Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Sunday, December 27, 2009

FIQH SEMASA



Soalan:
Assalamualaikum, boleh tak beritahu bagaimanakah cara melawaskan agar tak keluar sebagaimana yang diajarkan oleh sunnah selepas buang air kecil?
Jawapan:
Ada beberapa cara yang dicadangkan untuk melawaskan pembuangan air kecil, untuk memastika selepas itu tidak ada lagi baki yang keluar, antaranya degan cara berdehem, atau mengurut zakar dengan cara meletakkan jari tengah (hantu) tangan kiri di bawah zakar dan jari ibu di atas zakar dan mengurutnya keluar, atau anda boleh juga menggerak-gerakkan kaki (seperti orang berjalan), atau lakukanlah apa-apa tindakan yang dirasakan wajar bagi membantu air kencing keluar keseluruhannya. Inilah beberapa cadangan yang dilontarkan oleh beberapa fuqaha’. Atau jika ia menjadi satu masaalah pada anda, ada baiknya anda berjumpa dengan doktor.
Bagi orang yang menghadapi masaalah kencing tidak lawas hendak solat, di dalam fatwa Lujnah al-Daimah ditanya tentang air kencing yang tidak lawas (Salisul Baul). Dan jawapan dari pihak jawatankuasa fatwa tersebut ialah seperti berikut:
“Jika seseorang mengetahui yang air kencing tidak lawasnya itu akan berhenti, maka tidak boleh dia menunaikan solat sedangkan air kencingnya keluar (sebab tidak lawas) kerana hendakkan kelebihan solat jamaah. Sebaliknya dia perlu menunggu sehingga air kencing tidak lawasnya keluar dan berhenti, kemudian dia beristinja, kemudian berwudhu dan menunaikan solat sekalipun dia terlepas solat jamaah. Dia juga perlulah bersegera beristinja’ dan berwudhu sebaik masuk sahaja waktu bagi memungkinkan dia solat secara berjamaah.” (Fatwa Lujnah al-Daimah 5/408)
Jawapan Al-Syeikh Ibn Jibrin pula bagi orang yang tidak lawas kencingnya adalah seperti berikut:
Pertama: Hendaklah anda berjaga-jaga dengan taharah anda, (dengan cara) anda berwudhu (awal) sebelum masuknya waktu solat setengah jam atau seumpamanya selepas anda kencing dan selepas habisnya kesan-kesan air kencing daripada anda, dengan harapan air kencing anda berhenti sebelum masuknya waktu solat.
Kedua: Selepas setiap kali kencing, anda membasuh kemaluan anda dengan air yang sejuk yang boleh menghentikan air kencing (yang tidak lawas). Jika (air kencing tidak lawas ini) hanya was-was atau sangkaan, maka hendaklah anda merenjiskan air ke seluar anda (yang menyentuh kemaluan), sehingga syaitan tidak dapat menimbulkan keraguan kepada anda apabila anda mendapati seluar anda basah dan anda menyangka ianya air kencing, sebaliknya ia adalah air yang anda renjiskan tadi. (Fatawa Islamiah 1/196)
Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin ditanya tentang persoalan ini:
“Apabila saya selesai berwudhu, lalu saya menuju ke tempat solat, saya terasa keluarnya titisan air kencing dari zakar saya, maka apa yang perlu saya buat?”
Jawapan: “Yang sepatutnya hendaklah dia berpaling dari sangkaan ini, seperti yang diarahkan oleh para imam (ulama) umat Islam, dan jangan dia terpengaruh dengan sangkaannya itu, tidak perlu dia pergi (ke tandas) untuk melihat zakarnya, adakah betul-betul keluar ataupun tidak. Perkara ini insyaalllah jika memohon pertolongan dengan Allah daripada (was-was) syaitan yang direjam dan dia tinggalkan (sangkaannya), ia akan hilang. Adapun jika yakin (benar-benar air kencing keluar), seperti (jelasnya) matahari (benar-benar yakin), maka hendaklah dia membasuk bahagian yang terkena air kencing itu dan mengulangi wudhunya. Ini kerana sebahagian orang apabila dia merasa basah dihujung zakarnya, dia menyangka telah keluar sesuatu (sedikit dari air kencingnya), jika pasti (keluar air kencing, lakukanlah) seperti yang aku nyatakan kepada kamu, (masaalah) yang ditanya ini bukanlah salisul baul (penyakit air kencing tidak lawas), kerana ia akan berhenti, (sebaliknya) Salisul baul itu ia berterusan keluar, adapun yang ditanya ini ia keluar setitis atau dua titis selepas ada gerakan, ini bukan salisul baul. Maka jika keluar dua titik kemudian berhenti, ia hendaklah dibersihkan dan berwudhu kali kedua, beginilah yang dia (orang yang yakin benar-benar keluar titisan air kencing) lakukan, hendaklah dia bersabar dan mengharapkan pahala daripada Allah.” (Liqa’ al-Bab al-Maftuh 15/184).

Wallahu a’lam.
Nasab Anak Zina

Soalan:
Assalammualaikum, kawan saya dan suaminya telah meninggal dunia. mereka mempunyai seorang anak angkat lelaki. saya dan suami bercadang utk menjadi penjaga kepada anak angkat kawan saya yg meninggal itu. soalan saya: nama anak itu tidak ada bin (zamri hussin) zamri nama anak, hussin nama suami kawan saya. apakah nama yg macam ini bermaksud menasabkan kpd ayah angkatnya walaupun tidak ada bin? ibu sebenar anak ini melahirkannya tanpa pernikahan yg sah dan ibunya ini masih hidup. Adakah anak ini dianggap anak yatim? sekiranya ibunya ini sudah mempunyai keluarga dan anak2 yg lain, apakah hubungannya dgn anak2 ibunya itu, adakah mereka dianggap mahram?
Jawapan:
Saya akan menyebut beberapa pandangan ulama dalam permasaalahan ini: Jumhur (kebanyakan ulama) tidak membenarkan menasabkan anak zina kepada lelaki yang berzina dengan ibunya, kerana perzinaan tidak menthabitkan nasab. manakala Ishak bin Rahuwiah, 'Urwah, Sulaiman bin Yasar dan Abu Hanifah mengharuskannya. Salah satu fatwa di dalam laman islamweb yang memilih pendapat jumhur yang melarang, menyebut anak zina itu dinasabkan kepada ibunya dan kepada keluarga ibunya. Kalau ada keuzuran untuk menasabkan kepada ibunya, maka dipilih untuk anak zina itu nama yang munasabah dengan keadaannya seperti Abdullah bin Abdul Rahman atau Muhammad bin Abdul Rahman. Jika anak itu perempuan dinamakan kepada dia nama yang munasabah seperti ..... Binti Abdillah atau ... binti Abdil Karim atau yang seumpamanya.

Namun Dr. Solah al-Sowi di dalam laman islam-online mendakwa Jumhur fuqaha (Ulama Fiqh) berpendapat air (mani) daripada zina itu adalah sia-sia, ia tidak menthabitkan nasab. Pandangan yang dipilih oleh para pentahkik dari kalangan Ahli Ilmu (ulama), bahawasanya anak zina disandarkan nasabnya kepada yang berzina dengan ibunya jika tidak ada seseorang (lain) yang mempertikaikannya (yang mendakwa anak itu anaknya). Inilah pandangan yang dipilih oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan pandangan ini ditarjihkan oleh anak muridnya Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Pandangan ini juga yang dipilih oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
(sumber:http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1170620734972)
Syeikh al-Qaradhawi (tokoh ma'al hijrah peringkat kebangsaan tahun ini 1431 hijriyah) di dalam islam-online berkata: "Terdapat pandangan dari beberapa ulama salaf: 'Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishak bin Rahuwiah dan selain mereka yang mengharuskan menyandarkan anak zina jika bukan dari perkahwinan yang sah, atau ibunya belum berkahwin, atau ibunya itu telah bercerai atau janda, lalu seorang mendakwa anak (yang dilahirkan wanita) itu adalah anaknya, Maka harus disandarkan anak zina itu (kepadanya). Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan anak muridnya Ibn al-Qayyim mentarjih pendapat ini.
Hubungan Dengan Adik Beradiknya
Anak itu dihukum sebagai mahram kepada adik-beradiknya, setidak-tidaknya disebabkan mereka seibu.
wallahu a'lam.
soalan:
salam...betulkah haram pakai seluar melebihi buku lali? saya terdengar ini dari hadis abu daud, katanya lagi akan ditempatkan dineraka, betulkah? sahih ke hadis ni? setahu saya dilarang masa dalam solat sahajakan? lagi satu solat berjemaah fardhu ain ke fardhu kifayah?
Jawapan:
Melabuhkan pakaian melebihi buku lali dinamakan sebagai Isbal (الإسبال)। Para ulama berbeza pendapat tentang hukum Isbal ini। Sebahagian ulama mengharamkan Isbal jika disertai dengan rasa takabbur। Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam sahihnya:

‏مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ ‏ ‏خُيَلَاءَ ‏ ‏لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ ‏ ‏أَبُو بَكْرٍ ‏ ‏يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَحَدَ شِقَّيْ إِزَارِي يَسْتَرْخِي إِلَّا أَنْ أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ فَقَالَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏لَسْتَ مِمَّنْ يَصْنَعُهُ ‏ ‏خُيَلَاءَ
Maksudnya: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana takabbur, Allah tidak melihatnya pada hari kiamat (nanti)। lalu Abu Bakr berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah satu dari dua belahan kainku melabuh melainkan jika aku menjaganya dari melabuh. Sabda Nabi saw "Kamu bukan termasuk orang yang melakukannya (isbal) kerana takabbur." Hadith ini menjadi dalil atas pengharaman isbal bagi yang melakukannya kerana takabbur dan ia termasuk di dalam dosa besar. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud (jika hadith ini yang anda maksudkan) daripada Abu Hurairah:

أن الرسول رأى رجلاً يصلي مسبلاً إزاره فأمره أن ينصرف ويتوضأ ، وقال إن الله لا يقبل صلاة رجل مسبل
Maksudnya: "Bahawasanya Rasulullah saw melihat seorang lelaki sedang solat dalam keadaan kainnya diisbalkan, lalu baginda saw menyuruh orang itu berpaling dan pergi berwudhu, sambil bersabda: Sesungguhnya Allah tidak menerima solat seorang lelaku yang melakukan Isbal." Hadith ini disahihkan oleh al-Nawawi di dalam al-Majmu'. Akan tetapi al-Syeikh Salman al'Audah berkata sanad hadith ini lemah, padanya ada Abu Ja'far dan dia seorang yang majhul. Di samping itu matan hadith ini juga mungkar dan menyalahi kaedah-kaedah syara'.
Hukum Solat Jamaah:
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat jamaah. Sebahagian mengatakan fardhu ain, ini adalah pendapat Iman Ahmad bin Hambal, 'Ato, al-Auzaie, Abu Thur, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan mazhab al-Zohiriy. Pendapat yang kedua mengatakan sunat Muakkadah. Ini adalah pendapat mazhab Malik, Abu Hanifah dan ramai dari kalangan ulama mazhab al-Syafie.
Pendapat yang ketiga mengatakan hukumnya Fardhu Kifayah. Ini adalah salah satu pendapat al-Imam al-Syafie dan kebanyakan ulama al-Mutaqaddimin dari kalangan sahabat Imam Malik dan Abu Hanifah.
Kesemua para ulama yang berbeza pendapat mendatangkan dalil-dalil mereka. Bagi yang mengatakan hukum solat jamaah itu sunad muakkadah berdasarkan hadith-hadith Nabi saw yang menunjukkan bagi solat jamaah itu adanya kelebihan yang lebih berbanding solat bersendirian. Apabila solat berjemaah itu ada kelebihan dari solat bersendirian, ini menunjukkan solat bersendirian itu ada pahala dan sah, cumanya dari sudut kelebihannya sahaja yang kurang.
Bagi yang berpendapat Fardhu kifayah dalil mereka berdasarkan wujudkan hadith-hadith yang memberi penekanan kepada kelebihannya dan memberi peringatan kepada yang meninggalkannya. wallahu a'lam.

Sesungguhnya persoalan memelihara lidah adalah satu persoalan besar yang sering diabaikan oleh kebanyakan orang. Ramai yang boleh memelihara diri dari terjebak ke lembah arak dan zina umpamanya. Namun amat kurang yang berjaya memelihara lidah dengan baik. Ramai yang berasa gerun untuk melakukan dosa dan maksiat yang lain, namun amat kurang orang yang berasa gerun apabila dia tidak memelihara lidahnya.Sedarkah kita, lidah yang tidak dipelihara dengan baik boleh menjadi sebab kita dimurkai oleh Allah swt, dan dengan lidah itu juga kita boleh memperoleh redha daripadaNya. Oleh yang demikian, memelihara lidah mesti dijadikan antara perkara utama yang perlu diberi perhatian. Entah betapa banyak perkelahian, pertelingkahan dan suasana yang porak peranda di dalam masyarakat berpunca daripada lidah yang tidak dipelihara. Kerana itu di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam kitabnya al-Muwatto’ Nabi saw bersabda:

إن الرجل ليتكلم بالكلمة من رضوان الله تعالى، ما يظن أن تبلغ ما بلغت يكتب الله عز وجل له من رضوانه إلى يوم يلقاه، وإن الرجل ليتكلم بالكلمة من سخط الله تعالى ما يظن أن تبلغ ما بلغت، يكتب الله تعالى عليه بها سخطه إلى يوم يلقاه
Maksudnya: “Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Alah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.”[1]
Demikian betapa pentingnya memelihara lidah. Namun begitu ramai di kalangan kita yang mengabaikannya. Ramai di kalangan kita yang tidak jemu mengingatkan anak-anaknya dengan keburukan mencuri dan seumpamanya, perasankah kita, bahawasanya kita masih di peringkat tidak bersungguh mengingatkan anak-anak kita untuk memelihara lidah. Barangkali hakikat ini boleh dijadikan petanda aras yang kita masih belum cukup bagus memelihara lidah kita sendiri, kerana bagaimana mungkin seekor itik boleh mengajar anaknya berjalan betul? Kita memohon kepada Allah swt untuk menjadikan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang menjaga lidah mereka.Berjanji Tetapi Tidak Melaksanakannya.
Salah satu musibah yang sering menimpa lidah kebanyakan orang apabila dia mengatakan sesuatu sedang dia tidak melaksanakannya. Perkara ini sering berlaku terutamanya di dalam kempen-kempen pilihanraya. Tambahan pula pada tempoh yang lau, iaitu selepas berlansungnya hari penamaan calon pada 24 febuari yang lalu, semua parti dan calon yang bertanding akan berkempen untuk memperoleh sokongan ramai. Terkadang di dalam kempen pilihanraya, ramai yang sengaja menabur janji itu dan ini sedangkan dia tidak melaksanakannya। Apatah lagi sememangnya dia tahu yang dia tidak dapat melaksanakannya tetapi ditaburkan juga janji untuk mengaburi mata orang ramai. Di dalam al-Quran Allah swt berfirman:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya ” (al-Saff : 2-3)
Al-Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini berkata: “(Ayat ini berupa) pengingkaran terhadap sesiapa yang melakukan sesuatu janji atau mengucapkan sesuatu tetapi tidak menunaikannya.”[2] Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim pula Nabi saw bersabda:

آيَة الْمُنَافِق ثَلَاث إِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا اُؤْتُمِنَ خَانَ
Maksudnya: “Tanda orang munafik itu ada tiga, apabila dia berjanji dia tidak melaksanakannya, apabila dia berkata dia berbohong, apabila dia diberi amanah dia khianat.”Bahaya al-Ghibah Dan al-NamimahAl-Ghibah (الغيبة) ialah: menyebut tentang seseorang apa yang tidak disukainya. Manakala al-Naminah (النميمة) pula ialah: memindahkan percakapan sebahagian orang tentang sebahagian orang yang lain dalam bentuk memberi keburukan. Hukum kedua-dua jenayah lidah ini adalah haram dengan kesepakatan semua para ulama disebabkan banyak dan jelasnya dalil-dalil dari al-Quran dan al-Hadith yang mengharamkannya, antaranya: Allah SWT berfirman:

وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ
Maksudnya: “Dan jangan sebahagian kamu mengata sebahagian yang lain, sukakah salah seorang daripada kamu, memakan daging saudaranya yang sudah mati?, maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang।” (al-Hujuraat: 12)
Demikian buruknya perbuatan mengata dan mengumpat sehingga Allah SWT mengumpamakannya dengan memakan daging saudara kita sendiri yang telah mati. Di dalam firmanNya yang lain, Allah SWT menempelak pengumpat dan pencela dengan kecelakaan:

وَيْلٌ لِكُلّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
Maksudnya: “Dan kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela.” (al-Humazah:1)Dari Abu Hurairah RA. Nabi SAW bersabda:

"أتَدْرُونَ ما الغِيْبَةُ؟" قالوا: اللَّهُ ورسولُه أعلمُ، قال: "ذِكْرُكَ أخاكَ بِمَا يَكْرَهُ" قيل: أفرأيتَ إنْ كانَ في أخي ما أقولُ؟ قال: "إنْ كانَ فِيهِ ما تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ، وَإنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ ما تَقُولُ فَقَدْ بَهَتَّهُ"
Maksudnya: “Apakah kamu semua ketahui apa itu al-Ghibah?”: Para sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Baginda SAW bersabda: “Kamu menyebut tentang saudara kamu apa yang dia tidak sukai.” Lalu ditanya kepada Nabi saw: “Bagaimana kalau apa yang disebut itu ada padanya?” Jawab baginda: “Kalau apa yang kamu sebut itu ada padanya, maka itulah kamu telah melakukan ghibah kepadanya, jika apa yang kamu sebut itu tidak ada padanya, maka kamu telah mendustainya.”[3]
Menjelang pilihanraya ke-13 yang akan datang ini ini, umat Islam perlu lebih memerhatikan lidah mereka, supaya mereka tidak terjebak dalam melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan di dalam agama seperti membuat janji kosong, mengata dan mengaibkan orang, mengadu domba, dan seumpamanya। Mudah-mudahan kita memperoleh rahmat dari Ilahi, Insya Allah.

-----------------------------------
[1] HR Malik di dalam al-Muwatta’ dan al-Tirmizi, katanya pula hadith ini Hadith Hasan
[2] Tafsir al-Quran al-‘Azim
[3] Al-Tirmizi berkata hadith ini Hasan Sahih
Soalan:
Apakah hukum menjawab Azan, Sunat ataupun wajib, bukankah ada arahan dari Nabi saw yang menyuruh kita menjawab azan?
Jawapan:
Hukum menjawab azan adalah SUNAT, BUKAN wajib. Menjawab azan ini disuruh oleh Nabi saw berdasarkan beberapa hadith yang diriwayatkan dari baginda, antaranya adalah berdasarkan hadith daripada Abi Said al-Khudriy, bahawasanya Rasulullah saw bersabda :(Maksudnya): "Apabila kamu semua mendengar seruan azan, maka jawablah seperti yang dilaungkan oleh muazzin itu." (Hadith riwayat al-Bukhari)Hukum harus menjawab azan pula diambil antaranya dari perbuatan Sahabat Nabi saw, sayyidina 'Umar r.a. Ini berdasarkan athar(*) daripada Tha'labah bin Abi Malik katanya:

كانوا يتحدَّثون يومَ الجُمُعة وعُمَرُ جالسٌ على المِنبَر، فإذا سَكَت المؤذِّنُ؛ قامَ عُمَرُ؛ فَلَمْ يتكلَّمْ أحدٌ
(maksudnya): "Adalah mereka (para tabi'ien) berkata-kata pada hari Jumaat, sedang 'Umar (al-Khattab) sedang duduk di atas mimbar (dan muazzin sedang melaungkan azan), apabila muazzin (tukang azan) berhenti (daripada azan), lalu 'Umarpun berdiri (untuk berkhutbah), lalu (apabila 'Umar berdiri untuk berkhutbah) seorangpun tidak berkata-kata lagi." (Athar ini dinilai sahih oleh al-Nawawi di dalam al-Majmu', demikian juga al-Albani di dalam Tamam al-Minnah)al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (seorang ulama hadith mutaakkhir) di dalam kitabnya Tamam al-Minnah berkata:

فائدة: في هذا الأثر دليلٌ على عَدَمِ وُجوب إجابةِ المؤذِّن؛ لجَرَيان العَمَل في عَهْدِ عُمَرَ علَى التَّحدُّث في أثناء الأذان، وسُكُوت عُمَرَ عليه.
وكثيرًا ما سُئِلْتُ عَنِ الدَّليل الصَّارِف للأمْرِ بإجابة المؤذِّن عَنِ الوُجُوبِ؛ فأجبتُ بهذا, والله أعلم
(maksudnya) : "Athar ini menjadi dalil atas TIDAK WAJIBnya menjawab azan, kerana berlakunya perbualan ketika azan di zaman 'Umar, dan 'Umar diam (tidak menegur) perbuatan tersebut, dan banyak aku (al-Albani) ditanya tentang dalil yang mengubah arahan menjawab azan itu kepada bukan wajib, maka aku (al-Albani) menjawab soalan-soalan itu dengan athar ini, wallahu a'lam." (Sila lihat Tamam al-Minnah (340), Dar al-Rayah, Riyadh)
Hukum menjawab azan yang sunat ini menunjukkan tidak benarnya dakwaan yang menjanjikan azab yang pedih atau tidak dapat mengucapkan syahadah ketika hampir mati jika tidak menjawab azan. Salah satu tanda sesuatu dakwaan itu palsu dan tidak benar apabila ia menjanjikan azab yang pedih atau akibat yang amat buruk terhadap kesalahan kecil yang dilakukan. Bahkan dalam bab tidak menjawab azan ini bukanlah satu kesalahan, kerana meninggalkan perkara yag sunat bukanlah suatu dosa.wallahu a'lam.





No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR