Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Sunday, December 27, 2009

KELEBIHAN HARI ASYURA

Assalamualaikum WBT....

Buat ikhwan Darul Ansar. 10 Muharram sudah 1 hari meninggalkan kita.Banyak fadhilat dan juga kelebihannya di dalam kehidupan kita sebagai umat islam. Cuma diri kita sajalah yang mampu untuk melakukannya ataupun tidak. Umat akhir zaman yang banyak mengejar Duniawi dari Ukhrawi. Bulan Muharram adalah di antara bulan-bulan yang terdapat di dalam kalendar Hijrah. Setiap bulan dalam Islam mempunyai kelebihan-kelebihan bulan Islam, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) di dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menzalimi diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)..." ( Surah At-Taubah :36)Empat bulan yang dihormati "arba'ty haram" yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah bulan Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Oleh itu, bulan Muharam ini adalah bulan untuk kita berlumba-lumba meraih kebajikan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya menenam azam, memperbaharui tekad, dan menambahkan bekalan sebagi persediaan mereka untuk meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang abadi untuk bertemu Allah SWT. Allah SWT berfirman, maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia juga yang menyemptkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki." (Surah Saba':39)
Dalam bulan yang mulia ini terdapat satu hari yang amat bersejarah dalam kamus Islam, iaiatu Hari 'Asyura'. Oleh kerana itu, Rasulullah S.A.W menganjurkan umatnya supaya berpuasa, bersedekah dan melakukan pelbagai jenis kebajikan pada hari ini, sbagaimana yang tersebut dalam hadith baginda S.A.W yang bermaksud: "Sekiranya aku masih hidup sehingga tahun hadapan nescaya aku akan puasa pada hari kesembilan (Tasu'a') dan hari kesepuluh (Asyura'). (Hadith Riwayat Muslim). Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda SAW, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". - (Sahih Muslim)
Dari Sayyidatuna Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim)
Dari Sayyiduna Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa AS berpuasa kerananya". Sabda Nabi SAW, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)
Rasulullah S.A.W juga bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - (Riwayat Al Baihaqi)
Pada hari ini juga Allah SWT telah membentangkan segala nikmat dan kelebihan kepada rasul-rasul-Nya Antara peristiwa yang berlaku pada hari ini ialah:
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :
ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
Diciptakan lautan pada 10 Muharram
Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
Selain daripada peristiwa-peristiwa yang telah disebutkan di atas, terdapat banyak lagi peristiwa-peristiwa dan kelebihan-kelebihan yang ada pada 'Asyura' ini dalam sejarah Islam. Para pembaca boleh merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar seperti Tanbih al-Ghafilin karangan Abi al-Laith Nasr bin Muhammad bin Ahmad ibn Ibrahim as-Samarqandi, Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan banyak lagi.Di sana terdapat banyak hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W yang menyebut tentang kelebihan-kelebihan hari 'Asyura'.Di antaranya;Daripada Hafsah R.A berkata: "Empat jenis ibadat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi S.A.W: Puasa Hari 'Asyura', sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah, tiga hari pada setiap bulan dan sembahyang dua rakaat sebelum fajar." (Hadith Riwayat an-Nasai.)Daripada Ibn 'Abbas R.A. berkata: "Aku tidak pernah melihat Nabi Muhammad S.A.W mengutamakan puasa pada satu hari melebihi hari-hari lain melainkan hari ini iaitu Hari 'Asyura', dan bulan ini yakni bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari Dan Muslim)Berkata para ulama' salaf, 14 malam yang afdhal dihidupkan:
- Malam Awal Muharram
- Malam 10 Muharram
- Malam Awal Rejab
- Malam 15 Rejab
- Malam 27 Rejab
- Malam 15 Sya'ban
- Malam Arafah
- Malam dua hari raya (Malam 1 Syawal dan Malam 10 Zulhijjah)
- Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)
Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:a) Qiamullail - Solat Tahajjud - Solat Hajat - Solat Sunat Taubat
b) Membaca Al-Quran c) Zikir Dengan kedatangan hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada untuk menambahkan lagi amal kebajikan yang telah kita lakukan selama ini.Dan janganlah kita mensia-siakan peluang yang terbentang di haadapan mata kita demi untuk kebahagian dan kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat. Wallahu A'lam.

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR