Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Tuesday, August 25, 2009

TAZKIRAH RAMADHAN 1430H (30 Hadith)

TAZKIRAH RAMADHAN
Dihimpunkan oleh:
al-Faqir Ilallah al-Qawi,
Muhammad Rajab Akmal bin Haji Abdul Halim al-Idrisi



HADITH 1

عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكِ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَكَلَ طَعَامًا لَعَقَ أَصَابِعَهُ الثَّلاَثَ.

Daripada Sayyiduna Anas bin Malik RA berkata: “Adalah Baginda Rasulullah SAW setelah makan, baginda SAW akan menjilati ketiga-tiga jarinya.”

(Hadith riwayat Imam Tirmizi, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan Imam Ahmad)


KETERANGAN HADITH

Didalam hadith diatas menerangkan kepada kita mengenai bagaimana cara Baginda SAW dan adab yang telah diajari kepada kita setelah makan. Maka Baginda SAW hanya menggunakan tiga jarinya sahaja, perlulah difahami akan hadith diatas ini, Baginda SAW hanya menggunakan tiga jarinya sahaja kerana Baginda memakan gandum (roti) dan Baginda SAW mengajari kita supaya tertib ketika makan. Kemudian dilihat lagi bahawa Baginda SAW menjilati jari-jarinya, mengapa? Jika dilihat akan kelebihan dan khasiatnya ialah akan terhasilnya enzim daripada sisa-sisa makanan yang terdapat dihujung jari-jari itu dan ianya berfungsi menghadamkan makanan dalam perut. Lihatlah, begitu hebatnya Baginda SAW mengajari kita mengenai adab dan cara makan yang betul. Jadi, seharusnyalah kita pada bulan Ramadhan yang mulia ini kita menjaga adab-adab ketika hendak berbuka puasa supaya sistem pemakanan kita berjalan lancar dan agar mudah kita mendirikan ibadat-ibadat yang lain seperti bersolat Tarawih, Tadarus al-Quran dan sebagainya. Wallahu a’lam.


HADITH 2

عَنْ أَبِيْ جُهَيْفَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَمَّا أَنَا فَلاَ آكُلُ مُتَّكِئًا.

Daripada Abu Juhaifah RA katanya daripada Baginda SAW telah bersabda: “Aku tidak makan sambil bersandar.”

(Hadith riwayat Imam Tirmizi, Imam Bukhari, Imam Abu Daud, Imam Ibnu Majah, Imam Ahmad dan Imam Baihaqi)


KETERANGAN HADITH

Didalam hadith yang pendek diatas ini sebenarnya begitu jelas kepada kita tentang cara dan adab makan mengukit cara Rasulullah SAW, sebagai manusia yang ingin menjadi ummat Baginda SAW yang baik, seharusnya kita tidak membantah atau mengelak akan cara Baginda SAW ini. Kita lihat Baginda golongan barat mengajari kita supaya tidak mengukiti sunnah Baginda SAW sebagai contohnya seperti diatas makan barsandar, selepas makan perlulah makan pencuci mulut iaitu buah-buahan dan lain-lainnya. Sedangkan cara diatas jelas kepada kita bertentangan dengan Sunnah Baginda SAW. Mengapa demikian? Kerana mereka adalah musuh Allah SWT dan musuh Baginda Rasulullah SAW dan sememangnya mereka mahu dan bertujuan agar kita meninggalkan perintah dan Sunnah Baginda SAW agar masyarakat Islam yang akan datang bersasa pelik dan jangkal terhadap perintah dan sunnah Baginda SAW lantas mereka menentang cara yang diajari Baginda SAW.

Bukanlah maksud hadith ini larangan terus makan duduk di kerusi, boleh duduk di kerusi akan tetapi janganlah ketika makan bersandar. Sempena bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ini marilah kita melakukan perubahan dalam kehidupan kita dan berterusan hingga ke akhir hayat kita, melakukan perubahan dengan mengukiti sunnah Baginda SAW walaupun sekecil-kecil sunnah, semoga Allah SWT menghimpunkan kita bersama-sama dengan Baginda SAW di akhirat kelak. Amin.


HADITH 3

عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكِ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: أَتِيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَمْرٍ، فَرَأَيْتُهُ يَأْكُلُ وَهُوَ مُقْعٍ مِنَ الْجُوْعِ.

Daripada Sayyiduna Anas bin Malik RA berkata: “Rasulullah SAW pernah hanya memakan tamar (kurma kering), Aku melihat Baginda SAW makan sambil duduk dengan betisnya ditegakkan kerana lapar.”

(Hadith riwayat Imam Tirmizi, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan Imam Ahmad)


KETERANGAN HADITH

Didalam keteranagan hadith ini menerangkan cara Baginda SAW duduk ketika makan dengan penuh adab dan tertib, sering kita melihat ada jemaah yang tertentu yang mengikut kaedah ini sebagai contohnya Tabligh, mereka sedaya upaya mencontohi sunnah Baginda SAW, semoga Allah memberi ganjaran yang setimpalnya kepada mereka. Sebagai ummat yang ingin memperoleh kejayaan dunia dan akhirat, semestilah kita menjunjung sunnah Baginda SAW walaupun sekecil-kecil sunnah. Setiap perkara yang dilakukan Baginda SAW bukanlah berlandaskan hawa nafsu dan kehendak Baginda SAW akan tetapi ada hikmah dan kelebihan yang tertentu yang telah diperintah oleh Allah SWT. Wallahu a’lam.


HADITH 4

عَنْ إِيْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلََّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلَ اللهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةَ، وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةَ، وَالْحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ.

“Islam itu terbina atas lima perkara; bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad SAW adalah utusan Allah, dan mendirikan solat (lima waktu yang telah difardhukan), dan mengeluarkan zakat, menunaikan haji (bagi yang berkemampuan), dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”

(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


KETERANGAN HADITH

Dalam keterangan hadith diatas menjelaskan kepada kita akan perkara asas menjadi Islam. Bahawa Baginda SAW memberitahu kepada kita yang pertamanya kalimah Syahadah iaitu member kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah yang sebenarnya. Kesaksian syahadah dalam hadith diatas bukanlah kesaksian yang dilihat dengan mata yang jelas akan tetapi kesaksian yang berkait dengan keimanan dan kepercayaan dengan kewujudan Allah sebagai tuhan dengan penafian yang benar tidak ada sama sekali segala bentuk ketuhanan kecuali Allah, begitulah jugalah dengan kesaksian terhadap Junjungan Besar SAW sebagai utusan Allah dengan kesaksian keimanan dan kepercayaan bukan dengan batang tubuh Baginda SAW, sekiranya dengan batang tubuh Baginda SAW berimannya manusia, maka Abu Jahal dan sekutunya telah lama beriman kepada Baginda SAW.

Perkara yang keduanya ialah mendirikan solat, Baginda SAW mendatangkan perkataan ‘mendirikan’ bukan ‘menunaikan’ kerana perkara solat ini bukanlah perkara yang mudah, sekiranya tidak didirikan maka akan runtuh tiang Islam pada diri seseorang kerana solat itu ‘tiang agama’. Perkara yang ketiganya adalah mengeluarkan zakat bagi mereka yang berkemampuan dan telah cukup syarat dan haulnya, maka wajiblah zakat itu dikeluarkan, bagi yang tidak cukup syarat kemampuannya dan haulnya seperti golongan miskin, faqir, amil, dan sebagainya tidak disyaratkan bagi mereka mengeluarkan zakat bahkan mereka mesti menerima zakat. Perkara yang keempatnya ialah mengerjakan haji bagi mereka yang berkemampuan, tidak disyaratkan wajib bagi mereka yang miskin, tua dan sebagainya dengan sebab syar’ie. Perkara yang terakhir iaitu yang kelimanya ialah melakukan puasa pada bulan Ramadhan. Perlualah kita fahami bahawa berpausa pada bulan Ramadhan ini adalah wajib, janganlah diperingankan perkara ini.

Jika kita perhatikan pada zaman Sayyiduna Abu Bakar as-Siddiq RA pernah mengarahkan peperangan terhadap golongan yang engkar terhadap zakat kerana ianya merupakan salah satu daripada rukun Islam, sama jugalah dengan puasa. Sekiranya seseorang itu dengan tiada sebab syar’ie mebuka puasa atau tidak berpuasa pada bulan Ramadhan, maka Allah SWT tidak menerima qadha’nya. Begitu berat ancaman Allah SWT terhadap mereka yang engkar dengan kewajiban puasa dalam Ramadhan. Oleh itu, saya berpesan agar Ramadhan kali ini kita pertingkatkan kefahamanan dan tujuan puasa itu agar kita beroleh ketaqwaan kepada Allah SWT. Wallahu a’lam.


HADITH 5

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ، فَإِنَّمَا أَطْمَعَهُ اللهُ وَسَقَاهُ.

“Barangsiapa yang terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan ataupun minum (dengan tidak sengaja) maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, sesungguhnya Allah SWT lah yang telah memberi kepadanya makanan dan minuman.”

(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


KETERANGAN HADITH

Didalam keterangan hadith diatas menerangkan kepada kita mengenai mereka yang terlupa atau tidak sengaja makan atau minum atau kedua-duanya dalam berpuasa, maka mereka dimaafkan oleh Allah SWT tidak kira sama ada banyak atau sedikit mereka makan atau minum yang pentingnya perkara itu tidak disengajakan bukan disengajakan. Mereka mestilah meneruskan puasanya dan janganlah mereka meneruskan makan dan minum, sekiranya mereka meneruskan dengan sengaja, maka batallah puasa tersebut. Mereka yang tidak sengaja makan atau minum pada hala mereka sedang berpuasa adalah mereka itu telah diberi makan dan minum oleh Allah SWT. Wallahu a’lam.


HADITH 6

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ ذَرَعَهُ قَيْءٌ وَهُوَ صَائِمٌ فَلَيْسَ عَلَيْهِ قَضَاءٌ، وَإِنِ اسَتَقَاءَ فَلْيَقْضِ.

“Barangsiapa yang muntah tanpa disengajakan (sedangkan ia berpuasa) maka tidak perlulah dia mengqadha’kan puasanya dan sekiranya dia muntah dengan sengaja, maka hendaklah dia mengqadha’kan puasanya.”

(Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Imam Tirmizi)


KETERANGAN HADITH

Didalam hadith diatas menjelaskan bahawa Allah SWT memberi kerukhsahan dan kelonggaran serta kemaafan kepada mereka yang muntah dengan tidak disengajakan dengan tidak perlu menggantikan puasanya kerana ianya bukanlah atas kehendak si pelaku kerana ianya tidak disengajakan berbeza sekiranya disengajakan kerana ianya memang atas kehendak di pelaku itu sendiri. Begitulah besarnya kelebihan dan kemuliaan dalam bulan Ramadhan ini, maka atas kesempatan ini marilah kita ambil akan manfaat dan kelebihan yang telah diganjarkan oleh Allah SWT ini. Wallahu a’lam.


HADITH 7

كَانَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ فَعَلَى تَمَرَاتٍ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ، فَإِنَّهُ طَهُوْرٌ.

“Sesungguhnya Baginda Nabi SAW berbuka sebelum solat maghrib dengan beberapa biji kurma basah (ratob). Sekiranya tidak ada kurma basah, maka Baginda SAW berbuka dengan kurma kering (tamar). Sekiranya tidak ada juga, maka Baginda SAW meminum beberapa teguk air, sesungguhnya ianya adalah suci.”
(Hadith riwayat Imam Tirmizi dan Imam Abu Daud)

KETERANGAN HADITH

Didalam huraian hadith ini pula, kita perhatikan secara mendalam betapa sederhananya Baginda SAW ketika menghadapi berbuka puasa. Hanya dengan beberapa kurma atau tamar atau minuman sejuk sahaja. Jika diperbandingkan dengan cara hidup masyarakat kita hari ini, telah banyak berlaku bentuk pembaziran tanpa kita sedari atau sebaliknya. Telah pun dijelaskan oleh Allah SWT bahawa pembaziran itu merupakan saudara syaitan, maka diambillah akan iktibar ini dengan jelas.

Kita berada bulan Ramadhan yang begitu mulia, sehingga Allah SWT memerintahkan para MalaikatNya supaya merantai syaitan-syaitan agar mereka tidak dapat melakukan penghasutan dan bisikan kepada manusia, agar manusia tenang dan aman melakukan ibadat-ibadat tanpa gangguan. Akan tetapi disini kita lihat, seolah-olah syaitan ini masih tidak dibelenggu lagi kerana kejahatan manusia itu masih berterusan, ini menunjukkan kepada kita bahawa syaitan jin telah dibelenggu akan tetapi syaitan manusia masih terus melakukan maksiat tanpa bantuan syaitan jin, kesimpulannya manusia telah mengambil alih ‘jawatan kosong Ramadhan’ pada bukan yang mulia ini.

Hadith diatas bukanlah larangan terus iaitu seolah Baginda SAW tidak membenarkan memakan yang berat-berat, bukanlah begitu maksudnya, jika kita lihat dan perhatikan betul-betul bahawa Baginda SAW mengajar dan menunjuki kepada kita cara atau kaedah pemakanan yang tebaik, dan ianya telah diakui oleh para Ulama bahkan para pengkaji, ahli saintis, dan pakar pemakanan. Begitu hebatnya Baginda SAW dan begitu ambil beratnya Baginda Saw terhadap ummatnya agar menjaga kesihatan. Ya Allah, himpunkan kami kelak bersama-sama dengan Baginda Rasulullah SAW. Amin.


HADITH 8

تَسَحَّرُواْ فَإِنَّ فِي السَّحُوْرِ بَرَكَةً.

“Bersahurlah kalian, maka sesungguhnya pada bersahur itu ada keberkatan.”
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

KETERANGAN HADITH

Keterangan dalama hadith yang pendek ini menunjukkan kepada kita betapa pentingnya bersahur, sehingga digambarkan oleh Baginda SAW mendapat keberkatan, mengapa mendapat keberkatan? Kerana didalam hadith yang lainnya diterangkan oleh Baginda SAW bahawa bersahur itu dapat membantu dan menolong untuk memberi kekuatan dan tenaga pada siang hari puasa. Walaupun hanya seteguk air.

Oleh itu, untuk mendapat ganjaran yang lebih daripada Allah SWT, marilah kita mengejar keberkatan yang telah dijanjikan oleh Baginda SAW. Jangan kita memandang remah dan kecil tentang sahur, perlulah kita ketahui perbezaan puasa ummat yang tedahulu dapada kita dan puasa ummat Baginda SAW adalah bersahur, maka marilah kita menjadikan diri kita berbeza daripada ummat yang terdahulu daripada kita, kerana banyak diantara mereka yang telah dimurkai dan dilaknat oleh Allah SWT. Wallahu a’lam.


HADITH 9

عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ عَبْدٍ يَصُوْمُ يَوْمًا فِيْ سَبِيْلِ اللهِ إِلاَّ بَاعَدَ اللهُ بِذَالِكَ الْيَوْمِ عَنْ وَجْهِهِ النَّارَ سَبْعِيْنَ خَرِيْفًا.

“Daripada Sayyiduna Abu Said al-Khudri RA berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tidaklah seorang hamba itu berpuasa sehari pada Jalan Allah SWT, kecuali Allah SWT menjauhkannya dengan hari (puasa) itu akan wajahnya daripada api neraka selama tujuh puluh tahun.”
(Muttafaqun ‘Alaih, melalui lafaz Imam Muslim)


KETERANGAN HADITH

Didalam hadith ini menarangkan akan kelebihan berpuasa bagi mereka yang benar-benar berpuasa kerana Allah SWT, bukan kerana dipaksa atau menunjuk, maka Allah SWT memberi kebebasan daripada api neraka Allah SWT selama tujuh puluh tahun, hanya dengan sehari sahaja puasanya. Bayangkanlah begitu besar kurniaan Allah SWT kepada hamab-hamabNya yang benar-benar ikhlas dalam berpuasa.

Jesteru itu, sebagai khalifah Allah SWT marilah kita melaksanakan kewajiban puasa ini benar-benar kerana Allah SWT agar kita benar-benar berada dilandasan Jalan Allah SWT, mudah-mudahan Allah SWT menjauhkan kita daripada azab api neraka sebagaimana yang telah dijanjikan kepada hamba-hambaNya yang benar-benar berada pada jalan Allah SWT. Wallahu a’lam.


HADITH 10

أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: كُلُّ حَسَنَةٍ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفِ إِلاَّ الصِّيَامُ فَإِنَّهُ لِي وَاَنَا أَجْرِيْ بِهِ

“Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT telah berfirman: Setiap kebajikan itu dibalas dengan sepersepuluh seumpamanya hingga tujuh ratus kali ganda kecuali puasa, yang mana sesungguhnya ia adalah hak Aku dan Aku membalasnya tanpa terkira banyaknya.”


KETERANGAN HADITH

Didalam hadith diatas adalah Hadith Qudsi, iaitu rangkaian wahyu yang diterima oleh Baginda Nabi SAW melalui mimpi. Baginda SAW terus menerimanya daripada Allah SWT. Berbeza dengan wahyu-wahyu yang lainnya, Baginda SAW menerimanya dengan perantaraan Sayyiduna Jibril Alaihis Salam, maka wahyu yang diterima oleh Baginda SAW daripada Sayyiduna Jibril AS ini dinamakan al-Quran.
Maka dalam hadith qudsi ini menerangkan begitu jelas akan kurniaan Allah SWT kepada para hambaNya yang berpuasa, sehingga digandakan pahalanya mencecah tujuh ratus pahala dan lebih daripada itu kerana Allah SWT amat mencintai golongan yang berpuasa, sehinggakan Allah SWT melipatkali gandakan pahala puasa dengan nilai yang begitu besar, dengan nilai yang tidak dijangka dek akal kita, nilai yang dirasa tidak terlintas dalam jiwa kita. Ini kerana Allah SWT mahukan para hambaNya melakukan puasa itu dengan sebenar-benar kesungguhan hanya kerana Allah SWT. Semoga Allah SWT meletakkan kita didalam golongan para hambaNya yang dijanjikan pahala yang sedemikian rupa. Wallahu a’lam.


HADITH 11

وَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَخُلُوْفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ

“Sesungguhnya Baginda Nabi SAW telah bersabda: Demi Tuhan yang nyawa diriku di dalam TanganNya, mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah SWT daripada bau harum kasturi.”


KETERANGAN HADITH

Di dalam keterangan hadith diatas menyatakan kepada kita akan kelebihan berpuasa, bahawa syarak memakruhkan kita memberus gigi pada siang hari kerana ada hikmah-hikmah yang tertentu. Antara hikmahnya Allah SWT mahukan para hambaNya yang berpuasa supaya menahan diri dengan banyak bersabar sehingga Allah SWT menggantikan di akhirat dengan bau mulut yang lebih harum daripada haruman kasturi. Begitu besar ganjaran Allah SWT kepada mereka yang berpuasa. Wallahu a’lam.



HADITH 12

أَنَّ الرَّسُوْلَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا كَانَ اَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ نَظَرَ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ، وَاِذَا نَظَرَ اِلَى عَبْدٍ لَمْ يُعَذِّبْهُ اَبَدً، وَلِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِي كُلِّ يَوْمٍ اَلْفُ عَتِيْقٍ مِنَ النَّارِ

“Sesungguhnya Baginda Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila tiba awal bulan ramadhan, Allah SWT melihat kepada makhlukNya, dan apabila melihat kepada seseorang hamba nescaya Dia tidak akan menyeksa hambaNya selama-lamanya dan bagi Allah Azza Wa Jalla pada setiap hari bulan Ramadhan itu seribu orang dimerdekakan daripada api neraka.”

KETERANGAN HADITH

Di dalam hadith ini, bahawa Baginda SAW telah menerangkan kepada kita akan kelebihan Ramadhan, apabila menjelma Ramadhan maka Allah SWT tidak akan mengazab hambaNya kerana tingginya kasih sayang Allah SWT terhadap bulan Ramadhan yang mulia ini dan pada setiap hari dalam bulan Ramadhan, Allah SWT membebaskan para hambaNya yang berdosa daripada azab neraka sebanyak seribu orang setiap hari, jika tiga puluh hari kita berpuasa, maka Allah SWT membebaskan tuga puluh ribu orang Islam yang berdosa daripada azab neraka. Subhanallah! Begitu hebat dan besarnya kemulian Ramadhan ini. Wallahu a’lam.



HADITH 13


أَنَّ الرَّسُوْلَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لِلْجَنَّةِ بَابٌ يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ، لاَ يُدْخُلُ مِنْهُ اِلاَّ الصَّائِمُوْنَ، وَهُوَ مَوْعُودٌ بِلِقَاءِ اللهِ فِي جَزَاءِ صَوْمِهِ

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Syurga itu mempunyai pintu yang dinamakannya ar-Rayyan, yang mana hanya akan dimasuki oleh para hamba Allah SWT yang berpuasa sahaja, dan ia dijanjikan pertemuan dengan Allah SWT sebagai balasan puasanya.”

KETERANGAN HADITH

Menurut keterangan hadith di atas menerangkan kepada kita juga akan kelebihan dan ganjaran yang Allah SWT hendak berikan kepada hambaNya yang berpuasa. Di dalam syurga ada beberapa pintu, akan tetapi ada sebuah pintu sebagai pintu terdekat untuk bertemu Allah SWT. Di dalam syurga, tiada nikmat yang paling besar kecuali melihat Wajah Allah SWT, maka hanya mereka yang berpuasa sahajalah yang dapat melihat dengan cepat dengan memasuki pintu ar-Rayyan. Wallahu ‘alam.


HADITH 14

اَلصِّيَامُ جُنَّةٌ، فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَجْهَلْ وَإِنْ اِمْرُؤٌ قَاتَلَهُ اَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّيْ صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ

“Puasa itu sebagai perisai, jika kamu berpuasa janganlah berkata keji dan berperangai jahil (tidak sopan). Jika ada yang mengajak berkelahi atau memaki hamun kamu, maka katakanlah: Saya sedang berpuasa, saya sedang berpuasa.”
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

KETERANGAN HADITH

Hadith di atas ini menjelaskan kepada kita akan fungsi dan peranan puasa dalam diri kita, sehingga Baginda SAW menyatakan bahawasanya puasa itu sebagai perisai atau dinding, kerana fungsi puasa itu mendindingi dan memagari diri kita daripada melakukan maksiat dan apa-apa perkara yang tidak disukai Allah SWT. Mendindingi diri kita daripada berkata dengan perkataan keji dan lucah, bersikap tidak ramah, berkelahi dan sebagainya, seraya berkata dengan diperingatkan dalam hati bahawa kita sedang berpuasa kerana Allah SWT. Wallahu a’lam.



(Bersambung esok....)

No comments:

Post a Comment

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR