Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Iklan KOANSAR - UPAH HAJI 2014

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Rayuan INFAQ untuk PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Sahabat

Monday, December 28, 2009

MAKSUD LAMBANG DARUL ANSAR

ASSALAMU'ALAIKUM WBT..

PENERTIAN LAMBANG PERSATUAN PERUBATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA.

BUMI:
Sedaya upaya menyebarkan dakwah Islam dan perubatan Islam ke seluruh dunia dan sememangnya perubatan Islam dan kaedah-kaedahnya telah dan pernah berkembang di seluruh dunia.

KITAB:
Rujukan setiap ahli perubatan Islam, melalui Kitabullah (al-Quran), As-Sunnah, dan Ulama' Ahlu Sunnah Wal Jama'ah dengan berpandukan rujukan kitab-kitab yang muktabar.

TANGAN:
Pengamal perubatan Islam menyerahkan segala urusannya kepada Allah SWT melalui doa. Kami yang berusaha, Allah yang menyembuhkannya.

MOTO:
"Ke Arah Memartabatkan Perubatan Islam"
"Berilmu Beramal Bertaqwa"

SENARAI PENGAMAL DAN PERUNDING PERUBATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA

Assalamu'alaikum WBT..

Pihak pengurusan DarulAnsar menyenaraikan nama-nama al-Mu'allij (perawat) perubatan Islam di bawah Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia iaitu:


KAWASAN BKT RAMBAI/ TG MINYAK/ CHENG

1. al-Mu'allij Ustaz Haliman bin Hj Sidek: 016-7803905.
2. al-Mu'allij Ustaz Bahron Nzam bin Khairudin: 0136110727.
3. al-Mu'allij Nasrol bin Ali: 018-3806488.
4. al-Mu'allij Ridzuan bin Abdullah: 017-6127212.
5. al-Mu'allij Nasri bin Ali: 016-6122171.


KAWASAN SG. UDANG/ TG. BATU/ BERTAM ULU/ MASJID TANAH

1. al-Mu'allij Omar bin Osman: 017-6519106
2. al-Mu'allij PW 2 Abdul Rahman bin Abdullah: 019-6567661.
3. al-Mu'allij Akman Nur bin Abdullah: 013-2379758.
4. al-Mu'allij Rohisam bin Amirudin: 019-9212246.
5. al-Mu'allij Rosle bin Kamarudin: 013-5210362.
6. al-Mu'allij Ustaz Azlan bin Khorma: 013-6609094.
7. al-Mu'allij Muhammad Nur Faizal bin Jamaludin: 012-6950933.
8. al-Mu'allij Mohd Khairi bin Johari: 017-2055765.


KAWASAN AYER KEROH/ POKOK MANGGA/ BACHANG/ BKT BARU

1. al-Mu'allij Tuan Hj. Abdul Halim bin Omar: 016-9034523.
2. al-Mu'allij Ahmad Nizam bin Zabry: 017-5114563.
3. al-Mu'allij Iwan Sumarna bin Muljana: 013-2349980.


KAWASAN LUBOK CINA/ REMBAU NEGERI SEMBILAN

1. al-Mu'allij Md Nasir bin Md Nur: 017-3145783.
2. al-Mu'allij Rahmat bin Bustami: 016-2313064.


KAWASAN NEGERI SELANGOR

1. al-Mu'allij (Kapt) Mohd Shah Rizal: 013-3500595.


Selain daripada senarai nama-nama diatas tidak dibenarkan memberi rawatan kepada pesakit dengan menggunakan PERSATUAN PERUBATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA. Ini kerana nama-nama diatas telah diberikan ijazah dan keizinan daripada Sheikh Muhammad Rajab Akmal al-Idrisi.

MAJLIS MALAM INI 29 DESEMBER 2009

Assalamualaikum WBT...

Program malam ini.

1. Pengajian kitab feqah di Madrasah Tmn Tg. Minyak Utama, Melaka selepas maghrib, ada pengijazahan amalan bulan Muharram oleh Sheikh Muhammad Rajab Akmal al-Idrisi. (dijemput hadir)
2. Majlis solat hajat, bacaan Yaasiin dan pulih rumah serta pesakit di Taman Asean, Pokok Mangga, Melaka. ahli jemaah DarulAnsar dikehendaki hadir. Istimewanya malam ini, pesakit adalah beragama Hindu dan sebagahian besar keluarganya telah pun memeluk Islam. Ini adalah salah satu daripada dakwah kita, mudah-mudahan nanti terbuka hatinya memasuki Islam. Insya Allah. Programnya bermula pada pukul 9.30 malam ini.
3. Terapi rawatan ruqyah pesakit jiwa, kemungkinan pesakit ini diganggu jin di Taman Rambai Jaya Bkt Rambai. Selepas selesai program di Tmn Asean.
4. Pesakit yang diganggu jin sehingga buta matanya di Tmn Rambai Jaya, insya Allah selepas rumah pesakit yang mengalami gangguan jiwa.
*Semua program-program diatas akan dipimpin dan diketuai oleh YABhg Sheikh Muhammad Rajab Akmal al-Idrisi

CERAMAH ASYURA

Assalamualaikum WBT


Ceramah Asyura
Oleh:
YABhg. Ustaz Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al-Idrisi
Surau Felda Raja Alias 3, Jempol Negeri Sembilan Darul Khusus.
Pada 28 Disember 2009.
Selepas Maghrib.

Kaum Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Sunday, December 27, 2009

RAHSIA SOLAT UNTUK MENGUBATI JIWA

Segala puji bagi Allah yeng telah melimpahkan kurnia-kurniaNya atas hamba-hambaNya dan memberi kemakmuran jiwa dengan sinar keislaman. Maha Suci Allah, sungguh Agung keadaanNya, sungguh kukuh kekuasaanNya, sempurna kasih sayangNya pada hamba-hambaNya dan sangat luas kebaikanNya. Salawat dan salam atas junjungan kita Muhammad s.a.w. NabiNya yang terpilih dan RasulNya yang terkarib. Begitu juga atas anggota keluarganya serta para sahabatnya, para tabien sebagai pelita-pelita hidayah dan penghapus kesesatan. Solat adalah tiang agama dan sebagai tali pengikat kenyakinan. Solat adalah kemuncak dari usaha mendekatkan diri kepada Allah. Solat adalah suatu bentuk ketaatan yang paling terkemuka di antara seluruh ketaatan kepada Allah.
Rasulullah telah bersabda, (diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) iaitu: Sesungguhnya dalam tubuh (jasad) manusia ada seketul daging bila ia baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila ia jahat nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Dan itulah hati batin (kalbu). Sabda Rasulullah itu telah memberi panduan, sesungguhnya menyembah Allah (solat) hendaklah dengan hati batin atau kalbu; sesuai dengan perintah Allah “dirikanlah solat untuk mengingat Aku.” Jelaslah, solat mestilah dengan penyertaan hati batin. Tanpa hati bukanlah bermaksud menyembah Allah. Hati batin dalam tubuh (jasad) dapat kita ibarat Perdana Menteri dalam kerajaan. Sedangkan anggota tubuh dapat diumpamakan menteri-menteri kabinet kerajaan. Dalam ibarat ini, menteri-menteri adalah anggota kabinet yang bersikap pak turut. Apa yang diperintahkan Perdana Menteri semuanya dituruti, tidak mendapat bantahan dari menteri-menteri kabinet, walaupun melingkupkan rakyat. Begitulah dengan hati batin, kalau hati ajak berzina, anggota zahir termasuk kemaluan tentu ikut berzina. Dan macam-macam hal lain lagi perintah dari hati batin yang pasti anggota tubuh melaksanakan arahan (perintah) dari hati itu. Hati batin itulah yang kita kenal dengan nama Roh.
Roh itu berasal dari alam ghaib dan akan pulang ke alam ghaib. Roh itu sudah ada sebelum alam syahadah (alam kenyataan) wujud. Roh diletakkan di dunia kerana perlu menghadapi cubaan. Kedatangannya dari alam ciptaan Allah yang ruhaniah dan tidak musnah sampai bilapun. Hati batin atau roh yang menerima balasan dari Allah samada di dunia dan di akhirat. Dialah yang telah kenal Allah di alam aruah dan mengetahui segala sesuatu dengan ilmunya. Hati batin telahpun mempunyai sifat2 ma’ani sebelum tinggal dalam tubuh manusia. Roh (hati batin) yang telah ditumpangkan pada alam syahadah adalah dengan tujuan untuk beribadat kepada Allah.
Dalam hal ini Allah telah berfirman dalam Al Quran: Tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepada Aku.
Beribadat kepada Allah seperti terkandung dalam firman Allah itu, antara lain terdiri dari tugas utama iaitu solat. Berkaitan solat, bukanlah hanya sekadar gerak gerak zahir ketika solat, paling menentukan adalah gerak hati batin. Sebab itulah Allah memberi peringatan pada kita dalam Al Quran dengan firmanNya: Dan dirikanlah solat untuk mengingat Aku.
Tanpa peranan hati batin ketika solat tidak mungkin ibadat solat dapat mencapai tujuan solat iaitu sebagai langkah pertama untuk mengingat Allah. Gerak hati batin yang meletakkan dasar keikhlasan semasa menyembah Allah. Di dalam buku ini, kami memetik penjelasan imam al ghazali berkaitan rahsia dalam solat secara menyeluruh dan bersifat terbuka. Mengingat sangat pentingnya bahan pemikiran al ghazali untuk masyarakat Islam di negara ini, maka kami berusaha memberi penekanan secara khusus bahawa sebenarnya al Ghazali membicarakan pentingnya hati batin dalam solat. Mendirikan solat tanpa penyertaan hati batin, bererti suatu kesilapan ketika menyembah Allah. Kita hanya solat dengan jasad saja tanpa penyertaan hati batin. Roh (hati batin) yang akan menerima balasan di akhirat kelak.
Bab 1
Seluruh Alam Bersujud Pada Allah Ibadat solat adalah satu bentuk ibadat yang dilakukan oleh semua makhluk Allah dari alam kenyataan dan alam ghaib dengan caranya yang tersendiri Allah berfirman: Tidakkah engkau lihat bahawasanya Allah itu, sujud kepadaNya apa-apa yang di langit dan apa-apa yang di bumi, matahari, bulan, bintang-bintang, gunung-ganang, pohon-pohon, binatang-binatang dan dari manusia, sedang ramai pula yang patut menerima azab atasnya, dan barang siapa dihina oleh Allah, maka tidak ada siapa yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Ia kehendaki. (S. Al Hajj: 1).
Allah mencipta malaikat dengan tugas-tugas yang telah ditetapkan. Ada yang bertugas di bahagian langit, di muka bumi, di dalam bumi yang memelihara kesuburan, ada malaikat yang bertugas berhubung dengan para Nabi, menolong para mukmin, ada pula sebagai penghibur pada orang-orang yang patuh ajaran-ajaran Tuhan sewaktu hidup dan ada pula sebagai pendoa dan pencatit amalan manusia dan lain-lain tugas. Allah berfirman “Sesungguhnya orang-orang yang berkenyakinan dan tetap pada kenyakinannya, serta berkata: Tuhan kami ialah Allah: kemudian mereka tetap jujur, baik, nescaya Malaikat turun kepada mereka seraya berkata: Janganlah kamu takut, dan janganlah kamu berdukacita, bergembiralah dengan ganjaran syurga yang pernah dijanjikan kepadamu”. (S. Fussilat: 30)
Allah berfirman: “Sesungguhnya orang2 yang dicabut nyawanya dalam keadaan mereka aniaya terhadap diri mereka (maksudnya: tidak menjalankan kewajipannya sebgai seorang Muslim kerana tekanan masyarakat) mereka akan ditanya oleh malaikat: Bagaimana dengan keadaan kamu? Mereka menjawab: Adalah kami ini tertindas di bumi. Malaikat berkata: Bukankah bumi Allah itu luas, buat kamu berhijrah?” “Maka tempat kembali mereka Jahannam, tempat kembali yang sangat buruk: kecuali orang2 yang lemah dari jenis lelaki, wanita dan kanak2 yang tidak mampu, tidak berdaya, tak ada jalan terbuka bagi mereka”. (S. An Nisa: 97).
Di dalam al Quran telah diterangkan bahawa malaikat itu patuh, mereka menjalankan tugas yang meliputi kejadian dalam alam semesta sesuai dengan kehendak Allah. Mereka juga bertasbih tidak mengenal bosan dan letih pada waktu siang dan malam hari. Di antara alam kenyataan ituadalah matahari dari mula wujudnya telah memancarkan cahaya untuk kelangsungan kehidupan, berputar sambil menentukan musim2; sedang bulan pada malam gelap gelita menerangi seluruh alam dan mempengaruhi alam nabati, yang menyebabkan air pasang surut, menentukan perubahan tarikh dan tahun.
Begitu juga gunung-ganang adalah sebagai tonggak, menahan bumi dari kegoncangan. Tumbuh-tumbuhan dengan bunga dan buah yang segar juga menyembah Allah sambil melayan keperluan manusia. Haiwan ada yang berjalan dengan empat kaki sambil melihat ke bawah seakan2 rukuk, rela ditunggangi insan dan membawa barang2. Dari haiwan manusia mengambil manafaatnya iaitu susu, daging, kulit, bulu dan tulangnya. Semua binatang yang besar dan kecil, yang merayap dan bersayap semuanya bersujud pada Allah dengan caranya masing2. Allah berfirman: Dan kepada Allah lah bersujud apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, hingga yang merayap, dan (juga) para malaikat, sedang mereka tidak sombong. Mereka takut terhadap Tuhan mereka, yang berkuasa atas mereka, serta mereka kerjakan apa yang diperintahkan atas mereka. (S. An-Nahl: 49-50)
Allah yang mencipta langit dan bumi dan menurunkan hujan serta mengeluarkan hasil pertanian sebagai rezeki bagi keperluan manusia. Allah telah menjadikan siang dan malam bagi kepentingan manusia. “Dan Ia beri kepada kamu tiap2 apa yang kamu mohon dan jika kamu hendak menghitung nikmat Allah, kamu tidak dapat menghitungnya. Sungguh manusia itu zalim, tidak berterima kasih. (S. Ibrahim: 32, 33 dan 34)
Jadi semua makhluk itu melakukan solat dengan tasbih dan tahmidnya yang tidak diketahui oleh manusia. Demikian Allah menerangkan dalam firmanNya: “Langit yang tujuh lapis dan bumi dan apa-apa yang ada padanya mensucikan. Dia, dan tidak ada sesuatu, melainkan berbakti dengan memuji Dia, tetapi kamu tidak mengerti cara mereka mensucikan, sesungguhnya adalah Ia Penyantun dan Pengampun”. (S. Bani Israil: 44)
FirmanNya lagi: “Tidaklah engkau mengetahui bahawasanya Allah itu, beribadat kepadaNya apa-apa yang di langit dan di bumi, dan burung-burung yang berbondong-bondong, masing-masing tahu (solatnya) pujaannya, dan Allah itu mengetahui apa-apa mereka kerjakan”. (S. An Nur: 41)
Allah Yang Maha Pemurah dan Penyayang telah melembutkan dan melemahkan makhluk-makhluk yan kecil dan besar untuk kepentingan manusia sendiri. Semua makhluk itu berbakti dan patuh menurut perintahNya dan kehendakNya. Apakah tidak lebih layak kalau manusia itu lebih bersyukur, lebih berbakti dan lebih taat? Sesungguhnya tugas manusia dalam alam semesta ini sangat mulia, manusia diangkat menjadi khalifah di atas muka bumi. Allah tidak mahu rezeki dari manusia, tidak perlu pertolongan manusia. Allah Maha Kaya dan Maha Jaya, manusia juga fakir dan lemah yang berhajat kepadaNya ketika hidup, mati dan setelah mati. Allah hanya mengehendaki kita bersyukur dan menyembahNya. Allah berfirman: "Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk menyembahKu (Allah). (S. Ad Zaryat: 56)
Allah telah menetapkan cara beribadat sesuai dengan unsur kejadian manusia yang terdiri dari hati batin (rohaniah) dan jasad (jasmaniah). Ibadat yang dilakukan kepada Allah ada secara lisan seperti bersyukur, bersyahadat, berzikir, berdoa, membaca selawat dan membaca Al Quran. Ada pula yang dikerjakan dengan badan sahaja seperti ibadat puasa. Di samping itu terdapat ibadat dilakukan dengan lisan dan dirasakan oleh hati batin, itulah ibadat solat.
Dalam ibadat solat, gerak jasmani, lidah (bacaan) yang diiringi dengan penuh kesedaran hati batin maka itulah solat yang sempurna. Tanpa penyertaan hati batin adalah suatu kesilapan ketika solat. Jadi solat yang sempurna disertai zahir dan batin. Jadi solat adalah suatu peluang bagi seorang makhluk merendahkan diri menyatakan kekurangan dan hajatnya, mencurahkan air matanya, memohon doa kepada Allah. Sabda Rasulullah: Seorang hamba mendirikan solat, tidak diterima setengah (1/2), sepertiga (1/3), seperlima (1/5), seperenam (1/6) atau sepersepuluh (1/10) dari solatnya, tetapi yang diterima adalah solat dengan kesedaran (sedar) dan pengertian.
Rasulullah juga memerintahkan kita supaya mencontohi solat baginda. Sabda Rasulullah: "Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku solat." Oleh itu janganlah kita solat menyimpang dari ketentuan yang telah ditetapkan berhubung waktu solat, bentuk, sifat, cara solat dan bahasa solat. Setiap orang Islam tidak boleh meninggalkan solat walaupun dalam keadaan suka, duka, perang, damai. sihat dan sakit. Apapun keadaan, hendaklah solat dengan kemampuan yang ada pada waktu itu. Boleh solat dengan duduk, berbaring, tanpa pakaian, tanpa thaharah (penyucian) dan tanpa menghadap kiblat.
Allah berfirman: Jika kamu dalam keadaan takut, solatlah sambil berjalan atau berkenderaan, kemudian apabila telah aman, maka ingatlah Tuhan (dengan solat) sebagaimana Allah telah mengajarkan kamu. (S. Al Baqarah: 238-239)
Begitulah keringanan yang diberikan Allah kepada para hamba2Nya dalam ibadat solat. Sekiranya tidak solat pada waktunya, terdapat sebab yang tidak dapat dielakkan hendaklah mengadha solat yang tertinggal itu. Rasulullah telah memberi contoh (kepada manusia muslim) tentang kesungguhannya mendirikan solatnya dan istighfarnya.
Pernah Sayyidatuna Aisyah isterinya yang amat cinta padanya berkata; “Wahai Rasulullah! Allah swt telah menganugerahkan kamu setinggi2 anugerah dan mengampunkan semua dosa2mu, maka kasihanilah badanmu, jagalah kesihatanmu.” Aisyah berkata begitu setelah melihat suaminya bertambah tekun solat terutama pada waktu malam dengan sedih dan ratapan ketika sujudnya. Rasulullah menjawab: “Wahai Aisyah, apakah bukan selayaknya bagiku jadi seorang budiman yang kenal berterima kasih kepada Tuhannya?”

FIQH SEMASA



Soalan:
Assalamualaikum, boleh tak beritahu bagaimanakah cara melawaskan agar tak keluar sebagaimana yang diajarkan oleh sunnah selepas buang air kecil?
Jawapan:
Ada beberapa cara yang dicadangkan untuk melawaskan pembuangan air kecil, untuk memastika selepas itu tidak ada lagi baki yang keluar, antaranya degan cara berdehem, atau mengurut zakar dengan cara meletakkan jari tengah (hantu) tangan kiri di bawah zakar dan jari ibu di atas zakar dan mengurutnya keluar, atau anda boleh juga menggerak-gerakkan kaki (seperti orang berjalan), atau lakukanlah apa-apa tindakan yang dirasakan wajar bagi membantu air kencing keluar keseluruhannya. Inilah beberapa cadangan yang dilontarkan oleh beberapa fuqaha’. Atau jika ia menjadi satu masaalah pada anda, ada baiknya anda berjumpa dengan doktor.
Bagi orang yang menghadapi masaalah kencing tidak lawas hendak solat, di dalam fatwa Lujnah al-Daimah ditanya tentang air kencing yang tidak lawas (Salisul Baul). Dan jawapan dari pihak jawatankuasa fatwa tersebut ialah seperti berikut:
“Jika seseorang mengetahui yang air kencing tidak lawasnya itu akan berhenti, maka tidak boleh dia menunaikan solat sedangkan air kencingnya keluar (sebab tidak lawas) kerana hendakkan kelebihan solat jamaah. Sebaliknya dia perlu menunggu sehingga air kencing tidak lawasnya keluar dan berhenti, kemudian dia beristinja, kemudian berwudhu dan menunaikan solat sekalipun dia terlepas solat jamaah. Dia juga perlulah bersegera beristinja’ dan berwudhu sebaik masuk sahaja waktu bagi memungkinkan dia solat secara berjamaah.” (Fatwa Lujnah al-Daimah 5/408)
Jawapan Al-Syeikh Ibn Jibrin pula bagi orang yang tidak lawas kencingnya adalah seperti berikut:
Pertama: Hendaklah anda berjaga-jaga dengan taharah anda, (dengan cara) anda berwudhu (awal) sebelum masuknya waktu solat setengah jam atau seumpamanya selepas anda kencing dan selepas habisnya kesan-kesan air kencing daripada anda, dengan harapan air kencing anda berhenti sebelum masuknya waktu solat.
Kedua: Selepas setiap kali kencing, anda membasuh kemaluan anda dengan air yang sejuk yang boleh menghentikan air kencing (yang tidak lawas). Jika (air kencing tidak lawas ini) hanya was-was atau sangkaan, maka hendaklah anda merenjiskan air ke seluar anda (yang menyentuh kemaluan), sehingga syaitan tidak dapat menimbulkan keraguan kepada anda apabila anda mendapati seluar anda basah dan anda menyangka ianya air kencing, sebaliknya ia adalah air yang anda renjiskan tadi. (Fatawa Islamiah 1/196)
Al-Syeikh Muhammad bin Soleh al-Uthaimin ditanya tentang persoalan ini:
“Apabila saya selesai berwudhu, lalu saya menuju ke tempat solat, saya terasa keluarnya titisan air kencing dari zakar saya, maka apa yang perlu saya buat?”
Jawapan: “Yang sepatutnya hendaklah dia berpaling dari sangkaan ini, seperti yang diarahkan oleh para imam (ulama) umat Islam, dan jangan dia terpengaruh dengan sangkaannya itu, tidak perlu dia pergi (ke tandas) untuk melihat zakarnya, adakah betul-betul keluar ataupun tidak. Perkara ini insyaalllah jika memohon pertolongan dengan Allah daripada (was-was) syaitan yang direjam dan dia tinggalkan (sangkaannya), ia akan hilang. Adapun jika yakin (benar-benar air kencing keluar), seperti (jelasnya) matahari (benar-benar yakin), maka hendaklah dia membasuk bahagian yang terkena air kencing itu dan mengulangi wudhunya. Ini kerana sebahagian orang apabila dia merasa basah dihujung zakarnya, dia menyangka telah keluar sesuatu (sedikit dari air kencingnya), jika pasti (keluar air kencing, lakukanlah) seperti yang aku nyatakan kepada kamu, (masaalah) yang ditanya ini bukanlah salisul baul (penyakit air kencing tidak lawas), kerana ia akan berhenti, (sebaliknya) Salisul baul itu ia berterusan keluar, adapun yang ditanya ini ia keluar setitis atau dua titis selepas ada gerakan, ini bukan salisul baul. Maka jika keluar dua titik kemudian berhenti, ia hendaklah dibersihkan dan berwudhu kali kedua, beginilah yang dia (orang yang yakin benar-benar keluar titisan air kencing) lakukan, hendaklah dia bersabar dan mengharapkan pahala daripada Allah.” (Liqa’ al-Bab al-Maftuh 15/184).

Wallahu a’lam.
Nasab Anak Zina

Soalan:
Assalammualaikum, kawan saya dan suaminya telah meninggal dunia. mereka mempunyai seorang anak angkat lelaki. saya dan suami bercadang utk menjadi penjaga kepada anak angkat kawan saya yg meninggal itu. soalan saya: nama anak itu tidak ada bin (zamri hussin) zamri nama anak, hussin nama suami kawan saya. apakah nama yg macam ini bermaksud menasabkan kpd ayah angkatnya walaupun tidak ada bin? ibu sebenar anak ini melahirkannya tanpa pernikahan yg sah dan ibunya ini masih hidup. Adakah anak ini dianggap anak yatim? sekiranya ibunya ini sudah mempunyai keluarga dan anak2 yg lain, apakah hubungannya dgn anak2 ibunya itu, adakah mereka dianggap mahram?
Jawapan:
Saya akan menyebut beberapa pandangan ulama dalam permasaalahan ini: Jumhur (kebanyakan ulama) tidak membenarkan menasabkan anak zina kepada lelaki yang berzina dengan ibunya, kerana perzinaan tidak menthabitkan nasab. manakala Ishak bin Rahuwiah, 'Urwah, Sulaiman bin Yasar dan Abu Hanifah mengharuskannya. Salah satu fatwa di dalam laman islamweb yang memilih pendapat jumhur yang melarang, menyebut anak zina itu dinasabkan kepada ibunya dan kepada keluarga ibunya. Kalau ada keuzuran untuk menasabkan kepada ibunya, maka dipilih untuk anak zina itu nama yang munasabah dengan keadaannya seperti Abdullah bin Abdul Rahman atau Muhammad bin Abdul Rahman. Jika anak itu perempuan dinamakan kepada dia nama yang munasabah seperti ..... Binti Abdillah atau ... binti Abdil Karim atau yang seumpamanya.

Namun Dr. Solah al-Sowi di dalam laman islam-online mendakwa Jumhur fuqaha (Ulama Fiqh) berpendapat air (mani) daripada zina itu adalah sia-sia, ia tidak menthabitkan nasab. Pandangan yang dipilih oleh para pentahkik dari kalangan Ahli Ilmu (ulama), bahawasanya anak zina disandarkan nasabnya kepada yang berzina dengan ibunya jika tidak ada seseorang (lain) yang mempertikaikannya (yang mendakwa anak itu anaknya). Inilah pandangan yang dipilih oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan pandangan ini ditarjihkan oleh anak muridnya Ibn Qayyim al-Jauziyyah. Pandangan ini juga yang dipilih oleh Dr. Yusuf al-Qaradhawi.
(sumber:http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1170620734972)
Syeikh al-Qaradhawi (tokoh ma'al hijrah peringkat kebangsaan tahun ini 1431 hijriyah) di dalam islam-online berkata: "Terdapat pandangan dari beberapa ulama salaf: 'Urwah bin al-Zubair, al-Hasan al-Basri, Ishak bin Rahuwiah dan selain mereka yang mengharuskan menyandarkan anak zina jika bukan dari perkahwinan yang sah, atau ibunya belum berkahwin, atau ibunya itu telah bercerai atau janda, lalu seorang mendakwa anak (yang dilahirkan wanita) itu adalah anaknya, Maka harus disandarkan anak zina itu (kepadanya). Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah dan anak muridnya Ibn al-Qayyim mentarjih pendapat ini.
Hubungan Dengan Adik Beradiknya
Anak itu dihukum sebagai mahram kepada adik-beradiknya, setidak-tidaknya disebabkan mereka seibu.
wallahu a'lam.
soalan:
salam...betulkah haram pakai seluar melebihi buku lali? saya terdengar ini dari hadis abu daud, katanya lagi akan ditempatkan dineraka, betulkah? sahih ke hadis ni? setahu saya dilarang masa dalam solat sahajakan? lagi satu solat berjemaah fardhu ain ke fardhu kifayah?
Jawapan:
Melabuhkan pakaian melebihi buku lali dinamakan sebagai Isbal (الإسبال)। Para ulama berbeza pendapat tentang hukum Isbal ini। Sebahagian ulama mengharamkan Isbal jika disertai dengan rasa takabbur। Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam sahihnya:

‏مَنْ جَرَّ ثَوْبَهُ ‏ ‏خُيَلَاءَ ‏ ‏لَمْ يَنْظُرْ اللَّهُ إِلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ قَالَ ‏ ‏أَبُو بَكْرٍ ‏ ‏يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ أَحَدَ شِقَّيْ إِزَارِي يَسْتَرْخِي إِلَّا أَنْ أَتَعَاهَدَ ذَلِكَ مِنْهُ فَقَالَ النَّبِيُّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏لَسْتَ مِمَّنْ يَصْنَعُهُ ‏ ‏خُيَلَاءَ
Maksudnya: "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya kerana takabbur, Allah tidak melihatnya pada hari kiamat (nanti)। lalu Abu Bakr berkata: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya salah satu dari dua belahan kainku melabuh melainkan jika aku menjaganya dari melabuh. Sabda Nabi saw "Kamu bukan termasuk orang yang melakukannya (isbal) kerana takabbur." Hadith ini menjadi dalil atas pengharaman isbal bagi yang melakukannya kerana takabbur dan ia termasuk di dalam dosa besar. Hadith yang diriwayatkan oleh Abu Daud (jika hadith ini yang anda maksudkan) daripada Abu Hurairah:

أن الرسول رأى رجلاً يصلي مسبلاً إزاره فأمره أن ينصرف ويتوضأ ، وقال إن الله لا يقبل صلاة رجل مسبل
Maksudnya: "Bahawasanya Rasulullah saw melihat seorang lelaki sedang solat dalam keadaan kainnya diisbalkan, lalu baginda saw menyuruh orang itu berpaling dan pergi berwudhu, sambil bersabda: Sesungguhnya Allah tidak menerima solat seorang lelaku yang melakukan Isbal." Hadith ini disahihkan oleh al-Nawawi di dalam al-Majmu'. Akan tetapi al-Syeikh Salman al'Audah berkata sanad hadith ini lemah, padanya ada Abu Ja'far dan dia seorang yang majhul. Di samping itu matan hadith ini juga mungkar dan menyalahi kaedah-kaedah syara'.
Hukum Solat Jamaah:
Para ulama berbeza pendapat tentang hukum solat jamaah. Sebahagian mengatakan fardhu ain, ini adalah pendapat Iman Ahmad bin Hambal, 'Ato, al-Auzaie, Abu Thur, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan mazhab al-Zohiriy. Pendapat yang kedua mengatakan sunat Muakkadah. Ini adalah pendapat mazhab Malik, Abu Hanifah dan ramai dari kalangan ulama mazhab al-Syafie.
Pendapat yang ketiga mengatakan hukumnya Fardhu Kifayah. Ini adalah salah satu pendapat al-Imam al-Syafie dan kebanyakan ulama al-Mutaqaddimin dari kalangan sahabat Imam Malik dan Abu Hanifah.
Kesemua para ulama yang berbeza pendapat mendatangkan dalil-dalil mereka. Bagi yang mengatakan hukum solat jamaah itu sunad muakkadah berdasarkan hadith-hadith Nabi saw yang menunjukkan bagi solat jamaah itu adanya kelebihan yang lebih berbanding solat bersendirian. Apabila solat berjemaah itu ada kelebihan dari solat bersendirian, ini menunjukkan solat bersendirian itu ada pahala dan sah, cumanya dari sudut kelebihannya sahaja yang kurang.
Bagi yang berpendapat Fardhu kifayah dalil mereka berdasarkan wujudkan hadith-hadith yang memberi penekanan kepada kelebihannya dan memberi peringatan kepada yang meninggalkannya. wallahu a'lam.

Sesungguhnya persoalan memelihara lidah adalah satu persoalan besar yang sering diabaikan oleh kebanyakan orang. Ramai yang boleh memelihara diri dari terjebak ke lembah arak dan zina umpamanya. Namun amat kurang yang berjaya memelihara lidah dengan baik. Ramai yang berasa gerun untuk melakukan dosa dan maksiat yang lain, namun amat kurang orang yang berasa gerun apabila dia tidak memelihara lidahnya.Sedarkah kita, lidah yang tidak dipelihara dengan baik boleh menjadi sebab kita dimurkai oleh Allah swt, dan dengan lidah itu juga kita boleh memperoleh redha daripadaNya. Oleh yang demikian, memelihara lidah mesti dijadikan antara perkara utama yang perlu diberi perhatian. Entah betapa banyak perkelahian, pertelingkahan dan suasana yang porak peranda di dalam masyarakat berpunca daripada lidah yang tidak dipelihara. Kerana itu di dalam sebuah hadith sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam kitabnya al-Muwatto’ Nabi saw bersabda:

إن الرجل ليتكلم بالكلمة من رضوان الله تعالى، ما يظن أن تبلغ ما بلغت يكتب الله عز وجل له من رضوانه إلى يوم يلقاه، وإن الرجل ليتكلم بالكلمة من سخط الله تعالى ما يظن أن تبلغ ما بلغت، يكتب الله تعالى عليه بها سخطه إلى يوم يلقاه
Maksudnya: “Adakalanya seseorang kamu berucap dengan sesuatu kalimat yang diredhai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Alah mencatatkan keredhaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah. Adakalanya seseorang kamu pula berucap dengan sesuatu kalimat yang dimurkai Allah, padahal dia tidak menyangka ianya akan sampai ke tahap sedemikian lalu dengannya Allah mencatatkan kemurkaan untuknya sehingga hari dia bertemu Allah.”[1]
Demikian betapa pentingnya memelihara lidah. Namun begitu ramai di kalangan kita yang mengabaikannya. Ramai di kalangan kita yang tidak jemu mengingatkan anak-anaknya dengan keburukan mencuri dan seumpamanya, perasankah kita, bahawasanya kita masih di peringkat tidak bersungguh mengingatkan anak-anak kita untuk memelihara lidah. Barangkali hakikat ini boleh dijadikan petanda aras yang kita masih belum cukup bagus memelihara lidah kita sendiri, kerana bagaimana mungkin seekor itik boleh mengajar anaknya berjalan betul? Kita memohon kepada Allah swt untuk menjadikan kita termasuk dalam golongan orang-orang yang menjaga lidah mereka.Berjanji Tetapi Tidak Melaksanakannya.
Salah satu musibah yang sering menimpa lidah kebanyakan orang apabila dia mengatakan sesuatu sedang dia tidak melaksanakannya. Perkara ini sering berlaku terutamanya di dalam kempen-kempen pilihanraya. Tambahan pula pada tempoh yang lau, iaitu selepas berlansungnya hari penamaan calon pada 24 febuari yang lalu, semua parti dan calon yang bertanding akan berkempen untuk memperoleh sokongan ramai. Terkadang di dalam kempen pilihanraya, ramai yang sengaja menabur janji itu dan ini sedangkan dia tidak melaksanakannya। Apatah lagi sememangnya dia tahu yang dia tidak dapat melaksanakannya tetapi ditaburkan juga janji untuk mengaburi mata orang ramai. Di dalam al-Quran Allah swt berfirman:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya. Amat besar kebencian di sisi Allah, kamu mengatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya ” (al-Saff : 2-3)
Al-Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini berkata: “(Ayat ini berupa) pengingkaran terhadap sesiapa yang melakukan sesuatu janji atau mengucapkan sesuatu tetapi tidak menunaikannya.”[2] Di dalam hadith yang diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari dan Muslim pula Nabi saw bersabda:

آيَة الْمُنَافِق ثَلَاث إِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا اُؤْتُمِنَ خَانَ
Maksudnya: “Tanda orang munafik itu ada tiga, apabila dia berjanji dia tidak melaksanakannya, apabila dia berkata dia berbohong, apabila dia diberi amanah dia khianat.”Bahaya al-Ghibah Dan al-NamimahAl-Ghibah (الغيبة) ialah: menyebut tentang seseorang apa yang tidak disukainya. Manakala al-Naminah (النميمة) pula ialah: memindahkan percakapan sebahagian orang tentang sebahagian orang yang lain dalam bentuk memberi keburukan. Hukum kedua-dua jenayah lidah ini adalah haram dengan kesepakatan semua para ulama disebabkan banyak dan jelasnya dalil-dalil dari al-Quran dan al-Hadith yang mengharamkannya, antaranya: Allah SWT berfirman:

وَلا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَّحِيْمٌ
Maksudnya: “Dan jangan sebahagian kamu mengata sebahagian yang lain, sukakah salah seorang daripada kamu, memakan daging saudaranya yang sudah mati?, maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang।” (al-Hujuraat: 12)
Demikian buruknya perbuatan mengata dan mengumpat sehingga Allah SWT mengumpamakannya dengan memakan daging saudara kita sendiri yang telah mati. Di dalam firmanNya yang lain, Allah SWT menempelak pengumpat dan pencela dengan kecelakaan:

وَيْلٌ لِكُلّ هُمَزَةٍ لُمَزَةٍ
Maksudnya: “Dan kecelakaanlah bagi setiap pengumpat dan pencela.” (al-Humazah:1)Dari Abu Hurairah RA. Nabi SAW bersabda:

"أتَدْرُونَ ما الغِيْبَةُ؟" قالوا: اللَّهُ ورسولُه أعلمُ، قال: "ذِكْرُكَ أخاكَ بِمَا يَكْرَهُ" قيل: أفرأيتَ إنْ كانَ في أخي ما أقولُ؟ قال: "إنْ كانَ فِيهِ ما تَقُولُ فَقَدِ اغْتَبْتَهُ، وَإنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ ما تَقُولُ فَقَدْ بَهَتَّهُ"
Maksudnya: “Apakah kamu semua ketahui apa itu al-Ghibah?”: Para sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya lebih mengetahui.” Baginda SAW bersabda: “Kamu menyebut tentang saudara kamu apa yang dia tidak sukai.” Lalu ditanya kepada Nabi saw: “Bagaimana kalau apa yang disebut itu ada padanya?” Jawab baginda: “Kalau apa yang kamu sebut itu ada padanya, maka itulah kamu telah melakukan ghibah kepadanya, jika apa yang kamu sebut itu tidak ada padanya, maka kamu telah mendustainya.”[3]
Menjelang pilihanraya ke-13 yang akan datang ini ini, umat Islam perlu lebih memerhatikan lidah mereka, supaya mereka tidak terjebak dalam melakukan perbuatan-perbuatan yang diharamkan di dalam agama seperti membuat janji kosong, mengata dan mengaibkan orang, mengadu domba, dan seumpamanya। Mudah-mudahan kita memperoleh rahmat dari Ilahi, Insya Allah.

-----------------------------------
[1] HR Malik di dalam al-Muwatta’ dan al-Tirmizi, katanya pula hadith ini Hadith Hasan
[2] Tafsir al-Quran al-‘Azim
[3] Al-Tirmizi berkata hadith ini Hasan Sahih
Soalan:
Apakah hukum menjawab Azan, Sunat ataupun wajib, bukankah ada arahan dari Nabi saw yang menyuruh kita menjawab azan?
Jawapan:
Hukum menjawab azan adalah SUNAT, BUKAN wajib. Menjawab azan ini disuruh oleh Nabi saw berdasarkan beberapa hadith yang diriwayatkan dari baginda, antaranya adalah berdasarkan hadith daripada Abi Said al-Khudriy, bahawasanya Rasulullah saw bersabda :(Maksudnya): "Apabila kamu semua mendengar seruan azan, maka jawablah seperti yang dilaungkan oleh muazzin itu." (Hadith riwayat al-Bukhari)Hukum harus menjawab azan pula diambil antaranya dari perbuatan Sahabat Nabi saw, sayyidina 'Umar r.a. Ini berdasarkan athar(*) daripada Tha'labah bin Abi Malik katanya:

كانوا يتحدَّثون يومَ الجُمُعة وعُمَرُ جالسٌ على المِنبَر، فإذا سَكَت المؤذِّنُ؛ قامَ عُمَرُ؛ فَلَمْ يتكلَّمْ أحدٌ
(maksudnya): "Adalah mereka (para tabi'ien) berkata-kata pada hari Jumaat, sedang 'Umar (al-Khattab) sedang duduk di atas mimbar (dan muazzin sedang melaungkan azan), apabila muazzin (tukang azan) berhenti (daripada azan), lalu 'Umarpun berdiri (untuk berkhutbah), lalu (apabila 'Umar berdiri untuk berkhutbah) seorangpun tidak berkata-kata lagi." (Athar ini dinilai sahih oleh al-Nawawi di dalam al-Majmu', demikian juga al-Albani di dalam Tamam al-Minnah)al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (seorang ulama hadith mutaakkhir) di dalam kitabnya Tamam al-Minnah berkata:

فائدة: في هذا الأثر دليلٌ على عَدَمِ وُجوب إجابةِ المؤذِّن؛ لجَرَيان العَمَل في عَهْدِ عُمَرَ علَى التَّحدُّث في أثناء الأذان، وسُكُوت عُمَرَ عليه.
وكثيرًا ما سُئِلْتُ عَنِ الدَّليل الصَّارِف للأمْرِ بإجابة المؤذِّن عَنِ الوُجُوبِ؛ فأجبتُ بهذا, والله أعلم
(maksudnya) : "Athar ini menjadi dalil atas TIDAK WAJIBnya menjawab azan, kerana berlakunya perbualan ketika azan di zaman 'Umar, dan 'Umar diam (tidak menegur) perbuatan tersebut, dan banyak aku (al-Albani) ditanya tentang dalil yang mengubah arahan menjawab azan itu kepada bukan wajib, maka aku (al-Albani) menjawab soalan-soalan itu dengan athar ini, wallahu a'lam." (Sila lihat Tamam al-Minnah (340), Dar al-Rayah, Riyadh)
Hukum menjawab azan yang sunat ini menunjukkan tidak benarnya dakwaan yang menjanjikan azab yang pedih atau tidak dapat mengucapkan syahadah ketika hampir mati jika tidak menjawab azan. Salah satu tanda sesuatu dakwaan itu palsu dan tidak benar apabila ia menjanjikan azab yang pedih atau akibat yang amat buruk terhadap kesalahan kecil yang dilakukan. Bahkan dalam bab tidak menjawab azan ini bukanlah satu kesalahan, kerana meninggalkan perkara yag sunat bukanlah suatu dosa.wallahu a'lam.





KISAH HARUT DAN MARUT

kisah ringkas sejarah Harut dan Marut.
Kisah malaikat Harut dan Marut yang kononnya telah meminum arak seterusnya kufur kepada ALLAH SWT adalah kisah dusta. Kisah ini disebut di dalam sebahagian kitab ketika menafsirkan ayat 102 dari surah al-Baqarah. Dr. Mohammad bin Muhammad Abu Syahbah di dalam bukunya "al-Israiliyyat wa al-Maudhu'aat fi Kutub al-Tafsir" (Kisah-kisah Israiliyyat dan palsu di dalam kitab-kitab tafsir) menyenaraikan kisah tersebut sebagai salah satu daripada kisah-kisah Israiliyyat (dari orang-orang Yahudi) yang termasuk ke dalam kitab-kitab umat Islam.

Beliau menyenaraikan beberapa ulama yang menghukum kisah tersebut sebagai palsu, antaranya al-Imam Abu al-Farj bin al-Jauzi, al-Syihab al-'Iraqi sehingga beliau mengatakan:

"Sesiapa yang beri'tiqad dalam kisah Harut dan Marut bahawasanya mereka berdua adalah malaikat yang diazab atas kesalahan mereka, maka orang itu kafir terhadap ALLAH yang maha agung.".

Demikian juga yang menolak kisah ini ialah al-Imam al-Qadhi 'Iyadh, al-Hafidz 'Imaduddin Ibn Kathir dan lain-lain.
Adalah tidak dinafikan juga bahawa Baginda SAW pernah bersabda yang bermaksud"
"Terimalah kisah-kisah Israiliyyat dan jangan dibuang"
Hadith sebenarnya menerangkan kepada kita hanya kisah-kisah yang tidak bertentangan dengan logik dan sunnah sahaja kita harus menerimanya. Jiga kisah-kisah itu mendatang penghinaan kepada Nabi-nabi dan para malaikat Alaihimus Solatu Wassalam. kita semestinya menolak riwayat yang sebegitu.
Di dalam kisah asal cerita tersebut terdapat dailog yang menunjukkan dua malaikat tersebut membantah pengkhabaran ALLAH. Ketika ALLAH berkata kepada mereka: "Kalaulah aku uji kamu berdua dengan apa yang aku uji terhadap Bani Adam, pasti kamu berdua akan bermaksiat kepadaku." Lalu riwayat tersebut menyebut kononnya dua malaikat itu menjawab: "Kalaulah kamu lakukan kepada kami (dengan ujian tersebut) wahai tuhan, kami tidak akan menderhakai Mu."Ungkapan ini menunjukkan bahawa dua malaikat ini telah membantah perkhabaran ALLAH swt. Perkara ini berlawanan dengan ayat al-Quran yang menceritakan sifat malaikat yang tidak menderhakai ALLAH dan sentiasa mematuhi arahanNYA.

ALLAH berfirman di dalam al-Quran:

لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يؤمرون

Maksudnya : "(Mereka para Malaikat) tidak menderhakai ALLAH atas apa yang diarahkan kepada mereka, dan mereka lakukan apa yang disuruh kepada mereka." Membantah perkhabaran ALLAH adalah besar kesalahannya, ia boleh membawa kepada kafir. Ini adalah perkara yang mustahil dan berlawanan dengan sifat Malaikat yang disebut di dalam al-Quran. Kerana itu para ulama Hadith menolak dan menjelaskan bahayanya mempercayai cerita-cerita seumpama di atas.

Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah di dalam bukunya tersebut telah menyebut tafsir yang sebenarnya terhadap ayat 102 dari surah al-Baqarah yang menyebut tentang Harut dan Marut itu. Sebenarnya sebab yang membawa turunnya ayat tersebut ialah apabila Syaitan-syaitan pada ketika dahulu boleh mencuri mendengar berita dari langit. Lalu mereka sampaikannya beserta tambahan kepada pendusta-pendusta yang terdiri daripada para dukun dan bomoh Yahudi yang menulisnya di dalam kitab-kitab mereka, lalu mereka mengajarkannya kepada manusia. Sehinggalah pada zaman Nabi Sulaiman orang menganggap ilmu tersebut adalah dari Nabi Sulaiman. Lalu pendeta-pendeta Yahudi mendakwa dengan ilmu tersebutlah Nabi sulaiman dapat menundukkan insan, jin dan angin yang mengikut perintahnya. Inilah perangai Yahudi yang sentiasa mempersendakan para Nabi as dengan pembohongan-pembohongan mereka. Kerana itu ALLAH berfirman:

وما كفر سليمان و لكن الشياطين كفروا يعلمون الناس السحر

Maksudnya : "Dan tidaklah Sulaiman itu kafir, akan tetapi para syaitanlah yang kafir, mereka mengajarkan manusia akan sihir." (al-Baqarah - 102)

Lalu sambungan ayat di atas ALLAH berfirman :

و ما أنزل على الملكين ببابل هاروت و ماروت

Maksudnya : "Dan tidaklah diturunkan kepada dua Malaikat di Babil, Harut dan Marut... " (hingga akhir ayat)

Yang dimaksudkan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di dalam ayat tersebut ialah ilmu sihir yang diturunkan melalui mereka supaya mereka ajarkan kepada manusia bertujuan untuk manusia dapat membezakan antara sihir dan mukjizat Nabi Sulaiman. Maka apa yang berlaku kepada Nabi Sulaiman itu bukanlah sihir akan tetapi mukjizat kenabian daripara ALLAH swt. Dua malaikat tersebut iaitulah Harut dan Marut telah mengingatkan manusia terhadap sihir tersebut, ALLAH berfirman :

و ما يعلمان من أحد حتى يقولا إنما نحن فتنة فلا تكفر

Maksudnya : "Dan tidak mereka berdua (Harut dan Marut) mengajarkan seseorang manusiapun melainkan mereka berdua berkata : "Sesungguhnya kami ujian (atas kamu semua), maka janganlah kamu kufur."

Inilah secara ringkas yang dapat saya petik daripada buku tulisan Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah tersebut. Ia jelas tidak ada kaitan langsung dengan kisah dua Malikat yang kufur dengan ALLAH. Ia sekaligus menunjukkan betapa berbezanya penafsiran yang sebenarnya dengan cerita-cerita Israiliyyat kaum Yahudi. Semoga ALLAH menjauhkan kita dari tipu daya mereka.

Wallahu a'lam.

MAJLIS PENGAJIAN USTAZ HJ MUHAMMAD RAJAB

KULIAH-KULIAH PENGAJIAN SYEIKH HJ. MUHAMMAD RAJAB AKMAL BIN HJ. ABDUL HALIM AL-IDRISI AL-AHMADI.

Hari Isnin: Setiap minggu pertama & ketiga di Masjid Darul Hidayah Ulu Langat Selangor.
Kitab: Hadith 40 Tanda-Tanda Kiamat.
Waktu: Selepas Maghrib.
Karangan: al-Faqir Illah, Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al-Idrisi
Terbitan: Darul Ansar Production And Trading.

Hari Selasa: di Madrasah Taman Tanjung Minyak Setia, Tg. Minyak Melaka.
Kitab: Fiqh al-Minhaji (Feqah Mazhab Syafie)
Waktu: Selepas Maghrib.
Karangan: Dr. Syeikh Musthafa al-Bugho.

Hari Rabu: Madrasah An-Nur, Tmn Rambai Jaya Bukit Rambai Melaka.
Kitab: al-Hikam Ibn 'Atho'illah as-Sakandari.
Waktu: Selepas Maghrib.
Karangan: KH. Salim Bahreisy.

Hari Khamis: Madrasah al-Falah, Tg. Bidara Melaka.
Kitab: Siraj al-Munir 'Ala at-Tanwir Fi Asqat at-Tadbir.
Waktu: Selepas maghrib.
Judul asal at-Tanwir Fi Asqat at-Tabdir karangan Imam Ibnu 'Atho'illah as-Sakandari.
Syarah: Siraj al-Munir oleh al-Faqir Ilallah al-Qawi, Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al-Idrisi al-Ahmadi.

Hari Jumaat: Masjid as-Syuhada' Bukit Terendak Sg Udang, Melaka.
Kitab: al-Hikam Ibnu 'Athoillah as-Sakandari.
Karangan: KH Salim Bahreisy.
Waktu: Selepas Maghrib.

Hari Sabtu: Minggu Pertama di Madrasah al-Hidayah Rumah Rakyat Lubok Cina Negeri Sembilan.
Majlis: Hadrah Zikir Tariqah al-Muhammadiyyah al-Idrisiyyah al-Ahmadiyyah.
Waktu: Selepas Maghrib.

Hari Sabtu: Minggu 2&4 di Madrasah al-Hidayah, Rumah Rakyat Lubok Cina Negeri Sembilan.
Kitab: Siraj al-Munir 'Ala at-Tanwir Fi Asqat at-Tadbir.
Waktu: Selepas Maghrib.
Karangan: Judul asal at-Tanwir Fi Asqat at-Tadbir karya Imam Ibn 'Athoillah as-Sakandari.
Disyarah oleh al-Faqir Ilallah, Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al-Idrisi al-Ahmadi.
Terbitan: Darul Ansar Production And Trading.

Hari Sabtu: minggu ke-3 di Surau Felda Raja Alias 3, Jempol Negeri Sembilan.
Kitab: 40 Hadith Kelebihan Ilmu.
Waktu: Selepas Maghrib.
Karya: Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al-Idrisi
Terbitan: Al-Bayan Management And Services.

Hari Ahad: Masjid Daerah Jempol Negeri Sembilan (minggu ke-3)
Kitab: 40 Hadith Tanda-Tanda Kiamat
Waktu: selepas subuh.
Karya: Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al-Idrisi.
Terbitan: Darul Ansar Productions And Trading.

Hari Ahad: minggu pertama di Madrasah al-Amin Tmn Rambai Utama, Bukit Rambai Melaka.
Kitab: Siraj al-Munir 'Ala at-Tanwir fi Asqat at-Tadbir
Waktu: Selepas Subuh.
Karya: Judul asal karangan Ibnu 'Athoillah Assakandari.
Disyarah: al-Faqir Ilallah al-Ghani, Muhammad Rajab Akmal bin Abdul Halim al-Idrisi
Terbitan: Darul Ansar Productions And Trading.

Hari Ahad: minggu 1&2 di Pusat Tarbiyyah Klebang Besar Melaka.
Kitab: Fiqh al-Minhaji (feqah mazhab syafie)
Waktu: jam 9.00 pagi - 10.00 pagi (dhuha).
Karya: Dr. Syeikh Musthafa al-Bugho.

Hari Ahad: setiap hari ahad di Madrasah Kg. Lapan, Bachang, Melaka.
Kitab: al-Hikam ibnu Athoillah as-Sakandari
Karya: KH Salim Bahriesy.
Waktu: Selepas Maghrib.

Hari Ahad: setiap hari Ahad di Pejabat Urusan Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia (Pulau Gadong, Melaka)
Kitab: Kaedah Rawatan Dan Perubatan Menurut Islam.
Karya: Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al-Idrisi, Musyriful 'Am DARUL ANSAR.
Waktu: 9.30 malam - 11.00 malam.

Hari: Selasa, Rabu & Khamis.
Tempat: Pejabat Darul Ansar Pulau Gadong Melaka.
Kitab: Tafsir al-Munir
Karya: Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili
Waktu: 9.30 malam - 10.30 malam.


"Jadilah kamu orang 'Alim atau orang menuntut ilmu atau orang yang mendengar majlis ilmu dan janganlah kamu jadi golongan yang menghancurkan majlis ilmu" - maksud hadith.

Semua kaum Muslimin dijemput hadir.

*Sila lihat kepada waktu pengajian.

RASUKAN JIN, BENAR ATAU KHAYALAN?

Apakah Jin Boleh Merasuki Manusia?

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Baqarah ayat 275:

‏الَّذِينَ يَأْكُلُونَ الرِّبَا لاَ يَقُومُونَ إِلاَّ كَمَا يَقُومُ الَّذِي يَتَخَبَّطُهُ الشَّيْطَانُ مِنَ الْمَسِّ

Maksudnya: “Orang-orang yang memakan harta riba, mereka tidak berdiri (pada hari kiamat) melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuki syaitan kerana gila.”

Para ulama menjadikan ayat ini sebagai dalil bolehnya jin memasuki tubuh manusia dan merasuki mereka, kerana mustahil Allah SWT membuat perumpamaan di dalam firmannya yang mulia dengan suatu perkara yang tidak boleh berlaku. Apabila Allah SWT membuat perumpamaan orang-orang yang memakan riba di dunia akan bangun pada hari kiamat kelak seperti orang yang dirasui syaitan, menunjukkan manusia boleh dirasuki oleh syaitan.

Al-Imam Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat di atas berkata:

لا يقومون من قبورهم يوم القيامة إلا كما يقوم المصروع حال صرعه وتخبط الشيطان له‏
Maksudnya: “Mereka (orang yang memakan riba) tidak bangun dari kubur-kubur mereka pada hari kiamat, melainkan seperti berdirinya orang yang disawan ketika sawannya disebabkan dirasuki syaitan.”

Nabi SAW pula bersabda:

إن الشيطان يجري من ابن آدم مجرى الدم
Maksudnya: “Sesungguhnya Syaitan bergerak di dalam badan anak adam melalui tempat perjalanan darah (urat).”
Al-Asy’ariy di dalam Maqalaat Ahl al-Sunnah Wal Jama'ah berkata: “Sesungguhnya jin memasuki badan orang yang disawan (oleh syaitan).” Dan beliau menjadikan ayat al-Quran di atas sebagai dalilnya.

'Abdullah ibn Imam Ahmad ibn Hanbal berkata:

قلت لأبي‏:‏ إن قوماً يزعمون أن الجني لا يدخل في بدن الإنسي فقال‏:‏ يا بني يكذبون هو ذا يتكلم على لسانه‏
Maksudnya: “Aku bertanya kepada bapaku (Imam Ahmad): Sesungguhnya ada segolongan manusia beranggapan bahawasanya jin tidak boleh memasuki badan manusia.” Jawab bapaku: “Wahai anakku, mereka itu berdusta, jin boleh berbicara melalui lidah orang yang dirasukinya.”

Imam Ahmad dan Imam al-Baihaqi juga ada meriwayatkan hadith dari Nabi SAW yang baginda SAW didatangi oleh seorang budak yang dirasuki, lalu Nabi SAW bersabda:

‏اُخْرُجْ عَدُوَّ اللهِ، اُخْرُجْ عَدُوَّ اللهِ‏
Maksudnya: “Keluar wahai musuh Allah, keluar wahai musuh Allah.” Di dalam riwayat yang lain baginda menyebut:

اخرج عدو الله ، أنا رسول الله‏
Maksudnya: “Keluar wahai musuh Allah, aku adalah Rasulullah.” Lalu budah itupun sembuh.

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah RH di dalam Majmu’ al-Fatawa (Jilid 24, m.s. 276-277) berkata: “Kewujudan jin telah thabit berdasarkan Kitab Allah SWT dan Sunnah Rasul SAW dan berdasarkan kesepakatan generasi salaf dan para imam mereka, demikian juga masuknya jin ke dalam badan manusia thabit dengan kesepakatan para imam Ahli Sunnah Wal Jama'ah…”
Wallahu a’lam.

KELEBIHAN SURAH-SURAH DALAM AL-QURAN

Kelebihan Surah

(1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembacanya.

(2) SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika si pembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah miskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan)Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan)Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan) Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

(11) SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

(12) SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

(13) SURAH AL-HUD (Hud)Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

(14) SURAH YUSUF (Yusuf)Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.Barang siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

(15) SURAH AR-RA'D (Petir)Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim)Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.

(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung) Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.

(19) SURAH AL-KAHF (Gua) Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

(20) SURAH MARYAM (Maryam) Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi)Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t .

(23) SURAH AL-HAJ (Haji)Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya)Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca)Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair) Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

(28) SURAH AN-NAML (Semut)Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita)Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah)Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

(31) SURAH AR-RUM (Rum)Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

(32) SURAH LUQMAN (Luqman)Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud)Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani

(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan)Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

(35) SURAH SABA Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

(36) SURAH FAATHIR (Pencipta) Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya.

(37) SURAH YAASIIN (Hai Manusia)Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain Baginda s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul- maut, nescaya Allah s.w.t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s.a.w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberani1) BISMILLAH (Dengan Nama Allah)Barang siapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembacanya.


Insya Allah akan bersambung setelah diberi maklumat oleh Syeikh Mohd Rajab....

KELEBIHAN HARI ASYURA

Assalamualaikum WBT....

Buat ikhwan Darul Ansar. 10 Muharram sudah 1 hari meninggalkan kita.Banyak fadhilat dan juga kelebihannya di dalam kehidupan kita sebagai umat islam. Cuma diri kita sajalah yang mampu untuk melakukannya ataupun tidak. Umat akhir zaman yang banyak mengejar Duniawi dari Ukhrawi. Bulan Muharram adalah di antara bulan-bulan yang terdapat di dalam kalendar Hijrah. Setiap bulan dalam Islam mempunyai kelebihan-kelebihan bulan Islam, sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) di dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul dan lurus, maka janganlah kamu menzalimi diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)..." ( Surah At-Taubah :36)Empat bulan yang dihormati "arba'ty haram" yang dimaksudkan dalam ayat di atas ialah bulan Rejab, Zulqaedah, Zulhijjah dan Muharram. Oleh itu, bulan Muharam ini adalah bulan untuk kita berlumba-lumba meraih kebajikan yang telah dijanjikan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya menenam azam, memperbaharui tekad, dan menambahkan bekalan sebagi persediaan mereka untuk meneruskan perjalanan menuju ke tempat yang abadi untuk bertemu Allah SWT. Allah SWT berfirman, maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan Dia juga yang menyemptkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya dan Dialah jua sebaik-baik Pemberi rezeki." (Surah Saba':39)
Dalam bulan yang mulia ini terdapat satu hari yang amat bersejarah dalam kamus Islam, iaiatu Hari 'Asyura'. Oleh kerana itu, Rasulullah S.A.W menganjurkan umatnya supaya berpuasa, bersedekah dan melakukan pelbagai jenis kebajikan pada hari ini, sbagaimana yang tersebut dalam hadith baginda S.A.W yang bermaksud: "Sekiranya aku masih hidup sehingga tahun hadapan nescaya aku akan puasa pada hari kesembilan (Tasu'a') dan hari kesepuluh (Asyura'). (Hadith Riwayat Muslim). Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah. Jawab baginda SAW, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura. Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". - (Sahih Muslim)
Dari Sayyidatuna Aisyah r.a. katanya "Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari asyura dan Nabi s.a.w. pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (SahihMuslim)
Dari Sayyiduna Ibnu Abbas r.a. katanya, ketika Nabi s.a.w. tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari asyura. Nabi pun bertanya, "Hari apa ini ?". Jawab mereka, "Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa AS berpuasa kerananya". Sabda Nabi SAW, "Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa". Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari asyura. (Sahih Bukhari)
Rasulullah S.A.W juga bersabda; "Berpuasa kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi." - (Riwayat Al Baihaqi)
Pada hari ini juga Allah SWT telah membentangkan segala nikmat dan kelebihan kepada rasul-rasul-Nya Antara peristiwa yang berlaku pada hari ini ialah:
Bertanya para sahabat : "Wahai Rasulullah ! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain ?" Sabdanya :
ALLAH menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram
ALLAH menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram
Diciptakan lautan pada 10 Muharram
Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram
Diciptakan papan tulis (Luh Mahfuz) pada 10 Muharram
Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharram
Dimasukkan Adam a.s. ke dalam syurga pada 10 Muharram
Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram
Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram
Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram
Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram
Diampunkan dosa Daud a.s. pada 10 Muharram
Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram
Dikeluarkan Idris a.s. daripada perut ikan Nun pada 10 Muharram
Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram
Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram
Diterima taubat Adam a.s. pada 10 Muharram
Dianugerahkan tahta kerajaan kepada Sulaiman a.s. pada 10 Muharram
Diciptakan Arasy pada 10 Muharram
Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram
Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram
Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram
Selain daripada peristiwa-peristiwa yang telah disebutkan di atas, terdapat banyak lagi peristiwa-peristiwa dan kelebihan-kelebihan yang ada pada 'Asyura' ini dalam sejarah Islam. Para pembaca boleh merujuk kepada kitab-kitab yang muktabar seperti Tanbih al-Ghafilin karangan Abi al-Laith Nasr bin Muhammad bin Ahmad ibn Ibrahim as-Samarqandi, Sahih Bukhari, Sahih Muslim dan banyak lagi.Di sana terdapat banyak hadith-hadith Nabi Muhammad S.A.W yang menyebut tentang kelebihan-kelebihan hari 'Asyura'.Di antaranya;Daripada Hafsah R.A berkata: "Empat jenis ibadat yang tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi S.A.W: Puasa Hari 'Asyura', sepuluh hari dalam bulan Zulhijjah, tiga hari pada setiap bulan dan sembahyang dua rakaat sebelum fajar." (Hadith Riwayat an-Nasai.)Daripada Ibn 'Abbas R.A. berkata: "Aku tidak pernah melihat Nabi Muhammad S.A.W mengutamakan puasa pada satu hari melebihi hari-hari lain melainkan hari ini iaitu Hari 'Asyura', dan bulan ini yakni bulan Ramadhan." (Hadith Riwayat Bukhari Dan Muslim)Berkata para ulama' salaf, 14 malam yang afdhal dihidupkan:
- Malam Awal Muharram
- Malam 10 Muharram
- Malam Awal Rejab
- Malam 15 Rejab
- Malam 27 Rejab
- Malam 15 Sya'ban
- Malam Arafah
- Malam dua hari raya (Malam 1 Syawal dan Malam 10 Zulhijjah)
- Malam-malam ganjil pada 10 hari akhir Ramadhan (21, 23, 25, 27, 29)
Amalan-amalan yang disunatkan pada malam tersebut:a) Qiamullail - Solat Tahajjud - Solat Hajat - Solat Sunat Taubat
b) Membaca Al-Quran c) Zikir Dengan kedatangan hari yang penuh keberkatan ini, marilah kita sama-sama merebut peluang yang ada untuk menambahkan lagi amal kebajikan yang telah kita lakukan selama ini.Dan janganlah kita mensia-siakan peluang yang terbentang di haadapan mata kita demi untuk kebahagian dan kesejahteraan kita di dunia dan di akhirat. Wallahu A'lam.

Tuesday, December 22, 2009

BIODATA TUAN GURU SYEIKH HJ MUHAMMAD RAJAB AKMAL AL-IDRISI AL-AHMADI

Sohibul Fadhilah Tuan Guru al-Ustaz as-Syeikh Haji Muhammad Rajab Akmal bin al-‘Allamah al-Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Maidin bin Haji Che Mat bin Haji ‘Ain bin Haji Awwal al-Idrisi al-Ahmadi, dilahirkan pada 26 April 1984 bersamaan 26 Rejab 1404 Hijriyah pada hari Khamis di Hospital Lundu Sarawak dan dibesarkan di Melaka. Anak kelahiran Sarawak ini mendapat pendidikan awal daripada kedua orang tuanya iaitu ayahandanya al-Fadhil al-‘Allamah al-Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Maidin dan ibundanya al-Fadhilah Ustazah Hajjah Zaleha binti al-‘Allamah al-Imam Haji Mohd Nor al-Ahmadi.

Juga mendapat pendidikan sekolah di Sekolah Kebangsaan Tanjung Bidara, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak, Sekolah Kebangsaan Kampong Gelam secara formal dan mendapat didikan agama di Madarah Pasir Gembur, Tg. Bidara, di sanalah al-Fadhil mendapat pengajian al-Quran daripada seorang guru al-Quran iaitu Haji Ahmad atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Tok Mamat’, di Masjid al-Jawahir Pengkalan Balak dengan datuk saudaranya iaitu Haji Uthman bin Haji Md. Ali, Sekolah Rendah Agama Kampung Londang, Masjid Tanah, Sekolah Rendah Agama Pengkalan Balak, Sekolah Randah Agama Kampung Gelam dan mendapat pendidikan menengah di Madrasah An-Nuriah Ad-Diniah Sungai Udang Melaka yang lebih dikenali sebagai Pondok Muallim Tuan Guru Haji Abdul Wahid. Kemudian al-Fadhil menyambung pengajian di Kuliyyah Ad-Dirasat Al-Islamiyyah Wad-Dakwah (APiD) Seri Manjung Perak dan Al-Majma' Al-Ilmi Al-Ali Lid-Dirasat Al-Islamiyah Wal Arabiyah (MINDA) Kedah Darul Aman kemudian melanjutkan pengajian peringkat ijazah di Universiti Al-Azhar Mesir di dalam Fakulti Syariah Wal Qanun pengkhususan Syariah Islamiah dan bertalaqqi dengan Mursyid Tariqah al-Muhammadiyyah al-Idrisiyyah al-Ahmadiyyah as-Syaziliyyah dan juga Imam Jami’ al-Idrisi iaitu Sayyid Muhammad bin Idris al-Idrisi al-Hasani.

Sebenarnya al-Fadhil berasal dari keluarga yang ramai mejadi alim ulama iaitu ayahanda al-Fadhil sendiri al-Allamah al-Ustaz Haji Abdul Halim bin Haji Maidin, datuknya sebelah ibunya al-Marhum al-‘Arif al-‘Allamah Tuan Guru Haji Mohd Nor al-Ahmadi, ulama tasawwuf dan guru Tariqat Ahmadiyah dan moyang saudara di sebelah ayahandanya al-Marhum Tuan Guru al-Imam Haji Jauhar bin Md. Sin yang masyhur dengan pangilan ‘Tok Keling’, dan maqamnya di Masjid Kampung Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka.

al-Fadhil telah berguru dengan ramai ulama yang muktabar dari Malaysia, Mesir, Sudan, Syiria, Makkah Al-Mukarramah, Indonesia dan sebagainya antaranya:

1. Al-Fadhil al-‘Allamah Tuan Guru Haji Abdul Halim bin Haji Maidin.
Beliau merupakan ayahanda al-Fadhil, beliau dilahirkan di Singapura, kemudian dibesarkan di Telok Kemang dan Pengkalan Balak. Beliau mendapat pendidikan daripada Sekolah Kebangsaan Pengkalan Balak dan Sekolah Rendah Agama Pengkalan Balak, kemudian meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Agama Sultan Muhammad Batu Berendam kemudian ke Kolej Islam Klang, kemudian ke Maktab Pengajian Islam Bangi Selangor dan Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang, beliau juga mendapat pengajian daripada tokoh-tokoh ulama tertentu diantaranya datuk saudaranya Tuan Guru Haji Jauhar Md Sin, ayahanda mertuanya Haji Mohd Nor Ismail Londang dan lain-lainnya. Nama ‘Abdul Halim’ yang diberikan kepadanya merupakan nama yang diberi khusus oleh seorang ulama tariqat Qadiriyah Singapura yang juga Qadhi di Singapura iaitu Dato' Sheikh Abdul Qadir bin Hasan (beliau juga merupakan Mufti Sarawak selepas itu) kerana ayahandanya Haji Maidin bin Haji Che Mat merupakan pengikut ulama tersebut.

2. Puan Hajah Zaleha binti Haji Mohd Nor.
Beliau ialah ibunda al-Fadhil yang mengasuh al-Fadhil dengan ilmu-ilmu agama dan al-Quran yang dipelajarinya daripada kedua orang tuanya iaitu Haji Mohd Nor bin Haji Ismail al-Ahmadi dan Hajjah Enchah binti Haji Abbas.

3. Tuan Guru Haji Mohd Nor bin Haji Ismail Londang.
Beliau merupakan datuk kepada al-Fadhil disebelah ibundanya, beliau mengajar Tariqat Ahmadiah menerusi sanad Tuan Guru Haji Hassan bin Abu Bakar Mufti, Tuan Guru Haji Abdul Wahid bin Uthman, Tuan Guru Haji Sulaiman Rembau dan Tuan Haji Husin Ramuan China di rumahnya, al-Fadhil selalu mendengar ceramah dan pengajian yang disampaikan, walaupun al-Fadhil ketika itu masih kecil. Beliau juga pengarang beberapa buah kitab yang membicarakan ilmu tasawwuf, tauhid, feqah, haji, nazam dan sebagainya. Beliau juga merupakan imam di Masjid Kampung Londang, Masjid Tanah, pernah berkhidmat di Pejabat Qadhi Jasin dan pernah menjadi Nazir sekolah-sekolah agama, beliau juga merupakan seorang ahli perubatan Islam. Al-Fadhil merupakan cucu kesayangan datuknya. Al-Fadhil juga diamanahkan menjaga kitab-kitab lama milik al-Marhum datuknya yang masih dalam simpanan al-Fadhil.

4. Puan Hajjah Enchah binti Haji Abbas.
Beliau merupakan nenda al-Fadhil, al-Fadhil belajar ilmu al-Quran dengannya di madrasah milik datuknya disebelah rumah. Nenda juga mengajar kepada al-Fadhil akan beberapa ilmu perubatan. Ayahanda kepada nendanya iaitu Haji Abbas bin Haji Abdullah adalah merupakan murid kepada Syeikh Muhammad Said al-Linggi, khalifah Tariqah Ahmadiyah Asia Tenggara. Kemudian wafat di Makkah al-Mukarramah.

5. Tuan Guru Haji Jaliluddin bin Haji Abdul Wahid.
Beliau merupakan antara gurunya yang sangat ‘alim dan warak, beliau telah belajar segala ilmu daripada ayahnya iaitu Tuan Guru Haji Abdul Wahid bin Uthman termasuklah ilmu tasawwuf dan sebagainya, perwatakan beliau yang begitu lemah lembut dan adakalanya begitu tegas pendiriannya, ketika berjalan beliau sering menundukkan kepalanya ke bumi. Beliau telah mengajar al-Fadhil akan ilmu tafsir, feqah dan sebagainya. Tuan guru ini juga merupakan ulama lepasan Universiti Baghdad Iraq, beliau pernah belajar dengan Dato’ Muhammad Daud bin Daud al-Iraqi, al-Fadhil Ustaz Haji Hasan Syukri dan sebagainya, beliau juga mendapat pengajian di India. Beliau juga mengajar khusus beberapa ilmu mujarabah yang telah diajar olah ayahnya kepada al-Fadhil, setelah al-Fadhil mahir dalam bahasa arab. Beliau juga merupakan pemegang amanah Madrasah Annuriah Addiniah dan juga sebagai nazir madrasah ini.

6. Tuan Guru Haji Uthman bin Haji Abdul Wahid
Beliau merupakan salah seorang anak Tuan Guru Haji Abdul Wahid, beliau telah belajar di Madrasah Annuriah dan meneruskan pengajiannya di Universiti Ulum dan Universiti Jamaliah, India. Beliau telah belajar dengan beberapa ulama-ulama terkemuka antaranya Maulana Syeikh Abdul Bari, Maulana Sayyid Abul Hasan an-Nadwi dan sebagainya. Beliau telah mengajar al-Fadhil banyak ilmu antaranya ilmu lughah, tasawwuf, feqah, tajwid, al-Quran dan sebagainya. Beliau telah mengijazahkan kepada al-Fadhil beberapa ijazah antaranya Tariqat Ahmadiyah, Sohih Bukhari, Sohih Muslim, Kitab Hikam dan sebagainya. Beliau juga mengijazah al-Fadhil beberapa ilmu khusus yang tidak diajarkan kepada murid-murid yang lain. Al-Fadhil merupakan murid kesayangan gurunya itu, beliau sering mempelawa al-Fadhil bersama mendirikan solat hajat secara khusus dengan beberapa murid yang tertentu.

7. Ustaz Haji Jamiluddin bin Haji Abdul Wahid.
8. Ustaz Haji Mohd Fadhlullah bin Haji Abdul Wahid
9. Tuan Guru Haji Jauhar bin Md. Sin
Beliau merupakan moyang saudara al-Fadhil, al-Fadhil pernah belajar al-Quran daripadanya di madrasahnya dan beberapa ilmu yang disampaikannya di Masjid Pengkalan Balak seperti ilmu tasawwuf, feqah, tauhid dan sebagainya, beliau merupakan murid Tok Kenali Kelantan dan beliau wafat pada tahun 1998 dikuburkan di perkarangan Masjid Pengkalan Balak.

10. Tuan Guru Haji Mohd Farid bin Sajiman
11. Tuan Haji Ahmad Pasir Gembur
Beliau merupakan salah seoang guru al-Fadhil yang terawal mengajarnya dalam ilmu al-Quran, al-Fadhil belajar al-Quran daripadanya pada usia 6 tahun, dan beliau masih hidup, menetap di Pasir Gembur Tanjung Bidara dan berusia lebih daripada 80 tahun.

12. Tuan Guru Haji Uthman bin Md. Ali
13. Ustaz Haji Abdul Rahim bin Haji Bahari al-Makki.
Gurunya ini banyak mencurah dan mengajar pelbagai ilmu kepada al-Fadhil, antaranya Tafsir an-Nasafi, Ilmu Nahwu, Ilmu Saraf, Ilmu Qawa’id, Ilmu Hadith, llmu Tauhid, Feqah dan sebagainya. Gurunya ini antara yang begitu rapat dengan al-Fadhil dan gurunya ini juga pernah mencalonkan al-Fadhil sebagai ‘pelajar cemerlang’ di Madrasah Annuriah Addiniah.

14. Tuan Haji Muhaimin Tanjung Bidara.
15. Syeikh Abdul Karim al-Banjari al-Makki.
16. Ustaz Haji Omar bin Baba.
17. Ustaz Mohd Noor bin Omar.
18. Al-Khatib Haji Husin Ujong Pasir.
19. Ustaz Haruzi bin Haji Hamzah.
Gurunya ini ialah seorang ulama lulusan Majma’ al-Ilmi al-‘ali Syiria dan lulusan al-Azhar, beliau digelar oleh pelajar-pelajar di Syiria dengan ‘Mufti’ kerana kealiman yang ada padanya. Beliau sering menghadiri dan mendengar pengajian kitab al-Hikam Ibn ‘Athoillah as-Sakandari yang diajarkan al-Fadhil di Madrasah an-Nur al-Islamiyyah Rambai Jaya Bukit Rambai.

20. Syeikh Haji Abdul Hamid as-Syami.
Gurunya ini pernah berkata secara berseloroh: “Walaupun Syeikh Muhammad Rajab ini bertaraf al-Musnid atau al-Muhaddith sekalipun, ana belum dapat melihat gahnya sehinggalah dia bernikah” (gurunya mengiktiraf al-Fadhil di antara ulama yang bertaraf al-Musnid dan al-Muhaddith)

21. Al-Fadhil Ustaz Haji Ibrahim bin Haji Husin.
22. Tuan Guru KH Syeikh Tengku Muhibbuddin Muhammad Wali.
Gurunya ini telah mengijazahkan beberapa ijazah kepada al-Fadhil termasuk ijazah Tariqah Naqsyabandiyah Khalidiyah.

23. KH Bukhari bin Abdul Hamid.
24. Tuan Guru al-Muhaddith Haji Sulaiman bin Abu Karim.
25. Tuan Haji Salleh bin Yusof.
26. Dato’ Haji Muhammad Murtadha bin Haji Ahmad.
27. Tan Sri Dato’ (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria. Beliau mengajar al-Fadhil ilmu tasawwuf menggunakan kitab Penawar Bagi Hati karangan as-Syeikh Abdul Qadir al-Mandili al-Makki di Masjid al-Hidayah Daerah Manjung, Perak.

28. Syeikh Fuzi bin Zakaria.
29. Ustaz Haji Md. Tormizi bin Mat Aroff.
30. Ustaz Baharuddin al-Biraqi.
31. Ustaz Haji Edy Amin.
32. Tuan Guru Haji Ibrahim Alor Setar.
Beliau merupakan guru al-Fadhil yang telah mengajar beberapa ilmu seperti ilmu tasawwuf, tauhid, feqah di Madrasah al-Qiyam, Batu Hampar Perak (madrasah Ustaz Haji Sidek Noor), beliau juga mengijazahkan al-Fadhil beberapa sanad dan ijazah Tariqat an-Naqsyabandiyah al-Mujaddidiyah al-Ahmadiyah.

33. Tuan Guru Haji Sidek Noor.
34. Tuan Guru Haji Abdullah bin Haji Abdul Rahman Lubok Tapah.
35. Tuan Guru Haji Hasyim Pasir Tumbuh.
36. Tuan Guru Haji Salleh Sik.
37. Tuan Guru Haji Salleh Penanti.
38. Al-Arif Billah Sayyid Muhammad bin Idris al-Idrisi al-Hasani. Beliau ini merupakan seorang syeikh yang sangat mursyid, pendiri Tariqah al-Muhammadiyyah al-Idrisiyyah al-Ahmadiyyah as-Syaziliyyah, anak bongsu kepada 4 orang adik beradik, kakak yang sulongnya berkahwin dengan Sayyid Mustafha ibn Ahmad as-Syarif al-Idrisi al-Hasani, abang-abangnya iaitu Sayyid Ahmad ibn Idris al-Idrisi, Sayyid Musthafa ibn Idris al-Idrisi, beliau menetap di Omdurman Sudan dan Kaherah Mesir. Beliau juga merupakan pimpinan tertinggi di Jami'ul Idrisi Omdurman Sudan. Beliau telah mengijazahkan seluruh sanad-sanad ilmu, tariqat, hizib dan sebagainya kepada al-Fadhil. Sehingga kini al-Fadhil bermursyidkan kepada beliau, dan segala sanad-sanad ilmu Syeikh Muhammad Rajab bersandarkan kepadanya, beliau telah menganugerahkan kirqah, selendang sufi, tasbih kepada al-Fadhil juga dinugerahkan gelaran "al-Idrisi al-Ahmadi' oleh Sayyid Muhammad ibn Sayyid Idris ibn Sayyid Muhammad as-Syarif ibn Sayyid Abdul 'Ali ibn Sayyid Ahmad ibn Idris al-Hasani RA.


39. Sayyid Ahmad bin Idris al-Idrisi al-Hasani. Syeikh ini menganugerahkan juga gelaran "al-Idrisi al-Ahmadi" kepada al-Fadhil ketika tahun 2006 di Madrasah An-Nur, Taman Rambai Jaya Bukit Rambai, Melaka.


40. Sayyid Musthafa bin Idris al-Idrisi al-Hasani.
41. Sayyid Musthafa bin Ahmad as-syarif al-Idrisi al-Hasani.
42. Sayyid Idris bin Musthafa Al-Idrisi Al-Hasani.
43. Syeikhul Asyraf Sayyid Ma’mun al-Majdi bin Abdul Qadir al-Idrisi al-Hasani.
44. Sayyid Mahmud al-Idrisi al-Hasani.
45. Sayyid Syeikh Abdul Ghani bin Soleh al-Ja'afari al-Husaini (Syeikh Umum Tariqat Ahmadiyah Ja'afariyah) Gurunya ini merupakan ulama’ besar tasawwuf di Mesir dan merupakan pewaris dan Mursyid Tariqat Ja’afriyah al-Ahmadiyah al-Muhammadiyah sedunia, al-Fadhil telah menerima tariqah ini daripadanya ketika belajar di al-Azhar Mesir.

46. Prof Dr. Syeikh Ahmad Umar Hasyim mantan Rektor Universiti Al-Azhar.
47. Prof Dr. Syeikh Ali Juma'ah Mufti Mesir.
48. Dr. Syeikh Jamaluddin Ibrahim Ad-Dusuqi ulama Fiqh Syafie Universiti Al-Azhar.
49. Prof. Dr. As-Sayyid Hafiz Khalil As-Sakhawi (Prof. Fiqh Perbandingan Mazhab).
50. Prof. Dr. Muhammad Abdul Fattah Al-Benhawi (Dekan Fakulti Syariah Islamiah).
51. Dr. Kailani Muhammad Al-Mahdi (Prof. Fiqh).
52. Dr. Abdul Rahman Abdul Hamid Albar (Prof. Hadith).
53. Dr. Ibrahim Abdul Qadir Muhammad (Prof. Usul Fiqh).
54. Dr. Ahmad Muhammad Shirah (Prof Tafsir).
55. Dr. Alawi Amin As-Sayyid Khalil (Prof. Qawaid Fiqhiyah).
56. Prof. Dr. As-Sayyid Muhammad Ad-Dib (Prof. Sastera & Bahasa Arab).
57. Prof. Dr. Abdus Salam as-Sakandari.
58. Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaily.
59. Prof. Dr. As-Syeikh Al-Muhaddith Umar Abdullah Kamil (Syeikh Hadith dan Ulama Besar dari al-Azhar).



60. Sayyid Muhammad bin Ibrahim al-Kittani al-Husaini (Syeikh Hadith) Gurunya ini telah mengajar al-Fadhil di Iskandariyah dibeberapa masjid di sana, al-Fadhil telah diijazahkan sanad Sohih Bukhari, Sohih Muslim, al-Muwaatho’, Sunan Abu Daud, Sunan Tarmizi dan sebagainya. Al-Fadhil juga menerima ijazah Tariqah al-Kittaniyah daripada syeikh tersebut.



61. Syeikh Sayyid Muhammad Abu Bakar al-Sya’sya’ie al-Husaini. Gurunya ini merupakan ulama’ tasawwuf yang menetap di Syubra Khemah, Mesir. Al-Fadhil telah diijazahkan Tariqat Syaziliyah Hushofiyah di Majlis Maulid di markaz tariqah ini di Syubra Khemah.


62. Syeikh Muhammad Nuruddin Al-Banjari Al-Makki (Syeikh Hadith) Gurunya ini telah banyak mengijazahkan sanad-sanad ilmu; hadith, feqah dan sebagainya. Al-Fadhil menerima ijazah Amalan-amalan Tariqat Syaziliyyah terutamanya Hizib al-Habr, Hizb an-Nasr dan lain-lainnya.


63. Syeikh Ahmad Fahmi bin Zamzam al-Maliki.
64. Syeikh Ahmad Ajumhuri al-Banjari al-Makki.
65. Syeikh Sayyid Yusuf Bakhur al-Hasani. Gurunya ini telah mengijazahkan kepada al-Fadhil beberapa sanad ilmu dan ijazah Tariqat Syaziliyah Darqawiyah di Mesir.
66. Shaykh Adnan al-Kabbani. Gurunya ini telah mengijazahkan kepada al-Fadhil akan ijazah Tariqat Naqsyabandiyah Haqqaniyah Aliyyah, yang sanadnya berkait dengan Sayyid Shaykh Nazim al-Haqqani.


67. Puan Hajjah Zainab binti Haji Maidin. Beliau merupakan ibu saudar al-Fadhil, telah mengajar al-Fadhil akan ilmu feqah, tauhid, akhlak dan sebagainya di Sekolah Rendah Agama Pengkalan Balak.


68. Puan Hajjah Hawa binti Haji Jauhar. Beliau telah mengajar al-Fadhil akan ilmu al-Quran, merupakan waris kepada Tuan Guru Hj Jauhar.


69. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi al-Maliki al-Hasani. Ulama besar Makkah al-Mukarramah, beliau telah mengijazahkan kepada al-Fadhil akan amalan-amalan Alawiyyah, Ahmadiyyah dan sebagainya dalam kitabnya iaitu Syawiq al-Anwar.


70. Sayyid 'Abbas bin 'Alawi al-Maliki al-Hasani. Ulama besar ini merupakan adinda Sayyid Muhammad bin Alawi, beliau telah mengijazahkan kepada al-Fadhil akan beberapa hadith musalsal dan hizib.





Al-Fadhil juga telah menerima lebih daripada 50 ijazah daripada guru-gurunya. Banyak lagi guru-guru al-Fadhil yang tidak sempat saya catatkan disini, tetapi Insya Allah saya akan maklumkan semasa demi semasa nanti.












Wassalam..

Monday, December 21, 2009

PENGAJIAN AL-QURAN

PULAU GADONG: 21 Disember 2009, Akademi Latihan Ilmu-Ilmu Al-Quran & Bahasa Arab (ALQURBA Training And Consultancy) sebuah anak syarikat milik Persatuan Perubatan Islam Darul Ansar Malaysia yang dikelolakan oleh Sheikh Hj Muhammad Rajab Akmal al-Idrisi mengadakan kelas pengajian Al-Quran, Tajwid, Tauhid, Feqah, Ahklak, Fardhu 'Ain serta Tahfiz Al-Quran bagi kanak-kanak yang berumur 5 hingga 17 tahun bagi sesi 2010 ini. Kelas ini bermula setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 2.30 petang hingga 5.30 petang. Manakala pengajian Ijazah al-Quran Bersanad untuk golongan dewasa akan bermula 5 Januari 2010 hari Selasa hingga Jumaat jam 9.30 malam. Kepada yang berminat sila hubungi talian 013-6111706. Yuran untuk kanak-kanak hanya RM30.00 dan orang dewasa RM15.00 sahaja. Pengajian akan diadakan di Pejabat Urusan DARUL ANSAR Pulau Gadong.

Sunday, December 20, 2009

AMALAN BULAN MUHARRAM

Amalan Bulan Muharram


Sesungguhnya saya berpegang teguh dengan mursyid kami iaitu Sayyid Muhammad ibn Idris al-Idrisi al-Hasani, Mursyid Tariqah al-Muhammadiyyah al-Idrisiyyah al-Ahmadiyyah as-Syaziliyyah dengan wasiatnya kepadaku iaitu “Ajarkanlah wahai anakanda kami kepada sekalian ikhwanmu, akan amalan-amalan yang telah tsabit ke atas kami daripada nenda kami Rasulullah”. Adalah disunatkan kepada kita sekalian orang Islam pada bulan Muharram yang sangat mulia ini bukan sahaja dengan memperbanyakkan berpuasa sunat bermula 10 Muharram sempena dengan berlakunya banyak peristiwa besar dalam Islam kepada para Anbiya’ sehingga kepada Baginda. Selain daripada itu juga kita sangat digalakkan membaca zikir Nabi Ibrahim, ٍsebuah amalan yang dibaca ketika Baginda AS dibakar oleh Raja Namrud, maka jadilah sejuk api tersebut setelah Baginda berdoa kepada Allah SWT seperti di bawah ini, mudah-mudahan Allah SWT melepaskan kita daripada segala macam bahaya dan malapetaka. Kalimah zikir ini juga telah diamalkan oleh Baginda Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW ketika kaum Muslimin mendapat ujian dan musibah ketika dalam perang Khandaq atau Ahzab.

حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ، نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
“Cukuplah bagi kami hanya Allah sebagai pemelihara, sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik penolong”

Kehebatan kalimah zikir ini telah dinyatakan oleh syeikh kami yang mulia iaitu Sayyid Muhammad ibn Idris al-Idrisi al-Hasani dengan katanya “Sesungguhnya kalimah zikir ini tersangat ampuh dan mujarab untuk menolak segala bahaya dan musibah”. Kaifiyyatnya adalah membacanya selepas solat subuh dimulakan dengan membaca Surah al-Fatihah sebanyak 16 kali, kemudian Surah al-Quraisy sebanyak 27 kali dan membaca zikir di atas sebanyak 70 kali, mudah-mudahan Allah SWT memelihara daripada bahaya malapetaka. Bahawa Baginda SWT telah bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa yang menyebut kalimah ini tujuh kali di waktu pagi dan petang necaya Allah SWT akan mencukupinya segala tujuh petala langit dan bumi.” Inilah kalimah tersebut:

حَسْبِيَ اللهُ لآإِلَهَ اِلاَّ هُوَ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمِ

Juga digalakkan agar kita membaca zikir-zikir ini sepanjang bulan Muharram yang mulia ini seperti zikir dibawah ini:

حَسْبُنَا اللهِ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ.
(173 kali)

dan
حَسْبُنَا اللهِ سَيُؤْتِيْنَا اللهُ مِنْ فَضْلِهِ وَرَسُوْلُهُ إِنَّا إِلَى اللهِ رَاغِبُوْنَ.
(59 kali)
dan
حَسْبِيَ اللهُ عَلَيْهِ يَتَوَكَّلُ الْمُتَوَكِّلُوْنَ.
(38 kali)


Diijazahkan oleh:
Hamba Allah Yang Maha Hina;
Hj. Muhammad Rajab Akmal bin Hj. Abdul Halim al-Idrisi
Musyriful ‘Am
PERSATUAN PERUBATAN ISLAM DARUL ANSAR MALAYSIA
30 Zul Hijjah 1430 Hijriyyah bersamaan 17 Disember 2009 Masehi

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار

فُوْسَتْ فغَاجِيَنْ اَلْحُفَّاظ دَارُ الأَنْصَار
Sebuah induk institusi pengajian Islam (kanak-kanak, remaja, dewasa & warga emas) akan dibangunkan oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) di Kg. Solok Binjai, Pengkalan Balak, Masjid Tanah, Melaka yang bernilai RM 700,000 di atas tanah persendirian yang dimiliki oleh Al Fadhil Ustaz Hj. Abdul Halim bin Hj. Maidin seorang guru agama juga merupakan Pengerusi Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) yang dibesarkan di Pengkalan Balak. Pihak kami mengalu-alukan sumbangan, zakat, sedekah jariah, waqaf tanah 1x1 kaki persegi bernilai RM 100 dan sebagainya untuk pembangunan dana akhirat ini. Segala sumbangan tuan & puan boleh dimasukkan kedalam akaun CIMB Islamic: 0404-0000135-10-8 atas nama PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR. Projek pembangunan tersebut akan bermula Disember 2011 dan dijangka siap pada hujung tahun 2012 serta pengambilan pelajar akan bermula pada 2013. Bagi penama sumbangan waqaf layak menerima Sijil Waqaf yang dikeluarkan oleh Darul Ansar. Sabda Baginda Rasulullah SAW yang bermakud: "Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala-galanya kecuali TIGA perkara iaitu: Sedekah Jariah (yang tidak putus pahalanya) atau ilmu yang bermanfaat atau anak soleh yang mendoakan ibu bapanya." - Hadith riwayat Imam Al Bukhari

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Contoh Sijil Waqaf PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR

Bagi setiap penyumbang waqaf bernilai RM 100 dan ke atas layak untuk menerima Sijil Waqaf. Cara untuk mendapat Sijil Waqaf tersebut ada 3 cara iaitu: (1) Boleh membelinya di Pejabat Urusan Darul Ansar Pulau Gadong. (2) Boleh membelinya daripada wakil sah yang dilantik oleh Darul Ansar. (3) Melalui akaun PUSAT PENGAJIAN AL HUFFAZ DARUL ANSAR dan kemudian akan diposkan kepada penyumbang. Semoga diberkati Allah SWT.

Blogger Darul Ansar Dan Sahabat

BANGUNAN DARUL ANSAR

BANGUNAN DARUL ANSAR
Bangunan ini dimiliki oleh Persatuan Pengubatan Islam Darul Ansar Kebangsaan (PERDANA) dan Darul Ansar memiliki beberapa aset penting dan beberapa buah anak syarikat yang berfungsi untuk menjana ekonomi ahli, kebajikan, pendidikan dan sebagainya. Antara langkah terawal pihak Darul Ansar telah menubuhkan sebuah syarikat perniagaan pertamanya iaitu Darul Ansar Trading And Marketing, Pusat Rawatan Darul Ansar & Ruqyah Darul Ansar Centre yang telah didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR), berdaftar dibawah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Akademi Rawatan Islam Darul Ansar (AKRAWI DARUL ANSAR), Pusat Rawatan Islam Darul Ansar (PURAWI DARUL ANSAR), & Pusat Pengajian Al Huffaz Darul Ansar

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)

SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA (SKIM)
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR) telah didaftarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) dibawah pendaaftaran: M4-0261

ANGKASA

ANGKASA
Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Melaka Berhad (KOANSAR) berdaftar dibawah Angkatan Koperasi Kebangsaan Berhad (ANGKASA) bernombor keahlian: 4857/MA0204

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PERSATUAN PENGUBATAN ISLAM DARUL ANSAR KEBANGSAAN

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

PUSAT PENGAJIAN AL-HUFFAZ DARUL ANSAR

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

Koperasi Perubatan Islam Darul Ansar Berhad (KOANSAR)

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

AKADEMI RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUL ANSAR