Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Wednesday, March 31, 2010

LAMAN BLOG PUSRAWI DARUL ANSAR

Salamullahi Ta'ala 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuhu...

Segala pujian kehadhrat Allah Ta'ala, dimaklumkan bahawa laman blog Pusat Rawatan Islam Darul Ansar telah dilancarkan. Tuan / puan melayarinya di: http://pusrawidarulansar.blogspot.com.

Sekian, terima kasih. Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

KEMUSYKILAN AGAMA


Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuhu...
Kepada tuan / puan yang memiliki kemuskilan agama sila emailkan ke alamat: darulansar@yahoo.com atau ibnuhalim_darulansar@yahoo.com Insya Allah kemusykilan tuan / puan akan dijawab sepenuhnya oleh Tuan Guru kita yang dikasihi SF. Syeikh Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al-Idrisi al-Ahmadi.

Tuesday, March 30, 2010

KEMUSYKILAN AGAMA BERSAMA SF. TUAN GURU SYEIKH HJ. MUHAMMAD RAJAB AKMAL BIN HJ. ABDUL HALIM AL-IDRISI



Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuhu..





SOAL JAWAB AGAMA BERSAMA SF. TUAN SYEIKH MUHAMMAD RAJAB AL-IDRISI

Emailkan kemusykilan, permasalahan agama anda kepada darulansar@yahoo.com atau ibnuhalim_darulansar@yahoo.com








<:AtomicElement>
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>Soalan: Apakah hukumnya orang yang meninggalkan solat?
<:AtomicElement>Daripada: Muslimah, Tg. Minyak.
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>Jawapan: Hukum mendirikan solat adalah wajib bagi sekalian mukallaf iaitu mereka yang Islam, berakal, mumayyiz (boleh membezakan baik dan buruk). Bagi mereka yang meninggalkan solat ini ada tiga hukum iaitu:
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>i) Meninggalkan solat dengan tidak sengaja: hukumnya adalah dimaafkan bagi mereka yang tertinggal solat dengan dua sebab sahaja iaitu tertidur atau terlupa, maka hendaklah dengan segera mengqada'kan solat yang tertinggal itu. Wallahu Ta'ala A'lam.
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>ii) Meninggalkan solat dengan sengaja: hukumnya adalah haram dan berdosa besar. Maka wajib ke atasnya bertaubat diatas kesalahan tersebut, akan tetapi ulama' berselisih sama ada dibolehkan untuk mengqada'kannya ataupun tidak. Wallahu Ta'ala A'lam.
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>iii) Meninggal solat dengan sengaja, mengengkarinya dan mencemuhnya: hukumnya adalah murtad bagi mereka yang dengan sengaja mempersenda ibadah solat dan memperlekehkannya kerana seseorang itu boleh menjadi murtad dengan salah satu daripada tiga perkara iaitu:
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>a) Melalui niatnya.
<:AtomicElement>b) Melalui perbuatannya.
<:AtomicElement>c) Melakui perkataannya.
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>Sebagai contohnya melalui niat: "Aku rasa solat ini sama sahaja ibadat-ibadat dengan agama yang lain" Apabila dia terdetik dalam hatinya meragui dan memperlekehkannya serta menyamakan martabat Islam denga agama yang lain-lain maka jadilah ia murtad.
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>Sebagai contohnya melalui perbuatan: Orang Islam yang pergi ke kuil untuk melakukan penyembahan terhadap dewa-dewa, maka jadilah ia murtad.
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>Sebagai contohnya melalui perkataan: "Engkau solat tunggang tunggeng. Engkau ingat boleh jadi kaya ke?" Maka dengan perkataan itu, maka jadilah ia juga seorang yang murtad.
<:AtomicElement>
<:AtomicElement>Hendaklah segera mereka kembali mungucap dua kalimah syahadah dan bertaubat nasuha kepada Allah Azza Wajjala. Wallahu Ta'ala A'lam.

Monday, March 29, 2010

MAJLIS ILMU BERSAMA SF. TUAN SYEIKH HJ. MUHAMMAD RAJAB AKMAL AL-IDRISI

Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuhu...

MAJLIS TAFAQQUH FID DIN
Oleh: SF. Tuan Guru Syeikh Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al-Idrisi.
(Penasihat Darulansar)

TEMPAT: Masjid Asy-Syuhada', Bukit Terendak, Sungai Udang, Melaka.
WAKTU: Selepas Solat Magrib
HARI: Jumaat.
TARIKH: 2 APRIL 2010.
KITAB: al-Hikam Ibnu 'Athoillah.


Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Sunday, March 28, 2010

MAJLIS ILMU BERSAMA SF. TUAN SYEIKH HJ. MUHAMMAD RAJAB AKMAL AL-IDRISI

Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuhu...

MAJLIS TAFAQQUH FID DIN
Oleh: SF. Tuan Syeikh Hj. Muhammad Rajab Akmal al-Idrisi

Tempat: Madrasah al-Falah, Kg. Air Hitam Pantai, Tg. Bidara.
Hari: Khamis.
Waktu: Selepas Solat Maghrib.
Tarikh: 1 April 2010.
Kitab: at-Tanwir Fi al-Astaq at- Tadbir karangan Imam Ibnu 'Athoillah.

Untuk maklumat sila hubungi urusetia madrasah iaitu:

1. En. Mazlan: 019-3894140.


Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

"PEMBERSIHAN DAN PEMULIHAN KOLEJ POLITEKNIK

Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuhu...

"MAJLIS PEMBERSIHAN DAN PEMULIHAN ASRAMA KOLEJ POLITEKNIK KOTA"

Hari: Khamis.
Waktu: Selepas Solat Isyak.
Tarikh: 1 April 2010.
Tempat: Asrama mahasiswa/wi Politeknik Kota, Pulau Gadong, Melaka.


Semua ahli-ahli Darulansar dikehendaki hadir untuk membantu dan melancarkan program. Wassalam.

MAJLIS ILMU BERSAMA TUAN GURU SYEIKH HJ. MUHAMMAD RAJAB AKMAL BIN HJ. ABDUL HALIM AL-IDRISI

Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuhu..

Majlis Tafaqquh Fid Din
Oleh: SF. Tuan Guru Syeikh Hj. Muhammad Rajab Akmal al-Idrisi

Hari: Setiap hari Rabu.
Waktu: Selepas Solat Maghrib.
Kitab: al-Hikam Ibnu 'Atho'illah as-Sakandari.
Tempat: Surau an-Nur, Taman Rambai Jaya, Bkt. Rambai, Melaka.

Untuk maklumat sila hubungi:

1. Ustaz Haliman bin Hj. Sidek: 016-7803905.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

MAJLIS TAFAQQUH FID DIN BERSAMA TUAN SYEIKH HJ MUHAMMAD RAJAB AL-IDRISI

Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuhu...

Majlis Tafaqquh Fid Din.
Oleh: SF. Tuan Syeikh Hj. Muhammad Rajab Akmal al-Idrisi


Hari: Selasa.
Tarikh: 30 Mac 2010.
Waktu: Selepas Solat Maghrib.
Kitab: Fiqh al-Minhaji (Feqah Mazhab Syafi'e).
Tempat: Surau Taman Tg. Minyak Utama, Tg. Minyak.


Untuk maklumat sila hubungi urusetia:

1. Imam 1 Sdr. Yusof 019-2452426.
2. Imam 2 Sdr. Abdullah bin Abu 019-6272595.
3. Pengerusi Surau/Taman En. Jailani: 010-2792560.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

DISKUSI ILMIYAH BERSAMA SF SYEIKH MUHAMMAD RAJAB

Salamullahi Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuhu...

MAJLIS DISKUSI ILMIYAH
Anjuran: KEMAS Parlimen Tangga Batu dengan kerjasama PUSRAWI DARUL ANSAR.
Oleh: Tuan Syeikh Hj. Muhammad Rajab Akmal al-Idrisi.
(Penasihat Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia)


Hari: Isnin.
Tarikh: 29 Mac 2010.
Waktu: Selepas solat Maghrib.
Tempat: Surau Taman Seri Krubong.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Tuesday, March 23, 2010

MAJLIS ILMU

Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuh...

Majlis Tafaqquh Fid Din.
Oleh: Tuan Guru Syeikh Muhammad Rajab Akmal al-Idrisi

Tempat: Madrasah Taman Tg. Minyak Utama, Tg. Minyak.
Waktu: Selepas solat Maghrib.
Hari: Setiap hari Selasa.


Muslimin dan muslimat semua dijemput hadir.

Saturday, March 20, 2010

AL-FATIHAH

Al-Fatihah buat al-Marhum Syeikhul Azhar Prof. Dr. Mohammed Sayyid at-Tantawi yang telah kembali ke Rahmatullah, semoga Allah meletakkan beliau ditempat yang diredhai-Nya. Amin.

KULIAH PERUBATAN ISLAM

Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuh..

Sukacitanya dimaklumkan bahawa Kuliah Perubatan Islam anjuran Darulansar masih dibuka lagi. bagi yang berminat sila hubungi di talian: 013-6111706.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

MAJLIS ILMU TAFAQQUH FID DIN

Salamullahi 'Alaikum Warahmatuhu Wabarakatuh...

Kuliah Tafaqquh Fid Din
Oleh: SF Tuan Guru Syeikh Muhammad Rajab al-Idrisi.


Kitab: Musnad Imam as-Syafie.
Waktu: Selepas solat Maghrib.
Hari: Setiap hari Ahad.
Tempat: Madrasah al-Amin, Taman Rambai Utama, Bkt. Rambai, Melaka.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

KULIAH SUBUH

Assalamualaikum WBT..

Kuliah Subuh

Kitab 40 Hadith Akhir Zaman disampaikan oleh: SF. Tuan Syeikh Muhammad Rajab Akmal al-Idrisi
Tempat: Masjid Daerah Jempol, Negeri Sembilan
Hari: Ahad
Tarikh: 21 Mac 2010.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

MAJLIS ILMU TAFAQQUH FID DIN

MAJLIS TAFAQQUH FID DIN
Oleh: SF. TUAN GURU SYEIKHUNA MUHAMMAD RAJAB AKMAL AL-IDRISI

Hari: Sabtu
Tarikh: 20 Mac 2010
Waktu: Selepas solat Maghrib.
Pengajian: Kitab Hadith.
Tempat: Surau FELDA Raja Alias 3, Jempol, Negeri Sembilan.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

JADUAL RAWATAN ISLAM

Assalamualaikum WBT...

Jadual perubatan dan rawatan Islam di PUSRAWI Darul Ansar Pulau Gadong.


Setiap hari Isnin - Ahad
Jam 8.00 pagi - 12.30 tengahari

Setiap hari Isnin - Ahad
Jam 3.00 petang - 5.30 petang

Setiap hari Isnin - Sabtu
Jam 9.00 malam - 12.00 malam

Sila buat temujanji sebelum rawatan di talian 013-6111706

PENGAJIAN PERUBATAN ISLAM DI SEREMBAN

Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah, segala pujian dipanjatkan kehadhrat-Nya pada 12 April 2010 bersamaan pada hari Isnin, Kuliah Perubatan Islam anjuran Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Negeri Sembilan dengan kerjasama Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia akan mengadakan kuliah perubatan dan rawatan menurut Islam peringkat persijilan di Surau Nurul Hidayah (diri Jumaat) Taman Seremban Jaya. Pengajian ini akan berlangsung selepas solat Isyak pada setiap hari Isnin minggu kedua dan keempat, pengajian ini akan dipimpin terus oleh SF Tuan Guru Syeikh Muhammad Rajab Akmal al-Idrisi merupakan pengajar utama dan Musyriful 'Am Darulansar. Kepada muslimin dan muslimat yang berada di Negeri Sembilan dan berminat boleh menghubungi terus urusetia Darulansar Negeri Sembilan iaitu Tuan Mejar (B) Hj. Jamaludin bin Abu di talian: 013-2229881

Friday, March 19, 2010

USRAH MINGGUAN DARUL ANSAR

Assalamualaikum WBT..

Kepada semua ahli-ahli Darulansar, bahawa Usrah al-Ansar telah bergerak dan telah dilancarkan pada hari Jumaat selepas Isyak 5 Mac 2010 kelmarin, bermula di kediaman SF Tuan Guru Syeikh Muhammad Rajab Akmal al-Idrisi di Taman Seri Tanjung dan pada 12 Mac 2010 di kediaman YDP Darulansar al-Fadhil Ustaz Haliman Sidek di Taman Rambai Jaya, Bkt. Rambai, kemudian pada 19 Mac ini telah dibawa kepada 21 Mac sekaligus merasmikan Darulansar Sg. Udang pada hari Ahad jam 10.30 pagi. Pada 26 Mac yang akan datang ini akan diadakan Usrah di kediaman Timbalan YDP Darulansar Tuan Hj. Abdul Halim @ Noordin bin Umar di Taman Muzaffar Height, Ayer Keroh pada hari Jumaat selepas Isyak, untuk map arah kerumah beliau sila hubungi beliau ditalian: 016-9034523.

MAJLIS ZIKIR TARIQAH

Majlis Zikir Tariqah al-Muhammadiyyah al-Idrisiyyah al-Ahmadiyyah as-Syaziliyyah dipimpin oleh SF TUAN GURU SYEIKH MUHAMMAD RAJAB AKMAL BIN ABDUL HALIM AL-IDRISI AL-AHMADI bertempat:


1. Setiap hari khamis malam jumaat
Selepas Isyak
Dewan Darul Ansar Pulau Gadong, Melaka.

2. Setiap hari Sabtu minggu pertama.
selepas solat Maghrib.
Madrasah al-Hidayah, Taman Rumah Rakyat Lubok Cina, Negeri Sembilan.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

PERASMIAN DARUL ANSAR SUNGAI UDANG

Assalamuaalaikum WBT..
Pelancaran dan Perasmian PUSRAWI DARUL ANSAR Caw. Sg. Udang.
Untuk makluman semua ikhwan dan akhawat, Pusat Rawatan Islam Darul Ansar Cawangan Sungai Udang akan berlangsung seperti jadual dibawah ini:
Tarikh: 21 Mac 2010.
Hari: Sabtu.
Jam: 10.30 pagi.
Tempat: Taman Terendak Permai, Sungai Udang, Melaka.
Majlis yang mulia ini akan dirasmikan oleh SF. Tuan Guru Syeikhuna Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al-Idrisi (Musyriful 'Am Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia). Setakat ini telah ada empat PUSRAWI Darul Ansar iaitu di Taman Bertam Perdana, Taman Seri Tanjung, Taman Rambai Jaya, Taman Terendak Permai dan Insya Allah akan dibuka di Taman Seremban Jaya, Negeri Sembilan pada April 2010. Pada hari tersebut akan dilakukan rawatan secara percuma. Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.
Untuk segala maklumat dan keterangan sila hubungi:
Muhammad Nur Faizal di talian: 012-6950933
Mejar (B) Jamaludin bin Abu: 013-2229881

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR