Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Saturday, January 16, 2010

MASJLIS TAFAQQUH FID DIN

Assalamulaikum..


Majlis Tafaqquh Fid Din oleh SF Sheikh Haji Muhammad Rajab Akmal bin Haji Abdul Halim al-Idrisi.


Tempat: Masjid Daerah Jempol.
Waktu: Selepas subuh.
Hari: Ahad.
Tarikh: 17 Januari 2010


Muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Friday, January 15, 2010

MAJLIS TAFAQQUH FID DIN

Assalamu'alaikum Wbt..
Majlis Tafaqquh Fid Din oleh Syeikh Muhammad Rajab Akmal al-Idrisi.
Tempat: Surau Felda Raja Alias 3
Waktu: Selepas Maghrib.
Hari: Sabtu malam ahad.
Tarikh: 16 Januari 2010.
Muslimin dan muslimat dijemput hadir

PERLEMBAGAAN PERSATUAN PERUBATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA

UNDANG-UNDANG BAGI
PERSATUAN PERUBATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA
(NAMA PENUH)

FASAL 1 NAMA

(1) Pertubuhan ini dikehendaki dengan nama PERSATUAN PERUBATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA (Nama dalam Bahasa Malaysia)

Selepas ini disebut “DARUL ANSAR”.


FASAL 2 TEMPAT URUSAN

(2) Alamat dan tempat urusan persatuan ialah: NO. 16-1, JALAN BERTAM PERDANA 1, TAMAN BERTAM PERDANA, 75200, PULAU GADONG, MELAKA. (Alamat lengkap)

atau di tempat lain atau tempat-tempat surat menyurat DARUL ANSAR tidak boleh diubah tanpa kebenaran Perdaftar Pertubuhan terlebih dahulu.


FASAL 3 TUJUAN/MATLAMAT

(1) Tujuan atau matlamat persatuan ini diadakan untuk:

a. Menyatupadukan pengamal perubatan Islam, pengamal perubatan moden, pengamal perubatan homeopathy, pengamal perubatan tradisional dan sebagainya yang beragama Islam.
b. Membantu dan menyedarkan masyarakat Islam daripada terjebak kepada perubatan yang lari dari hukum syarak dan ajaran sesat sekaligus membantu usaha kerajaan menghapuskan ajaran-ajaran sesat dan songsang.
c. Mengajak dan menyatukan umat Islam dengan ajaran Islam yang sebenar.


FASAL 4 KEAHLIAN

(1) Disini nyatakan syarat-syarat untuk menjadi ahli persatuan, termasuk keterangan berkenaan sekatan umur, jika dikenakan dan kemasukan menjadi ahli sama ada disyaratkan lelaki atau perempuan, kaum, agama, bangsa, tempat tinggal, nama keturunan dan sebagainya. Nyatakan juga sama ada bilangan ahli dihadkan (jika dihadkan nyatakan jumlahnya).

(2) Tiap-tiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dan dihantar kepada Setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada Jawatankuasa untuk diluluskan. Majlis Syura boleh mengikut budibicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab-sebabnya.

(3) Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar masuk dan yuran tahun pertama seperti yang ditetapkan diterima menjadi ahli DARUL ANSAR dan berhaklah ia sebagai ahli.

(4) Seorang pelajar universiti atau kolej universiti atau mana-mana institusi pengajian tinggi awam atau swasta tidak boleh diterima menjadi ahli DARUL ANSAR ini kecuali telah dibenarkan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib Canselor atau pengarah atau mereka yang berkuasa dalam universiti yang berkenaan.

(5) Tiap-tiap pemohon keahlian ini dimestikan mengikut kursus perubatan yang dianjurkan DARUL ANSAR bagi mengesahkan keahliannya.

(6) Keahlian DARUL ANSAR mengikut dua peringkat iaitu; keahlian tetap dan keahlian bersekutu. Syarat-syarat keahlian tetap adalah seperti di atas. Manakala keahlian bersekutu ialah:

a) Ahli bersekutu ialah para isteri ahli tetap DARUL ANSAR yang tidak mengikut pengajian DARUL ANSAR yang disokong oleh dua orang ahli tetap DARUL ANSAR.
b) Ahli bersekutu juga ialah pengamal-pengamal perubatan yang memohon keahlian DARUL ANSAR tetapi tidak mengikut pengajian yang ditetapkan oleh DARUL ANSAR.


FASAL 5 BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN.

(1) Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan adalah seperti berikut:

Bayaran masuk RM 3 (Tiga Ringgit Malaysia Sahaja)
(Diikuti dalam perkataan)

Bayaran Tahunan RM 10 (Sepuluh Ringgit Malaysia Sahaja)
(Diikuti dalam perkataan)

(2) Yuran tahunan hendaklah dijelaskan kepada Bendahari Agung terlebih dahulu dalam tempoh 7 (Tujuh) hari dari awal tiap-tiap tahun.

(3) Ahli yang membiarkan hutang yurannya lebih daripada dua tahun akan menerima surat peringatan yang ditandatangan oleh Setiusaha Agung atau wakilnya, dan hilangnya hak-hak keistimewaannya sebagai ahli sehingga hutangnya telah dijelaskan.

(4) Ahli yang membiarkan hutangnya sebanyak lebih dari jumlah yuran bagi tiga tahun dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli DARUL ANSAR dan Majlis Syura boleh memerintahkan supaya tindakan yang sah diambil terhadapnya dengan syarat mereka berpuashati yang ahli itu telah menerima kenyataan berkenaan hutangnya telebih dahulu.

(5) Majlis Syura mempunyai kuasa menetapkan yuran masuk semula bagi sesiapa yang telah membiarkan keahliannya terlucut disebabkan hutang.

(6) Yuran khas atau kutipan wang daripada ahli-ahli untuk perkara yang tertentu boleh dipungut dengan persetujuan mesyuarat agung ahli-ahli. Sekiranya ada ahli yang mungkin membayar yuran tersebut dalam tempoh yang telah ditetapkan, maka wang itu akan dianggap sama seperti hutang yuran tahunan.


FASAL 6 PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI

(1) Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli DARUL ANSAR, hendaklah memberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahulu kepada Setiusaha Agung dan menjelaskan segala hutangnya.

(2) Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang DARUL ANSAR atau bertindak dengan cara yang akan mencemar atau menghina atau atau pecah amanah atau memberi kesan buruk dan negatif terhadap nama baik DARUL ANSAR atau melanggari hukum syarak boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi tempoh yang difikirkan munasabah oleh Majlis Syura. Sebelum Majlis Syura memecat atau menggantung ahli tersebut, ahli hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

(3) Mana-mana ahli yang mengingkari keputusan atau arahan yang ditetapkan oleh Majlis Syura atau Musyriful Am dan melanggari undang-undang Negara atau negeri boleh digantung atau dipecat keahliannya setelah diputuskan oleh Majlis Syura dan keputusan itu boleh dipertimbangkan setelah juga diputuskan Majlis Syura.


FASAL 7 MESYUARAT AGUNG

(1) Pengelolaan DARUL ANSAR ini terserah kepada mesyuarat agung ahli-ahli. Sekurang-kurangnya satu perdua (½) daripada jumlah ahli yang berhak mengundi atau dua kali ganda jumlah ahli Majli Syura, mengikut mana yang kurang, hendaklah hadir di dalam mesyuarat agung bagi mengesahkan perjalanan mesyuarat dan memcukupi korum untuk mesyuarat.

(2) Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada suatu tarikh (Tidak lebih daripada 30 hari) yang ditetapkan oleh Majlis Syura; dan jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuatkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidaklah berkuasa meminda Undang-undang DARUL ANSAR dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

(3) Mesyuarat Agung Tahunan bagi DARUL ANSAR hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 3hb Mac. Tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Majlis Syura. Kerja-kerja mesyuarat agung tahunan ialah:

a. Menerima laporan Majlis Syura berkenaan perjalanan persatuan di dalam tahun lalu.
b. Menerima laporan bendahari dan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun yang lalu.
c. Memilih ahli-ahli Majlis Syura dan pemeriksa kira-kira untuk tahun yang akan datang dan
d. Menguruskan perkara-perkara lain yang dibentangkan di dalam mesyuarat itu.

(4) Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum Mesyuarat Agung Tahunan diadakan satu agenda mesyuarat termasuk salinan peringatan mesyuarat dan laporan serta penyata kira-kira DARUL ANSAR bagi tahun lalu yang telah diaudit. Salinan surat-surat ini juga hendaklah dibekalkan untuk dibaca oleh ahli-ahli di alamat tempat urusan DARUL ANSAR.

(5) Mesyuarat Agung Khas bagi persatuan ini boleh diadakan:

a. Bila difikirkan mustahak oleh Majlis Syura, atau
b. Atas permintaan beramai-ramai dengan bertulis oleh tidak kurang satu perlima (1/5) dari jumlah ahli yang berhak mengundi dengan menerangkan tujuan dan sebab mengadakannya. Permintaan itu hendaklah dihantar kepada Setiausaha Agung DARUL ANSAR.

(6) Mesyuarat Agung Khas yang diminta oleh ahli-ahli hendaklah diadakan pada satu tarikh di dalam tempoh satu bulan dari tarikh penerimaan permintaan mesyuarat itu.

(7) Pengumuman dan agenda untuk Mesyuarat Agung Khas itu hendaklah diedarkan oleh Setiausaha Agung kepada semua ahli-ahli sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh yang ditetapkan untuk bermesyuarat.

(8) Fasal 7(1) dan 7(2) di dalam undang-undang ini berkenaan korum dan penangguhan Mesyuarat Agung Tahunan boleh digunakan untuk Mesyuarat Agung Khas, tetapi dengan syarat jika korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan bagi Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli itu maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh itu. Mesyuarat Agung Khas atas permintaan ahli-ahli dengan tujuan yang sama tidaklah boleh diadakan.

(9) Setiausaha Agung hendaklah menghantar kepada tiap-tiap ahli satu salinan draf peringatan tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas dengan seberapa segera yang boleh setelah selesainya mesyuarat itu.


FASAL 8 MAJLIS SYURA/JAWATANKUASA

(1) Satu Jawatankuasa seperti berikut yang dinamakan Pegawai DARUL ANSAR hendaklah dipilih di dalam Mesyuarat Agung Tahunan:

Seorang Yang Dipertua
Seorang Timbalan Yang Dipertua
Seorang Setiausaha Agung
Seorang Penolong Setiausaha Agung
Seorang Bendahari Agung
8 orang Ahli Majlis Syura/Jawatankuasa biasa.

(2) Pemegang-pemegang jawatan DARUL ANSAR ini dan tiap-tiap pegawai yang menjalankan tugas eksekutif dalam DARUL ANSAR ini hendaklah terdiri dari Warganegara Malaysia.

(3) Nama-nama untuk jawatan-jawatan di atas hendaklah dicadangkan serta disokong dan pemilihan akan dijalankan dengan cara mengundi oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Tahunan. Semua pegawai boleh dilantik semula tiap-tiap tahun.

(4) Fungsi Majlis Syura ialah mengelola dan mengatur kerja-kerja harian DARUL ANSAR dan membuat keputusan atas perkara mengenai perjalanan DARUL ANSAR mengikut dasar am yang telah ditetapkan oleh mesyuarat agung. Majlis Syura seharusnya tidaklah boleh mengambil tindakan yang bertentangan dengan keputusan mesyuarat agung. Majlis Syura hendaklah mengemukakan laporan berkenaan kegiatannya dalam tahun itu kepada tiap-tiap Mesyuarat Agung Tahunan.

(5) Majlis Syura hendaklah bermesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam 3 bulan. Pengumuman bagi tiap-tiap mesyuarat hendaklah diberikan kepada ahli-ahli 7 hari terlebih dahulu. Musyriful Am berhak memanggil Yang Dipertua dengan bersendirian atau tidak kurang daripada 4 orang ahli Majlis Syura untuk mengadakan mesyuarat Majlis Syura pada bila-bila masa. Sekurang-kurangnya setengah (½) daripada ahli Majlis Syura hendaklah hadir bagi mengesahkan perjalanan dan mencukupkan korum mesyuarat.

(6) Jika timbul perkara mustahak yang berkehendakan kelulusan Majlis Syura dan mesyuarat Majlis Syura kelulusan dari ahli-ahli Majlis Syura secara pengedaran surat pekeliling. Syarat-syarat mengenainya seperti berikut mestilah disempurnakan sebelum keputusan Majlis Syura boleh dianggap sebagai diterima:

a. Masalah yang dibangkitkan itu hendaklah dibutirkan dengan terang di dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap ahli Majlis Syura.
b. Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli Majlis Syura mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap cadangan itu, dan
c. Keputusan hendaklah dibuat dengan undian yang terbanyak dan mesyuarat.

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh Setiausaha Agung kepada mesyuarat Majlis Syura berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan di dalam peringatan mesyuarat.

(7) Ahli Majlis Syura yang mungkir dan ingkar menghadiri mesyuarat Majlis Syura sebanyak 3 kali berturut-turut tanpa sebarang alasan yang memuaskan dan munasabah akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan di Majlis Syura.

(8) Jika seorang ahli Majlis Syura meninggal dunia atau meletakkan jawatan, calon yang kedua mendapat undian terbanyak di dalam pemilihan yang lalu hendaklah dipanggil untuk memenuhkan kekosongan itu. Jika calon yang sedemikian tidak ada atau menolak jawatan itu, maka berkuatkuasalah Majlis Syura melantik ahli yang lain dengan persetujuan Musyriful Am bagi memenuhkan kekosongan itu sehingga Mesyuarat Agung Tahunan diadakan.

(9) Majlis Syura boleh memberi arahan kepada Setiausaha Agung dan Pegawai-pegawai lain untuk menjalankan urusan DARUL ANSAR dan melantik pengurus dan kakitangan yang mana perlu difikirkan mustahak. Ia boleh menggantungkan atau melucutkan jawatan sebarang pengurus atau kakitangan kerana cuai di dalam pekerjaan, curang, pecah amanah, tidak cekap, ingkar menjalankan keputusan Majlis Syura, atau kerana sebab-sebab yang difikirkan boleh merosakkan kepentingan DARUL ANSAR.

(10) Majlis Syura boleh menubuhkan Jawatankuasa kecil jika difikirkan perlu dan mustahak serta memberikan kewajipan khas kepada sebarang ahli jawatankuasa.


FASAL 9 KEWAJIPAN DAN TUGAS PEGAWAI

(1) Yang Dipertua dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjadi pengerusi semua Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas kecuali mesyuarat Majlis Syura yang mesti dipengerusikan oleh Musyriful ‘Am dan mestilah digantikan dengan Yang Dipertua sekiranya Musyriful ‘Am tidak dapat mempengerusikan Mesyuarat Majlis Syura tersebut dan Yang Dipertua bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kesemua mesyuarat tersebut. Ia mempunyai undi pemutus dalam Mesyuarat Agung Tahunan dan Mesyuarat Agung Khas serta hendaklah ia menandatangani peringatan mesyuarat bila telah diputuskan. Ia hendaklah menandatangani semua cek DARUL ANSAR bersama-sama dengan Setiausaha Agung dan Bendahari Agung.

(2) Timbalan Yang Dipertua dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah membantu tugas-tugas Yang Dipertua dan memangku jawatan Yang Dipertua semasa ketiadaannya.

(3) Setiausaha Agung dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menjalankan kerja pentadbiran DARUL ANSAR mengikut undang-undang dan hendaklah ia menjalankan perintah mesyuarat agung dan Majlis Syura. Ia bertanggungjawab mengendalikan urusan surat-menyurat dan menyimpan buku daftar ahli yang mengandungi butir-butir seperti nama, alamat, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, pekerjaan, nama dan alamat majikan, dan sebagainya butiran ahli-ahli. Ia hendaklah hadir di dalam semua mesyuarat dan membuat catatan mesyuarat. Ia hendaklah menandatangani semua cek DARUL ANSAR bersama-sama dengan Yang Dipertua dan Bendahari Agung. Setiausaha Agung hendaklah dalam masa 60 hari dari tarikh Mesyuarat Agung Tahunan diadakan mengirimkan penyata DARUL ANSAR kepada Pendaftar Pertubuhan sebagaimana yang dikehendaki di bawah Seksyen 14 (1) Akta Pertubuhan, 1966.

(4) Penolong Setiausaha Agung dalam tempoh menyandang jawatannya, hendaklah menolong Setiausaha Agung menjalankan kerja-kerjanya dan memangku jawatan itu semasa ketiadaan Setiausaha Agung.

(5) Bendahari Agung dalam tempoh menyandang jawatannya, adalah bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan DARUL ANSAR. Ia hendaklah membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara dan bertanggungjawab di atas ketepatannya. Ia hendaklah menandatangani semua cek DARUL ANSAR bersama-sama Yang Dipertua dan Setiausaha Agung.

(6) Ahli Majlis Syura hendaklah membantu Majlis Syura dalam menjalankan tugas yang diarahkan kepadanya dengan nasihat atau perintah Musyriful Am.


FASAL 10 KEWANGAN

(1) Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berikut dalam undang-undang ini wang DARUL ANSAR ini boleh digunakan untuk perkara yang berfaedah bagi menjalankan tujuan-tujuan DARUL ANSAR, termasuklah belanja pentadbiran, bayaran gaji, biayaan dan perbelanjaan pegawai-pegawai dan kakitangan yang bergaji serta upah memeriksa kira-kira. Walau bagaimanapun, wang itu tidak boleh digunakan kepentingan peribadi dan membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah serta tujuan mungkar dan maksiat.

(2) Bendahari Agung dibenarkan menyimpan wang runcit tidak lebih daripada RM 500.00 (Lima Ratus Ringgit Malaysia Sahaja) pada sesuatu masa. Wang yang lebih dari jumlah itu mestilah dimasukkan ke dalam bank yang diluluskan oleh Majlis Syura. Kira-kira bank itu hendaklah di atas nama DARUL ANSAR.

(3) Segala cek atau kenyataan pengeluaran wang dari kira-kira DARUL ANSAR hendaklah ditandatangani bersama oleh Yang Dipertua, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung. Semasa ketiadaan Yang Dipertua, Setiausaha Agung atau Bendahari Agung maka bolehlah Majlis Syura melantik sesiapa di antara mereka sebagai pengganti untuk menandatangani cek atau kenyataan pengeluaran wang DARUL ANSAR.

(4) Perbelanjaan yang lebih daripada RM 1,ooo.00 (Satu Ribu Ringgit Malaysia Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan terlebih dahulu oleh Majlis Syura, dan perbelanjaan yang lebih daripada RM 1,000.00 (Satu Ribu Ringgit Malaysia Sahaja) bagi sesuatu masa tidak boleh dilakukan tanpa memdapat kebenaran mesyuarat agung atau mesyuarat agung khas terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang daripada RM 1,000.00 (Satu Ribu Ringgit Malaysia Sahaja) bagai sesuatu masa boleh diluluskan oleh Yang Dipertua bersama Setiausaha Agung dan Bendahari Agung dengan nasihat dan makluman kepada Musyriful Am.

(5) Penyata darihal wang yang diterima dan dibelanjakan serta kunci kira-kira bagi setahun hendaklah disediakan oleh Bendahari Agung dan diperiksa oleh Pemeriksa Kira-kira yang dilantik di bawah Fasal 11 undang-undang ini dengan seberapa segera tamatnya tahun kewangan. Penyata kira-kira yang telah diaudit itu hendaklah dikemukakan untuk diluluskan oleh Mesyuarat Agung Tahunan yang berikut dan salinannya hendaklah dibekalkan untuk makluman ahli di tempat urusan DARUL ANSAR.

(6) Tahun kewangan DARUL ANSAR ini bermula dari 1hb Januari dan berakhir 31hb Disember tiap-tiap tahun.


FASAL 11 PEMERIKSA KIRA-KIRA

(1) Dua orang yang bukannya Pegawai DARUL ANSAR boleh dilantik di dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebagai Pemeriksa Kira-kira. Mereka akan memegang jawatan ini selama satu tahun dan boleh dilantik semula.

(2) Pemeriksa kira-kira adalah dikehendaki memeriksa kira-kira DARUL ANSAR bagi setahun dan membuat laporan atau pengesahan untuk Mesyuarat Agung Tahunan. Mereka juga dikehendaki pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua mengaudit kira-kira atas nasihat Musyriful Am bagi mana-mana masa di dalam tempoh perkhidmatan mereka dan membuat laporan kepada Majlis Syura.


FASAL 12 PENGAMANAH

(1) Tiga orang Pengamanah yang mesti berumur lebih daripada 21 tahun hendaklah dilantik di dalam Mesyuarat Agung dan mereka akan berkhidmat selama yang dikehendaki oleh DARUL ANSAR. Semua harta tetap kepunyaan DARUL ANSAR akan diamanahkan kepada mereka dengan menandatangani suatu Surat Amanah (Deed of Trust).

(2) Pengamanah tidak boleh menjual, menarik balik atau menindahkan hakmilik harta kepunyaan DARUL ANSAR dengan tidak dapat kelulusan dan kuasa yang diberikan oleh mesyuarat agung DARUL ANSAR.

(3) Seseorang Pengamanah itu boleh dilucutkan daripada jawatannya oleh mesyuarat agung oleh sebab uzur kerana penyakit, tidak siuman, tidak berada di dalam negeri atau kerana sebab lain yang mengakibatkan ia tidak dapat menjalankan tugas atau pekerjaannya dengan memuaskan. Jika berlaku kematian, perletakkan jawatan atau pembuangan bagi seseorang Pengamanah maka kekosongan itu bolehlah dipenuhkan oleh Pengamanah yang baru dan yang dilantik dalam mesyuarat agung.


FASAL 13 TAFSIRAN UNDANG-UNDANG

(1) Di antara berlangsungnya mesyuarat agung, Majlis Syura boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang ini dan Majlis Syura jika perlu boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung di dalam undang-undang ini.

(2) Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah dibuat dalam mesyuarat agung, keputusan Majlis Syura terhadap ahli-ahli adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan mesyuarat agung.


FASAL 14 PENASIHAT/PENAUNG

Majlis Syura boleh, jika difikirkan perlu dan mustahak melantik orang-orang yang layak menjadi Penasihat/Penanung atau disebut sebagai Musyriful ‘Am bagi DARUL ANSAR ini dengan syarat orang yang dilantik itu menyatakan persetujuannya secara bertulis.


FASAL 15 LARANGAN

(1) Ahli-ahli DARUL ANSAR tidak dibenarkan melakukan segala perkara yang menyalahi undang-undang Negara dan negeri termasuklah kesalahan jenayah syariah seperti; berjudi, meminum arak, berzina dan sebagainya. Ahli yang melakukan kesalahan ini akan dikenakan tindakan tatatertib fasal 6 (2).

(2) DARUL ANSAR dan ahli-ahlinya tidak harus cuba menghalang atau dengan apa cara juga menggangu perniagaan atau harga barang-barang atau mengambil peranan di dalam gerakan kesatuan sekerja seperti definasi di dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959.

(3) DARUL ANSAR dan ahli-ahlinya tidak boleh sekali-kali menjalankan loteri sama ada dikhaskan kepada ahli-ahli atau tidak, atas nama DARUL ANSAR atau pegawai-pegawai atau Majlis Syura.

(4) Ahli-ahli tidak boleh sama sekali terlibat dalam kumpulan yang telah diwartakan sebagai ajaran sesat dan salah, mereka yang didapati terlibat dan didakwa di Mahkamah akan dikenakan tindakan tatatertib fasal 6 (2).

(5) “Faedah” seperti yang diterangkan di bawah Seksyen 12 Akta Pertubuhan 1966, tidaklah boleh diberikan oleh Persatuan kepada mana-mana ahlinya.


FASAL 16 PINDAAN UNDANG-UNDANG

(1) Undang-undang ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dibuat kepada Pendaftar Pertubuhan dalam masa 60 hari dari tarikh keputusan mesyuarat agung meluluskan perubahan atau pindaan itu dan hanya dikuatkuasakan mulai tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Perdaftar Pertubuhan.

FASAL 17 PEMILIHAN PERJAWATAN

(1) Setiap jawatan yang dipertandingkan hanya dilayak disandang oleh ahli DARUL ANSAR yang memiliki keahlian tetap sahaja.

(2) Manakala keahlian bersekutu hilang kelayakannya untuk bertanding mana-mana jawatan penting DARUL ANSAR.

(3) Akan tetapi keahlian tetap dan bersekutu layak mengundi untuk memilih mana-mana calon yang difikirkan layak untuk mengisi kekosongan jawatan tersebut.

(4) Setiap calon yang ingin bertanding jawatan yang hendak dipertandingkan hendaklah disokong oleh dua orang ahli DARUL ANSAR samada tetap atau bersekutu.

(5) Jawatan-jawatan penting boleh tidak dipertandingkan sekiranya perlu dan boleh dilantik terus dengan nasihat Musyriful ‘Am DARUL ANSAR.

FASAL 18 PEMBUBARAN

(1) DARUL ANSAR ini boleh dibubarkan secara sukarela dengan persetujuan tidak kurang daripada tiga perlima (3/5) daripada jumlah ahli yang hadir dalam suatu mesyuarat agung yang dipanggil khas kerananya.

(2) Sekiranya DARUL ANSAR hendak dibubarkan secara yang disebutkan di atas, maka segala hutang dan tanggungan DARUL ANSAR yang sah mengikut undang-undang hendaklah dijelaskan dan baki wang yang tinggal hendaklah diselesaikan mengikut cara yang dipersetujui dalam mesyuarat agung berkenaan.

(3) Kenyataan bersabit dengan pembubaran hendaklah disampaikan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam 14 hari dari tarikh pembubaran itu.





…………………………………
Yang Dipertua
Nama: Ustaz Haliman bin Haji Sidek
..........................................
Setiausaha Agung
Nama: Muhammad Nur Faizal Jamaludin.

Thursday, January 14, 2010

Assalamu'alaikum WBT..

Pada malam ini diadakan majlis ilmu pengajian kitab Tasawwuf al-Hikam Ibnu Athoillah As-Sakandari. Akan diajar oleh Sohibul Fadhilah Syeikh Muhammad Rajab Akmal al-Idrisi.

Tempat: Masjid Syuhada Bkt Terendak, Melaka.
Waktu: Selepas solat maghrib.
Hari: Jumaat malam sabtu.

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR