Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Friday, September 18, 2009

KEIZINAN DARI SYEIKH

Assalamualaikum WBT...

Sukacitanya dimaklumkan bahawa segala bentuk amalan-amalan, samada dalam bentuk doa, zikir, hizib, wirid dan sebagainya telah diizinkan untuk disalin dan disebarkan oleh Tuan Guru yang dikasihi Sohibul Fadhilah Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al-Idrisi. Sekian, terima kasih.


Pengurusan DARUL ANSAR

Sunday, September 13, 2009

MEMO: Penagguhan Assignment

Sukacitanya dimaklumkan bahawa tugasan assignment para pelajar perubatan Islam ditangguhkan sehingga pada 4 Okotber 2009 bersamaan 15 Syawal 1430 (Hari Ahad).


Yang Benar,
Pendaftar Darul Ansar


s.k:
1. Penasihat/Musyriful Am Darul Ansar Malaysia.
2. Yang Dipertua Darul Ansar Malaysia.
3. Setiausaha Agung Darul Ansar Malaysia.
4. Fail Pendaftar Darul Ansar Malaysia.

Thursday, September 10, 2009

HIZIB IMAM AN-NAWAWI

HIZIB AN-NAWAWIYYAH
Diijazahkan oleh:
Tuan Guru yang dikasihi,
Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al-Idrisi al-Ahmadi


بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ . بِسْـمِ اللهِ اَللهُ اَكْبَرُ، أقُوْلُ عَلَى نَفْسِيْ وَعَلَى دِيْنِيْ وَعَلَى اَهْـلِيْ وَعَلَى اَوْلاَدِيْ وَعَلَى مَالِيْ وَعَلَى أَصْحَـابِيْ وَعَـلَى اَدْيَانِهِمْ وَعَلَى اَمْوَالِهِمْ اَلْفَ لاَحَوْلَ وَلاَ قُـوَةَ اِلاَّ بِـاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ .
بِسْـمِ الله اَللهُ اَكْبَرُ، اَللهُ اَكْبَرُ، اَقُوْلُ عَلَى نَفْسِيْ وَعَلَى دِيْنِيْ وَعَلَى اَهْـلِيْ وعَلَى اَوْلاَدِيْ وَعَلَى مَالِيْ وَعَلَى أَصْحَـابِيْ وَعَـلَى اَدْيَانِهِمْ وَعَلَى اَمْوَالِهِمْ . اَلْفَ اَلْفِ لاَحَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ اِلاَّ بِـاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ .
بِسْـمِ اللهِ اَللهُ اَكْبَرُ، اَللهُ اَكْبَرُ، اَللهُ اَكْبَرُ، اَقُوْلُ عَلَى نَفْسِيْ وَعَلَى دِيْنِيْ وَعَلَى اَهْـلِيْ وَعَلَى اَوْلاَدِيْ وَعَلَى مَالِيْ وَعَلَى أَصْحَـابِيْ وَعَـلَى اَدْيَانِهِمْ وَعَلَى اَمْوَالِهِمْ . اَلْفَ اَلْفِ اَلْفِ لاَحَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ اِلاَّ بِـاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ .
بِسْـمِ اللهِ وَبِاللهِ، وَمِنَ اللهِ، وَاِلَى اللهِ، وَعَلَى اللهِ، وفِى اللهِ ، وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ اِلاَّ بِـاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ .
بِسْـمِ اللهِ عَلَى دِيْنِيْ وَعَلَى نَفْسِيْ ، بِسْـمِ اللهِ عَلَى مَالِيْ وَعَلَى أَهْـلِيْ وَعَلَى اَوْلاَدِيْ وَعَلَى اَصْحَـابِيْ، بِسْـمِ اللهِ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ اَعْطَانِيْهِ رَبِّيْ، بِسْـمِ اللهِ رَبِّ السَّمَوَتِ السَّبْعِ، وَرَبِّ اْلاَرَضِيْنَ السَّبْعِ، وَرَبِّ اْلعَرْ شِ اْلعَظِيْمِ .
بِسْـمِ اللهِ الَّذِيْ لاَيَضُـرُّ مَعَ اسْمِـهِ شيْءٌ فِى اْلاَرْضِ وَلا َفِى السَّمَآءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ ( ثَلاَثا ً)
بِسْـمِ اللهِ خَيْرُ اْلاَسْمَآءِ، فِى اْلاَرْضِ وَفِى السَّمَآءِ
بِسْـمِ اللهِ اَفْتَتِحُ، وَبِهِ اَخْتَتِمُ، اَللهُ، الله،ُ اللهُ، رَبِّيْ لاَ اُشْرِكُ بِهِ اَحَداً، اَللهُ، اللهُ، اللهُ، َلآاِلَـهَ اِلاَّ هُوَ، اَللهُ، اللهُ، اللهُ، أَعَزُّ وَاَجَلُّ وَاَكْبَرُ مِمَّا اَخَافُ وَاَحْذَرُ ( ثَلاَثا ً)
اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِيْ وَمِنْ شَـِّر غَيْرِيْ وَمِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ رَبِّيْ ، بِكَ اللَّهُمَّ اَحْـتَرِزُ مِنْهُمْ، وَبِكَ اللَّهُمَّ ادْرَأُ فِى نُحُوْرِهِمْ، ، وَبِكَ اللَّهُمَّ اَعُوْذُ مِنْ شُرُوْرِهِم، ْوَأَسْتَكْفِيْكَ إِيَّاهُمْ، وَاُقَدِّمُ بَيْنَ يَدَيَّ وَاَيْدِيْهِمْ، وَاَيْدِيْ مَنْ اَحَاطَتْهُ عِنَايَتِيْ وَشَمِلَتْهُ أحَاطَتِيْ . بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ ( قُلْ هُوَاللهُ اَحَدُ.اَللهُ الصَّمَدُ) أَلْإخْلاَصْ ( ثلاَثا ً) وَمِثْـلُ ذَلِكَ عَنْ يَمِيْنِيْ وَأَيْمَانِهِمْ، وَمِثْلُ ذَلِكَ عَنْ شِمَالِيْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ ، وَمِثْلُ ذَلِكَ اَمَامِيْ وَاَمَامَهُمْ ، وَمِثْلُ ذَلِكَ مِنْ خِلْفِيْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ ، وَمِثْلُ ذَلِكَ مِنْ فَوْقِيْ وَمِنْ فَوْقِهِمْ ، وَمِثْلُ ذَلِكَ مِنْ تَحْتِيْ وَمِنْ تَحْتِهِمْ وَمِثْلُ ذَلِكَ مَحِيْطٌ بِيْ وَبِهِمْ وَبِمَا اَحَطْنَا بِِهِ.
اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَسْأَلُكَ لِيْ وَلَهُمْ مِنْ خَيْرِكَ بِخَيْرِكَ اَلَّذِيْ لاَ يَمْلِكُهُ غَيْرُكَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ وَاِيَّاهُمْ فِى حِفْظِكَ، وَعِيَاذِكَ، وَعِبَادِكَ، وَعِيَالِكَ، وَجِوَارِكَ، وَاَمَنِكَ، وَاَمَانَتِكَ، وَحِزْبِكَ، وَحِرْزِكَ، وَكَنَفِكَ، وَسَتْرِكَ، وَلُطْفِكَ، مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَسُلْطَانٍ، وَإنْسٍ وَجَـآنٍّ، َوبَاغٍ وَحَاسِدٍ، وَسَبُعٍ وَحَيَةٍ وَعَقْرَبٍ. وَمِنْ شَرِّ كُلِّ دَآبَّةٍ اَنْتَ اَخِذُ بِنَاصِيَتَهِا اِنَّ رَبِّيْ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ
حَسْبِيَ الرَّبُّ مِنَ الْمَرْبُوْبِيْنَ، حَسْبِيَ الخَالِقُ مِنَ اْلمَخْلُوْقِيْنَ، حَسْبِيَ الرَّازِقُ مِنَ اْلمَرْزُوْقِيْنَ، حَسْبِيَ السَّاتِرُ مِنَ اْلمَسْتُوْرِيْنَ، حَسْبِيَ النَّاصِـرُ مِنَ اْلمَنْصُوْرِيْنَ، حَسْبِيَ اْلقَاهِرُمِنَ اْلمَقْهُوْرِيْنَ، حَسْبِيَ الَّذِيْ هُوَ حَسْبِيْ، حَسْبِيْ مَنْ لَمْ يَزَلْ حَسْبِيْ، حَسْبِيَ الله ُوَنِعْمَ اْلوَكِيْلُ، حَسْبِيَ الله ُمِنْ جَمِيْعِ خَلْقِهِ. (اِنَّ وَلِِيِّيَ اللهُ الَّذِيْ نَزَّلَ الْكِتَابَ وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّا لِحِيْنَ) (وَاِذَ اقَرَأْتَ اْلقُرْآنَ جَعَلْنَا بَيْنَكَ وَبَيْنَ الَّذِيْنَ لاَيُؤْمِنُوْنَ بِاْلأَخِرَةِ حَجِابًا مًسْتُوْرًا، وَجَعَلْنَا عَلَى قُلُوْبِهِمْ أَكِنَّةً اَنْ يَفْقَهُوْهُ وَفِى اَذَانِهِمْ وَقْرًا، وَاِذَا ذَكَرْتَ رَبْكَ فِى الْقُرْآنِ وَحْدَهُ وَلَّوْا عَلَى اَدْبَارِهِمْ نُفُوْرًا) (فَاِنْ تَوَلَوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللهُ لآاِلَهَ اِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَرَبُّ اْلعَرْشِ اْلعَظِيْمِ ) (x 7) وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُـوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ اْلعَلِيِّ اْلعَظِيْمِ .) وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدنَا مُحَّمَدْ اِلنَّبِيِّ اْلاُمِّيِّ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ .
Kemudian ditiup ke kanan, ke kiri, ke depan dan ke belakang masing – masing 3x

خَبَأْتُ نَفْسِيْ فِى خَزَاِئنِ بِسْـمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ، اَقْفَالُهَا ثِقَتِى بِـاللهِ، مَفَاتِيْحُهَا لاَحَوْلَ وَلاَ قُـوَةَ إِلاَّ بِـاللهِ ، اُدَافِعُ بِكَ اللَّهُمَّ عَنْ نَفْسِيْ مَـا اُطِيْقُ وَمَا لاَ اُطِيْقُ ، لاَ طَاقَةَ لِمَخْلُوْقٍ مَعَ قُدْرَةِ الْخَالِقِ، حَسْبِيَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ ، بِخَفِيِّ لُطْفِــاللهِ، بِلَطِيْفِ صُنْعِ اللهِ بِجَمِيْلِ سِتْرِاللهِ، دَخَلْتُ فِى كَنَفِ اللهِ ، تَشَفَعْتُ بِسَيِّدِنَا رَسُوْلِ اللهِ، تَحَصَّنْتَ بِأَسْمَـآءِ اللهِ ، اَمَنْتُ بِاللهِ ، تَوَكَّلْتُ عَلَىاللهِ اِدَّخَرْتُ اللهَ لِكُلِّ شِدَّةٍ . اَللَّهُمَ يَا مَنْ إِسْمُهُ مَحْبُوْبُ، وَوَجْهُهُ مَطْلُوْبُ، اِكْفِنِيْ مَا قَلْبِيْ مِنْهُ مَرْهُوْبُ، اَنْتَ غَالِبٌ غَيْرُ مَغْلُوْبٍ ، وَصَلَّىاللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِـهِ وَصَحْبِهِ وَسَــلَّمَ ، حَسْبِيَ اللهُ وَنِعْمَ اْلوَكِيْلُ .
Kemudian membaca :

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ اْلوَ كِيْلُ ( 313x )
وَاُفَوِّضُ اَمْرِيْ اِلَىاللهِ ، اِنَّ اللهَ نَصِيْرٌ بِاْلعِبَـادِ ( 11x )

Jangan lupa untuk melakukannya selepas shalat Dhuha kerana memiliki keutamaan yang sangat besar.

Tuesday, September 8, 2009

KAEDAH RAWATAN SAKIT

CARA MERAWATI RASA SAKIT DENGAN RUQYAH

Dalam sebuah Hadith yang telah diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam Sohihnya daripada Uthman bin Abu al-Ash bahawa ia sakit tubuhnya semenjak ia masuk Islam, kemudian Baginda SAW telah bersabda:

ضع يدك على الذي تألم من جسدك، وقل: بسم الله ثلاثا، وقل سبع مرات:
“Letakkan tanganmu di atas bahagian tubuhnu yang sakit, kemudian ucapkan ‘Bismillah’ tiga kali dan bacakan doa ini sebanyak tujuh kali:

أَعُوْذُ بِعِزَّةِ اللهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ
“Aku berlindung dengan kekuatan Allah dan kekuasaanNya daripada kejahatan yang aku dapati dan aku takuti akan terjadi (kejahatan).”

Kemudian ditambah kan doa ini:

أَللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِيْ لاَ شِفَاءَ اِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمَا.
Sambil diusapkan pada tempat sakit tersebut. Insya Allah sembuh.

HAKIKAT JIN

HAKIKAT KEJADIAN JIN
Ditulis oleh:
Tuan Guru yang dikasihi,
Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al-Idrisi
Musyriful Am Darul Ansar


Adalah wajib keatas kita sebagai orang Islam beriman dengan perkara yang ghaib kerana beriman dengan perkara yang ghaib itu merupakan salah satu asas rukun iman yang tidak disebut dalam rukun (Iman) dan ianya merupakan asas Aqidah al-Islamiyyah. Bahkan perkara ghaib ini merupakan salah satu daripada sifat utama yang dimiliki oleh Allah SWT. Sebagaimana Allah SWT telah berfirman dalam surah al-Baqarah, ayat 1-3 yang berbunyi:

Ertinya: “Alif Laam Miim (Hanya Allah I sahaja yang maha mengetahui akan maksudnya). Kitab (al-Quran) ini yang tiada keraguan padanya sedikit pun, juga menjadi petunjuk kepada mereka yang (hendak) bertaqwa. Iaitu mereka yang beriman dengan (perkara-perkara) ghaib, dan mendirikan Solat serta menginfaqkan sebahagian rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka.”
Maka oleh itu, wajiblah bagi setiap individu muslim beriman dengan perkara-perkara ghaib dengan tidak ada keraguan walaupun sedikit. Menurut Sayyiduna Abdullah bin Mas’ud RA, katanya: “Yang dikatakan dengan perkara ghaib itu ialah segala apa yang ghaib daripada kita dan perkara yang telah dikhabarkan oleh Allah SWT dan RasulNya SAW.” Begitu jugalah halnya dengan perkara yang berkait dengan jin, kerana jin merupakan salah satu daripada perkara ghaib yang wajib kita imani kewujudannya, akan tetapi bukanlah kita imani (percaya) dengan kata-kata jin kerana kadang-kadang boleh jadi mereka (jin) itu bermaksud untuk menyesatkan manusia. Allah SWT telah berfirman dengan memperjelaskan kepada kita tentang kewujudan bangsa jin itu adalah benar, dalam FirmanNya yang berbunyi dalam Surah ar-Rahman, ayat 33:

Ertinya: “Wahai bangsa jin dan manusia, jika kalian sanggup menembusi atau melintasi penjuru-penjuru langit dan bumi, maka tembusilah. Kalian tidak akan mampu menembusinya melainkan dengan kekuatan.”
Didalam hadith-hadith juga ada mengkhabarkan kepada kita tentang kewujudan jin itu adalah benar, diantaranya ialah hadith yang telah diriwayatkan oleh Sayyiduna Abdullah bin Mas’ud RA berkata: “Pada sauatu malam, kami telah bersama-sama Baginda Rasulullah SAW, tiba-tiba kami telah kehilangan Baginda SAW sehingga kami terpaksa mencarinya ke beberapa lembah dan kampung. Kemudian kami menyangka mungkin Baginda SAW telah dibawa terbang (ke langit) atau terbunuh. Pada waktu malam itu, kami bermalam bersama orang ramai (para sahabat). Pada waktu esoknya, tiba-tiba Baginda Rasulullah SAW muncul dari arah Hira’. Lalu kami berkata: “Wahai Rasulullah SAW, kami kehilanganmu, lalu kami mencarimu tetapi tidak berjumpa, sehingga kami terpaksa bermalam bersama dengan orang ramai.” Baginda Rasulullah SAW bersabda: “Telah datang kepadaku jemputan dari bangsa jin, lalu aku pergi bersama mereka kemudian aku membacakan al-Quran kepada mereka.” Sayyiduna Abdullah bin Mas’ud RA berkata: “Setelah itu, Baginda Rasulullah SAW pergi membawa kami dan menunjukkan kepada kami bekas-bekas mereka dan bekas-bekas api mereka.”
Demikianlah antara perkara yang membuktikan bahawa perkara ghaib yang berkaitan dengan jin itu adalah benar. Menurut al-Quran, Allah SWT telah menciptakan jin daripada api yang sangat panas. Berbeza dengan para Malaikat AS, yang diciptakan AllahSWT daripada cahaya. Allah SWT juga menjelaskan kepada kita bahawa diciptakan para jin dan para malaikat AS itu lebih awal daripada manusia. Akan tetapi tidak diketahui secara tepat akan jarak waktunya diantara dua (diantara para malaikat dan jin dengan manusia) penciptaan ini. Allah SWT menjelaskan kepada kita melalui al-Quran bahawa terdapat dua istilah api yang dijadikan jin itu, ada yang dikatakan Narus Samum (api yang sangat panas) dan ada pula yang dikatakan Marij (nyalaan api). Maka menurut tafsiran ulama’ RA mengatakan bahawa Narus Samum ialah sifat yang ditambahkan iaitu merupakan kejelasan terhadap sifat Marij pada bangsa jin itu. Oleh itu, jelaslah sifat-sifat api itu ada pada penciptaan jin, kerana kita lihat bahawa sifat api itu bersifat ringan, terdiri daripada campuran pelbagai warna, tidak ada bentuk yang tetap; boleh memanjang, memendek, melentok ke kanan atau kiri dan sebagainya. Dari segi faktanya jin boleh dikatakan bergerak dengan pantas; boleh terbang di udara, menyelam di air, merebak ke mana arah yang disukainya. Bangsa jin ini juga boleh membentuk memanjang, memendek, membulat, melonjong dan sebagainya berdasarkan Firman Allah SWT yang berbunyi:

Ertinya: “Dan Kami (Allah) menciptakan jin itu dari api yang menyala (lidah api).”
Didalam ayat yang lain, Allah SWT telah berfirman:

Ertinya: “Dan Kami (Allah) telah menciptakan jin sebelum (Adam) daripada api yang sangat panas.”
Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa bangsa jin itu berasal daripada api sebagaimana manusia diciptakan daripada tanah, seperti yang telah dijelaskan dalam sebuah hadith yang telah diriwayatkan daripada Ummul Mukminin Aisyah binti Abu Bakar RA berkata daripada Rasulullah SAW sabdanya:

Ertinya: “Malaikat diciptakan daripada cahaya, jin pula diciptakan daripada api dan manusia pula diciptakan daripada (tanah) apa yang telah dikhabarkan kepadamu.”
Demikianlah yang dapat dirungkaikan bahawa kejadian jin itu berasal daripada api, akan tetapi, iainya telah berubah sifat kejadian asalnya berdasarkan pengalaman Baginda SAW ketika diganggu jin dan Baginda SAW mencekiknya sehingga terjelir lidah jin itu mengenai tangan Baginda SAW dan Baginda SAW merasakan sejuknya air liur jin tersebut, maka disana jelaslah bahawa itu telah berubah sifat kejadian asalnya, sama juga halnya terhadap manusia, Nabi Adam AS dijadikan daripada tanah, kemudian manusia selepas itu telah berubah asal kejadiannya, terciptanya manusia selepas itu daripada hasil hubungan kelamin iaitu daripada air mani. Subhanallah!
Oleh itu juga, dalam bahagian ini jelaslah apa yang kita ketahui bahawa jin itu berasal daripada api dan lebih awal penciptaan dan kejadiannya daripada manusia, akan tetapi tidak dapat diketahui secara detail dan tepat jarak kejadian jin dan manusia ini. Cuma terdapat beberapa pandangan ulama’ seperti Syeikh Ibnu Bashor al-Qurasyi RA didalam kitabnya ‘al-Mubtada’’ daripada Sayyiduna Abdullah bin Amru bin al-‘Ash RA berkata: “Allah SWT telah mencipta jin itu selama dua ribu tahun sebelum Adam AS.” Ada juga pendapat yang mengatakan empat puluh tahun lebih awal dan sebagainya. Walau bagaimanapun jarak tahun ini tidaklah penting kerana tiada nas yang mutawattir daripada al-Quran ataupun Hadith Rasulullah SAW yang menyatakan demikian. Cukuplah kita berpegang bahawa bangsa jin itu diciptakan lebih awal daripada bangsa manusia. Jin dijadikan daripada api dan manakala manusia daripada tanah, sebagaimana yang telah difirmankan oleh Allah SWT:

Ertinya: “Aku (syaitan) dijadikan daripada api, sedangkan dia (Adam) Engkau jadikannya daripada tanah.”

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR