Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Friday, November 27, 2009

MAJLIS KONVOKESYEN PENGIJAZAHAN DIPLOMA PERUBATAN ISLAM


TANGGA BATU: Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia (DARUL ANSAR) dengan kerjasama JAPERUN DUN Pantai Kundor telah mengadakan Seminar Perubatan Islam pada 21 November 2009 di Dewan Japerun, DUN Pantai Kundor. Seminar ini diadakan sempena dengan Majlis Konvokesyen Pengijazahan Diploma Perubatan Islam buat pertama kalinya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Datuk Hj Ab. Rahaman bin Hj Ab Karim, selaku Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pantai Kundor manakala seminar telah disampaikan oleh Musyriful Am Darul Ansar iaitu Sohibul Fadhilah Syeikh Hj Muhammad Rajab Akmal bin Hj Abdul Halim al-Idrisi.

Majlis ini telah mendapat sambutan daripada masyarakat setempat. Menurut YB. Datuk Hj. Ab Rahaman katanya, “Saya meyakini seratus peratus kaedah yang digunakan oleh pengamal perubatan islam Darul Ansar yang bersumberkan Al Quran dan Sunnah.” Beliau berharap perubatan Islam menjadi pilihan utama masyarakat Islam.

Seramai 20 orang pelajar daripada 48 orang telah berjaya menamatkan pengajian perubatan Islam diketuai Tn. Hj. Abdul Halim @ Noordin bin Omar, PW 11 Abdul Rahman bin Abdullah, En. Akman Nur bin Abdullah, Ustaz Azlan bin Khorma, En. Ahmad Nizam bin Zabri, Ustaz Bahron Nizam bin Khairuddin, En. Iwan Sumarna Muljana, En. Md. Nasir Md. Nur, En. Mohd. Ridzuan bin Abdullah, En. Muhammad Nur Faizal, En. Nasrol Ali, En. Nasri Ali, En. Omar bin Osman, En. Rahmat bin Bustami, En. Rosle Kamarudin, En. Rohisam Amirudin, En. Mohd Khairi Johari, Kapt. Mohd Shah Rizal Sabran manakala dua Ijazah Kehormat Perubatan Islam telah diberikan Yang Dipertua DARUL ANSAR iaitu al-Fadhil Ustaz Haliman bin Sidek dan Bendahari Agung DARUL ANSAR iaitu al-Fadhilah Ustazah Norazura binti Ibrahim. Pada majlis penutup yang dirasmikan oleh Musyriful Am Darul Ansar, beliau telah berpesan katanya, “Pelajar-pelajar yang berjaya jagalah amanah yang telah diberikan dan berilah kesetiaan kepada jemaah dalam memartabatkan perubatan Islam dalam masyarakat.” Ujarnya.
Menurut Pendaftar DARUL ANSAR Ustazah Norazura Ibrahim katanya "Pengambilan pelajar Kuliah perubatan Islam bagi sesi kedua diadakan pada 3 Januari 2010 tahun depan, pada pukul 9 malam, pengajian ini terbuka kepada semua kaum muslimin." Ujar beliau yang juga Bendahari Agung Darul Ansar. Katanya lagi "Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti kuliah perubatan ini dan ingin mendapat perkhidmatan rawatan dan perubatan secara Islam di Darul Ansar ini boleh menghubungi di talian: 0136111706 atau 0133024807. peserta lelaki akan diajar oleh Musyriful 'Am DARUL ANSAR dan peserta muslimat akan diajar oleh beliau sendiri sendiri.

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR