IKLAN DARUL ANSAR

IKLAN DARUL ANSAR

IJAZAH PENGAJIAN TALAQQI AL-QURAN

IJAZAH PENGAJIAN TALAQQI AL-QURAN

TAMRIN RUHIYAH DARUL ANSAR 2014

TAMRIN RUHIYAH DARUL ANSAR 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2013

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2013

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Tuesday, December 22, 2009

BIODATA TUAN GURU SYEIKH HJ MUHAMMAD RAJAB AKMAL AL-IDRISI AL-AHMADI

Sohibul Fadhilah Tuan Guru al-Ustaz as-Syeikh Haji Muhammad Rajab Akmal bin al-‘Allamah al-Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Maidin bin Haji Che Mat bin Haji ‘Ain bin Haji Awwal al-Idrisi al-Ahmadi, dilahirkan pada 26 April 1984 bersamaan 26 Rejab 1404 Hijriyah pada hari Khamis di Hospital Lundu Sarawak dan dibesarkan di Melaka. Anak kelahiran Sarawak ini mendapat pendidikan awal daripada kedua orang tuanya iaitu ayahandanya al-Fadhil al-‘Allamah al-Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Maidin dan ibundanya al-Fadhilah Ustazah Hajjah Zaleha binti al-‘Allamah al-Imam Haji Mohd Nor al-Ahmadi.

Juga mendapat pendidikan sekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam secara formal dan mendapat didikan agama di Madarah Pasir Gembur, Tg. Bidara, di sanalah al-Fadhil mendapat pengajian al-Quran daripada seorang guru al-Quran iaitu Haji Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Mamat’, di Masjid al-Jawahir Pengkalan Balak dengan datuk saudaranya iaitu Haji Uthman bin Haji Md. Ali, Sekolah Rendah Agama Kampung Londang, Masjid Tanah, Sekolah Rendah Agama Pengkalan Balak, Sekolah Randah Agama Kampung Gelam dan mendapat pendidikan menengah di Madrasah An-Nuriah Ad-Diniah Sungai Udang Melaka yang lebih dikenali sebagai Pondok Muallim Tuan Guru Haji Abdul Wahid. Kemudian al-Fadhil menyambung pengajian di Kuliyyah Ad-Dirasat Al-Islamiyyah Wad-Dakwah (APiD) Seri Manjung Perak dan Al-Majma' Al-Ilmi Al-Ali Lid-Dirasat Al-Islamiyah Wal Arabiyah (MINDA) Kedah Darul Aman kemudian melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar Mesir di dalam Fakulti Syariah Wal Qanun pengkhususan Syariah Islamiah dan bertalaqqi dengan Mursyid Tariqah al-Muhammadiyyah al-Idrisiyyah al-Ahmadiyyah as-Syaziliyyah dan juga Imam Jami’ al-Idrisi iaitu Sayyid Muhammad bin Idris al-Idrisi al-Hasani.

Sebenarnya al-Fadhil berasal dari keluarga yang ramai mejadi alim ulama iaitu ayahanda al-Fadhil sendiri al-Allamah al-Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Maidin, datuknya sebelah ibunya al-Marhum al-‘Arif al-‘Allamah Tuan Guru Haji Mohd Nor al-Ahmadi, ulama tasawwuf dan guru Tariqat Ahmadiyah dan moyang saudara di sebelah ayahandanya al-Marhum Tuan Guru al-Imam Haji Jauhar bin Md. Sin yang masyhur dengan pangilan ‘Tok Keling’, dan maqamnya di Masjid Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka.

al-Fadhil telah berguru dengan ramai ulama yang muktabar dari Malaysia, Mesir, Sudan, Syiria, Makkah Al-Mukarramah, Indonesia dan sebagainya antaranya:

1. Al-Fadhil al-‘Allamah Tuan Guru Haji Abdul Halim bin Haji Maidin.
Beliau merupakan ayahanda al-Fadhil, beliau dilahirkan di Singapura, kemudian dibesarkan di Telok Kemang dan Pengkalan Balak. Beliau mendapat pendidikan daripada Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak dan Sekolah Rendah Agama Pengkalan Balak, kemudian meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Agama Sultan Muhammad Batu Berendam kemudian ke Kolej Islam Klang, kemudian ke Maktab Pengajian Islam Bangi Selangor dan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, beliau juga mendapat pengajian daripada tokoh-tokoh ulama tertentu diantaranya datuk saudaranya Tuan Guru Haji Jauhar Md Sin, ayahanda mertuanya Haji Mohd Nor Ismail Londang dan lain-lainnya. Nama ‘Abdul Halim’ yang diberikan kepadanya merupakan nama yang diberi khusus oleh seorang ulama tariqat Qadiriyah Singapura yang juga Qadhi di Singapura iaitu Dato' Sheikh Abdul Qadir bin Hasan (beliau juga merupakan Mufti Sarawak selepas itu) kerana ayahandanya Haji Maidin bin Haji Che Mat merupakan pengikut ulama tersebut.

2. Puan Hajah Zaleha binti Haji Mohd Nor.
Beliau ialah ibunda al-Fadhil yang mengasuh al-Fadhil dengan ilmu-ilmu agama dan al-Quran yang dipelajarinya daripada kedua orang tuanya iaitu Haji Mohd Nor bin Haji Ismail al-Ahmadi dan Hajjah Enchah binti Haji Abbas.

3. Tuan Guru Haji Mohd Nor bin Haji Ismail Londang.
Beliau merupakan datuk kepada al-Fadhil disebelah ibundanya, beliau mengajar Tariqat Ahmadiah menerusi sanad Tuan Guru Haji Hassan bin Abu Bakar Mufti, Tuan Guru Haji Abdul Wahid bin Uthman, Tuan Guru Haji Sulaiman Rembau dan Tuan Haji Husin Ramuan China di rumahnya, al-Fadhil selalu mendengar ceramah dan pengajian yang disampaikan, walaupun al-Fadhil ketika itu masih kecil. Beliau juga pengarang beberapa buah kitab yang membicarakan ilmu tasawwuf, tauhid, feqah, haji, nazam dan sebagainya. Beliau juga merupakan imam di Masjid Kampung Londang, Masjid Tanah, pernah berkhidmat di Pejabat Qadhi Jasin dan pernah menjadi Nazir sekolah-sekolah agama, beliau juga merupakan seorang ahli perubatan Islam. Al-Fadhil merupakan cucu kesayangan datuknya. Al-Fadhil juga diamanahkan menjaga kitab-kitab lama milik al-Marhum datuknya yang masih dalam simpanan al-Fadhil.

4. Puan Hajjah Enchah binti Haji Abbas.
Beliau merupakan nenda al-Fadhil, al-Fadhil belajar ilmu al-Quran dengannya di madrasah milik datuknya disebelah rumah. Nenda juga mengajar kepada al-Fadhil akan beberapa ilmu perubatan. Ayahanda kepada nendanya iaitu Haji Abbas bin Haji Abdullah adalah merupakan murid kepada Syeikh Muhammad Said al-Linggi, khalifah Tariqah Ahmadiyah Asia Tenggara. Kemudian wafat di Makkah al-Mukarramah.

5. Tuan Guru Haji Jaliluddin bin Haji Abdul Wahid.
Beliau merupakan antara gurunya yang sangat ‘alim dan warak, beliau telah belajar segala ilmu daripada ayahnya iaitu Tuan Guru Haji Abdul Wahid bin Uthman termasuklah ilmu tasawwuf dan sebagainya, perwatakan beliau yang begitu lemah lembut dan adakalanya begitu tegas pendiriannya, ketika berjalan beliau sering menundukkan kepalanya ke bumi. Beliau telah mengajar al-Fadhil akan ilmu tafsir, feqah dan sebagainya. Tuan guru ini juga merupakan ulama lepasan Universiti Baghdad Iraq, beliau pernah belajar dengan Dato’ Muhammad Daud bin Daud al-Iraqi, al-Fadhil Ustaz Haji Hasan Syukri dan sebagainya, beliau juga mendapat pengajian di India. Beliau juga mengajar khusus beberapa ilmu mujarabah yang telah diajar olah ayahnya kepada al-Fadhil, setelah al-Fadhil mahir dalam bahasa arab. Beliau juga merupakan pemegang amanah Madrasah Annuriah Addiniah dan juga sebagai nazir madrasah ini.

6. Tuan Guru Haji Uthman bin Haji Abdul Wahid
Beliau merupakan salah seorang anak Tuan Guru Haji Abdul Wahid, beliau telah belajar di Madrasah Annuriah dan meneruskan pengajiannya di Universiti Ulum dan Universiti Jamaliah, India. Beliau telah belajar dengan beberapa ulama-ulama terkemuka antaranya Maulana Syeikh Abdul Bari, Maulana Sayyid Abul Hasan an-Nadwi dan sebagainya. Beliau telah mengajar al-Fadhil banyak ilmu antaranya ilmu lughah, tasawwuf, feqah, tajwid, al-Quran dan sebagainya. Beliau telah mengijazahkan kepada al-Fadhil beberapa ijazah antaranya Tariqat Ahmadiyah, Sohih Bukhari, Sohih Muslim, Kitab Hikam dan sebagainya. Beliau juga mengijazah al-Fadhil beberapa ilmu khusus yang tidak diajarkan kepada murid-murid yang lain. Al-Fadhil merupakan murid kesayangan gurunya itu, beliau sering mempelawa al-Fadhil bersama mendirikan solat hajat secara khusus dengan beberapa murid yang tertentu.

7. Ustaz Haji Jamiluddin bin Haji Abdul Wahid.
8. Ustaz Haji Mohd Fadhlullah bin Haji Abdul Wahid
9. Tuan Guru Haji Jauhar bin Md. Sin
Beliau merupakan moyang saudara al-Fadhil, al-Fadhil pernah belajar al-Quran daripadanya di madrasahnya dan beberapa ilmu yang disampaikannya di Masjid Pengkalan Balak seperti ilmu tasawwuf, feqah, tauhid dan sebagainya, beliau merupakan murid Tok Kenali Kelantan dan beliau wafat pada tahun 1998 dikuburkan di perkarangan Masjid Pengkalan Balak.

10. Tuan Guru Haji Mohd Farid bin Sajiman
11. Tuan Haji Ahmad Pasir Gembur
Beliau merupakan salah seoang guru al-Fadhil yang terawal mengajarnya dalam ilmu al-Quran, al-Fadhil belajar al-Quran daripadanya pada usia 6 tahun, dan beliau masih hidup, menetap di Pasir Gembur Tanjung Bidara dan berusia lebih daripada 80 tahun.

12. Tuan Guru Haji Uthman bin Md. Ali
13. Ustaz Haji Abdul Rahim bin Haji Bahari al-Makki.
Gurunya ini banyak mencurah dan mengajar pelbagai ilmu kepada al-Fadhil, antaranya Tafsir an-Nasafi, Ilmu Nahwu, Ilmu Saraf, Ilmu Qawa’id, Ilmu Hadith, llmu Tauhid, Feqah dan sebagainya. Gurunya ini antara yang begitu rapat dengan al-Fadhil dan gurunya ini juga pernah mencalonkan al-Fadhil sebagai ‘pelajar cemerlang’ di Madrasah Annuriah Addiniah.

14. Tuan Haji Muhaimin Tanjung Bidara.
15. Syeikh Abdul Karim al-Banjari al-Makki.
16. Ustaz Haji Omar bin Baba.
17. Ustaz Mohd Noor bin Omar.
18. Al-Khatib Haji Husin Ujong Pasir.
19. Ustaz Haruzi bin Haji Hamzah.
Gurunya ini ialah seorang ulama lulusan Majma’ al-Ilmi al-‘ali Syiria dan lulusan al-Azhar, beliau digelar oleh pelajar-pelajar di Syiria dengan ‘Mufti’ kerana kealiman yang ada padanya. Beliau sering menghadiri dan mendengar pengajian kitab al-Hikam Ibn ‘Athoillah as-Sakandari yang diajarkan al-Fadhil di Madrasah an-Nur al-Islamiyyah Rambai Jaya Bukit Rambai.

20. Syeikh Haji Abdul Hamid as-Syami.
Gurunya ini pernah berkata secara berseloroh: “Walaupun Syeikh Muhammad Rajab ini bertaraf al-Musnid atau al-Muhaddith sekalipun, ana belum dapat melihat gahnya sehinggalah dia bernikah” (gurunya mengiktiraf al-Fadhil di antara ulama yang bertaraf al-Musnid dan al-Muhaddith)

21. Al-Fadhil Ustaz Haji Ibrahim bin Haji Husin.
22. Tuan Guru KH Syeikh Tengku Muhibbuddin Muhammad Wali.
Gurunya ini telah mengijazahkan beberapa ijazah kepada al-Fadhil termasuk ijazah Tariqah Naqsyabandiyah Khalidiyah.

23. KH Bukhari bin Abdul Hamid.
24. Tuan Guru al-Muhaddith Haji Sulaiman bin Abu Karim.
25. Tuan Haji Salleh bin Yusof.
26. Dato’ Haji Muhammad Murtadha bin Haji Ahmad.
27. Tan Sri Dato’ (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria. Beliau mengajar al-Fadhil ilmu tasawwuf menggunakan kitab Penawar Bagi Hati karangan as-Syeikh Abdul Qadir al-Mandili al-Makki di Masjid al-Hidayah Daerah Manjung, Perak.

28. Syeikh Fuzi bin Zakaria.
29. Ustaz Haji Md. Tormizi bin Mat Aroff.
30. Ustaz Baharuddin al-Biraqi.
31. Ustaz Haji Edy Amin.
32. Tuan Guru Haji Ibrahim Alor Setar.
Beliau merupakan guru al-Fadhil yang telah mengajar beberapa ilmu seperti ilmu tasawwuf, tauhid, feqah di Madrasah al-Qiyam, Batu Hampar Perak (madrasah Ustaz Haji Sidek Noor), beliau juga mengijazahkan al-Fadhil beberapa sanad dan ijazah Tariqat an-Naqsyabandiyah al-Mujaddidiyah al-Ahmadiyah.

33. Tuan Guru Haji Sidek Noor.
34. Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman Lubok Tapah.
35. Tuan Guru Haji Hasyim Pasir Tumbuh.
36. Tuan Guru Haji Salleh Sik.
37. Tuan Guru Haji Salleh Penanti.
38. Al-Arif Billah Sayyid Muhammad bin Idris al-Idrisi al-Hasani. Beliau ini merupakan seorang syeikh yang sangat mursyid, pendiri Tariqah al-Muhammadiyyah al-Idrisiyyah al-Ahmadiyyah as-Syaziliyyah, anak bongsu kepada 4 orang adik beradik, kakak yang sulongnya berkahwin dengan Sayyid Mustafha ibn Ahmad as-Syarif al-Idrisi al-Hasani, abang-abangnya iaitu Sayyid Ahmad ibn Idris al-Idrisi, Sayyid Musthafa ibn Idris al-Idrisi, beliau menetap di Omdurman Sudan dan Kaherah Mesir. Beliau juga merupakan pimpinan tertinggi di Jami'ul Idrisi Omdurman Sudan. Beliau telah mengijazahkan seluruh sanad-sanad ilmu, tariqat, hizib dan sebagainya kepada al-Fadhil. Sehingga kini al-Fadhil bermursyidkan kepada beliau, dan segala sanad-sanad ilmu Syeikh Muhammad Rajab bersandarkan kepadanya, beliau telah menganugerahkan kirqah, selendang sufi, tasbih kepada al-Fadhil juga dinugerahkan gelaran "al-Idrisi al-Ahmadi' oleh Sayyid Muhammad ibn Sayyid Idris ibn Sayyid Muhammad as-Syarif ibn Sayyid Abdul 'Ali ibn Sayyid Ahmad ibn Idris al-Hasani RA.


39. Sayyid Ahmad bin Idris al-Idrisi al-Hasani. Syeikh ini menganugerahkan juga gelaran "al-Idrisi al-Ahmadi" kepada al-Fadhil ketika tahun 2006 di Madrasah An-Nur, Taman Rambai Jaya Bukit Rambai, Melaka.


40. Sayyid Musthafa bin Idris al-Idrisi al-Hasani.
41. Sayyid Musthafa bin Ahmad as-syarif al-Idrisi al-Hasani.
42. Sayyid Idris bin Musthafa Al-Idrisi Al-Hasani.
43. Syeikhul Asyraf Sayyid Ma’mun al-Majdi bin Abdul Qadir al-Idrisi al-Hasani.
44. Sayyid Mahmud al-Idrisi al-Hasani.
45. Sayyid Syeikh Abdul Ghani bin Soleh al-Ja'afari al-Husaini (Syeikh Umum Tariqat Ahmadiyah Ja'afariyah) Gurunya ini merupakan ulama’ besar tasawwuf di Mesir dan merupakan pewaris dan Mursyid Tariqat Ja’afriyah al-Ahmadiyah al-Muhammadiyah sedunia, al-Fadhil telah menerima tariqah ini daripadanya ketika belajar di al-Azhar Mesir.

46. Prof Dr. Syeikh Ahmad Umar Hasyim mantan Rektor Universiti Al-Azhar.
47. Prof Dr. Syeikh Ali Juma'ah Mufti Mesir.
48. Dr. Syeikh Jamaluddin Ibrahim Ad-Dusuqi ulama Fiqh Syafie Universiti Al-Azhar.
49. Prof. Dr. As-Sayyid Hafiz Khalil As-Sakhawi (Prof. Fiqh Perbandingan Mazhab).
50. Prof. Dr. Muhammad Abdul Fattah Al-Benhawi (Dekan Fakulti Syariah Islamiah).
51. Dr. Kailani Muhammad Al-Mahdi (Prof. Fiqh).
52. Dr. Abdul Rahman Abdul Hamid Albar (Prof. Hadith).
53. Dr. Ibrahim Abdul Qadir Muhammad (Prof. Usul Fiqh).
54. Dr. Ahmad Muhammad Shirah (Prof Tafsir).
55. Dr. Alawi Amin As-Sayyid Khalil (Prof. Qawaid Fiqhiyah).
56. Prof. Dr. As-Sayyid Muhammad Ad-Dib (Prof. Sastera & Bahasa Arab).
57. Prof. Dr. Abdus Salam as-Sakandari.
58. Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaily.
59. Prof. Dr. As-Syeikh Al-Muhaddith Umar Abdullah Kamil (Syeikh Hadith dan Ulama Besar dari al-Azhar).



60. Sayyid Muhammad bin Ibrahim al-Kittani al-Husaini (Syeikh Hadith) Gurunya ini telah mengajar al-Fadhil di Iskandariyah dibeberapa masjid di sana, al-Fadhil telah diijazahkan sanad Sohih Bukhari, Sohih Muslim, al-Muwaatho’, Sunan Abu Daud, Sunan Tarmizi dan sebagainya. Al-Fadhil juga menerima ijazah Tariqah al-Kittaniyah daripada syeikh tersebut.



61. Syeikh Sayyid Muhammad Abu Bakar al-Sya’sya’ie al-Husaini. Gurunya ini merupakan ulama’ tasawwuf yang menetap di Syubra Khemah, Mesir. Al-Fadhil telah diijazahkan Tariqat Syaziliyah Hushofiyah di Majlis Maulid di markaz tariqah ini di Syubra Khemah.


62. Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki (Syeikh Hadith) Gurunya ini telah banyak mengijazahkan sanad-sanad ilmu; hadith, feqah dan sebagainya. Al-Fadhil menerima ijazah Amalan-amalan Tariqat Syaziliyyah terutamanya Hizib al-Habr, Hizb an-Nasr dan lain-lainnya.


63. Syeikh Ahmad Fahmi bin Zamzam al-Maliki.
64. Syeikh Ahmad Ajumhuri al-Banjari al-Makki.
65. Syeikh Sayyid Yusuf Bakhur al-Hasani. Gurunya ini telah mengijazahkan kepada al-Fadhil beberapa sanad ilmu dan ijazah Tariqat Syaziliyah Darqawiyah di Mesir.
66. Shaykh Adnan al-Kabbani. Gurunya ini telah mengijazahkan kepada al-Fadhil akan ijazah Tariqat Naqsyabandiyah Haqqaniyah Aliyyah, yang sanadnya berkait dengan Sayyid Shaykh Nazim al-Haqqani.


67. Puan Hajjah Zainab binti Haji Maidin. Beliau merupakan ibu saudar al-Fadhil, telah mengajar al-Fadhil akan ilmu feqah, tauhid, akhlak dan sebagainya di Sekolah Rendah Agama Pengkalan Balak.


68. Puan Hajjah Hawa binti Haji Jauhar. Beliau telah mengajar al-Fadhil akan ilmu al-Quran, merupakan waris kepada Tuan Guru Hj Jauhar.


69. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al-Maliki al-Hasani. Ulama besar Makkah al-Mukarramah, beliau telah mengijazahkan kepada al-Fadhil akan amalan-amalan Alawiyyah, Ahmadiyyah dan sebagainya dalam kitabnya iaitu Syawiq al-Anwar.


70. Sayyid 'Abbas bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani. Ulama besar ini merupakan adinda Sayyid Muhammad bin Alawi, beliau telah mengijazahkan kepada al-Fadhil akan beberapa hadith musalsal dan hizib.





Al-Fadhil juga telah menerima lebih daripada 50 ijazah daripada guru-gurunya. Banyak lagi guru-guru al-Fadhil yang tidak sempat saya catatkan disini, tetapi Insya Allah saya akan maklumkan semasa demi semasa nanti.












Wassalam..

1 comment:

  1. assalamualaikum ustadz,

    boleh ajarkan saya doa sa'labah?

    ReplyDelete

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR