Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Sunday, October 25, 2009

MEMAHAMI KONSEP JAMA'AH IMAM HASAN AL-BANNA

Da'wah dan Perubahan dalam Pemikiran Imam Hassan Al-Banna

1.0 Latar Belakang Tokoh
1.1 Sejarah Hidup Peribadi
1.2 Pendidikan
1.3 Penglibatan dan Kegiatan Da'wah
1.4 Karya dan Hasil Penulisan

2.0 Latar Belakang dunia Islam
2.1 Pergolakan Politik dalam Negara-Negara Umat Islam
2.2 Kesan-Kesan Pembaratan Terhadap Dunia Islam
3.0 Mesir dalam Kancah Pergolakan Politik
3.1 Usaha-Usaha untuk Melemahkan Islam di Mesir
3.2 Nasionalisme 'Arab di Bumi Mesir

4.0 Usaha-Usaha Mengembalikan Islam di Mesir dan Dunia Islam
4.1 Seruan Sayyid Jamaluddin Al-Afghani
4.2 Kegiatan-kegiatan Sayyid Muhammad Rasyid Ridha
4.3 Hasan Al-Banna dalam Kesinambungan Usaha-usaha Tajdid Islam

5.0 Alas-Asas Tajdid dalam Pemikiran as-Syahid Imam Hasan Al-Banna

6.0 Bidang-bidang Tajdid dalam Pemikiran Hasan Al-Banna
6.1 Pengolahan Kefahaman Islam yang Asli
6.2 Pembinaan Mu'min yang Istiqamah
6.3 Pembentukan Asas-Asas Tanzim Jama'ie

2.0 Latar Belakang dunia Islam
2.1 Pergolakan Politik dalam Negara-Negara Umat Islam
Pergolakan yang berlaku lebih kurang lima puluh tahun sebelum Hasan al-Banna menubuhkan gerakan Ikhwan Muslimin boleh dilihat secara kasar sebagai berikut:
Perancis menakluk Tunisia pada tahun 1881
Kebangkitan al-Mahdi di Sudan pada tahun 1881-1885
Britain menakluki Mesir selepas Revolusi al-'Urabi pada tahun 1882 (Lihat Nota 1)
Brunei menandatangani perjanjian di bawah perlindungan British pada tahun 1888
Revolusi Perlembagaan di Iran pada tahun 1905-1911
Revolusi Turki Muda bermula dalam Kerajaan Uthmaniyyah pada tahun 1908
Sarekat Islam, kumpulan Islam yang pertama ditubuhkan d Indonesia pada tahun 1911
Nota 1 : (Napoleon Bonaparte menakluk Mesir pada tahun 1798. Walaupun Perancis terpaksa berundur daripada Mesir pada tahun 1801, namun Perancis tetap menunjukkan minat terhadap Mesir. Ini kerana Perancis menganggap Britain yang menjadi musuh ketatnya di Eropah, akan mendahuluinya memandangkan Mesir merupakan tempat yang strategik bagi menjaga kepentingan Britain di India dan Asia Tenggara. Dengan itu Perancis mengukuhkan pengarunya di Mesir melaui sistem pentadadbiran Terusan Suez dibina dalam tahun 1869 oleh jurutera Perancis, Ferdinand de Lesseps. Sehingga tahun 1879, Mesir diperintah oleh Khedive Isma'il. Beliau adalah seorang yang bercita-cita besar untuk membangunkan negaranya setaraf dengan negara-negara Barat. Dengan itu beliau melakukan segala pembangunan sehingga kerajaan beliau menjadi muflis. Britain melihat ini sebagai peluang yang baik, maka pada tahun 1875, Disraeli, Perdana Menteri Britain, memberi pinjaman kepada Khudive Isma'il sebanyak £4.000,000. Dengan cara ini Britain dapat masuk campur dalam urusan ekonomi, politik dan pentadbiran Mesir. Bermula daripada peristiwa ini. Mesir berjalan di bawah pengaruh dua negara (Dual Control) iaitu Britain dan Perancis. Pada tahun 1879, Khadive Isma'il dibuang negeri secara terhormat. Beliau digantikan dengan anaknya yang bernama Taufik. Kemudian pads tahun 1882, 'Urabi Pasya, scorang kolonel di dalam tentera Mesir telah bangkit menentang kerajaan Taufik dan orang-orang asing. Revolusi ini disokong oleh rakyat. 'Urabi membunuh ramai orang Eropah (kristian) dan berjaya menawan Iskandariyah. Di masa ini, Perancis mengambil keputusan untuk meninggalkan Mesir kerana khuatir penglibatannya di Mesir akan membuka peluanq kepada Jerman untuk menyerangnya sekali lagi di Eropah. Dengan itu Revolusi 'Urabi ditangani sendiri oleh Britain. Akhimya Britain berjaya menumpaskan 'Urabi dan menakluki Mesir sekali gus. Ini berlaku di masa Gladstone menjadi Perdana Menteri Britain)
Itali melanggar Libya secara besar-besaran dan menawan Tripoli Barat pada tahun 1911-1912
Kerajaan Turki 'Uthmaniyyah bersekutu dengan Jerman dalam Perang Dunia Pertama pada tahun 1914.
Gerakan Muhammadiyyah ditubuhkan di Indonesia pada tahun 1912.
Syarif Hussain di Makkah mengisytiharkan pemberontakan Arab menentang kerajaan 'Uthmaniyyah pada tahun 1916. Beliau juga mengisytiharkan menjadi raja kepada semua bangsa 'Arab.
Arthur Balfour, Setiausaha Asing British, pada tahun 1917 menjanjikan melalui suratnya kepada Baron Rothschild, bahawa Britain akan menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin.
Tamatnya kekuasaan kerajaan 'Uthmaniyyah terhadap negara-negara 'Arab pada tahun 1918.
Kegiatan Pergerakan Khilafah di India pada tahun 1919-1925.
Pembentukan sistem mandat dalam League of Nations pada tahun 1920, di mana Syria diserahkan bawah jagaan Perancis, dan Palestin, Trans-Jordan dan Iraq di bawah jagaan Britain.
Mustafa Kamal Attaturk mengisytiharkan Turki sebagai republik pada tahun 1923.
Bebasnya Mesir daripada kuasa kerajaan 'Uthmaniyyah dan Sa'ad Zaghlul menjadi perdana menteri Mesir pada tahun 1924.
Muhammad ibn Sa'ud (bermulanya era Wahhabi) menakluk seluruh Hijaz dan membebaskannya daripada kuasa kerajaan 'Uthmaniyyah.
Sistem Khilafah dimansukhkan dan khalifah terakhir, Sultan 'Abdul Hamid, dibuang negeri pada tahun 1924.
Reza Khan menjadi Reza Syah di Iran dan memulakan Dinasti Pahlavi pada tahun 1925.
Syeikh 'Ali 'Abdul Raziq menulis bukunya yang berjudul 'al-Islam wa Usul al-Hukm' pada tahun 1925.

2.2 Kesan-Kesan Pembaratan Terhadap Dunia Islam .
Kesan-kesan kuasa Barat dalam Dunia Islam dapat dilihat secara ringkas sepertj berikut:
Meluasnya semangat nasionalisme di negara-negara umat Islam.
Terlaksananya manifestasi sistem ideologi barat seperti liberal, demokrasi, sosialisme dan kapitalisme dalam sistem pentadbiran kenegaraan dalam negara-negara umat Islam.
Kukuhnya asas-asas negara-bangsa di dalam pentadbiran bernegara di kalangan umat Islam.
Terpisahnya Islam daripada politik secara sistematik melalui pelaksanaan institusi-institusi yang mengembangkan asas-asas sekularisme.

3.0 Mesir dalam Kancah Pergolakan Politik.
3.1 Usaha-Usaha untuk Melemahkan Islam di Mesir.
Inggeris memainkan peranan utama dalam menanamkan semangat nasionalisme di kalangan masyarakat 'Arab Mesir. Di samping itu mereka sentiasa menyokong sebarang usaha untuk melemahkan semangat kesejagatan umat Islam.
Ketika itu lambang terakhir , bagi kesejagatan umat Islam ialah Kerajaan 'Uthmaniyyah. Oleh itu Inggeris menyokong usaha Syarif Hussain di Makkah untuk mewujudkan sistem khalifah di kalangan orang-orang 'Arab atau memilih seorang khalifah untuk orang-orang 'Arab sahaja.
Demikian juga, pemerintahan Inggeris di Mesir melindungi pertubuhan-pertubuhan anti khalifah seperti Turkiya al-Fatah dan Anjuman Ittihad wa Tarakki. Kedua-dua pertubuhan ini muncul di Turki tetapi telah diharamkan oleh Kerajaan 'Uthmaniyyah. Apabila Sultan 'Abdul Hamid Turki meminta Sultan 'Abbas Mesir untuk menghantar mereka pulang ke Turki, Lord Cromer menghalang Sultan 'Abbas daripada berbuat demikian.
Inggeris juga menyokong usaha-usaha Mustafa Fahmi, Sa'ad Zaghlul, Fathi Zaghlul dan Qasim Amin kerana mereka hanya melaungkan perubahan-perubahan yang bersifat tempatan sahaja, iaitu perubahan perubahan yang tidak melibatkan umat Islam di negara-negara lain.
Kaum Kristian Mesir memainkan peranan dalam menguasai ekonomi dan kedudukan-kedudukan penting di Mesir. Kegiatan-kegiatan Kristian ini adalah selaras dengan dasar penjajahan Inggeris untuk memecah belahkan dan kemudian memerintah. Dengan dasar ini, Inggeris memberi keistimewaan kepada golongan minoriti di Mesir. Dengan peluang dan perlindungan yang ada, golongan minoriti yang terdiri daripada kaum Qibti Kristian telah memonopoli bidang pendidikan dan ekonomi serta menjawat kedudukan-kedudukan penting di Mesir. Kegiatan-kegiatan Kristian yang terbesar ialah:
Percetakan akhbar al-Watan (1877) dan Sahifah al-Misr (1895) yang sentiasa mengapi-apikan semangat Kristian agar membenci kaum muslimin Mesir. Akhbar-akhbar ini dilindungi oleh Inggeris.
Menyokong Inggeris dalam proses pembaratan belia-belia Mesir seperti pembukaan bank, riba (1897), tempat-tempat minum arak, panggung wayang (1896) dan lain lain.
Berjaya menjadikan seorang Kristian untuk menjadi Perdana Menteri Mesir pada tahun 1909
Berjaya menjemput Presiden Amerika, Theodor Roosevelt datang dan berucap di Universiti Qaherah dengan ucapan-ucapan yang bertentangan dengan kepentingan masyarakat Mesir pada tahun 1910.
Mencetuskan pertumpahan darah di antara orang-orang Kristian dan orang-orang Islam di Mesir pada tahun 1910.

3.2 Nasionalisme 'Arab di Bumi Mesir.
Pada masa itu juga anak-anak watan Mesir amat giat memperjuangkan nasionalisme 'Arab.
Majalah-majalah al-Muqattaf dan al-Muqattam, memainkan peranan yang paling awal bagi meniupkan semangat nasionalisme 'Arab. Majalah-majalah ini memuji usaha-usaha Inggeris di Mesir serta mengutuk Sultan 'Abdul Hamid, khalifah Kerajaan 'Uthmaniyyah pada masa itu. Kemudian orang-orang yang terlibat dalam menerbitkan majalah-majalah ini pula menubuhkan sebuah parti nasionalis bernama al-Hizbul Watani al-Hurrah.
Pada tahun 1907, Mahmud Sulaiman Pasya menubuhkan sebuah lagi parti nasionalis bernama Hizb al-Ummah. Salah seorang daripada pemimpin Hizb al-Ummah, 'Abdul Hamid al-Zahrawi berkata: "Kesatuan umat Islam berakhir dengan wafatnya 'Umar ibn al-Khattab. Sedangkan kesatuan politik Islam pula tamat dengan wafatnya 'Ali ibn Abi Talib. Oleh itu kesatuan yang telah musnah lebih daripada tiga belas abad, apa gunanya untuk dihidupkan semula."
Golongan-golongan modernis membanjiri masyarakat Mesir dengan kefahaman-kefahaman yang asing daripada Islam. Malangnya Syeikh Muhammad 'Abduh selepas beliau diampunkan oleh Taufik kerana terlibat dalam Revolusi 'Uraibi telah mengambil satu sikap yang lain. Di masa ini beliau lebih bersikap kagum terhadap Barat dan banyak cuba untuk merasionalisasikan tamadun Barat dengan Islam. Banyak perkara yang berkaitan dengan Islam Cuba dijelaskan daripada kaca mata sains dan kemajuan Barat. Hasil daripada itu muncullah pendekatan modernis di kalangan beberapa cendiakawan Mesir seperti 'Abdul Rahman al-Kawakibi, Qasim Amin, Muhammad 'Ali Kurdi dan lain-lain.
Pada masa ini golongan akademik mengukuhkan asas-asas orientialisme di pusat pengajian tinggi Mesir. Orang yang pertama bertanggungjawab dalam usaha ini ialah Dr. Taha Hussain dengan karyanya yang diterbitkan pada tahun 1926 berkaitan dengan sya'ir pada zaman sebelum Islam. Di mana dalam penulisannya beliau menimbulkan keraguan terhadap kesahihan al-Qur'an dan Hadith Rasulullah s.a.w.
Di samping itu cendiakawan Mesir mencetuskan Pergerakan Pembebasan Wanita sebagai langkah untuk mencontohi wanita-wanita Barat. Pada tahun 1899 dan 1900, Qasim Arvin menerbitkan dua buah bukunya yang bertajuk Tahrir al-Mira'at dan al-Mara'at al-Jadidah. Kedua-dua buku ini menyeru wanita Islam meninggalkan niqabah (tudung kepala) dan menyeru agar mereka bergiat dalam masyarakat seperti wanita-wanita Barat. Di samping itu pendekatan penulisan buku-buku ini pada dasarnya adalah berlandaskan kepada pemikiran golongan Barat. Qasim Arvin tanpa segan silu mendakwa bahawa itulah pendirian Islam yang sebenarnya.
Pada masa yang sama pula, kerajaan Mesir melumpuhkan secara sistematik peranan Universiti al-Azhar sebagai pusat 'ilmu Islam yang bebas dan berautonomi. Proses melumpuhkan autonomi Universiti alAzhar dilakukan melalui pindaan undang-undang oleh kerajaan Mesir pada tahun-tahun 1895, 1908, 1911, 1936 dan 1961. Dengan kurangnya autonomi al-Azhar, maka pemilihan Syeikh al-Azhar adalah dilakukan oleh kerajaan.

4.0 Usaha-Usaha Mengembalikan Islam di Mesir dan Dunia Islam.
4.1 Seruan Sayyid Jamaluddin Al-Afghani.
Al-Afghani lahir di Afghanistan pada tahun 1839 dan meninggal dunia di Istanbul, Turki pada tahun 1897. Bahagian terpenting dalam hidupnya ialah ketika beliau berada di Qaherah, Mesir. Seruan Sayyid al-Afghani ke arah kesatuan sejagat umat Islam di segi praktiknya bermaksud penyatuan tenaga umat Islam ke arah kesatuan bagi mewujudkan pertahanan kepada negara-negara mereka masing-masing. Dengan ini, Sayyid al-Afghani menekankan perlunya sekurang-kurangnya kesatuan terhadap polisi campur tangan using dun polisi pertahanan di kalangan umat Islam agar mereka dapat mempertahankan diri daripada serangan tamadun Barat, ke arah kesatuan ummah Islam di seluruh dunia di bawah kepimpinan seorang khalifah.
4.2 Kegiatan-kegiatan Sayyid Muhammad Rasyid Ridha.
Perjuangan beliau yang paling utama ialah untuk mengembalikan kuasa pemerintahan Islam melalui sistem kenegaraan. Karya beliau yang paling terkemuka dalam seruan perjuangannya ialah al-Khalifah au al-Imamah al-'Uzma yang diterbitkan pada tahun 1922-23, iaitu pada saat Mustafa Kamal Attaturk hendak memansukhkan khilafah.
4.3 Imam Hasan Al-Banna dalam Kesinambungan Usaha-usaha Tajdid Islam.
Di sudut sejarah tugas tajdid dalam sejarah Islam selalunya melibatkan usaha-usaha:
Mengembalikan umat Islam kepada tuntutan iman yang sebenar
Mengembalikan amalan dan kehidupan umat Islam menurut asas-asas amal yang ditetapkan Islam.
Mendedahkan umat dengan asas-asas pemikiran dun sistem-sistem Islam agar dapat terus memahami dan menghayati Islam dalam bentuknya yang asli ketika umat Islam sedang menghadapi pelbagai perkembangan baru dalam dunia yang pesat berubah.
Menghidupkan semula kefahaman Islam dalam satu suasana dan keadaan di mana kefahaman tersebut tidak difahami kerana:
4.1 kejahilan umat dan kelalaian ulama' serta umara'
4.2 dominasi pemikiran asing
4.3 kemasukan pemikiran-pemikiran asing dalam kefahaman Islam di kalangan umat sehingga menjadikan kefahaman-kefahaman yang salah itu bercampur baur.
Tugas-tugas di atas, sebahagian atau seluruhnya telah dilaksanakan oleh tokoh-tokoh pemimpin umat Islam sejak Sayyiduna 'Umar ibn 'Abdul 'Aziz, Imam Abu Hanifah, Imam Syafi'i, Imam al-Ghazzali, Imam Ibnu Taimiyyah dan seterusnya. Masing-masing mereka melaksanakan tugas-tugas bagi meletakkan Islam kembali diamalkan dalam bentuknya yang asli sekurang-kurangnya di kalangan umat Islam jika tidak di dalam sistem kenegaraan mereka.
Dalam pengertian di atas, Imam Hasan al-Banna, seperti tokoh-tokoh lain sebelum dan semasa dengannya, juga terlibat di dalam usaha-usaha tajdid. Sama ada kita mahu menggelarkan Imam Hasan al-Banna sebagai seorang mujaddid itu perkara lain. Bahkan perkara tersebut mungkin tidak begitu penting.
Apa yang penting, Imam Hasan al-Banna telah menyumbangkan sesuatu yang berharga dalam usaha tajdid umat Islam yang telah berlangsung selama empat belas abad ini. Sama ada lisan Imam Hasan al-Banna seorang mujaddid atau tidak, pasti beliau merupakan satu unsur dalam kesinambungan usaha tajdid Islami umat ini.
5.0 Asas-Asas Tajdid dalam Pemikiran Imam Hasan Al-Banna.
Imam Hasan al-Banna adalah seorang yang melihat Islam sebagai satu dasar hidup yang dinamis, tidak kaku, mati dan statis. Beliau hidup pada zaman di mana berlaku pelbagai keserabutan fikiran dan kekeliruan umat Islam terhadap arus pemodenan fikiran dan budaya daripada kesan-kesan penjajahan dan pembaratan.
Dunia 'Arab menjadi beku dan kaku. Terperanjat dengan ledakan kebangkitan nasionalisme. Keintelektualan 'Arab berada di tahap yang rendah. Semangat bangsa 'Arab terhadap kesatuan kaum muslimin sebagai Umma al-Wahidah pupus.
Semangat bangsa 'Arab untuk berperanan semula sebaga.i pemimpin umat Islam menjadi pudar. Kesatuan bangsa 'Arab sebagai satu umat yang bersatu di bawah naungan Islam berkecai apabila mereka merelakan Israel dibina di tengah-tengah mereka.
Mesir pula tidak memainkan peranan utama sebagai negara yang menjadi pusat 'ilmu Islam dengan al-Azharnya sebagai pusat perancang kebangkitan Islam yang terselaras. Apa yang wujud hanyalah tokoh-tokoh yang setakat melaungkan seruan yang bersemangat tetapi usaha-usaha mereka tetap terpancar-pancar.
Usaha-usaha kebangkitan semangat Islam yang dilakukan oleh tokoh-tokoh sebelumnya seperti Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Sayyid Muhammad Rasyid Rida dan 'ulama' Azhar yang 'amilin hanya setakat menjadi pembenteng sementara umat Islam daripada terus diasak oleh fikiran-fikiran Barat laknatullah yang menyesatkan. Walaupun kesan kepada pemikiran mereka besar nilainya kepada umat Islam di segi is melindungi umat dari terus dihancurkan, namun usaha tersebut tidak menggerakkan umat Islam kepada satu bentuk kebangkitan yang padu. Tokoh-tokoh tadi berjaya membangkitkan kesedaran sebahagian umat Islam di merata dunia. Sumbangan utama usaha-usaha mereka ialah dengan kelahiran penulisan-penulisan yang menyemarakkan semangat.
Demikian juga peranan tariqah-tariqah sufiyyah di Mesir dan negara-negara lain dalam mendindingi keruntuhan langsung umat Islam. Apa yang dimaksudkan di sini ialah tariqah-tariqah yang melandaskan dasar dan 'amalannya kepada al-Qur'an dan al-Sunnah serta 'amalan-'amalan yang sahib daripada kalangan salihin. Namun usaha mereka secara langsung tidak bertujuan untuk mendedahkan kepalsuan pemikiran dan cara hidup barat kepada masyarakat. Usaha-usaha mereka lebih bersifat introvert.
Demikian juga, walaupun berita angkatan jihad 'Umar al-Mukhtar daripada saki baki gerakan Harakah as-Sanusiyyah menentang penjajah-penjajah Itali di Libya hampir kepada masyarakat Mesir. Tetapi kesan kekalahan Harakah al-Mahdi di bawah pimpinan Muhammad Ahmad al-Mahdi di Sudan membawa kesan yang lebih mendalam kepada masyarakat Mesir. Kesan utama daripada kekalahan Harakah al-Mahdi di tangan Inggeris menjadikan umat Islam agak dingin untuk menyahut sebarang seruan yang berkaitan dengan jihad.
Imam Hasan al-Banna melihat bahawa 'ilmu pengetahuan, kekuatan jiwa dan akhlaq, 'amal dan semangat jihad mestilah digemblengkan di bawah susunan organisasi tenaga pencinta-pencinta Islam di atas dasar 'aqidah yang jelas.
Dengan ini, Imam Hasan al-Banna melihat bahawa Islam adalah satu sistem yang bersifat dinamis. Ia hanya akan hidup dalam bentuknya yang asli sekiranya ia diamalkan secara praktik. Imam Hasan al-Banna menghormati usaha-usaha yang dilakukan oleh Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Syeikh Muhammad 'Abduh dan Sayyid Muhammad Rasyid Rida di segi penyebaran pemikiran Islam yang mengembalikan semula kesedaran Islam.
Imam Hasan al-Banna juga menghargai usaha-usaha sebahagian besar masyaikh tariqah sufiyyah yang berjaya menghalang hanyutnya belia-belia Islam daripada gejala mulhid. Bahkan sebenarnya Imam al-Banna merupakan pengikut dan murid kepada Sayyid Muhammad Husanain al-Husafi as-Syazili, mursyid Tariqat Syaziliyah Husafiyah, oleh sebab itulah kita lihat wirid al-Ma'tsurat hampir sama dengan wirid Safinatun Naja susunan Sayyid Ahmad Zarruq yang menjadi amalan rutin pengikut tariqat ini. Di samping itu Imam Hasan al-Banna juga menyanjung tinggi usaha-usaha jihad yang dilakukan oleh Harakah al-Mahdi di Sudan.
Namun Imam Hasan al-Banna melihat di samping kehebatan tiupan semangat dalam usaha pemikiran Sayyid al-Afghani dan Sayyid Rasyid Rida, di sana terdapat kekosongan daripada segi perorganisasian.
Imam Hasan al-Banna juga melihat di samping kehebatan halaqat zikir ahli-ahli tasawwuf dan tariqat, mereka telah mengabaikan tugas-tugas 'amar ma'ruf nahi mungkar dalam bentuknya,yang menyeluruh.
Imam Hasan al-Banna juga mengakui tingginya semangat jihad dan keberanian anggota-anggota Harakah al-Mahdi di Sudan, tetapi di tahap-tahap akhir perjuangannya, Harakah al-Mahdi tidak menekankan satu bentuk pelaksanaan tarbiyyah yang bersifat sistematik.
Dengan itu Imam Hasan al-Banna melihat bahawa Islam dalam bentuknya yang asli cuma dapat dilaksanakan dalam abad ke-20 ini apabila ialah didukung dengan 'auml. Ini bermaksud, umat Islam hendaklah keluar mencabar pemikiran-pemikaran asing yang melanda umat mereka.
Mereka mestilah secara tegas dan terbuka menyampaikan da'wah Islam kepada manusia. Mereka juga mestilah sanggup mengorbankan apa sahaja demi kepentingan Islam melalui Jihad Fi Sabilillah.
Di atas segala itu, mereka hendaklah melakukan secara usaha satu kelumpuk melalui satu jama'ah dan satu tanzim yang munazzamah. Menurut Syeikh Said Hawwa, cara pengislahan yang dibuat sebelum kedatangan Imam Hasan al-Banna ialah kata-kata yang tidak ada lain daripada itu. Tetapi selepas kedatangan Imam Hasan al-Banna jalan pengislahan merupakan kata-kata, thaqafah, 'ilmu, pengisian, rangka kerja, penyusunan dan pelaksanaan.
Imam Hasan al-Banna menekankan bahawa 'ilmu, tarbiyyah dan jihad adalah tiga unsur penting dalam da'wah yang tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ini kerana melalui da'wah, pengertian Islam yang sebenar dapat disampaikan kepada seluruh umat manusia. Melalui tarbiyyah pula masyarakat umum dapat dididik agar dapat memahami Islam secara benar dan beramal di atas dasar kesahihan hujjah dan bersih daripada sebarang sikap taqlid dan ta'asub. Melalui jihad pula maruah ummah dapat dibela dan kedaulatan umat Islam dapat ditegakkan.
Berdasarkan kepada pemikiran ini Imam Hasan al-Banna menganggap bahawa da'wah Islamiyyah adalah sebagai teras kebangkitan umat Islam. Menurut Imam Hasan al-Banna, selepas itu, rukun-rukun da'wah terdiri daripada 'ilmu, tarbiyyah dan jihad. Jika 'ilmu adalah somber utama perjuangan, maka tarbiyyah Islamiyyah pula adalah asas utama bagi pengukuhannya. Selepas diasaskan kedua-dunya, maka demi untuk menjamin keutuhan, maka jihad fisabilillah adalah teras bagi kedaulatan ummat Islam.
Mereka mestilah secara tegas dan terbuka menyampaikan da'wah Islam kepada manusia. Mereka juga mestilah sanggup mengorbankan apa sahaja demi kepentingan Islam melalui Jihad Fi Sabilillah.
Di atas segala itu, mereka hendaklah melakukan secara usaha satu kelumpuk melalui satu jama'ah dan satu tanzim yang munazzamah. Menurut Syeikh Said Hawwa, cara pengislahan yang dibuat sebelum kedatangan Imam Hasan al-Banna ialah kata-kata yang tidak ada lain daripada itu. Tetapi selepas kedatangan Imam Hasan al-Banna jalan pengislahan merupakan kata-kata, thaqafah, 'ilmu, pengisian, rangka kerja, penyusunan dan pelaksanaan.
Imam Hasan al-Banna menekankan bahawa 'ilmu, tarbiyyah dan jihad adalah tiga unsur penting dalam da'wah yang tidak boleh dipisahkan antara sate sama lain. Ini kerana melalui da'wah, pengertian Islam yang sebenar dapat disampaikan kepada seluruh umat manusia. Melalui tarbiyyah pula masyarakat umum dapat dididik agar dapat memahami Islam secara benar dan beramal di atas dasar kesahihan hujjah dan bersih daripada sebarang sikap taqlid dan ta'asub. Melalui jihad pula maruah ummah dapat dibela dan kedaulatan umat Islam dapat ditegakkan.
Berdasarkan kepada pemikiran ini Imam Hasan al-Banna menganggap bahaiva da'wah Islamiyyah adalah sebagai teras kebangkitan umat Islam. Menurut Imam Hasan al-Banna, selepas itu, rukun-rukun da'wah terdiri daripada 'ilmu, tarbiyyah dan jihad. Jika 'ilmu adalah sumber utama perjuangan, maka tarbiyyah Isiamiyyah pula adalah asas utama bagi pengukuhannya. Selepas diasaskan kedua-dunya, maka demi untuk menjamin keutuhan, maka Jihad Fi Sabilillah adalah teras bagi kedaulatan ummat Islam.
Walaupun ini tidak merupakan satu perkara yang baru, kerana sememangnya perkara-perkara ini terkandung dalarn Islam dan ajaran dan perjuangannya. Namun sekiranya pemikiran yang dikemukakan oleh Imam Hasan al-Banna ini dinilai menurut keadaan dan suasana pada zamannya, maka ketiga-tiga asas pemikiran ini adalah merupakan pembaharuan dalam pendekatan terhadap bentuk dan cara Islam itu mesti difahami dan dihayati oleh kaum muslimin. Ini memandangkan kepada sosio-budaya masyarakat Islam yang telah ditukar difinasinya hasil daripada kesan penjajahan.

6.0 Bidang-bidang Tajdid dalam Pemikiran Imam Hasan Al-Banna.
Bidang-bidang tajdid dalam pemikiran Imam Hasan al-Banna secara kasar boleh dibahagikan kepada:
6.1 Pengolahan Kefahaman Islam yang Asli.
Imam Hasan al-Banna hidup pada zaman kejatuhan negara-negara umat Islam di merata dunia kepada kuasa-kuasa negara Barat. Pada masa itu hampir semua negara umat Islam yang penting di seluruh dunia merupakan tanah-tanah jajahan kuasa-kuasa Barat. Imam Hasan al-Banna juga melihat hasil pembaratan menjeima daripada generasi barn umat Islam. Goncangan daripadanya mencetuskan pemberontakan belia-belia Islam terhadap Islam sendiri. Imam Hasan al-Banna menyaksikan tahap-tahap kehancuran Daulah 'Uthmaniyyah yang selama ini pun hanya menjadi lambang kepada sistem khilafah Islam.
Di samping itu, Imam Hasan al-Banna menyaksikan pelbagai konflik dan kekusutan pemikiran di kalangan umat Islam yang dijajah itu sendiri.
Imam Hasan al-Banna juga sempat menyaksikan usaha tokoh-tokoh pejuang Islam yang sezaman dengannya untuk memperbaiki keadaan umat Islam. Di samping itu, Imam Hasan al-Banna menyaksikan juga pelbagai kekehruan umat Islam pada masa itu.
Di antara kekeliruan dalam aliran pemikiran dan tindakan umat Islam secara umum, khususnya di Mesir ketika itu ialah:
Pemisahan kuasa politik dan kenegaraan daripada Islam.
Pengertian akhlaq yang sebenar dipisahkan daripada keperluan menggunakan kekuatan dalam mengukuhkan kedudukan Islam di muka bumi. Pemahaman ini menekankan seolah-olah kekuatan dalam pengertiannya yang luas bercanggah dengan nilai akhlaq yang mulia.
Kegagalan dalam menghubungkan kelebihan ilmu-ilmu Islam dan peranannya sebagai dasar kehakiman bagi menghukum dan menyelesaikan perselisihan sesama manusia.
Kekeliruan di antara memuliakan nas-nas al-Qur'an dan al-Sunnah sebagai lambang-lambang yang bersifat batin dan tidak dapat difahami dengan menjadikan keduanya sebagai sumber pegangan hidup dan asas kepada segala 'ilmu dan 'aural.
Pengamalan perkara-perkara yang boleh mengandungi unsur syirik seperti tangkal, jampi dan sebagainya di atas nama agama.
Tidak dapat membezakan di antara bolehnya berpegang kepada pendapat imam-imam mazhab dengan tuntutan berpegang kepada hujjah-hujjah yang bertepatan dengan al-Qur'an dan as-Sunnah.
Tidak dapat melakukan pemisahan di antara perkara-perkara ta'abbud daripada perkara-perkara yang bersifat 'adat.
Tidak mengenal mana perkara yang dasar dan mana perkara yang cabang dalam Islam, hinggakan perkara-perkara furu' dalam masalah fiqh menjadi sebab perselisihan dan perpecahan.
Gagal dalam mengenal pasti masalah umat Islam semasa sehingga menghabiskan banyak tenaga dalam membincangkan hukum-hukum yang tidak berlaku.
Gagal dalam membezakan di antara mentauhidkan Allah dengan terbawa-bawa dengan perselisihan 'ulama' dalam mentafsirkan dan menta'wilkan ayat-ayat al-Qur'an dan hadith-hadith berkenaan sifat-sifat Allah.
Gagal dalam membezakan di antara amalan-amalan biasa yang telah meluas dalam masyarakat dengan pengertian bid'ah menurut Islam.
Tidak dapat membezakan di antara bolehnya mengasihi para salihin dengan mentaqdiskan mereka dan tidak dapat membezakan di antara asas-asas iman dengan natijah-natijah iman yang sahih.
Mencampur adukkan amalan-amalan sunat dengan amalan-amalan yang boleh membawa kepada syirik seperti meminta daripada orang mati, menyeru orang mati dan lain-lain ketika menziarahi kubur, sedangkan menziarahi kubur itu sendiri adalah sunat.
Tidak dapat membezakan di antara bertawassul sebagai kaifiat do'a dengan bertawassul sebagai unsur utama dalam berdo'a.
Tidak dapat membezakan di antara 'uruf-'uruf yang diterima oleh syara' dengan 'uruf-'uruf yang bertentangan dengan syara'.
Tidak dapat meletakkan keseimbangan di antara amal-amal lahir den amal-amal batin.
Gagal dalam menentukan kedudukan 'aqal sehingga terdapat satu pihak yang enggan menggunakan 'aqal kerana takut menyalahi nas, sedangkan terdapat pula satu pihak yang menggunakan 'aqal secara bebas hinggakan mengetepikan nas.
Terbawa-bawa dalam mengkafirkan mu'min kerana kesalahan dan dosa-dosanya.
Imam Hasan al-Banna berjaya mendamaikan konflik di antara pelbagai aliran pemikiran yang yang wujud pada masanya. Di sekitar persimpangan inilah Imam Hasan al-Banna menggariskan jalan pertengahan yang sahih dan tepat bagi mengembalikan umat Islam untuk memahami risalah Islam yang asli. Imam Hasan al-Banna menggariskan dua puluh usul berkaitan dengan permasalahan ini yang dinamakan sebagai Usul 'Isyrin. Secara ringkas, Usul 'Isyrin menggariskan perkara-perkara berikut:
Islam adalah al-Din yang syami.l
Al-Qur'an dan al-Sunnah adalah sumber utama kehidupan.
Iman adalah asas utama sedangkan natijah-natijah iman seperti kasyaf, mimpi, ilham dan sebagainya tidak menjadi matlamat 'ibadah dan tidak boleh menjadi hujjah.
Jampi jampi yang berdasarkan nas sahaja diterima sedangkan selain daripada itu batal dan ditolak.
Pendapat imam boleh diterima sekiranya tidak bercanggah dengan kaedah-kaedah syari'at Islam.
Perkataan sesiapa sahaja boleh diterima atau ditolak kecuali perkataan Rasulullah s.a.w.
Muslim yang belum mencapai peringkat ilmu yang tinggi boleh mengikut mana-mana imam, tetapi harus berusaha untuk terus meningkatkan ilmunya.
Perselisihan dalam perkara-perkara furu' tidak boleh menjadi sebab kepada perpecahan.
Membincangkan perkara-perkara yang tidak berlaku adalah memberat-beratkan dan mesti ditinggalkan.
Sifat-sifat Allah bersih daripada ta'wil-ta'wil yang salah.
Bid'ah yang jelas bercanggah dengan nas adalah dhalalah.
Bid'ah dalam 'ibadah mutlak adalah termasuk masalah khilafiyyah.
Mengasihi para salihin adalah untuk tujuan taqarrub kepada Allah.
Amalan ziarah kubur hendaklah dilakukan berpandukan kepada sunnah.
Tawassul adalah masalah khilafiyyah dalam kaifiat berdo'a.
'Uruf yang salah tidak merubah hakikat lafaz syari'at.
'Aqidah adalah asas kepada 'amal, 'amal hati lebih penting daripada 'amal zahir, tetapi mencapai kesempurnaan dalam kedua-duanya adalah tuntutan syara'.
Islam meletakkan 'aqal di satu tempat yang mulia.
Dalam perkara yang qat'i, syari'at dan 'aqal tidak bercanggah.
Tidak boleh mengkafirkan orang yang mengucap syahadatain kerana maksiat yang dilakukannya.
Sekali lagi ditekankan di sini, walaupun semua perkara yang disebutkan oleh Imam al-Banna dalam Usul 'Isyrin ini merupakan perkaraperkara yang telah disentuh secara langsung atau tidak langsung oleh 'ulama' Islam sebelum beliau.
As-Syeikh Said Hawwa menyatakan bahawa: "Kedua-dua puIuh dasar yang disebutkan oleh Imam Hasan al-Banna ini merupakan hasil daripada pandangan teliti terhadap kitab Allah dan sunnah Rasul-Nya s.a.w. Ia juga sebagai hasil daripada penelitian yang luas terhadap kitab-kitab usul fiqh dan 'aqidah. Ia juga sebagai hasil daripada pemahaman yang mendalam terhadap realiti umat Islam dan juga pengetahuan yang tinggi dalam membezakan manakah yang baik dan yang buruk di antara perkara-perkara yang telah diwarisi oleh umat Islam"
Namun cara pengolahan usul-usul tersebut dan kedudukan utama kedua-dua puluh usul tersebut sebagai asas pemikiran tajdid Imam al-Banna adalah sesuatu yang penting. Ini kerana Usul 'Isyrin bukan hanya sebagai panduan-panduan yang bersifat 'ilmu, tetapi Usul 'Isyrin adalah satu ijtihad dalam menentukan satu pendekatan untuk mengemukan satu pengolahan Islam sebagai satu dasar hidup yang syumul. Pengolahan seperti ini adalah, penting bagi masyarakat Islam yang berhadapan dengan serangan tamadun Barat. Pengolahan yang mendamaikan banyak kekeliruan ini penting dalam membersihkan keserabutan pemikiran di kalangan masyarakat Islam di masa itu.
Apa yang terdapa dalam Usul 'Isyrin mungkin merupakan perkara-perkara badihiyyat pada hari ini. Tetapi pada masa ia mula-mula dikemukakan keadaannya tidak sedemikian. Perkara-perkara yang terkandung dalam Usul 'Isyrin menjadi badihiyyat pada hari ini hanya selepas Imam Hasan al-Banna menekankannya kepada barisan mujahidinnya di dalam Jama'ah Ikhwan al-Muslimin. Kemudian, mereka inilah, melalui 'amal, ceramah-ceramah, kuliah-kuliah dan khususnya penulisan-penulisan masing-masing, telah memasyhurkan pengolahan yang sedemikian kepada umat Islam di seluruh dunia pada abad ke dua puluh ini.
Dengan demikian nyatalah bahawa Usul 'Isyrin juga boleh dianggap sebagai satu ijtihad kerana kedudukannya yang istimewa sebagai asas pertama kepada pembinaan mu'min yang multazim. Melalui asas al-Fahmu sebagai Rukun Baiah yang pertama kepada Jamaah Ikhwan al-Muslimin, maka pembaharuan dalam memahami Islam dilakukan dalam abad ini melalui Usul 'Isyrin.
Kenyataan ini tidak merupakan tindakan berlebih-lebih dalam memuji Imam Hasan al-Banna. Ini kerana kita tidak mengatakan beliau memperbaharui kefahaman Islam. Tetapi kita hanya mengatakan, Imam Hasan al-Banna memperbaharui pendekatan terhadap cara bagaimana bagi umat Islam untuk memahami Islam yang asli. Ini memandangkan umat Islam telah beratus tahun berada di bawah dominasi penjajahan barat. Ini lebih ternyata sekiranya kita melihat pemikirannya dalam masalah-masalah semasa seperti; tamadun Barat, masyarakat Mesir, umat Islam, da'wah, jama'ah, jihad dan sebagainya.
6.2 Pembinaan Mu'min yang Istiqamah.
Imam Hasan al-Banna melihat bahawa pembinaan sebuah barisan mujahidin yang istiqamah adalah asas kepada pembinaan sebuah qiyadah rayidah bagi mengembalikan kegemilangan Islam sebagai al-Din dan al-daulah.
Syeikh Mustafa Masyhur menyebut bahawa Imam Hasan al-Banna pernah berkata:
"Sesungguhnya ramai orang yang mampu berkata-kata dan sedikit daripada mereka itu yang bertahan datam beramal dan bekerja. Ramai pula daripada yang sedikit itu yang mampu bertahan pada waktu beramai dan sedikit daripada mereka yang mampu memikul bebanan jihad yang sukar dan kerja berat. Para mujahidin itulah angkatan yang terpilih yang sedikit bilangannya tetapi menjadi penolong dan menjadi ansarullah. Ada kalanya itu silap tetapi akhirnya menepati tujuan sekiranya mereka diberi inayah dan hidayah oleh Allah"
Sekiranya Islam hendak dikembalikan dalam bentuknya yang asli di muka bumi ini, maka perkara yang mesti diwujudkan terlebih dahulu ialah satu barisan pendukung Islam yang benar-benar padu dan teguh. Barisan ini mestilah memahami Islam yang bersih berdasarkan kepada 'aqidah yang suci dan murni. Melalui barisan inilah segala hakikat Islam dapat dijelmakan sama ada melalui matlamat, pemikiran, citacita, perkataan dan perbuatannya.
Apabila sudah terbentuk barisan ini, maka mereka pula akan mengasaskan satu kepemimpinan atau qiyadah rasyidah bagi umat Islam untuk mengembalikan semua khilafah Islamiyyah 'Alamiyyah. Sebelum semua perkara ini dapat dipenuhi, ciri yang terpenting bagi memenuhi cita-cita ini adalah pentarbiyyahan barisan mujahidin itu sendiri.
Dalam usaha tajdid yang dilakukan oleh Imam Hasan al-Banna, kemampuannya untuk membentuk manusia mungkin merupakan sumbangannya yang terbesar sekali.
Kekuatan 'azam, ketinggian akhlaq, keluhuran syakhsiyyah dan pegangannya yang teguh kepada penghayatan Islam adalah unsur-unsur yang sangat memberi kesan kepada orag-orang ditarbiyyah olehnya.
Kesan jiwa yang hidup dan syahsiyyahnya yang tinggi membawa kesan yang sangat mendalam kepada pengikut-pengikutnya. Anggota-anggota Ikhwan yang berhubung dengannya sentiasa mendapat dorongan untuk bekerja untuk Islam dan bekorban demi da'wah Islamiyyah yang suci. Bagi anggota-anggota yang jauh pula, Imam Hasan al-Banna kerap berutus surat memberi perangsang dan meniupkan semangat di samping yang paling utama ialah untuk menautkan hati-hati mu'min dengan ikatan Ukhuwwah Fillah.
Di samping kekuatan peribadinya sebagai wasilah pembinaan barisan mujahidin bagi Ikhwan al-Muslimin, Imam Hasan al-Banna juga mengasaskan satu sistem tarbiyyah yang berkesan. Unsur-unsur sistem tarbiyyah yang diasaskan oleh Imam Hasan al-Banna terdiri daripada
Konsep tarbiyyah yang bersandarkan kepada kesyumulan Islam di mana ianya menekankan:
1.1 kembali kepada sumber asli iaitu al-Qur'an dan al-Sunnah.
1.2 keseimbangan semua sudut ilmu-ilmu Islam.
1.3 tidak melakukan sebarang pemisahan dalam ilmu, tidak memisahkan kepentingan. Penglibatan dalam da'wah di samping pengisian-pengisian tarbiyyah yang bersifat fikriyyah
Pelaksanaan tarbiyyah melalui nizam-nizam yang mengisi keperluan thaqafah, fikrah, ruhiyyah dan jasadiyyah seseorang mu'min. Di mana terasnya ialah nizam usar, kemudian diperkukuhkan dengan nizam katibah, jawalah dan seumpamanya.
Mewujudkan sistem pengisian tarbiyyah menurut tahap-tahap tanggungjawab di dalam jama'ah dan da'wah dengan menetapkan beberapa peringkat keanggotaan.

6.3 Pembentukan Asas-Asas Tanzim Jama'ie.
Imam Hasan al-Banna tidak menganggap Ikhwan al-Muslimin sebagai jama'ah atau jam'iyyah, akan tetapi Ikhwan al-Muslimin merupakan ruh baru, jiwa baru mencabar dalam tubuh ummah ini lalu memperbaharui hidup.
Sekiranya Sayyid Jamaluddin al-Afghani, Syeikh Muhammad 'Abduh dan Sayyid Muhammad Rasyid Rida adalah wakil-wakil satu episod da'wah Islam. Maka gerakan mereka hanyalah tidak lebih daripada usaha untuk melakukan pembaharuan yang belum mampu mengorganisasikan perjuangan dan menjadi pemimpin di medan-medan pemerintahan, sosial dan politik.
Imam Hasan al-Banna pula adalah wakil daripada episod pelurus gerakan pemikiran Islam dan penujuan 'perjuangan ke sasaran yang tepat. Ini merupakan episod pengarahan umat dan pimpinan perjuangan menghala jalan lurus setelah kian lama umat dan pemimpin Islam terperap di bawah kongkongan penjajahan.
Asas utama organisasi da'wah yang dilakukan oleh Imam Hasan al-Banna ialah untuk menyusun para pencinta Islam dalam sebuah tanzim di bawah satu kepimpinan, matlamat, jalan perjungan dan cita-cita. Asas-asas tanzim bagi melaksanakan da'wah Islamiyyah ini digariskan oleh Imam Hasan al-Banna di dalam Risalah al-Ta'alim.
Asas utama tanzim menurut Imam Hasan al-Banna ialah, kemuncak tertinggi kepada keanggotaan Ikhwan al-Muslimin adalah peringkat mujahidin yang diikat dengan Bai'ah. Melalui bai'ah kesetiaan yang bulat terhadap tujuan perjuangan dapat diwujudkan. Oleh itu Imam Hasan al-Banna menetapkan bahawa anggota di peringkat ini hendaklah berbai'ah dengan berpegang penuh kepada rukun-rukun yang terkandung di dalam Arkan al-Bai'ah. Rukun-rukun iru terdiri dazipada:
Al-Fahm (Rukun al-Fahm terdiri daripada Usul 'Isyrin).
Al-Ikhlas.
Al-'Amal (Rukun al-'Amal menggariskan jalan-jalan bekerja yang dinamakan maratibul 'amal yang terdiri dari tujuh tertib-tertib 'amal yang berurutan).
Al-Jihad.
Al-Tadhiyyah.
Al-Ta'ah (Rukun al-Ta'ah menggariskan tiga marahil 'amal iaitu di peringkat ta'rif, takwin dan tanfiz).
Al-Thabat.
Al-Tajarrud (Rukun al-Tajarrud menggariskan polisi pendirian dan sikap terhadap kumpulan-kumpulan selain daripada Ikhwan al-Muslimin).
Al-Ukhuwwah .
Al-Thiqah (Rukun al-Thiqah menggariskan panduan-panduan umum disiplin dan peraturan dalam tanzim khususnya dalam konteks kepemimpinan).
Selepas sepuluh rukun bai'ah ini, Imam Hasan al-Banna menetapkan pula bahawa anggota peringkat mujahidin mestilah melaksanakan empat puluh wajibat.
Memberikan bai'ah mengikut rukun-rukun yang sepuluh telah menjadikan seseorang anggota sebagai batu bata binaan Ikhwan al-Muslimin. Tetapi pada hakikatnya, wajibat inilah yang menjadikan seseorang anggota itu sebagai batu bata yang kuat di dalam binaan Ikhwan al-Muslimin. Semua wajibat ini hampir-hampir merangkumi semua bidang peribadi seseorang anggota di peringkat ini.
Oleh kerana asas utama tanzim menurut Imam Hasan al-Banna ialah seorang akh mujahid, maka beliau diberikan sepuluh wasiat agar dia tidak lalai daripada tugas-tugas da'wah dan jihad.
Sepuluh wasiat atau al-Wasaya al-Asyr ini juga bertujuan untuk menjadikan seseorang akh mujahid dalam keadaan yang sentiasa bersedia bagi tugas-tugas yang memerlukan pengorbanan.
Selain daripada pentingnya akh mujahid, asas utama tanzim menurut Imam Hasan al-Banna ialah unit-unit usrah di mana di dalamnya berlaku segala proses pengisian ilmu, pembinaan akhlaq, peningkatan semangat perjungan dan pengukuhan ukhuwwah Islamiyyah. Maka bagi unit-unit usrah sebagai unit asasi tanzim, Imam Hasan al-Banna telah menggariskan asas-asas utama bagi perjalanan usrah di dalam Nizam Usrahnya.
Begitulah hasrat kami dalam jama'ah Darul Ansar ini, bagi memberi kesinambungan perjuangan Imam Hasan al-Banna dalam bentuk dakwah. diharap ahli-ahli Darul Ansar dapat memberi komitmen yang tinggi pada jama'ah setelah memberi bai'ah kepada pimpinan. Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR