB AKMAL BIN HJ. ABDUL HALIM AL-IDRISI



Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuhu..





SOAL JAWAB AGAMA BERSAMA SF. TUAN SYEIKH MUHAMMAD RAJAB AL-IDRISI

Emailkan kemusykilan, permasalahan agama anda kepada darulansar@yahoo.com atau ibnuhalim_darulansar@yahoo.com








<:AtomicElement>
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>Soalan: Apakah hukumnya orang yang meninggalkan solat?
<:AtomicElement>Daripada: Muslimah, Tg. Minyak.
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>Jawapan: Hukum mendirikan solat adalah wajib bagi sekalian mukallaf iaitu mereka yang Islam, berakal, mumayyiz (boleh membezakan baik dan buruk). Bagi mereka yang meninggalkan solat ini ada tiga hukum iaitu:
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>i) Meninggalkan solat dengan tidak sengaja: hukumnya adalah dimaafkan bagi mereka yang tertinggal solat dengan dua sebab sahaja iaitu tertidur atau terlupa, maka hendaklah dengan segera mengqada'kan solat yang tertinggal itu. Wallahu Ta'ala A'lam.
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>ii) Meninggalkan solat dengan sengaja: hukumnya adalah haram dan berdosa besar. Maka wajib ke atasnya bertaubat diatas kesalahan tersebut, akan tetapi ulama' berselisih sama ada dibolehkan untuk mengqada'kannya ataupun tidak. Wallahu Ta'ala A'lam.
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>iii) Meninggal solat dengan sengaja, mengengkarinya dan mencemuhnya: hukumnya adalah murtad bagi mereka yang dengan sengaja mempersenda ibadah solat dan memperlekehkannya kerana seseorang itu boleh menjadi murtad dengan salah satu daripada tiga perkara iaitu:
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>a) Melalui niatnya.
<:AtomicElement>b) Melalui perbuatannya.
<:AtomicElement>c) Melakui perkataannya.
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>Sebagai contohnya melalui niat: "Aku rasa solat ini sama sahaja ibadat-ibadat dengan agama yang lain" Apabila dia terdetik dalam hatinya meragui dan memperlekehkannya serta menyamakan martabat Islam denga agama yang lain-lain maka jadilah ia murtad.
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>Sebagai contohnya melalui perbuatan: Orang Islam yang pergi ke kuil untuk melakukan penyembahan terhadap dewa-dewa, maka jadilah ia murtad.
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>Sebagai contohnya melalui perkataan: "Engkau solat tunggang tunggeng. Engkau ingat boleh jadi kaya ke?" Maka dengan perkataan itu, maka jadilah ia juga seorang yang murtad.
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>Hendaklah segera mereka kembali mungucap dua kalimah syahadah dan bertaubat nasuha kepada Allah Azza Wajjala. Wallahu Ta'ala A'lam.

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR