Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Sunday, August 30, 2009

HUSUN MANIAH PENDEK

Dihimpunkan oleh:
Tuan Guru yang dikasihi
Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Hj Abdul Halim al-Idrisi
Musyriful 'Am DARUL ANSAR


Ini adalah Husun yang pendek atau lebih dikenali sebagai Hafizhatun Nabawiyyah, merupakan salah satu daripada amalan Sayyid Ahmad bin Idris al-Hasani al-Maghribi RA, pendiri Tariqah al-Ahmadiyyah al-Idrisiyyah. Amalan ini saya keluarkan daripada kitab al-Ahzab, karya Sayyid Ahmad bin Idris, yang mana saya terimanya daripada Sayyid Muhammad bin Idris al-Idrisi al-Hasani RA daripada ayahandanya Sayyid Idris bin Muhammad as-Syarif al-Idrisi al-Hasani RA daripada ayahandanya Sayyid Muhammad as-Syarif bin Abdul Ali al-Idrisi al-Hasani RA daripada ayahandanya Sayyid Abdul Ali bin Ahmad al-Idrisi al-Hasani daripada ayahandanya al-Imam al-'Arifin Wal Qutb al-Muhaqqiqin Sayyid Ahmad bin Idris al-Hasani al-Maghribi RA (Sohibul Kitab al-Ahzab). Amalan ini mestilah diamalkan oleh para pengamal perubatan Islam dan amalan ini dibekalkan kepada pesakit-pesakit yang sedang dalam rawatan atau yang telah dirawat sebagai pembenteng daripada segala bentuk penyakit zahir atau gangguan jin dan syaitan serta manusia.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ (٣كالي) بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ (٣كالي) بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، مُحَمَّدٌ رَّسُوْلُ اللهِ، لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ، بِسْمِ اللهِ عَلَى دِيْنِيْ وَنَفْسِيْ، بِسْمِ اللهِ عَلَى أَهْلِيْ وَمَالِيْ، بِسْمِ اللهِ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ اَعْطَانِيْهِ رَبِّيْ، بِسْمِ اللهِ خَيْرِ الأَسْمَاءِ، بِسْمِ اللهِ رَبِّ الأَرْضِ وَالسَّمَاءِ، بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يُضُرُّ مَعَ اسْمِهِ دَاءٌ، بِسْمِ اللهِ افْتَتَحْتُ وَبِاللهِ اخْتَتَمْتُ، وَعَلَى اللهِ تَوَكَّلْتُ. لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ (٣كالي) اللهُ أَكْبَرُ (٣كالي) لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْحَلِيْمُ الْكَرِيْمُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَلِيُّ الْعَظِيْمُ، تَبَارَكَ اللهُ رَبُّ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ، وَرَبُّ الأَرَضِيْنَ وَمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، عَزَّ جَارُكَ وَجَلَّ ثَنَاؤُكَ، وَلاَ إِلَهَ غَيْرُكَ، إِجْعَلْنِيْ فِيْ جِوَارِكَ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِيْ شَرِّ، وَمِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ، إِنْ وَلِيِّيَ اللهُ الَّذِيْ نَزَّلَ الْكِتَابَ وَهُوَ يَتَوَلَّى الصَّالِحِيْنَ، لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُوْلٌ مِنْ اَنْفُسِكُمْ عَزِيْزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيْصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِيْنَ رَؤُوْفٌ رَّحِيْمٌ. فَإِنْ تَوَلَّوْ فَقُلْ حَسْبِيَ اللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ. (٧كالي)

DOA KETIKA MELIHAT ATAU MERASAKAN LINTASAN YANG MENAKUTKAN

Disediakan oleh:
Tuan Guru yang dikasihi,
Syeikh Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al-Idrisi,
Musyriful Am DARUL ANSAR
ZIKIR KETIKA MELIHAT ATAU MERASAKAN LINTASAN YANG MENAKUTKAN


قُلْ كُوْنُواْ حِجَارَةً اَوْ حَدِيْدًا اَوْ خَلْقًا مِمَّا يَكْبُرُ فِيْ صُدُوْرِكُمْ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ.

“Katakanlah jadilah kamu (syaitan) batu atau besi atau apa sahaja kejadian yang terlintas dihati kamu, dan tiada daya upaya (melakukan kebaikan) dan tiada kekuatan (menolak kejahatan) kecuali dengan kehendak Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Agung.”

Thursday, August 27, 2009

ZIKIR APABILA DITIMPA MUSIBAH

يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمٌ
“Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Dengan Sendirinya.”

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْل
“Cukuplah Allah bagi kami, sebagai pelindung.”

DOA MENJAUHI H1NI1 (SELSEMA BABI)

اَللَّهُمَّ اكْشِفْ عَنَّا وَعَنْ جَمِيْعِ الْمُسْلِمِيْنَ مِنَ الْبَلاَءِ وَالْوَبَاءِ، مَا لاَ يَكْشِفُهُ غَيْرُكَ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

“Ya Allah, hapuskanlah daripada kami dan kaum Muslimin daripada Bala dan Wabak, yang tidak dapat dihapuskannya kecuali Engkau, dengan RahmatMu, Wahai Yang Maha Pengasih kepada golongan yang dikasihani.

Tuesday, August 25, 2009

KELEBIHAN HABBATUS SAUDA

Kelebihan Habbatus Sauda

Islam merupakan agama yang menyeluruh, sempurna dan menyelesaikan segala masalah manusia. Maka bagaimana mungkin setiap masalah yang kita hadapi tidak dapat diatasi mengikut cara Islam. Sebuah hadis daripada riwayat Muslim menerusi Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah, daripada Nabi Muhammad S.A.W bahawa baginda bersabda yang bermaksud:
“ Setiap penyakit pasti ada penawarnya. Jika ubat sudah bertepatan dengan penyakit, penyakit itu pasti akan sembuh dengan izin Allah S.W.T “(Riwayat Muslim)

Dalam kitab Sahih al-Bukhari dan Muslim daripada Ata’, daripada Abu Hurairah r.a bahawa beliau berkata bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda bermaksud:
“ Setiap kali Allah menurunkan penyakit, pasti Allah menurunkan ubat dan penawarnya.”

Habbatus Sauda atau Syuwainiz merupakan sejenis tumbuhan yang banyak didapati di kawasan Mediterranean dan kawasan beriklim gurun. Ia merupakan biji hitam yang telah dikenali semenjak ribuan tahun yang lalu dan digunakan secara meluas oleh masyarakat Timur Tengah dan India untuk mengunati pelbagai jenis penyakit.

Jintan hitan diperolehi daripada bijinya. Pokoknya mengeluarkan bunga berwarna ungu muda atau putih. Buahnya berbentuk kapsul yang mengandungi banyak biji kecil berwarna putih dan berbentuk trigonal. Setelah matang kapsulnya terbuka dan biji-bijinya berubah menjadi warna hitam. Minyak dari jintan hitam ini dijumpai dalam makam Firaun Thukankamen. Ia juga digunakan oleh Cleopatra untuk kesihatan dan kecantikannya.

Jintan hitam ini juga digunakan oleh ahli pengubatan Yunani untuk mengubati sakit gigi, sakit kepala, hidung tersumbat dan mengatasi parasit usus seperti cacing. Biji Habbatus Sauda mengandugi 40% minyak constant dan 14% minyak aviary, juga mengandungi 15 asid amino, protein, kalsium, zat besi, sodium, dan potassium. Komposisinya yang paling penting adalah Thymoquinone (TQ), Dithymo-ouinone (DTQ), Thymohydro-quinone (THQ) dan Thymol (THY)

Ada juga ahli perubatan yang menolak wujudnya sebuah herba yang boleh menyembuhkan penyakit. Namun setelah Ilmuwan Islam menjalani ujian klinikal dan menyimpulkan hasilnya, mereka barulah mengakui akan kebenarannya.

Jintan hitam atau Habbatus Sauda atau dalam bahasa saintfiknya Nigella Sativa telah digunakan dikebanyakan negara Timur Tengah untuk pengubatan selama lebih 2000 tahun. Banyak kajian telah dijalankan namun kebanyakannya ditulis dalam bahasa arab. Oleh itu, pendedahan terhadap dunia antarabangsa tidak banyak dibuat.

Rasulullah S.A.W sendiri ada menyebut mengenai kelebihan Habbatus Sauda iaitu sabdanya: “Hendaklah kamu memakan habbatus sauda (jintam hitam) kerana ia mengandungi ubat untuk segala jenis penyakit melainkan al-Saam (mati).” (Riwayat at-Tirmizi).

Daripada Khalid bin Sa’ad, dia berkata: “Kami keluar dan bersama kami ada Ghalib bin Abjar. Dia sakit di tengah jalan, lalu kami pergi ke Madinah, sedangkan dia dalam keadaan sakit. Lalu Ibnu Abi Atiq menjenguknya seraya berkata kepada kami: “Ubatilah dengan Habbah as-Sauda ini. Ambillah darinya lima atau tujuh biji, lalu tumbuklah. Kemudian titiskan pada hidung seperti titisan minyak di sisi ini dan di sisi ini.”

Aisyah bercerita kepadaku bahawa dia mendengar Nabi S.A.W bersabda: “ Sesungguhnya habbah as-Sauda ini adalah penyembuh dari segala penyakit kecuali penyakit al-saam. Ditanyakan apa itu penyakit sham, beliau berkata al-saam adalah kematian.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada hadis-hadis yang disebutkan di atas, maka jelaslah kepada kita akan kelebihan habbatus sauda. Malahan dari segi Perubatan Islam, minyak habbatus sauda yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan ayat-ayat ruqyah mampu memulihkan pesakit yang mengalami gangguan jin, syaitan dan sebagainya.

Habbatus sauda juga digunakan secara tradisional untuk beberapa keadaan seperti untuk menghasilkan kulit muka yang cerah, membantu merawat batuk dan asma, kencing manis, selesema, keguguran rambut, tekanan darah tinggi, masalah untuk tidur, sakit-sakit otot dan sendi, rasa loya dan muntah, mengurangkan kolesterol, merawat batu karang dan sebagainya.

Ibnu Sina dalam bukunya Canon of Medicine menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga dan membantu pemulihan kepenatan dan semangat. Ibnu Qayyim pula di dalam bukunya Medicine of the Prophet menyatakan bahawa habbatus sauda berupaya memulihkan penyakit-penyakit seperti batuk, bronchitis, masalah perut, kecacingan, masalah kulit seperti jerawat, sakit senggugut dan haid, menambah susu badan, menambah pengaliran air liur dan sebainya.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan bahawa habbatus sauda mampu untuk meningkatkan daya tahan sakit (sistem imunisasi). Imuniti adalah kemampuan tubuh untuk mencipta kekebalan khusus, kuat dan sempurna untuk melawan segala unsur yang menyerang tubuh. Justeru, sistem kerja habbatus sauda dalam tubuh adalah untuk memperbaiki, menjaga dan meningkatkan sistem kekebalan tubuh manusia terhadap berbagai penyakit. Ia juga mempunyai senjata khusus untuk menghancurkan segala jenis penyakit.

Habbatus sauda juga mampu melarutkan toksin atau racun dalam tubuh manusia. Buktinya, apabila kita masukkan vetsin ke dalam air panas, tunggu hingga larut. Lalu masukkan iodin ke dalam vetsin tersebut,. Air tersebut akan berubah menjadi warna kebiruan. Ini dapat dimisalkan bahawa tubuh manusia kemasukan bahan kimia yang berupa racun. Setelah itu, masukkan serbuk jintan hitam yang telah ditumbuk ke dalam larutan vetsin tersebut dan adunkan. Warna air itu dengan serta merta akan melarutkan warna kebiruan hingga jernih kembali.

Racun dapat mengganggu metabolisme dan mengurangi fungsi organ penting seperti hati, paru-paru dan otak. Keracunan dapat menimbulkan gejala berupapening, gangguan pernafasan, dan daya kosentrasi yang menurun. Habbatus Sauda yang mengandungi Saponin, boleh meneutralkan dan membersihkan racun dalam tubuh manusia.

Habbatus sauda juga mampu untuk mengatasi gangguan tidur dan stress. Ini sisebabkan Saponin yang terkandung dalam habbatus sauda memiliki fungsi seperti kortikosteroid yang dapat mempengaruhi metabolisme karbohidrat, protein dan lemak serta mempengaruhi fungsi jantung, ginjal dan otot tubuh serta saraf. Saponin berfungsi untuk mempertahankan diri dari perubahan lingkungan, gangguan tidur, dan dapat menghilangkan stress.

Antara pengguan dan manfaat Habbatus sauda ialah:
1. Ditumbuk dibuat adunan dan dicampur dengan madu. Diminum setelah dicampurkan dengan air panas sebagai rutin harian. Ia dapat menghancurkan batu ginjal dan batu kandung kencing, memperlancar air seni, haid dan asi.
2. Diadun dengan air tepung basah atau tepung yang sudah dimasak. Ia bolah mengeluarkan cacing dengan lebih cepat.
3. Minum minyaknya kira-kira sesenduk setelah dicampurkan dengan air. Ia dapat menghilangkan sesak nafas dan penyakit yang sejenis dengannya.
4. Dimasak dengan cuka dan dipakai untuk berkumur-kumur bagi mereka yag sakit gigi.
5. Digunakan sebagai pembalut dicampurkan dengan cuka untuk mengatasi jerawat dan kudis bernanah.

Sebenarnya banyak lagi kelebihan habbatus sauda yang masih belum diketahui. Moga kita bertambah yakin terhadap Islam dan perubatan Islam. Wallahu’alam.

Untuk mendapatkan Minyak Habbatus Sauda Al-Barakah boleh didapati di Pusat Rawatan Islam Darul Ansar atau hubungi kami ditalian 012-6417300 atau 013-6111706



Yang Benar,

PENDAFTAR DARUL ANSAR

AIR DOA DAN PENAWAR NURUSSYIFA'

AIR DOA DAN PENAWAR NURUSSYIFA’
Telah diusahakan dan diedarkan oleh:
Pusat Rawatan Islam Darul Ansar, Pulau Gadong, Melaka.


Kelebihan dan khasiat air ini telah dibacakan ayat-ayat al-Quran secara berulang-ulang, Ayat as-Syifa’, Ruqyah an-Nabawiyyah, Hafizah an-Nabawiyyah, Husun ad-Dafi’ah, Husun al-Mani’ah, Hizib an-Nawawiyah, Hizib al-Bahar, Hizib an-Nashar, Hizib al-Barr, Hizib al-Kanaf, Hizib as-Saifi, Hizib al-Mughni, Salawat al-Azimiyyah, Salawat at-Thaiyyibah, Salawat at-Taziyyah, dan himpunan 14 Salawat bagi Sayyid Ahmad bin Idris al-Hasani al-Maghribi.

Air ini mengadungi khasiat yang tinggi selain dibacakan ayat-ayat dan doa-doa diatas, air ini diproses dengan menggunakan teknologi nano dan air ini telah ditambah khasiatnya dengan air yang paling bermutu di dunia iaitu air zamzam yang telah diketahui akan kelebihannya. Sesuai untuk pelbagai guna dan segala bentuk penyakit, sama ada penyakit yang bersifat lahiriyah ataupun batiniyah (gangguan jin dan sebagainya). Boleh diminum terus, dicampur dalam makanan, minuman atau disapukan pada muka dan sebagainya. Telah didoakan dengan diketuai oleh Musyrif Umum Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia, Sohibul Fadhilah as-Syeikh Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al-Idrisi, melalui sanad dan ijazah daripada al-Imam Sayyid Muhammad ibn Idris al-Idrisi al-Hasani, seorang ulama besar di Sudan dan Mesir serta Mursyid besar dalam Tariqah al-Muhammadiyyah al-Idrisiyyah al-Ahmadiyyah as-Syaziliyyah.

Air ini boleh didapati terus di Pusat Rawatan Islam Darul Ansar, Pulau Gadong. Di talian: 013-6111706 atau 012-6417300.

MASALAH GANGGUAN JIN?? SILA HUBUNGI KAMI

PERSATUAN PERUBATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA
(DARUL ANSAR)
D/a Pusat Rawatan Islam Darul Ansar,
No. 16-1, Jalan BP 1, Taman Bertam Perdana,
75200, Pulau Gadong, Melaka.

Untuk mendapatkan rawatan dan kaunseling, sila hubungi untuk temujanji di:
013-6278450 atau 012-6417300 atau 016-7803905 (bagi pesakit lelaki)
013-6111706 atau 013-3024807 (bagi pesakit wanita)

PERATURAN
1. Peringatan bagi para pesakit wanita, sila datang dengan menutup aurat, bagi yang tidak menutup aurat TIDAK akan dilayan sama sekali.
2. Bagi pesakit lelaki TIDAK dibenarkan membawa atau menghisap rokok dalam klinik rawatan perubatan Islam.
3. Pesakit lelaki TIDAK dibenarkan memakai seluar pendek, bergelang dan berantai leher.
4. Para pesakit hendaklah MEMBUANG segala tangkal atau azimat yang dipakai terlebih dahulu sebelum mendapat rawatan perubatan Islam.
5. Pesakit wanita hendaklah datang dengan ditemani MUHRIM untuk menerima rawatan perubatan Islam.

TAZKIRAH RAMADHAN 1430H (30 Hadith)

TAZKIRAH RAMADHAN
Dihimpunkan oleh:
al-Faqir Ilallah al-Qawi,
Muhammad Rajab Akmal bin Haji Abdul Halim al-Idrisi



HADITH 1

عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكِ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَكَلَ طَعَامًا لَعَقَ أَصَابِعَهُ الثَّلاَثَ.

Daripada Sayyiduna Anas bin Malik RA berkata: “Adalah Baginda Rasulullah SAW setelah makan, baginda SAW akan menjilati ketiga-tiga jarinya.”

(Hadith riwayat Imam Tirmizi, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan Imam Ahmad)


KETERANGAN HADITH

Didalam hadith diatas menerangkan kepada kita mengenai bagaimana cara Baginda SAW dan adab yang telah diajari kepada kita setelah makan. Maka Baginda SAW hanya menggunakan tiga jarinya sahaja, perlulah difahami akan hadith diatas ini, Baginda SAW hanya menggunakan tiga jarinya sahaja kerana Baginda memakan gandum (roti) dan Baginda SAW mengajari kita supaya tertib ketika makan. Kemudian dilihat lagi bahawa Baginda SAW menjilati jari-jarinya, mengapa? Jika dilihat akan kelebihan dan khasiatnya ialah akan terhasilnya enzim daripada sisa-sisa makanan yang terdapat dihujung jari-jari itu dan ianya berfungsi menghadamkan makanan dalam perut. Lihatlah, begitu hebatnya Baginda SAW mengajari kita mengenai adab dan cara makan yang betul. Jadi, seharusnyalah kita pada bulan Ramadhan yang mulia ini kita menjaga adab-adab ketika hendak berbuka puasa supaya sistem pemakanan kita berjalan lancar dan agar mudah kita mendirikan ibadat-ibadat yang lain seperti bersolat Tarawih, Tadarus al-Quran dan sebagainya. Wallahu a’lam.


HADITH 2

عَنْ أَبِيْ جُهَيْفَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ أَنَّ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: أَمَّا أَنَا فَلاَ آكُلُ مُتَّكِئًا.

Daripada Abu Juhaifah RA katanya daripada Baginda SAW telah bersabda: “Aku tidak makan sambil bersandar.”

(Hadith riwayat Imam Tirmizi, Imam Bukhari, Imam Abu Daud, Imam Ibnu Majah, Imam Ahmad dan Imam Baihaqi)


KETERANGAN HADITH

Didalam hadith yang pendek diatas ini sebenarnya begitu jelas kepada kita tentang cara dan adab makan mengukit cara Rasulullah SAW, sebagai manusia yang ingin menjadi ummat Baginda SAW yang baik, seharusnya kita tidak membantah atau mengelak akan cara Baginda SAW ini. Kita lihat Baginda golongan barat mengajari kita supaya tidak mengukiti sunnah Baginda SAW sebagai contohnya seperti diatas makan barsandar, selepas makan perlulah makan pencuci mulut iaitu buah-buahan dan lain-lainnya. Sedangkan cara diatas jelas kepada kita bertentangan dengan Sunnah Baginda SAW. Mengapa demikian? Kerana mereka adalah musuh Allah SWT dan musuh Baginda Rasulullah SAW dan sememangnya mereka mahu dan bertujuan agar kita meninggalkan perintah dan Sunnah Baginda SAW agar masyarakat Islam yang akan datang bersasa pelik dan jangkal terhadap perintah dan sunnah Baginda SAW lantas mereka menentang cara yang diajari Baginda SAW.

Bukanlah maksud hadith ini larangan terus makan duduk di kerusi, boleh duduk di kerusi akan tetapi janganlah ketika makan bersandar. Sempena bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah ini marilah kita melakukan perubahan dalam kehidupan kita dan berterusan hingga ke akhir hayat kita, melakukan perubahan dengan mengukiti sunnah Baginda SAW walaupun sekecil-kecil sunnah, semoga Allah SWT menghimpunkan kita bersama-sama dengan Baginda SAW di akhirat kelak. Amin.


HADITH 3

عَنْ أَنَسٍ بْنِ مَالِكِ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: أَتِيَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِتَمْرٍ، فَرَأَيْتُهُ يَأْكُلُ وَهُوَ مُقْعٍ مِنَ الْجُوْعِ.

Daripada Sayyiduna Anas bin Malik RA berkata: “Rasulullah SAW pernah hanya memakan tamar (kurma kering), Aku melihat Baginda SAW makan sambil duduk dengan betisnya ditegakkan kerana lapar.”

(Hadith riwayat Imam Tirmizi, Imam Muslim, Imam Abu Daud dan Imam Ahmad)


KETERANGAN HADITH

Didalam keteranagan hadith ini menerangkan cara Baginda SAW duduk ketika makan dengan penuh adab dan tertib, sering kita melihat ada jemaah yang tertentu yang mengikut kaedah ini sebagai contohnya Tabligh, mereka sedaya upaya mencontohi sunnah Baginda SAW, semoga Allah memberi ganjaran yang setimpalnya kepada mereka. Sebagai ummat yang ingin memperoleh kejayaan dunia dan akhirat, semestilah kita menjunjung sunnah Baginda SAW walaupun sekecil-kecil sunnah. Setiap perkara yang dilakukan Baginda SAW bukanlah berlandaskan hawa nafsu dan kehendak Baginda SAW akan tetapi ada hikmah dan kelebihan yang tertentu yang telah diperintah oleh Allah SWT. Wallahu a’lam.


HADITH 4

عَنْ إِيْنِ عُمَرَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلََّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لاَّ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلَ اللهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةَ، وَإِيْتَاءِ الزَّكَاةَ، وَالْحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ.

“Islam itu terbina atas lima perkara; bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan sesungguhnya Muhammad SAW adalah utusan Allah, dan mendirikan solat (lima waktu yang telah difardhukan), dan mengeluarkan zakat, menunaikan haji (bagi yang berkemampuan), dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”

(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


KETERANGAN HADITH

Dalam keterangan hadith diatas menjelaskan kepada kita akan perkara asas menjadi Islam. Bahawa Baginda SAW memberitahu kepada kita yang pertamanya kalimah Syahadah iaitu member kesaksian bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad SAW adalah utusan Allah yang sebenarnya. Kesaksian syahadah dalam hadith diatas bukanlah kesaksian yang dilihat dengan mata yang jelas akan tetapi kesaksian yang berkait dengan keimanan dan kepercayaan dengan kewujudan Allah sebagai tuhan dengan penafian yang benar tidak ada sama sekali segala bentuk ketuhanan kecuali Allah, begitulah jugalah dengan kesaksian terhadap Junjungan Besar SAW sebagai utusan Allah dengan kesaksian keimanan dan kepercayaan bukan dengan batang tubuh Baginda SAW, sekiranya dengan batang tubuh Baginda SAW berimannya manusia, maka Abu Jahal dan sekutunya telah lama beriman kepada Baginda SAW.

Perkara yang keduanya ialah mendirikan solat, Baginda SAW mendatangkan perkataan ‘mendirikan’ bukan ‘menunaikan’ kerana perkara solat ini bukanlah perkara yang mudah, sekiranya tidak didirikan maka akan runtuh tiang Islam pada diri seseorang kerana solat itu ‘tiang agama’. Perkara yang ketiganya adalah mengeluarkan zakat bagi mereka yang berkemampuan dan telah cukup syarat dan haulnya, maka wajiblah zakat itu dikeluarkan, bagi yang tidak cukup syarat kemampuannya dan haulnya seperti golongan miskin, faqir, amil, dan sebagainya tidak disyaratkan bagi mereka mengeluarkan zakat bahkan mereka mesti menerima zakat. Perkara yang keempatnya ialah mengerjakan haji bagi mereka yang berkemampuan, tidak disyaratkan wajib bagi mereka yang miskin, tua dan sebagainya dengan sebab syar’ie. Perkara yang terakhir iaitu yang kelimanya ialah melakukan puasa pada bulan Ramadhan. Perlualah kita fahami bahawa berpausa pada bulan Ramadhan ini adalah wajib, janganlah diperingankan perkara ini.

Jika kita perhatikan pada zaman Sayyiduna Abu Bakar as-Siddiq RA pernah mengarahkan peperangan terhadap golongan yang engkar terhadap zakat kerana ianya merupakan salah satu daripada rukun Islam, sama jugalah dengan puasa. Sekiranya seseorang itu dengan tiada sebab syar’ie mebuka puasa atau tidak berpuasa pada bulan Ramadhan, maka Allah SWT tidak menerima qadha’nya. Begitu berat ancaman Allah SWT terhadap mereka yang engkar dengan kewajiban puasa dalam Ramadhan. Oleh itu, saya berpesan agar Ramadhan kali ini kita pertingkatkan kefahamanan dan tujuan puasa itu agar kita beroleh ketaqwaan kepada Allah SWT. Wallahu a’lam.


HADITH 5

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ قَالَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ نَسِيَ وَهُوَ صَائِمٌ فَأَكَلَ أَوْ شَرِبَ فَلْيُتِمَّ صَوْمَهُ، فَإِنَّمَا أَطْمَعَهُ اللهُ وَسَقَاهُ.

“Barangsiapa yang terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan ataupun minum (dengan tidak sengaja) maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya, sesungguhnya Allah SWT lah yang telah memberi kepadanya makanan dan minuman.”

(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


KETERANGAN HADITH

Didalam keterangan hadith diatas menerangkan kepada kita mengenai mereka yang terlupa atau tidak sengaja makan atau minum atau kedua-duanya dalam berpuasa, maka mereka dimaafkan oleh Allah SWT tidak kira sama ada banyak atau sedikit mereka makan atau minum yang pentingnya perkara itu tidak disengajakan bukan disengajakan. Mereka mestilah meneruskan puasanya dan janganlah mereka meneruskan makan dan minum, sekiranya mereka meneruskan dengan sengaja, maka batallah puasa tersebut. Mereka yang tidak sengaja makan atau minum pada hala mereka sedang berpuasa adalah mereka itu telah diberi makan dan minum oleh Allah SWT. Wallahu a’lam.


HADITH 6

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ ذَرَعَهُ قَيْءٌ وَهُوَ صَائِمٌ فَلَيْسَ عَلَيْهِ قَضَاءٌ، وَإِنِ اسَتَقَاءَ فَلْيَقْضِ.

“Barangsiapa yang muntah tanpa disengajakan (sedangkan ia berpuasa) maka tidak perlulah dia mengqadha’kan puasanya dan sekiranya dia muntah dengan sengaja, maka hendaklah dia mengqadha’kan puasanya.”

(Hadith riwayat Imam Abu Daud dan Imam Tirmizi)


KETERANGAN HADITH

Didalam hadith diatas menjelaskan bahawa Allah SWT memberi kerukhsahan dan kelonggaran serta kemaafan kepada mereka yang muntah dengan tidak disengajakan dengan tidak perlu menggantikan puasanya kerana ianya bukanlah atas kehendak si pelaku kerana ianya tidak disengajakan berbeza sekiranya disengajakan kerana ianya memang atas kehendak di pelaku itu sendiri. Begitulah besarnya kelebihan dan kemuliaan dalam bulan Ramadhan ini, maka atas kesempatan ini marilah kita ambil akan manfaat dan kelebihan yang telah diganjarkan oleh Allah SWT ini. Wallahu a’lam.


HADITH 7

كَانَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ فَعَلَى تَمَرَاتٍ، فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ، فَإِنَّهُ طَهُوْرٌ.

“Sesungguhnya Baginda Nabi SAW berbuka sebelum solat maghrib dengan beberapa biji kurma basah (ratob). Sekiranya tidak ada kurma basah, maka Baginda SAW berbuka dengan kurma kering (tamar). Sekiranya tidak ada juga, maka Baginda SAW meminum beberapa teguk air, sesungguhnya ianya adalah suci.”
(Hadith riwayat Imam Tirmizi dan Imam Abu Daud)

KETERANGAN HADITH

Didalam huraian hadith ini pula, kita perhatikan secara mendalam betapa sederhananya Baginda SAW ketika menghadapi berbuka puasa. Hanya dengan beberapa kurma atau tamar atau minuman sejuk sahaja. Jika diperbandingkan dengan cara hidup masyarakat kita hari ini, telah banyak berlaku bentuk pembaziran tanpa kita sedari atau sebaliknya. Telah pun dijelaskan oleh Allah SWT bahawa pembaziran itu merupakan saudara syaitan, maka diambillah akan iktibar ini dengan jelas.

Kita berada bulan Ramadhan yang begitu mulia, sehingga Allah SWT memerintahkan para MalaikatNya supaya merantai syaitan-syaitan agar mereka tidak dapat melakukan penghasutan dan bisikan kepada manusia, agar manusia tenang dan aman melakukan ibadat-ibadat tanpa gangguan. Akan tetapi disini kita lihat, seolah-olah syaitan ini masih tidak dibelenggu lagi kerana kejahatan manusia itu masih berterusan, ini menunjukkan kepada kita bahawa syaitan jin telah dibelenggu akan tetapi syaitan manusia masih terus melakukan maksiat tanpa bantuan syaitan jin, kesimpulannya manusia telah mengambil alih ‘jawatan kosong Ramadhan’ pada bukan yang mulia ini.

Hadith diatas bukanlah larangan terus iaitu seolah Baginda SAW tidak membenarkan memakan yang berat-berat, bukanlah begitu maksudnya, jika kita lihat dan perhatikan betul-betul bahawa Baginda SAW mengajar dan menunjuki kepada kita cara atau kaedah pemakanan yang tebaik, dan ianya telah diakui oleh para Ulama bahkan para pengkaji, ahli saintis, dan pakar pemakanan. Begitu hebatnya Baginda SAW dan begitu ambil beratnya Baginda Saw terhadap ummatnya agar menjaga kesihatan. Ya Allah, himpunkan kami kelak bersama-sama dengan Baginda Rasulullah SAW. Amin.


HADITH 8

تَسَحَّرُواْ فَإِنَّ فِي السَّحُوْرِ بَرَكَةً.

“Bersahurlah kalian, maka sesungguhnya pada bersahur itu ada keberkatan.”
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)

KETERANGAN HADITH

Keterangan dalama hadith yang pendek ini menunjukkan kepada kita betapa pentingnya bersahur, sehingga digambarkan oleh Baginda SAW mendapat keberkatan, mengapa mendapat keberkatan? Kerana didalam hadith yang lainnya diterangkan oleh Baginda SAW bahawa bersahur itu dapat membantu dan menolong untuk memberi kekuatan dan tenaga pada siang hari puasa. Walaupun hanya seteguk air.

Oleh itu, untuk mendapat ganjaran yang lebih daripada Allah SWT, marilah kita mengejar keberkatan yang telah dijanjikan oleh Baginda SAW. Jangan kita memandang remah dan kecil tentang sahur, perlulah kita ketahui perbezaan puasa ummat yang tedahulu dapada kita dan puasa ummat Baginda SAW adalah bersahur, maka marilah kita menjadikan diri kita berbeza daripada ummat yang terdahulu daripada kita, kerana banyak diantara mereka yang telah dimurkai dan dilaknat oleh Allah SWT. Wallahu a’lam.


HADITH 9

عَنْ أَبِيْ سَعِيْدٍ الْخُدْرِي رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ عَبْدٍ يَصُوْمُ يَوْمًا فِيْ سَبِيْلِ اللهِ إِلاَّ بَاعَدَ اللهُ بِذَالِكَ الْيَوْمِ عَنْ وَجْهِهِ النَّارَ سَبْعِيْنَ خَرِيْفًا.

“Daripada Sayyiduna Abu Said al-Khudri RA berkata, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Tidaklah seorang hamba itu berpuasa sehari pada Jalan Allah SWT, kecuali Allah SWT menjauhkannya dengan hari (puasa) itu akan wajahnya daripada api neraka selama tujuh puluh tahun.”
(Muttafaqun ‘Alaih, melalui lafaz Imam Muslim)


KETERANGAN HADITH

Didalam hadith ini menarangkan akan kelebihan berpuasa bagi mereka yang benar-benar berpuasa kerana Allah SWT, bukan kerana dipaksa atau menunjuk, maka Allah SWT memberi kebebasan daripada api neraka Allah SWT selama tujuh puluh tahun, hanya dengan sehari sahaja puasanya. Bayangkanlah begitu besar kurniaan Allah SWT kepada hamab-hamabNya yang benar-benar ikhlas dalam berpuasa.

Jesteru itu, sebagai khalifah Allah SWT marilah kita melaksanakan kewajiban puasa ini benar-benar kerana Allah SWT agar kita benar-benar berada dilandasan Jalan Allah SWT, mudah-mudahan Allah SWT menjauhkan kita daripada azab api neraka sebagaimana yang telah dijanjikan kepada hamba-hambaNya yang benar-benar berada pada jalan Allah SWT. Wallahu a’lam.


HADITH 10

أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: كُلُّ حَسَنَةٍ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةِ ضِعْفِ إِلاَّ الصِّيَامُ فَإِنَّهُ لِي وَاَنَا أَجْرِيْ بِهِ

“Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, bahawa Allah SWT telah berfirman: Setiap kebajikan itu dibalas dengan sepersepuluh seumpamanya hingga tujuh ratus kali ganda kecuali puasa, yang mana sesungguhnya ia adalah hak Aku dan Aku membalasnya tanpa terkira banyaknya.”


KETERANGAN HADITH

Didalam hadith diatas adalah Hadith Qudsi, iaitu rangkaian wahyu yang diterima oleh Baginda Nabi SAW melalui mimpi. Baginda SAW terus menerimanya daripada Allah SWT. Berbeza dengan wahyu-wahyu yang lainnya, Baginda SAW menerimanya dengan perantaraan Sayyiduna Jibril Alaihis Salam, maka wahyu yang diterima oleh Baginda SAW daripada Sayyiduna Jibril AS ini dinamakan al-Quran.
Maka dalam hadith qudsi ini menerangkan begitu jelas akan kurniaan Allah SWT kepada para hambaNya yang berpuasa, sehingga digandakan pahalanya mencecah tujuh ratus pahala dan lebih daripada itu kerana Allah SWT amat mencintai golongan yang berpuasa, sehinggakan Allah SWT melipatkali gandakan pahala puasa dengan nilai yang begitu besar, dengan nilai yang tidak dijangka dek akal kita, nilai yang dirasa tidak terlintas dalam jiwa kita. Ini kerana Allah SWT mahukan para hambaNya melakukan puasa itu dengan sebenar-benar kesungguhan hanya kerana Allah SWT. Semoga Allah SWT meletakkan kita didalam golongan para hambaNya yang dijanjikan pahala yang sedemikian rupa. Wallahu a’lam.


HADITH 11

وَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ لَخُلُوْفُ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ

“Sesungguhnya Baginda Nabi SAW telah bersabda: Demi Tuhan yang nyawa diriku di dalam TanganNya, mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah SWT daripada bau harum kasturi.”


KETERANGAN HADITH

Di dalam keterangan hadith diatas menyatakan kepada kita akan kelebihan berpuasa, bahawa syarak memakruhkan kita memberus gigi pada siang hari kerana ada hikmah-hikmah yang tertentu. Antara hikmahnya Allah SWT mahukan para hambaNya yang berpuasa supaya menahan diri dengan banyak bersabar sehingga Allah SWT menggantikan di akhirat dengan bau mulut yang lebih harum daripada haruman kasturi. Begitu besar ganjaran Allah SWT kepada mereka yang berpuasa. Wallahu a’lam.



HADITH 12

أَنَّ الرَّسُوْلَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: إِذَا كَانَ اَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ نَظَرَ اللهُ إِلَى خَلْقِهِ، وَاِذَا نَظَرَ اِلَى عَبْدٍ لَمْ يُعَذِّبْهُ اَبَدً، وَلِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ فِي كُلِّ يَوْمٍ اَلْفُ عَتِيْقٍ مِنَ النَّارِ

“Sesungguhnya Baginda Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila tiba awal bulan ramadhan, Allah SWT melihat kepada makhlukNya, dan apabila melihat kepada seseorang hamba nescaya Dia tidak akan menyeksa hambaNya selama-lamanya dan bagi Allah Azza Wa Jalla pada setiap hari bulan Ramadhan itu seribu orang dimerdekakan daripada api neraka.”

KETERANGAN HADITH

Di dalam hadith ini, bahawa Baginda SAW telah menerangkan kepada kita akan kelebihan Ramadhan, apabila menjelma Ramadhan maka Allah SWT tidak akan mengazab hambaNya kerana tingginya kasih sayang Allah SWT terhadap bulan Ramadhan yang mulia ini dan pada setiap hari dalam bulan Ramadhan, Allah SWT membebaskan para hambaNya yang berdosa daripada azab neraka sebanyak seribu orang setiap hari, jika tiga puluh hari kita berpuasa, maka Allah SWT membebaskan tuga puluh ribu orang Islam yang berdosa daripada azab neraka. Subhanallah! Begitu hebat dan besarnya kemulian Ramadhan ini. Wallahu a’lam.



HADITH 13


أَنَّ الرَّسُوْلَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: لِلْجَنَّةِ بَابٌ يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ، لاَ يُدْخُلُ مِنْهُ اِلاَّ الصَّائِمُوْنَ، وَهُوَ مَوْعُودٌ بِلِقَاءِ اللهِ فِي جَزَاءِ صَوْمِهِ

“Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: Syurga itu mempunyai pintu yang dinamakannya ar-Rayyan, yang mana hanya akan dimasuki oleh para hamba Allah SWT yang berpuasa sahaja, dan ia dijanjikan pertemuan dengan Allah SWT sebagai balasan puasanya.”

KETERANGAN HADITH

Menurut keterangan hadith di atas menerangkan kepada kita juga akan kelebihan dan ganjaran yang Allah SWT hendak berikan kepada hambaNya yang berpuasa. Di dalam syurga ada beberapa pintu, akan tetapi ada sebuah pintu sebagai pintu terdekat untuk bertemu Allah SWT. Di dalam syurga, tiada nikmat yang paling besar kecuali melihat Wajah Allah SWT, maka hanya mereka yang berpuasa sahajalah yang dapat melihat dengan cepat dengan memasuki pintu ar-Rayyan. Wallahu ‘alam.


HADITH 14

اَلصِّيَامُ جُنَّةٌ، فَلاَ يَرْفُثْ وَلاَ يَجْهَلْ وَإِنْ اِمْرُؤٌ قَاتَلَهُ اَوْ شَاتَمَهُ فَلْيَقُلْ إِنِّيْ صَائِمٌ مَرَّتَيْنِ

“Puasa itu sebagai perisai, jika kamu berpuasa janganlah berkata keji dan berperangai jahil (tidak sopan). Jika ada yang mengajak berkelahi atau memaki hamun kamu, maka katakanlah: Saya sedang berpuasa, saya sedang berpuasa.”
(Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

KETERANGAN HADITH

Hadith di atas ini menjelaskan kepada kita akan fungsi dan peranan puasa dalam diri kita, sehingga Baginda SAW menyatakan bahawasanya puasa itu sebagai perisai atau dinding, kerana fungsi puasa itu mendindingi dan memagari diri kita daripada melakukan maksiat dan apa-apa perkara yang tidak disukai Allah SWT. Mendindingi diri kita daripada berkata dengan perkataan keji dan lucah, bersikap tidak ramah, berkelahi dan sebagainya, seraya berkata dengan diperingatkan dalam hati bahawa kita sedang berpuasa kerana Allah SWT. Wallahu a’lam.



(Bersambung esok....)

Sunday, August 23, 2009

PERUTUSAN RAMADHAN 1430H OLEH MUSYRIF UMUM DARUL ANSAR

Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera...

Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dapat kita mengecapi nikmat Ramadhan yang telah datang kembali, semoga ianya membawa seribu kebaikan, memberi petunjuk dan barakah kepada kita semua sepertimana yang telah diFirmankan oleh Allah SWT yang bermaksud:

"Bulan Ramadhan yang telah diturunkan padanya al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia, keterangan yang memberi petunjuk dan pembeza (kebenaran dan kesesatan)."

Didalam ayat ini telah jelaslah kepada kita, matlamat utama kita dalam Ramadhan ini bukanlah mencari keduniaan, menghimpun sebanyak mana pahala akan tetapi ayat diatas menerangkan supaya kita mencari maksud dan tujuan sebenar al-Quran diturunkan kepada kita. jika dilihat kebanyakan masyarakat lebih sibuk mencari dan menghimpun pahala-pahala ibadat akan tetapi mereka meninggalkan sebahagian perintah-perintah Allah SWT yang lain. Ini menunjukkan yang kita tidak jujur hidup sebagai hamba Allah SWT. Inilah perangai yang telah ditunjukkan kepada kita oleh golongan Yahudi, mereka mengambil Firman atau perintah yang hanya sesuai dengan nafsu mereka, yang menyalahi nafsu dan pemikiran mereka, maka mereka tinggalkan.

Jadi, seharusnya sebagai ummat Nabi Muhammad SAW kita tidak mengikut jejak langkah Yahudi laknatullah, ingatlah! bulan ini juga mengukur sejauh mana ketaqwaan kita kepada Allah SWT, sekiranya kita masih lagi berperangai seperti perangai mazmumah kita yang dahulu dan kita masih tidak mahu mengubahnya kepada mahmudah, ini telah menunjukkan kita masih lagi belum mencapai atau mengetuk pintu taqwa kepada Allah SWT. Semoga kita menemui kejayaan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Selamat menyambut Ramadhan!



Ustaz Syeikh Haji Muhammad Rajab Akmal bin Haji Abdul Halim al-Idrisi al-Ahmadi.
MUSRIF UMUM
Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR