Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Sunday, December 27, 2009

RAHSIA SOLAT UNTUK MENGUBATI JIWA

Segala puji bagi Allah yeng telah melimpahkan kurnia-kurniaNya atas hamba-hambaNya dan memberi kemakmuran jiwa dengan sinar keislaman. Maha Suci Allah, sungguh Agung keadaanNya, sungguh kukuh kekuasaanNya, sempurna kasih sayangNya pada hamba-hambaNya dan sangat luas kebaikanNya. Salawat dan salam atas junjungan kita Muhammad s.a.w. NabiNya yang terpilih dan RasulNya yang terkarib. Begitu juga atas anggota keluarganya serta para sahabatnya, para tabien sebagai pelita-pelita hidayah dan penghapus kesesatan. Solat adalah tiang agama dan sebagai tali pengikat kenyakinan. Solat adalah kemuncak dari usaha mendekatkan diri kepada Allah. Solat adalah suatu bentuk ketaatan yang paling terkemuka di antara seluruh ketaatan kepada Allah.
Rasulullah telah bersabda, (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) iaitu: Sesungguhnya dalam tubuh (jasad) manusia ada seketul daging bila ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila ia jahat nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Dan itulah hati batin (kalbu). Sabda Rasulullah itu telah memberi panduan, sesungguhnya menyembah Allah (solat) hendaklah dengan hati batin atau kalbu; sesuai dengan perintah Allah “dirikanlah solat untuk mengingat Aku.” Jelaslah, solat mestilah dengan penyertaan hati batin. Tanpa hati bukanlah bermaksud menyembah Allah. Hati batin dalam tubuh (jasad) dapat kita ibarat Perdana Menteri dalam kerajaan. Sedangkan anggota tubuh dapat diumpamakan menteri-menteri kabinet kerajaan. Dalam ibarat ini, menteri-menteri adalah anggota kabinet yang bersikap pak turut. Apa yang diperintahkan Perdana Menteri semuanya dituruti, tidak mendapat bantahan dari menteri-menteri kabinet, walaupun melingkupkan rakyat. Begitulah dengan hati batin, kalau hati ajak berzina, anggota zahir termasuk kemaluan tentu ikut berzina. Dan macam-macam hal lain lagi perintah dari hati batin yang pasti anggota tubuh melaksanakan arahan (perintah) dari hati itu. Hati batin itulah yang kita kenal dengan nama Roh.
Roh itu berasal dari alam ghaib dan akan pulang ke alam ghaib. Roh itu sudah ada sebelum alam syahadah (alam kenyataan) wujud. Roh diletakkan di dunia kerana perlu menghadapi cubaan. Kedatangannya dari alam ciptaan Allah yang ruhaniah dan tidak musnah sampai bilapun. Hati batin atau roh yang menerima balasan dari Allah samada di dunia dan di akhirat. Dialah yang telah kenal Allah di alam aruah dan mengetahui segala sesuatu dengan ilmunya. Hati batin telahpun mempunyai sifat2 ma’ani sebelum tinggal dalam tubuh manusia. Roh (hati batin) yang telah ditumpangkan pada alam syahadah adalah dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah.
Dalam hal ini Allah telah berfirman dalam Al Quran: Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepada Aku.
Beribadat kepada Allah seperti terkandung dalam firman Allah itu, antara lain terdiri dari tugas utama iaitu solat. Berkaitan solat, bukanlah hanya sekadar gerak gerak zahir ketika solat, paling menentukan adalah gerak hati batin. Sebab itulah Allah memberi peringatan pada kita dalam Al Quran dengan firmanNya: Dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.
Tanpa peranan hati batin ketika solat tidak mungkin ibadat solat dapat mencapai tujuan solat iaitu sebagai langkah pertama untuk mengingat Allah. Gerak hati batin yang meletakkan dasar keikhlasan semasa menyembah Allah. Di dalam buku ini, kami memetik penjelasan imam al ghazali berkaitan rahsia dalam solat secara menyeluruh dan bersifat terbuka. Mengingat sangat pentingnya bahan pemikiran al ghazali untuk masyarakat Islam di negara ini, maka kami berusaha memberi penekanan secara khusus bahawa sebenarnya al Ghazali membicarakan pentingnya hati batin dalam solat. Mendirikan solat tanpa penyertaan hati batin, bererti suatu kesilapan ketika menyembah Allah. Kita hanya solat dengan jasad saja tanpa penyertaan hati batin. Roh (hati batin) yang akan menerima balasan di akhirat kelak.
Bab 1
Seluruh Alam Bersujud Pada Allah Ibadat solat adalah satu bentuk ibadat yang dilakukan oleh semua makhluk Allah dari alam kenyataan dan alam ghaib dengan caranya yang tersendiri Allah berfirman: Tidakkah engkau lihat bahawasanya Allah itu, sujud kepadaNya apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi, matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-ganang, pohon-pohon, binatang-binatang dan dari manusia, sedang ramai pula yang patut menerima azab atasnya, dan barang siapa dihina oleh Allah, maka tidak ada siapa yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Ia kehendaki. (S. Al Hajj: 1).
Allah mencipta malaikat dengan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Ada yang bertugas di bahagian langit, di muka bumi, di dalam bumi yang memelihara kesuburan, ada malaikat yang bertugas berhubung dengan para Nabi, menolong para mukmin, ada pula sebagai penghibur pada orang-orang yang patuh ajaran-ajaran Tuhan sewaktu hidup dan ada pula sebagai pendoa dan pencatit amalan manusia dan lain-lain tugas. Allah berfirman “Sesungguhnya orang-orang yang berkenyakinan dan tetap pada kenyakinannya, serta berkata: Tuhan kami ialah Allah: kemudian mereka tetap jujur, baik, nescaya Malaikat turun kepada mereka seraya berkata: Janganlah kamu takut, dan janganlah kamu berdukacita, bergembiralah dengan ganjaran syurga yang pernah dijanjikan kepadamu”. (S. Fussilat: 30)
Allah berfirman: “Sesungguhnya orang2 yang dicabut nyawanya dalam keadaan mereka aniaya terhadap diri mereka (maksudnya: tidak menjalankan kewajipannya sebgai seorang Muslim kerana tekanan masyarakat) mereka akan ditanya oleh malaikat: Bagaimana dengan keadaan kamu? Mereka menjawab: Adalah kami ini tertindas di bumi. Malaikat berkata: Bukankah bumi Allah itu luas, buat kamu berhijrah?” “Maka tempat kembali mereka Jahannam, tempat kembali yang sangat buruk: kecuali orang2 yang lemah dari jenis lelaki, wanita dan kanak2 yang tidak mampu, tidak berdaya, tak ada jalan terbuka bagi mereka”. (S. An Nisa: 97).
Di dalam al Quran telah diterangkan bahawa malaikat itu patuh, mereka menjalankan tugas yang meliputi kejadian dalam alam semesta sesuai dengan kehendak Allah. Mereka juga bertasbih tidak mengenal bosan dan letih pada waktu siang dan malam hari. Di antara alam kenyataan ituadalah matahari dari mula wujudnya telah memancarkan cahaya untuk kelangsungan kehidupan, berputar sambil menentukan musim2; sedang bulan pada malam gelap gelita menerangi seluruh alam dan mempengaruhi alam nabati, yang menyebabkan air pasang surut, menentukan perubahan tarikh dan tahun.
Begitu juga gunung-ganang adalah sebagai tonggak, menahan bumi dari kegoncangan. Tumbuh-tumbuhan dengan bunga dan buah yang segar juga menyembah Allah sambil melayan keperluan manusia. Haiwan ada yang berjalan dengan empat kaki sambil melihat ke bawah seakan2 rukuk, rela ditunggangi insan dan membawa barang2. Dari haiwan manusia mengambil manafaatnya iaitu susu, daging, kulit, bulu dan tulangnya. Semua binatang yang besar dan kecil, yang merayap dan bersayap semuanya bersujud pada Allah dengan caranya masing2. Allah berfirman: Dan kepada Allah lah bersujud apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, hingga yang merayap, dan (juga) para malaikat, sedang mereka tidak sombong. Mereka takut terhadap Tuhan mereka, yang berkuasa atas mereka, serta mereka kerjakan apa yang diperintahkan atas mereka. (S. An-Nahl: 49-50)
Allah yang mencipta langit dan bumi dan menurunkan hujan serta mengeluarkan hasil pertanian sebagai rezeki bagi keperluan manusia. Allah telah menjadikan siang dan malam bagi kepentingan manusia. “Dan Ia beri kepada kamu tiap2 apa yang kamu mohon dan jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tidak dapat menghitungnya. Sungguh manusia itu zalim, tidak berterima kasih. (S. Ibrahim: 32, 33 dan 34)
Jadi semua makhluk itu melakukan solat dengan tasbih dan tahmidnya yang tidak diketahui oleh manusia. Demikian Allah menerangkan dalam firmanNya: “Langit yang tujuh lapis dan bumi dan apa-apa yang ada padanya mensucikan. Dia, dan tidak ada sesuatu, melainkan berbakti dengan memuji Dia, tetapi kamu tidak mengerti cara mereka mensucikan, sesungguhnya adalah Ia Penyantun dan Pengampun”. (S. Bani Israil: 44)
FirmanNya lagi: “Tidaklah engkau mengetahui bahawasanya Allah itu, beribadat kepadaNya apa-apa yang di langit dan di bumi, dan burung-burung yang berbondong-bondong, masing-masing tahu (solatnya) pujaannya, dan Allah itu mengetahui apa-apa mereka kerjakan”. (S. An Nur: 41)
Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang telah melembutkan dan melemahkan makhluk-makhluk yan kecil dan besar untuk kepentingan manusia sendiri. Semua makhluk itu berbakti dan patuh menurut perintahNya dan kehendakNya. Apakah tidak lebih layak kalau manusia itu lebih bersyukur, lebih berbakti dan lebih taat? Sesungguhnya tugas manusia dalam alam semesta ini sangat mulia, manusia diangkat menjadi khalifah di atas muka bumi. Allah tidak mahu rezeki dari manusia, tidak perlu pertolongan manusia. Allah Maha Kaya dan Maha Jaya, manusia juga fakir dan lemah yang berhajat kepadaNya ketika hidup, mati dan setelah mati. Allah hanya mengehendaki kita bersyukur dan menyembahNya. Allah berfirman: "Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu (Allah). (S. Ad Zaryat: 56)
Allah telah menetapkan cara beribadat sesuai dengan unsur kejadian manusia yang terdiri dari hati batin (rohaniah) dan jasad (jasmaniah). Ibadat yang dilakukan kepada Allah ada secara lisan seperti bersyukur, bersyahadat, berzikir, berdoa, membaca selawat dan membaca Al Quran. Ada pula yang dikerjakan dengan badan sahaja seperti ibadat puasa. Di samping itu terdapat ibadat dilakukan dengan lisan dan dirasakan oleh hati batin, itulah ibadat solat.
Dalam ibadat solat, gerak jasmani, lidah (bacaan) yang diiringi dengan penuh kesedaran hati batin maka itulah solat yang sempurna. Tanpa penyertaan hati batin adalah suatu kesilapan ketika solat. Jadi solat yang sempurna disertai zahir dan batin. Jadi solat adalah suatu peluang bagi seorang makhluk merendahkan diri menyatakan kekurangan dan hajatnya, mencurahkan air matanya, memohon doa kepada Allah. Sabda Rasulullah: Seorang hamba mendirikan solat, tidak diterima setengah (1/2), sepertiga (1/3), seperlima (1/5), seperenam (1/6) atau sepersepuluh (1/10) dari solatnya, tetapi yang diterima adalah solat dengan kesedaran (sedar) dan pengertian.
Rasulullah juga memerintahkan kita supaya mencontohi solat baginda. Sabda Rasulullah: "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat." Oleh itu janganlah kita solat menyimpang dari ketentuan yang telah ditetapkan berhubung waktu solat, bentuk, sifat, cara solat dan bahasa solat. Setiap orang Islam tidak boleh meninggalkan solat walaupun dalam keadaan suka, duka, perang, damai. sihat dan sakit. Apapun keadaan, hendaklah solat dengan kemampuan yang ada pada waktu itu. Boleh solat dengan duduk, berbaring, tanpa pakaian, tanpa thaharah (penyucian) dan tanpa menghadap kiblat.
Allah berfirman: Jika kamu dalam keadaan takut, solatlah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila telah aman, maka ingatlah Tuhan (dengan solat) sebagaimana Allah telah mengajarkan kamu. (S. Al Baqarah: 238-239)
Begitulah keringanan yang diberikan Allah kepada para hamba2Nya dalam ibadat solat. Sekiranya tidak solat pada waktunya, terdapat sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mengadha solat yang tertinggal itu. Rasulullah telah memberi contoh (kepada manusia muslim) tentang kesungguhannya mendirikan solatnya dan istighfarnya.
Pernah Sayyidatuna Aisyah isterinya yang amat cinta padanya berkata; “Wahai Rasulullah! Allah swt telah menganugerahkan kamu setinggi2 anugerah dan mengampunkan semua dosa2mu, maka kasihanilah badanmu, jagalah kesihatanmu.” Aisyah berkata begitu setelah melihat suaminya bertambah tekun solat terutama pada waktu malam dengan sedih dan ratapan ketika sujudnya. Rasulullah menjawab: “Wahai Aisyah, apakah bukan selayaknya bagiku jadi seorang budiman yang kenal berterima kasih kepada Tuhannya?”

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR